Bukit Tengkok, Semporna, Sabah

21
Bukit Tengkok, Semporna, Sabah : Misteri Di Sebalik Nama PENGENALAN Sabah merupakan negeri kedua terbesar di Malaysia dengan keluasan 73 619km 2. Negeri yang terkenal dengan jolokan Negeri di Bawah Bayu ini dikelilingi oleh laut dari tiga arah dengan Laut Cina Selatan di sebelah Barat, Laut Sulu di sebelah Timur dan Laut Sulawesi di sebelah Selatan. Negeri Sabah dapat dibahagikan kepada lima bahagian iaitu Tawau, Sandakan, Kudat, Pantai Barat dan Pendalaman. Daerah Semporna yang dikenali dengan Pintu Gerbang 40 Buah Pulau ini terangkum di dalam bahagian Tawau dengan keluasan 1145km 2 atau 1.6% dari keluasan Sabah. Semporna terletak di bahagian Tenggara menghadap Laut Sulu di antara garis bujur 4 0 -5 0 utara dan terletak pada garis lintang 118 0 -119 0 timur. (Norahim Alison, (1999) : hal 15). Pulau-pulau di Semporna dan sekitar perairannya adalah antara kawasan yang tercantik di Asia dan kaya dengan kepelbagaian jenis hidupan marinnya. Etnik Bajau dan Suluk merupakan suku kaum yang mendominasi kawasan ini. Asal usul kedua-dua etnik ini sebenarnya berasal daripada selatan Filipina. Justeru majoriti kaum ini sememangnya mempunyai hubungan yang rapat dari segi budaya dan sejarah dengan masyarat Bajau dan Suluk di Filipina. (Gerald Cubitt & Junaidi Payne, (2007), hal.199). Daerah Semporna mempunyai keluasan 442 batu persegi atau 113,412 hektar (282,880 ekar) dan terbahagi kepada dua kawasan iaitu Tanah Besar Semporna dan Kawasan Pulau yang dikenali sebagai Gugusan Pulau Bum-Bum. Daerah Semporna berhampiran dengan sempadan perairan antarabangsa iaitu Filipina dan Indonesia. Keindahan alam semulajadi dasar lautnya yang sebahagian dari pulau-pulaunya dikeliling oleh terumbu karang telah menjadikan destinasi pelancongan yang terunggul di rantau ini. (Buku Regatta Lepa, Sejarah Daerah Semporna, 23-25 1

description

CONTOH KERJA KIRSUS SEJARAH PBS TINGKATAN 6

Transcript of Bukit Tengkok, Semporna, Sabah

Page 1: Bukit Tengkok, Semporna, Sabah

Bukit Tengkok, Semporna, Sabah : Misteri Di Sebalik Nama

PENGENALAN

Sabah merupakan negeri kedua terbesar di Malaysia dengan keluasan 73 619km2. Negeri yang

terkenal dengan jolokan Negeri di Bawah Bayu ini dikelilingi oleh laut dari tiga arah dengan Laut Cina

Selatan di sebelah Barat, Laut Sulu di sebelah Timur dan Laut Sulawesi di sebelah Selatan. Negeri Sabah

dapat dibahagikan kepada lima bahagian iaitu Tawau, Sandakan, Kudat, Pantai Barat dan Pendalaman.

Daerah Semporna yang dikenali dengan “Pintu Gerbang 40 Buah Pulau” ini terangkum di dalam bahagian

Tawau dengan keluasan 1145km2 atau 1.6% dari keluasan Sabah. Semporna terletak di bahagian

Tenggara menghadap Laut Sulu di antara garis bujur 40-50 utara dan terletak pada garis lintang 1180-1190

timur. (Norahim Alison, (1999) : hal 15). Pulau-pulau di Semporna dan sekitar perairannya adalah antara

kawasan yang tercantik di Asia dan kaya dengan kepelbagaian jenis hidupan marinnya. Etnik Bajau dan

Suluk merupakan suku kaum yang mendominasi kawasan ini. Asal usul kedua-dua etnik ini sebenarnya

berasal daripada selatan Filipina. Justeru majoriti kaum ini sememangnya mempunyai hubungan yang

rapat dari segi budaya dan sejarah dengan masyarat Bajau dan Suluk di Filipina. (Gerald Cubitt &

Junaidi Payne, (2007), hal.199).

Daerah Semporna mempunyai keluasan 442 batu persegi atau 113,412 hektar (282,880 ekar) dan

terbahagi kepada dua kawasan iaitu Tanah Besar Semporna dan Kawasan Pulau yang dikenali sebagai

Gugusan Pulau Bum-Bum. Daerah Semporna berhampiran dengan sempadan perairan antarabangsa iaitu

Filipina dan Indonesia. Keindahan alam semulajadi dasar lautnya yang sebahagian dari pulau-pulaunya

dikeliling oleh terumbu karang telah menjadikan destinasi pelancongan yang terunggul di rantau ini.

(Buku Regatta Lepa, Sejarah Daerah Semporna, 23-25 April 2010). Lebih-lebih lagi di sinilah

terletaknya Pulau Sipadan dan Pulau Mabul iaitu dua pulau yang dianggap sebagai antara pulau tercantik

di dunia.

Secara geografi, Semporna adalah sebuah pulau yang terbesar dan dihubungkan dengan Tanah

Besar melalui Jambatan Pegagau. Mantan Ketua Menteri Sabah, Datuk Peter Lo telah merasmikan

pembukaan jambatan tersebut pada awal tahun 1965. Kebanyakan orang tidak mengetahui sebutan yang

1

Page 2: Bukit Tengkok, Semporna, Sabah

betul bagi nama Semporna iaitu ‘Sampulna’ yang disebur mengikut dialek kaum Bajau tempatan. Begitu

juga dengan nama-nama pulau seperti Sibuan disebut ‘Sibuun’, Sipadan disebut ‘Sipran’, Mabul disebut

‘Mabbul’ dan lain-lain Temubual bersama En. Amir Basan Asan, 03 September 2011).

Kedudukannya berhampiran dengan negara Filipina dan Indonesia. Oleh hal yang demikian, tidak

hairanlah sekiranya penduduk di sini mudah bertutur dan bercampur gaul dengan suku bangsa Filipina

mahupun Indonesia sekaligus menyebabkan wujudnya kepelbagaian bahasa dan budaya di sini. Daerah

Semporna mempunyai 49 buah pulau keseluruhannya yang menjadi tapak kepada 119 kampung. Bagi

tujuan menjaga kedaulatan dan keselamatan negara, pihak Angkatan tentera Malaysia (ATM) telah

mewujudkan pos-pos tentera di kebanyakkan pulau di daerah berkenaan. Selain itu, pihak Tentera Laut

Diraja Malaysia (TLDM) dan Polis Marin juga sentiasa bekerjasama untuk mengawasi sempadan negara.

Sejarah Awal Daerah Semporna dan Bukit Tengkorak

Kebanyakkan orang tidak mengetahui dengan jelas mengenai sejarah awal daerah Semporna.

Nama asal bagi daerah Semporna ialah ‘tong Talun’ dalam istilah suku kaum Bajau yang membawa

maksud ‘Hujung Hutan’. Orang yang bertanggungjawab untuk menamakan Tong talun ialah Panglima

Uddang, Penglima Sallehangi dan Panglima Sakti yang berketurunan Bajau Kubang. Mereka menamakan

daerah ini sebagai Tong Talun kerana pada ketika awal penemuannya, Semporna diliputi oleh hutan

belantara yang sangat tebal. Nama Tong Talun kemudiannya ditukar dengan nama Semporna yang

membawa pengertian “tempat yang aman atau damai” dan nama ini digunapakai sehinggalah kini. (Buku

Regatta Lepa, Sejarah daerah Semporna, 23-25 April 2010). Helen Lee Heiss (1984) juga ada

menyatakan bahawa “A government trading station was set up at a site the mainland known to the Bajaus

as Tang Talon (meaning the end of the jungle) and re-named Semporna (meaning a place of rest) in

Malay”.

Daerah Semporna juga dikenali sebagai “tempat pertemuan dan perbincangan empat orang

panglima iaitu Panglima Kabogan, Panglima Bum-Bum, Panglima Simunul dan Panglima Abdullah”

(http://www.wikipedi.com). Suatu masa dahulu daerah Semporna ini berada di bawah jajahan takluk

Kesultanan Sulu iaitu sebuah kuasa politik yang dominan ketika itu. Jajahan takluknya meliputi sebagai

2

Page 3: Bukit Tengkok, Semporna, Sabah

Filipina (sebelah Selatan) dan Borneo Utara. Pada tahun 1876, kawasan yang dikenali dengan Borneo

Utara ini telah diperintah oleh “Syarikat British North Borneo Chartered Company” yang dimiliki

sepenuhnya oleh kerajaan British. Bermula pada saat itu, Sultan Sulu telah menyerahkan Sabah secara

“untuk selamanya dan berkekalan” kepada syarikat ini sebagai wilayah kuasa urus-tadbir mereka. Selain

British, terdapat juga kuasa asing lain yang pernah mencuba untuk menakluk Semporna termasuklah

Belanda. Namun demikian, mereka gagal berbuat demikian lantaran kehadiran dan kekukuhan syarikat

British yang menakluk Semporna pada ketika itu. Pada tahun 1963, akhirnya Sabah telah bersatu dengan

Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak dan Singapura untuk membentuk Malaysia.

Masyarakat Bajau di Sabah sebenarnya berasal dari negeri Johor. Menurut Helen Lee Heiss

(1984) dalam bukunya bertajuk SABAH menjelaskan bahawa “The Bajaus however were at the bottom of

Sulu social, political dan economic ladder in the 19 th century. Their origins are obscure but most

popularly traced to Johore, the southermost state in present-day Peninsular Malaysia”. Menurut satu

cerita lagenda, seorang puteri Sultan Johor telah di hantar melalui pelayaran ke Sulu di Selatan Filipina

untuk dikahwinkan dengan Sultan Sulu. Dalam perjalanan balik, para pengiring Puteri Sultan Johor

tersebut takut melalui lautan yang dikuasai oleh Sultan Brunei. Justeru mereka mengambil keputusan

untuk menetap sementara di satu tempat antara Kepulauan Borneo dan Selatan Filipina dengan harapan

akan menerima bantuan penyelamat daripada Sultan Johor. Masyarakat bajau juga disebutkan dalam

sejarah Sulu sebagai imigran dari Johor pada awal kurun ke 14 masihi iaitu sebelum Islam diperkenalkan

oleh pedagang Arab. Para penghijrah dari Johor ini tidak diterima oleh Sultan Sulu dan masyarakat di

Teluk Sandakan. Justeru, kaum penghijrah ini mengambil keputusan menetap di kawasan Tambesan,

Tunku, Salurong, Giong dan Madai yang kesemuanya terletak di bahagian Tawau. (Helen Lee Heiss

(1984), hal. 150). Sejak itu, kaum nomad yang diketuai oleh Omar bin Akmadal ini dikenali sebagai

Bajau akronim kepada perkataan ‘Belayar Jauh’ yang telah disingkatkan menjadi ‘Bajau’.

Selain itu, daerah ini juga merupakan kawasan kediaman suku kaum nomad (orang asli) laut yang

lebih dikenali sebagai ‘Palauh’. Kaum ini masih lagi wujud di Semporna sehingga kini dan boleh dilihat

di sekitar perairan Semporna. Hidup dan kehidupan mereka bergantung sepenuhnya kepada bot atau

3

Page 4: Bukit Tengkok, Semporna, Sabah

perahu dan senantiasa berpindah randah dari satu pulau ke satu pulau yang lain. Kaum Palauh hanya akan

singgah di tanah besar Semporna (pekan) jika memerlukan barangan harian. Kini, terdapat sesetengah

daripada mereka yang telah berubah kepada kehidupan yang lebih moden dan tinggal di darat.

(www.sabah.gov.my/pd.sprn/sejarah.html).

Daerah Semporna terbahagi kepada dua bahagian iaitu Tanah Besar Semporna dan kawasan

gugusan kepulauan. Di Sempurna juga berlaku percampuran budaya, bahasa dan bangsa. Masyarakat

Bajau merupakan suku kaum yang paling dominan di daerah tersebut. Kaum Bajau, Suluk, Melayu, Cina

dan Palauh hidup harmoni sejak dahulu lagi. Terdapat deretan bot-bot penambang, kapal-kapal besar dan

perahu-perahu layar tradisional yang memenuhi ruang gigi air Semporna. Semporna juga turut

merakamkan peristiwa dua buah pulau yang terkenal disebabkan pertikaian kedaulatan Malaysia-

Indonesia iaitu Pulau Ligitan dan Pulau Sipadan. Pada tahun 2002, Pihak Mahkamah Antarabangsa (ICJ)

telah memutuskan yang kedua-dua pulau ini adalah hak milik Malaysia. Ekoran itu, untuk mengekalkan

keindahan alam semula jadi dasar laut Pulau Sipadan, kerajaan Malaysia telah memutuskan yang semua

bahan binaan buatan manusia dimusnahkan dan dikosongkan pada 31 Disember 2004. Kini, Pulau

Sipadan merupakan ‘syurga dunia’ bagi para penyelam. (Sabah Malaysian Borneo Diving, Sabah

Tourism Board, July 2005 : hal 23).

Selain itu, Semporna juga terkenal dengan sambutan “Regatta Lepa” yang diadakan saban tahun

di daerah berkenaan. Perahu atau lepa yang dihiasi sambulayang merupakan simbol ikatan perpaduan

dalam masyarakat Bajau Semporna semenjak berkurun lamanya. Lepa yang dihiasi sambulayang adalah

kenaikan rasmi panglima yang mengetuai sesuatu hawagan yang berkunjung ke sesuatu majlis keramaian.

Lepa dalam bahasa kaum Bajau Pantai Timur Sabah di daerah Semporna adalah bermaksud perahu. Lepa

biasanya diperbuat dari kayu jenis Ubar Suluk ataupun Seraya Merah dan merupakan peninggalan budaya

yang diwarisi sejak zaman-berzaman oleh suku kaum Bajau Semporna. Kewujudan lepa adalah

dipercayai bermula dari kaum pedagang dan pendakwah Islam yang tinggal di sekitar persisiran daerah

Semporna. Walaupun ianya sudah wujud sekian lama, namun ia lebih dikenali setelah kawasan Tong

Talun diisytiharkan sebagai daerah Semporna pada awal kurun kedua puluh. Sehingga kini, Kampung

4

Page 5: Bukit Tengkok, Semporna, Sabah

Nusalalung di Pulau Bum-Bum masih lagi menjadi pusat pembuatan lepa yang utama dan di kampung ini

jugalah lepa dibuat sejak dahulu kala. Kegunaan utama lepa pada zaman dahulu adalah sebagai kenderaan

(alat perhubungan) bagi pedagang-pedagang tempatan untuk membawa muatan ke lain-lain tempat hingga

ke kepulauan Sulu, Borneo, Kalimantan dan Sulawesi di sekitar kurun ke 14. Atas kesempatan ini juga,

pendakwah tempatan turut mengambil peluang untuk menyebarkan agama Islam. Sebagai satu bukti

untuk menyokong penyataan ini ialah terdapatnya motif corak awan larat pada hujung lepa, hulu parang

dan mimbar masjid tempatan Semporna yang dipengaruhi oleh corak “tulisan khat” Islam dan ia kekal

sehingga ke hari ini (Buku Regatta Lepa, Sejarah Daerah Semporna, 23-25 April 2010). Dalam

persembahan kebudayaan, alat-alat muzik tradisional ataupun “tagungguh” akan dimainkan di atas lepa

dan ini merupakan sesuatu yang amat menarik untuk disaksikan. Keunggulan seni budaya lepa dan

sambulayang ini boleh dijadikan sebagai lambang kekuatan perpaduan 1 Malaysia.

Daerah Semporna juga turut menempatkan Pulau Sipadan yang terkenal kepada penyelam dari

dalam dan luar negeri. Ramai ahli samudera dan penyelam profesional datang saban tahun untuk

meneroka keindahan lantai lautnya. Pulau Sipadan terletak 50 Utara di garisan Khatulistiwa di Lautan

Sulawesi. Pulau Tropika ini dikelilingi oleh hutan-hutan tebal dan pantai yang berpasir. Pulau Sipadan ini

terletak di tengah-tengah habitat marin terkaya di dunia iaitu di Lembangan Indo-Pasifik. Terdapat lebih

daripada 3000 spesis ikan dan beratus-ratus spesis batu karang yang telah berjaya dikelaskan (Sabah

Malaysian Borneo Diving, Sabah Tourism Board, July 2005 : hal.22). Jacques Cousteau telah

mengiktiraf pulau Sipadan ini sebagai salah satu tempat menyelam yang terindah. Kehidupan marin di

sini adalah pelbagai, dari hidupan mikro ke kerang gergasi, dari ikan buran ke jerung harimau dan dari

geragau ke ‘lobster’ menjadi sebab mengapa para penyelam ini datang ke mari. Tarikan lain seperti

dinding dan gua dasar laut melengkapkan lagi penerokaan bawah laut. Pulau peranginan lain yang

terkenal ialah Pulau Mabul, Kapalai, Mataking dan Sibuan. Selain itu juga, kini nama Pulau Bohey

Dulang dan Pulau Gaya turut menjadi semakin popular dengan lingkaran gunung berapinya yang sudah

mati. Pulau-pulau di Semporna telah diwartakan sebagai Taman Laut Tun Sakaran. Nama taman laut ini

5

Page 6: Bukit Tengkok, Semporna, Sabah

diambil sempena nama bekas Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah yang juga berasal dari

daerah Semporna. (En. Amir Basan Asan, 03 September 2011).

Dari sudut prasejarah daerah Semporna juga turut menempatkan sebuah tapak arkeologi dunia

iaitu Tapak Arkeologi Bukit Tengkorak yang terletak di kawasan Tampi-Tampi. Tapak Arkeologi Bukit

Tengkorak merupakan salah satu daripada tempat peninggalan manusia zaman purba yang berada di

negeri Sabah. Bukit Tengkorak ini terletak di daerah Semporna iaitu kira-kira 500 kaki di atas paras laut

di persisiran pantai Semporna, Timur Sabah (Utara 4 270 20.080 dan 118 370 04.30 Timur). Bukit

Tengkorak yang terletak di selatan pekan Semporna berhampiran dengan Sekolah Menengah Agama Tun

Sakaran dan merupakan sebuah tapak sejarah zaman batu.

Bahan-bahan arkeologi yang ditemui membuktikan bahawa sejarah penduduk dan petempatan

awal di Sabah boleh dijejaki sejak zaman paleolitik iaitu zaman batu awal kira-kira 200 000 – 300 000

tahun dahulu. Penduduk yang tinggal di dalam gua dipercayai merupakan penduduk yang terawal di

Sabah dan telah dijumpai di Tingkayu, Sabah. Kemudiannya diikuti oleh zaman Neolitik iaitu kira-kira

7000 tahun dahulu. Pada zaman ini penempatan-penempatan manusia yang dikenali sebagai orang

Hoabinh telah ditemui di Gua Madai, Kunak, di Bukit Tengkorak, Semporna dan di Gua Gomantong,

Sandakan. Seterusnya zaman beralih dengan adanya kemunculan zaman logam kira-kira 4000 tahun

dahulu. (Nor Aslina Bt Mamat & Norlela Bt Mamat, PNI NEURON (M) SDN. BHD, 2010 Masteri

Memori Melalui Peta Minda Sejarah, hal : 7).

Dalam perkembangan hidup dan budaya manusia, jumpaan alatan dan perkakasan dan untuk

menghasilkan alatan daripada tanah liat merupakan salah satu kegiatan utama dan kesenian dalam

kehidupan manusia dan perkembangan saintifik di zaman prasejarah. Perkakasan yang diperbuat oleh

manusia ini wujud sejak zaman prasejarah Malaysia iaitu daripada bermulanya aktiviti memburu sehingga

kepada aktiviti bercucuk tanam. Bekas tembikar yang dicipta oleh manusia zaman dahulu bukan sahaja

digunakan untuk menyimpan makanan dan air tetapi turut digunakan dalam upacara ritual keagamaan dan

kepercayaan masyarat dahulu. Di Malaysia, kebanyakkan peralatan zaman prasejarah ini ditemui di Sabah

6

Page 7: Bukit Tengkok, Semporna, Sabah

bermula di Gua Tapadong di Sungai Segama, di Hagop Bilo, Gua Baturong, Agop Atas, Gua Madai dan

tapak pelindung batuan utama di Bukit Tengkorak, Semporna (Nik Hassan Shuhaimi (2003), hal. 32).

Peralatan perkakasan ini juga digunakan sebagai tujuan perhiasan dan digunakan dalam upacara

adat-istiadat. Antara kegunaan peralatan tersebut adalah berfungsi sebagai belanga atau periuk untuk

memasak, tempat menyimpan air, dan peralatan untuk makan dan minum. Beberapa serpihan tembikar

yang dijumpai di Bukit Tengkorak Sabah dipercayai digunakan untuk penciptaan periuk belanga bagi

alatan dapur oleh masyarakat purba dahulu. Artifak ini merupakan artifak yang pertama sekali

berkembang di China sekitar tahun 4500 sebelum tahun Masihi dan masih lagi kekal diamalkan sehingga

kini oleh masyarakat Bajau Laut (Palauh) di Sabah. Hasil daripada kajian tembikar prasejarah ini

menunjukkan bagaimana kebudayaan berkembang daripada menggunakan alatan yang ringkas kepada

yang lebih canggih dan berteknologi tinggi. Perkembangan ini termasuklah revolusi penciptaan alatan

perkakasan, perubahan bentuk dan teknik pembakaran dan fungsi artifak ini sendiri. (Ibid. Hal : 33).

Bukit Tengkorak juga telah dikenal pasti sebagai tempat pembuatan tembikar yang terbesar sekali

di Asia Tenggara pada zaman neolitik iaitu kira-kira 3000 tahun dahulu. Kajian arkeologitelah dijalankan

secara sistematik dan saintifik di Bukit Tengkorak dan kawasan sekitar daerah Semporna oleh

sekumpulan penyelidik dari Pusat Penyelidikan Arkeologi Malaysia, Universiti Sains Malaysia dengan

kerjasama Jabatan Muzium Sabah semenjak tahun 1994 sehingga hari ni. (http://puadede.com/).

Keunikan Bukit Tengkorak ini adalah kerana lokasinya yang strategik dikelilingi oleh pulau dan lautan

berbanding dengan tapak-tapak arkeologi di Tingkayu, Gua Madai, Gua Gomantong dan Agop Batu

Tulug yang terletak jauh di kawasan daratan atau bukit di Pantai Timur Sabah. Nama Tapak Arkeologi

Bukit Tengkorak, Semporna yang kini di bawah jagaan Muzium Sabah, kononnya diambil sempena

dengan penemuan banyak tengkorak manusia di lereng bukit tersebut pada zaman dahulu dan juga kerana

bentuk rupa batu yang seolah-olah tengkorak manusia di bukit berkenaan.

(http://museum.sabah.gov.my/tengkorak.htm).

Tengkorak manusia yang telah ditemui itu dipercayai merupakan tengkorak manusia pada zaman

dahulu dan mempunyai hubungan yang berkait rapat dengan revolusi kehidupan masyarakat sebelum

7

Page 8: Bukit Tengkok, Semporna, Sabah

kedatangan era kemodenan. Tengkorak merupakan suatu lambang cara hidup masyarakat zaman dahulu

yang belum bertamadun dan dipengaruhi oleh era zaman batu sebagai intipati prasejarah di sesebuah

kawasan. Sehingga hari ini, masih ramai lagi yang tertanya-tanya mengenai asal-usul nama bukit

tengkorak yang sebenarnya. Hal ini berikutan terdapat dua perbezaan pendapat daripada masyarakat

mengenai asal usul nama Bukit Tengkorak. Ada yang berpendapat bahawa bukit ini diberikan nama

tersebut kerana mempunyai banyak jumpaan tengkorak manusia zaman prasejarah. Satu lagi pendapat

mengatakan bahawa tengkorak-tengkorak yang dijumpai itu merupakan tengkorak mangsa kekejaman

Jepun. Akan tetapi, dengan adanya bukti penemuan tengkorak manusia yang berusia ribuan tahun dahulu

yang banyak dijumpai di kawasan lereng-lereng bukit berkenaan menyebabkan nama bukit ini sebenarnya

adalah bersempena dengan penemuan tengkorak masyarakat zaman prasejarah dahulu.

(http://museum.sabah.gov.my/tengkorak.htm)

Apa Ada Di Bukit Tengkorak?

Berdasarkan kajian geologi yang telah dijalankan di Bukit Tengkorak dan kawasan sekitarnya,

telah membuktikan bahawa Bukit Tengkorak adalah sebahagian daripada bibir kawah gunung berapi yang

berdiameter 2km2 dan ianya telah meletus pada zaman pilosen iaitu kira-kira 5.2 juta hingga 1.8 juta

tahun dahulu. (http://puadede.com/) Berdasarkan hasil kajian arkeologi yang diperolehi pula,

menunjukkan bahawa Bukit Tengkorak merupakan sebuah tapak pembuatan tembikar prasejarah yang

terbesar di Asia Tenggara. Antara bukti arkeologi yang telah ditemui terdiri daripada ribuan serpihan

tembikar prasejarah dan tanah liat yang digunakan untuk pembuatan tembikar. Bukit Tengkorak juga

dianggarkan mengandungi lebih daripada 6 juta serpihan tembikar prasejarah yang boleh ditemui di

sekitar kawasan bukit berkenaan dengan pelbagai corak perhiasan yang diperbuat menggunakan alatan

seperti kuku, siput dan bahan kayu. Selain itu, menurut kajian etnoarkeologi pula, telah menunjukkan

bahawa teknologi pembuatan tembikar ini masih lagi diamalkan sehingga hari ini oleh masyarakat Bajau

di daerah Semporna.

Antara bukti arkeologi yang ditemui semasa ekskavasi di tapak berkenaan ialah artifak prasejarah

seperti pengebumian manusia dalam keranda kayu balak, tempayan, dan pengebumian lunjur. Selain itu

8

Page 9: Bukit Tengkok, Semporna, Sabah

terdapat juga alat batu mikrolit yang dibuat daripada akik, cert dan obsidian, serpihan tembikar tanah dan

batu, loceng gangsa, alat-alat besi, manik, dan sisa-sisa flora dan fauna seperti tulang haiwan, ikan dan

cengkerang laut. (http://www.edidik.com/). Dengan adanya penemuan artifak ini, kajian perbandingan

jumpaan artifak seperti tembikar dan alat batu yang ditemui di Bukit Tengkorak ternyata menunjukkan

banyak persamaan dengan artifak yang ditemui di tapak-tapak sezaman yang lain di Asia Tenggara dan

Lautan Pasifik. Berdasarkan kajian paleoantropologi dan perbandingan rangka-rangka manusia yang

ditemui di Semporna dan tapak arkeologi lain di Asia Tenggara, turut menyokong hipotesis migrasi dan

penyebaran berleluasanya populasi manusia prasejarah di Asia Tenggara pada zaman neolitik dan zaman

logam.

Pertemuan alat batu mikrolit yang diperbuat daripada batuan akik, cert dan obsidian merupakan

suatu penemuan yang sangat unik. Hal ini demikian kerana, industri alat batu mikrolit itu merupakan

penemuan yang luar biasa dan jarang sekali ditemui di kepulauan Asia Tenggara. Penemuan penggerudi

akik yang dipercayai digunakan untuk membuat lubang pada kulit haiwan atau perhiasan diri daripada

kulit siput, serta penemuan kapak beliung kecik merupakan antara bukti peralatan yang telah digunakan

oleh manusia pada zaman purba. Hadil daripada kajian arkeologi yang telah dijalankan di Bukit

Tengkorak telah menunjukkan bahawa tapak arkeologi ini kaya dengan artifak dan bahan-bahan sejarah

tersebut. Asosiasi artifak berkenaan menunjukkan bukti kewujudan aktiviti sibsisten seperti perburuan

haiwan, penangkapan ikan dan pengumpulan cengkerang di laut oleh masyarakat zaman prasejarah ini.

Bukit Tengkorak Sebagai Kawasan Tapak Arkeologi

Sememangnya kita patut rasa bertuah apabila dapat berkunjung ke tapak arkeologi Bukit

Tengkorak, iaitu satu lagi tapak prasejarah Malaysia dan Asia Tenggara di zaman Neolitik. Kewujudan

tapak bersejarah ini telah memberikan peluang kepada pencinta sejarah untuk mengkaji dan mendalami

ilmu mengenai susur-galur sejarah tamadun awal manusia prasejarah di sekitar Semporna khasnya dan

Sabah amnya. Apabila melawat tempat berkenaan, para pengkaji dapat melihat kesan-kesan peninggalan

sejarah manusia purba seperti penemuan lebih enam ribu tembikar dan 6 juta serpihan tembikar sejak

hampir dua dekad yang lalu di lereng-lereng bukit berkenaan. Sesungguhnya bagi pencinta sejarah,

9

Page 10: Bukit Tengkok, Semporna, Sabah

tempat ini sudah pastinya menjanjikan keseronokan yang tersendiri kerana mereka dapat melihat dengan

mata kepala sendiri segala peninggalan zaman Neolitik kira-kira 3000 tahun dahulu.

Mengikut sumber daripada New Sabah Times bertarikh 21 November 2010, Bukit Tengkorak di

Semporna ini menyimpan bukti dan hipotesis baru mengenai penghijrahan manusia dan perdagangan atau

pertukaran maritim prasejarah di kepulauan Asia Tenggara dan Pasifik. Hal ini terbukti jelas apabila

terdapat penemuan mengenai bukti perdagangan laut yang terpanjang di dunia iaitu bermula dari Timur

Sabah ke New Britain di Melanesia, sejauh lebih 3500 km kira-kira 3000 tahun yang lalu. (New Sabah

Times, 21 Nov 2010) Selain itu, di tapak arkeologi ini juga generasi kita pada hari ini akan dapat melihat

sendiri tapak pembuatan dan pemprosesan tembikar tanah iaitu tempat pasu dibakar yang terbesar di Asia

Tenggara pada zaman neolitik.

Dengan menghayati budaya dan ketamadunan manusia awal prasejarah ini, generasi muda dapat

membuka fikiran mereka mengenai usaha gigih dan kejayaan manusia zaman purba dahulu yang boleh

mencipta sejarah di zaman mereka. Manusia zaman purba telah berjaya membuat dan menjalankan

aktiviti perdagangan maritim dan pergerakan manusia secara jarak panjang dan jauh walaupun berada

pada zaman yang serba kekurangan ketika itu. Pemikiran dan penghayatan sebegini sudah tentu akan

dapat membangkitkan semangat generasi muda kita hari ini untuk lebih berusaha dan berdaya saing untuk

menjadikan negara Malaysia sebagai satu negara dan bangsa yang bertamadun kelak. Dengan penemuan

pelbagai artifak seperti tembikar, alat-alat batu, tempayan, manik dan sisa tulang haiwan, ikan dan

cangkerang laut dapat memberi pendedahan yang luas kepada masyarakat mengenai aktiviti harian

masyarakat zaman purba dahulu yang melibatkan pelbagai kegiatan ekonomi.

Di samping itu juga, bagi pengkaji sejarah batuan pula mereka sudah tentu akan dapat menimba

banyak ilmu di kawasan tapak arkeologi ini. Formasi geologi bukit ini terdiri daripada bukit dan gunung

terpencil yang merupakan bekas tapak gunung berapi yang sudah tidak aktif lagi sejak zaman pilosen iaitu

kira-kira 5.2 juta tahun hingga 1.8 juta tahun dahulu. Dari puncak bukit ini juga jelas kelihatan “Pulau

Orang Tua Tidur” yang terbentang luas. Pulau ini sebenarnya, adalah bibir sebuah gunung berapi besar

yang telah meletup berjuta-juta tahun dahulu. Berikutan letupan itu telah mewujudkan tiga buah pulau

10

Page 11: Bukit Tengkok, Semporna, Sabah

iaitu Pulau Bohey Dulang, Pulau Tatangan dan Pulau Gaya yang membentuk sebuah pulau yang

berbentuk seseorang yang sedang berbaring dan dikenali Pulau Orang Tua Tidur

(www.facebook.com/note.php).

Tempat yang menyimpan misteri kehidupan masyarakat zaman lampau ini hanya memerlukan

perjalanan yang singkat iaitu selama 20 minit daripada pekan Semporna. Berjalan menaiki anak tangga

yang diperbuat daripada kayu ke puncak bukit ini akan memberikan peluang kepada sesiapa sahaja yang

ingin melihat sistem-sistem gua di bukit berkenaan. Sejarah pengkajian berjaya membuktikan aktiviti

perdagangan yang dijalankan di antara masyarakat yang hidup di Bukit Tengkorak dan komuniti

masyarakat prasejarah dahulu berlaku di sepanjang pinggir pantai Selatan-Tenggara Sabah. Salah satu

kepentingan utama yang menjadi tarikan daerah ini ialah tapak arkeologi ini akan berkembang dan

menjadi warisan penting suku kaum Bajau (Joy Entry (2006), Semporna di Kaki Langit, hal : 23).

Berdasarkan pemerhatian di sekitar Bukit Tengkorak, terdapat banyak batuan besar dan bongkah

batu yang terdiri daripada pelbagai bentuk, warna dan struktur. Batuan besar dan tertonjol ini dihiasi

dengan daun-daun rumput hijau yang tumbuh subur di sekitar kawasan batuan tersebut. Kehijauan rumput

dan warna batuan yang terdiri daripada warna gelap dan cerah itu memberikan pemandangan yang indah

semulajadi di puncak Bukit Tengkorak. Batu-batu besar itu terdiri daripada tekstur batuan yang kasar dan

keras serta mempunyai rupa bentuk yang sangat unik. Hal ini terbukti jelas apabila kita berada di puncak

bukit berkenaan, kita akan dapat melihat bentuk-bentuk batu yang kelihatan seperti tengkorak manusia,

batu yang menyerupai mulut buaya, dan batu-batu sederhana yang mempunyai bentuk seperti kawanan

anak gajah yang sedang bermain.

Menurut Pegawai Penjaga Muzium Bukit Tengkorak ini, pada suatu masa dahulu semua pulau di

Semporna ini berasal daripada satu pulau yang sama. Namun, apabila berlakunya kejadian letusan gunung

berapi maka pulau yang satu itu terpecah dan terpisah-pisah menjadi beberapa buah pulau yang wujud di

sekitar daerah Semporna ini. Menurut beliau, jumlah pengunjung yang datang berkunjung ke bukit ini

sangat ramai iaitu lebih daripada 200 hingga 300 orang sehari terutamanya pada hari sabtu dan ahad. Para

pengunjung yang datang juga terdiri daripada pelbagai lingkungan umur sama ada orang awam atau

11

Page 12: Bukit Tengkok, Semporna, Sabah

pelajar sekolah dan dari pelbagai tempat di seluruh Malaysia (Temubual dengan Mohd Safri, 30 Julai

2011).

Bagi kakitangan Tapak Arkeologi Tengkorak, En. Mohd Safri Sahri menyatakan bahawa

sehingga ke hari ini pelbagai penemuan bukti arkeologi yang terdiri daripada ribuan serpihan tembikar

prasejarah ditemui. Serpihan tembikar tanah yang berpuluh-puluh ribu diperbuat daripada tanah liat yang

digunakan untuk membuat tembikar yang berusia 3000 tahun dahulu serta dihiasi dengan pelbagai corak.

Hal ini sekaligus memberikan gambaran kepada kita mengenai aktiviti kehidupan masyarakat lampau

yang lebih cenderung tinggal di kawasan tinggi selain menjadikan batu batan dalam pelbagai bentuk

sebagai tanda kewujudan mereka di suatu tempat.

Bukit Tengkorak Sebagai Kawasan Pelancongan

Selain menjadi kawasan tapak arkeologi, Bukit Tengkorak juga berpotensi untuk dijadikan

sebagai kawasan pelancongan baru di Semporna. Kedudukan Bukit Tengkorak yang strategik dan terletak

di kawasan Kampung Tampi-Tampi membuatkan orang ramai yang datang berkunjung ke sini akan

menemui sesuatu yang menakjubkan dan memperolehi maklumat yang sangat tepat untuk mengenali

daerah Semporna dengan lebih mendalam. Pengarah-pengarah filem terkenal juga telah menggunakan

kawasan Tampi-Tampi yang menempatkan tapak arkeologi ini untuk filem komersil dan dokumentari.

Antara filem yang pernah diarahkan disini ialah filem ‘Duyong’ terbitan KRU Films. Kebanyakan aksi

filem Duyong diambil di kawasan Tampi-Tampi, Semporna. Selain itu, Pihak National Geographic juga

telah membuka pejabat kecilnya di sini. Dengan adanya tempat-tempat pelancongan menarik di kawasan

sekitar ini, menjadikan lawatan ke Tapak Arkeologi Bukit Tengkorak menjadi serampang dua mata

kepada aktiviti pelancongan negara. Apabila berada di Tapak Arkeologi Bukit Tengkorak di Semporna,

kita akan berada di suatu lokasi yang terbaik untuk melihat keseluruhan pemandangan daerah Semporna

dan kedudukan paling baik bagi pengemar fotografi (http://puadede.com/).

Menurut Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang merupakan Ahli Parlimen Semporna merangkap

Menteri Pembangunan Wilayah dan Luar Bandar Malaysia, Bukit Tengkorak ini terletak di tengah-tengah

laluan yang memberikan kesempatan kepada para pelancong untuk berkunjung ke kawasan ini. Pelancong

12

Page 13: Bukit Tengkok, Semporna, Sabah

yang hendak ke Pulau Sipadan, Pulau Mabul atau Kapalai biasanya singgah di Bukit Tengkorak samaada

semasa pergi atau balik dari pulau-pulau peranginan itu. (www.Bernama.com/bm/news) Bagi mereka

yang gemarkan aktiviti pendakian bukit tanpa risiko, lokasi ini merupakan tempat yang sesuai kerana

membenarkan kita berada di puncak Bukit Tengkorak dengan hanya perlu berjalan kaki menaiki anak

tangga sahaja. Semasa berada di puncak bukit, kita akan dapat melihat dan memerhatikan seluruh

kawasan daerah Semporna seperti kawasan Pulau Bum-Bum, Tampi-Tampi, Pulau Lelaki Tua Tidur,

Kampung Sum-Sum dan Pekan Semporna.

Keistimewaan bukit ini juga membolehkan pulau yang turut dikenali sebagai “The Sleeping Old

Man” atau dalam bahasa Bajau “Pulau Mattoa Lalla Atuli” dilihat dengan lebih jelas dari puncak bukit.

Pulau Lelaki Tua Tidur itu merangkumi tiga buah pulau iaitu Pulau Gaya di Utara (kaki), Pulau Bohay

Dulang (badan), dan Pulau Tatangan (kepala). Pulau Lelaki Tua Tidur ini merupakan salah satu daripada

daya penarik untuk orang ramai datang berkunjung ke Bukit Tengkorak. Pulau Lelaki Tua Tidur di Laut

Sulawesi yang berhampiran dengan pesisir pantai pekan Semporna Sabah menyimpan seribu misteri dan

kononnya pulau ini muncul sebagai bukti cinta sejati dan persahabatan. (http://mforum.cari.com.my/)

Walaupun tiada bukti saintifik, cerita keunikan pulau itu boleh dimanfaatkan sebagai tarikan pelancong

ke pulau The Sleeping Old Man, sekaligus merupakan pakej tambahan bagi mereka yang mengunjungi

destinasi pelancongan Bukit Tengkorak dengan menyaksikan keunikan pulau itu dari bukit berkenaan.

Kepentingan Bukit Tengkorak Kepada Sejarah Awal Sabah dan Malaysia

Bukit Tengkorak merupakan sebuah tapak arkeologi yang penting di Malaysia dan Asia

Tenggara. Kepentingan Bukit Tengkorak termasuklah dengan penemuan bukti dan hipotesis baru

mengenai penghijrahan manusia dan perdagangan atau pertukaran maritim prasejarah di kepulauan Asia

Tenggara dan Pasifik. Penyelidikan arkeologi di Bukit Tengkorak telah menemui bukti perdagangan laut

yang terpanjang di dunia, iaitu dari Timur Sabah ke New Britain di Melanesia, sejauh lebih 3,500

kilometer kira-kira 3,000 tahun dahulu. Bukti ini secara tidak langsung mencadangkan kepentingan lautan

13

Page 14: Bukit Tengkok, Semporna, Sabah

dari Melanesia ke kepulauan Asia Tenggara, 2,000 – 3,000 tahun sebelum Captain James Cook

menjelajahi kepulauan Asia Tenggara dan Lautan Pasifik pada 1768–1779.

(http://msmy.connect.facebook.com/note.php).

Seterusnya, Bukit Tengkorak yang telah dikenalpasti sebagai salah satu tapak pembuatan

tembikar tanah yang terbesar di Asia Tenggara pada zaman neolitik merupakan suatu yang bernilai bagi

sejarah awal Sabah dan Malaysia. Bukit Tengkorak yang menyimpan banyak artifak, ekofak dan

tinggalan manusia prasejarah dahulu seharusnya dipelihara dan dijaga dengan sebaik-baiknya kerana

Bukit Tengkorak merupakan antara khazanah terulung negara. Hal ini berikutan terdapat banyak warisan

sejarah purba seperti yang terdapat di Tingkayu dan Gua Madai kini telah dibangunkan oleh pihak

kerajaan untuk tujuan yang lain sehinggakan sudah tiada lagi kesan sejarah di tapak-tapak arkeologi awal

itu. Warisan seperti Bukit Tengkorak seharusnya dipelihara agar dapat menjadi tatapan dan iktibar kepada

generasi akan datang.

Penyelidikan arkeologi telah berjaya meletakkan nama Malaysia dalam peta arkeologi dunia.

Jumpaan arkeologi merubah pensejarahan negara melalui penyelidikan yang sistematik dan saintifik.

Pulau Borneo terutamanya Mansuli di Lahad Datu, Sabah, memberikan pentarikhan kebudayaannya yang

berusia 100 000 tahun dahulu. Manakala, penyelidikan pada tahun 2007 telah berjaya meletakkan Bukit

Tengkorak ini sebagai tapak industri pembuatan tembikar tanah yang terbesar di rantau Asia Pasifik.

Secara keseluruhannya, setiap negeri di Malaysia mencatatkan penemuan bukti-bukti arkeologi dunia.

Sabah memulakan usaha menjejak prasejarahnya dalam tahun 1960-an dengan menjalankan penyelidikan

bermula pada gua-gua. Akan tetapi, hanya dengan melalui kajian arkeologi di kawasan Teluk Darvel

(Tapak Terbuka Tingkayu, Gua Baturong dan Gua Madai) di pantai Timur, memberi gambaran bahawa

prasejarah Sabah bermula sekitar 28 000 tahun yang lalu. Dapatlah disimpulkan bahawa lebih 20 000

tahun dahulu aliran lahar dari Gunung Berapi Mostyn yang kini sudah mati menghempas Sungai

Tingkayu lalu membentuk tasik. Peralatan zaman batu yang halus dijumpai di dasar bekas tasik yang

dipercayai tapak pembuatan alat-alat zaman batu, yang sama jenisnya di rantau Asia Tenggara dan

menunjukkan kehadiran penghuni di persisiran tasik itu lebih daripada 17,000 tahun dahulu.

14

Page 15: Bukit Tengkok, Semporna, Sabah

Apabila tasik mengering maka gua pun kelihatan terbentuk daripada batu kapur massif di

Baturong. Penghuni mulai berpindah dan tinggal di gua itu dalam jangka masa lebih kurang 5,000 tahun.

Sama ada penduduk di gua itu adalah keturunan penduduk yang tinggal di persisiran tasik itu atau

sebaliknya, tidak dapat dipastikan tetapi yang nyata penduduk gua itu tidak lagi membuat peralatan yang

sama. Lebih kurang 12,000 tahun yang lalu, tempat perlindungan di Baturong ditinggalkan. Dua ribu

tahun kemudian manusia mulai mendiami gua-gua Madai yang lebih luas terletak disebelah timur gua

Baturong selama lebih kurang 3,000 tahun. Pada ketika itu paras laut sudah mencapai takat seperti

sekarang. Sesudah itu gua-gua Madai juga ditinggalkan. Pada kira-kira tahun 1,000 sebelum masihi

manusia mendiami kembali gua-gua itu dengan membawa bersama peralatan baru seperti tembikar dan

kemudian tembaga dan peralatan besi dan batu permata dari India yang akhirnya menjadi tinggalan di

kawasan itu bersama-sama dengan peralatan sebelumnya. Gua Madai terletak di daerah Kunak, Parlimen

P188 Silam Sabah. Sekitar tahun 500 Masihi gua-gua Madai ditinggalkan sekali lagi dan seperti juga gua

Baturong, gua madai digunakan sekali sekala untuk pengebumian. Pada ketika itu, aktiviti memungut

sarang burung giat dijalankan untuk dijual bersama-sama dengan hasil hutan yang lain kepada orang-

orang Cina sebagai tukaran untuk peralatan tembikar dan barang-barang lain dari China.

(Silamgemilang.Wordpress.com/2009/02/24/Sejarah-Sabah-28000-tahun-lalubermula-di parlimen-p188-

Silam)

Nasib Bukit Tengkorak Seterusnya

Bukit Tengkorak telah di rancang sebagi kawasan pelancongan baru. Menurut sumber yang

dipetik daripada Bernama.com yang bertarikh 18 April 2008, pihak Kementerian Perpaduan,

Kebudayaan, Kesenian dan Warisan akan menggiatkan usaha memajukan kawasan arkeologi terbesar

negara di Bukit Tengkorak, berdekatan pusat peranginan Pulau Sipadan, sebagai sebuah kawasan

pelancongan baru. Menurut Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, kesan-kesan peninggalan sejarah manusia

purba serta laluan perdagangan antara negara-negara di sekitar Laut Andaman boleh dilihat dengan jelas

di kawasan Bukit Tengkorak. Beliau juga berkata penemuan lebih 6,000 tembikar sejak hampir dua dekad

lalu juga menjadi aset penting dalam menjadikan Bukit Tengkorak sebagai tempat tumpuan ramai,

15

Page 16: Bukit Tengkok, Semporna, Sabah

terutama di kalangan mereka yang terbabit secara langsung dengan kajian sejarah. Oleh hal yang

demikian, usaha untuk memajukan kawasan Bukit Tengkorak sebagai salah satu pusat pelancongan baru

akan digiatkan lagi agar dapat mempromosikan Bukit Tengkorak sebagai satu lagi destinasi pelancongan

yang menarik. Di samping itu, risalah-risalah dan makumat mengenai kawasan pelancongan ini akan

disediakan dan diedarkan kepada orang ramai bagi tujuan mempromosikan Bukit Tengkorak kepada

umum.

Pada 8 November 2010, telah turut diadakan juga satu majlis bagi tujuan penyerahan tapak siap

kerja projek pembangunan Bukit Tengkorak, Semporna, Sabah. Majlis penyerahan tapak ini telah

dilangsungkan di Bangunan Galeri Warisan, Bukit Tengkorak Semporna yang telah dihadiri oleh Yang

Berbahagia Datuk Ellron Angin, Pembantu Menteri Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam

Sekitar, Sabah, Ybhg. Profesor Datin Paduka Zuraina Majid, Ketua Pengarah, Jabatan Warisan Negara,

YBrs Norsih bin Nusuri, Penolong Pegawai Daerah (Pentadbiran), Pejabat Daerah Semporna, YBrs Tuan

Haji Nurjaileh, wakil Ketua Daerah, Pejabat Mahkamah Anak Negeri Semporna dan YBrs Profesor

Madya Dr. Stephen Chia, Timbalan Pengarah, Pusat Penyelidikan Arkeologi Global Malaysia, USM.

Antara projek pembangunan Bukit Tengkorak yang dilakukan oleh Jabatan Warisan Negara adalah

pembinaan Bangunan galeri Warisan, rumah penyelidik, pejabat Jabatan Muzium Sabah, tandas awam,

papan penerangan, pelantar dan wakaf, pintu gerbang dan pelindung petak ekskavasi yang terdapat

dimanfaatkan oleh pengunjung (http://www.heritage.gov.my/).

Dalam majlis tersebut, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah,

Datuk Alfred Angin berkata, projek pembangunan Bukit Tengkorak ini bernilai RM4.2 juta dan akan

menjadi destinasi pelancongan baru Sabah. Beliau berkata pembangunan projek yang dikendalikan oleh

Jabatan Warisan Negara (JWN) ini merupakan usaha untuk memelihara tapak sejarah yang

melambangkan peradaban dan ketamadunan bangsa untuk dihayati oleh seluruh rakyat di negara ini.

Bukan itu sahaja, tapak arkeologi ini juga sekaligus memberikan peluang dalam merancakkan industri

pelancongan negeri Sabah. Tapak warisan dan monumen atau bentuk apa sahaja, termasuk warisan tidak

ketara, akan terus dipelihara dan dikekalkan sepenuhnya selaras dengan Akta Warisan Kebangsaan 2005.

16

Page 17: Bukit Tengkok, Semporna, Sabah

Terdahulu, Pesuruhjaya JWN Profesor Emeritus Datuk Zuraina Majid berkata Bukit Tengkorak

merupakan salah satu tapak di kawasan pantai timur Sabah yang dikenal pasti mempunyai nilai prasejarah

yang tinggi. Menurutnya, kawasan lain yang menjadi tumpuan JWN ialah Mansuli di Lahad Datu dan

Tingkayu di Kunak. Sementara itu, Pengarah Jabatan Muzium Sabah, Datuk Pounis Guntavid berkata

jabatannya akan memulakan pengisian di ruang-ruang legar bangunan utama Bukit Tengkorak dengan

artifak prasejarah yang ditemui di situ (New Sabah Times, 09 Nov 2010).

Jabatan Warisan Negara bertanggungjawab dalam merancang pelan pembangunan tapak-tapak

arkeologi di Malaysia yang merangkumi penyelidikan, pemeliharaan, pemuliharaan, konservasi,

pembangunan fizikal, pendidikan, promosi dan lain-lain lagi. Pembangunan di Bukit Tengkorak turut

melibatkan penyenggaraan tapak. Tapak arkeologi ini harus di buka kepada para pelancong untuk

mempromosikan pendidikan sejarah negara serta menyuburkan rasa bangga dan cinta akan negara kita.

Namun begitu, perlu diingat juga pembangunan yang dilakukan haruslah mematuhi syarat-syarat

yang ditetapkan bagi mengelakkan gangguan dan kemusnahan apa-apa jumpaan dan bukti arkeologi,

atifak atau pun ekofak yang berada di tapak. Selain itu, landskap asal tapak arkeologi juga perlu

dikekalkan dan dipelihara serta tidak merosakkan permukaan tanah di tapak kerana setiap kawasan

berpotensi untuk dijalankan kerja-kerja ekskavasi atau penyelidikan lanjutan. Selanjutnya, langkah lain

yang perlu di ambil perhatian serius ialah mengenai penggunaan bahan binaan bagi tujuan pembangunan

fizikal hendaklah seimbang dengan nilai, ketahanan, estetika serta penggunaan bahan setempat. Ini

termasuklah penyediaan kemudahan kepada para pelawat sama ada galeri, wakaf, panel, informasi,

walkway, papan tunjuk arah dan sebagainya.

Sesungguhnya, nasib tapak Arkeologi Bukit Tengkorak ini dapat bermula dan berakhir dengan

baik sekiranya semua pihak bijak menghargai, menjaga dan memelihara kepentingan keunikan bukit

prasejarah ini. Maka, kita perlu berganding bahu mengekalkan warisan tamadun awal manusia di negara

kita. Oleh itu, usaha yang proaktif, pragmatik dan jitu ini memerlukan iltizam dan komitmen yang tinggi

daripada semua pihak. Semoga dengan pameran-pameran dan bahan yang bakal disediakan oleh pihak

muzium tapak arkeologi ini akan mampu untuk membantu mewujudkan masyarakat yang berkualiti,

17

Page 18: Bukit Tengkok, Semporna, Sabah

berilmu dan berbudaya tinggi sehingga terbentuknya masyarakat yang mencintai warisan budaya, sejarah

dan alam semula jadi negara.

Penutup

Konklusinya, Bukit Tengkorak merupakan sebuah tapak arkeologi yang masih perlu dirungkai

untuk mengetahui lebih banyak sejarah yang tidak ternilai kepada negara. Penemuan tinggalan manusia

zaman purba membuktikan Bukit Tengkorak amat penting untuk kajian masa lalu khasnya pada zaman-

zaman awal manusia di Sabah. Mengikut perspektif dan pandangan lain, Bukit Tengkorak juga mungkin

sama penting atau mempunyai kaitan dengan tapak-tapak arkeologi seperti yang terdapat di Tingkayu dan

Gua Madai di daerah Kunak serta Gua Gomantong dan Agop Batu Tulug di daerah Kinabatangan yang

mana semua kawasan ini terletak di pantai timur Sabah.

Generasi sekarang cukup bertuah kerana dapat meneliti dan menghayati perubahan yang telah

berlaku hasil daripada kemajuan yang telah dicapai oleh masyarakat lampau. Kita kini tahu bahawa hasil

daripada pembangunan pengetahuan baik dari segi keagamaan, falsafah ataupun sains dan teknologi,

begitu banyak perubahan yang telah berlaku dari masa ke masa. Pada hari ini kita dapat melihat sendiri

bagaimana dengan peluang yang ada, kita berupaya untuk meningkatkan tamadun yang telah kita bina

selama ini untuk mencapai kehidupan yang lebih baik sama ada dari aspek politik, ekonomi ataupun

sosial.

Bukti pencapaian masyarakat lampau ini dapat dilihat daripada warisan mereka seperti penemuan

artifak, serpihan-serpihan tembikar dan ekofak. Satu pengajaran yang dapat diteladani daripada tamadun

awal ini ialah keperluan mempunyai kebolehan menjangka perubahan yang akan berlaku. Dunia kian

berubah kerana ilmu kian bertambah dan teknologi terus bercambah dan buktinya telah kita dapat lihat.

Disamping itu juga, kita patut mencontohi kegigihan dan semangat berusaha yang ditunjukkan oleh

masyarakat zaman prasejarah. Tanpa peralatan dan teknologi yang canggih, mereka mampu mencipta

pelbagai peralatan daripada batu, tembikar, gangsa dan besi yang kemudiannya telah menjadi asas

perkembangan teknologi masyarakat selepasnya.

18

Page 19: Bukit Tengkok, Semporna, Sabah

Kegigihan, semangat berusaha, dan daya kreativiti masyarakat zaman prasejarah perlu diteladani

agar kita menjadi warganegara yang gigih dan berdikari tanpa mengharapkan bantuan daripada orang

luar. Oleh hal yang demikian, kita sepatutnya meneruskan usaha untuk meningkatkan pemikiran dan

kemahiran kita dengan cara menambahkan ilmu yang ada atau meneroka bidang baru untuk

mempertingkatkan tamadun kita. Hal ini amat penting supaya pencapaian kita pada hari ini dapat diwarisi

atau dapat dinikmati dan dibanggai oleh generasi yang akan datang.

19