Sinopsis Bukit Kepong
description
Transcript of Sinopsis Bukit Kepong
DARURAT, 1948
Pengganas komunis mula mengganas apabila kerajaan mengharamkan kegiatan
mereka. Pengharaman membantutkan usaha mereka untuk menguasai Tanah Melayu.
Pengganas komunis sanggup berbuat apa sahaja untuk memastikan hajat mereka tercapai.
Ini menyebabkan rakyat hidup dalam ketakutan. Di sebuah kampung yang bernama
Kampung Keladi, Kulim, Kedah, kegiatan pengganas ini begitu merisaukan para
penduduk. Salah seorang daripada mereka, pasangan suami isteri, Pak Yusof dan Mak
Piah begitu bimbang untuk pergi menoreh getah kerana pengganas berkeliaran di kebun
mereka. Keadaan ini menyebabkan anak lelaki mereka, Othman begitu benci terhadap
pengganas komunis, lalu bertekad mahu menyertai pasukan keselamatan.
Suatu hari tanpa pengetahuan keluarga, Othman bersama dua rakannya telah pergi
ke Sungai Petani untuk menghadiri temuduga bai pengambilan pasukan polis. Hasil dari
temuduga tersebut, Othman telah berjaya untuk menyertai latihan polis. Namun begitu,
emaknya menangis apabila mengetahui berita tersebut kerana bimbang sesuatu perkara
buruk akan menimpa Othman. Manakala ayahnya menyokong tidak, menghalang juga
tidak.
Sebelum Othman berangkat ke Polis Depoh Kuala Lumpur untuk menyertai
latihan kepolisan, keluarganya telah menunangkan Othman dengan anak Lebai Karim
dan Mak Jah. Othman tidak membantah kerana dirasakan, Limah, bakal isterinya itu
sesuai dengan dirinya. Sepanjang latihan selama enam bulan, Othman melaluinya dengan
tabah; tidak seperti rakannya yang terpaksa menarik diri kerana tidak tahan dengan corak
latihan yang dianggap “keras”. Kemudian, Othman ditugaskan berkhidmat di Pagoh,
Johor. Sebelum pergi bertugas, dia dikahwinkan dan isterinya itu dibawa ke tempatnya
bertugas.
BAB 1
BULAN MADU
Pada suatu hari setelah tinggal di Pagoh selama tujuh bulan, Limah meminta izin
daripada suaminya untuk ke Bandar Muar bersama teman-temannya. Mereka pergi
menaiki bas. Itulah pertama kali Limah ke bandar Muar. Setelah puas membeli-belah,
mereka menaiki bas terakhir untuk pulang kira-kira jam 4.00 petang. Kira-kira enam
hingga tujuh kilometer bas bergerak, segerombolan pengganas komunis menahan bas
yang Limah naiki. Pemandu bas diseksa, semua penumpang diarahkan turun, dan segala
barang diminta diserahkan kepada pengganas komunis. Seterusnya, pengganas meminta
mereka menanggalkan pakaian, sebelum bas itu dibakar.
Dalam keadaan memalukan itu, penumpang tertua iaitu Wak Karjo mengajak
mereka berjalan kaki ke Kampung Raja tidak jauh dari situ. Tiba di pinggir kampong,
Wak Karjo meminta bantuan orang kampung. Ketua kampung itu, Haji Karno meminta
penduduk kampung mendermakan pakaian untuk diserahkan kepada mangsa.
Sementara itu, Othman dan rakan-rakannya di rumah pasung berasa gelisah
kerana bas yang sepatutnya tiba tidak juga muncul-muncul. Dia bergegas ke rumah
Mahat. Leha yang pergi bersama Limah juga belum pulang. Othman begitu terperanjat
apabila diberitahu oleh Mahat bahawa bas di Muar dibakar oleh komunis. Othman
mengajak Mahat pergi ke tempat kejadian. Mereka berjalan mengikut jalan pintas menuju
Kampung Raja. Tekaan mereka tepat apabila mereka mendapati isteri masing-masing
dalam keadaan selamat.
BAB 2
BUKIT KEPONG, 1948
Pada bulan Januari 1949, Rumah Pasung Bukit Kepong oleh polis. Hal ini telah
memberi peluang kepada pengganas komunis untuk bergerak bebas serta bergiat dengan
lebih aktif di kawasan tersebut. Pengganas komunis ini telah melatih ramai pemuda Bukit
Kepong dan Kampung Seraya untuk dijadikan rekrut mereka. Menjelang bulan Jun pula,
segerombolan pengganas komunis telah masuk ke Bukit Kepong. Penduduk kamb\pung
telah dikumpulkan di sebuah padang. Ketua komunis tersebut, iaitu Lektuan telah
memberikan ucapan untuk mengajak penduduk kampung menyertai pergerakan mereka.
Mereka seterusnya menurunkan bendera Johor dan menaikkan bendera komunis.
Penghulu Ali Msutafa mendapat perkhabaran tersebut dan bergegas ke Bukit
Kepong. Beliau mengumpulkan penduduk kampung dan menyeru mereka agar menolak
sebarang dakyah daripada pihak komunis, sebaliknya membantu kerajaan menjaga
keamanan. Kemudian, Penghulu Ali meminta mereka menurunkan bendera komunis dan
menaikkan semula bendera Johor. Penghulu Ali kemudian bertemu dengan pihak
berkuasa agar Rumah Pasung Bukit Kepong dipulihkan kembali untuk mengekang
pergerakan komunis. Pemerintah menerima cadangan tersebut, lalu dua minggu
kemudian seramai 15 anggota polis dari pelbagai pangkat diarah berkhidmat di Bukit
Kepong.
Madera, ketua pengganas komunis dari kalangan orang Melayu, telah menemui
Penghulu Ali agar menyokong kegiatan pengganas komunis menentang kerajaan. Madera
berasa kecewa apabila permintaan yang dikemukakannya ditolak oleh Penghulu Ali.
Dalam kejadian yang lain, pada suatu hari, ketika Aziz Tompok, Harun Nuik, dan Saibun
ke pecan Bukit Kepong untuk mengutip wang jualan rotan, tiba-tiba mereka telah disekat
oelh orang-orang Tucksai. Mereka telah diarahkan pulang tetapi Saibun dan Aziz
melawan dan telah berjaya membunuh dua daripada mereka. Kejadian tersebut memberi
alasan untuk pihak polis mengetetatkan kawalan.
Kejadian tersebut membuatkan pengganas komunis berasa amat marah dan
berazam untuk membalas dendam. Suatu malam, Wangli dan Tucksai membawa 10
BAB 3
orang rakannya menuju ke Kampung Belatak. Mereka mengepung rumah Saibun. Mereka
telah membunuh mentua, isteri, dan anak-anak Saibun dan kemudiannya rumah itu
dibakar.Dua orang rakan Saibun cuba menentang musuh tetapi tidak berjaya. Ketika
kejadian tersebut berlaku, Saibun tiada di rumah. Setibanya Penghulu Ali dan pasukan
polis ke tempat tersebut, pengganas komunis telah melarikan diri.
KEGIATAN
Kegiatan kegenasan berlaku setiap hari, terutama di daerah Muar dan Labis.
Suasana menjadi semakin tegang. Pergerakan orang ramai semakin terhad apabila
sesetengah kawasan dikuatkuasakan perintah berkurung. Lamfong, ketua pengganas
komunis di kawasan Muar, dibantu oleh Lausan, telah mengetuai gerombolan menyerang
Pekan Simpang. Mereka akan membunuh sesiapa sahaja ysng menentang aktiviti mereka
dan akan merampas segala barang makanan bagi disimpan di hutan Pagoh. Pada
keesokan harinya pula mereka menyerang Ladang Getah Palaniapa dan membunuh para
pekerja yang menentang mereka. Kemudian, mereka membakar semua rumah dan
bangunan yang ada. Beberapa hari kemudian, Lamfong dan pembantunya Ahsai pergi ke
rumah seorang tauke lading getah berbangsa Cina. Tauke Cina itu enggan bekerjasama
dan dibunuh di hadapan para pekerjanya.
Suatu hari, ketika Lans Koperal Jidin dan Othman menjalankan tugas sekatan
jalan, mereka menahan basikal yang dinaiki Ahlam yang membawa dua tin besar
makanan. Ahlam tidak memberitahu ke mana bekalan itu hendak dibawa. Setelah
memeriksa bekalan yang dibawa, didapati kedua-dua tin tersebut mengandungi bekalan
ubat-ubatan dan makanan. Ahlam ditahan untuk siasatan rapi.
Pasukan pengganas yang diketuai oleh Chanfei dan 60 orang anggota
menjalankan tugas di pinggir hutan Labis bercadang untuk menyerang Rumah Pasung
Labis. Dalam waktu yang sama, pada Januari 1950, pasukan penggempur polis dengan
dibantu jungle squad menuju sasaran pengganas yang diketuai oleh Chanfei. Mereka
bergarak secara combat dari tiga penjuru yang diketuai oleh Inspektor Majid, Inspektor
Chin, dan Leftenan Brown. Malangnya pergerakan mereka tidak membuahkan sebarang
hasil apabila sudah dihidu terlebih dahulu oleh pihak musuh. Maka terjadilah
pertempuran sengit. Ketua pengganas dan sebahagian daripada ahlinya berjaya melarikan
diri. Manakala seramai 23 pengganas berjaya dibunuh dan 17 orang lagi ditawan.
Sebanyak 14 laras senjata dan beberapa butir bom turut dirampas.
BAB 4
PERTUKARAN
Peristiwa pertempuran yang berlaku di Labis menyebabkan pasukan keselamatan
menambah anggota di beberapa buah rumah pasung. Lans Koperal Jidin Omar, Othman
Yusof, Yusof Rono, EPC khalid, dan EPC Mohd Top LAzim telah diarahkan bertukar ke
Rumah Pasung Bukit Kepong. Disebabkan kekurangan rumah keluarga, Othman telah
menghantar isterinya yang sarat mengandung pulang ke Kulim. Othman bersama-sama
Latif menaiki jip hingga ke Rumah Pasung Lingga. Dari situ, mereka menaiki bot marin
menuju ke Bukit Kepong. Perjalanan menaiki bot memakan masa dua jam.
Pada 11 Februari 1950, Madera dan Tucksai telah diarahkan oleh Chanfei untuk
merisik kedudukan Rumah Pasung Bukit Kepong. Mereka menanda beberapa kawasan.
Othman bersama rakannya yang meronda beberapa kawasan kampung telah menemui
beberapa perkara aneh, antatranya buluh yang dipancang di beberapa tempat dan
sebatang cangkul yang ditanam. Anggota polis yang lain juga turut terperasan apabila
seorang pemuda Cina duduk berjam-jam lamanya di sebuah gerai sambil merenung
Rumah Pasung Bukit Kepong. Malah terdapat seorang pemuda lain dating menjual
pisang ke kampung dan berkumpul di berhala Cina. Namun, kejadian aneh yang berlaku
itu tidak sedikit pun menimbulkan rasa syak akan sesuatu kemungkinan buruk, apatah
lagi beberapa hari lagi akan diadakan sambutan Tahun Baru Cina.
BAB 5
SERANGAN
Pada 21 Februari 1950, suasana di Bukit Kepong sangat meriah. Ramai yang
pulang ke kampung. Walau bagaimanapun, anggota polis tetap berwaspada. Hari ini,
OCPD Pagoh, Inspektor J.J. Raj Juniar telah mengadakan lawatan dan mendengar
taklimat tentang keselamatan. Pada waktu itu pihak pengganas di bawah pimpinan
Lektuan telah bersiap sedia untuk menyerang Rumah Pasung Bukit Kepong.
Pengganas komunis telah mengatur strategi dengan menggunakan 180 ahli.
Sebanyak tiga pasukan ditubuhkan; pasukan penggempur, pasukan senjata automatik,
pasukan propaganda. Mereka juga mewujudkan pasukan penghalang untuk menghalang
kemaraan pasukan bantuan kerajaan. Keesokannya, Lektuan mengarahkan pasukan yang
ditubuhkan itu menjalankan tugas seperti yang telah diarahkan. Pengganas komunis
berkhemah tidak jauh dari Kampung Durian Chondong. Pada malamnya, suasana Bukit
Kepong terus meriah apabila mercun dan bunga api dipasang.
Pada malam itu, Tucksai dan Ahmeng diarah memperdaya ketua rumah pasung,
Sarjan Jamil supaya keluar dari rumah pasung tersebut untuk dibunuh. Untuk tujuan
tersebut, Tucksai dan Ahmeng membuat laporan palsu tentang kematian anak Ahmeng
ysng terjatuh ke dalam perigi dan disyaki mati. Mereka berdua meminta Sarjan Jamil
menyiasat pada malam itu juga. Anggota polis agak ragu-ragu terhadap laporan tersebut
kerana kedua-dua lelaki Cina ini tidak pernah dilihat. Akhirnya hasrat memperdaya
anggota polis tidak tercapai.
Tanpa disedari oleh penduduk dan pengawal, selepas membuat laporan, kedua-
dua lelaki Cina itu Berjaya menyusup hingga ke sisi pagar rumah pasung. Ketika itu
anjing menyalak, tetapi anggota polis tidak menduga sebarang kemungkinan buruk.
Selepas dua jam mereka menuggu, kira-kira jam 4.00 pagi, Sarjan Jamil masih belum
keluar untuk menyiasat. Akhirnya, Chanfei mengarahkan pasukan penggempur untuk
mengambil tempat. Mereka bergarak secara combat. Ketika itu penghuni rumah pasung
sedang tidur lena, manakala pengganas komunis mula menagtur rancangan untuk
menyerang.
BAB 6
LEDAKAN
Kira-kira jam 4.00 pagi, seorang pengawal telah ternampak kelibat musuh di luar
pagar. Namun, sebelum maklumat itu dimaklumkan kepada rakan-rakan setugas,
pengganas sudah melepaskan tembakan bertalu-talu dari tiga penjuru. Anggota polis yang
berkawal segera mengambil kedudukan. Proses tembak-menembak yang berlaku antara
anggota polis yang berkawal dan pengganas komunis tersebut telah menyebabkan
penghuni rumah pasung terkejut. Anggota yang tinggal di rumah kelamin segera
mempertahankan diri walaupun ditegah oleh isteri masing-masing. Sarjan Jamil mula
menagrahkan anggotanya mengawal keadaan. Disebabkan serangan demi serangan tanpa
henti, beberapa anggota telah terkena tembakan, antaranya AP Osman Yahya dan Jaafar
Arshad.
Namun, serangan yang berterusan itu pada awalnya tidak dapat didengar oleh
pengawal di Kampung Tui, tempat kediaman Penghulu Ali. Apabila menerima makluman
tentang serangan tersebut, tanpa berlengah, Penghulu Ali segera mengumpulkan semua
pengawal dan mereka segera bergerak menuju ke Bukit Kepong. Usaha dan hasrat untuk
menamatkan serangan tidak tercapai. Madera meminta anggota polis menyerah diri,
namun pasukan polis terus membalas tembakan. Ini menyebabkan pengganas komunis
meneruskan serangan.
BAB 7
PERTAHANAN
Pengganas masih lagi meneruskan serangan. Mereka belum berjaya memasuki
kawasan rumah pasung. Sedang Yusof Rono dan Ahmad Khalid berbalas tembakan
dengan pengganas komunis daripada kubu bawah, Yusof Rono telah terkena tembakan di
bahagian bahu kirinya. Dia meminta bantuan daripada rakan seperjuangannya yang lain
untuk memberikan pertolongan di bahagian kubu bawah. Beberapa anggota polis telah
mati ditembak, seperti Muhamad Jaafar dan Ali Akop.
Kemaraan Penghulu Ali dan orang-orangnya yang datang untuk memberikan
bantuan telah terbantut dek hujan peluru oleh pihak pennganas komunis yang menyerang
dari arah semak dan celah-celah pokok getah. Mereka masih lagi tersekat di pinggir
kampong dan gagal untuk memberikan bantuan. Seorang daripada anak buah Penghulu
Ali telah ditembak mati.
Pada jam 6.00 pagi, keadaan tanah mulai terang. Bayang-bayang musuh dan pihak
polis sudah boleh dilihat. Madera sekali lagi meminta anggota polis supaya menyerah
diri. Namun, pasukan polis tidak sesekali bercadang untuk menyerah. Pertahanan anggota
polis mula rapuh. Ketika itu, kebanyakkan anggota polis telahpun gugur dan yang tinggal
hanyalah beberapa orang sahaja seperti EPC Mohd Top Lazim, Othman Yusof, dan Lans
Koperal Jidin Omar. Isteri anggota polis yang bertahan di berek pula masih lagi selamat.
BAB 8
DETIK CEMAS
Berita serangan pengganas komunis terhadap Rumah Pasung Bukit Kepong telah
dimaklumkan kepada Ketua Polis Muar dan pegawai Daerah Muar. OCPD Pagoh dan
pasukan jungle squad bergerak menuju ke Bukit Kepong. Ketika itu, pengganas sudah
berjaya masuk ke kawasan berek. Pengganas mula menggunakan bom tangan,
melemperkannya ke arah anggota polis yang sedang mempertahankan diri. Ahmad
Khalid cedera setelah terkena serpihan bom itu. Lausan mengarahkan Madera untuk
mendapatkan anggota polis yang berada dalam berek. Madera dan kumpulannya
menjalankan tugas mereka dan mereka terjumpa dengan ahli keluarga polis lalu
mengheret mereka keluar.
Sementara itu, Mariam Ibrahim merayu kepada Madera untuk mencari suaminya,
Muhammad Jaafar. Dia diherdik beberapa kali namun dia tetap berdegil untuk
mendapatkan mayat suaminya. Muhammad Jaafar pada ketika itu masih mempunyai
pernafasan yang amat lemah, nyawa-nyawa ikan. Dia meninggalkan dunia ini di sisi isteri
dan anak-anak kesayangannya. Lans Koperal Jidin Omar yang sedang bertahan
menentang pengganas komunis pula terkena peluru dan hal ini menyebabkan dia cedera
parah.
Seterusnya pengganas membakar rumah pasung. Othman dan Mohd Top Lazim
terperangkap. Untuk menyelamatkan diri, Othman lari dari kepungan itu lalu terjun ke
sungai berselindung di dalam bot. pengganas terus mengejar Othman dan Othman
bergerak ke tebing dan berselindung pada seperdu pohon. Pengganas tidak jadi
membunuh Yusof Rono dan Ahmad Khalid kerana menyangka kedua-dua anggota polis
itu sudah mati. Keseluruhannya, pengganas seramai 180 orang, Berjaya menguasai rumah
pasung yang dipertahankan oleh 18 anggota polis itu.
BAB 9
SAAT TERAKHIR
Pengganas meninggalkan Rumah Pasung Bukit Kepong kira-kira jam 8.00 pagi.
Ahli keluarga polis dibiarkan begitu sahaja. Mereka meratapi mayat insan yang tercinta
dengan perasaan duka dan sedih. Othman yang bersembunyi di dalam sungai, setelah
memastikan pengganas komunis telah meninggalkan kawasan tersebut merangkak ke
tebing. Othman cuba meminum air tetapi ditegah oleh Mariam kerana air di dalam itu
telah dimasukkan racun oleh Madera. Penghulu Ali dan orang-orangnya pula hanya
berjaya memasuki kawasan itu selepas pengganas meninggalkan kawasan tersebut.
Mereka memadamkan kebakaran, mengangkat mayat, dan mangsa yang tercedera.
Pasukan penyelamat yang diketuai oleh OCPD Pagoh tiba dan mereka turut
membantu menyelamatkan mangsa. Pada maghribnya pula, anak-anak buah Penghulu Ali
berkumpul di masjid Bukit Kepong mengadakan tahlil, bacaan Al-Quran serta membaca
yasin secara berterusan dan bergilir-gilir sehingga subuh. Setelah selesai solat Subuh
sebahagian daripada mereka telah diarahklan untuk menggali 23 liang lahad bagi
mengebumikan mayat anggota polis yang terkorban.
Pada 24 Februari 1950, jam 7.00 pagi, Menteri Besar Johor, Dato’ Onn Jaafar dan
rombongannya menuju ke pekan Lenga dan telah diberikanb taklimat tentang peristiwa
yang berlaku. Beliau telah bersolat zuhur bersama-sama penduduk kampung dan
menyembahyangkan mayat pahlawan yang telah siap dikafankan. Satu demi satu keranda
diturnkan ke lubang liang lahad dan dikambus rapat. Imam masjid membacakan talkin
dan doa. Dato’ Onn Jaafar berangkat pulang setelah selesai upacara pengebumian.
BAB 10
TERLANTAR
Othman dan rakan-rakannya yang cedera telah dirawat di Hospital Muar. Dia
berusaha untuk menerima rawatan di Alor Setar, berhampiran kampong isterinya, tetapi
tidak berjaya. Di Kulim, berita serangan pengganaskomunis terhadap Rumah Pasung
Bukit Kepong telah tersebar luas. Polis Kulim ke rumah keluarga Pak Yusof dan
memaklumkan bahawa Othman telah terkorban dalam serangan tersebut. Limah yang
baru sahaja melahirkan anak dan masih berada dalam pantang itu terkejutdan
menyebabkan fikirannya terganggu, sedikit sebanyak semakin sasau.
Dua minggu kemudian, Othman yang telah mula sembuh dibenarkan keluar. Dia
diberi cuti selama sebulan untuk pulang ke kampungnya. Keluarganya amat terperanjat
apabila mendapat tahu Othman masih hidup.Namun, perasaan sedih menghantui dirinya
apabila mengetahui keadaan isterinya yang tercinta itu.
Sekembalinya bertugas di Muar, dia mendapat sepucuk surat dari OSPC yang
mengatakan bahawa dia ditukarkan ke Alor Setar. Dalam perjalanannya ke Alor Setar,
dia tidak singgah sebentar di Kulim sebaliknya terus melaporkan diri ke tempat kerjanya
itu. Dia diberikan tugas-tugas ringan sahaja sebelum dia pulih sepenuhnya daripada
kecederaannya.
Othman menerima sepucuk surat daripada bapanya mengatakan bahawa keadaan
Limah semakin teruk terpaksa menerima rawatan di Hospital Bahagia, Tanjung
Rambutan. Othman serta merta menyerahkan surat letak jawatan pada keesokkan harinya.
Sehingga tahun 1954, Othman masih boleh menoreh getah di samping mengajar
kawad dan cara menggunkan senjata kepada pasukan home guard di Kulim. Namun,
apabila doktor memberitahu bahawa kakinya perlu dipotong untuk menyelamatkan
nyawanya, dia tidak membantah. Dia terlantar selama dua minggu di hospital dan dia
bergerak dengan dibantu tongkatnya dahulu.
BAB 11