Budaya Td Edit

25
BUDAYA TENTERA DARAT Pengenalan Sejarah Penubuhan Tentera Darat Tentera Darat Malaysia telah mula dirancang penubuhan semenjak tahun 1902 lagi dimana perbincangan awal penubunhan telah dilakukan oleh Raja-Raja Melayu dan juga Penasihat British. Secara tidak langsung, nilai-nilai dan budaya bangsawan dan British telah diserapkan secara tidak langsung semasa awal penubuhannya. Semasa Persidangan Majlis Mesyuarat Persekutuan pada 23 Januari 1933, Rang Undang-Undang Askar Melayu telah diluluskan dan dikenali sebagai Undang-Undang No. 11 yang mana dengan rasminya tertubuhlah Askar Melayu. Penubuhan ini secara tidak langsung telah menjadikan Askar Melayu sabagai imej kepada Raja-Raja Melayu. Seramai 25 orang anak Melayu yang terdiri daripada orang kampung sehinggalah golongan bangsawan berjaya dipilih sebagai pengasas Kompeni Percubaan Pasukan Askar Melayu. Mereka akhirnya diarahkan untuk memulakan latihan di Haig Lines, Port Dickson pada 1 Mac 1933 yang dikuasai oleh tentera British pada masa itu. Dua puluh lima anak Melayu pada masa itu telah didedahkan kepada nilai dan budaya tentera British. Mereka telah menjalankan latihan dengan gigih dan penuh tabah serta menunjukan kebolehan yang setanding dengan Tentara British. Pada pertengahan tahun 1934, Kompeni Percubaan telah diistiharkan sebagai berjaya dengan cemerlangnya dan layak diperbesarkan ke satu batalion yang lengkap. Empat anggota Skuad Pertama telah ditauliahkan sebagai pegawai dengan pangkat Leftenan Muda dan melanjutkan latihan di Sandhurt, England. Askar Melayu terus diperbesarkan pada 1 Dis 1941 apabila tercetusnya peperangan di Eropah dan peperangan dunia ke dua tahun 1941 dengan mengamalkan nilai dan budaya British. Tugas Tentera Darat

Transcript of Budaya Td Edit

Page 1: Budaya Td Edit

BUDAYA TENTERA DARAT

Pengenalan

Sejarah Penubuhan Tentera Darat

Tentera Darat Malaysia telah mula dirancang penubuhan semenjak tahun 1902 lagi dimana perbincangan awal penubunhan telah dilakukan oleh Raja-Raja Melayu dan juga Penasihat British. Secara tidak langsung, nilai-nilai dan budaya bangsawan dan British telah diserapkan secara tidak langsung semasa awal penubuhannya. Semasa Persidangan Majlis Mesyuarat Persekutuan pada 23 Januari 1933, Rang Undang-Undang Askar Melayu telah diluluskan dan dikenali sebagai Undang-Undang No. 11 yang mana dengan rasminya tertubuhlah Askar Melayu. Penubuhan ini secara tidak langsung telah menjadikan Askar Melayu sabagai imej kepada Raja-Raja Melayu.

Seramai 25 orang anak Melayu yang terdiri daripada orang kampung sehinggalah golongan bangsawan berjaya dipilih sebagai pengasas Kompeni Percubaan Pasukan Askar Melayu. Mereka akhirnya diarahkan untuk memulakan latihan di Haig Lines, Port Dickson pada 1 Mac 1933 yang dikuasai oleh tentera British pada masa itu. Dua puluh lima anak Melayu pada masa itu telah didedahkan kepada nilai dan budaya tentera British.

Mereka telah menjalankan latihan dengan gigih dan penuh tabah serta menunjukan kebolehan yang setanding dengan Tentara British. Pada pertengahan tahun 1934, Kompeni Percubaan telah diistiharkan sebagai berjaya dengan cemerlangnya dan layak diperbesarkan ke satu batalion yang lengkap. Empat anggota Skuad Pertama telah ditauliahkan sebagai pegawai dengan pangkat Leftenan Muda dan melanjutkan latihan di Sandhurt, England. Askar Melayu terus diperbesarkan pada 1 Dis 1941 apabila tercetusnya peperangan di Eropah dan peperangan dunia ke dua tahun 1941 dengan mengamalkan nilai dan budaya British.

Tugas Tentera Darat

Bermula dari penubuhannya, Tentera Darat Malaysia adalah sebuah pasukan yang terulung dalam mempertahankan negara berlandaskan ciri-ciri dan budaya British. Organisasi Tentera Darat yang terdiri daripada tujuh belas Kor dan Reji-men adalah pada asasnya sepertimana British Army yang mempunyai fungsi dan peranan masing-masing membentuk sebuah organisasi untuk mempertahankan negara.  Fungsi dan peranan tujuh belas Kor ini adalah berbeza berdasarkan tu-gas dan kepakaran dengan nilai dan budaya kerja yang agak berbeza.  Manual dan tatacara Tentera Darat di ambil secara terus dari British Army dan diolah men-gikut kesesuaian Tentera Darat pada masa itu. Keadaan ini secara tidak langsung menyebabkan nilai dan budaya British Army diserap secara terus lepada Tentera Darat.

Page 2: Budaya Td Edit

Penugasan yang berdasarkan kepada kepakaran, maka Kor dan Rejimen  ini di-bahagikan kepada tiga kelompok utama yang yang menjadi tunjang Tentera Darat iaitu Kelompok Tempur, Bantuan Tempur, Bantuan Perkhidmatan, Pasukan Khas dan Askar Wataniah.

Kelompok Tempur melibatkan anggota dan sistem  tempur yang berada di hadapan sekali (barisan hadapan) dalam peperangan.  Kelompok ini terdiri daripada Kor dan Rejimen seperti Rejimen Askar Melayu Diraja, Rejimen Renjer Diraja dan Kor Armor Diraja. Kelompok Bantuan Tempur pula adalah kelompok kedua ini terdiri daripada anggota dan sistem tentera yang membantu   Kelompok Tempur secara langsung di dalam peperangan.  Ianya terdiri daripada Kor dan Rejimen seperti Rejimen Semboyan Diraja, Rejimen Askar Jurutera Diraja, Rejimen Artileri Diraja, Kor Polis Tentera Diraja, Kor Risik Diraja dan Kor Jurutera Letrik dan Jentera Diraja. Rejimen Sempadan adalah pasukan yang baru ditubuhkan bagi tujuan untuk menjaga sempadan negara Malaysia.

Kelompok Bantuan Perkhidmatan berperanan untuk membantu Kelompok Tempur dan Bantuan Tempur dalam asoek perkhidmatan lojistik dan senggaraan serta perkhidmatan lain yang berunsur pentadbiran.  Ia mengandungi Kor dan Rejimen seperti Kor Perkhidmatan Am, Kor Perkhidmatan Diraja, Kor Ordnan Diraja, Kor Kesihatan Diraja dan Kor Agama Angkatan Tentera. Manakala

Pasukan Khas Tentera Darat Malaysia dianggota oleh mereka yang terpilih dari pelbagai Kor dan Rejimen seperti  Rejimen Gerak Khas, Pasukan Aturgerak Cepat dan Pasukan Udara Tentera Darat.

Rejimen Askar Wataniah adalah Rejimen yang dianggotai oleh para sukarelawan.  Mereka ini adalah barisan kedua di dalam mempertahankan negara.  Kemahiran anggota adalah standing dengan anggota tetap, malah ada memiliki kepakaran tertentu seperti telekomunikasi, perbekalan air, pengendalian pelabuhan dan pengendalian keretapi.

Struktur Pangkat

Tentera Darat mempunyai dua kumpulan struktur pangkat iaitu Pegawai dan Lain-Lain Pangkat. Pangkat Pegawai dibahagi kepada tiga kumpulan iaitu Pegawai Kadet yani sedang menjalani latihan asas ketenteraan, Pegawai Muda iaitu berpangkat Leftenan hingga Kapten, Pegawai Pertengahan berpangkat Mejar dan Leftenan Kolonel dan Pegawai Kanan berpangkat Kolonel hingga ke Jeneral.

Bagi pangkat Lain-Lain Pangkat pula diketegorikan kepada empat kumpulan iaitu Soldadu Muda iaitu mereka yang sedang menjalani latihan asas ketenteraan, Prebet iaitu mereka yang tidak mempunyai pangkat, Pegawai Tanpa Tauliah iaitu berpengkat Lans koperal dan Koperal, manakala Pegawai Tanpa Tauliah Kanan pula adalah berpangkat Sarjan sehingga Pegawai Waren 1.

Dalam tentera Darat, semua strujtur pangkat perlu menghormati dan

Page 3: Budaya Td Edit

mematuhi arahan pegawai atasannya tanpa sebarang bantahan. Semua Lain-Lain pangkat perlu menghormati semua pegawai bermula dari Leftenan Muda. Tindakan tataertib akan diambil kepada mereka yang tidak menunjukkan tanda hormat kepada pegawai atasannya. Penghormatan boleh diberikan dengan cara tabik, meneggakkan badan atau percakapan berdasarkan situasi atau berpakaian.

Budaya Kepimpinan Tentera

Budaya kepimpinan tentera didefinisikan sebagai seni mempengaruhi dan mengarah anggota mengikut sesuatu cara agar memperolehi kepatuhan, keyakinan, rasa hormat dan kerjasama dengan penuh setia dan rela untuk mencapai misi pasukan. Budaya ini mula dilatih kepada pegawai dan anggota pada peringkat awal lagi. Mereka yang tidak mempunyai nilai kepimpinan dai peringkat awal akan dibuang dari perkhidmatan. Begitu juga anggota Lain-Lain Pangkat yang tidak mempunyai nilai kepatuhan dan kesetiaan akan diberhentikan perkhidmatan. Sistem hukuman akan dikenakan kepada mereka yang kurang berkeupayaan dalam memimpin atau kurang menunjukan kesetiaan.

Budaya kepimpinan adalah merupakan adunan pujukan yang menjadikan seseorang anggota tentera dapat melakukan apa yang pemerintah inginkan daripada mereka lakukan walaupun tugas tersebut sebenarnya tidak mereka sukai. Pencapaian melalui pujukan, galakan dan teladan adalah lebih baik berbanding dengan paksaan. Namun begitu, ada kalanya paksaan merupakan satu keperluan apabila anggota telah letih atau ketakutan. Anggota Tentera secara nalurinya akan mematuhi perintah tegas daripada pemerintah berleluasa yang mempunyai keperibadian, pengetahuan dan pengalaman yang diperlukan.

Pegawai tentera yang ingin menjadi pemimpin yang berjaya, perlulah mempunyai ilmu pengetahuan menyeluruh tentang jenis manusia dan jenis keadaan yang beliau perlu uruskan sebagai pemimpin. Beliau hendaklah mempunyai cara berfikir yang efektif berhubung dengan manusia dan keadaan yang dihadapi. Daripada keperluan-keperluan ini, pertama sekali ia hanya boleh dipenuhi melalui pengalaman dan pembacaan berhubung dengan kepimpinan. Justeru itu, membaca adalah salah satu budaya bagi pegawi tentera.

Sebagai pemimpin, adalah menjadi tugasnya untuk memastikan bahawa harapan ini dipenuhi bagi faedah anggota dan organisasinya agar misi yang diberikan oleh pihak berkuasa atasan dapat disempurnakan keadaan. Adalah menjadi fungsi pemimpin untuk mendorong, mengawal dan mengarah aktiviti para individu dengan cara-cara yang konstruktif agar tahap prestasi organisasi boleh dioptimum dan dikekalkan untuk penyempumaan misi. Sehubungan itu, kepimpinan adalah berkaitan dengan prestasi manusia. . Justeru itu, pemimpin haruslah mengenali anggotanya dengan sepenuhnya melebihi ibu anggota tersebut.

Komunikasi.

Pemimpin memimpin melalui komunikasi dua hala, yang kebanyakannya bukan secara lisan. Sebagai contoh apabila pemimpin ‘menetapkan standard’, maka ia

Page 4: Budaya Td Edit

memberi makluman kepada anggot a tent era bahawa pemimpin akan berkongsi kesengsaraan dengan mereka dan tidak akan menyuruh mereka lakukan apa-apa yang pemimpin . tidak sanggup lakukan. Pemimpin mengaj ar, melatih, memberi nasihat, memujuk dan menghukum melalui komunikasi lisan dan tidak lisan.

Cara pemimpin berkomunikasi dalam situasi yang berbeza-beza adalah penting. Pilihan kata-kata, nada suara, gerak isyarat fizikal dan pandangan mata akan memberi kesan kepada cara seseorang askar merasakan apa yang sedang dikomuni kasi kan. Kep impinan adalah lebih daripada menetapkan contoh teladan dan memimpin serangan secara berani. Ucapan perkataan yang sesuai pada masa yang betul adalah juga bahagian penting kepimpinan. Bagaimana dan apa yang pemimpin komunikasikan akan membina atau memudaratkan kekuat an perhubungan di antara mereka dan askar mereka.

Dalam bperhubungan yang sihat dengan orang ramai, kepercayaan bersama akan menyatukan rasa homat, keyakinan dan persefahaman. Penyatuan ini membentuk asas disiplin dan perpaduan dalam sesuatu unit. Perkara ini dibina dalam masa yang lama daripada latihan, pengalaman dan apa yang dikomuni kasi kan o leh p emimpin.

Situasi.

Semua situasi berbeza antara satu dengan yang lain. Tindakan kepimpinan yang berhasil dalam satu situasi tidak semestinya berhasil dalam situasi yang lain. Tidak terdapat peraturan atau formula untuk memberitahu pemimpin apakah yang sepatutnya dilakukan. Mereka perlu memahami prinsip-prinsip kepimpinan, taktik dan tingkah laku manusia serta menggunakan perkara-perkara ini sebagai panduan dalam situasi tertentu. Penilaian bij ak digunakan untuk memutuskan cara tindakan terbaik dan stail kepimpinan untuk digunakan.

Budaya Kerja

Sebagai seorang anggota tentera yang terlatih mereka mempunyai budaya kerja yang baik kesan daripada latihan asas yang diberikan. Kesetiaan, hormat dan ketepatan masa menjadi asas dalam diri seseorang anggota tentera itu. Arahan yang telah diberikan akan dilaksanakan tanpa sebarang persoalan sebagai membuktikan kesetiaan mereka. Kesetiaan kepada ini berlaku disebabkan sistem hukuman yang diberikan sekiranya seseorang anggota bawahan itu engkar untuk melakukan kerja yang telah diamanahkan. Adalah menjadi budaya kepada seseorang anggota tentera untuk melakukan tugasan tanpa sebarang persolan. Meragui arahan pihak atasan adalah dianggap sebagai sikap yang tidak baik.

Ciri kedua adalah hormat, sebagai anggota tentera mereka perlu menghormati semua pegawai atasannya walau dalam apa jua keadaan. Hormat bermaksud mereka akur dengan arahan yang diberikan, berkelakuan baik dan patuh kepada arahan yang diberikan. Unsur kerelaan dalam melaksanakan arahan akan menguatkan lagi kehormatan pada seseorang pegawai atasan.

Page 5: Budaya Td Edit

Aktiviti Harian

Aktiviti kerja harian bagi seseorang anggota tentera bernula pada jam 0630 hinggalah jam 1730. Namun begitu, mengikut PMAT, waktu kerja adalah selama 24 jam. Anggota tentera dikehendaki bertugas apabila dipanggil pada sebilang masa. Selain itu, waktu cuti sebenarnya adalah waktu rehat dan bersiap sedia untuk dipanggil bertugas pada sebilang masa. Penugasan biasanya bermula dengan latihan jasmani bermula jam 0630 dan diikuti dengan penugasan rutin harian, selain itu, setiap anggota tentera dikehendaki juga melaksanakan latihan seperti Latihan Jalan Laju dalam kawasan kem, Latihan Sirkit Halangan, Latihan Sukan dan Latihan Luar Pasukan.

Selain itu, bagi Program Meningkatkan Kemahiran Individu setiap anggota tentera perlu membuat Ujian Kelayakan dan Kemahiran Individu (UKKI) pada setiap tahun. Kegagalan dalam ujian ini menyebabkan anggota tentera akan hilang keistimewaan ataupun penurunan gred gaji ataupun tidak disokong kenaikkan pangkat. Antara latihan lain yang perlu dilakssanakan oleh anggota tentera adalah:

a. Latihan Kawad. Latihan kawad terutamanya kawad kaki, kawad senjata menggunakan steyr dan kawad pedang untuk pegawai.

b. Latihan Pengendalian Senjata. Latihan ini akan dilaksanakan secara berterusan oleh semua peringkat anggota bagi meningkatkan kemahiran menggunakan senjata persendirian.

c. Latihan Membaca Peta. Setiap anggota akan sentiasa didedahkan dengan kemahiran membaca peta. Latihan membaca peta boleh dilaksanakan semasa membuat latihan kembaraduga atau latihan ketenteraan di luar waktu kerja.

d. Latihan Pertolongan Cemas. Latihan ini akan dilaksanakan semasa latihan kebakaran atau kotingensi.

e. Latihan Perhubungan/Komunikasi. Latihan Perhubungan ditekankan kepada semua peringkat anggota. Skop latihan meliputi pemasangan dan pengendalian peralatan radio serta mengadakan perhubungan peralatan radio.

f. Latihan Membaling Granade. Latihan membaling granade akan diwajibkan kepada semua peringkat anggota pada setiap tahun agar sebagai peringatan tatacara pengendalian dan latihan membaling granade

g. Latihan Tempur Tanpa Senjata. Setiap peringkat anggota digalakkan untuk memperkasakan latihan TTS individu, latihan boleh dilaksanakan sekiranya mempunyai jurulatih dan tempat yang bersesuaian.

h. Sistem Latihan Tembak Tempur (SLTT) Latihan ini bertujuan untuk meningkatkan keupayaan anggota-anggota di dalam melaksanakan latihan

Page 6: Budaya Td Edit

di waktu siang dan malam.

Selain itu, setiap anggota tentera perlu mengikuti Program Ujian Ketahanan Fizikal dan Kemahiran Asas seperti:

a. Ujian Kecergasan Asas (UKA).

b. Ujian Kecergasan Tempur (UKT).

c. Ujian Jalan Laju (UJL).

Kerjaya

Bagi memastikan semua anggota tentera mempunyai kemajuaan kerjaya yang baik maka Program Pengurusan Kerjaya telah dibuat oleh pihak atasan. Antara keutamaan yang diberikan oleh pihak atasan adalah:

Kursus Kerjaya.

Perrancangan kursus kerjaya adalah setiap anggota yang layak dihantar menghadiri kursus kerjaya masing-masing. Keutamaan kursus akan diberi bagi memenuhi syarat untuk pangkat sebenar anggota yang masih berpangkat pangkuan. Selain itu, terdapat calon simpanan bagi setiap kursus sekirannya calon tetap menghadapi sebarang masalah. Amaran awal diberi sekurang-kurangnya satu bulan sebelum anggota menghadiri kursus. Selain itu, kelas bimbingan selama sebulan akan diberi kepada calon yang akan menghadiri kursus kerjaya. Setiap calon yang menghadiri kursus hendaklah lulus sepenuhnya dengan mendapat sekurang-kurangnya pengelasan C+.

Fokus pencalonan kursus kebiasaannya akan dimaklumkan kepada kor bagi penyelarsan keperluan semasa kor. Walau bagaimanapun calon yang disenarai tidak semestinya menghadiri kursus sekiranya didapati prestasinya menurun dan terdapat masalah displin. Selain itu, anggota-anggota yang layak juga akan menghadiri kursus-kursus fungsional (sampingan) bagi membolehkan anggota melaksanakan tugas-tugas utama dan tugas-tugas tambahan dengan lebih efektif dan efisien.

Peperiksaan Kenaikan Pangkat Pegawai.

Sesebuah pasukan mementingkan pencapaian individu dalam apa jua bidang. Justeru itu, pegawai-pegawai yang layak menduduki peperiksaan membuat persiapan sekurang-kurangnya empat bulan sebelum tarikh peperiksaan melalui bimbingan dan pengawasan rapi dari pihak atasan. Pegawai atasan akan dilantik sebagai mentor kepada pegawai yang akan mengambil peperiksaan kenaikan pangkat. Pegawai tersebut mestilah menyediakan nota-nota pembelajaran berpandukan skop dan subjek-subjek yang akan diuji secara teliti serta mengadakan ujian-ujian dan latihan-latihan sebagaimana peperiksaan sebenar. Nota-nota pembelajaran serta rancangan ujian dan amali hendaklah disiapkan satu bulan sebelum kursus bimbingan dilaksanakan dan dimajukan ke pihak

Page 7: Budaya Td Edit

atasan.

Selain itu, pasukan juga akan menyediakan Bimbingan Lembaga Kenaikan Pangkat Lain-lain Pangkat. Aspek ini hendaklah diselaraskan dan dilaksanakan oleh KSM, Ketua Kerani dan KKMS apabila wujud keperluan. Bimbingan ini hendaklah dilaksanakan sekurang-kurangnya 14 hari sebelum calon menghadiri lembaga.

Program Meningkat Keterampilan Peringkat Kepimpinan ‘Leadership Davelopment Programme’.

Program ini bertujuan untuk perkongsian Ilmu Ketenteraan kepada semua peringkat anggota. Aktiviti perkongsian ilmu ketenteraan tidak akan hanya terbatas kepada pegawai dan PTT Kanan sahaja malah Pasukan telah merancang sehingga ke peringkat PTT Rendah. Pasukan telah membuat perancangan untuk mengadakan Hari Pembelajaran Pasukan sebulan sekali. Hari pembelajaran ini melibatkan semua peringkat anggota Pasukan. Jadual serta topik-topik bagi pembelajaran akan dimaklumkan mengikut keadaan semasa.

Manakala, perkongsian Ilmu Pengetahuan Am adalah untuk mendedahkan kepada semua peringkat anggota berhubung dengan pengetahuan am dan semasa. Majlis ilmu ini akan terus dilaksanakan mengikut konsep guru sebagai murid dan murid sebagai guru. Penasihat-penasihat dan Presiden Wisma akan membuat perancangan agar aktiviti ini dapat dilaksanakan di wisma dalam sebulan sekali.

Hari Pengajian Pasukan pasukan juga diadakan mengikut perancangan wisma dan kelab. Setiap Pasukan kebiasaanya mengadakan sekurang-kurangnya 4 siri Hari Pengajian Peringkat Pasukan yang melibatkan semua peringkat anggota. Penekanan akan diberi kepada ilmu ketenteraan, kepimpinan, ancaman semasa dan motivasi. Tarikh serta tajuk akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

Bagi meningkatkan kemahiran menulis dan memupuk semangat membaca maka setiap pasukan turut mengambil bahagian dalam ‘Penulisan Esei’ diperingkat TD. Projek penulisan ini akan dilaksanakan secara berterusan pada setiap tahun.

Semua peringkat anggota di wajibkan untuk membaca Al Quran. Aktiviti ini dilaksanakan menerusi kuliah-kuliah agama yang dianjurkan ataupun melalui kursus-kursus pendek yang dianjurkan oleh ILMI. Latihan diperlukan kerana ianya perkara fardu ain dan sebahagian daripada aktiviti untuk menbolehan pegawai dan anggota menyertai pertandingan musabaqah yang sering dianjurkan diperingkat TD.

Plan Kontinjensi bertujuan untuk memastikan setiap peringkat anggota bersiap sedia sebilang masa. Latihan akan diadakan sekurang-kurangnya diadakan satu kali dalam masa dua bulan sebagai raptai dan ujian terhadap Pelan Kontinjensi. Ujian ini dilaksanakan bagi mengenalpasti tahap kesiapsiagaan semua peringkat anggota serta keberkesanan Pasukan ini.

Page 8: Budaya Td Edit

Bagi mencegah kebakaran, pasukan juga akan mengadakan Latihan Mencegah Kebakaran. Latihan ini diadakan sekali dalam masa sebulan dan akan diselaraskan oleh Pegawai Bomba Pasukan. Raptai kebakaran perlu dilaksanakan bagi mengenalpasti tahap kesiapsiagaan semua peringkat anggota serta keberkesanan arahan kecemasan yang dikeluarkan. Sehubungan dengan itu, Pegawai Bomba Pasukan diarahkan supaya menerangkan kepada semua peringkat anggota tindakan-tindakan yang perlu diambil bagi meningkatkan perancangan dan persiapan latihan kebakaran. Hubungan yang erat juga perlu diadakan dengan bomba awam dan pasukan sahabat.

Aktiviti Sukan.

Aktiviti sukan diadakan untuk meningkatkan tahap kecergasan jasmani, membentuk disiplin yang tinggi, menanam sifat berani, membina semangat setiakawan melalui pelbagai aktiviti sukan di peringkat Pasukan dan kompeni serta menjalinkan hubungan baik dengan masyarakat tempatan. Pertandingan akan bermula dari peringkat Platun, Kompeni, Batalion, Briged, Divisyen dan TD. Semua jenis sukan utam dinegara ini akan dipertandingkan. Bagi menjaga imej TD, setiap Kor mempunyai sukan pilihan tertentu.

Pengurusan Sukan Pasukan akan melibatkan pegawai-pegawai sukan yang dilantik hendaklah memainkan peranan masing-masing mengikut bidang sukan yang dipertanggungjawabkan. Mereka akan memajukan taklimat perancangan aktiviti sukan dan pelan tindakan masing-masing mengikut jenis sukan yang dipertanggungjawabkan seminggu sebelum pertandingan untuk semakan sebelum mendapat kelulusan untuk melaksanakan aktiviti berkenaan. Pegawai sukan yang terbabit dengan aktiviti sukan yang dipertanggungjawabkan perlu membuat koordinasi dengan pasukan lain dari segi keperluan yang digariskan dan memajukan laporan dan maklumbalas selepas tamat pertandingan sukan.

Sistem Pemerintahan Rejimental

Istilah ’Rejimen’ bermaksud melakukan sesuatu tindakan dengan prosedur yang ditetapkan untuk dijadikan satu cara hidup. SPR bererti setiap penugasan, aktiviti dan tindakan ketenteraan hendaklah dilaksanakan berdasarkan sesuatu prosedur atau tradisi yang telah ditetapkan suapaya ianya kelihatan kemas, teratur dan berdisiplin.

Perwatakan seseorang anggota tentera adalah bebas dari kejahatan dan dipandang mulia oleh masyarakat. Ianya hendaklah mencerminkan ciri-ciri dedikasi, jujur, ihklas murni dan cemerlang.

Seseorang Pegawai Tentera biasanya menjadi teladan dan ikutan kepada anggota bawahan. Sikap dan dan keperihatinan kepada anggota bawahannya harus selari dengan perjawatan yang dipeganng. Pegawai Tentera akan mempamerkan etika, sikap dan perwatakan yang terpuji dan menjadi contoh kepada anggota bawahannya.

Bagi anggota Lain-Lain Pangkat pula pula, perlu mempunyai perwatakkan

Page 9: Budaya Td Edit

berdasarkan prinsip taat setia dan jujur dalam semua perkara. Mereka harus akur dan patuh dengan arahan sah yang diberikan dari masa ke semasa. Arahan yang diterima perlu dilaksanakan tanpa perasaan was-was atau syak wasangka. Kesetiaan yang ditunjukkan mestilah tidak mengira masa dan tempat dan rela berkorban demi senmangat berpasukan.

Paling mustahak bagi pemikiran setaip anggota tenetar adalah ’sikap’ setiap individu terhadap tugas yang diamanahkan kepada mereka. Mereka seharusnya mempunyai pemikiran yang positif untuk melaksanakan setiap arahan yang diberikan dengan menggunakan dya inisitef yang tinggi dan terpuji. Mereka yang mempunayi sikap berbelah bahagi dan menjadi ”passengger” hendaklah meninggalkan profesion ini dan mencari pekerjaan lain yang lebih sesuai dengan sikap mereka.

Disiplin

Nilai disiplin yang tinggi boleh membentuk sikap anggota untuk mentaati semua arahan dan perintah yang diberikan dengan rela hati serta tidak cuai semasa menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan. Kemerosotan disiplin boleh berlaku apabila anggota tentera melakukan kesalahan dalam perkhidmatan dan juga kesalahan awam. Telah menjadi budaya tentera untuk mengenakan hukuman yang berat di tempat tahanan tentera. Sekirannya dijatuhkan hukuman penjara walauopun seari maka anggota tersebut akan diberhentikan dengan keji.

Bagi mengatasi masalah disiplin, pihak tentera biasanya akan menekankan faktor moral dan kebajikan dalam semua aspek. Pegawai atasan akan memberikan kepausan, keselesaan, keselamatan serta kemudahan kepada anggota bawahan agar mereka gembira berada di dalam kem.

Selain itu, sesi dialog, komunikasi dua hala, program kenbajikan, keagamaan dan kesetiakawan adalah menjadi teras dalam perkhidmatan. Semua aktiviti ini dirancang mengikut kesesuai masa bagi semua peringkat anggota.

Pergaulan

Pergaulan setiap peringkat anggota adalah amat ditikberatkan dalam apa-apa jua majlis atau semasa bekerja. Pegawai-pegawai muda sentiasa berada disisi anggotanya bagai sebuah kelaurga dan ada ketikanya tiada kerahsiaan antara mereka. Namum begitu, pergaulan ini ada batasannya pad asetisap saat.

Tatasusila

Tatasusila ketenteraan adalah ukuran tahap moral yang perlu ada pada semua peringkat anggota. Akkhlak dan moral yang tingi amat diperlukan dengan cara memupuk nilai –nilai keagamaan kedalam semua aspek pemerintahan dan pengurusan. Moral yang tinggi akan menyebabkan seseorang anggota tentera menyanjung tinggi pekerjaan mereka dan menjauhkan mereka dari pelanggaran tatatertib.

Page 10: Budaya Td Edit

Adat Resam

Setiap Kor dalam TD mempunyai adat resamnya tersendiri yang sentiasa dijaga dan diperturunkan pada setiap lapisan masyarakat. Namun begitu,adat asas dalam TD adalah aktiviti wisma. Setiap kumpulan pangkat mempunyai wisma tersendiri seperti Prebet dipanggil Kelab Perajurit, Lans Kopreal dan Kopral dipanggil Kelab Petanda, Sarjan hingga Pegawai Waren 1 dipanggil Wisma Bintara dan Pegawai dipanggil Wisma Perwira. Perbezaan Kelab dan Wisma adalah perbezaan aktiviti dan peraturan. Aktiviti wisma yang biasa dijalankan oleh TD adalah acara Dining In dan Dining Out, Mess Night, Ladies Night, Dinner, Pot Luck, Hari Lahir, Majlis Bersanding, Happy Hour dan pelbagai aktiviti sempena hari penting negara dan agama.

Upaca makan beradat adalah upacara yang perlu mengikut tradisi tentera British ketibaan, free dinner drink, melapor sajian, doa kesyukuran, minum ucap selamat, ucapan, pemyampaina hadiah, Makan Beradata, Persembahan, Bersurai. Presiden Wisma adalah pangkat yang tertinggi didalam aktiviti wisma. Beliau akan menentukan perjalanan aktiviti wisma dari awal hingga akhir.

Aktivti Rejimental

Perbarisan Masuk Kerja adalah aktiviti tertua dalam TD. Aktiviti ini adalah untuk menentyukan semua anggota mengcukupi, berpakaian kemas dan bersih, keterampilan diri kemas, penyampaian maklumat semasa dan untuk mendapatkan maklumat semasa anggota.

Selain itu, pegawai atasan biasanya akan membuat pemeriksaan harian ke bilik bujang bagi memastikan bilik bujang sentiasa bersih dan selamat. Selain itu untuk memastikan lay out bilik, almari dan katil anggota bujang mengikut prosedur yang ditetapkan. Lawatan mingguan akan dilakukan sekali seinggu dengan anggota bujang bernaris di tepi katil masing-masing. Pemeriksaan menyeluruh dibuat terhadap pakain dan peralatan anggota. Aspek utama adalah kebersihan dan kekemasan diri, peralatan bilik bujang. Barang-barang larangan adalah tidak dibenarkan disimpan didalam bilik bujang. Sekiranya keadaan bilik bujang tidak memuaskan, mereka akan diarahkan untuk membuat kit inspection di padang atau ditengah jalan.

Berkawad

Kawad ataupun perbarisan merupakan keperluan asas dalam kehidupan tentera kerana ianya membentuk disiplin melalui proses keseragaman dalam semua aspek pergerkan dan kekemasan pakaian. Pergerakan kawad yang sempurna, kemas dan teratur akan melambangkan disiplin yang tinggi. Mengikut tradisi tentera kawad tidak dihadkan kepada perbarisan formal sahaja tetapi meliputi semua pergerakan di dalam kem. Kawad adalah satu budaya kepada seluruh warga tentera di dunia ini. Antara aktiviti kawad atau perbarisan yang sentiasa diadakan adalah perbarisan SMR dan Perbarisan Ajutan yang dibuat setiap tiga bulan sekali. Perbarisan Pegawai Memerintah dua kali setahun dan perbarisan panji-panji sekali dalam masa 2 bulan. Semasa perbarisan, aktiviti lain yang

Page 11: Budaya Td Edit

dilaksanakan adalah menyanyi lagu Negara ku, Lagu TD dan lagu kor masing-masing. Selain itu, ucapan dan amanat dari Pegawai Tabik Hormat akan disampaikan. Aktiviti kawad yang lain adalah seperti Perbarisan Ketua Kompenai, Perbarisan Ketua Platyun, Perbarisan KSM, Perbarisan Gotong Royong, Perbarisan Latihan Jasmani, Perbarisan Balik, Perbarisan Sebelum Makan Tengahar, Perbarisan Solat Jumaat, Pernarisan Sukan, Perbarisan Pengawal, Perbarisan Turus dan Roll Call.

Budaya Agama dalam TD

Agama terbesar dalam TD adalah agama Islam, justeru itu kebanyakan aktiviti adalah berdasarkan agama Islam. Namum begitu, kebebasan beragama tidak disekat. Pemerintah Atasan membenarkan dan memberi kelonggaran pada setisp agama untuk melakukan ibadat mereka. Program keagamaan adlah untuk memupuk kerohanian yang yang tinggi pada warga TD. Aktiviti biasa yang dilaksanakan adalah seperti Sembahyang Zohor secara berjemaah, kuliah Maghrib dan solat jumaat. Aktiviti lain pula adalah seperti ceramah agama, bacaan Surah Yassin, Tahlil, Tazkirah, Sembahyang Hajat dan kelas Fardhu Ain . Aktiviti keagamaan yang lain yang diselaraskan oleh Pegawai Agama Pasukan adalah melibatkan Khemah Ibadat, Kursus Kekeluargaan dan Perkahwinan Islam, Majlis Tadarus dan Khatam Quran (Bulan Ramadan) dan Qiamulail/Kuliah Subuh. Sambutan acara-acara Hari Kebesaran Islam akan diadakan seperti Israk Mikraj, Nisfu Syaaban, Maal Hijrah dan Maulidur Rasul turut diadakan.

DOKUMENTASI

Budaya kekemasan dan suusn atur dalam sisitem dokumentasi tentera adalah yang terbaik didunia ini. Ini kerana sistem dokumentasi tentera diselia oleh setiap peringkat anggota mengikut darjah kepentingan dokumen tersebut. Bagi memastikan sistem dokumentasi berjalan baik maka Pegawai Rekod dan Ketua kerani bertanggungjawab terhadap pengurusan dokumentasi. Adalah menjadi budaya TD, semua rekod disimpan oleh Pegawai Rekod dan Ketua Kerani. Mereka bertanggung jawab untuk menentukan semua surat dan dokumen mestilah dibuat sistem failing yang betul mengikut no fail yang telah ditetapkan. Failing semua surat menyurat hendaklah dibuat dalam masa 72 jam selepas penerimaan kecuali surat tersebut diperlukan oleh sesuatu pihak. Folio fail mestilah kemas dan mengikut sistem yang dipelajari. Penjagan fail dari kerosakan atau kemusnahan perlulah sentiasa dititik beratkan sebilang masa.

Selain itu, budaya menyimpan rekod sebagai sebahagian sejarah juga menjadi budaya dalam TD. Archives mestilah sentiasa dikemaskini sebilang masa, semua dokumen atau surat menyurat yang mempunyai nilai tertentu dan boleh dijadikan bahan rujukan perlulah disimpan di dalam archives. Semua archives mestilah mengikut turutan bilangan dan dalam keadaan asal penerbitan. Ketua Kerani bertanggungjawab secara terus menguruskan, menyimpan dan memastikan archives sentiasa diklemas kini dan disimpan dengan selamat. Sebarang pimjaman archives mestilah dibuat permohonan melalui Ketua Kerani dan mendapat kelulusan Comandan.

Page 12: Budaya Td Edit

Sebagai seorang anggota tentera yang baik, mereka perlu patuh kepada perintah tetap. Kepatuhan kepada Perintah Tetap telah menjadi budaya tentera sejak turun temurun lagi. . Semua peringkat anggota dikehendaki mematuhi Perintah Tetap yang telah dikeluarkan. Ajutan dikehendaki mempamerkan semua Perintah Tetap di semua tempat yang sepatutnya dalam keadaan baik dan boleh dilihat serta dibaca oleh setiap peringkat anggota. Perintah tetap hendaklah dikaji setahun sekali dan diperbaharui sekiranya telah rosak atau usang serta dibuat pengantian sekiranya bertukar Komandan.

Dokumentasi Anggota. Kerani Dokumen Pegawai dan Anggota bertanggungjawab menentukan semua maklumat anggota sentiasa dikemas kini dan diambil tindakan dalam tempoh 24 jam selepas menerima maklumat berkenaan anggota tersebut. Semakan dokumen perlu dibuat setiap akhir bulan bagi memastikan tiada maklumat anggota yang tertinggal atau tidak dimajukan lepada pihak atasan.

Budaya Pakaian

Semua anggota Tentera Darat mempunyai sepuloh jenis pakaian bermula dari pakaian No 1 hinggalah Pakai No 10. Terdapat sebanyak 7 jenis kasut dan 5 jenis pakaian kepala. Bagi tali pinggang dan stokin pula terdapat 3 jenis yang berlainan. Semua pakaian dan peralatan ini dilengkapi dengan peralatan kecil yang lain seperti butang baju, pangkat kain dan emas dan sebagainya.

Semua pakaian dan peralatan ini adalah diisu oleh Tentara Darat dimana semua peringkat anggota perlu menjaganya dengan sebaik mungkin. Kecuaian penjagaan peralatan ini boleh dikenakan tindakan tatatertib.

Setiap 18 bulan, pihak atasan tentera akan membuat Pemeriksaan Tadbir tahunan untuk memastikan semua pakaian dan peralatan ini mengcukupi dan berada dalam keadaan baik. Berbagai cara digunakan untuk menjaga semua peralatan ini. Semua anggota tentera mesti kelihatan bersih dan kemas sebilang masa. Tindakan tatatertib akan digunakan bagi mereka yang menyalah gunakan peralatan ini.

Budaya Latihan

Seseorang anggota tentera itu memerlukan keterampilan dan kecermerlangan dalam setiap lapangan bagi menjadikannya seorang tentera sejati. Adalah menjadi budaya kepada tentera untuk bergelar seorang tentera yang terlatih dengan mempunyai kemahiran dalam latihan dan juga pengurusan semasa. Justeru itu, seseorang anggota tentera perlu menerima latihan berlandaskan kepada Sistem Latihan Tentera Darat (SLTD), Army Training And Evaluation Programme (ARTEP), PROTAP serta Doktrin yang dikeluarkan oleh MK Latihan TD. Selain dari rujukan tersebut, kelemahan-kelemahan yang telah dikenal pasti dalam tahun 2007 yang melibatkan aspek latihan individu dan latihan kelompok turut diberi perhatian agar ianya tidak berulang lagi dalam tahun ini.

Pendekatan latihan individu adalah untuk mempertingkatkan keupayaan fizikal,

Page 13: Budaya Td Edit

mental serta menambah ilmu pengetahuan bagi menentukan Pasukan memiliki anggota yang berkeyakinan, cekap serta berkualiti sebelum bergelar ‘Professional Soldier’ dengan ertikata yang sebenarnya. Oleh yang demikian, membudayakan konsep “Learning Organization” serta mempertingkatkan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) akan diteruskan. Aspek ketrampilan di peringkat kepimpinan pula akan ditingkatkan melalui ‘Leadership Development Programme’ terutama bagi pegawai dan PTT Kanan secara pembelajaran ilmiah semasa hari-hari pengajian ketenteraan serta majlis-majlis ilmu yang dianjurkan oleh Pasukan. Di dalam masa yang sama juga skil penulisan dan ‘public speaking’ akan turut diberi penekanan kepada semua peringkat anggota. Dari segi kursus pula, anggota-anggota yang akan menghadiri kursus kerjaya di kehendaki menjalani sesi persiapan selama sebulan bagi menentukan mereka mencapai keputusan yang cemerlang dan secara tidak langsung meningkatkan kerjaya individu ke tahap yang lebih tinggi.

Pelaksanaan latihan kelompok pula akan menitikberatkan kepada kemahiran di semua peringkat anggota dan pemimpin untuk berkerja dalam satu kumpulan agar menjadi satu kelompok yang seimbang, kredibel serta berkewibawaan tinggi dalam menlaksanakan sesuatu misi yang diberi. Sehubungan itu, pemerintahan dan kawalan, pengurusan sumber manusia dan pengurusan logistik akan diberi penekanan dalam melaksanakan latihan. Latihan kolektif akan difokuskan kepada latihan tempur seperti merenpuh halangan, latihan berkumpulan dan aktiviti raidah berbentuk ketenteraan yang melibatkan kumpulan-kumpulan kecil termasuk Rancangan Kontinjensi dan tumpangan latihan dengan pasukan luar.

Bagi menentukan ianya berterusan, komitmen dan pengorbanan dari semua peringkat anggota adalah dituntut. Perkara berikut perlu diberi penekanan agar objektif yang digariskan dapat dicapai.

a. Patuh pada arahan dan perintah pemimpin atasan.

b. Melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan jujur serta ikhlas.

c. Berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran individu.

d. Berkerjasama dalam satu kumpulan.

e. Sentiasa berdisplin tinggi dan menghormati di antara satu sama lain.

f. Patuh pada ajaran agama dan sentiasa menjaga kesihatan diri.

Setiap pasukan biasanya mempunyai Objektif latihan tertentu seperti berikut:

a. Mempertingkatkan ilmu pengetahuan (knowledge) dan kemahiran (skills) bagi menghasilkan individu yang terlatih sejajar dengan pangkat dan jawatan yang disandang.

Page 14: Budaya Td Edit

b. Mempertingkan keupayaan dan kemahiran individu dalam semua aspek latihan yang dijalankan.

c. Mempertingkatkan daya kecergasan fizikal individu dan semangat daya saing.

d. Mempertingkatkan semangat setiakawan dan jatidiri di kalangan warga Pasukan.

e. Mempertingkatkan pengetahuan dan keupayaan untuk melaksanakan latihan fizikal dan rohani.

g. Mempertingkatkan pencapaian sukan di kalangan anggota-anggota Pasukan kearah berdaya saing dan berdaya juang dalam semua bentuk sukan yang dipertandingkan.

h. Meningkatkan kualiti pengurusan sumber manusia serta keupayaan bantuan logistik dalam semua peringkat.

Konsep Latihan

Rancangan latihan Pasukan memerlukan semua peringkat pemimpin merancang serta melaksanakan aktiviti-aktiviti latihan secara terancang, sistematik dan berkualiti dengan menumpukan latihan individu dan kelompok. Keperluan latihan yang di rangka berasaskan kepada kesesuian tugas dan masa supaya latihan individu di semua peringkat dapat dibentuk dan diperlengkapkan dengan maksimun serta berkualiti berasaskan PROTAP, ARTEP berlandaskan arahan semasa.

Proses ini dilaksanakan dengan mengamalkan falsafah 'Latihan Adalah Kebajikan' yang menekankan kepada perancangan dan pelaksanaan latihan untuk mencapai objektif dan matlamat yang berkualiti. Setiap peringkat pemimpin mampu untuk mengukur keberkesanan dan pencapaian sebenar setiap anggota dibawah tanggungjawabnya. Seterusnya kelemahan-kelemahan yang dikenalpasti perlu dibincangkan dan proses penambahan baik yang lebih berkesan perlu digariskan untuk meningkatkan kualiti latihan dan individu di masa hadapan.

Latihan individu dan kelompok akan terus diberi penekanan secara berterusan dengan memberi keutamaan kepada sistem latihan dan sumber-sumber yang sedia ada di peringkat Pasukan. Semua pemimpin mestilah mampu melaksanakan latihan secara efektif dengan menggunakan aset-aset dan lojistik yang diperuntukkan kepada Pasukan di dalam pelbagai keadaan dan setiap masa. Keperluan latihan individu lebih menekankan kepada perintah dan kawalan, kemahiran pengurusan, pengurusan pentadbiran dan logistik bermula di Cawangan dan Bahagian. Di peringkat Pasukan, selain menumpukan kepada latihan individu dan kelompok, tumpuan juga akan diberikan kepada latihan berbentuk syarahan seperti hari pengajian atau syarahan oleh penceramah jemputan.

Page 15: Budaya Td Edit

Penekanan latihan individu melalui “Leadership Development Programme” di kalangan pegawai-pegawai dan PTT kanan melalui hari pengajian adalah wajar sebagai memenuhi keperluan tugas dan tanggungjawab masing-masing. Rangka latihan ini juga akan diwujudkan bagi mempertingkatkan ketahanan fizikal serta kemahiran asas seseorang anggota tentera itu agar ianya dapat melaksanakan tugas dengan lebih berkesan, kearah pembentukan sebagai ‘Professional Soldier’.

Program peningkatan moral dan disiplin anggota akan diteruskan melalui aktiviti-aktiviti yang berunsurkan keagamaan, sukan, riadah serta majlis-majlis di wisma. Ia dirancang mengikut keperluan semasa.

Kesinambungan hubungan baik dengan pihak berkuasa awam dan masyarakat tempatan akan dikekalkan melalui lawatan, kerja sosial serta aktiviti-aktiviti yang dirancang melalui pertandingan sukan, penerimaan lawatan, bantuan tenaga kerja dan lojistik kepada pihak awam serta lain-lain lagi.

Proses Perkahwinan

Apabila seseorang wanita berkahwin dengan seseorang anggota tentera, maka wanita itu telah menjadi sebahagian daripada tentera. Permulaan penglibatan wanita tersebut dengan anggota tentera bermula dari permohonan bernikah. Permohonan berkahwin mestilah menggunakan borang format tentera yang biasanya diterima pakai oleh Najlis Agama Islam. Setelah Pegawai Memerintah meneliti borang tersebut maka anggota tentera tersebut akan dipanggil untuk ditemuduga bagi mendapatkan maklumat lanjut dan juga pasangan dan keluargaanya. Ada masanya, pasangannya juga akan dipanggil untuk ditemuduga sekiranya terdapat keraguan semasa temuduga anggota tentera tersebut. Setelah Pegawai Pemerintah berpuas hati dengan maklumat yang diperolehi seperti telah memenuhi sebahagian kursus perkhidmatan, gaji yang mengcukupi, persetujuaan kedua-dua belah pihak, kesihatan dan perundangan maka Pegawai Pemerintah akan melulus permohonan yang dibuat oleh anggota tentera tersebut.

Anggota tentera kemudianya akan dipanggil oleh Guru Agama Pasukan untuk sekali lagi ditemuduga bagi kelulusan perkahwinan. Guru Agama Pasukan akan memastikan bahawa anggota tentera tersebut telah memenuhi semua syarat-syarat yang ditetapkan oleh perkhidmatan dan awam.

Anggota tentera tersebut juga mesti memohon sebuah rumah keluarga dan juga perabut sebelum majlis pernikahannya. Bagi anggota yang tidak mendapat rumah keluarga, pihak tentera biasanya memerlukan lokasi rumah yang disewa oleh anggota tersebut. Majlis Perkahwinan

Seseorang anggota Lain-Lain Pangkat kebiasaanya akan mendapat cuti selama sebulan dan dua minggu bagi Pegawai. Namum begitu, terdapat juga cuti perkahwinan hanya diluluskan selama dua minggu bagi anggota Lain-Lain Pangkat dan Seminggu bagi Pegawai.

Page 16: Budaya Td Edit

Majlis pernikahan biasanya dijalankan tanpa sebarang gangguan dari pihak tentera. Hanya beberapa rakan sahaja yang dijemput akan hadir. Majlis perkahwinan yang dijalankan oleh anggota tentera bagi Lain-Lain Pangkat dan Pegawai terdapat sedikit perbezaan. Bagi anggota Lain-Lain Pangkat kebiasaannya majlis perkahwinan mereka tidak beberapa di ambil kisah oleh pihak tentera. Namun begitu, segala keperluaan untuk perkahwinan seperti khemah, kerusi meja dan sumber tenaga akan diberikan sekiranya di perlukan. Biasanya pasukan akan membuat kutipan dari semua peringkat anggota bagi membeli hadiah perkahwinan yang akan dibawa oleh Pegawai Memerintah atau Rejimen Sarjan Mejar.

Majlis perkahwinan Pegawai Tentera terdapat beberapa adat dan budaya yang telah lama dikekalkan oleh Pegawai Tentara Darat. Bermula dari majlis pernikahan, Pegawai tersebut akan diberikan seorang pembantu bagi menguruskannya sehingga selesai majlis perkahwinan. Pegawai tersebut menjadi Laison Officer di antara pengantin dan juga pasukannya. Majlisnya perkahwinannya biasanya bermula dengan perarakan beg pipe menggunakan pakaian istiadat di iringi oleh pasangan masing-masing melalui sword barrer. Kuantiti sword men mengikut kepada pangkat pegawai tersebut. Perarakan ini biasanya diiringi oleh anggota dan pegawai tentera bersama keluarga sehingga kejinjang pelamin.

Majlis persandingan biasanya akanmenjadi sebagai majlis tentera. Pegawai Tertinggi tentera akan mendahului merenjis air mawar dan diikuti kaum keluarga. Namun begitu ianya bergantung kepada personaliti seseorang Pegawai tersebut. Majlis makan beradat biasanya Pegawai Tertinggi dan isteri akan berada disebelah pengantin. Majlis biasanya berakhir selepas kepulangan Pegawai tertinggi.

Selepas tamat bercuti, anggota tentera dan pasangan akan dipanggil temuduga bagi memaklumkan kepada pasangan tersebut berkenaan bebanan dan tanggungjawab yang perlu dilakukanya setelah menjadi isteri anggota tentera.

Kelahiran

Kelahiran pertama anak kepada anggota tentera biasanya amat dinanti-nantikan. Pasukan akan memberi hadiah dan membuat lawatan bersama keluarga kepada anggota yang melahirkan cahaya mata. Bagi pegawai tentera, mereka perlu menghadiahkan cerut atau coklet kepada pegawai lain semasa kelahiran anak mereka.

Kebiasaannya, Pegawai Memerintah akan bertanya apakah nama anak yang ingin diberikan, ada masanya Pegawai Memerintah akan mencadangkan beberapa nama yang baik untuk anak anggota tentera tersebut.

Penyertaan Isteri Dalam Persatuan

Sebagai seorang isteri kepada anggota tentera, mereka secara tidak langsung

Page 17: Budaya Td Edit

telah menjadi sebahagian daripada organisasi tentera. Sebahagian daripada aktiviti ketenteraan itu melibatkan juga isteri anggota tentera. Isteri anggota tentera diwajibkan untuk menyertai Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera yang dimkenali sebagai BAKAT. BAKAT merupakan sebuah persatuan untuk isteri-isteri anggota tentera bagi menjaga kebajikan mereka. Seorang pegawai tentera terlibat secara terus sebagai Penasihat BAKAT di setiap pasukan. Tujuan asal BAKAT ditubuhkan adalah untuk menjaga kebajikan isteri dan anak-anak tentera semasa ketiadaan suami yang pergi bertugas. Namun begitu, penyertaan isteri dalam BAKAT pada hari ini telah menjadi sebahagian dari syarat kenaikan pangkat suami mereka.

Selain itu, BAKAT bertujuan untuk mengeratkan perhubungan di antara semua ahli bakat inspeka khususnya isteri Lain-Lain Pangkat dan Pegawai akan lebih erat seperti sebuah keluarga yang harmoni. Komitmen dan kerjasama yang adalah amat diperlukan u ntuk mengeratkan silaturrahim agar ahli dapat mengenali antara satu sama lain bagi mengeratkan silaturrahim dan semangat kekeluargaan. Perhubungan ini boleh diteruskan diluar aktiviti bakat dengan cara kunjung-mengunjungi pada masa-masa tertentu diantara satu sama lain. selain itu, setiap ahli akan dapat mengenali kaum keluarga masing-masing dan saling berbincang berkenaan isu-isu semasa untuk kebaikan bersama. saya dan isteri percaya ada di antara ahli bakat yang telah mengenali di antara satu sama lain terlebih dahulu sebelum ini.

Menitik beratkan kebajikan ahli agar ahli meluahkan sebarang masalah berkenaan keluarga ataupun rumahtangga, mendapat bantuan kebajikan secara segera bolehlah memaklumkan keperluan kepada ajk kebajikan yang akan dilantik nanti.

Pendokong keluarg adalah sebagai penyokong kepada suami yang menjadi tulang belakang sesebuah keluarga. dengan ilmu pengetahuan yang diperolehi dan sikap penyayang kepada keluarga, saya percaya kebahgiaan dalam rumah tangga akan dapat dikekalkan. jadikan aktiviti bakat ini sebagai landasan untuk meraihkan seberapa banyak ilmu pengetahuan dan pengalaman untuk membina keluarga yang bahagia. disini juga, puan-puan boleh mengunakan rakan-rakan disekeliling untuk berbincang menyelesaikan masalah keluarga bagi memantapkan mahligai yang puan-puan bena selama ini

Penyertaan ahli BAKAT adalah merupakan kehendak perkhidmatan dimana aktiviti BAKAT yang mendapat pegiktirafan dari pada angkatan tentera. bagi isteri yang aktif BAKAT, maka peluang suaminya untuk dinaikkan pangkat menjadi lebih cerah. ini bertujuan sebagai dorongan kepada suami isteri untuk menghidupkan BAKAT. Hanya ini balasan yang dapat diberikan oleh perkhidmatan untuk mereka yang aktif dalam bakat.

Kesimpulan

Page 18: Budaya Td Edit

Budaya dan nilai TD kebiasannya menjadi ikutan sebahagian dari perkhdmatan awam yang lain kerana keberkesanan kepada jiwa dan rohani seseorang. Memahami budaya dan nilai dalam TD..... tolong bvuat dalam 2 perengan, tq