Borang Kaji Selidik- Dasar Polisi

11
BORANG KAJI SELIDIK: PANDUAN KESELAMATAN DI PRASEKOLAH NAMA : HAZIRAH BINTI ZAHARI NO MATRIK : PPG / 20784 / 11 NAMA PRASEKOLAH : PRASEKOLAH PERMATA, SK SUNGAI RAMBAI No . Perkara (1) (2) (3) (4) (5) Sila tanda ( / ) pada ciri- ciri keselamatan yang terdapat di prasekolah anda mengikut skala yang sesuai. Sang at tida k setu ju Tida k setu ju Tida k past i Setu ju Sang at Setu ju A) KESELAMATAN LOKASI & STRUKTUR BANGUNAN PRASEKOLAH BIL PERKARA (1 ) (2) (3) (4 ) (5) 1. Bangunan prasekolah selamat untuk digunakan dan mendapat kelulusan daripada bahagian pembangunan kementerian pelajaran Malaysia. / 2. Lokasi bangunan prasekolah berada di dalam kawasan sekolah dan selamat untuk didiami. / 3. Kanak-kanak mempunyai insuran perlindungan diri sebagai perlindungan jika berlaku sesuatu kemalangan. / B) KESELAMATAN DALAM BILIK PRASEKOLAH BIL PERKARA (1 ) (2) (3) (4 ) (5) 1. Mempunyai peredaran udara yang baik. /

Transcript of Borang Kaji Selidik- Dasar Polisi

Page 1: Borang Kaji Selidik- Dasar Polisi

BORANG KAJI SELIDIK: PANDUAN KESELAMATAN DI PRASEKOLAH

NAMA : HAZIRAH BINTI ZAHARI

NO MATRIK : PPG / 20784 / 11

NAMA PRASEKOLAH : PRASEKOLAH PERMATA, SK SUNGAI RAMBAI

No. Perkara (1) (2) (3) (4) (5)

Sila tanda ( / ) pada ciri-ciri keselamatan yang terdapat di prasekolah anda mengikut skala yang sesuai.

Sangattidaksetuju

Tidaksetuju

Tidakpasti

Setuju

SangatSetuju

A) KESELAMATAN LOKASI & STRUKTUR BANGUNAN PRASEKOLAH

BIL PERKARA (1) (2) (3) (4) (5)

1. Bangunan prasekolah selamat untuk digunakan dan mendapat kelulusan daripada bahagian pembangunan kementerian pelajaran Malaysia.

/

2. Lokasi bangunan prasekolah berada di dalam kawasan sekolah dan selamat untuk didiami.

/

3. Kanak-kanak mempunyai insuran perlindungan diri sebagai perlindungan jika berlaku sesuatu kemalangan.

/

B) KESELAMATAN DALAM BILIK PRASEKOLAH

BIL PERKARA (1) (2) (3) (4) (5)

1. Mempunyai peredaran udara yang baik. /2. Mempunyai sekurang-kurangnya 2 buah pintu yang

mudah untuk melarikan diri dengan selamat jika berlaku kebakaran.

/

3. Perabot yang digunakan seperti kerusi & meja adalah tidak tajam, selamat dan kukuh serta sesuai dengan ketinggian kanak2.

/

4. Mempunyai alat pemadam api yang berfungsi. /5. Mempunyai ruang-ruang pembelajaran yang mudah

untuk kanak-kanak bergerak melakukan aktiviti./

6. Laluan keluar dari semua bilik bebas daripada sebarang halangan.

/

7. Peralatan tajam seperti pisau, gunting dan lain-lain diletakkan di tempat yang selamat dan tinggi.

/

Page 2: Borang Kaji Selidik- Dasar Polisi

8. Semua peralatan elektrik diletakkan pada tempat yang selamat dan tersusun rapi.

/

9. Suiz yang terdapat di prasekolah perlulah tinggi dan tidak mudah dicapai oleh kanak-kanak.

/

4. Terdapat buku rekod keluar masuk murid semasa waktu persekolahan.

/

5. Murid tidak dibenarkan keluar daripada kawasan prasekolah tanpa kebenaran guru & PPM.

/

6. Hanya waris prasekolah sahaja dibenarkan untuk mengambil anak sekiranya berlaku kecemasan dan dengan pengetahuan ketua jabatan.

/

7. Murid-murid sentiasa berada di bawah penguasaan dan kawalan guru dan Pembantu Pengurusan Murid ketika menjalankan sesuatu aktiviti.

/

C) PETI PERTOLONGAN CEMAS

BIL PERKARA (1) (2) (3) (4) (5)

1. Terdapat peti pertolongan cemas yang lengkap dengan ubat-ubatan asas dan perlu sentiasa diperiksa untuk memastikan tidak berlaku kehabisan ubat.

/

2. Peti pertolongan cemas disimpan di tempat yang mudah dilumpai.

/

D) KESELAMATAN RUANG DAPUR & RUANG MAKAN

BIL PERKARA (1) (2) (3) (4) (5)

1. Kanak-kanak mestilah dilarang masuk ke ruang dapur dan stor pada setiap masa .

/

2. Semua peralatan seperti sudu, garpu, magkuk, dan lain-lain disimpan dengan kemas dan baik.

/

3. Ada tong sampah dan sentiasa tertutup. /4. Pastikan lantai tidak basah dan licin. /5. Makanan sentiasa ditutup dan kebersihan sentiasa

dijaga demi menjamin keselamatan makanan apabila di makan oleh kanak-kanak

/

6. Kabinet dapur bertutup dan tidak mudah untuk dimasuki serangga perosak.

/

7. Tempat stor bahan-bahan makanan mestilah bersih dan selamat.

/

Page 3: Borang Kaji Selidik- Dasar Polisi

E) KESELAMATAN DI TANDAS

BIL PERKARA (1) (2) (3) (4) (5)

1. Lantai tidak licin dan bertakung dengan air. /2. Tandas kanak-kanak lelaki diasingkan daripada tandas

kanak-kanak perempuan/

3. Tandas untuk kanak-kanak dibina khas untuk kegunaan mereka di mana pintu, tempat duduk dan paip air dibina mengikut tinggi mereka.

/

4. Bagi kanak-kanak cacat, pemegang perlu disediakan. /5. Tempat mencuci tangan atau sinki hendaklah rendah

daripada kanak-kanak./

6. Selipar yang disediakan tidak haus untuk mengelakkan daripada terjatuh.

/

7. Sentiasa mengawasi kanak-kanak semasa berada di dalam tandas.

/

F) KESELAMATAN ALAT PERMAINAN

BIL PERKARA (1) (2) (3) (4) (5)

1. Berhati-hati dengan alat mainan yang mempunyai sisi dan hujung yang tajam, komponen kecil, bunyi yang kuat dan boleh bergerak.

/

2. Pastikan alat permainan tidak terlalu berat dan besar kerana akan membahayakan keselamatan kanak-kanak.

/

3. Alat mainan kecil sekurang-kurangnya 1 ¼ untuk menghindar dari tertelan, tersumbat pada hidung, telinga atau saluran penafasan.

/

4. Alat mainan perlu bersih dan selamat untuk digunakan. /5. Pastikan alat mainan tidak menggunakan cat bertoksik. /6. Mengajar kanak-kanak kembalikan alat mainan ke

tempat asal untuk mengelakkan berlakunya kemalangan.

/

G) KESELAMATAN DI LUAR BILIK DARJAH & PERMAINAN LUAR

BIL PERKARA (1) (2) (3) (4) (5)

1. Ruang luar perlu diperiksa setiap pagi sebelum digunakan dan buang sampah dan segala objek bahaya di kawasan persekitaran.

/

2. Hindarkan murid daripada tumbuh-tumbuhan yang bertoksik.

/

3. Segala perkakasan dan alatan tidak berkarat atau dirawat dengan bahan toksik.

/

4. Murid diajar memakai kasut setiap kali keluar bagi mengelakkan kesihatan dan menghindarkan penyakit berjangkit.

/

5. Kawasan permainan di tadika dan prasekolah /

Page 4: Borang Kaji Selidik- Dasar Polisi

mempunyai pagar dengan ketinggian sekurang-kurangnya 4 kaki.

6. Komponen alat mainan luar tidak bengkok, melengkung, patah atau permukaan yang kemik.

/

7. Terdapat peraturan penggunaan alat permainan luar yang dilekatkan agar kanak-kanak lebih berdisiplin ketika menggunakan alat permainan di luar.

/

8. Kanak-kanak yang bermain di ruang permainan luar sentiasa di bawah kawalan dan pemerhatian guru dan pembantu agar kanak-kanak sentiasa berada di dalam keadaan yang selamat.

/

9. Rumput sentiasa dipotong oleh pekerja sekolah bagi memastikan kanak-kanak selamat apabila berada di taman mainan di luar kawasan prasekolah.

/

H) PAGAR & GRILL

BIL PERKARA (1) (2) (3) (4) (5)

1. Disekeliling kawasan prasekolah mempunyai pagar bagi mengelakkan murid daripada keluar daripada kawasan prasekolah.

/

2. Grill pada pintu dan tingkap dibina untuk keselamatan peralatan di dalam prasekolah.

/

3. Pagar yang dipasang minimum 4 kaki tinggi, dengan tepi bawah tidak lebih dari 3 ½ inci dari tanah.

/

4. Bukaan pagar kurang daripada 3 ½inci atau besar daripada 9 inci lebar (reka bentuk sesuai bagi membuatkan murid tidak berani memanjat)

/

5. Bagi mengelakkan daripada jari terperangkap, bukaan hendaklah berada di antara 3/8 hingga 1 inci.

/

6. Ditingkap dan pintu prasekolah dipasang dengan grill agar peralatan di dalam kelas lebih selamat.

/

7. Pintu pagar dikunci pada pukul 8.00pagi dan akan dibuka semula pada pukul 12.00 tgh bagi mengelakkan orang luar masuk ke dalam kawasan prasekolah demi keselamatan kanak-kanak.

/

I) LONGKANG

BIL PERKARA (1) (2) (3) (4) (5)

1. Longkang disekeliling sentiasa bertutup dan selamat /2. Tiada sampah sarap & air yang bertakung di dalam

longkang./

Page 5: Borang Kaji Selidik- Dasar Polisi

J) PELAN KECEMASAN SEMASA KEBAKARAN

BIL PERKARA (1) (2) (3) (4) (5)

1. Terdapat pelan laluan kecemasan di dalam kelas prasekolah.

/

2. Latihan kebakaran diadakan 3 kali setahun. /3. Guru mempunyai kebolehan menggunakan alat

pemadam api./

4. Terdapat senarai nama kanak-kanak yang lengkap dengan no. telefon ibu bapa atau jiran, agar mudah dihubungi jika berlaku kecemasan.

/

K) KESELAMATAN LALULINTAS

BIL PERKARA (1) (2) (3) (4) (5)

1. Kanak-kanak dihantar oleh Pembantu Pengurusan Murid di pintu pagar sekolah sehingga dijemput oleh waris masing-masing.

/

2. Kanak-kanak melintas di bawah penguasaan pengawal keselamatan lalulintas sekolah ketika datang dan pulang dari sekolah.

/

Page 6: Borang Kaji Selidik- Dasar Polisi

Catatan/ analisis pelaksanaan dan keberkesanan di sekolah:

Saya telah membuat penilaian dan analisis tentang keselamatan di Prasekolah Permata,

Sekolah Kebangsaan Sungai Rambai, Bukit Mertajam. Berdasarkan analisis yang telah

dijalankan, secara umumnya keselamatan di prasekolah ini sangat baik dan menepati ciri-ciri

keselamatan yang diperlukan. Bangunan prasekolah berada dalam kawasan yang sesuai dan

selamat. Namun demikian, terdapat beberapa perkara penting yang perlu diberi perhatian. Ruang

pembelajaran di dalam kelas agak sempit dan terhad. Susunan kerusi meja di dalam kelas

menyukarkan peregerakan murid. Murid tidak bebas bergerak untuk melakukan sesuatu aktiviti

kelas. Setelah kajian dibuat, bangunan prasekolah ini merupakan bekas rumah kakitangan

(kuaters guru) yang telah diubahsuai menjadi kelas prasekolah. Struktur binaan dalaman

dikekalkan daripada yang asal. Oleh itu, ruang pembelajaran tidak boleh diubah menjadi lebih

luas.

Di bahagian dapur dan ruang makan agak baik tetapi terdapat tong sampah yang tidak

bertutup diletakkan di tepi sinki berdekatan dengan ruang makan murid. Hal ini agak

membahayakan kerana mungkin air percikan daripada sinki akan termasuk ke dalam tong

sampah dan menyebabkan kawasan ruang makan murid menjadi kotor. Di bahagian tandas

murid, mangkuk tandas yang disediakan kurang bersesuaian dengan saiz murid. Kolam air yang

disediakan juga tidak sesuai diletakkan ditepi mangkuk tandas dan membahayakan keselamatan

murid. Pemegang untuk murid-murid cacat tidak disediakan di dalam tandas. Alatan permainan

luar tidak diselenggara dengan baik. Ada besi yang sudah berkarat dan permainan yang rosak.

Alat permainan ‘monkey bar’ terlalu tinggi dan tidak sesuai untuk murid-murid prasekolah.

Rumput juga dibiarkan panjang dan jarang dipotong oleh pekerja sekolah. Peraturan penggunaan

alat permainan luar tidak dipamerkan dan dilekatkan untuk perhatian murid.

Bangunan prasekolah ini dilengkapkan dengan jeriji besi pada pintu dan semua tingkap.

Pagar juga mematuhi peraturan keselamatan dan selamat untuk murid-murid. Tetapi pintu pagar

di bahagian hadapan tidak dikunci dan tidak ditutup dengan baik semasa proses pengajaran dan

pembelajaran dijalankan. Hal ini boleh mendatangkan bahaya kepada murid. Longkang

disekeliling bangunan prasekolah juga tidak ditutup dengan sepenuhnya. hanya longkang yang

dijadikan laluan sahaja yang ditutup. Semasa datang dan pulang dari sekolah, murid tidak

dikawal oleh pengawal keselamatan kerana kebanyakan ibu bapa menggunakan laluan pintu

pagar bahagian belakang sekolah.

Secara umumnya, ciri-ciri keselamatan yang diamalkan oleh prasekolah ini agak baik dan

memuaskan. Sebagai guru prasekolah, saya akan memberi perhatian dan membuat

penambahbaikan terhadap ciri-ciri keselamatan yang masih belum ditepati.

Page 7: Borang Kaji Selidik- Dasar Polisi

PRASEKOLAH PERMATA, SK SUNGAI RAMBAI