BMSPM2014 KERTAS 2

49
1 SAZALI BIN IBRAHIM Penolong Kanan Pentadbiran SMK Laloh, Kuala Krai, Kelantan Blog: http://cikgusazali.blogspot.com

description

BM SPM 2014 KERTAS 2

Transcript of BMSPM2014 KERTAS 2

1

SAZALI BIN IBRAHIM Penolong Kanan Pentadbiran

SMK Laloh, Kuala Krai, Kelantan

Blog: http://cikgusazali.blogspot.com

SARANAN

• Rancang helaian jawapan sebelum menjawab

soalan. • Soalan 1 : 40 minit 30 markah

• Soalan 2(a) : 15 minit 09 markah

• Soalan 2(b) : ?

• Soalan 2(c) : ?

• Soalan 2(d) : ?

• Soalan 3 : 40 minit 30 markah

• Soalan 4 : 15 minit 15 markah

JUMLAH 110 minit 84 markah

BAKI MASA = 40 minit /3 soalan

= 13 minit per soalan

26 MARKAH

• Soalan 2 (b) (i) Analisis Petikan 2 markah

(ii) KBKK 3 markah

(iii) KOMSAS 4 markah

• Soalan 2 (c) (i) Analisis Petikan 2 markah

(ii) Analisis Petikan 3 markah

(iii) KBKK 3 markah

• Soalan 2 (d) (i) Maksud kata 2 markah

(ii) KBKK 3 markah

(iii) KOMSAS 4 markah

17 MARKAH

4

RUMUSAN

• Markah penuh 30 dibahagikan kepada:

Isi - 20 markah

Bahasa - 10 markah

Panduan mengira perkataan

• Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan:

- nama khas (Kota Bharu)

- perkataan berulang/kata ganda (cara-cara)

- penggunaan kata depan di dan ke (di sana, ke atas)

- tarikh yang ditulis dengan ayat atau angka

- angka yang ditulis dengan nombor atau perkataan

- gelaran (Yang Amat Berhormat)

• Jawapan calon akan diperiksa setakat 120 perkataan sahaja, yang selebihnya tidak perlu diperiksa.

• Isi yang tepat dan lengkap sahaja akan diberi markah.

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang khasiat cendawan terhadap kesihatan manusia dan usaha-usaha memajukan perusahaan cendawan. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Pendahuluan:

Bil Perkara Deskripsi

i. Subjek Petikan membincangkan

ii. Sinonim kepentingan/kebaikan/manfaat/faedah/keistimewaan/kelebihan

iii. Frasa Tema cendawan sebagai sumber makanan

iv. Sasaran terhadap kesihatan manusia

v Lokasi -

SINONIM

• kesan/akibat/implikasi/impak/natijah • langkah-langkah/cara-cara/usaha-usaha/strategi/tindakan * masalah/halangan/kekangan/rintangan/batasan * faedah/kepentingan/manfaat/kebaikan/keistimewaan/kelebihan * Faktor-faktor/punca-punca/sebab-sebab * Tujuan/matlamat/objektif * Ciri-ciri/kriteria/elemen/sifat-sifat * Peranan/Fungsi/Tanggungjawab

6

Contoh:

…buat satu rumusan tentang kepentingan hutan bandar dan….

SPM Nov 2013

Petikan membincangkan kebaikan hutan bandar kepada masyarakat di negara kita

…buat satu rumusan tentang kepentingan berpeluh kepada manusia dan….

SPM Jun 2011

Petikan membincangkan faedah mengeluarkan peluh kepada manusia

…buat satu rumusan tentang faktor-faktor obesiti dan…

SPM Jun 2014

Petikan membincangkan punca-punca berlakunya obesiti dalam kalangan masyarakat di negara kita.

Latihan 1: Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan hutan bandar dan cara-cara mengekalkan hutan bandar. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Latihan 2: Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faktor-faktor pemilihan Malaysia sebagai destinasi pelancongan kesihatan dan faedah-faedah industri pelancongan kesihatan kepada negara kita.. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Latihan 3: Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan bahasa kebangsaan dan masalah-masalah yang dihadapi untuk memperkasakan bahasa kebangsaan. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Latihan 4: Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kebaikan makan coklat dan cara-cara memajukan industri coklat. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Latihan 5: Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan tidur dari segi saintifik dan cara-cara mengatasi masalah sukar tidur. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Latihan 6: Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faedah-faedah penerokaan angkasa lepas dan cara-cara untuk menarik minat masyarakat terhadap bidang penerokaan angkasa lepas. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Latihan 7: Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang tindakan mengatasi masalah disiplin murid di sekolah dan kesan masalah itu kepada negara. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Latihan 8: Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang ciri-ciri perunding yang berkesan dan usaha-usaha untuk meningkatkan kemahiran berunding. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

PENDAHULUAN

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu

rumusan tentang khasiat cendawan terhadap kesihatan

manusia dan usaha-usaha memajukan perusahaan

cendawan. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi

120 patah perkataan.

Petikan membincangkan kebaikan cendawan dalam

pemakanan seharian terhadap kesihatan tubuh badan

manusia.

ISI TERSURAT Panduan: Apakah khasiat cendawan terhadap

kesihatan manusia?

Cendawan ialah organisma yang unik dan tidak tergolong dalam

alam haiwan atau alam tumbuhan. Cendawan sebenarnya membina

kumpulannya sendiri yang dikenali sebagai alam kulat yang tidak

berupaya menghasilkan makanan sendiri disebabkan kekurangan

klorofil. Di kebanyakan negara, cendawan ditanam sebagai sumber

makanan penduduk kerana mengandungi nilai gizi atau zat makanan

yang tinggi. Spesies cendawan seperti tiram kelabu, tiram putih dan

tiram raja adalah antara spesies yang popular dalam kalangan

penggemar cendawan.

S1 mengandungi nilai gizi atau zat makanan yang tinggi

Panduan: Apakah khasiat cendawan terhadap

kesihatan manusia?

Dalam perubatan tradisional, cendawan digunakan secara meluas

untuk mengubati pelbagai jenis jangkitan bakteria. Cendawan juga

dikatakan dapat menghentikan masalah pendarahan. Selain itu,

seseorang yang mempunyai tekanan darah tinggi digalakkan supaya

mengambil ekstrak cendawan yang diproses kerana dipercayai mampu

menjadi penawar untuk mengurangkan tekanan darah tinggi. Namun,

tidak semua cendawan selamat dimakan oleh manusia. Hal ini demikian

disebabkan terdapat juga cendawan yang beracun yang dapat

memudaratkan kesihatan kerana mengandungi kadar toksik yang tinggi.

Seseorang yang termakan cendawan yang beracun ini akan terdedah

kepada masalah kerosakan hati. Selain itu, pengambilan cendawan

yang beracun juga akan memusnahkan sistesis protein dalam tubuh

badan manusia.

S2 untuk mengubati pelbagai jenis jangkitan bakteria

S3 dapat menghentikan masalah pendarahan

S4 mampu menjadi penawar untuk mengurangkan tekanan darah

tinggi

Panduan: Apakah khasiat cendawan terhadap

kesihatan manusia?

Kajian menunjukkan bahawa cendawan merupakan sumber yang

kaya dengan antibiotik untuk melawan bakteria yang menjadi punca

penyakit. Di samping itu, cendawan juga dapat meningkatkan sistem

imunisasi dalam tubuh manusia. Satu penemuan penting tentang

keistimewaan cendawan ialah kemampuannya dalam merawat penyakit

kanser. Kajian juga menunjukkan bahawa cendawan mengandungi

bahan aktif yang dikenali sebagai polisakarida yang menjadi penawar

kepada penyakit kanser. Mereka yang mempunyai kadar kolesterol yang

tinggi disarankan supaya menjadikan cendawan sebagai makanan

harian kerana cendawan mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam

tubuh badan. Selain memberi kebaikan kepada tubuh manusia,

cendawan juga berfungsi sebagai penggubah utama bahan organik

kepada bentuk baja. Cendawan berperanan sebagai salah satu elemen

utama kitar semula hutan.

S5 sumber yang kaya dengan antibiotik

S6 dapat meningkatkan sistem imunisasi dalam tubuh manusia

S7 mampu merawat penyakit kanser

S8 mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam tubuh badan

Petikan membincangkan kebaikan cendawan dalam pemakanan seharian

terhadap kesihatan tubuh badan manusia..

Antaranya ialah cendawan mengandungi nilai gizi atau zat makanan yang

tinggi. Selain itu, cendawan digunakan untuk mengubati pelbagai jenis jangkitan

bakteria. Di samping itu, cendawan dapat menghentikan masalah pendarahan.

Seterusnya, ekstrak cendawan yang diproses mampu menjadi penawar untuk

mengurangkan tekanan darah tinggi. Tambahan pula, cendawan merupakan

sumber yang kaya dengan antibiotik. Akhir sekali, cendawan dapat

meningkatkan sistem imunisasi dalam tubuh manusia.

• Tulis kesimpulan atas kertas soalan

Kesimpulannya, setiap manusia mestilah berusaha untuk

memanfaatkan khasiat cendawan supaya dapat meningkatkan kesihatan diri.

• Bilang pendahuluan + isi tersurat + kesimpulan

12 + 56 + 14 = 82 patah perkataan (TINGGAL 38 pp untuk isi tersirat)

MEMBINA ISI TERSIRAT

* Rujuk soalan selepas dan

Usaha memajukan perusahan cendawan ialah pihak

kerajaan memberikan bantuan modal kepada para pengusaha

cendawan. Selain itu, kerajaan mengadakan bengkel tentang

cara-cara mengusahakan penanaman cendawan.

• Bilang = 23 patah perkataan

• 82 + 23 = 105 patah perkataan (ada 15 pp lagi)

• Bina isi tersirat yang ketiga

Seterusnya para pengusaha mempelbagaikan produk

berasaskan cendawan dan mengeksport cendawan ke luar

negara.

117 patah perkataan

Isi Tersirat Usaha memajukan perusahan cendawan ialah

Isi Subjek Predikat

1 kerajaan memberi bantuan modal kepada pengusaha cendawan

2 kerajaan menyediakan bengkel tentang cara-cara mengusahakan penanaman cendawan

3 pengusaha mempelbagaikan produk berasaskan cendawan

4 pengusaha meluaskan pasaran produk berasaskan cendawan

Petikan membincangkan kebaikan cendawan dalam pemakanan seharian terhadap

kesihatan tubuh badan manusia..

Antaranya ialah cendawan mengandungi nilai gizi atau zat makanan yang tinggi.

Selain itu, cendawan digunakan untuk mengubati pelbagai jenis jangkitan bakteria. Di

samping itu, cendawan dapat menghentikan masalah pendarahan. Seterusnya, ekstrak

cendawan yang diproses mampu menjadi penawar untuk mengurangkan tekanan darah

tinggi. Tambahan pula, cendawan merupakan sumber yang kaya dengan antibiotik. Akhir

sekali, cendawan dapat meningkatkan sistem imunisasi dalam tubuh manusia.

Usaha memajukan perusahan cendawan ialah pihak kerajaan memberikan bantuan

modal kepada para pengusaha cendawan. Selain itu, kerajaan mengadakan bengkel

tentang cara-cara mengusahakan penanaman cendawan. Seterusnya para pengusaha

mempelbagaikan produk berasaskan cendawan dan mengeksport cendawan ke luar

negara.

Kesimpulannya, setiap manusia mestilah berusaha untuk memanfaatkan khasiat

cendawan supaya dapat meningkatkan kesihatan diri.

117 patah perkataan

15

SOALAN PEMAHAMAN

1. Jawapan hendaklah menggunakan ayat sendiri.

2. Jawapan hendaklah dalam ayat yang sempurna/lengkap

(tulis dalam bentuk point dikira tidak gramatis)

3. Jika disalin bulat-bulat daripada teks dan jawapan itu betul, berikan separuh (50%) daripada markah yang diperuntukkan sahaja

16

Markah Deskripsi

3 markah - Isi cukup dan lengkap/relevan dengan tugasan dan ayat gramatis.

2 markah - Isi cukup dan lengkap/relevan tetapi ayat kurang gramatis.

- Isi tidak cukup/kurang lengkap tetapi ayat gramatis

1 markah - Isi kurang lengkap dan ayat kurang gramatis.

0 markah - Isi tidak betul/tidak relevan dengan tugasan tetapi ayat

gramatis.

Markah Deskripsi

2 markah - Jawapan tepat mengikut kontek/isi cukup dan ayat gramatis

1 markah - Jawapan kurang tepat/isi tidak cukup.

0 markah - Jawapan tidak tepat/salah.

Markah Deskripsi

4 markah - Isi cukup dan lengkap/relevan dengan tugasan dan ayat gramatis.

3 markah - Isi cukup dan lengkap/relevan tetapi ayat kurang gramatis.

2 markah - Isi tidak cukup/kurang lengkap tetapi ayat masih gramatis.

1 markah - Isi kurang lengkap/kurang relevan dan ayat kurang gramatis.

0 markah - Isi tidak betul/tidak relevan dengan tugasan tetapi ayat gramatis.

SOALAN 2 MARKAH

SOALAN 3 MARKAH

SOALAN 4 MARKAH

Soalan 2 (a) – Petikan Umum Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud elemen utama. [2 markah]

(ii) Pengarang ada menyatakan bahawa cendawan yang beracun memberi kesan buruk kepada manusia.

Nyatakan kesan-kesan tersebut. [3 markah] (iii) Sekiranya anda ingin menjadi usahawan cendawan, apakah perkara-perkara yang

diperlukan untuk memulakan perusahaan cendawan tersebut? [4 markah]

SOALAN MAKSUD RANGKAI KATA

(i) Berikan maksud elemen utama. [2 markah]

Cendawan berperanan sebagai salah satu elemen

utama kitar semula hutan.

Skema:

Maksud elemen utama ialah sumber penting.

(i) Maksud

Sumber/unsur/agen/bahan penting 2m

Unsur/anasir/agen/bahan utama 1m

Elemen penting 1m [Maksimum: 2 m]

SOALAN ANALISIS PETIKAN (ii) Pengarang ada menyatakan bahawa cendawan

yang beracun memberi kesan buruk kepada manusia.

Nyatakan kesan-kesan tersebut. [3 markah] Rujuk petikan: Namun, tidak semua cendawan selamat dimakan oleh manusia. Hal ini demikian disebabkan

terdapat juga cendawan yang beracun yang dapat memudaratkan kesihatan kerana mengandungi

kadar toksik yang tinggi. Seseorang yang termakan cendawan yang beracun ini akan terdedah

kepada masalah kerosakan hati. Selain itu, pengambilan cendawan yang beracun juga akan

memusnahkan sistesis protein dalam tubuh badan manusia.

Skema:

Kesan buruk cendawan yang beracun kepada manusia ialah dapat memudaratkan

kesihatan kerana mengandungi kadar toksik yang tinggi. Kesan yang lain ialah akan

terdedah kepada masalah kerosakan hati. Kesan yang berikutnya ialah akan

memusnahkan sintesis protein dalam tubuh badan manusia.

(ii) Kesan buruk (Isi cukup – 2 kesan) P1 Akan terdedah kepada kerosakan hati manusia P2 Akan memusnahkan sistesis protein dalam tubuh badan manusia P3 Dapat memudaratkan kesihatan

[Maksimum: 3 m]

SOALAN KBKK (Isi + Huraian/Contoh) (iii) Sekiranya anda ingin menjadi usahawan cendawan,

apakah perkara-perkara yang diperlukan untuk

memulakan perusahaan cendawan tersebut?

[4 markah] Skema:

Sekiranya saya ingin menjadi usahawan cendawan, perkara yang diperlukan untuk

memulakan perusahaan cendawan tersebut ialah mendapatkan modal yang cukup

daripada institusi kewangan. Perkara yang lain ialah mencari tapak yang sesuai

untuk penanaman cendawan. Perkara yang berikutnya ialah mendapatkan khidmat

nasihat tentang penanaman cendawan daripada agensi kerajaan yang terlibat.

Perkara yang diperlukan (Isi cukup – 3 perkara) P1 modal P2 tapak P3 mendapatkan ilmu/kemahiran/kursus P4 khidmat nasihat (Jabatan Pertanian) P5 kepakaran P6 tentukan pasaran P7 tenaga kerja P8 keberanian dan keyakinan (Jawapan lain yang sesuai boleh diterima)

[Maksimum: 4 m]

SOALAN SPM JUN 2014

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan

tentang faktor-faktor obesiti dan kepentingan mengawal berat

badan. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah

perkataan.

Obesiti atau kegemukan didefinisikan sebagai lebihan lemak

tubuh yang boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti darah

tinggi dan penyakit kardiovaskular. Menurut kajian, kira-kira 20

peratus rakyat negara kita menghadapi masalah obesiti. Secara

umum, obesiti berpunca daripada kandungan nutrisi yang tidak

seimbang dalam menu harian. Hal ini berlaku kerana tabiat

pemakanan yang lebih mengutamakan keenakan makanan

berbanding dengan khasiatnya.

SOALAN SPM JUN 2014

Amalan pengambilan makanan segera seperti makanan

berasaskan daging yang diproses turut menjadi penyumbang

kepada masalah obesiti. Kajian yang dijalankan pada tahun 2005

hingga 2006 mendapati bahawa 74 sampel makanan segera seperti

kentang dan ayam goreng yang dijual di restoran makanan segera

sangat tinggi kandungan lemaknya. Selain itu, makanan berasaskan

karbohidrat yang diambil secara berlebihan seperti nasi lemak dan

roti canai turut menjadi penyebab obesiti. Masalah ini juga berlaku

akibat makanan harian yang tinggi kandungan kalorinya. Hal ini

demikian kerana kalori yang berlebihan akan bertukar menjadi

lemak sekiranya tidak digunakan pada masa yang lama. Untuk

menangani masalah ini, kita hendaklah membudayakan tabiat

pengambilan makanan yang sihat.

SOALAN SPM JUN 2014

Masalah obesiti juga disebabkan oleh amalan penggunaan

ubat-ubatan tanpa pengawasan doktor. Misalnya, steroid yang

berlebihan dalam ubat-ubatan boleh menyebabkan obesiti dan

pelbagai penyakit lain. Walau bagaimanapun, pakar kesihatan juga

tidak menafikan bahawa kegemukan boleh berlaku kerana faktor

genetik atau keturunan. Hasil kajian di Amerika Syarikat mendapati

bahawa anak-anak yang dilahirkan daripada salah seorang

daripada ibu bapanya obes mempunyai 40 hingga 50 peratus

berkemungkinan menjadi gemuk. Sekiranya kedua-dua ibu bapanya

obes, kebarangkalian menjadi gemuk ialah 70 hingga 80 peratus.

SOALAN SPM JUN 2014

Kadar metabolisme yang rendah juga di kenal pasti sebagai

penyebab obesiti. Hal ini demikian kerana metabolisme rendah

menyebabkan tahap pembakaran kalori menjadi lebih perlahan.

Keadaan ini semakin meruncing apabila individu tersebut tidak

melakukan senaman dan diet yang seimbang. Dalam hal ini, kita

dinasihatkan supaya melakukan aktiviti fizikal sekurang-kurangnya

tiga kali seminggu. Perlu diingat bahawa pertambahan berat badan

juga berlaku apabila seseorang itu tidak mengamalkan gaya hidup

sihat seperti banyak menghabiskan masa menonton televisyen atau

bermain permainan video terutamanya kanak-kanak dan remaja.

Sehubungan dengan itu, ibu bapa perlu memastikan anak-anak

mengurangkan aktiviti menonton televisyen atau permainan video.

Kita perlu sedar bahawa obesiti akan menimbulkan pelbagai

kemudaratan. Oleh itu, setiap individu perlu bertindak untuk

mengelakkan obesiti kerana mencegah lebih baik daripada

mengubati.

SOALAN BM JUN 2014

(i) Berikan maksud membudayakan tabiat.

[2 markah]

(ii) Pengarang mengemukakan beberapa langkah yang

perlu diambil untuk mengurangkan masalah obesiti.

Nyatakan langkah-langkah tersebut.

[3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, bagaimanakah kesedaran

masyarakat tentang bahaya obesiti dapat ditingkatkan?

Jelaskan dua cara.

[4 markah]

TING NOV 2011

JUN 2012

NOV 2012

JUN 2013

NOV 2013

JUN 2014

NOV 2014?

CERPEN 4 Ibu dan Ceper X 4 Memori Seorang Tua X

4 Israk X

4 Pemain Catur X 4 Mellisa X 4 Biarkan Samudera X 5 Pahlawan Buntung X 5 Pungut Alias Zahara Alias Yap Siew Hong X

5 Idola X 5 Penangguhan X 5 Hutan Rimba X

5 Tanggar Amanat X

DRAMA

4 Gelanggang Tuk Wali X 4 Forum Remaja 2020 X 4 Cempaka Berdarah X

5 Tiang Cengal Dinding Sayung X 5 1400 X 5 Dato’Onn X

ANALISIS KEKERAPAN SOALAN KOMSAS

Soalan 2(b) : Prosa Moden

TING NOV 2011

JUN 2012

NOV 2012

JUN 2013

NOV 2013

JUN 2014

NOV 2014

4 Pelayaran Yang Penuh Peristiwa X 4 Merah Silu X

4 Hikayat Indera Nata X

4 Hikayat Khoja Maimun X

5 Hikayat Langlang Buana X 5 Hikayat Siak X

5 Dua Geliga Hikmat X

5 Hikayat Opu Daeng Menambun X

Soalan 2(c) : Prosa Tradisional

TING NOV 2011

JUN 2012

NOV 2012

JUN 2013

NOV 2013

JUN 2014

NOV 2014

PUISI TRADISIONAL 4 Pantun Empat Kerat (Budi) 4 Pantun Empat Kerat (Jenaka) 4 Syair Definisi Orang Berakal X 4 Syair Siti Sianah 4 Gurindam 12 Fasal Keenam 4 Seloka Emak Si Randang 5 Pantun Enam Kerat X 5 Pantun Lapan Kerat 5 Syair Makna Riak 5 Syair Pemberontakan Pattani 5 Gurindam Tonggak 12 5 Seloka Si Luncai X

PUISI MODEN 4 Harga Remaja 4 Di Perpustakaan 4 Mengintai Ruang Insaf 4 Mahsuri 4 Adat Sezaman X 4 Tiba Waktunya 5 Dirgahayu Bahasaku X 5 Kecek V 5 Bangkitlah X 5 Pasar Perasaan 5 Di Bawah Langit Yang Sama 5 Arkitek Kota

Soalan 2(d) : Puisi

TATABAHASA

Soalan 3(a)

Perhatian bagi soalan 3 (a) 1. Berikan 1 markah bagi setiap ayat yang betul. 2. Tolak ½ markah bagi kesalahan ejaan/jalan bahasa/tanda baca daripada keseluruhan

soalan. 3. Perkataan berkenaan digunakan sebagai peribahasa, berikan 0 markah. 4. Perkataan digunakan sebagai nama khas, berikan 0 markah. 5. Sengaja menambahkan imbuhan, berikan 0 markah. 6. Ayat yang dibina seperti satu ayat tetapi sebenarnya lebih, tolak ½ markah bagi setiap

ayat. 7. Jika semua perkataan digunakan dalam satu ayat, berikan pertimbangan sebagai satu

ayat. 8. Boleh menggunakan struktur cakap ajuk dengan mematuhi tanda bacanya. 9. Isi tidak jelas, tolak ½ markah bagi ayat berkenaan.

30

SPM NOV 2013 (a) Tulis satu ayat bagi setiap penjodoh bilangan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda

faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan frasa itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) bilah (ii) jambak (iii) keping (iv) pucuk (v) rawan (vi) utas [6 markah]

LATIHAN 1 : (a) Tulis dua ayat bagi setiap kata di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan

perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan frasa itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) gamat (ii) diam (iii) bidang

[6 markah] LATIHAN 2 :

(i) reda - redah (ii) paras - parau (iii) kerat - kelat

LATIHAN 3 :

(i) latar - latar belakang (ii) pusat - pusat serenti (iii) jangka - jangka hayat

LATIHAN 4 :

(i) seniman (ii) budiman (iii) hartawan (iv) karyawan (v) peragawati (vi) olahragawati

SOALAN BM JUN 2014

Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk

menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan

penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan

atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau

nama khas.

(i) Krisis

(ii) Kritis

(iii) Proses

(iv) Protes

(v) Taasub

(vi) Takjub

TATABAHASA

Soalan 3(b)

SPM NOV 2013 (b) Nyatakan pola ayat dasar di bawah ini sama ada Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN),

Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA), atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FSN)

(i) Bunga mawar itu untuk cikgu saya sempena sambutan Hari Guru. (ii) Tuan Haji Ahmad pengetua di sekolah itu semenjak lima tahun lalu. (iii) Kerajaan tidak pernah mengabaikan tanggungjawab dalam membela nasib rakyat. (iv) Blok asrama baharu untuk murid-murid lelaki masih dalam proses pembinaan. (v) Penyanyi tersohor itu sangat anggun dan bergaya ketika membuat persembahan. (vi) Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu sekolah saya telah menyediakan laporan aktiviti

sempena Bulan Bahasa. [ 6 markah]

LATIHAN 1 :

(b) Pisahkan ayat-ayat majmuk di bawah menjadi enam ayat tunggal tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

Golongan remaja yang terlalu asyik melayari internet seringkali menghabiskan masa

berjam-jam di hadapan komputer. Keadaan ini mengakibatkan remaja tersebut mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga dan pelajaran. Mereka memberikan alasan hendak mencari maklumat tetapi sebenarnya melayari laman-laman yang tidak berfaedah.

[ 6 markah]

LATIHAN 2 : (b) Kenal pasti jenis ayat-ayat pasif di bawah. Tentukan sama ada ayat-ayat tersebut ialah ayat

pasif dengan ganti nama diri pertama, ayat pasif dengan ganti nama diri kedua, ayat pasif dengan ganti nama diri ketiga atau ayat pasif songsang.

(i) Makanan itu belum aku rasai lagi sejak pagi tadi. (ii) Hutang itu perlu kaujelaskan selewat-lewatnya esok. (iii) Bahagian tepi bangunan kedai itu dicat oleh Pak Samad. (iv) Saya tendang bola itu sekuat hati sehingga luar pagar sekolah. (v) Ladang tebu itu telah dibersihkan oleh mereka pagi semalam. (vi) Perkara tersebut belum awak putuskan sehingga hari ini.

LATIHAN 3 : (b) Tukarkan ayat pasif di bawah kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya. (i) Masalah alam sekitar perlu ditangani dengan segera oleh pihak berkuasa. (ii) Kasut sekolah yang kotor itu telah saya cuci semalam. (iii) Sajak-sajak yang baik itu telah ditulis oleh kumpulan penyajak yang masih muda. LATIHAN 4 :

(b) Tukarkan ayat pasif di bawah kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya.

(i) Masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak boleh diselesaikan oleh ibu bapa sekiranya mereka mengambil langkah pencegahan awal.

(ii) Kursus perhubungan awam telah ditawarkan oleh kebanyakan kolej dan universiti di negara kita.

(iii) lsu pembuangan bayi perlu kita tangani dengan segera demi menjaga imej negara.

LATIHAN 5 : (b) Nyatakan jenis ayat di bawah ini sama ada ayat penyata, ayat perlntah, ayat seruan, atau

ayat tanya. (i) Menerusi komunikasi, pelbagai maklumat disebarkan dari sebuah negara ke sebuah

negara lain dengan mudah dan eepat. (ii) "Siapakah namakau?" soal seorang pemuda berwajah garang sambil mendekati diriku. (iii) Bangunan yang tinggi itu direka bentuk oleh seorang arkitek dari luar negara. (iv) Syabas, kamu telah berjaya rnenjuarai kejohanan yang berprestij itu! (v) "Mazwin, tolong hantar buku-buku ini ke bilik guru dan letakkan di atas meja saya,"

kata Puan Geetha kepada Mazwin dengan tembut. (vi) Sampai bilakah Pak Dol akan menangisi kematian isteri kesayangannya itu?

LATIHAN 6 : (b) Nyatakan jenis-jenis ayat yang disenaraikan di bawah ini.

(i) Wah, besarnya sungguh rumah kontraktor yang terkenal itu! (ii) Ayahnya baru sahaja pulih daripada penyakit paru-paru berair. (iii) Apakah punca yang menyebabkan pelajar-pelajar suka ponteng sekolah? (iv) Jangan berkawan dengan budak-budak yang menghisap rokok. (v) Silakan duduk, saya hendak pergi ke dapur dahulu.

(vi) Tolong bersihkan bilik tidur kamu sebelum ibu pulang. LATIHAN 7 : (b) Cerakinkan ayat majmuk dalam perenggan di bawan kepada enam ayat tunggal tanpa

mengubah maksud asalnya. Di Malaysia hampir dua pertiga sumber air kita digunakan oleh sektor pertanian dan sektor ini

adalah antara sektor yang banyak mencemar dan membazirkan air namun tiada sistem pengurusan permintaan air bagi sektor ini. Ladang-ladang penternakan haiwan dan penternakan hidupan akuatik dalam sangkar juga menjadi punca pencemaran.

LATIHAN 8 : (b) Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian anda dikehendaki menggabungkan ayat-ayat

berikut menjadi tiga ayat. Malaysia menjadi destinasi tarikan pelancong. Malaysia mempunyai beberapa buah pulau

yang indah. Malaysia mempunyai kawasan rekreasi hutan yang menarik. Kerajaan telah berusaha dengan gigih untuk mempromosikan Malaysia. Kerajaan mengadakan kempen Tahun Melawat Malaysia. Kerajaan Malaysia juga menganjurkan pertandingan sukan bertaraf antarabangsa. Ekonomi Malaysia meningkat. Peluang pekerjaan juga terbuka luas. Banyak pelancong datang ke Malaysia.

LATIHAN 9 : (b) Tukar ayat susunan songsang di bawah kepada ayat bersusunan biasa tanpa mengubah

maksud asalnya.

(i) Tersusun kemas alat-alat pertukangan di dalam bengkel itu. (ii) Perlu kita tamatkan sahaja perlawanan ini kerana hujan semakin lebat. (iii) Akan menerima hadiah utama sesiapa sahaja yang meneka kedudukan bola dengan

tepat. LATIHAN 10 : (b) Baca dan teliti ayat-ayat di bawah, kemudian gabungkan setiap dua ayat tersebut dengan kata

hubung yang sesuai.

(i) Atiqah menyiapkan tugasan yang diberikan oleh gurunya dengan segera. Ibunya membenarkan dia turut serta dalam perkhemahan pengakap itu.

(ii) Puan Haliza berjanji akan memenuhi permintaan anak kesayangannya itu Anaknya itu menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam peperiksaan SPM.

(iii) Orang lain sibuk membuat persiapan menyambut Aidilfitri. Pelajar-pelajar tingkatan tiga terpaksa mengulang kaji pelajaran

LATIHAN 11 : (b) Kenal pasti jenis-jenis ayat perintah yang berikut. Tentukan sama ada ayat tersebut ialah ayat

suruhan, ayat larangan, ayat silaan atau ayat permintaan.

(i) Sila buat laporan tentang kes meniru itu. (ii) Usahlah dikenangkan lagi perkara yang lalu. (iii) Awak siapkan tugasan ini sekarang. (iv) Awak tidak usahlah datang ke sini lagi. (v) Pujuklah budak yang menangis itu. (vi) Tolong hantarkan karangan ini sebelum hari Khamis.

SOALAN BM JUN 2014

Tukar dialog di bawah dalam bentuk cakap pindah. Anda

dikehendaki supaya mengekalkan susunan isi dalam dialog

tersebut.

Sarina : Apa yang kamu beli tu?

Fairus : Jambu batu. Buah ini sangat berkhasiat.

Sarina : Apa khasiatnya?

Fairus : Jambu batu mengandungi vitamin dan kalium yang

berfungsi sebagai agen nyahtoksid yang dapat

memelihara kesihatan dan kecantikan kulit.

Sarina : Kalau begitu, saya akan selalu makan jambu batu.

Fairus : Baguslah. Nah, ambil dua biji!

[6 markah]

TATABAHASA

Soalan 3(c)

(i) Insfrastruktur - infrastruktur

memperlebarkan - memperlebar

(ii) Ahli jawatan kuasa - ahli jawatankuasa

berbincang - membincangkan

(iii) Rekriasi - rekreasi

membangunkan - pembangunan

SPM NOV 2013 (c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan

penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Pelaksanaan projek memperlebarkan jalan raya merupakan usaha pihak kerajaan

untuk menaik taraf insfrastruktur di kawasan luar bandar.

(ii) Mesyuarat ahli jawatan kuasa sambutan Hari Koperasi Sekolah sedang berbincang aktiviti yang akan dilaksanakan pada hari tersebut.

(iii) Pihak swasta turut bertanggungjawab untuk melaksanakan projek membangunkan di

tempat-tempat rekriasi yang terdapat di negara kita. [6 markah]

SOALAN BM JUN 2014 Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu

kesalahan dari segi imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-

kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih

daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan

imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Encik Iskandar yang efisyen dalam menjalankan tugas telah dipilih

sebagai penerima penganugerahan pekerja cemerlang.

(ii) Sekolah di kawasan pedalaman itu menjadi mahsyur kerana

kejayaannya melahirkan ramai murid yang berjaya lanjutkan

pelajaran ke universiti.

(iii) Walaupun terdapat banyak istilah sainstifik, namun tajuk yang sukar

itu dapat memahamkan murid-murid kerana penerangan yang

diberikan oleh guru itu sangat jelas.

TATABAHASA

Soalan 3(d)

(i) diketatkan -

di antara -

(ii) Mengabaikan -

pada -

(iii) membacakan -

ramai murid-murid -

SPM NOV 2013 (d) Dalam petikan di bawah, terdapat tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan tiga kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan tiga kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.

(i) Kerjasama di antara negara rantau ASEAN dalam bidang ekonomi haruslah diketatkan lagi.

(ii) Ibu bapa tidak seharusnya mengabaikan tanggungjawab mendidik anak-anak mereka

pada guru semata-mata. (iii) Penceramah terkenal yang dijemput khas itu telah membacakan ceramahnya dengan

begitu berkesan sekali hingga ramai murid-murid menitiskan air mata. [6 markah]

SOALAN BM JUN 2014 Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan

kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan

betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh

menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau

istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat

itu semula.

(i) Pembentukan siasah yang tinggi perlu dipupuk dari masa ke semasa

agar sesuatu yang dihasratkan dapat dicapai dengan jayanya.

(ii) Kajian mendapati yang pencemaran sungai berpunca daripada

barang buangan industri dan kediaman serta kerja-kerja penerokaan

tanah.

(iii) Hutan mempunyai berbagai-bagai fungsi yang bermanfaat kepada

masyarakat sejagat selain daripada berperanan sebagai kawasan

teduhan hujan.

TATABAHASA

Soalan 3(e)

SPM N0V 2013 (e) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan

maksud ayat tersebut

(i) Sengaja mencari susah atau bahaya. (ii) Sesuatu yang sudah pasti diperoleh atau dimiliki. (iii) Orang yang bodoh kalau ada kesungguhan mempelajari sesuatu lama-lama akan

pandai juga.

SOALAN BM JUN 2014 Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa

yang sesuai dengan situasi dalam ayat-ayat tersebut.

(i) Ghazali mewarisi kebijaksanaan ayahnya dalam menguruskan

perniagaan keluarga mereka.

(ii) Nadia cepat memahami dan menguasai apa-apa sahaja yang diajar

oleh guru-gurunya.

(iii) Dia disenangi oleh rakan-rakannya kerana rajin bekerja dan sedia

memberikan bantuan apabila diperlukan.

43

SOALAN NOVEL 4 (a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan

perwatakan watak utama dalam novel tersebut.

[7 markah]

Soalan 4(a)

- Jawapan berdasarkan sebuah novel yang dipelajari.

- Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap (bentuk karangan)

- Berikan 2 markah untuk peristiwa yang lengkap/jelas

- Berikan 1 markah untuk peristiwa yang kurang lengkap/kurang jelas

- Markah isi maksimum 4 markah

- Markah bahasa maksimum 3 markah

- Markah bahasa diberikan secara impression

Baik = 3 markah

Sederhana = 2 markah

Lemah = 1 markah

- Jika calon menjawab dan markah isi 0 markah, berikan 1 markah untuk bahasa. Markah bahasa tidak melebihi markah isi.

- Calon tidak menjawab 0 markah

44

CONTOH JAWAPAN Novel yang saya kaji ialah Renyah karya Gunawan

Mahmood. Watak utama dalam novel ini ialah Datuk Dolhi.

Perwatakan Datuk Dolhi ialah seorang yang rajin membaca. Contohnya, beliau rajin membaca dan membuat rujukan sebelum menyampaikan ceramah usahawan kepada peniaga muda.

Perwatakan Datuk Dolhi yang seterusnya ialah bertanggungjawab. Buktinya, beliau menjalankan tanggungjawabnya untuk memberi nafkah kepada anaknya Wahi melalui ibu mentuanya walaupun isterinya Mastura telah meninggal dunia.

SOALAN SPM JUN 2014

(a) Dalam sesebuah novel, di samping watak utama, terdapat banyak

watak sampingan.

Berdasarkan sebuah daripada novel di bawah, huraikan watak dan

perwatakan watak sampingan yang telah ditetapkan bagi novel

tersebut.

NOVEL WATAK SAMPINGAN

(i) Papa…(akhirnya kau tewas jua!) Jeffri (Papa)

(ii) Azfa Hanani Tengku Muzaffar

(iii) Renyah Datin Tominah

(iv) Melunas Rindu Farhana

(v) Konserto Terakhir Hayati

(vi) Kembara Amira Profesor Zaidah

(vii) Sutera Dalam Lukisan Adila

(viii) Kabus di Perbukitan Azrul

46

(b) Jelaskan dua persoalan yang terdapat dalam sebuah novel yang telah anda pelajari.

[8 markah]

Soalan 4(b)

- Jawapan berdasarkan sebuah novel yang dipelajari.

- Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap

- Berikan 1 markah untuk 1 pernyataan

- Berikan 2 markah untuk setiap huraian yang jelas

- Markah isi maksimum 6 markah

- Markah bahasa maksimum 2 markah

- Markah bahasa diberikan secara impression

Baik = 2 markah

Lemah = 1 markah

- Jika calon menjawab dan markah isi 0 markah, berikan 1 markah untuk bahasa

- Calon tidak menjawab 0 markah

47

CONTOH JAWAPAN Novel yang saya kaji ialah Sutera Dalam Lukisan

karya Abd Talib Hassan.

Persoalan yang terdapat dalam novel ini tanggungjawab sesama manusia. Sebagai contoh, Adila menjalankan tanggungjawabnya sebagai kawan untuk membentuk semula keperibadian abnormal yang dihidapi oleh Hafiz.

Selain itu, persoalan berani mempertahankan hak. Misalnya Bujei menunjukkan sikap tegas dan berani apabila meminta ganti rugi sebanyak RM80,00 sebagai ganti radionya yang telah rosak akibat perbuatan Alias.

SOALAN SPM JUN 2014

(b) Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, jelaskan tiga

contoh nilai kasih sayang yang terdapat dalam novel tersebut.

TERIMA KASIH