Borang Permohonan AIN 2015 Kategori Produk

2

Click here to load reader

description

AIN 2015

Transcript of Borang Permohonan AIN 2015 Kategori Produk

  • Kategori Produk

    Borang ini hendaklah dikembalikan selewat-lewatnya pada 20 Mac 2015, Jam 5.00 Petang ke:

    Urus setia Anugerah Inovasi Negara 2015 d/a Agensi Nuklear Malaysia Bangi 43000, Kajang, Selangor Darul Ehsan (u.p: Dr. Wan Manshol bin W. Zin / Puan Fairuz binti Faisal) Tel : 03-8911 2000 samb. 1871 Emel : [email protected]

    1. Nama Ketua Kumpulan:

    2. No. Kad Pengenalan (KP): (Sila sertakan salinan KP)

    3. Alamat surat-menyurat:

    Poskod:

    No. Telefon:

    No. Tel. Bimbit:

    No. Faks:

    E-mel:

    4. Nyatakan anugerah yang pernah disertai oleh produk inovasi anda di pelbagai peringkat pertandingan dan sila lampirkan salinan sijil anugerah yang disertai.

    5. Nyatakan nama-nama ahli projek (maksima 10 orang termasuk ketua kumpulan).

    6. Sila nyatakan no. rujukan perlindungan harta intelek bagi produk inovasi anda samada dalam bentuk Paten atau Hakcipta atau Cap Dagangan. Sila lampirkan salinan sijil pendaftaran. No. rujukan: ..

    Untuk kegunaan pejabat sahaja

    Tarikh Terima:

    No. Rujukan:

    No. Gerai Pameran:

    Tajuk Inovasi:

    BORANG PERMOHONAN

    ANUGERAH INOVASI NEGARA 2015

  • Kegagalan mengisi borang permohonan dengan betul serta kegagalan mematuhi syarat-syarat permohonan boleh menyebabkan permohonan terbatal.

    7. Sila huraikan aspek teknikal produk inovasi anda dengan menggunakan tidak melebihi DUA PULUH (20) MUKASURAT SAHAJA. (Bilangan mukasurat ini tidak termasuk lampiran seperti salinan sijil, lakaran, gambarajah, lukisan atau gambar foto inovasi. Huraian boleh ditulis dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Huraian perlulah mengambilkira kriteria pemarkahan seperti yang dinyatakan.)

    Saya dengan ini mengesahkan bahawa produk inovasi ini adalah hakmilik saya/ kumpulan dan bersetuju untuk mematuhi syarat-syarat permohonan yang telah ditetapkan. Tarikh: Tandatangan: (Nama :)

    SYARAT-SYARAT PERMOHONAN DAN KRITERIA PEMARKAHAN

    Syarat Kelayakan: 1. Terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja.

    2. Produk inovasi hendaklah mempunyai perlindungan harta intelek dalam bentuk Paten atau Hakcipta atau Cap Dagangan. 3. Produk inovasi yang dipertandingkan juga hendaklah pernah menyertai pertandingan lain dan/atau menerima anugerah di pelbagai peringkat penyertaan. Kriteria Pemarkahan: 4. Kriteria pemarkahan Kategori Produk akan mengambil kira perkara berikut:

    Produk inovasi merangkumi produk yang dihasilkan daripada aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang dilakukan di Malaysia;

    Produk inovasi yang bertanding mestilah yang telah dikomersilkan/digunapakai dan menjana pendapatan kepada syarikat, organisasi, dan penyelidik. Nyatakan trend hasil jualan dan pendapatan kepada syarikat, organisasi, dan penyelidik; (Sila lampirkan bukti seperti penyata kewangan, pesanan belian daripada pelanggan, perjanjian jual-beli atau seumpamanya);

    Produk inovasi mestilah yang telah menembusi pasaran dalam dan/atau luar negara, dan terdapat usaha ke arah memajukan dan mempromosikan produk melalui pengiklanan, penulisan dalam makalah atau akhbar serta media massa;

    Produk inovasi yang telah menjana peluang pekerjaan dan bisnes baru;

    Adanya usaha ke arah pengukuhan bisnes, antaranya seperti penambahbaikan produk yang berterusan, rancangan pengembangan pasaran dan pelaburan semula dalam bentuk peruntukan R&D; dan

    Peranan perekacipta produk inovasi dalam pengkomersilan produk, peranan dalam pengurusan

    perniagaan, perundingan serta bimbingan dan latihan teknikal kepada kakitangan syarikat.

    5. Satu (1) borang penyertaan adalah bagi satu (1)

    produk inovasi sahaja. Salinan borang fotostat adalah diterima. Permohonan Yang Berjaya ke Peringkat Akhir: 6. Hanya sepuluh (10) pemohonan sahaja yang akan disenarai pendek untuk menyertai peringkat akhir Anugerah Inovasi Negara 2015 pada tarikh dan tempat akan dimaklumkan kemudian dan diwajibkan menyertai sesi pameran bermula jam 9:00 pagi sehingga jam 5:00 petang sepanjang National Innovation, Conference and Exhibition 2015 (NICE 2015) berlangsung. 7. Perekacipta atau ahli kumpulan kepada inovasi yang dipertandingkan mesti berada di gerai pameran sepanjang pameran berlangsung.

    8. Peserta yang gagal berada di gerai pameran sepanjang pameran berlangsung akan mengakibatkan penyertaan terbatal dan tidak akan dianugerahkan sebarang anugerah walaupun terpilih sebagai pemenang. 9. Setiap permohonan yang terpilih ke peringkat akhir dan menyertai pameran akan menerima saguhati berupa wang tunai berjumlah RM1,000.00 dan sijil penyertaan. 10. Perkhidmatan keselamatan akan beroperasi sepanjang pameran berlangsung. Walau bagaimanapun, pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan/kehilangan produk inovasi yang dipamerkan. Hadiah: 11. Hanya satu anugerah berupa wang tunai RM50,000, piala dan sijil akan diberikan kepada pemenang bagi kategori ini.

    12. Keputusan pertandingan akan ditentukan oleh panel hakim yang dilantik. Keputusan adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat atau rayuan tidak akan dilayan.