Budaya Forum

2
1.8 Kepelbagaian Budaya 1.8.1 Definisi Malaysia adalah merupakan sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum, ataupun masyarakat majmuk, yang terdiri daripada bangsa utama iaitu bangsa Melayu, Cina dan India. Kepelbagaian Budaya pula merujuk kepada kepelbagaian adat dan budaya dalam sesebuah masyarakat yang mempunyai pelbagai etnik dan kaum. Stavenhagen (1986) berpendapat kepelbagaian budaya merupakan rangkuman dari pelbagai aspek yang meliputi budaya, etnik, agama, amalan tradisi yang mengarah kepada kecenderungan dan memberi kefahaman di antara sesama kaum. Kepelbagaian Budaya menurut Kymlicka (1999) pula adalah merujuk kepada kepelbagaian yang wujud dalam sesebuah masyarakat yang memberi tumpuan kepada tiga perspektif seperti berikut: (1) Perspektif Universal (memahami fenomena perubahan setiap masyarakat secara universal), (2) Perspektif Etnik (mengkaji permasalahan dan konflik setiap etnik), dan (3) Perspektif Budaya (mengkaji cara bagaimana setiap etnik mengekspresikan budaya mereka). 1.8.2 Isu Pendidikan Semasa Fenomena kepelbagaian budaya dalam situasi di sekolah negara kita telah membawa pelbagai implikasi kepada proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, khasnya kepada pelajar. Implikasi Kepelbagaian Budaya Kepada Pelajar : Positif Berpeluang mempelajari kepelbagaian budaya Membentuk interaksi sosial yang baik Memperkembangkan bakat Negatif Mempunyai masalah dalam kerja kumpulan Masalah komunikasi dan bahasa Sukar mewujudkan persefahaman Wujud perasaan rendah diri dan tidak yakin pada diri sendiri 1.8.3 Cabaran Kepada Guru Dalam hal ini, guru mesti memiliki rasa kesungguhan dan penghayatan yang mendalam ketika melaksanakan upacara/program untuk menangani isu kepelbagaian budaya yang dianjurkan oleh pihak kementerian pelajaran/sekolah sehingga boleh menjadi role model kepada para murid di sekolah. Antara cabaran kepada guru dalam menangani isu kepelbagaian budaya di sekolah ialah meningkatkan kesedaran pelajar. Kesedaran yang hendak diterapkan dalam pemikiran pelajar berbilang kaum di Malaysia ialah bagaimana : i. menerima dan menghargai identiti setiap kaum.

description

n

Transcript of Budaya Forum

Page 1: Budaya Forum

1.8 Kepelbagaian Budaya1.8.1 DefinisiMalaysia adalah merupakan sebuah negara yang mempunyaimasyarakat berbilang kaum, ataupun masyarakat majmuk, yang terdiridaripada bangsa utama iaitu bangsa Melayu, Cina dan India.Kepelbagaian Budaya pula merujuk kepada kepelbagaian adat dan budaya dalam sesebuah masyarakat yang mempunyai pelbagai etnik dan kaum. Stavenhagen (1986) berpendapat kepelbagaian budaya merupakan rangkuman dari pelbagai aspek yang meliputi budaya, etnik, agama, amalan tradisi yang mengarah kepada kecenderungan dan memberi kefahaman di antara sesama kaum. Kepelbagaian Budaya menurut Kymlicka (1999) pula adalah merujuk kepada kepelbagaian yang wujud dalam sesebuah masyarakat yang memberi tumpuan kepada tiga perspektif seperti berikut: (1) Perspektif Universal (memahami fenomena perubahan setiap masyarakat secara universal), (2) Perspektif Etnik (mengkaji permasalahan dan konflik setiap etnik), dan (3) Perspektif Budaya (mengkaji cara bagaimana setiap etnik mengekspresikan budaya mereka). 

1.8.2 Isu Pendidikan SemasaFenomena kepelbagaian budaya dalam situasi di sekolah negara kita telah membawa pelbagai implikasi kepada proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, khasnya kepada pelajar. Implikasi Kepelbagaian Budaya Kepada Pelajar : Positif

Berpeluang mempelajari kepelbagaian budaya  

Membentuk interaksi sosial yang baik  

Memperkembangkan bakat 

Negatif 

Mempunyai masalah dalam kerja kumpulan 

Masalah komunikasi dan bahasa  

Sukar mewujudkan persefahaman  

Wujud perasaan rendah diri dan tidak yakin pada diri sendiri

1.8.3 Cabaran Kepada GuruDalam hal ini, guru mesti memiliki rasa kesungguhan dan penghayatan yang mendalam ketika melaksanakan upacara/program untuk menangani isu kepelbagaian budaya yang dianjurkan oleh pihak kementerian pelajaran/sekolah sehingga boleh menjadi role model kepada para murid di sekolah. Antara cabaran kepada guru dalam menangani isu kepelbagaian budaya di sekolah ialah meningkatkan kesedaran pelajar. Kesedaran yang hendak diterapkan dalam pemikiran pelajar berbilang kaum di Malaysia ialah bagaimana :i. menerima dan menghargai identiti setiap kaum.ii. menghormati perbezaan budaya yang wujud (nilai, adat resam dan cara hidup).iii. menghargai keunikan budaya.iv. mempunyai kemahuan untuk berkongsi persamaan, sedia bekerjasama.v. bersekutu memajukan bangsa.

1.8.4 Cara Menangani Isu Kepelbagaian BudayaJika membincangkan kepelbagaian budaya adalah sangat penting mengaitkannya dengan Integrasi nasional. Justeru pemahaman integrasi nasional merupakan inti pati kepada keperluan perpaduan negara. Integrasi Nasional dalam merujuk kepada Husein Ahmad (2000) dan Zakaria Abd Wahab (2000) yang merujuk makna integrasi nasional sebagai sesebuah masyarakat yang bersatu padu yang bercirikan persefahaman budaya, interaksi sosial, boleh bertoleransi antara kaum, memahami serta mengiktiraf persamaan dan perbezaan antara kaum. Ciri-ciri ini adalah merupakan satu asas bagi menentukan wujudnya integrasi nasional bagi membentuk identiti bangsa Malaysia.

Page 2: Budaya Forum

Antara cara-cara yang boleh dilaksanakan oleh guru untukmengatasi masalah kepelbagaian budaya adalah seperti berikut :

Guru hendaklah mengambil daya usaha untuk menunjukkan kemesraan 

Guru hendaklah bersedia melayani murid-murid mengikut kebolehan dan sifat mereka yang berlainan.

Memberi pendedahan murid-murid terhadap kepelbagaian sosio budaya

Mempelbagaikan kaedah pengajaran

Menggalakkan aktiviti yang melibatkan penglibatan semua murid

Menghormati dan memahami keadaan sosial murid-murid 

Guru hendaklah mengadakan suasana demokratik dalam kelas