BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · ( 4 SPT-PKPG) Kejujuran dan keikhlasan dalam persahabatan ini ......
Transcript of BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · ( 4 SPT-PKPG) Kejujuran dan keikhlasan dalam persahabatan ini ......
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan, penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : TAHAP MINAT, SIKAP BELAJAR DAN PENILAIAN
PENGAJARAN GURU OLEH PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI TIGA BUAH SEKOLAH DI DAERAH JOHOR BAHRU TERHADAP MATA PELAJARAN MATEMATIK TAMBAHAN
SESI PENGAJIAN : 2008/2009
Saya MUHAMAD AZNI BIN MAT ZIN
(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )
SULIT
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi / badan di mana penyelidikan dijalankan
TIDAK TERHAD Disahkan oleh
(TANDATANGAN PENULIS)
Alamat Tetap : NO. 42 JALAN HAMPARAN BUMI, KAMPUNG BUKIT NENASI, 21060 KUALA TERENGGANU. Tarikh : 09 APRIL 2009
(TANDATANGAN PENYELIA)
PROF. MADYA DR. BAHRIN BIN ABU NAMA PENYELIA
Tarikh : 09 APRIL 2009
√
PENGESAHAN PENYELIA
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada
pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti
untuk tujuan Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Dan
Komputer Serta Pendidikan (Matematik)”.
Tandatangan : ..................................................
Nama Penyelia : PM. DR. BAHRIN BIN ABU
Tarikh : 24 APRIL 2009
TAHAP MINAT, SIKAP BELAJAR DAN PENILAIAN PENGAJARAN
GURU OLEH PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI TIGA BUAH SEKOLAH
DI DAERAH JOHOR BAHRU TERHADAP MATA PELAJARAN
MATEMATIK TAMBAHAN
MUHAMAD AZNI BIN MAT ZIN
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan
(Matematik)
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
APRIL 2009
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ……………………………….
Nama Penyelidik : MUHAMAD AZNI BIN MAT ZIN
Tarikh : 24 APRIL 2009
iii
DEDIKASI
Buatmu bonda yang tersayang,
( Fatimah binti Daud )
Doa, nasihat dan pengorbananmu menjadi pelita
serta panduan perjuanganku dalam mengenal kehidupan ini.
Buatmu kekanda yang disayangi,
( Suhaimi, Rohani, Ramli dan Munirah )
Kalian amat bermakna dalam diri ini,
Kejayaanku, kejayaanmu jua.
Buatmu pembimbing yang disanjungi,
( Prof. Madya Dr. Bahrin bin Abu )
Bimbingan, tunjuk ajar, dan jasa yang diberikan
tidak akan dilupakan.
Buat teman-teman yang dirindui,
( 4 SPT-PKPG )
Kejujuran dan keikhlasan dalam persahabatan ini
akan kukenang buat selamanya
Setinggi-tinggi terima kasih atas sokongan, prihatin
dan bantuan kalian semua.
iv
PENGHARGAAN
Setinggi-tingginya penghargaan kepada penyelia projek sarjana
muda, Prof. Madya Dr. Baharin bin Abu atas bimbingan, dorongan dan
galakan serta nasihat yang diberikan sejak awal kajian ini dirancang
sehinggalah projek ini disempurnakan. Beliau telah banyak memberi
tunjuk ajar dengan penuh kesabaran dalam proses menyiapkan laporan
ini.
Penghargaan yang tidak terhingga juga ditujukan kepada pelajar
tingkatan empat di empat buah sekolah di daerah Johor Bahru yang telah
sudi meluangkan masa dan memberi kerjasama dalam membantu
menjayakan penyelidikan ini.
Ucapan jutaan terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan
seperjuangan serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak
langsung dalam usaha menjayakan projek ini. Tanpa sokongan dan
kerjasama daripada semua pihak, projek ini tidak akan disiapkan dengan
sempurna.
Ucapan terima kasih kepada saudara Rohaizad bin Selemin yang
memberi sokongan serta dorongan sepanjang menyediakan projek ini.
Sesungguhnya budi baik beliau sukar untuk dibalas. Semoga beliau
sentiasa sihat sejahtera dan diberkati Tuhan.
Akhirnya, ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat
secara langsung atau tidak langsung dalam mendorong kejayaan
menghasilkan projek penyelidikan ini.
v
ABSTRAK
Kajian ini mengkaji tahap sikap belajar pelajar, minat pelajar, masalah pengajaran dan pembelajaran pelajar-pelajar tingkatan empat di tiga buah Sekolah Di Johor Bahru dalam mata pelajaran Matematik Tambahan. Kajian ini melibatkan seramai 30 orang responden yang terdiri daripada 21 orang pelajar Melayu, 6 orang pelajar Cina dan 3 orang pelajar India. Kajian ini berbentuk deskriptif. Nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach bagi instrumen kajian ialah 0.92. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik yang mengandungi 3 bahagian: Bahagian A (3 item Latar belakang), Bahagian B (50 item objektif) dan Bahagian C (2 item subjektif). Data-data yang diperolehi diproses menggunakan SPSS 13.0 (Statistical Packages For Social Sciences) dan dijelaskan dalam bentuk peratusan, kekerapan dan min. Dapatan kajian mendapati bahawa tahap sikap belajar pelajar (Min=2.75) tingkatan empat adalah pada tahap sederhana. Dapatan kajian juga menunjukkan tahap minat pelajar (Min=2.94) dan penilaian tahap prestasi pengajaran guru (Min=2.90) dalam mata pelajaran Matematik Tambahan berada pada tahap sederhana. Walau bagaimanapun, penilaian terhadap kualiti keperibadian guru (Min=3.35) berada pada tahap tinggi. Kajian mendapati masalah pengajaran dan pembelajaran adalah seperti penyampaian pengajaran guru,kurangnya latihan, penggunaan bahasa yang terhad, pembahagian masa , minat, dan gangguan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Beberapa cadangan dan implikasi kajian juga dibincangkan.
vi
ABSTRACT
This research aims to investigate students’ interests, student’ attitudes and the teaching and learning problems of form 4 students in 3 school in Johor Bahru who are taking the subject Additional Mathematics. The population chosen consisted of 30 students who are currently taking the subject Additional Mathematics in 3 schools in Johor Bahru. The respondents were 21 Malays, 6 Chinese and 3 Indians. The descriptive study was employed in the research. The Cronbach Alpha value for the instrument in was 0.92. This research employed a set of questionnaire consisted of three parts. Part A consisted of items on student’s background, Part B consisted of 50 items which were related to the three objectives of this research, and Part C consisted of 2 open-ended questions. The data collected were analyzed using the Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) version 13.0 to obtain the percentages, frequency and mean. The study found that the learning interests (mean=2.94), attitudes (mean=2.75), and evaluation on teacher’s teaching performances (mean=2.90) were at moderate levels. However, teacher’s personality recorded a high mean value. This research found that the problems related to teaching and learning were teacher’s teaching performance, the lacked of tutorials, limitation in language usage, times distribution, students’ interests and interruption factors that affect during the teaching and learning process. A number of recommendations and implications of this research were also discussed.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI RAJAH xii
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI SIMBOL xvi
SENARAI LAMPIRAN xvii
1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Penyataan Masalah 7
1.4 Objektif Kajian 8
1.5 Persoalan Kajian 9
viii
1.6 Kepentingan Kajian 9
1.7 Batasan Kajian 10
1.8 Skop Kajian 11
1.9 Definisi Operasi 11
1.9.1 Tahap 11
1.9.2 Sikap 12
1.9.3 Minat 12
1.9.4 Penilaian Pengajaran 13
1.9.5 Masalah Pengajaran Dan Pembelajaran 13
1.10 Kesimpulan dan Organisasi Laporan 14
2 SOROTAN KAJIAN 15
2.1 Pengenalan 15
2.2 Konsep Pembelajaran 15
2.3 Minat dan Sikap Belajar 20
2.4 Kemahiran Belajar 26
2.4.1 Persediaan Diri Pelajar 26
2.4.2 Teknik Mencatat Nota 30
2.4.3 Teknik Mengulangkaji 31
2.4.4 Teknik Membaca 32
2.4.5 Teknik Perbincangan 34
2.4.6 Pengurusan Masa 36
2.4.7 Latihan Pengukuhan 39
2.5 Guru dan Pengajaran 40
2.5.1 Persediaan Pengajaran 42
ix
2.5.2 Penstrukturan dan Penyampaian 42
2.5.3 Pengawasan Suasana 43
2.5.4 Teknologi Pengajaran 45
2.5.5 Kualiti Keperibadian 49
2.5.6 Kemahiran Komunikasi 50
2.6 Masalah-Masalah Pembelajaran 51
2.7 Kesimpulan 53
3 METODOLOGI KAJIAN 54
3.1 Pengenalan 54
3.2 Rekabentuk Kajian 55
3.3 Prosedur Kajian 56
3.4 Sampel 56
3.5 Tempat Kajian 57
3.6 Instrumen Kajian 58
3.7 Kesahan dan Kebolehpercayaan 60
3.8 Analisis Data 61
3.9 Kesimpulan 63
4 ANALISIS DATA 64
4.1 Pengenalan 64
4.2 Analisis dan Dapatan Kajian Bahagian A 64
4.2.1 Jantina dan Bangsa Responden 65
x
4.3 Analisis dan Hasil Kajian Bahagian B 66
4.3.1 Tahap Sikap Belajar Pelajar Tingkatan
Empat Dalam Mata Pelajaran Matematik
Tambahan 67
4.3.2 Tahap Minat Pelajar Tingkatan Empat Terhadap Mata Pelajaran Matematik Tambahan 72
4.3.3 Tahap Prestasi Pengajaran Guru Matematik
Tambahan 75
4.4 Analisis dan Hasil Kajian Bahagian C 87
4.4.1 Masalah Pengajaran dan Pembelajaran 88
4.4.2 Cadangan Meningkatkan Prestasi Pengajaran
Dan Pembelajaran 90
5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 93
5.1 Pengenalan 93
5.2 Rumusan Kajian 93
5.3 Perbincangan Kajian 95
5.3.1 Tahap Sikap Belajar Pelajar Terhadap Mata
Pelajaran Matematik Tambahan 95
5.3.2 Tahap Minat Pelajar Terhadap Mata
Pelajaran Matematik Tambahan 98
5.3.3 Tahap Prestasi Pengajaran Guru Matematik
Tambahan 99
5.3.4 Masalah dan Cadangan Memperbaiki
xi
Pengajaran dan Pembelajaran 104
5.4 Cadangan Kajian 106
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 107
RUJUKAN 109
xii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN
2.1 Kesan Ketidakhadiran ke Kelas ke Atas
Markah yang Diperoleh. 22
3.1 Pengkelasan Kesesuaian Berdasarkan Analisis Markah Min dan Peratus 62
xiii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
3.1 Taburan Responden Kajian Dari Tiga Buah Sekolah
Di Daerah Johor Bahru 57
3.2 Bilangan Item Berhubung Persoalan Kajian
untuk Bahagian B 59
3.3 Skala Ordinal Empat Mata 56
3.4 Pengkelasan Analisis Skala Ordinal Empat Mata 62
4.1 Taburan Responden Kajian Dari Tiga Buah Sekolah
Di Daerah Johor Bahru 65
4.2 Skala Ordinal Empat Mata 66
4.3 Pengkelasan Analisis Markah Min 66
4.4 Analisis Frekuensi, Peratus dan Min bagi Sikap Belajar
Pelajar Tingkatan Empat Di Tiga Buah Sekolah Di
Daerah Johor Bahru Dalam Pembelajaran Matematik
Tambahan 67
4.5 Analisis Frekuensi, Peratus dan Min bagi Minat
Pelajar Tingkatan Empat Di Tiga Buah Sekolah Di
Daerah Johor Bahru Dalam Pembelajaran Matematik
Tambahan 73
4.6 Analisis Frekuensi, Peratus dan Min bagi Penilaian
Pengajaran Guru Mata Pelajaran Pembelajaran
Matematik Tambahan Dari Aspek
Persediaan Pengajaran 76
xiv
4.7 Analisis Frekuensi, Peratus dan Min bagi Penilaian
Pengajaran Guru Mata Pelajaran Pembelajaran
Matematik Tambahan Dari Aspek
Penstrukturan dan Penyampaian Pengajaran 78
4.8 Analisis Frekuensi, Peratus dan Min bagi Penilaian
Pengajaran Guru Mata Pelajaran Pembelajaran
Matematik Tambahan Dari Aspek
Pengawasan Suasana Pembelajaran 80
4.9 Analisis Frekuensi, Peratus dan Min bagi Penilaian
Pengajaran Guru Mata Pelajaran Pembelajaran
Matematik Tambahan Dari Aspek
Teknologi Pengajaran 82
4.10 Analisis Frekuensi, Peratus dan Min bagi Penilaian
Pengajaran Guru Mata Pelajaran Pembelajaran
Matematik Tambahan Dari Aspek
Kualiti Keperibadian 83
4.11 Analisis Frekuensi, Peratus dan Min bagi Penilaian
Pengajaran Guru Mata Pelajaran Pembelajaran
Matematik Tambahan Dari Aspek
Kemahiran Komunikasi 85
4.12 Min Keseluruhan Bagi Aspek Tahap Prestasi
Pengajaran Guru 86
4.13 Purata Min dan Tahap Bagi Aspek Sikap Belajar
Pelajar, Minat Dalam Pembelajaran dan Pengajaran Guru
Matematik Tambahan 87
xv
4.14 Masalah-masalah Pembelajaran Yang Dihadapi
Semasa Mempelajari Matematik Tambahan 88
4.15 Cadangan Untuk Mempertingkatkan Kefahaman
Dan Aktiviti Pembelajaran Dalam Mata Pelajaran
Matematik Tambahan 91
xvi
SENARAI SIMBOL
SPSS - Statistical Packages For Social Sciences
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
ABM - Alat Bantu Mengajar
IPTA - Institut Pengajian Tinggi Awam
IPTS - Institut Pengajian Tinggi Swasta
OHP - Overhead Projector
NCTM - National Council of Teacher’s of Matematics
STF - Sekolah Menengah Tun Fatimah
SIGSJG - Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Sultan
Ibrahim
SMTJB - Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru
xvii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Contoh Set Soal Selidik 116
B Surat Kelulusan 126
C Surat Kebenaran Daripada JPN 127
D Surat Kebenaran Daripada Fakulti 128
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pendidikan di Malaysia bermatlamat utama untuk menyatupadukan masyarakat dan
melahirkan rakyat yang mampu bersaing dengan perkembangan sains dan teknologi
masa kini. Selain itu, pendidikan juga dapat melahirkan generasi yang
berpengetahuan, terlatih dan mahir bagi mencapai status Negara maju pada tahun
2020. Justeru, pelbagai strategi dan program pembangunan pendidikan telah
dilaksanakan bagi merealisasikan Wawasan 2020 membentuk negara perindustrian
dan maju.
Selaras dengan dasar ini wawasan 2020, Kementerian Pelajaran telah
memperkenalkan Pembangunan Pendidikan 2001-2010 pada tahun 2001. Antara
matlamat utama rancangan ini adalah memperkembangkan potensi individu secara
menyeluruh bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani
dan intelek selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, meningkatkan kreativiti
dan inovasi di kalangan pelajar, meningkatkan budaya ilmu, membudayakan sains
2
dan teknologi, membudayakan pembelajaran sepanjang hayat, menyediakan sistem
pendidikan yang lebih cekap, berkesan dan bertaraf dunia, menjadikan Malaysia
sebagai pusat kecemerlangan pendidikan serta meningkatkan martabat pendidikan
Malaysia pada peringkat antarabangsa (Pembangunan Pendidikan 2001-2010, 2001).
Pendidikan berteraskan Sains dan Matematik dijangka dapat mempercepatkan
matlamat menjadi negara industri dan maju menjelang tahun 2020.
Sejajar dengan matlamat tersebut, mata pelajaran Matematik amat
dititikberatkan oleh kerajaan dalam usaha untuk melahirkan masyarakat yang bersifat
analitik serta progresif, berdaya cipta dan berpandangan jauh ke masa hadapan.
Dengan itu, pendekatan baru iaitu pengajaran dengan menggunakan perisian
multimedia di sekolah telah diperkenalkan dan dilaksanakan. Semua sekolah di
Malaysia kini sudah dilengkapi dengan kemudahan multimedia. Makmal-makmal
komputer sekolah telah mulai dilengkapi dengan perkakasan komputer serta
peralatan sokongan. Semua guru yang mengajar mata pelajaran Matematik juga
telah dibekalkan dengan sebuah komputer riba (laptop) untuk digunakan dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran. Sistem Pendidikan Malaysia akan mengalami
perubahan di mana keperluan penggunaan perisian komputer dalam pengajaran dan
pembelajaran akan diberi penekanan (Cheah 2002).
Kecemerlangan dalam bidang akademik merupakan matlamat utama pelajar,
ibu bapa dan sekolah. Pencapaian akademik pula berkait rapat dengan proses
pengajaran dan pembelajaran yang dipengaruhi oleh berbagai faktor dalaman dan
juga luaran. Faktor dalaman yang terlibat adalah sikap, minat dan masalah
pembelajaran pelajar. Faktor ini boleh juga dikenali sebagai pengaruh psikologi di
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bahagian 1.2 akan menjelaskan latar
belakang masalah.
3
1.2 Latar Belakang Masalah
Wawasan 2020 berhasrat mewujudkan Malaysia sebagai sebuah negara
perindustrian dengan masyarakat bersatu padu, progresif dan makmur, dinamis serta
mempunyai keyakinan diri dan daya ketahanan yang tinggi. Adalah menjadi
keperluan untuk memberikan perhatian yang sewajarnya kepada sektor perindustrian
dalam usaha negara untuk mencapai matlamat tersebut. Salah satu kriteria penting
yang perlu diambil kira ialah dengan melahirkan tenaga mahir yang bersesuaian dan
mencukupi bagi menampung perkembangan sektor perindustrian tersebut. Bagi
merealisasikan usaha ini, pelbagai kemudahan prasarana telah diberi tumpuan oleh
pihak kerajaan selaras dengan perkembangan teknologi semasa.
Walaupun penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
menjadi semakin penting ekoran wujudnya pelaksanaan sekolah bestari, namun cara
pengajaran di sekolah masih berpusatkan guru atau pengajaran tradisional dan bahan
pengajaran yang digunakan adalah setakat buku teks, carta dan gambar rajah. Semua
ini merupakan cara penyampaian pengajaran yang linear dan membosankan pelajar.
Dengan ini proses pembelajaran akan menjadi terhad di mana pelajar tidak dapat
mengaplikasikan ilmu dengan sebaik mungkin dan kurang memahami isi
pembelajaran kerana sukar untuk menghubungkaitakan isi pelajaran dengan keadaan
sebenar. Menurut Junaidah dan Rasyidah (2006) telah menyatakan bahawa proses
pembelajaran secara tradisional di dalam kelas adalah terhad. Pelajar yang mudah
faham akan berasa bosan sekiranya terpaksa mempelajari sesuatu topik yang sama
berulangulang kali sedangkan pelajar yang lemah akan berasa sukar sekiranya guru
mengajar pada kadar yang terlalu pantas.
Buku teks atau buku rujukan tidak dapat menunjukkan audio dan animasi,
rajah yang berwarna juga sukar dihasilkan dengan banyak memandangkan kos
cetakan yang tinggi. Memandangkan untuk menghasilkan satu perisian alat bantu
mengajar (ABM) memerlukan masa dan tenaga yang banyak. Oleh yang demikian,
guru lebih cenderung kepada penggunaan papan tulis dengan kapur (chalk and talk),
4
carta atau poster dan sampel sebenarnya. Namun ini tidak mencukupi untuk
membantu meningkatkan tahap kefahaman pelajar.
Pendekatan pengajaran tradisi yang berasaskan “chalk and talk” tidak dapat
menarik minat atau merangsang proses pembelajaran kerana tidak melibatkan
kesemua panca indera terutama sekali dalam pembelajaran mata pelajaran Matematik
Tambahan. Sukatan dalam mata pelajaran ini berhubungkait dengan keadaan sebenar
yang mengandungi banyak topik yang sukar difahami oleh pelajar secara lisan kerana
perkara yang ingin disampaikan adalah berbentuk abstrak. Untuk memudahkan
pemahaman pelajar, kaedah penyampaian bidang ini harus diubahsuai daripada
pendekatan tradisi kepada pendekatan penerokaan dan penemuan kendiri menerusi
perisian multimedia interaksi yang melibatkan pelajar secara aktif dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
Jadi, pendekatan pengajaran tradisi tidak dapat mengeksploitasikan ketiga-
tiga deria pelajar untuk menerima pembelajaran secara berkesan. Malahan faktor-
faktor lain turut menyumbang kepada ketidak-berkesanan suatu pengajaran dan
pembelajaran seperti yang dinyatakan oleh Okey (1985) iaitu bahan pembelajaran
tidak menepati objektif pengajaran, isi kadungan pelajaran yang tidak sistematik,
persekitaran pembelajaran yang kurang merangsangkan dan pendekatan pengajaran
yang statik.
Institusi pendidikan di peringkat menengah adalah tempat di mana pelajar
akan mengenali bidang yang akan diceburi pada masa akan datang. Pelbagai bidang
yang ditawarkan kepada pelajar di peringkat sekolah menengah mengikut tahap
pencapaian pelajar.. Sekiranya mereka kekurangan idea, tidak kreatif dan inovatif,
maka hasrat kerajaan menuju Wawasan 2020 mungkin terbantut. Peranan guru untuk
mengadakan sistem pengajaran pembelajaran dan penilaian yang membantu
memajukan pemikiran kognitif pelajar.
5
Pencapaian akademik seseorang pelajar biasanya dikaitkan dengan
pencapaian peperiksaan. Peperiksaan menentukan tahap pencapaian seseorang itu
dan ia biasanya dicatatkan dalam sijil atau dokumen yang sah. Adalah menjadi hasrat
setiap individu, samada ibu bapa, guru atau pihak sekolah bahawa pencapaian dalam
akademik merupakan matlamat utama untuk menlanjutkan pelajaran ke institusi
pengajian tinggi.
Minat dan kecenderungan adalah satu aspek yang memainkan peranan
penting mempengaruhi pencapaian pelajar (Abu Zahari Abu Bakar,1987). Lazimnya
seseorang pelajar akan menunjukkan pencapaian yang baik dalam sesuatu mata
pelajaran jika dia berminat terhadap mata pelajaran itu. Minat pelajar terhadap
sesuatu mata pelajaran itu melambangkan persepsinya terhadap mata pelajaran
tersebut. Setiap pelajar perlulah dipupuk agar sentiasa mempunyai minat yang positif
dalam sesuatu mata pelajaran.
Minat yang mendalam banyak memberikan faedah dalam mempelajari mata
pelajaran Matematik Tambahan yang memerlukan kesabaran tinggi kerana
melibatkan banyak pengiraan rumit dan pemahaman konsep yang mendalam.
Sekiranya pelajar dapat melengkapkan diri dengan minat yang tinggi dalam mata
pelajaran ini, sudah tentunya mereka dapat mengatasi masalah di atas dengan mudah.
Ini bertepatan dengan kenyataan Sabri Ahmad (2003), di mana apabila seseorang
pelajar itu berminat dalam sesuatu mata pelajaran atau jurusan tertentu, sudah pasti
akan menjadi pendorong kepada pelajar untuk bekerja kuat bagi mencapai sesuatu
yang diminatinya. Pembelajaran berkesan bermakna satu usaha yang teratur,
bersistem, bertatatertib serta optimum yang menyepadukan dan memanfaatkan
kesemua komponen pembelajaran untuk mencapai kejayaan (Khalid Mohamad Nor,
2002).
Pelajar seharusnya menumpukan perhatian kepada pembelajaran dengan gaya
pembelajaran yang tersendiri. Di sinilah perubahan dari segi kualiti diri dan
kesediaan menghadapi situasi mencabar akan sentiasa berubah. Mereka haruslah
menaruh minat yang mendalam dalam apa jua bidang yang diceburi. Pelajar yang
6
hanya mempunyai kemampuan yang tinggi dan pengetahuan yang luas tetapi tidak
menunjukkan sikap belajar yang baik serta berpandangan sempit, maka kejayaan
yang diimpikan tidak akan kesampaian. Lantaran itu, para pelajar seharusnya
mengambil kira beberapa aspek tertentu untuk menjadikan proses pembelajaran
menjadi lebih menarik di samping mampu mengecapi keputusan yang cemerlang.
Antara aspek tersebut merangkumi sahsiah yang baik, persediaan awal dan minat
yang mendalam terhadap pembelajaran. Di samping itu, mereka hendaklah
mewujudkan suasana pembelajaran yang baik serta sanggup untuk berbincang dan
berkongsi pengalaman dengan rakan mereka.
Kebanyakkan guru mengambil jalan mudah untuk menghabiskan sukatan
pelajaran memandangkan pelbagai tugasan sampingan yang membebani mereka.
Penyampaian konsep-konsep bagi sesuatu isi pelajaran memerlukan teknik-teknik
atau kaedah-kaedah yang tertentu terutamanya kaedah mengajar Matematik
Tambahan.
Walaupun mata pelajaran Matematik Tambahan adalah mata pelajaran
elektif, namun setiap pelajar yang mengikuti aliran sains, mata pelajaran Matematik
Tambahan adalah mata pelajaran wajib untuk mereka. Mata pelajaran Matematik
Tambahan adalah asas untuk persiapan diri untuk pelajar yang akan menlanjutkan
pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi kelak, terutamanya dalam bidang
sains dan teknologi.
7
1.3 Penyataan Masalah Memperoleh keputusan yang cemerlang merupakan suatu kemestian bagi para
pelajar untuk menentukan hala tujuan yang bakal ditempuhi oleh sesorang pelajar
setelah menamatkan pelajaran mereka diperingkat menengah.
Peperiksaan bertujuan untuk mengukur keberkesanan pembelajaran pelajar
(Sabri Ahmad, 2003). Pelajar yang ingin mencapai kecemerlangan dalam
peperiksaan haruslah mempunyai matlamat yang jelas, berusaha dengan bersungguh-
sungguh dan mengamalkan kemahiran belajar yang berkesan. Ini telah disokong oleh
Khalid Mohamad Nor (2002) yang menyatakan “Tidak ada jalan lain untuk lulus
peperiksaan melainkan dengan belajar dan membuat amalan serta latihan yang
diperlukan.”
Aktiviti penyelesaian masalah adalah bahagian yang terpenting dalam
pendidikan matematik. Pencapaian yang tinggi dalam matematik tidak bermakna jika
seorang pelajar tidak mampu melakukan proses penyelesaian masalah. Laporan
Cockroft (1982) menegaskan bahawa masalah matematik harus diterjemahkan
kepada sebutan dan bahasa matematik sebelum ianya diselesaikan. Keadaan ini telah
menyebabkan kesukaran pembelajaran di kalangan sesetengah pelajar.
Menyedari betapa pentingnya ilmu matematik maka perlulah kita
menanamkan minat yang sewajarnya kepada matematik. Oleh yang demikian, adalah
tugas seorang guru untuk memilih kaedah dan strategi pembelajaran yang berkesan
kepada pelajarnya. Salah satu cara yang terkini ialah dengan menggunakan teknologi
terkini yang sesuai dengan minda pelajar pada zaman siber ini.
Di sekitar daerah Johor Baharu terdapat banyak sekolah menengah yang
menempatkan pelajar dalam pelabagai bidang mengikut pencapaian pelajar. Namun
di dalam kajian ini hanya beberapa sekolah sahaja terlibat antaranya ialah Sekolah
Tun Fatimah (STF), Sekolah Menengah Teknik Johor Baharu (SMTJB) dan Sekolah
Menengah Kebangsaan (P) Sultan Ibrahim (SIGSJB). Sekolah-sekolah ini dipilih
8
kerana sekolah-sekolah ini mempunyai rekod yang baik dalam pencapaian
akademik.
Berdasarkan kenyataan yang dibincangkan di atas telah menarik minat untuk
mengkaji punca yang menyebabkan mata pelajaran Matematik Tambahan kurang
digemari oleh segelitir pelajar. Kajian ini akan dijalankan untuk mengkaji tahap
minat, tahap sikap belajar dan masalah pembelajaran pelajar tingkatan empat di
empat buah sekolah di daerah Johor Baharu dalam mata pelajaran Matematik
Tambahan. Aspek yang dikaji merangkumi tahap minat, tahap sikap belajar dan
masalah pembelajaran pelajar. Selain daripada itu, satu aspek yang turut dikaji adalah
prestasi guru dalam pengajaran yang juga akan memberi impak kepada prestasi
pelajar.
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini dijalankan adalah :
i) menentukan tahap sikap belajar pelajar tingkatan empat terhadap mata
pelajaran Matematik Tambahan.
ii) menentukan tahap minat pelajar tingkatan empat terhadap mata pelajaran
Matematik Tambahan.
iii) menilai tahap prestasi pengajaran guru dalam mata pelajaran Matematik
Tambahan.
iv) mengenal pasti masalah pembelajaran yang dihadapi oleh pelajar tingkatan
empat dalam mempelajari mata pelajaran Matematik Tambahan.
9
1.5 Persoalan Kajian
Daripada objektif di atas, kajian ini mengemukakan empat persoalan kajian
seperti di bawah :
i) Apakah tahap sikap belajar pelajar tingkatan empat terhadap mata pelajaran
Matematik Tambahan?
ii) Apakah tahap minat pelajar tingkatan empat terhadap mata pelajaran
Matematik Tambahan?
iii) Apakah tahap prestasi pengajaran guru dalam mata pelajaran Matematik
Tambahan?
iv) Apakah masalah pengajaran dan pembelajaran yang dihadapi oleh pelajar
tingkatan empat dalam mata pelajaran Matematik Tambahan ?
1.6 Kepentingan Kajian
Kajian ini dibuat adalah untuk memberi gambaran dan maklumat yang jelas sama
ada pelajar mempunyai masalah psikologi atau tidak dalam pembelajaran mereka
terhadap mata pelajaran Matematik Tambahan. Gambaran yang lebih nyata akan
dapat dilihat apabila kajian ini dibahagikan dalam bidang-bidang yang spesifik
seperti sikap, minat, pengajaran guru dan masalah pembelajaran dan pengajaran.
Perkara ini perlu dipertimbangkan oleh pelajar-pelajar sendiri dalam usaha untuk
memperbaiki mutu pencapaian pelajar. Di samping itu juga, kajian ini akan dapat
dijadikan panduan kepada guru yang mengajar mata pelajaran Matematik
Tambahan.
10
Kajian ini mempunyai beberapa kepentingan seperti berikut:
i) memberi maklumat tentang masalah pembelajaran kepada pelajar-pelajar.
ii) menjadi rujukan kepada guru-guru dalam usaha meningkatkan kualiti
pengajaran guru-guru khususnya guru yang mengajar mata pelajaran
Matematik Tambahan.
1.7 Batasan Kajian
Kajian yang dijalankan ini hanya tertumpu kepada pelajar tingkatan empat di tiga
buah sekolah di daerah Johor Baharu iaitu Sekolah Tun Fatimah (STF), Sekolah
Menengah Teknik Johor Baharu (SMTJB) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (P)
Sultan Ibrahim (SIGSJB) terhadap faktor minat, sikap belajar, penilaian guru dan
masalah pengajaran dan pembelajaran. Kesahihan kajian juga bergantung kepada
kejujuran dan keikhlasan responden dalam menjawab soal selidik yang diedarkan.
Segala keputusan dan dapatan hasil daripada kajian yang dijalankan mungkin
tidak dapat memberi generalisasi bagi tempat-tempat lain kerana maklumat ini hanya
terbatas kepada pelajar tingkatan empat di tiga buah sekolah menengah daerah Johor
Baharu.
11
1.8 Skop Kajian
Skop kajian ini adalah untuk meninjau tahap minat dan tahap sikap belajar pelajar
tingkatan empat di tiga buah sekolah di daerah Johor Baharu, penilaian pegajaran
guru mata pelajaran Matematik Tambahan dan masalah pengajaran dan
pembelajaran pelajar tingkatan empat di tiga buah sekolah di daerah Johor Baharu
dalam mata pelajaran Matematik Tambahan.