BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my file(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis...
Transcript of BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my file(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis...
PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ JUDUL: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEBERKESANAN PENDIDIKAN
KHAS TEKNIK DAN VOKASIONAL UNTUK GOLONGAN ORANG KURANG UPAYA DI TIGA BUAH POLITEKNIK
SESI PENGAJIAN: 2007/2008
Saya NURUL QISTIN BINTI MUSTAFA
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( 4 )
Disahkan oleh
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: PT 101171,KG TERSUSUN BT.4 31400 IPOH, DR. LOKMAN BIN TAHIR PERAK DARUL RIDZUAN. Nama Penyelia Tarikh: 29 APRIL 2008 Tarikh: 29 APRIL 2008
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan
tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara
penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
√
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan
saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan
kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik)”
Tandatangan : _______________________
Nama Penyelia: DR. LOKMAN BIN TAHIR
Tarikh : 10 APRIL 2008
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEBERKESANAN
PENDIDIKAN KHAS TEKNIK DAN VOKASIONAL UNTUK GOLONGAN
ORANG KURANG UPAYA DI TIGA BUAH POLITEKNIK
NURUL QISTIN BT MUSTAFA
Laporan Projek ini Dikemukakan
Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Elektrik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2008
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri
kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap
satunya saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan : …………………………....................
Nama Penyelidik : NURUL QISTIN BINTI MUSTAFA
Tarikh : 4 APRIL 2008
iii
DEDIKASI
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T Tuhan seluruh alam. Salawat dan salam ke atas
junjungan Nabi Muhammad S.A.W.
Buat ayahanda tersayang, Mustafa bin Ahmad Rashidi
Apa yang telah diberi, akan kuhargai. Apa yang telah diucap akan kuingati. Terima kasih atas segala-
galanya
Buat Bonda tercinta Rosidah binti Abdul Rahman
Engkau lah sumber inspirasi hidupku
Buat Adik-adiku yang teristimewa Mir Shariffuden Bin Mustafa
Muhammad Zulhilmi Bin Mustafa Syahidatul Athirah Binti Mustafa
Luqman Rashidi Bin Mustafa
Sesungguhnya diriku bahagia memiliki silaturrahim dengan kalian. Semoga kukuhnya ikatan persaudaraan ini setanding dengan kukuhnya kasih sayang antara kita.
Buat teman teristimewa Muhammad Yusof Bin Muhammad Noor
Sesungguhnya kehadiran mu menambah semangat perjuanganku. Semoga perhubungan semakin erat.
Buat sahabat-sahabatku
Nas ,Shila, Alyn, Azra, Sulia, Faezah, Meen, Rin, Ijat
Pengorbanan dan keperitan dalam menghadapi dugaan hidup selama ini tetap menjadi teladan dan kenangan kita bersama. Semoga Allah memberi hidayah dan membuka pintu RahmatNya.Terima
Kasih untuk segala kenangan yang terindah ini.
iv
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi maha penyayang. Segala tasbih
dan tahmid hanya kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam untuk junjungan kita Nabi
Muhammad S.A.W serta keluarga, para sahabat dan pengikut-pengikut baginda hingga ke
hari kemudian.
Syukur Alhamdulillah dengan limpah dan kurnia-Nya, maka saya telah
menyiapkan projek ini bagi memenuhi syarat untuk mendapat Ijazah Sarjana muda
Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik).
Pertama sekali, setinggi-tinggi penghargaan ditujukan kepada penyelia tesis, Dr.
Lokman Bin Tahir di atas bimbingan dan dorongan yang diberikan sepanjang tempoh
penyelidikan. Tidak lupa buat semua tenaga pengajar di Jabatan Pendidikan Teknik dan
Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai atas segala bantuan yang diberikan.
Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada pensyarah-pensyarah di Politeknik
Ungku Omar Perak, Politeknik Shah Alam, dan Politeknik Johor Bharu kerana memberi
sepenuh kerjasama semasa kajian dijalankan
.
Akhir sekali, tidak lupa juga ribuan terima kasih ditujukan kepada rakanrakan
yang banyak memberi tunjuk ajar, nasihat, serta sokongan moral.
Wassalam..
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi
keberkesanan sistem pendidikan khas teknik dan vokasional di Politeknik Malaysia.
Empat faktor penting iaitu penerimaan institut pendidikan, kemahiran tenaga pengajar,
kesesuaian silibus dan sistem prasarana telah dikenalpasti pengaruhnya dalam
meningkatkan keberkesanan program Pendidikan Khas teknik dan vokasional. Responden
kajian difokuskan kepada golongan pensyarah pelajar khas cacat pendengaran daripada
tiga buah politeknik yang berbeza lokaliti negeri iaitu Politeknik Ungku Omar (Perak),
Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Selangor) dan Politeknik Johor Bahru
(Johor). Hasil daripada dapatan instrumen kajian ini dianalisis secara deskriptif dengan
menggunakan perisian SPSS 12 (Statistic Package for the Social Science versi 12) untuk
mendapatkan nilai skor min serta peratusan yang seterusnya digunakan untuk
menerangkan tahap pengaruh sesuatu faktor tersebut merujuk kepada jadual pengelasan
skor min. Hasil kajian mendapati bahawa kemahiran tenaga pengajar dan kesesuaian
silibus sememangnya mempengaruhi keberkesanan program pendidikan khas teknik dan
vokasional. Selain itu, faktor penerimaan politeknik terhadap golongan OKU berada pada
tahap yang positif walaupun prasarana yang disediakan masih ditahap sederhana. Secara
keseluruhannya, rumusan kajian mendapati keberkesanan pendidikan khas teknik dan
vokasional di Politeknik adalah dipengaruhi oleh jalinan kerjasama antara kementerian
pendidikan dan golongan pensyarah.
vi
ABSTRACT
This study was conducted to determine the important factors that influenced the
effectiveness of teaching and learning process in Special Education Program (SEP) in
Malaysian polytechnics. Research domains that were studied are acceptance of
educational institute towards the capabilities of the disable students, lecturers’ skill,
suitability of the syllabus and infrastructures. Respondents for this research were lecturers
that align with learning process of the disable student that involved in the SEP program
Politeknik Ungku Omar (Perak), Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
(Selangor) and Politeknik Johor Bahru (Johor). Questionnaires are used as the main
research instrument. Data was analyzed with SPSS (Statistic Package for the Social
Science) version 12.0 to gather the mean value and percentages. The findings revealed
that, lecturers’ skills and suitability of the syllabus of the SEP programs plays important
roles in the development and achievement of the disable students. The level of acceptance
towards these groups of learners in educational institution is positive. In addition, the
infrastructures available which suit them are at medium level. Overall, the findings
indicated that the effectiveness of Special Education Program (SEP) in polytechnics is
affected by the link between the ministry and the lecturers
vii
KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI SIMBOL xii
SENARAI SINGKATAN xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
BAB 1 PENGENALAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 5
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 8
1.7 Batasan kajian 9
1.8 Definisi Istilah 10
1.8.1 Faktor 10
viii
1.8.2 Keberkesanan 10
1.8.3 Orang Kurang Upaya 10
1.8.4 Pengajaran 10
1.8.5 Pembelajaran 10
1.8.6 Program pendidikan khas 11
1.8.7 Politeknik 11
1.8.8 Prasarana 12
1.8.9 Sumber tenaga Negara 12
1.9 Penutup 12
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pendahuluan 13
2.2 Program Pendidikan Khas 14
2.3 Kemahiran penyampaian pensyarah terhadap 15
Golongan OKU
2.4 Institut Pendidikan Tinggi Teknikal 17
2.5 Prasarana yang disediakan untuk golongan OKU 18
2.6 Kurikulum untuk golongan OKU 20
2.7 Perkembangan kerjaya orang kurang upaya 21
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pendahuluan 24
3.2 Rekabentuk Kajian 24
3.3 Lokasi Kajian 25
3.4 Populasi dan sampel kajian 25
3.5 Instrumen Kajian 26
3.6 Prosedur Kajian 29
3.7 Kajian Rintis 29
ix
3.8 Kaedah Penganalisisan Data 30
3.9 Penutup 33
BAB IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 34
4.2 Latar belakang responden 35
4.2.1 Taburan responden mengikut jantina 35
4.2.2 Taburan responden mengikut bangsa 36
4.2.3 Taburan responden mengikut umur 36
4.2.4 Taburan responden mengikut kelulusan tertinggi 37
dalam pendidikan dan tempat pendidikan terakhir
4.2.5 Taburan responden mengikut tempoh perkhidmatan 38
4.2.6 Taburan Responden mengikut kursus diikuti pelajar 39
OKU
4.3 Analisis Persoalan Kajian 39
4.3.1 Persoalan kajian 1: Penerimaan institut pendidikan 40
tinggi teknikal dan vokasional.
4.3.2 Persoalan kajian 2 : Tahap kemahiran yang diperolehi 42
oleh tenaga pengajar
4.3.3 Persoalan kajian 3 : Cara pensyarah berkomunikasi 45
dengan pelajar dalam bahasa Inggeris.
4.3.4 Persoalan kajian 4 : Faktor prasarana yang 47
disediakan dalam menjalankan proses
pendidikan
4.4 Rumusan keseluruhan analisis 49
4.5 Penutup 50
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 51
5.2 Perbincangan 51
x
5.3 Keputusan keseluruhan aspek kajian 54
5.3.1Perbincangan persoalan kajian 1 :Penerimaan 55
institut pendidikan tinggi teknikal dan vokasional
5.3.2 Perbincangan persoalan kajian 2: Tahap kemahiran 56
yang diperolehi oleh tenaga pengajar
5.3.3 Perbincangan persoalan kajian 3 : Kesesuaian silibus 57
mata pelajaran kemahiran
5.3.4 Perbincangan persoalan kajian 4 : Prasarana 58
yang di sediakan dalam menjalankan
proses pendidikan
5.4 Rumusan 59
5.5 Implikasi / Cadangan kajian 60
5.6 Cadangan kajian lanjutan 61
5.7 Kesimpulan 61
BIBLIOGRAFI 62
LAMPIRAN 67
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
1.1 Statistik OKU mengikut kecacatan 4
3.1 Pembahagian item bahagian A mengikut latar 27
belakang responden
3.2 Persoalan kajian mengikut setiap pembolehubah 27
3.3 Jadual Likert 28
3.4 Pengkelasan skor skala Likert 31
3.5 Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Peratus 31
3.6 Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Min 32
3.7 Kriteria menganalisis Data 32
4.1 Taburan responden mengikut jantina 35
4.2 Taburan responden mengikut bangsa 36
4.3 Taburan responden mengikut umur 36
4.4 Taburan responden mengikut kelulusan tertinggi 37
dalam pendidikan dan tempat pendidikan terakhir
4.5 Taburan responden mengikut tempoh perkhidmatan 38
sebagai seorang pendidik
4.6 Taburan responden mengikut kursus yang diikuti 39
oleh pelajar OKU dipolitenik- politeknik terlibat
4.7 Analisis deskriptif tahap penerimaan institut pendidikan 42
tinggi dan vokasional
4.8 Analisis deskriptif tahap kemahiran yang diperolehi 43
oleh tenaga pengajar
4.9 Analisis deskriptif kesesuaian silibus mata pelajaran 45
kemahiran yang diberikan kepada golongan OKU
4.10 Analisis deskriptif prasarana yang di sediakan 47
dalam menjalankan proses pendidikan OKU
4.11 Rumusan keseluruhan analisis 49
xii
SENARAI SIMBOL
α - Alfa f - Frekuensi / Kekerapan
% - Peratus
xiii
SENARAI SINGKATAN BIL - Bilangan
BMKT - Bahasa Melayu Kod Tangan
KBSR - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
OKU - Orang Kurang Upaya
PBB - Bangsa-Bangsa Bersatu
PJB - Politeknik Johor Bharu
PSA - Politeknik Shah Alam
PUO - Politeknik Ungku Omar
SPSS - Statistic Package for the Social Science
SS - Sangat Setuju
S - Setuju
STS - Sangat Tidak Setuju
TP - Tidak Pasti
TS - Tidak Setuju
USM - Universiti Sains Malaysia
YAB - Yang Amat Berhormat
xiv
SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Borang Soal Selidik 68
B Pengesahan Soal Selidik 74
C Keputusan Analisis Kajian Rintis 76
D Surat Kebenaran Bagi Menjalankan 77
Kajian/Penyelidikan Di Politeknik
E Surat Kebenaran Universiti Teknologi 79
Malaysia
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pengenalan
“...kita mempunyai tanggung jawab
yang besar dalam pembangunan bangsa dan negara ini.
Kita juga mempunyai peranan yang penting dalam
pembentukan minda dan jiwa rakyat untuk membawa kita
ke arah wawasan yang ingin kita capai.”
YAB Dato’ Seri AbdullahAhmad Badawi (1999) Adam Salleh (2003) menyatakan, pendidikan adalah hak asasi semua manusia.
Semua insan di dunia ini, mempunyai hak untuk belajar dan mengetahui sesuatu. Individu
kurang upaya juga mempunyai minat, hasrat dan cita-cita yang setanding dengan individu
normal. Sebagai manusia normal, mungkin mereka tidak dapat merasakan rasa rendah diri
kebanyakan mereka yang dilahirkan sempurna. Biasanya, insan yang dilahirkan lebih
bernasib baik mudah alpa terhadap kurniaan Tuhan sehingga ada segelintirnya sanggup
menghina atau mengetepikan mereka yang dilahirkan cacat. Pelajar kurang upaya
sepatutnya tidak disisihkan daripada arus pembelajaran nasional kerana ada di kalangan
mereka mempunyai kecerdasan setanding pelajar sempurna malah kadang kala melebihi
mereka.
Penumpuan terhadap Pendidikan Khas di Malaysia bermula sekitar pada tahun
1920an apabila sukarelawan yang terlibat dalam pembukaan sekolah-sekolah cacat
penglihatan dan pendengaran. Laporan Jawatankuasa Kabinet yang mengkajPerlaksanaan
2
Dasar Pelajaran melalui Perakuan 169 merupakan satu titik tolak yang membawa kepada
satu penekanan dan tumpuan yang lebih jelas kepada perkembangan Pendidikan Khas di
Malaysia. Perakuan ini menyebut,
Dengan adanya kesedaran bahawa kerajaan seharusnya bertanggungjawab terhadap
pendidikan kanak-kanak cacat adalah diperakukan kerjaan hendaklah mengambil alih
sepenuhnya tanggung jawab pendidikan itu dari pihak-pihak persatuan yang
mengendalikannya pada masa ini. Disamping itu penyertaan o/eh badan-badan sukarela
dalam memajukan pendidikan kanak-kanak cacat hendaklah terus digalakkan (Laporan
Jawatankuasa Kabinet, 1976)
Berikut merupakan sejarah perkembangan pendidikan khas mengikut jenis
berdasarkan rujukan Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia
Pendidikan Masalah Pendengaran
1954 Pembukaan kelas pendidikan khas di Jalan Northam, Pulau Pinang
1954
Pembukaan Sekolah Kanak-Kanak Pekak persekutuan (Rendah dan
Menengah), Tanjong Bunga, Pulau Pinang
1963
Pembukaan kelas-kelas Pendidikan Khas Rancangan. Percantuman Cacat
Pendengaran oleh Kementerian pendidikan di sekolah rendah dan sekolah
menengah biasa yang dipilih
Permulaan Latihan Perguruan Pendidikan Khas Cacat Pendengaran di
Maktab perguruan Ilmu Khas, Cheras
1978
Pengenalan Kaedah Komunikasi Seluruh oleh Kementerian Pendidikan
untuk menggubal sistem Bahasa Melayu Kod Tangan
Penubuhan Jawatankuasa Kebangsaan Komunikasi Seluruh Kementerian
pendidikan
1979
Kursus Dalam Perkhidmatan bagi guru-guru yang mengajar masalah
pendengaran dalam Bidang Komunikasi Seluruh 1984 Penubuhan
Jawatankuasa Kebangsaan Kurikulum Sekolah Menengah Pendidikan Khas
Vokasional, Kementerian Pendidikan
3
1985
Penubuhan Jawatankuasa Kerja Penyelarasan Komunikasi Seluruh,
Kementerian Pendidikan untuk perkembangan Sistem Kod Buku Pendidikan
Islam
Penubuhan Jawatankuasa Kerja Kecil Kod Dasar Agama Islam
Penubuhan Jawatankuasa Kerja Kecil Kod Dasar KBSR Tahap II Bahasa
Malaysia Kod Tangan
Penubuhan Jawatankuasa Kerja Kecil Penggubalan Kod Tangan Pendidikan
Vokasional dan Teknikal
1987 Pembukaan Sekolah Menengah pendidikan Khas Vokasional, Shah Alam
Program Percantuman/Inklusif
1962
Program pereantuman dan inklusif bagi murid-murid cacat penglihatan
dimulakan
1988
Permulaan kelas perintis untuk murid-murid peringkat bermasalah
pembelajaran
1993
Tiga (3) pelajar pendidikan inklusif ditempatkan belajar di Tingkatan 6
Bawah di Sekolah Menengah Methodist (Lelaki), Kuala Lumpur
1994
Pembukaan kelas-kelas program inklusif seeara projek rintis di 14 buah
sekolah di seluruh negara
1995 Program Bermasalah Pembelajaran peringkat menengah dimulakan
Kementerian Pendidikan Malaysia menyediakan perkhidmatan pendidikan untuk
murid-murid pemulihan khas dan berkeperluan khas yang mempunyai masalah
penglihatan, pendengaran dan bermasalah pembelajaran. Kategori kanak-kanak
bermasalah pembelajaran di bawah tanggung jawab Kementerian Pendidikan Malaysia
adalah seperti Sindrom Down, Autisme ringan, Attention Deficit Hyperaktif Disorder,
terencat akal minimum, bermasalah pembelajaran spesifik seperti Disleksia, Pendidikan
yang diberi menekankan kepada perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek selaras
dengan Falsafah Pendidikan Negara. Namun begitu, pendidikan yang di berikan untuk
mestilah setaraf dengan kemampuan yang mereka miliki (Mohd Dan, 2007)
4
Bagaimana pun, kita perlulah mengkaji aspek pendidikan yang telah di berikan
kepada mereka adakah bersesuaian dengan kehendak industri di Negara ini, Mengikut
statistik Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), semua negara di dunia secara puratanya
mempunyai sekurang-kurangnya satu peratus OKU.Sementara statistik Jabatan Kebajikan
Masyarakat pula mencatatkan Malaysian kini mempunyai 132, 655 OKU yang berdaftar
dengan pecahan-pecahan seperti berikut (Ku Seman, 2007)
Jadual 1.1 : Statistik OKU mengikut jenis kecacatan
Jenis Cacat Jumlah
Penglihatan 14, 154
Pendengaran 22, 728
Fizikal 45, 365
Masalah pembelajaran 49, 340
(Sumber Jabatan Kebajikan Masyarakat, 2006)
Kanak-kanak khas cacat pendengaran ini belajar mengikut kurikulum yang sama
seperti kanak-kanak biasa. Mereka juga tidak terkecuali menjalani kegiatan atau aktiviti
ko-kurikulum yang sedia ada. Cuma yang akan membezakan antara mereka dan kanak-
kanak biasa ialah kecacatan pendengaran yang mereka alami. Mereka berinteraksi sesama
mereka menggunakan bahasa isyarat. Begitu juga penyampaian guru-guru di sekolah,
mereka menggunakan Bahasa Melayu Kod Tangan (BMKT) (Netty Ah Hiyer, 2003)
Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa berusaha agar semua warga negara
tanpa mengira latar belakang akan memperolehi pendidikan asas yang berkualiti. Di
antara peluang-peluang pendidikan yang diberi ialah :
a) Pendidikan disediakan bagi kanak-kanak istimewa termasuk yang mengalamai
kecacatan pendengaran
b) Mata pelajaran vokasional di sediakn bagi murid-murid yang berminat
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi juga meminta majikan
membuka peluang pekerjaan yang lebih luas kepada golongan orang kurang upaya (OKU)
5
supaya mereka boleh berdikari dengan memberi peluang untuk terlibat dalam
pembangunan ekonomi dan di beri pendapatan yang setimpal. Kualiti latihan kemahiran
untuk OKU di Malaysia ditingkatkan supaya mampu bersaing dengan pasaran pekerjaan.
Jadi untuk mendapatkan peluang pekerjaan yang diingini, kemahiran-kemahiran yang
diberikan bersesuaian dengan kemajuan Negara yang makin membangun (Ku Seman.
2007).
Dalam konteks ini, beliau mahu majikan mempunyai sikap penyayang kepada
pekerja OKU kerana sifat itu amat tinggi nilainya
“kita perlu menghargai manusia lain yang ingin maju,
Berjaya dan hendak bekerja.
Kita perlu memberi perhatian untuk
Menjayakan hasrat mereka”
YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi (1999)
Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) berpendapat, bagi mewujudkan
kesedaran kepada masyarakat terhadap OKU tidak perlulah diadakan satu undang-
undang.Kesedaran harus ada dengan sendirinya tercetus kerana OKU adalah sebahagian
anggota masyarakat. Mereka mempunyai hak untuk hidup seperti orang biasa dari segi
pendidikan, pekerjaan, kehidupan sosial dan mendapat kemudahan seperti yang dimiliki
oleh insan lain.
1.2 Latar Belakang Masalah
Kajian ini dijalankan untuk mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi
keberkesanan pendidikan khas teknik dan vokasional untuk golongan OKU di politeknik
Malaysia. Kebanyakan pelajar OKU merasakan mereka selalu didiskriminasi oleh
segelintir pihak yang bertanggungjawab.Tanggapan golongan kurang upaya hanya layak
menjadi telefonis perlu dikikis kerana golongan ini dalam erti sebenarnya mampu
menceburi dan mengisi bidang lebih mencabar (Adam Salleh, 2003)
6
Golongan OKU beranggapan mereka kurang mendapat keistimewaan dari pihak-
pihak tertentu. Dalam bidang pendidikan, prasarana dan insfratuktur yang diberikan
kepada golongan ini amat terhad contohnya seperti alat bantu mengajar yang diperlukan
dalam pembelajaran tidak mencukupi (Adam Salleh, 2003)
Persepsi masyarakat juga kebanyakan negetif terhadap golongan kurang
upaya.Kerajaan mahu golongan orang kurang upaya tidak disisih, namun kerana kurang
kesedaran dan memahami tanggungjawab sosial, ramai pihak sukar menerima golongan
ini sebagai pekerja (Netty Ah Hiyer, 2003). Ketidakpuasan hati para cendiakawan dan
majikan terhadap kualiti graduan OKU yang dikatakan tidak boleh di terima untuk
bekerja dalam industri.
1.3 Penyataan Masalah
Pihak pengkaji ingin mengenalpasti sama ada faktor penerimaan institut,
kesesuaian silibus, pengajaran guru, dan kemudahan prasarana mempengaruhi
keberkesanan program pendidikan khas dalam matapelajaran teknik dan vokasional di
politeknik-politeknik Malaysia.
1.4 Objektif Kajian 1.4.1 Mengenalpasti faktor penerimaan institut pendidikan tinggi teknikal untuk
golongan OKU mempengaruhi dalam menentukan keberkesanan program
pendidikan khas.
1.4.2 Mengenalpasti sejauh mana faktor kemahiran yang dimiliki oleh tenaga pengajar
dalam menyampaikan pengajaran kepada golongan OKU mempengaruhi dalam
menentukan keberkesanan program pendidikan khas.
7
1.4.3 Mengkaji faktor kesesuaian silibus mata pelajaran kemahiran yang diberikan
kepada golongan OKU mempengaruhi dalam menentukan keberkesanan program
pendidikan khas.
1.4.4 Mengenalpasti faktor prasarana yang disediakan dalam menjalankan proses
pendidikan untuk golongan OKU mempengaruhi dalam menentukan keberkesanan
program pendidikan khas..
1.5 Persoalan Kajian
Melalui hasil kajian ini, diharapkan ia dapat menjawab beberapa persoalan
mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan program pendidikan khas
teknik dan vokasional yang diberikan kepada golongan OKU dikalangan tenaga pengajar
dibeberapa Politeknik di Malaysia. Beberapa persoalan ingin ditimbulkan melalui kajian
ini iaitu :-
1.5.1 Adakah penerimaan institut pendidikan tinggi teknikal mempengaruhi dalam
menentukan keberkesanan program pendidikan khas.
1.5.2 Adakah faktor tahap kemahiran dalam pengajaran yang diperolehi oleh tenaga
pengajar mempengaruhi dalam menentukan keberkesanan program pendidikan
khas
1.5.3 Adakah faktor kesesuaian silibus mata pelajaran kemahiran yang diberikan kepada
golongan OKU mempengaruhi dalam menentukan keberkesanan program
pendidikan khas
1.5.4 Adakah faktor prasarana yang di sediakan dalam menjalankan proses pendidikan
dalam menentukan keberkesanan program pendidikan khas