buku aturcara majlis graduasi

download buku aturcara majlis graduasi

of 27

  • date post

    16-Jan-2016
  • Category

    Documents

  • view

    159
  • download

    18

Embed Size (px)

description

smk narinang

Transcript of buku aturcara majlis graduasi

majlis Graduasi pelajar pra u senior & majlis anugerah Kokirikulum

majlis Graduasi pelajar pra u senior & majlis anugerah KokirikulumSMK NARINANG 2014

Dirasmikan oleh: YBhg. Ewon Benedick Setiausaha Politik Kepada Timbalan Ketua Menteri / Menteri Pertanian Dan Industri Makanan Negeri Sabah

Tarikh : 30 Oktober 2014 (Khamis) Tempat : Dewan SMK Narinang, Kota Belud

MISI SEKOLAHSMK Narinang Membangun Potensi Pelajar Secara Menyeluruh Melalui Pendidikan Berkualiti Berteraskan Falsafah Pendidikan Negara.

VISI SEKOLAHSMK Narinang Bertekad Menjadi Sekolah Cemerlang Menjelang Tahun 2015

COGAN KATASMK Narinang Nombor 1

MATLAMAT PROGRAMMemberi Pengiktirafan Kepada Para Pelajar Prauniversiti Yang Telah Berjaya Menamatkan Pengajian Di Sekolah Ini

Memberi Pengiktirafan Kepada Pelajar Yang Telah Menunjukkan Kecemerlangan Dalam Kokurikulum

OBJEKTIF PROGRAMMemberi Suntikan Semangat Kepada Mereka Yang Bakal Menduduki Peperiksaan STPM

Memberi Pengiktirafan Kepada Pelajar Yang Mencapai Keputusan Cemerlang Dalam Peperiksaan Dan Kokurikulum

UCAPAN ALU-ALUAN PENGETUA

Salam Sejahtera Dan Salam 1 Malaysia

Terlebih dahulu kita panjatkan kesyukuran kepada Tuhan kerana atas anugerah-Nya kita dapat mengadakan Majlis Graduasi Pelajar Prauniversiti dan Anugerah Kokurikulum SMK Narinang Kota Belud tahun ini.

Majlis graduasi ini diadakan khusus untuk meraikan dan memberi pengiktirafan kepada pelajar Prauniversiti dan juga kepada pelajar yang telah mengharumkan nama sekolah dalam bidang kokurikulum sepanjang tahun 2014. Majlis ini juga sebagai perangsang kepada pelajar untuk mencapai kejayaan dalam setiap bidang yang bakal diceburi kelak. Sebenarnya Majlis Graduasi ini dan peperiksaan STPM yang bakal ditempuhi hanyalah titik permulaan jalan kehidupan yang bakal diterokai. Di hadapan para pelajar nanti, terbentang pelbagai ranjau, duri dan rintangan ke arah pencapaian sebenar dalam kehidupan. Oleh sebab itu,semangat perjuangan yang murni dan kekuatan iman perlu diperkukuh bagi membolehkan para graduan meneruskan perjalanan dengan penuh yakin dan tabah.

Saya juga amat berharap pelajar memiliki daya saing yang positif ke arah mewujudkan generasi yang inovatif dalam bidang sains dan teknologi. Negara memerlukan teknokrat yang proaktif dan matlamat tersebut juga merupakan sebahagian daripada hasrat negara. Untuk Berjaya sebagai teknokrat mahupun pemangkin pembangunan negara, para pelajarperlu berubah dan untuk memulakan perubahan itu, pelajar mestilah meneroka dalam diri sendiri untuk mencari kekuatan, kelemahan dan ancaman yang ada. Dengan kata lain, pelajar perlu ada unsur-unsur pemugaran kendiri untuk mendepani masa depan.

Oleh sebab itu, saya mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada guru-guru, kakitangan, dan ibu bapa sekalian. Kesediaan dan kesudian ibu bapa untuk sama-sama berganding bahu hadir dalam Majlis ini amat kami hargai dan kami sanjungi. Kepada para pelajar,hargailah harapan tinggi setiap ibu bapa melalui keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan STPM 2014 dapat dinikmati selama-lamanya.

Akhir kata, ingatlah kata-kata ini, usaha yang luar biasa akan menghasilkan kejayaan yang luar biasa. Kami mendoakan agar pelajar Berjaya dalam apa juga bidang yang diceburi di samping tabah mengharungi kehidupan di luar sana dan sentiasa berusaha tanpa mengenal erti putus asa.

(SOLINGKOI SIDI)PENGETUA SMK NARINANG, KOTA BELUD

UCAPAN YDP PIBG SMK NARINANG

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.

Terlebih dahulu saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak sekolah SMK Narinang kerana member kesempatan kepada sayauntuk menyampaikan sepatah dua kata sempena Majlis Graduasi Pelajar Prauniversiti dan Anugerah Kokurikulum SMK Narinang pada kali ini.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada pihak sekolah dan guru-guru kerana Berjaya mengadakan majlis yang penuh gemilang ini. Saya mewakili ibubapa pelajar, kami sebenarnya amat terharu dan terhutang budi kepada pihak sekolah khususnya pengetua, semua Penolong Kanan dan guru-guru telah mendidik anak-anak kami sejak dari awal tahun sehingga hari ini. Saya difahamkan pelbagai program akademik dilaksanakan secara berfokus untuk memastikan pelajar-pelajar PT3, pelajar SPM dan Prauniversiti mendapat keputusan yang cemerlang dan terbilang.

Selain itu, pihak PIBG merakamkan syabas dan tahniah kepada semua atlet SMK Narinang yang telah berjaya mempertahankan kejuaraan Sukan Olahraga peringkat Kota Belud kali Ke-17. Sesungguhnya pencapaian dalam bidang sukan telah menaikkan imej SMK Narinang ke peringkat yang lebih tinggi malah disegani oleh sekolah-sekolah lain di Kota Belud. Oleh sebab itu, sekali lagi ibu bapa merakamkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua guru yang bertungkus lumus melatih, membimbing pelajar sehingga mengecapi kejayaan yang luar biasa. Hanya Tuhan sahaja yang membalas pengorbanan cikgu sekalian. Kepadaibubapa pula, saya berhara pagar kitadapat memberikerjasama kepada pihak sekolah demi meningkatkan pencapaian akademik anak-anak kita sehingga ke peringkat yang lebih tinggi lagi.

Kepada semua pelajar Prauniversiti yang dikasihi, saya mengucapkan selamat menduduki peperiksaan STPM yang bakal menjelang tiba. Anggaplah peperiksaan tersebut sebagai batu loncatan untuk meraih kecemerlangan dalam kehidupan pelajar. Pepatah Cina ada mengatakan bahawa perjalanan beribu batu dimulakan dengan langkah pertama. Saya berharap semua pelajar SMK Narinang dapat mengorak langkah ke hadapan dengan semangat juang yang tinggi. Sahutlah cabaran STPM dengan keyakinan yang tinggi. Pacakkanlah cita-cita setinggi gunung dan gapailah cita-cita itu dengan usaha yang gigih.

Akhirkata,sekalilagi saya ucapkan syabas dan tahniah kepada pengetua, semua Penolong Kanan, Ketua Bidang dan semua guru atas komitmen yang jitu melaksanakan majlis ini dengan jayanya.

Sekian,terima kasih.

(EN. DEMIS RUMANTI)YDP PIBG SMK NARINANG, KOTA BELUDUCAPAN perasmian

Salam sejahtera dan salam 1Malaysia.

Terlebih dahulu saya mengucapkan terimakasih kepada Puan Solingkoi Sidi Pengetua SMK Narinang atas kesudian menjempu tsaya untuk merasmikan Majli sGraduasi dan Anugerah Kokurikulum yang sangat bermakna ini. Keprihatinan pihak sekolah dalam menjayakan majlis ini merupakan satu usaha yang patut dipuji betapa tingginya harapan untuk melihat kejayaan pelajar.

Penganjuran majlis seumpama ini sebenarnya bertujuan untuk memberi motivasi, perangsang dan sokongan moral kepada pelajar untuk meningkatkan persediaan diri dari aspek psikologi dan mental untuk menghadapi peperiksaan yang bakal menjelang tiba. Oleh sebab itu, dalam kesempatan ini saya menyeru kepada semua pelajar supaya sentiasa mempunyai iltizam dan tekad yang jitu bagi memastikan kejayaan dapat dicapai. Kesedaran dalam menimba ilmu amat penting agar pelajar dapat merealisasikan impian, mempunyai daya juang yang tinggi, berkepimpinan cemerlang dan bersahsiah terpuji selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan dalam melahirkan insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Di samping itu, aspek kemahiran insaniah soft skill tidak boleh dikesampingkan; penghayatan nilai patriotisme yang disemai melalui pengajaran Sejarah mampu membentuk jati diri pelajar serta kemahiran memimpin perlu dikuasai oleh semua pelajar di sekolah ini. Oleh hal yang demikian, pelajar yang cemerlang dalam bidang kokurikulum perlu mengambil peluang keemasan untuk melangkah lebih jauh dalam kokurikulum ketika berada di universiti nanti.

Akhir kata marilah kita sama-sama berdoa kepada Tuhan agar segala impian dan hasra tmurni pihak sekolah, ibu bapa dan pelajar akan tercapai supaya SMK Narinang dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan sekolah lain di negeri Sabah.

Nyalakan azam membumbung,Paduka tekad nan waja;Harungi ombak menggunung,Menuju ke pulau cita.

Sekian terima kasih

(EWON BENEDICK )Setiausaha Politik Kepada Timbalan Ketua Menteri / Menteri Pertanian Dan Industri Makanan Negeri Sabah

PROFIL AHLI JAWATANKUASA PRA UNIVERSITI tahun 2014

Pn. Solingkoi SidiPengetua SMK Narinang

En. SaifulPenolong Kanan Pentadbiran

Pn. Rose ElsiePenolong Kanan HEM

Dr. Jessel Penolong Kanan Kokurikulum

Pn Esther SintehPen. Kanan PrauniversitiB.A. Ekonomiesthersinteh@gmail.com

En Chin Yin Olen @ Mohd Faizal AbdullahPenolong Kanan PetangB.A. B. Melayu

En. Lazimin PansangG. Akademik DG52Ketua Unit P. AMM.Ed., B.Ed. Geografiplazimin@yahoo.com

En Choo Han ChyiGuru CemerlangM.A., B.A. Ekonomichoohanchyi@gmail.com

En Jinih SantihGuru AkademikB.A. Geografijijasa@hotmail.com

En. Jikeria DuminGuru AkademikB.Ed. Sejarah

Pn. Aslizah SaupinGuru AkademikB.Ed. B. Melayuangelass@hotmail.my

En Ribin GinsosGuru AkademikB.A. Ekonomisaa1761d@yahoo.com

Cik Manniseh YakunGuru AkademikM.Ed., B.Sc.Ed Kimiaomisay@gmail.com

Pn Jorin MelsonGuru AkademikKPLI TESLjoreenshaah@yahoo.com

Pn Arnie Joe AndrewG. Mp MUETB. BA (Hons)adyarnie@yahoo.com

En Chin Thien Kong @ Jhonny ApongGuru AkademikB.A. Senijhnny_usm@yahoo.com

En Litin Pouli @ Richard Litin PouliGuru Mp SejarahM, Ed, B.A. Sejarahlitinpouli@ymail.com

Pn Jolly KhatulGuru Mp SejarahM .Ed, B.A. Sejarahjolly_fay@yahoo.com.my

Pn Gui Pau Fah @ Jilly GuiGuru AkademikB.Ed. TESLjillygui@yahoo.com

Cik Santiom DomentingGuru AkademikB.A. Sains Sukan

Pn. Mary MandauG. Akademik DG 48 B.Ed. Sejarahmary.mandau@facebook.com

AJK KERJA MAJLIS GRADUASI PRA-U SENIOR DAN HARI MAJLIS ANUGERAH KOKURIKULUM TAHUN 2014

BilBahagian Pegawai Catatan

1PenasihatPn. Solingkoi SidiEn. Saiful Ridhuan Hj. MahaliPn. Rose Alsie Asah