bola-tampar

10
BOLA TAMPAR SEJARAH Permainan bola tampar ialah gabungan dua jenis permainan iaitu penggunaaan net dari sukan lawn tennis dan bola daripada bola keranjang. Permainan ini telah diperkenalkan oleh William G.Morgan pada tahun 1985. pada awalnya, permainan ini dikenali sebagai “minonette” sebelum digantikan dengan nama “volleyball” oleh Alfred Halstead pada tahun 1896. Bola tampar merupakan satu sukan Olimpik di mana dua pasukan yang dipisahkan oleh satu jaring tinggi menggunakan tangan atau (jarang) bahagian badan lain untuk memukul atau menampar sebiji bola melangkaui jaring kepada tersebut tiga kali berturut-turut. Mata dikira apabila bola jatuh ke dalam gelanggang lawan, lawan melakukan kesalahan atau lawan gagal mengembalikan bola dengan betul. Bola tampar merupakan satu sukan aktif. Disebabkan banyak serangan memerlukan pemain menyentuh bola di atas jaring, kebolehan melompat ditekankan dalam permainan ini. Dalam sesuatu pertandingan bola tampar, kejayaan sesebuah pasukan bergantung pada strategi permainan, penguasaan kemahiran, kecergasan fizikal yang tinggi dan kekuatan mental. Selain itu, persefahaman yang tinggi dan komunikasi yang berkesan antara pemain juga merupakan faktor yang mendorong kepada kejayaan sesebuah pasukan.

Transcript of bola-tampar

Page 1: bola-tampar

BOLA TAMPAR

SEJARAH

Permainan bola tampar ialah gabungan dua jenis permainan iaitu penggunaaan

net dari sukan lawn tennis dan bola daripada bola keranjang. Permainan ini telah

diperkenalkan oleh William G.Morgan pada tahun 1985. pada awalnya, permainan ini

dikenali sebagai “minonette” sebelum digantikan dengan nama “volleyball” oleh Alfred

Halstead pada tahun 1896.

Bola tampar merupakan satu sukan Olimpik di mana dua pasukan yang

dipisahkan oleh satu jaring tinggi menggunakan tangan atau (jarang) bahagian badan

lain untuk memukul atau menampar sebiji bola melangkaui jaring kepada tersebut tiga

kali berturut-turut. Mata dikira apabila bola jatuh ke dalam gelanggang lawan, lawan

melakukan kesalahan atau lawan gagal mengembalikan bola dengan betul.

Bola tampar merupakan satu sukan aktif. Disebabkan banyak serangan

memerlukan pemain menyentuh bola di atas jaring, kebolehan melompat ditekankan

dalam permainan ini.

Dalam sesuatu pertandingan bola tampar, kejayaan sesebuah pasukan

bergantung pada strategi permainan, penguasaan kemahiran, kecergasan fizikal yang

tinggi dan kekuatan mental. Selain itu, persefahaman yang tinggi dan komunikasi yang

berkesan antara pemain juga merupakan faktor yang mendorong kepada kejayaan

sesebuah pasukan.

Sejarah Bola Tampar Antarabangsa.

Pada tahun 1895, William C.Morgan, Pengarah YMCA di Holyoke, Massachusettes,

telah mencipta satu permainan yang digelar sebagai usaha untuk memenuhu keperluan

ahli perniagaan setempat yang mendapati bahawa permainan bola keranjang terlalu

memenatkan. Nama asal permainan ini ialah ‘minoneete’ dan kemudian

digantikan dengan nama “Volleyball” oleh Dr.A.Halstead pada tahun 1896.

Page 2: bola-tampar

Sejak diperkenalkan, permainan bola tampar terus menjadi satu permainan

rekreasi yang popular. Bagaimanapun, peraturan rasmi yang pertama hanya

diperkenalkan pada tahun 1916. Antara perubahan teknikal dan perkembangan

yang penting yang berlaku dalam permainan bola tampar adalah seperti berikut:-

1900 - Sistem skor 21 poin diamalkan.

1912 - Sistem ‘bergilir’ (rotation) diperkenalkan.

1916 - Undang-undang pemainan diterbitkan.

1917 - Sistem skor 15 poin diamalkan.

1918 - Bilangan pemain ditetapkan 6 orang sebelah dan tinggi tiang jaring

ditetapkan pada ketinggian 2.4 meter.

1921 - Garis tengah diwujudkan dalam gelanggang bola tampar.

1922 - Sentuhan tiga kali diperkenalkan.

1923 - Saiz gelanggang 9 meter x 18 meter dipiawaikan dan kekal

sehingga masa kini.

1947 -

IVBF (International Volleyball Federation) iaitu Persekutuan Bola

Tampar Antarabangsa ditubuhkan di Paris untuk mengawal

permainan bola tampar.

1949 - Kejohanan bola tampar sedunia untuk lelaki buat kali pertama

diadakan di Prague.

1964 -Permainan bola tampar (lelaki dan perempuan) menjadi salah satu

acara sukan dalam Olimpik di Sukan Olimpik di Tokyo. Semasa

perkembangan permainan ini, banyak perubahan telah berlaku. Status

Page 3: bola-tampar

permainan ini telah bertukar daripada bercirikan rekreasi kepada bentuk

pertandingan yang memenatkan.

Sejarah Bola Tampar Malaysia

Di Malaysia, permainan ini diperkenalkan oleh pasukan pelawat dari

Hong Kong dan Negara China pada tahun 1930-an. Ketika itu banyak

perlawanan persahabatan dan pertunjukan telah diadakan di Bandar Utama

seperti Pulau Pinang, Kuala Lempeu dan Singapura atas usaha persatuan dan

kelab kebajikan di Tionghua yang wujud pada masa itu. Di Malaysia, permainan

bola tampar dikawal oleh Kesatuan Bola Tampar Amatur Malaysia (Malaysia

Amateur Volleyball Association) yang ditubuhkan pada tahun 1959. Pada tahun

1927, Kejohanan pertama bola tampar di Malaysia yang dikenali sebagai Liga

Selangor telah dianjurkan.

Di peringkat sekolah-sekolah, pertandingan bola tampar dianjur atau

dikelolakan oleh Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM).

Peralatan Bola Tampar

Gelanggang

Permukaan gelanggang bola tampar perlu rata dan diperbuat daripada simen

atau sebarang permukaan sintetik yang sesuai dan selamat. Gelanggang bola

tampar juga boleh dibuat di atas padang berumput dan permukaan tanah liat.

Gelanggang permainan adalah sebuah segiempat tepat bersimetri berukuran 18 X 9m,

dikelilingi oleh satu zon bebas sekurang-kurangnya 3m lebar dan dengan satu ruang

bebas dari sebarang gangguan yang tingginya sekurang-sekurangnya 7m dari

permukaan permainan.

Jaring, Tiang dan Antena

Jaring bola tampar adalah 1m lebar dan 9.50m panjang yang diletakkan di atas

paksi garisan tengah. Dua jalur putih, 5cm lebar dan 1m panjang dilekatkan

Page 4: bola-tampar

tegak pada jaring dan diletakkan di atas setiap garisan tepi. Ia dikira sebagai

sebahagian daripada jaring dan mengehadkan ruang lintasan. Tinggi jaring adalah

2.43m bagi lelaki dan 2.24m bagi wanita. Ia diukur dari tengah gelanggang

bermain dengan sebatang pengukur. Kedua-dua hujung jaring (di atas garisan

tepi,) mesti sama tinggi daripada permukaan bermain dan tidak melebihi 2cm

daripada tinggi rasmi.Tiang-tiang yang menyangga jarring mestilah bulat dan licin,

dengan tingginya 2.55m, seelok-eloknya yang dapat dilaraskan. Ia mesti dipasang

pada tanah pada jarak antara 0.50-1.00m daripada setiap garisan tepi. Sepasang

antena diletakkan di kedua-dua hujung jaring serenjang dengan garisan tepi

gelanggang. Antena diwarnakan putih berbelang merah.

Bola

Bola tampar hendaklah berbentuk sfera dan diperbuat daripada lapisan kulit

fleksibel dengan satu pundi getah atau bahan sintetik yang ringan dan lembut.

Baham ini penting untuk menyerap hentakan pada tangan ketika bola disentuh.

Kesesuaian tekanan angin dapat ditentukan dengan menjatuhkan bola dari

ketinggian aras kepala. Bola tersebut akan melantun semula pada ketinggian

aras pinggang. Berat bola antara 260-280gram. Ukur lilit dalam lingkungan 65-

67cm. Manakala warnanya seragam dan cerah.

Undang-undang dan Peraturan

Pertandingan bola tampar dilaksanakan mengikut Undang-undang Persatuan

Bola Tampar Amatur Malaysia (MAVA) dan peraturan-peraturan am Majlis Sukan

Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM). Antara undang-undang asas permainan bola

tampar adalah seperti berikut:

1. Pertandingan bola tampar diadili oleh dua orang pengadil, iaitu pengadil

pertama dan pengadil kedua.

2. Setiap pasukan perlu terdiri daripada sekurang-kurangnya enam orang

pemain dan tidak melebihi 12 orang pemain yang berdaftar.

3. Servis hanya boleh dilaksanakan selepas pengadil pertama meniup wisel.

Page 5: bola-tampar

4. Servis perlu dilakukan oleh setiap pemain mengikut giliran yang sah.

5. Pemain yang melakukan servis tidak dibenarkan memijak garisan belakang.

6. Setiap pemain boleh menyentuh bola sekali sahaja. Pemain boleh

menyentuh bola dengan mana-mana bahagian badan.

7. Setiap pasukan hanya boleh menyentuh atau memainkan bola dengan tiga

sentuhan sebelum menghantar ke gelanggang pihak lawan. Pengiraan ini

tidak termasuk sentuhan bagi mengadang.

8. Mengadang hanya boleh dilakukan oleh pemain barisan hadapan.

9. Pemain barisan belakang boleh melakukan rejaman tetapi dari luar

kawasan serangan.

10.Pemain dilarang menyentuh mana-mana bahagian jaring atau memasuki

kawasan pihak lawan.

11.Setiap pasukan boleh melakukan enam pertukaran dalam setiap set

permainan bila-bila masa dengan kebenaran pengadil. Pemain yang ditukar

perlu diganti dengan pemain yang sama apabila pertukaran dibuat semula.

12.Setiap pasukan boleh meminta dua kali “time-out” dalam satu set

permainan dengan kebenaran pengadil.

13.Mata kemenangan ialah 25 mata yang dikira secara pengiraan pingpong.

Apabila kedudukan mata 24-24, lebihan dua mata diperlukan untuk

menentukan kemenangan.

14.Set penentuan, hanya 15 mata sahaja digunakan dengan lebihan dua

mata diperlukan untuk menentukan kemenangan.

15.Antena berfungsi untuk memastikan bola masih berada dalam kawasan

permainan semasa bola masuk ke kawasan pihak lawan.

16.Setiap pasukan hendaklah memakai jersey yang mempunyai nombor. 

17.Permainan akan dijalankan mengikut peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh

‘International Volley Ball Association’. 

Page 6: bola-tampar

SUKAN DAN REKREASI

Ford (1981) mendefinisikan rekreasi sebagai program yang meliputi

penggunaan persekitaran semula jadi bagi tujuan mengukuhkan pengajaran dan

pembelajaran kurikulum yang sedia ada. Ini merangkumi perkembangan

pengetahuan, kemahiran dan sikap khususnya penggunaan masa senggang.

Hammerman et.at (1985) telah mendefinisikan sukan rekreasi sebagai

landasan untuk mengenal pasti pelbagai pengetahuan yang boleh dipraktikkan

dalam situasi seharian.

Knapp (1981) menyatakan bahawa sukan rekreasi sebagai alat untuk

mencapai matlamat dan objektif pendidikan.

Sukan rekreasi telah diubahsuai selaras dengan matlamat ”humanization og education”

iaitu eprkembangan potensi insan dari segi intelek, rohani dan emosi diberi penekanan

yang sama dengan aspek jasmani. Sukan rekreasi adalah untuk membina dan

mengekalkan keadaan mental, fizikal, emosi dan sosial yang sihat serta melahirkan

warganegara yang berpengetahuan luas, berdisiplin dan bersatu padu.

Peralatan dan Keperluan

Alatan perkhemahan

-Khemah-khemah dan tali-temali

-Alatan pertukangan seperti parang, cangkul, penggali dan lain-lain

-Lampu

-Wisel

-Kompas

Page 7: bola-tampar

Alatan dapur dan memasak

-Periuk belanga

-Pinggan mangkuk, sudu, cawan

-Besen-besen, bekas air dan lain-lain

-Pisau, parang dan sebagainya

-Bekalan makanan (beras, roti, biskut, garam, gula dan lain-lain)