borang soal selidik petanque cim.doc

13

Click here to load reader

description

soal

Transcript of borang soal selidik petanque cim.doc

Page 1: borang soal selidik petanque cim.doc

BORANG SOAL SELIDIK

Bahagian A : Maklumat Responden

Tandakan ( / ) pada kotak yang berkenaan

1. Jantina : lelaki perempuan

2. Bangsa : Melayu Cina India Iban

3. Kelas :

4. Nyatakan penglibatan anda dalam aktiviti Kokurikulum di sekolah

Jawatan

(a) Sukan / Permainan :

(b) Kelab / Persatuan :

(c) Unit Beruniform :

Page 2: borang soal selidik petanque cim.doc

Bahagian B : Kokurikulum Di Sekolah

Nyatakan pendapat anda terhadap semua pernyataan di bawah dengan berpandukan kepada skala 1 – 5 yang diberi. Bulatkan jawapan anda.

1 sangat tidak setuju2 tidak setuju3 tidak pasti4 setuju5 sangat setuju

1) Saya sentiasa hadir di setiap perjumpaan Kokurikulum. 1 2 3 4 5

2) Saya minat dan menyukai aktiviti Kokurikulum di sekolah. 1 2 3 4 5

3) Saya berminat menyertai semua aktiviti Kokurikulum yang 1 2 3 4 5

di adakan di sekolah.

4) Saya diberi peluang mencukupi melibatkan diri dengan 1 2 3 4 5

aktiviti Kokurikulum.

5) Kemudahan dan kelengkapan untuk aktiviti Kokurikulum 1 2 3 4 5

adalah mencukupi.

6) Mendapat galakan daripada ibu bapa untuk menyertai 1 2 3 4 5

aktiviti Kokurikulum.

7) Waktu aktiviti Kokurikulum dijalankan adalah sesuai 1 2 3 4 5

8) Aktiviti Kokurikulum menjadikan saya seorang yang 1 2 3 4 5

berdikari, bertanggungjawab dan bekerjasama.

9) Saya memperolehi pengetahuan dan kemahiran baru 1 2 3 4 5

melalui aktiviti yang dilakukan.

10) Saya mendapat banyak manfaat daripada penglibatan dan 1 2 3 4 5

penyertaan saya dalam aktiviti Kokurikulum.

Page 3: borang soal selidik petanque cim.doc

Bahagian C : Sikap dan Minat Terhadap Sukan Petanque Secara Umum

1) Saya sangat meminati sukan petanque. 1 2 3 4 5

2) Saya tahu cara untuk bermain sukan petanque. 1 2 3 4 5

3) Saya tahu peraturan untuk bermain sukan petanque. 1 2 3 4 5

4) Saya diberi peluang mencukupi melibatkan diri dengan 1 2 3 4 5

sukan petanque

5) Saya lebih suka bermain sukan petanque setiap waktu 1 2 3 4 5

lapang saya.

6) Saya lebih suka berlaih bermain sendiri tanpa disuruh. 1 2 3 4 5

7) Saya suka dan bijak dalam meniru teknik latihan 1 2 3 4 5

sukan petanque

8) Saya lebih mudah menguasai kemahiran jika berlatih 1 2 3 4 5

selalu.

9) Saya memperolehi pengetahuan dan kemahiran baru 1 2 3 4 5

melalui aktiviti yang dilakukan.

10) Saya mendapat banyak manfaat daripada penglibatan dan 1 2 3 4 5

penyertaan saya dalam sukan petanque.

11) Untuk mudah faham teknik kemahiran petanque, saya 1 2 3 4 5

memerlukan penerangan menggunakan rakaman atau

apa-apa yang boleh saya lihat

Page 4: borang soal selidik petanque cim.doc

Bahagian D : Isi Jawapan Dalam Ruangan Yang Disediakan

1. Mengapa anda berminat atau tidak berminat melibatkan diri dengan kegiatan Kokurikulum?

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

2. Adakah aktivti Kokurikulum di sekolah anda menyeronokkan dan dirasakan berfaaedah?

Jika tidak, beri cadangan aktiviti Kokurikulum menyeronokkan yang dapat menarik minat

murid untuk menyertai aktiviti tersebut.

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

Page 5: borang soal selidik petanque cim.doc

Dapatan Kajian

Setelah borang soal selidik dijawab oleh responden , ia telah dikutip untuk dianalisis pendapat

awal mereka mengenai penglibatan mereka sebagai murid dalam aktiviti kokurikulum yang disediakan di

sekolah. Secara umumnya, di dapati lapan daripada sepuluh orang murid selaku responden telah

menyatakan bahawa mereka terlibat secara total dengan aktiviti kokurikulum yang dirancang dan

dijalankan di sekolah. Minat terhadap aktiviti kokurikulum yang dirancang merupakan faktor utama

mengapa mereka mahu melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulium di sekolah. Minat dari konteks

kokurikulum boleh di definisikan sebagai kesan tarikan terhadap aktiviti yang dilakukan.Jelaslah di sini

bahawa minat memainkan peranan yang agak penting sebagai salah satu faktor penglibatan murid dalam

aktiviti kokurikulum di sekolah. Manakala dua lagi murid menyatakan bahawa mereka hanya berminat

menyertai aktiviti kokurikulum yang tertentu sahaja yang dirancangkan di sekolah.

Bagi mendapatkan maklumat khusus sebagai lanjutan terhadap pendapat murid mengenai

penglibatan mereka dalam aktiviti kokurikulum di sekolah, sesi temubual telah dilakukan terhadap semua

responden yang dipilih . Ia telah dilaksanakan secara tidak formal dan dalam keadaan santai bagi

mengelakkan murid terikat dengan jawapan tertentu yang dirasakan sebagai pendapat yang kurang jujur

daripada murid. Berbantukan soal selidik yang telah dijawab, berikut merupakan soalan-soalan yang

diajukan kepada murid dalam sesi temubual tersebut iaitu:

1. Adakah anda diberi peluang untuk menunjukkan kecemerlangan dalam sesuatu aktiviti

kokurikulum di sekolah?

2. Apakah pendapat anda mengenai faedah kokurikulum dan aktiviti yang terkandung dalam

skemanya?

3. Adakah masalah seperti kekangan masa,kewangan dan tinggal jauh dari sekolah merupakan

faktor yang menghalang anda melibatkan diri sepenuhnya dalam akitiviti kokurikulum di sekolah?

4. Adakah anda mendapat galakkan daripada ibu bapa anda untuk terlibat dengan aktiviti

kokurikulum di sekolah?

5. Adakah kelengkapan dan kemudahan yang disediakan oleh sekolah untuk menjalankan aktiviti

kokurikulum memuaskan?

Page 6: borang soal selidik petanque cim.doc

Setelah jawapan direkodkan, berikut merupakan rumusan respon yang dapat diperolehi daripada

responden terhadap semua soalan yang telah diajukan.

Responden 1

Amat berminat dengan semua aktiviti kokurikulum yang telah dirancang dan dilaksanakan di

sekolah dan mendapat sokongan yang penuh daripada ibu bapa dan guru dari segi moral dan

material.

Responden 2

Amat berminat dengan semua aktiviti kokurikulum yang telah dirancang dan dilaksanakan di

sekolah tetapi kerana masalah taraf hidup keluarga yang dirasakan serba kekurangan menjadi

halangan untuk memiliki alatan untuk aktiviti kokurikulum iaitu raket badminton dan kasut sukan.

Responden 3

Menunjukkan minat yang sederhana kerana hanya menyertai beberapa aktiviti kokurikulum yang

dirasakan menarik dan memberi faedah. Responden cenderung memilih untuk menyertai aktiviti

kokurikulum yang melibatkan aktiviti di dalam bilik darjah sahaja seperti catur dan sahibba.

Responden 4

Responden berminat menyertai aktiviti kokurikulum yang dirasakan mencabar dan lasak seperti

perkhemahan. Walaupun tinggal agak jauh dari sekolah,ibu bapa memberi sokongan yang penuh

dengan menghantarnya setiap kali aktiviti kokurikulum dijalankan di sekolah dan membelikan

keperluan alatan untuk menjalankan aktiviti kokurikulum di sekolah.

Page 7: borang soal selidik petanque cim.doc

Responden 5

Responden ini berminat menyertai aktiviti kokurikulum yang dirancang di sekolah terutama dalam

aktiviti sukan dan permainan. Hoki merupakan minat utama tetapi kerana masalah peralatan yang

tidak mencukupi di sekolah,sedikit sebanyak menjadi faktor mengapa responden tidak dapat

menunjukkan bakat dalam permainan tersebut.

Responden 6

Responden ini berminat untuk menyertai aktiviti kokurikulum di sekolah tetapi masalah kesihatan

yang dihadapi menjadi halangan. Atas nasihat doktor, responden hanya boleh menyertai aktiviti

yang tidak lasak untuk mengelakkan masalah kesihatan yang berulang.Ibu bapa pun tidak memberi

sokongan yang sepenuhnya terhadap responden. Responden kurang berminat menyertai aktiviti

kokurikulum di dalam bilik darjah berbanding luar bilik darjah.

Responden 7

Responden ini tidak berminat langsung menyertai aktiviti kokurikulum samada di dalam atau di

luar bilik darjah kerana lebih berfokus kepada akademik semata-mata. Pada pendapatnya,

akademik lebih penting untuk menjamin kecemerlangan hidup.

Responden 8

Murid ini berminat menyertai semua aktiviti tetapi merasakan diri kurang berbakat. Responden

merasa rendah diri kerana dia tidak diberi peluang yang sepatutnya oleh guru untuk menunjukkan

bakat dan kelebihan dalam aktiviti yang dijalankan. Tinggal jauh dari sekolah juga menjadi faktor

mengapa responden tidak dapat menyertai hampir separuh daripada semua aktiviti kokurikulum

yang dijalankan sepanjang tahun.

Page 8: borang soal selidik petanque cim.doc

Responden 9

Responden ini tidak berminat menyertai hampir keseluruhan aktiviti yang dirancang dan

dijalankan sepanjang tahun di sekolah kerana pada pendapatnya aktiviti yang dijalankan tidak

memberi faedah yang banyak dan lebih kepada membuang masa dan dianggap sebagai aktiviti

‘suka-suka’ sahaja. Jika tidak kerana wajib menyertai, dia lebih suka untuk tidak mengambil

bahagian.

Responden 10

Responden ini amat berminat menyertai aktiviti kokurikulum di sekolah tetapi tidak mendapat

galakkan dan sokongan yang sepenuhnya daripada ibu bapa. Pada pendapat ibu bapanya, akademik

adalah lebih penting. Aktiviti kokurikulum dianggap membuang masa dan tidak berfaedah serta

boleh menjejaskan kesihatan.

PENUTUP

Dari dapatan dan rumusan yang tersebut di atas, dapat disimpulkan disini bahawa hampir

keseluruhan murid menyatakan pendapat mereka bahawa penglibatan mereka dalam aktiviti adalah sangat

bagus dan membantu kecemerlangan mereka di mana ia seimbang dalam kedua-dua bidang, akademik dan

kokurikulum. Kekangan-kekangan yang ada dirasakan tidak menjadi faktor untuk membantutkan niat

mereka menjadi antara yang terbaik dalam setiap aktiviti kokurikulum yang dijalankan.

Page 9: borang soal selidik petanque cim.doc

RUJUKAN

Aktiviti Kokurikulum.(2010,March 31).Karangan Aktiviti Kokurikulum.Diperolehi May 2,2013,from

http://cikgurazak.blogspot.com/2010/03/karangan-aktiviti-kokurikulum.html

Kepentingan Menyertai Aktiviti.(2008,July 10).Kepentingan Menyertai Aktiviti Kokurikulum.Diperolehi

May 2,2013,from http://flowerwee.blogspot.com/2008/10/karangan-aktiviti-kokurikulum.html

Azizah Nordin (1991). “Kokurikulum dan Sumbangannya Terhadap Perkembangan Diri Individu

Secara Menyeluruh.” Jurnal Pendidikan Guru.Kuala Lumpur:DBP :7: 33-42.