borang sinopsis buku untuk guru

3
BORANG SINOPSIS BUKU Nama Sekolah :SMK TAN SRI OSMAN MOHD SA’AT Kod Sekolah : JEA 6012 1. Nama Guru Hilawati bt Hanif 2. Judul Petua Menangani Stres 3. Bidang : Motivasi dan Kaunseling 4. Nama Pengarang Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah 5. Tarikh Pembacaan : 28/09/10 6. Bil Muka Surat 92 7. Sinopsis Buku ini banyak memberi panduan kepada saya tentang bagaimana untuk menangani stres dengan cara yang mudah . Stres boleh berlaku pada sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat umur. Stres ialah tekanan atau desakan. Sebagai seorang guru, saya memena gbanyak mengalami tekanan dan stress terutamanya tekanan dari para pelajar. Apabila seseorang itu stres, dia akan memberi reaksi dari segi mental dan fizikal. Terdapat banyak punca-punca yang menyebabkan stres berlaku, antara yang disebut dalam buku ini ialah faktor semulajadi seseorang itu, di mana mereka selalu ingin kemenangan dan tidak suka menghadapi kekalahan. Bersikap terlalu teliti atau perfectionist juga boleh menyebabkan stres. Sesetengah orang mereka terlalu mendesak dan menekan orang lain. Sebab paling sering berlaku ialah tidak boleh melihat orang lain senang atau lebih daripada apa yang dimilikinya. Tidak redha dan tidak cukup dengan apa yang dimiliki mengakibatkan seseorang itu mudah tertekan. Kajian-kajian pakar psikologi mendapati 90% perkara yang dirisaukan tidak terjadi sama sekali. Faktor kedua ialah faktor suasana dan tempat. Faktor ini sangat member kesan kepada penampilan, reaksi dan tindakan kita. Apabila persekitaran tempat dan suasana yang dilalui berada dalam keadaan yang soleh atau baik, maka hidup kita menjadi lebih tenang dan harmoni. Faktor ketiga ialah faktor ilmu dan pendidikan. Faktor paling utama sekali bagi saya ialah faktor tanggungjawab dan kerjaya. Adakalanya disebabkan tanggungjawab yang terlalu banyak dan sedikit serta pekerjaan yang kurang sesuai dengan

Transcript of borang sinopsis buku untuk guru

Page 1: borang sinopsis buku untuk guru

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah :SMK TAN SRI OSMAN MOHD SA’AT Kod Sekolah : JEA 6012

1. Nama Guru Hilawati bt Hanif

2. Judul Petua Menangani Stres 3. Bidang : Motivasi dan Kaunseling

4. Nama Pengarang Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah 5. Tarikh Pembacaan : 28/09/10

6. Bil Muka Surat 92

7. Sinopsis

Buku ini banyak memberi panduan kepada saya tentang bagaimana untuk menangani stres dengan

cara yang mudah . Stres boleh berlaku pada sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat umur. Stres ialah

tekanan atau desakan. Sebagai seorang guru, saya memena gbanyak mengalami tekanan dan stress

terutamanya tekanan dari para pelajar. Apabila seseorang itu stres, dia akan memberi reaksi dari segi mental

dan fizikal. Terdapat banyak punca-punca yang menyebabkan stres berlaku, antara yang disebut dalam buku

ini ialah faktor semulajadi seseorang itu, di mana mereka selalu ingin kemenangan dan tidak suka

menghadapi kekalahan. Bersikap terlalu teliti atau perfectionist juga boleh menyebabkan stres. Sesetengah

orang mereka terlalu mendesak dan menekan orang lain. Sebab paling sering berlaku ialah tidak boleh

melihat orang lain senang atau lebih daripada apa yang dimilikinya. Tidak redha dan tidak cukup dengan apa

yang dimiliki mengakibatkan seseorang itu mudah tertekan. Kajian-kajian pakar psikologi mendapati 90%

perkara yang dirisaukan tidak terjadi sama sekali. Faktor kedua ialah faktor suasana dan tempat. Faktor ini

sangat member kesan kepada penampilan, reaksi dan tindakan kita. Apabila persekitaran tempat dan suasana

yang dilalui berada dalam keadaan yang soleh atau baik, maka hidup kita menjadi lebih tenang dan harmoni.

Faktor ketiga ialah faktor ilmu dan pendidikan. Faktor paling utama sekali bagi saya ialah faktor

tanggungjawab dan kerjaya. Adakalanya disebabkan tanggungjawab yang terlalu banyak dan sedikit serta

pekerjaan yang kurang sesuai dengan kemampuan dan kebolehan . Seterusnya, rangsangan tekanan terhasil

apabila pelbagai persoalan dating kepada kita secara serentak dan menggesa kita agar segera membuat

keputusan. Dalam situasi seperti ini , ketenangan sangat diperlukan agar kita dapat bertindak secara rasional

dan matang. Buku ini juga ada menyatakan tentang stres yang dihadapi apabila pengharapan yang terlalu

tinggi daripada orang ramai, stres ini sering dihadapi oleh para pelajar. Bagi individu yang bekerja pula,

faktor kerja yang membosankan menjadi salah satu penyebab stres. Selain itu, jawatan yang statik dan

terbatas, tidak dapat menguruskan tanggungjawab dan kerjaya dengan sempurna. Diantara tanda-tanda stress

ialah mudah marah, bersedih hati, menangis, kecewa, mengamuk , sukar menyelesaikan masalah, prestasi

diri mulai merosot, idea mulai kurang, masalah cepat lupa, kesakitan bahagian fizikal,sukar tidur, dan

banyak lagi. Walaubagaimanapun, stres boleh membawa kepada kesan positif seperti meningkatkan

motivasi diri, meningkatkan amalan dan usaha, merangsang individu mempertahan dan melindungi diri dan

meningkatkan potensi diri. Diantara petua untuk menangani stres ialah kenal pasti tahap tekanan dan

mengkoreksi diri dan muhasabah.

Page 2: borang sinopsis buku untuk guru

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

i. Mengetahui punca-punca dan kesan – kesan stres.

ii. Mengetahui cara untuk menangani tekanan dengan berkesan .

iii. Lebih bersedia dan tenang dalam menghadapi setiap tekanan yang datang.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P & P

Maklumat di dalam buku ini banyak memberi panduan kepada saya untuk menghadapi setiap tekanan yang

akan dihadapi terutamanya di dalam kelas. Ia juga sedikit sebanyak dapat digunakan untuk membantu rakan-

rakan yang mengalami tekanan. Sebagai guru juga kita boleh mengenalpasti para pelajar yang mengalami

tekanan sekaligus membantu mereka mengatasinya.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

.............................................. ................................................

( ) ( )