Booklet SAINS

2
Matlamat `Program Sihat Gemilang’ Menjadikan Warga Sekolah dan Persekitaran Sentiasa Dalam Keadaan Selamat, Ceria, Sihat dan Berkuali Objektif 1. Peningkatkan tahap kesedaran terhadap penjagaan kesihatan di kalangan warga sekolah melalui pelaksanaan program kesihatan seperti aktiviti-aktiviti pendidikan kesihatan dan kem-kem kesihatan yang tersusun. 2. Mempertingkatkan perkhidmatan kesihatan dikalangan semua warga sekolah dengan mementingkan alam persekitaran yang sihat dan bebas daripada penyakit. 3. Meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran pencegahan kepada murid, guru dan kakitangan sekolah terhadap ancaman dan bahaya rokok. 4. Menggembeling usaha dan tenaga

description

SAINS

Transcript of Booklet SAINS

Page 1: Booklet SAINS

Matlamat `Program Sihat Gemilang’

Menjadikan Warga Sekolah dan Persekitaran Sentiasa

Dalam Keadaan Selamat, Ceria, Sihat dan Berkuali

Objektif

1. Peningkatkan tahap kesedaran terhadap penjagaan

kesihatan di kalangan warga sekolah melalui

pelaksanaan program kesihatan seperti aktiviti-

aktiviti pendidikan kesihatan dan kem-kem

kesihatan yang tersusun.

2. Mempertingkatkan perkhidmatan kesihatan

dikalangan semua warga sekolah dengan

mementingkan alam persekitaran yang sihat dan

bebas daripada penyakit.

3. Meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan

kemahiran pencegahan kepada murid, guru dan

kakitangan sekolah terhadap ancaman dan bahaya

rokok.

4. Menggembeling usaha dan tenaga pelbagai agensi

bagi membina ketahanan dan jatidiri yang tinggi di

kalangan pelajar dari segi fizikal, emosi, mental

dan rohani sebagai benteng untuk mengelakkan diri

dari pelbagai ancaman gejala sosial.

Page 2: Booklet SAINS

Program ‘Sihat Gemilang”

Program ‘Sihat Gemilang” merupakan lanjutan daripada gabungan beberapa program terdahulu iaitu Tanpa AIDS, Kempen Cara Hidup Sihat dan Sekolah Bersih. Program `Sihat Gemilang’ ini bermaksud kesihatan yang seimbang dan menyeluruh dari apek social, emosi, mental dan fizikal. Gaya hidup yang sihat membentuk jiwa dan pelajar menjadi lebih mantap melalui slogan tubuh sihat, minda cerdas dengan amalan pemakanan seimbang.

Bagi melestarikan program ini, penglibatan komuniti amat penting dalam membantu, membekalkan maklumat dan memberikan bantuan kesedaran kepada orang ramai. Antara program yang bakal dirancangkan dalam program ini khusunya penglibatan komuniti ialah mendapatkan kerjasama daripada kementerian kesihatan untuk mengadakan ceramah, memberi risalah tips kesihatan, menyediakan Pelan Tindakan Pemakanan menyediakan rangka kerja serta ruang untuk merebut peluang terutamanya dalam usaha penggalakan dan penyelidikan pemakanan yang lebih kreatif dan berkesan ke arah meningkatkan tahap pemakanan yang memuaskan di kalangan rakyat, selaras dengan objektif Dasar Pemakanan Negara Malaysia.

Program ‘Sihat Gemilang”

Tujuan Program `Sihat Gemilang’

Program kesihatan ini bertujuan untuk menyampaikan ilmu dan kesedaran kepada pelajar, guru, ibubapa, masyakarat luar, dan negara amnya dalam mencapai taraf kesihatan kelas pertama di dunia. Insan yang sihat pastinya dapat memainkan peranan aktif terhadap pembangunan agama, bangsa dan negara. Oleh itu, bagi mencapai maksud ini empat aspek yang perlu ditekankan bagi mencapai misi tersebut iaitu peningkatan pengetahuan dan amalan pemakanan, peningkatan pengetahuan dan amalan menangani stress, peningkatan pengetahuan dan amalan anti-merokok dan akhir peningkatan pengetahuan dan amalan sukan dan rekreasi.

Rasional Program Kesihatan ‘Sihat Gemilang’

Program kesihatan ini merupakan lanjutan daripada siri-siri program kesihatan terdahulu yang bertujuan untuk memberikan maklumat pendidikan kesihatan menyeluruh bagi membentuk persekitaran yang bersih, bebas daripada penyakit, mengamalkan budaya pemakanan yang seimbang, menjalankan kegiatan fizikal sebagai aktiviti riadah, menjauhi tabiat pemakanan yang tidak baik. Seiring dengan ispirasi ini, program ini dilaksanakan untuk menggalak kesedaran tentang pentingnya amalan penjagaan kesihatan yang baik untuk menambah baik kualiti hidup. Justeru program ini dirasakan sangat penting apatah lagi ia dilaksanakan melalui permuafakatan bersama dan kerjasama pintar dengan pelbagai agensi bagi menjadikan sekolah sentiasa dalam suasana kondusif dan selesa kepada semua warganya. Ini selaras dengan saranan yang digariskan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia