Brochure Peraturan Pss

2
PERATURAN PSS WAKTU OPERASI PSS dibuka setiap hari Isnin hingga Jumaat (kecuali cuti am) dari pukul 7.30 am hingga 1.00 pm. Urusan peminjaman/pemulangan buku: Rehat Sekiranya PSS ditutup (atas sebab-sebab tertentu), para pelajar boleh menghantar buku dengan cara memasukkan buku tersebut di KOTAK PEMULANGAN yang ditempatkan di bilik Guru (GURU PERPUSTAKAAN). Untuk pengajaran & pembelajaran 1. Mengikut jadual penggunaan PSS 2. Tempahan KEAHLIAN Semua murid, guru serta kakitangan SKPP adalah ahli PSS secara Keselamatan dan kebersihan buku yang dipinjam adalah dibawah tanggung jawab peminjam. Sekiranya buku yang dipinjam terkoyak atau rosak dengan tidak sengaja, JANGAN cuba membaikinya. Kembalikan buku tersebut dan maklumkan kepada Guru PSS atau Pengawas PSS. Pastikan buku yang hendak dipinjam telah melalui proses peminjaman di Kaunter Sirkulasi. Mengeluarkan buku secara tidah sah dari PSS adalah dianggap sebagai MENCURI dan tindakan disiplin akan diambil. Buku bintik merah (RED SPOT) BOLEH dipinjam untuk tempoh 24 jam (1 hari). Jika lewat, peminjam perlu membayar denda. Buku Red Spot yang hendak dipinjam perlu direkod di kaunter sirkulasi sebelum dibawa keluar. Dapatkan bantuan pengawas PSS atau Guru PSS bila hendak meminjam Peralatan, komputer, CD, BAHAN RUJUKAN dan RED SPOT. CARA MEMINJAM BAHAN Tentukan buku yang hendak dipinjam. Kesan dan ambil buku tersebut di rak. Serahkan Kad Perpustakaan dan buku di Kaunter Sirkulasi. SYARAT-SYARAT PEMINJAMAN DAN PEMULANGAN BAHAN Maklumat pinjaman bahan adalah seperti berikut: Kategor i Bil. Buku Tempo h Denda Lewat (sehari) Pinjam an Red Spot Murid 2 7 hari RM0.20 RM0.50 Pengawa s PSS 2 14 hari RM0.20 RM0.50 Guru 4 14 hari RM0.20 RM0.50 Staf 4 14 hari RM0.20 RM0.50 Buku-buku Rujukan yang mempunyai abjad R di hadapannya adalah buku rujukan di PSS sahaja dan tidak boleh dipinjam. Bahan bacaan lain seperti folio, jurnal, majalah dan surat khabar hanya boleh dirujuk dalam PSS. PERKHIDMATAN PSS FOTOSTAT CETAK BINDING LAMINATE INTERNET DAN KOMPUTER PERMAINAN DALAMAN

description

Template

Transcript of Brochure Peraturan Pss

Page 1: Brochure Peraturan Pss

PERATURAN PSS WAKTU OPERASI

PSS dibuka setiap hari Isnin hingga Jumaat (kecuali cuti am)

dari pukul 7.30 am hingga 1.00 pm. Urusan peminjaman/pemulangan buku:

Rehat Sekiranya PSS ditutup (atas sebab-sebab

tertentu), para pelajar boleh menghantar buku dengan cara memasukkan buku tersebut di KOTAK PEMULANGAN yang ditempatkan di bilik Guru (GURU PERPUSTAKAAN).

Untuk pengajaran & pembelajaran1. Mengikut jadual penggunaan PSS 2. Tempahan

KEAHLIAN Semua murid, guru serta kakitangan SKPP adalah

ahli PSS secara automatik. Setiap ahli diwajibkan untuk mempunyai KAD

PERPUSTAKAAN bagi urusan peminjaman dan pemulangan bahan.

Ahli perlu membawa KAD PERPUSTAKAAN bila masuk ke PERPUSTAKAAN dan LOG IN kehadiran.

Setiap KAD PERPUSTAKAAN mesti mempunyai nama penuh dan nombor kad pengenalan.

Ahli hendaklah menggunakan KAD PERPUSTAKAAN sendiri untuk sebarang urusan.

Keselamatan dan kebersihan buku yang dipinjam adalah dibawah tanggung jawab peminjam.

Sekiranya buku yang dipinjam terkoyak atau rosak dengan tidak sengaja, JANGAN cuba membaikinya. Kembalikan buku tersebut dan maklumkan kepada Guru PSS atau Pengawas PSS.

Pastikan buku yang hendak dipinjam telah melalui proses peminjaman di Kaunter Sirkulasi. Mengeluarkan buku secara tidah sah dari PSS adalah dianggap sebagai MENCURI dan tindakan disiplin akan diambil.

Buku bintik merah (RED SPOT) BOLEH dipinjam untuk tempoh 24 jam (1 hari). Jika lewat, peminjam perlu membayar denda. Buku Red Spot yang hendak dipinjam perlu direkod di kaunter sirkulasi sebelum dibawa keluar.

Dapatkan bantuan pengawas PSS atau Guru PSS bila hendak meminjam Peralatan, komputer, CD, BAHAN RUJUKAN dan RED SPOT.

CARA MEMINJAM BAHAN

Tentukan buku yang hendak dipinjam. Kesan dan ambil buku tersebut di rak. Serahkan Kad Perpustakaan dan buku di

Kaunter Sirkulasi. Pengawas PSS akan mengimbas Kad tersebut

dan buku yang ingin dipinjam. Tarikh pemulangan akan dicop dalam buku.

Semak tarikh bila menerima buku. Tunjukkan buku yang dipinjam kepada

pengawas bertugas sebelum membawa buku keluar dari PERPUSTAKAAN.

SYARAT-SYARAT PEMINJAMAN DAN PEMULANGAN BAHAN

Maklumat pinjaman bahan adalah seperti berikut:

KategoriBil.

BukuTempoh

Denda Lewat(sehari)

PinjamanRed Spot

Murid 2 7 hari RM0.20 RM0.50

Pengawas PSS

2 14 hari RM0.20 RM0.50

Guru 4 14 hari RM0.20 RM0.50

Staf 4 14 hari RM0.20 RM0.50

Buku-buku Rujukan yang mempunyai abjad R di hadapannya adalah buku rujukan di PSS sahaja dan tidak boleh dipinjam.

Bahan bacaan lain seperti folio, jurnal, majalah dan surat khabar hanya boleh dirujuk dalam PSS.

PERKHIDMATAN PSSFOTOSTAT CETAK BINDINGLAMINATEINTERNET DAN KOMPUTERPERMAINAN DALAMAN

Page 2: Brochure Peraturan Pss

Pusat Sumber SekolahSK Poring-Poring

W.D.T. 48,89350 Inanam,

SABAH.

PENGENALANPUSAT SUMBER

SEKOLAH

Ke Arah Pusat Sumber Cemerlang

PERATURAN AM PSS1. Murid hanya dibenarkan membawa alat tulis ke

dalam PSS.2. Murid dilarang MAKAN dan MINUM di dalam

PSS.3. Untuk menjaga kepentingan semua,

BERBINCANG, BERBUAL, BISING dan lain-lain aktiviti yang boleh mengganggu ketenteraman pengguna lain adalah DILARANG.

4. Setiap pengguna dikehendaki menjaga KEBERSIHAN dan KESELAMATAN bahan-bahan PSS.

5. Tarik buku perlahan-lahan daripada rak supaya ia tidak rosak, koyak atau sebagainya.

6. Pengguna mestilah menarik perlahan-lahan kerusi yang digunakan untuk mengelakkan dari berbunyi bising.

7. Rapatkan kembali kerusi tersebut di meja selepas menggunakannya.

8. Pengguna hendaklah menghormati dan mematuhi arahan PENGAWAS PSS dan Guru PSS.

9. Ketika hendak keluar dari PSS, pengguna dikehendaki mempamerkan semua bahan yang hendak dibawa keluar untuk pemeriksaan.

10. Murid mestilah memakai pakaian seragam sekolah yang lengkap ketika berada di PSS.

11. BEG SEKOLAH, BOTOL AIR, BEKAS MAKANAN dan yang seumpama dengannya TIDAK DIBENARKAN dibawa masuk ke PSS.

12. Guru mencatat penggunaan Pusat Sumber dalam Buku Rekod Penguunaan Pusat Sumber dan memastikan keadaan seperti asal.

KETENTERAMAN SEMASA DI PSS

1. Murid dikehendaki beratur ketika hendak masuk / keluar serta ketika melakukan aktiviti peminjaman dan pemulangan bahan.

2. Semua murid dikehendaki keluar dengan segera dan dalam keadaan senyap serta teratur apabila loceng penamat waktu rehat dibunyikan.

3. Murid tidak dibenarkan membuat bising di luar PSS.

4. Semua murid dikehendaki mematuhi arahan dari PENGAWAS PSS dan jika ada pelajar yang melawan atau mengingkarinya, tindakan tatatertib akan dikenakan.

5. Murid yang melanggar arahan dan disiplin PSS akan dikenakan tindakan disiplin yang bersesuaian dengan kesalahan tersebut. Laporan e-disiplin juga akan dibuat.