Borang PK 01 2 LAPORAN MINGGU SAINS 2013.doc

8
SPSK PK 01/2 LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAM PANITIA MATA PELAJARAN Tajuk Program : ........................................................................................................................................ Tarikh Pelaksanaan : ........................................................................................................................................ Aktiviti yang dijalankan : 1.0 PERASMIAN MINGGU PANITIA SAINS TARIKH : 10 JUN 2013 HARI : Isnin MASA : 8.00 pagi & 6.00 petang AJK : En. Mohd Rudin B. Yacob, Pn Marziah Md Rahim Minggu Panitia Sains bagi tahun 2013 telah dirasmikan oleh Penolong Kanan Kurikulum, En. Abdul Rais Bin Mohd Nawawi untuk sesi pagi pada 10 Jun 2013. Majlis perasmian bagi sesi petang pula dirasmikan oleh Penyelia Petang, Pn. Nazliza Binti Samsudin. Bagi memastikan perancangan berjalan lancar, En. Mohd Rudin B. Yacob yang merupakan Ketua Panitia Sains telah memberi penerangan terperinci berkenaan aktiviti sepanjang Minggu Panitia Sains yang berlangsung selama seminggu dalam taklimat yang diadakan pada 16 Mei 2013. 2.0 AKTIVITI TAHUN 1 : Melodrama Haiwan TARIKH : 11 Jun 2013 HARI : Selasa MASA : 4.00 5.30 petang AJK : Pn. Marziah Md Rahim, Pn. Meera, En. Amran B. Awang Pertandingan membuat Melodrama Haiwan hanya dibuka kepada semua kelas Tahun 1 mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Setap kelas akan menghantar wakil yang telah dipilih oleh guru matapelajaran Dunia Sains Dan Teknologi masing- masing. Pertandingan ini dilaksanakan bertujuan mencungkil bakat dan kreativiti murid dalam membuat model melodrama haiwan seperti apa yang telah mereka pelajari di dalam subjek Dunia Sains Dan Teknologi. Selain itu, pertandingan berkumpulan seperti ini membuka peluang kepada murid untuk menyerlahkan potensi diri mereka dalam mempraktikkan teori yang telah mereka No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan 02 01 NOVEMBER 2011 00 Hak Cipta [email protected] SK KAMPUNG TUNKU, JALAN SS1/11, PETALING JAYA, SELANGOR. BBB8305 MINGGU PANITIA SAINS 10 14 JUN 2013

description

contoh laporan minggu sains

Transcript of Borang PK 01 2 LAPORAN MINGGU SAINS 2013.doc

Page 1: Borang PK 01 2 LAPORAN MINGGU SAINS 2013.doc

SPSK PK 01/2

LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAM PANITIA MATA PELAJARAN

Tajuk Program : ........................................................................................................................................

Tarikh Pelaksanaan : ........................................................................................................................................

Aktiviti yang dijalankan :

1.0 PERASMIAN MINGGU PANITIA SAINS

TARIKH : 10 JUN 2013

HARI : Isnin

MASA : 8.00 pagi & 6.00 petang

AJK : En. Mohd Rudin B. Yacob, Pn Marziah Md Rahim

Minggu Panitia Sains bagi tahun 2013 telah dirasmikan oleh Penolong Kanan Kurikulum, En. Abdul Rais

Bin Mohd Nawawi untuk sesi pagi pada 10 Jun 2013. Majlis perasmian bagi sesi petang pula dirasmikan

oleh Penyelia Petang, Pn. Nazliza Binti Samsudin. Bagi memastikan perancangan berjalan lancar, En.

Mohd Rudin B. Yacob yang merupakan Ketua Panitia Sains telah memberi penerangan terperinci

berkenaan aktiviti sepanjang Minggu Panitia Sains yang berlangsung selama seminggu dalam taklimat

yang diadakan pada 16 Mei 2013.

2.0 AKTIVITI TAHUN 1 : Melodrama Haiwan

TARIKH : 11 Jun 2013

HARI : Selasa

MASA : 4.00 – 5.30 petang

AJK : Pn. Marziah Md Rahim, Pn. Meera, En. Amran B. Awang

Pertandingan membuat Melodrama Haiwan hanya dibuka kepada semua kelas Tahun 1 mendapat

sambutan yang amat menggalakkan. Setap kelas akan menghantar wakil yang telah dipilih oleh guru

matapelajaran Dunia Sains Dan Teknologi masing- masing. Pertandingan ini dilaksanakan bertujuan

mencungkil bakat dan kreativiti murid dalam membuat model melodrama haiwan seperti apa yang

No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan

02 01 NOVEMBER 2011 00

Hak Cipta [email protected]

SK KAMPUNG TUNKU, JALAN SS1/11,PETALING JAYA, SELANGOR.

BBB8305

MINGGU PANITIA SAINS

10 – 14 JUN 2013

Page 2: Borang PK 01 2 LAPORAN MINGGU SAINS 2013.doc

SPSK PK 01/2

telah mereka pelajari di dalam subjek Dunia Sains Dan Teknologi. Selain itu, pertandingan berkumpulan

seperti ini membuka peluang kepada murid untuk menyerlahkan potensi diri mereka dalam

mempraktikkan teori yang telah mereka pelajari di dalam kelas dan digabungkan dengan unsur- unsur

seni. Aktiviti ini dijalankan di dewan terbuka dan diadili oleh guru seni dan guru sains.

3.0 AKTIVITI TAHUN 2 : Buku Skrap Haiwan & Makanannya

TARIKH : 12 Jun 2013

HARI : Rabu

MASA : 4.00 – 5.30 petang

AJK : Pn. Noor Syazwani, Pn. Meera, En. Amran B. Awang

Pertandingan Buku Skrap Haiwan dan Makanannya dibuka kepada semua kelas Tahun 2. Setiap kelas

dikehendaki menghantar 3-4 orang wakil dan diberi masa 1 jam setengah untuk menghasilkan buku

skrap masing-masing. Penyertaan adalah amat menggalakkan kerana setiap kelas dapat menghantar

beberapa orang wakil untuk pertandingan ini. Aktiviti ini bertujuan untuk mencungkil bakat dan

kreativiti murid dalam menghasilkan buku skrap yang terbaik.. Aktiviti ini dijalankan di dewan terbuka

serta dikendalikan oleh guru Dunia Sains dan Teknologi bagi kelas masing-masing. Pertandingan ini

bertujuan membantu murid menambah dan mengingati tentang tajuk haiwan dan makanannya serta

boleh digunakan semasa PdP dijalankan.

4.0 AKTIVITI TAHUN 3 : Bercerita Sains

TARIKH : 13 Jun 2013

HARI : Khamis

MASA : 4.00 – 5.30 petang

AJK : Pn. Meera A/P Marimuthu, Pn. Marziah Md Raim, Pn. Noor Syazwani Bt Shuib

Pertandingan Bercerita Sains dibuka kepada semua kelas Tahun 3. Aktiviti ini bertujuan menarik minat

murid dalam membaca buku cerita dan cerita pendek terutamanya yang berkaitan dengan Sains. Selain

itu, pertandingan bercerita seperti ini membuka peluang kepada murid untuk membina keyakinan diri

untuk bercerita di depan khayalak ramai. Bagi aktiviti Bercerita Sains, semua murid Tahun 3 boleh

mengambil bahagian. Aktiviti ini dijalankan di dewan terbuka serta dikendalikan oleh guru Dunia Sains

dan Teknologi bagi kelas masing-masing. Pertandingan ini bertujuan untuk mencungkil bakat bercerita

di kalangan murid-murid tahun 3 serta membina keyakinan diri untuk berdiri di hadapan orang ramai.

No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan

02 01 NOVEMBER 2011 00

Hak Cipta [email protected]

Page 3: Borang PK 01 2 LAPORAN MINGGU SAINS 2013.doc

SPSK PK 01/2

5.0 AKTIVITI TAHUN 4 : BUKU SKRAP “KEPERLUAN ASAS BENDA HIDUP”

TARIKH : 11 JUN 2013

HARI : Selasa

MASA : 10.45 – 11.30 pagi

AJK : En. Hazami

Pertandingan Buku Skrap “KEPERLUAN ASAS BENDA HIDUP” merupakan pertandingan yang menguji

kemahiran murid diri segi kepahaman murid tentang tajuk dan kreativiti murid dalam mereka buku

skrap masing-masing. Pertandingan ini dibuka kepada semua kelas Tahun 4. Bagi aktiviti ini, semua

murid Tahun 4 wajib mengambil bahagian. Aktiviti ini dijalankan dalam bilik darjah serta dikendalikan

oleh guru Sains bagi kelas masing-masing.

6.0 AKTIVITI TAHUN 5 : PERTANDINGAN CIPTA ROBOT

TARIKH : 12 JUN 2013

HARI : Rabu

MASA : 10.45 – 11.30 pagi

AJK : EN. ZAKUAN

Pertandingan Mencipta robot merupakan pertandingan yang menguji kemahiran dan kecekapan murid

dalam menggunakan teknologi dan kreativiti murid dalam reka cipta. Murid dikehendaki mencipta

model robot. Pertandingan ini dibuka kepada semua murid Tahun 5. Pemenang dipilih berdasarkan

peserta yang dapat mencipta model robot yang paling kreatif. Aktiviti ini dijalankan dalam bilik darjah

serta dikendalikan oleh guru Sains bagi kelas masing-masing. Pertandingan ini bertujuan membantu

mencungkil bakat dan kerativiti murid serta diharap dapat menarik minat murid dalam bidang sains dan

teknologi.

7.0 AKTIVITI TAHUN 6 : BUKU SKRAP BUMI DAN ALAM SEMESTA

TARIKH : 13 JUN 2013

HARI : Khamis

MASA : 10.45 – 11.30 pagi

AJK : En. Mohd Rudin B. Yacob

No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan

02 01 NOVEMBER 2011 00

Hak Cipta [email protected]

Page 4: Borang PK 01 2 LAPORAN MINGGU SAINS 2013.doc

SPSK PK 01/2

Pertandingan BUKU SKRAP BUMI DAN ALAM SEMESTA merupakan pertandingan yang menguji

kefahaman dan kecekapan untuk tajuk Bumi dan Alam Semesta. Pertandingan ini dibuka kepada semua

kelas Tahun 6. Bagi aktiviti ini, semua murid Tahun 6 wajib mengambil bahagian. Aktiviti ini dijalankan

dalam bilik darjah serta dikendalikan oleh guru Sains bagi kelas masing-masing

8.0 PENYAMPAIAN HADIAH

TARIKH : 15 JUN 2013 (Sesi Petang) & 18 JUN 2013 (Sesi Pagi)

HARI : Isnin

MASA : 6.00 petang & 8.00 pagi

AJK : EN.Mohd Rudin B. Yacob & Pn. Marziah Bt Md Rahim

Majlis penyampaian hadiah telah diadakan pada dua sesi berlainan. Bagi sesi petang, hadiah telah

disampaikan oleh Pn. Nazliza Bt. Samsudin selaku Penyelia Petang. Majlis penyampaian hadiah bagi sesi

pagi telah disempurnakan oleh En. Abdul Rais Bin Mohd Nawawi selaku Penolong Kanan Kurikulum.

Hadiah adalah berbentuk plat/trofi serta hamper.

Hasil :

1. Dapat dilaksanakan Ya ( √ ) Tidak ( )

2. Ulasan (Jika tidak dapat dilaksanakan)

..............................................................................................................................................................................

..............................................................................................................................................................................

3. Cadangan untuk penambahbaikan :

..............................................................................................................................................................................

..............................................................................................................................................................................

..............................................................................................................................................................................

Lampiran : i) Senarai pemenang: ii) Gambar sepanjang aktiviti berlangsung

No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan

02 01 NOVEMBER 2011 00

Hak Cipta [email protected]

Tiada

Menambah bilangan aktiviti supaya lebih banyak penyertaan.

Membuat saringan berperingkat bagi memilih pemenang untuk pertandingan

yang melibatkan penyertaan semua murid secara serentak.

Page 5: Borang PK 01 2 LAPORAN MINGGU SAINS 2013.doc

SPSK PK 01/2

LAMPIRAN i

SENARAI PEMENANGMINGGU PANITIA SAINS8 APRIL – 12 APRIL 2013

ACTIVITY : MELODRAMA HAIWAN

YEAR : 1

PRIZE CLASS

1ST 1 DAHLIA

2ND 1 LILI

3RD 1 CEMPAKA

ACTIVITY : BUKU SKRAP HAIWAN DAN MAKANANNYA

YEAR : 2

PRIZE NAME CLASS

1ST ALEYA SOFEA BT AZMAN 2 ANGGERIK

2ND NURIN DAMIA BT HAFIZZUDIN 2 ROS

3RD MUHAMMAD RIFDI MUSLIM B. MUHAMMAD AZRI 2 ROS

ACTIVITY : BERCERITA SAINS

YEAR : 3

PRIZE NAME CLASS

1ST NUR FARAH DIANA BT FARHAN 3 ROS

2ND NUR SHEEFAH 3 ROS

3RD SITI ARBAIYAH 3 KENANGA

No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan

02 01 NOVEMBER 2011 00

Hak Cipta [email protected]

Page 6: Borang PK 01 2 LAPORAN MINGGU SAINS 2013.doc

SPSK PK 01/2

ACTIVITY : BUKU SKRAP KEPERLUAN ASAS HAIWAN

YEAR : 4

PRIZE NAME CLASS

1ST DJIHAN NABILA ARISSYA BINTI MURTAZA 4 ANGGERIK

2ND SYED IBRAHIM ALHABSHI BIN HAMID 4 ROS

3RD ALLYSHA BINTI AHMAD FIRDOUZ 4 ANGGERIK

ACTIVITY : REKA CIPTA ROBOT

YEAR : 5

PRIZE NAME CLASS

1ST AZLAN BIN ALWI 5 ROS

2ND DANISH ISKANDAR SYAH 5 ROS

3RD PAVAN A/L PACHIMUTHU 5 ROS

ACTIVITY : BUKU SKRAP BUMI DAN ALAM SEMESTA

YEAR : 6

PRIZE NAME CLASS

1ST DIVYA RESHMI A/P SIVA RAJ 6 ROS

2ND ANAQI AS-SYAFIQ BIN AMIR RAZIF 6 ROS

3RD NIK ILLYA NA’IM BIN NIK ANIS AMINEE 6 CEMPAKA

No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan

02 01 NOVEMBER 2011 00

Hak Cipta [email protected]

Page 7: Borang PK 01 2 LAPORAN MINGGU SAINS 2013.doc

SPSK PK 01/2

LAMPIRAN ii

GAMBAR AKTIVITIMINGGU PANITIA SAINS

10 JUN 2013 – 15 JUN 2013

No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan

02 01 NOVEMBER 2011 00

Hak Cipta [email protected]

Page 8: Borang PK 01 2 LAPORAN MINGGU SAINS 2013.doc

SPSK PK 01/2

Disediakan oleh : Disemak oleh :

.................................................... .........................................................(MARZIAH BT MD RAHIM) (EN. MOHD RUDIN B. YACOB)Setiausaha Panitia Sains Ketua Panitia SainsSK Kampung Tunku SK Kampung Tunku

Disahkan oleh :

.........................................................(LATIFAH BINTI ABD LATIF)Guru BesarSK Kampung Tunku

No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan

02 01 NOVEMBER 2011 00

Hak Cipta [email protected]