Program - ppg.icu.gov.my .Majlis Graduasi Sijil Kemahiran Intensif LawatanLepasan Sekolah (SKILS)

download Program - ppg.icu.gov.my .Majlis Graduasi Sijil Kemahiran Intensif LawatanLepasan Sekolah (SKILS)

of 24

  • date post

    23-Aug-2019
  • Category

    Documents

  • view

    217
  • download

    0

Embed Size (px)

Transcript of Program - ppg.icu.gov.my .Majlis Graduasi Sijil Kemahiran Intensif LawatanLepasan Sekolah (SKILS)

  • Program Kesejahteraan Rakyat

    Program Pembangunan Masyarakat

    Dan Institusi

    Lawatan Turun Padang

    Mesyuarat–Mesyuarat Utama

    Pengurusan Organisasi

    Pembangunan Projek/Program Persekutuan

    Pembangunan Projek Rancangan Malaysia Lima

    Tahun (RMLT)

    Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Persekutuan

    Negeri Pulau Pinang (JKTPNg) Bilangan 1/2018

    Mesyuarat Majlis Tindakan Persekutuan Negeri

    Pulau Pinang (MTPNg) Bilangan 1/2018

    Program Rekreasi Pegawai Persekutuan Dan Negeri

    Pulau Pinang Di Taman Negara Teluk Bahang

    Pegawai Bertukar Keluar/Masuk

    Program/ Aktiviti Warga 5P

    Senarai Kandungan

    3

    3

    Penyerahan sumbangan Mobile Team kepada 30 KIR

    eKasih dan B40 Sempena Program Mobile CTC Siri 1

    Tahun 2018 Peringkat Parlimen Balik Pulau

    Lawatan Mobile Team ke Rumah Pelajar-pelajar

    eKasih dan B40 Sek. Keb. Ayer Itam, Pulau Pinang

    Lawatan ke rumah mangsa-mangsa ribut di Kg. Guar

    Kepah, Penaga

    Lawatan Mobile Team ke Rumah KIR eKasih Parlimen

    Permatang Pauh, Pulau Pinang

    4

    4

    Majlis Pelancaran Sijil Kemahiran Intensif Lepasan

    Sekolah (Skils)

    Majlis Graduasi Sijil Kemahiran Intensif Lepasan

    Sekolah (SKILS)

    Program Pusat Transformasi Komuniti Bergerak

    (MCTC) Peringkat Negeri Pulau Pinang Siri 1/2018

    Program Seminar Transformasi Rakyat (STAR Camp)

    Negeri Pulau Pinang 2018 di Parlimen Kepala Batas,

    Nibong Tebal dan Balik Pulau

    Majlis Penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)

    2018 Peringkat Negeri Pulau Pinang

    Majlis Penyerahan Bantuan Khas Banjir 2017 Peringkat

    Negeri Pulau Pinang

    5

    5

    6

    7

    8

    Majlis Perjumpaan Pengerusi MTPNg Bersama Ketua

    Jabatan / Agensi Persekutuan Negeri Pulau Pinang

    Majlis Penyerahan Masjid Penaga, Masjid Dato' Sheikh

    Adnan Parlimen Kepala Batas

    Pengisytiharan Kebenaran Solat Jumaat Pertama

    Masjid Kubang Ulu Parlimen Permatang Pauh

    10

    11

    11

    Pembangunan Projek/Program Persekutuan

    Upacara Pembukaan Jalan (Flag Off) Projek

    Menaiktaraf Jalan Persekutuan FT006 Dari Teluk

    Kumbar Ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau

    Pinang

    Majlis Pelancaran Projek Tabung Penyelenggaraan

    1Malaysia (TP1M) Taman Desa Genting, Balik Pulau

    Majlis Penyerahan Projek Tabung Penyelenggaraan

    1Malaysia (TP1M) Flat Teratai Taman Desa Sena,

    Tasek Gelugor

    Majlis Perasmian Dewan Terbuka di Perumahan Polis

    Bayan Indah, Bayan Lepas & Penyerahan Bantuan

    Khas Banjir Kepada Anggota Polis

    12

    9

    13

    13

    14

    15

    Ringkasan Prestasi RP3 RMK-11 Pulau Pinang

    (Sehingga 31 Mac 2018)

    16

    Lawatan YB Dato' Roslan bin Saidin ke kawasan banjir

    di Paya Keladi Hujung, Pinang Tunggal bersama

    pemimpin tempatan,Timbalan Pegawai Kemajuan

    Negeri dan Pejabat Kemajuan Zon Seberang Perai

    Lawatan YBhg. Dato' Syed Shaari bin Syed Abdullah,

    Pegawai Kemajuan Negeri ke Projek-projek

    Touchpoint 2.0 di Permatang Berangan dan

    Permatang Tinggi A

    Lawatan Kerja YBhg. Tan Sri Zainal Rahim Bin Seman

    Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA)

    Ke Parlimen Balik Pulau

    Program Turun Padang YAB Timbalan Perdana Menteri

    Ke Pulau Pinang

    Program Turun Padang YAB Timbalan Perdana Menteri

    Ke Parlimen Batu Kawan

    17

    17

    Majlis Penyampaian Bayaran Khas Secara One-Off

    Kepada Imam, Bilal, Siak/ Noja/ Merbot Guru Kafa,

    Guru Takmir, Penggali Kubur & Pengurus Jenazah

    di Bawah Peruntukan Bajet Tahun 2018

    18

    19

    20

    21

    22

    23

    24

    Sidang Redaksi

    21

  • Kementerian Kewangan Malaysia dengan kerjasama 5P telah

    menganjurkan Program Pusat Transformasi Komuniti Bergerak

    (MCTC) Peringkat Negeri Pulau Pinang Siri 1/2018 di kawasan

    Sekolah Kebangsaan Balik Pulau, Balik Pulau, Pulau Pinang.

    Program telah dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Dr. Haji Hilmi Bin

    Haji Yahaya, Timbalan Menteri Kesihatan Merangkap Ahli

    Parlimen Balik Pulau dan turut disertai oleh pemimpin tempatan

    persekutuan yang lain. Program Mobile CTC ini dilaksanakan

    bertujuan untuk menyediakan pelbagai perkhidmatan utama

    Kerajaan berbentuk customer oriented kepada komuniti

    setempat dengan menjimatkan masa tanpa perlu pergi ke

    pejabat Kerajaan yang lain pada hari tersebut. Program Mobile

    CTC juga merupakan sebahagian daripada strategi Lautan Biru

    (NBOS) yang diperkenalkan bagi meningkatkan kualiti

    perkhidmatan Kerajaan melalui kerjasama strategik antara

    Jabatan / Agensi Kerajaan. Penganjuran Program Mobile CTC kali

    ini menjadi penganjuran pertama untuk tahun 2018 bagi seluruh

    Malaysia. Kerjasama yang ditunjukkan oleh semua

    Jabatan/Agensi berkaitan Kerajaan dan badan bukan kerajaan

    yang terlibat amat jitu dengan penyertaan 54 buah agensi yang

    menyediakan 37 buah khemah booth pameran dan 17 kenderaan

    perkhidmatan mobile untuk masyarakat setempat. Antara

    program/akiviti yang berlangsung adalah pemeriksaan jantung

    dari pihak Institut Jantung Negara secara percuma, pemeriksaan

    am kesihatan dan pergigian, pertandingan paintball,

    pertandingan mewarna, cabutan bertuah, pemberian sumbangan

    kepada golongan sasar dan sebagainya. Program pada sebelah

    petang turut mengundang artis-artis jemputan di bawah kelolaan

    pihak IM4U Malaysia seperti Lisa Surihani, Adira, dan beberapa artis lain.

  • Majlis Penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia peringkat Negeri

    Pulau Pinang telah diadakan di Dewan Dato’ Haji Mohd Salleh, Jalan

    Permatang Keling, Nibong Tebal bagi menyampaikan baucer BR1M

    kepada penerima yang layak. Majlis telah disempurnakan oleh YBhg.

    Datuk Seri Zainal Abidin Bin Osman selaku Pengerusi Majlis Tindakan

    Persekutuan Negeri (MTPNg) Pulau Pinang. Seramai lebih 700

    penerima baucer BR1M dari Parlimen Nibong Tebal telah hadir

    termasuklah golongan kurang upaya dan warga emas dari pelbagai

    kaum dan agama. Jumlah keseluruhan penerima BR1M bagi Negeri

    Pulau Pinang yang layak bagi Fasa 1 bagi tahun 2018 adalah

    berjumlah 259,350 orang dengan peruntukan sebanyak RM236.89juta

    meliputi mereka yang menerima secara pindahan akaun dan

    penerima baucer. Usaha kerajaan dalam membantu rakyat melalui

    pemberian BR1M ternyata dapat meringankan bebanan kenaikan kos

    sara hidup pada masa kini. Inisiatif pemberian bantuan ini jelas

    menunjukkan kerajaan amat prihatin terhadap beban rakyat dan

    sentiasa berusaha melakukan yang terbaik demi menjaga

    kesejahteraan dan keselesaan kepada rakyat di Malaysia.

    “Kerajaan Persekutuan telah

    memperuntukan sebanyak

    RM6.8 Bilion bagi Program

    Bantuan Rakyat 1Malaysia

    yang memberi manfaat

    kepada 7.4 juta rakyat

    sebagai penerima.”

  • Majlis Penyerahan Bantuan Khas Banjir 2017 peringkat Negeri Pulau Pinang telah diadakan di

    perkarangan Masjid Kepala Gajah, Nibong Tebal. Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang

    bersama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara

    (NADMA) telah bekerjasama bagi menyalurkan bantuan daripada kerajaan Persekutuan kepada

    mangsa-mangsa banjir yang terlibat dalam bencana yang telah melanda pada 3 dan 4 November

    2017 lalu. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Seri Zainal Abidin bin Osman

    Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang (MTPNg). Turut hadir YBhg. Dato' Syed

    Shaari bin Syed Abdullah Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang (ICU JPM), Encik Pang Ah Lek

    Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Pulau Pinang (APM) diiringi wakil daripada Agensi Pengurusan

    Banjir Negara (NADMA). Lebih 270 orang penerima telah hadir bagi menerima bantuan di majlis

    tersebut yang diharap dapat membantu menampung kos kehilangan dan kerosakan harta benda

    semasa bencana banjir pada tahun lalu. Kerajaan Persekutuan sentiasa prihatin terhadap nasib

    rakyat dan telah memperuntukkan sejumlah RM5.387 juta kepada 21,548 ketua isi rumah

    merangkumi mangsa yang berpindah ke pusat-pusat pemindahan mahupun mereka yang tidak

    berpindah semasa banjir di Pulau Pinang. Majlis penyerahan bantuan banjir telah dilaksanakan

    sepanjang bulan Mac 2018 bagi kesemua parlimen di Pulau Pinang.

  • Majlis Perjumpaan Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri

    (MTPNgPP) Bersama Ketua Jabatan/Agensi Persekutuan Negeri

    Pulau Pinang yang pertama bagi tahun 2018 telah dirasmikan

    oleh YBhg. Datuk Seri Zainal Abidin bin Osman, Pengerusi Majlis

    Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang (MTPNgPP) dan

    dihadiri oleh ketua-ketua dan wakil ketua-ketua jabatan/agensi

    persekutuan Negeri Pulau Pinang. Pada majlis perjumpaan ini,

    pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Pulau Pinang

    telah membentangkan taklimat Pelaksanaan Projek Rancangan

    Tebatan Banjir dan Cadangan Projek Mitigasi