Borang Dan Syarat Futsal

8
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN FUTSAL TERTUTUP PUTRAJAYA 2009 PIALA Y.B DATUK SERI TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR 1.0 UNDANG-UNDANG Kejohanan ini akan dipertandingkan mengikut Undang- undang Persatuan Bolasepak Antabangsa (FIFA) dan juga Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang sedang berkuatkuasa masa kini. 2.0 PERATURAN KEJOHANAN 2.1 PENGENALAN 2.1.1 Kejohanan ini dikenali sebagai PERTANDINGAN FUTSAL TERTUTUP PUTRAJAYA 2009 PIALA Y.B DATUK SERI TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR dianjurkan oleh Kelab Futsal Putrajaya dengan kerjasama Ahli Parlimen Putrajaya 2.1.2 Keseluruhan pertandingan akan diadili oleh pengadil bertauliah dari Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang diketuai oleh seorang ketua pengadil. 2.2 TARIKH DAN TEMPAT 2.2.1 Kejohanan ini akan diadakan pada 8HB FEBRUARI 2009 bertempat di Gelanggang Futsal, Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya, Cyberjaya. 2.2.2 Pertandingan akan dijalankan di gelanggang tertutup (Dalam Dewan) 2.2.3 Taklimat dan undian akan dijalankan pada 5hb FEBRUARI 2009 (KHAMIS) di Bilik Mesyuarat Dewan Serbaguna Presint 16, Putrajaya pada pukul 8.30 malam. Serta bayaran boleh di buat pada malam tersebut.

description

Kejohanan Futsal Tertutup Putrajaya 2009 Piala Y.B. Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada 8 Februari 2009

Transcript of Borang Dan Syarat Futsal

Page 1: Borang Dan Syarat Futsal

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN FUTSAL TERTUTUP PUTRAJAYA 2009

PIALA Y.B DATUK SERI TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR

1.0 UNDANG-UNDANG

Kejohanan ini akan dipertandingkan mengikut Undang-undang Persatuan Bolasepak Antabangsa (FIFA) dan juga Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang sedang berkuatkuasa masa kini.

2.0 PERATURAN KEJOHANAN

2.1 PENGENALAN

2.1.1 Kejohanan ini dikenali sebagai PERTANDINGAN FUTSAL TERTUTUP PUTRAJAYA 2009 PIALA Y.B DATUK SERI TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR dianjurkan oleh Kelab Futsal Putrajaya dengan kerjasama Ahli Parlimen Putrajaya

2.1.2 Keseluruhan pertandingan akan diadili oleh pengadil bertauliah dari Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang diketuai oleh seorang ketua pengadil.

2.2 TARIKH DAN TEMPAT

2.2.1 Kejohanan ini akan diadakan pada 8HB FEBRUARI 2009 bertempat di Gelanggang Futsal, Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya, Cyberjaya.

2.2.2 Pertandingan akan dijalankan di gelanggang

tertutup (Dalam Dewan)

2.2.3 Taklimat dan undian akan dijalankan pada 5hb FEBRUARI 2009 (KHAMIS) di Bilik Mesyuarat Dewan Serbaguna Presint 16, Putrajaya pada pukul 8.30 malam. Serta bayaran boleh di buat pada malam tersebut.

2.2.4 Pihak penganjur berhak menjalankan undian bagi pihak sekiranya tiada wakil.

Page 2: Borang Dan Syarat Futsal

2.3 FORMAT KEJOHANAN

2.3.1 Pertandingan akan dijalankan secara liga di pusingan awal dan kalah mati di pusingan seterusnya.

2.3.2 Masa perlawanan adalah selama 11 minit iaitu 5 minit pada separuh masa pertama dan 5 minit pada separuh masa kedua termasuk 1 minit waktu rehat.

2.3.3 Sekiranya berlaku keputusan seri pada peringkat pusingan kalah-mati, kemenangan akan ditentukan melalui sepakan penalti (3 pemain).

2.4 KATEGORI PERTANDINGAN

2.4.1 Pertandingan adalah untuk kategori LELAKI sahaja dan TERBUKA kepada semua pasukan futsal di Putrajaya yang terdiri daripada remaja dan belia-belia yang bermestautin di Putrajaya sahaja.

2.4.2 Syarat umur bagi penyertaan pemain adalah 18 tahun hingga 35 tahun.

2.5 SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

2.5.1 Setiap pasukan hendaklah terdiri daripada 5 orang pemain dan 4 pemain simpanan serta seorang pengurus pasukan.

2.5.2 Hanya SEORANG sahaja pemain yang pernah mewakili Negara dan negeri bagi pertandingann peringkat KEBANGSAAN, MAKSAK dan SUKMA tahun 2002 hingga kini yang boleh didaftarkan dalam pasukan.

2.5.3 Setiap pemain hanya dibenarkan mewakili satu pasukan sahaja.

2.5.4 Setiap pasukan dikenakan yuran penyertaan RM100.00

2.5.5 PENYERTAAN ADALAH TERHAD 40 PASUKAN SAHAJA.

2.5.6 Sekiranya penganjur mendapati mana-mana pasukan yang gagal mematuhi peraturan, pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan pasukan berkenaan untuk menyertai kejohanan ini.

2.5.7 Keputusan pihak penganjur kejohanan dalam satu-satu perkara adalah muktamad.

Page 3: Borang Dan Syarat Futsal

3.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

3.1 Semua jadual perlawanan termasuk tarikh, masa dan tempat perlawanan akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Penganjur Kejohanan.

3.2 Semua pasukan dikehendaki berada dan sedia untuk bermain di tempat pertandingan 30 minit sebelum perlawanan dimulakan.

3.3 Tempoh masa menunggu adalah 15 minit daripada masa yang dijadualkan dan mana-mana pasukan yang melanggar peraturan akan dikira kalah seperti berikut:-

3.3.1 Pasukan lawan mendapat kemenangan 2-0.

3.4 Pihak penganjur berhak dan berkuasa menangguhkan atau mengubah sesuatu perlawanan dengan memaklumkan kepada pasukan yang terlibat atau diputuskan dengan serta merta tanpa diberitahu terlebih dahulu.

3.5 Semua pemain di wajibkan berpakaian sukan yang sesuai dan tidak dibenarkan merokok, makan dan minum di dalam dewan atau kawasan pertandingan.

3.6 Borang susunan pemain hendaklah dikemukakan kepada Ketua Pengadil 15 minit sebelum pertandingan.

3.7 Hanya pemain-pemain yang didaftarkan dalam Borang Penyertaan sahaja dibenarkan bermain di sepanjang pertandingan ini.

3.8 Setiap pasukan boleh membuat bantahan secara bertulis dengan menyertakan wang cagaran bantahan sebanyak RM 300.00, tidak lewat dari 30 minit selepas permainan yang dibantah itu tamat.

3.9 Bantahan akan didengar oleh Jawatankuasa Rayuan di bawah Jawatankuasa Kecil Teknikal dan Pengadilan. Keputusan jawatankuasa ini adalah muktamad.

3.10 Sekiranya bantahan atau rayuan itu benar dan diterima oleh Jawatankuasa , maka wang cagaran itu akan dikembalikan dan satu keputusan akan dibuat oleh pihak penganjur berhubung dengan rayuan atau bantahan tersebut.

3.11 Wang cagaran akan hilang dan menjadi hak penganjur sekiranya rayuan atau bantahan ditolak oleh Jawatankuasa Rayuan.

Page 4: Borang Dan Syarat Futsal

3.12 Syarat-syarat dan peraturan di atas boleh diubah atau ditambah oleh penganjur tanpa perlu memaklumkan kepada pasukan-pasukan yang akan bertanding.

3.13 Segala keputusan oleh pihak penganjur adalah muktamad.

4.0 HADIAH PERTANDINGAN

4.1 Hadiah-hadiah akan diberi kepada pasukan yang berjaya menyandang gelaran Johan, Naib Johan, Tempat ketiga dan Tempat ke empat.

4.2 Hadiah pertandingan akan disediakan seperti berikut:

HADIAH PERTANDINGAN

KEJOHANAN FUTSAL TERTUTUP PUTRAJAYA 2009

KEDUDUKAN NILAI HADIAH (RM)

JOHAN RM1,000.00 + Medal+

Piala pusingan Y.B Datuk Seri

Tengku Adnan Bin Tengku Mansor

(Akan dikembalikan)

NAIB JOHAN RM700.00+ Medal

KETIGA RM 500.00 + Medal

KEEMPAT RM 300.00 + Medal

“DEDIKASIKANLAH SUKAN UNTUK NEGARA”

PERTANDINGAN KEJOHANAN LIGA TERTUTUP FUTSAL PUTRAJAYA 2009PIALA Y.B DATUK SERI TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR.

Di anjurkan oleh : Kelab Futsal Putrajaya.Dengan kerjasama : Ahli Parlimen Putrajaya.

TARIKH TUTUP PENYERTAAN

5 Februari 2009 (Khamis)

Page 5: Borang Dan Syarat Futsal

KELAB FUTSAL PUTRAJAYA

KEJOHANAN TERTUTUP FUTSAL PUTRAJAYA 2009, PIALA Y.B DATUK SERI TENGKU ADNAN B. TENGKU MANSOR

TARIKH : 8 FEBRUARI 2009 (AHAD)TEMPAT : GELANGGANG FUTSAL,

KELAB KOMUNITI TAMAN TASIK, CYBERJAYA.

BORANG PENDAFTARAN PASUKAN

NAMA KUMPULAN :

NAMA PENGURUS PASUKAN :-------------------------------------------------

NO/TELEFON : ---------------------(R)--------------------(P)

-------------------------(H/P)

KATEGORI : TERBUKA LELAKI( 18 TAHUN HINGGA 35 TAHUN SHJ)

BIL NAMA NO. KAD PENGENALAN

ALAMAT

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

PENGAKUAN DIRI

Page 6: Borang Dan Syarat Futsal

Saya pengurus pasukan seperti nama di bawah dengan ini bersetuju mengikut segala undang-undang dan peraturan serta mengikut jadual yang ditetapkan oleh pihak penganjur dan pasukan saya mengaku tidak akan mengemukakan sebarang tuntutan terhadap pihak penganjur dan agennya di atas sebarang musibah ke atas diri/pasukan saya sebelum, semasa dan selepas menyertai pertandingan ini

Tandatangan :___________________________

Nama :__________________________________ Tarikh : ____________________ ( PENGURUS PASUKAN)

SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI:URUSETIA PERTANDINGAN

KEJOHANAN FUTSAL TERTUTUP PUTRAJAYA 2009PIALA Y.B DATUK SERI TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR

En. Zaid - 0173276100 ( PRESINT 16)En. Mizi - 0196936768 ( PRESINT 9)En. Rizzwan - 0129245867 (MENARA PjH, PRESINT 2 )En. Alif - 0129563737 ( PRESINT 1 )En. Amri – 0126936833 ( PRESINT 9 )En. Khairil – 0193388550 (PRESINT 8&10)En. Bob – 0126378641 (PRESINT 8)En. Md Noh – 0192707006 (PRESINT 11)En. Nazim – 0133371886 (PRESINT 14)En. Nasru – 0133433397 (PRESINT 9)

BAYARAN PENYERTAAN BOLEH DIBAYAR PADA:

Tarikh : 5 Februari 2009 ( Khamis ).Masa : 8.30 malam.Tempat : Di bilik Mesyuarat,

Dewan Serbaguna, Presint 16, 62000 PUTRAJAYA