BUKU PANDUAN ANUGERAH ALAM SEKITAR KETUA MENTERI …

21
BUKU PANDUAN ANUGERAH ALAM SEKITAR KETUA MENTERI SARAWAK YANG KE-7, 2016 THE 7 th SARAWAK CHIEF MINISTER’S ENVIRONMENTAL AWARD (CMEA) 2016 “Environmental Stewardship Begins With Me” Nota: Jika ada perkataan atau frasa yang tidak jelas atau mengelirukan, sila rujuk teks asal dalam Bahasa Inggeris

Transcript of BUKU PANDUAN ANUGERAH ALAM SEKITAR KETUA MENTERI …

Page 1: BUKU PANDUAN ANUGERAH ALAM SEKITAR KETUA MENTERI …

BUKU PANDUAN

ANUGERAH ALAM SEKITAR KETUA MENTERI SARAWAK YANG KE-7, 2016

THE 7th SARAWAK CHIEF MINISTER’S ENVIRONMENTAL AWARD (CMEA) 2016

“Environmental Stewardship Begins With Me”

Nota: Jika ada perkataan atau frasa yang tidak jelas atau mengelirukan, sila rujuk teks asal dalam Bahasa Inggeris

Page 2: BUKU PANDUAN ANUGERAH ALAM SEKITAR KETUA MENTERI …

1

KATA ALU-ALUAN

Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB) bersama-sama dengan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Sarawak (SCCI) dengan kerjasama Kementerian dan Agensi yang berkaitan sekali lagi menganjurkan Anugerah Alam Sekitar Ketua Menteri Sarawak (CMEA) untuk kali yang ke-7, 2016. CMEA ialah satu insentif yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri bagi menggalakkan “environmental stewardship” di kalangan sektor awam dan swasta. CMEA merupakan anugerah utama bagi industri perusahaan kecil, sederhana dan besar, serta Pihak Berkuasa Tempatan di Sarawak. Sektor perniagaan dan industri merupakan sumber utama pelaburan dan pertumbuhan ekonomi di negeri ini dan anugerah ini memberi peluang untuk mengiktiraf pencapaian mereka dalam menerajui penjagaan dan pengurusan alam sekitar. Selain daripada itu, CMEA ialah satu saluran penting bagi para pemain industri dan peniaga serta sektor awam untuk mempamerkan tanggungjawab korporat organisasi mereka dalam melaksanakan inisiatif “hijau” (green initiatives) bagi mengurangkan jejak karbon (carbon footprints) dalam operasi mereka. Bersesuaian dengan tema “Environmental Stewardship Begins With Me”, CMEA ke-7 bertujuan untuk meningkatkan kesedaran alam sekitar di kalangan komuniti di Sarawak dengan harapan agar semangat “environmental stewardship” ini akan diamalkan di kalangan semua entiti swasta, awam dan juga individu. Selaras dengan saranan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak, kami di NREB amat menggalakkan sektor korporat dan swasta untuk mengambil bahagian di dalam CMEA kali ini. Buku panduan ini disediakan bertujuan untuk meningkatkan pemahaman dan membantu para peserta dalam mengemukakan penyertaan mereka kerana ia mengandungi semua maklumat yang berkaitan dengan CMEA dan menerangkan keperluan untuk menghantar penyertaan. Penyertaan dalam Anugerah itu terbuka kepada semua sektor industri dan perkhidmatan di Sarawak. Saya amat berbesar hati menjemput semua entiti perniagaan, tidak kira besar atau kecil, Pihak Berkuasa Tempatan dan syarikat-syarikat media untuk mengambil bahagian dalam Anugerah Alam Sekitar yang berprestij ini. Majlis Anugerah dijangka akan dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan Bin Haji Satem menjelang akhir tahun ini. Saya mengalu-alukan penyertaan anda di dalam CMEA ke-7 dan kehadiran anda di majlis penyampaian Anugerah itu nanti. Sekian, terima kasih.

[ PETER SAWAL ] Controller Kualiti Alam Sekitar Sarawak merangkap

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur CMEA ke-7, 2016

Page 3: BUKU PANDUAN ANUGERAH ALAM SEKITAR KETUA MENTERI …

2

KANDUNGAN

mukasurat

1.0 PENGENALAN

2.0 OBJEKTIF ANUGERAH

3.0 TEMA

4.0 KENAPA ORGANISASI PERLU MENYERTAI

5.0 FAEDAH-FAEDAH UNTUK PEMENANG

6.0 KATEGORI ANUGERAH

7.0 PENILAIAN PENYERTAAN

8.0 GARIS PANDUAN PENYEDIAAN LAPORAN

9.0 SENARAI PEGAWAI YANG BERTANGGUNGJAWAB (FOCAL PERSON)

10.0 HUBUNGI KAMI BORANG PENYERTAAN

3

3

3

4

4

4

7

9

16

18

19

Page 4: BUKU PANDUAN ANUGERAH ALAM SEKITAR KETUA MENTERI …

3

1.0 PENGENALAN Anugerah Alam Sekitar Ketua Menteri Sarawak (CMEA) yang berprestij ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada usaha dan komitmen para pemain industri dan Pihak Berkuasa Tempatan yang menunjukkan teladan yang baik dalam pengurusan dan perlindungan alam sekitar. Pemenang CMEA diiktiraf oleh orang ramai sebagai contoh peniaga dan industri yang mempunyai prestasi cemerlang dalam alam sekitar. 2.0 OBJEKTIF ANUGERAH Objektif utama CMEA adalah untuk: a) Menyediakan peluang bagi sesebuah organisasi untuk mendapatkan penilaian bebas tentang komitmen mereka terhadap alam sekitar; b) Merangsang inisiatif para peniaga dan industri dalam memainkan peranan proaktif dalam perlindungan alam sekitar; c) Mengiktiraf pencapaian organisasi agar menjadi contoh terhadap organisasi lain yang serupa; dan d) Memupuk dan mengukuhkan amalan 3R, iaitu Mengurang, Mengguna Semula dan Mengitar Semula, sebagai salah satu daripada cara hidup ke arah kelestarian Bumi selaras dengan konsep "Think Globally, Act Locally” (Berfikir secara global, Bertindak secara lokal). 3.0 TEMA Tema tahun ini “Environmental Stewardship Begins With Me” bertujuan untuk menyerlahkan pemilikan kita terhadap alam sekitar. Ini bermaksud bahawa setiap individu dan organisasi mempunyai tugas dan tanggungjawab untuk melindungi dan memelihara alam sekitar yang merupakan milik kita bersama. Keputusan untuk memikul tanggungjawab ini perlulah bermula dari sekarang, iaitu dari diri kita sendiri. “Stewardship” terhadap alam sekitar merujuk kepada melindungi alam sekitar melalui cara-cara seperti kitar semula, pemuliharaan, pertumbuhan semula, dan pemulihan. Tugas dan tanggungjawab untuk memelihara kualiti alam sekitar harus dipikul oleh semua orang oleh kerana semua tindakan manusia memberi kesan kepada alam sekitar. Organisasi yang memiliki "Environmental Stewardship" akan mempunyai sistem bagi membolehkan mereka untuk:

• menggunakan sumber dengan cekap; • mengurangkan sisa dan meminimakan kesan negatif terhadap alam sekitar; • menterjemahkan penjimatan sumber dan pengurangan sisa ke dalam bentuk

kewangan; dan • menyediakan persekitaran kerja yang sihat, lebih cekap dan berkesan.

Page 5: BUKU PANDUAN ANUGERAH ALAM SEKITAR KETUA MENTERI …

4

Dengan ini, organisasi akan menikmati pelbagai faedah, seperti faedah ekonomi dan kesihatan pekerjanya, selain daripada perlindungan dan pemuliharaan alam sekitar. 4.0 KENAPA ORGANISASI PERLU MENYERTAI Dengan mengambil bahagian dalam CMEA:

i) organisasi akan menerima bimbingan teknikal tentang perkara-perkara berkaitan alam sekitar yang mempengaruhi dan memberi kesan terhadap perniagaan mereka;

ii) organisasi akan menerima rundingan percuma dan nasihat tentang undang-undang alam sekitar dan pematuhan;

iii) pengurusan dan kakitangan di organisasi tersebut akan mempunyai kefahaman yang lebih baik tentang isu-isu alam sekitar;

iv) organisasi akan menunjukkan kepada semua pihak (pelanggan, pembekal, agensi kerajaan atau badan-badan yang mengawal selia aktiviti mereka, dan lain-lain) tentang komitmen mereka terhadap prestasi alam sekitar; dan

v) finalis akan diberikan penilaian bebas tentang prestasi alam sekitar mereka dan pemenang akan menikmati keistimewaan sebagai penerima Anugerah berprestij CMEA.

5.0 FAEDAH-FAEDAH UNTUK PEMENANG Pemenang Anugerah Alam Sekitar Ketua Menteri akan menerima:

• Trofi dan Sijil Penyertaan • Kelayakan untuk menggunakan logo CMEA untuk tujuan publisiti • Pengiktirafan sebagai sebuah organisasi teladan yang komited terhadap

perlindungan alam sekitar • Diskaun 50% yuran kursus untuk tiga orang untuk satu program alam sekitar

anjuran NREB. Diskaun ini hanya sah untuk satu tahun berikutnya selepas Majlis Penganugerahan.

6.0 KATEGORI ANUGERAH Penyertaan untuk Anugerah ini adalah terbuka kepada semua organisasi di bawah kategori yang berbeza bagi memastikan persaingan yang adil dan menghapuskan perbandingan ketara antara sektor. Kategori-kategori Anugerah adalah seperti berikut: 1) Industri:

o Perusahaan besar (Large Enterprise):

i) Pembuatan, Perkhidmatan Berkaitan Perkilangan dan Industri Asas Tani – Perusahaan yang mempunyai jumlah pekerja sepenuh masa melebihi 150 orang kakitangan dengan jumlah jualan tahunan (sales turnover) melebihi RM25 juta (termasuk produk petroleum)

Page 6: BUKU PANDUAN ANUGERAH ALAM SEKITAR KETUA MENTERI …

5

ii) Perkhidmatan, Pertanian Utama dan Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT) – Perusahaan yang mempunyai jumlah pekerja sepenuh masa melebihi 50 orang kakitangan dengan jumlah jualan tahunan (sales turnover) melebihi RM5 juta

a) Perkhidmatan (Telekomunikasi, Bekalan Elektrik, Pelupusan Sisa,

Bekalan Air) b) Logistik c) Pembinaan, seperti Hartanah, Infrastruktur d) Perladangan e) Pembalakan f) Kuari dan perlombongan g) Perkapalan h) Penerbangan

iii) Minyak dan gas iv) Lain-lain: Kilang minyak kelapa sawit, Pusat membeli-belah dan sebagainya

o Industri Sederhana:

i) Pembuatan, Perkhidmatan Berkaitan Perkilangan dan Industri Asas Tani – Perusahaan yang mempunyai jumlah pekerja sepenuh masa antara 51 hingga 150 orang kakitangan, dan jumlah jualan tahunan (sales turnover) antara RM10 juta dan RM25 juta

ii) Perkhidmatan, Pertanian Utama dan Teknologi Maklumat & Komunikasi

(ICT) - Perusahaan yang mempunyai jumlah pekerja sepenuh masa antara 20 hingga 50 orang kakitangan, dan jumlah jualan tahunan (sales turnover) antara RM1 juta dan RM5 juta.

a) Perkhidmatan (Telekomunikasi, Bekalan Elektrik, Pelupusan Sisa,

Bekalan Air) b) Logistik c) Pembinaan d) Perladangan

Page 7: BUKU PANDUAN ANUGERAH ALAM SEKITAR KETUA MENTERI …

6

e) Hotel dan Resort (3 Bintang dan ke atas) f) Padang Golf

iii) Lain-lain

o Industri Kecil:

i) Pembuatan, Perkhidmatan Berkaitan Perkilangan dan Industri Asas Tani - Syarikat yang mempunyai jumlah pekerja sepenuh masa antara 5 hingga 50 orang kakitangan atau jumlah jualan tahunan (sales turnover) antara RM250,000 dan kurang daripada RM10 juta.

ii) Perkhidmatan, Pertanian Utama dan Teknologi Maklumat & Komunikasi

(ICT) - Syarikat yang mempunyai jumlah pekerja sepenuh masa antara 5 hingga 19 orang kakitangan atau jumlah jualan tahunan (sales turnover) antara RM200,000 dan kurang daripada RM1 juta.

a) Stesen minyak / petrol b) Restoran c) Perkhidmatan Kitar Semula (untuk sisa terjadual dan sisa am)

iii) Lain-lain

2) Agensi Kerajaan:

o Pihak Berkuasa Tempatan:

i) Bandaraya dan Majlis Perbandaran ii) Majlis Daerah

3) Organisasi Media 4) Individu / wartawan

Page 8: BUKU PANDUAN ANUGERAH ALAM SEKITAR KETUA MENTERI …

7

7.0 PENILAIAN PENYERTAAN Penilaian penyertaan CMEA dijalankan dalam dua peringkat: PERINGKAT 1: Penyerahan “Laporan Penilaian Prestasi Kendiri (Self-evaluated) Alam Sekitar” oleh organisasi yang mengambil bahagian. Laporan dinilai berdasarkan kriteria-kriteria yang telah disediakan oleh Ahli Jawatankuasa Teknikal merangkap Panel Hakim. Garis Panduan Format Laporan memerlukan organisasi memberi maklumat tentang lima bidang utama berdasarkan kriteria yang ditetapkan di bawah MS ISO 14000. Ini termasuklah: a) KOMITMEN DAN DASAR

i) Dasar alam sekitar Syarikat b) PERANCANGAN

i) Aspek-aspek alam sekitar ii) Keperluan undang-undang dan lain-lain iii) Program pengurusan alam sekitar

c) PELAKSANAAN PELAN PENGURUSAN ALAM SEKITAR (EMP – Environmental Management Plan)

i) Struktur dan tanggungjawab ii) Latihan, kesedaran dan kecekapan iii) Persediaan dan tindak balas kecemasan

d) PENGUKURAN DAN PENILAIAN

i) Pemantauan dan pengukuran program alam sekitar e) KAJIAN SEMULA DAN PENAMBAHBAIKAN

i) Kajian Semula Pengurusan PERINGKAT 2: Jawatankuasa Teknikal merangkap Panel Hakim akan mengadakan lawatan ke organisasi dalam senarai terpilih (short-listed) untuk mengesahkan maklumat yang diberikan dalam Laporan dan mendapatkan kefahaman tentang komitmen dan pencapaian pengurusan alam sekitar oleh syarikat. Mereka akan menilai ketepatan maklumat (yang diberikan di Peringkat 1) dengan memeriksa tapak dan menemu ramah kakitangan secara rawak. Anugerah akan dilaksanakan seboleh-bolehnya mengikut piawaian profesional. Laporan penilaian akan dihasilkan berdasarkan lawatan ke setiap tapak. Maklumat penyertaan yang dihantar kepada penganjur dan apa-apa maklumat tambahan yang diberikan oleh organisasi dianggap sebagai sulit dan tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak ketiga. Semua keputusan akan ditentukan oleh Jawatankuasa Penganjur Anugerah selepas mempertimbangkan penemuan dan syor-syor oleh Panel Hakim.

Page 9: BUKU PANDUAN ANUGERAH ALAM SEKITAR KETUA MENTERI …

8

PRINSIP SISTEM PENGURUSAN ALAM SEKITAR (EMS - ENVIRONMENTAL MANAGEMENT SYSTEM)

Pertubuhan Standardisasi Antarabangsa (ISO – International Organisation for Standardisation) mendefinisikan Sistem Pengurusan Alam Sekitar (EMS) seperti berikut: "Sebahagian daripada sistem pengurusan keseluruhan yang merangkumi struktur organisasi, perancangan aktiviti, tanggungjawab, amalan, prosedur, proses dan sumber untuk membangun, melaksana, mencapai, mengkaji dan mengekalkan dasar alam sekitar." EMS yang direka dengan baik akan menyediakan rangka kerja untuk diamalkan bagi membantu organisasi atau agensi untuk menguruskan agenda dan dokumen alam sekitar serta menyampaikan maklumat tentang prestasi alam sekitar. EMS akan membantu organisasi memastikan risiko dan liabiliti alam sekitar utama dikenal pasti, dikurangkan dan diuruskan. Sekurang-kurangnya, EMS dapat membantu organisasi untuk memastikan operasi yang dijalankan oleh mereka mematuhi undang-undang alam sekitar.

Prinsip 1

Perancangan

Pengukuran dan

Penilaian

Kajian Semula dan

Penambahbaikan

Pelaksanaan EMP

Komitmen dan Dasar

Prinsip 2

Prinsip 3

Prinsip 4

Prinsip 5

Page 10: BUKU PANDUAN ANUGERAH ALAM SEKITAR KETUA MENTERI …

9

8.0 GARIS PANDUAN PENYEDIAAN LAPORAN UNTUK CMEA

Pencalonan bagi CMEA dilaksanakan melalui penyerahan Laporan Penilaian Kendiri Prestasi Alam Sekitar oleh mana-mana entiti perniagaan, tanpa mengira saiz, agensi-agensi dari semua Pihak Berkuasa Tempatan dan syarikat-syarikat media. Setiap penyertaan mestilah disokong dengan dokumen-dokumen yang berkaitan. Garis panduan untuk penyediaan Laporan hendaklah menggunakan format berikut:

Format Laporan Penilaian Kendiri Prestasi Alam Sekitar:

1. Tajuk Utama 2. Isi Kandungan 3. Ringkasan Eksekutif 4. Profil Organisasi 5. Dasar Alam Sekitar 6. Pelan Pengurusan Alam Sekitar 7. Pelaksanaan Program Alam Sekitar, Pemantauan dan Penilaian Prestasi 8. Kajian Semula Alam Sekitar dan Peningkatan Berterusan 9. Kesimpulan 10. Lampiran

Page 11: BUKU PANDUAN ANUGERAH ALAM SEKITAR KETUA MENTERI …

10

PANDUAN UNTUK MENYEDIAKAN LAPORAN 1.0 Halaman Tajuk Perlu mengandungi:

1. Nama organisasi (termasuk logo syarikat); 2. Alamat organisasi; 3. Kategori yang dipertandingkan; dan 4. Tarikh penyerahan (Bulan & Tahun).

2.0 Isi Kandungan Mengandungi senarai topik utama dan muka surat seperti dalam laporan 3.0 Ringkasan Eksekutif Ringkasan penilaian kendiri organisasi (organisation’s self-assessment) untuk prestasi alam sekitar termasuk, tetapi tidak terhad kepada yang berikut:

1. Sistem pengurusan alam sekitar keseluruhan 2. Penggunaan tahunan sumber semula jadi (udara, air, tanah, flora, fauna &

mineral) 3. Jumlah tahunan dan jenis sisa yang dijana oleh organisasi 4. Tindakan yang diambil untuk mengurangkan penggunaan sumber dan bahan

buangan yang dijana 5. Pencapaian penting oleh organisasi ke arah kelestarian alam sekitar

4.0 Profil Organisasi Seksyen ini hendaklah mengandungi, tetapi tidak terhad kepada maklumat berikut: 1. Persediaan organisasi - Carta organisasi syarikat (yang disokong oleh pihak pengurusan), termasuk orang yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar serta jawatan beliau

2. Maklumat perniagaan teras organisasi

- Perkhidmatan atau produk syarikat, yang merangkumi o proses pembuatan / pembekalan produk; o penggunaan / aplikasi produk; dan o para pelanggan syarikat.

- Pembekal bahan mentah, sama ada o pembekal adalah mesra alam sekitar; dan o menyediakan produk / bahan-bahan mentah yang mesra alam.

3. Nilai-nilai teras organisasi - Pernyataan visi dan misi syarikat - Nilai prinsip teras syarikat, dari segi

o prinsip yang menjadi pegangan (guiding principles) o perkara-perkara yang patut (Dos) dan tidak patut dilakukan (Donts)

Page 12: BUKU PANDUAN ANUGERAH ALAM SEKITAR KETUA MENTERI …

11

4. Sumber-sumber dan kuantiti sumber yang digunakan oleh organisasi (udara, air, tanah, flora, fauna & mineral) - Jenis-jenis sumber yang digunakan oleh syarikat setiap hari

o air, udara, tanah, tenaga dan lain-lain o pemilihan sumber yang digunakan o pemilihan yang mesra alam sekitar

- Usaha-usaha memulihara semua sumber o menukar ke bahan-bahan mentah yang boleh diperbaharui o mengurangkan pembaziran sumber o Mengitar semula, Mengurang dan Mengguna semula (Recycle,

Reduce, Reuse) o usaha-usaha lain yang berkaitan

5. Hasil tahunan produk oleh organisasi (jumlah tan produk dan nilai kasar perkhidmatan)

- Hasil pengeluaran dari segi kuantiti dan pendapatan yang dihasilkan (disertakan dengan bukti, contohnya Laporan Tahunan dll.)

6. Jenis dan kuantiti bahan atau sisa buangan yang dihasilkan tahunan

(Jenis: Boleh dikitar semula, Berbahaya / terjadual, Tidak boleh diguna semula dsb.; Kuantiti: tan setahun) - Jenis-jenis bahan buangan

o buangan terjadual o sisa tidak terjadual o sisa yang boleh dikitar semula

- Jumlah kuantiti sisa (tan setahun)

7. Kaedah yang digunakan oleh organisasi untuk melupuskan sisa (% dikitar semula, % dibuang di tapak pelupusan, % dibuang ke persekitaran, % dirawat sebelum dibuang, dll.)

8. Pengiktirafan diterima daripada pihak ketiga atas sumbangan yang dibuat oleh

organisasi terhadap alam sekitar (pensijilan ISO 14001, Anugerah CMEA atau yang setaraf, LA21, dll.)

5.0 Dasar Alam Sekitar

Dalam seksyen ini, organisasi diharapkan mengamalkan pengurusan alam sekitar bagi menunjukkan kesungguhan mereka terhadap komitmen melalui pengwujudan Dasar Alam Sekitar. Dasar ini harus memaparkan antara lain: 1. Dasar perlu disahkan oleh Pengurusan Tertinggi organisasi

- Kesempurnaan Dasar Alam Sekitar o kenyataan umum mengenai pendirian syarikat itu terhadap alam sekitar o tindakan-tindakan khusus oleh syarikat bagi komponen yang dipilih o tandatangan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat pada Kenyataan Dasar

- Penyebaran Dasar Alam Sekitar kepada kakitangan dan pelanggan o kaedah memaklumkan kepada pekerja o kaedah untuk memaklumkan orang ramai / pelanggan

Page 13: BUKU PANDUAN ANUGERAH ALAM SEKITAR KETUA MENTERI …

12

o maklum balas dari kumpulan sasaran tentang pendekatan penyebaran yang digunakan

2. Nilai teras organisasi terhadap alam sekitar - Suatu pernyataan bertulis tentang nilai-nilai syarikat (company’s value) terhadap

alam sekitar - Kerelevanan terhadap fokus alam sekitar global semasa, sama ada dengan

memberi fokus terhadap pencegahan dan pemuliharaan, pembangunan mampan atau pematuhan undang-undang

3. Bidang-bidang alam sekitar (Bidang Tumpuan) yang organisasi berazam untuk

dilindungi, iaitu merujuk kepada bahan buangan yang dijana & bahan mentah yang digunakan (sumber) - Dasar bagi menangani impak yang disebabkan oleh syarikat itu sendiri, dari segi

o menggunakan bahan-bahan mentah yang boleh diperbaharui o rawatan sisa o penjimatan tenaga

- Dasar yang menyediakan penyelesaian jangka panjang terhadap isu-isu alam sekitar

o teknologi hijau / kimia o kitar semula & guna semula (cradle to cradle) o mengguna pakai EMS

- Dasar yang memberi penekanan kepada pendekatan pencegahan dalam mengurangi impak alam sekitar

o mengurangkan input bahan mentah o mengurangkan output sisa buangan o mempromosikan kesedaran dan mesra alam sekitar

4. Pendekatan atau strategi yang organisasi akan guna pakai untuk memenuhi ikrar terhadap alam sekitar - Menjadikan Pengurusan Alam Sekitar atau EM (Environmental Management)

sebagai sebahagian daripada alat pengurusan organisasi o rancangan untuk mengguna pakai ISO 14001 o EM menjadi salah satu agenda utama dengan peruntukan bajet tertentu o menjadikan pengurusan alam sekitar sebagai kekuatan syarikat

- Kesedaran Alam Sekitar untuk pekerja dan pelanggan o mempromosikan aktiviti mesra alam sekitar o memberi penekanan terhadap keselamatan, pemuliharaan dan

perlindungan alam sekitar - Penambahbaikan berterusan dan kawal selia kendiri (self-regulatory)

o mempunyai jawatankuasa untuk menilai semula o mempunyai piawaian sendiri yang lebih ketat daripada peraturan-peraturan o sentiasa memantau kemajuan

Adalah sangat penting agar hal-hal yang ada kena-mengena atau menjadi tumpuan syarikat disejajarkan dengan hal-hal yang menerima impak dari aktiviti teras syarikat.

Page 14: BUKU PANDUAN ANUGERAH ALAM SEKITAR KETUA MENTERI …

13

6.0 Pelan Pengurusan Alam Sekitar Dalam seksyen ini, organisasi menjelaskan rancangannya untuk memenuhi tanggungjawab alam sekitar sepertimana yang diikrarkan dalam Dasar Alam Sekitar organisasi tersebut. Aktiviti yang terlibat dalam perancangan termasuklah: 1. Mengenal pasti aktiviti teras organisasi yang membawa kepada impak buruk

terhadap alam sekitar yang tertentu (juga dikenali sebagai Aspek Alam Sekitar). Impak buruk boleh memberi kesan kepada udara, air, tanah dan persekitaran biologi - Apakah kesan alam sekitar daripada aktiviti anda? - Apakah undang-undang alam sekitar yang organisasi anda perlu patuhi dalam

menjalankan aktiviti utama anda? (sila lampirkan sijil-sijil yang berkaitan, permit atau lesen)

- Senaraikan apa-apa peraturan lain yang berkaitan dengan alam sekitar yang diguna pakai oleh organisasi anda, termasuklah

o piawaian kualiti alam sekitar dalaman (in-house) o piawaian kualiti alam sekitar antarabangsa

2. Susun aspek-aspek alam sekitar ini mengikut keutamaan untuk ditangani (Sila

nyatakan & berikan justifikasi bagaimana anda membuat susunan) - Sila senaraikan dan susun keutamaan anda

o penyenaraian aspek alam sekitar o aspek alam sekitar disusun berdasarkan keutamaan syarikat

- Kenapa anda menyusun mengikut keutamaan? o rasional susunan keutamaan aspek alam sekitar

3. Berdasarkan susunan keutamaan aspek alam sekitar, organisasi perlu mengenal

pasti objektif alam sekitar (objektif jangka pendek dan jangka panjang) dan kemudian menetapkan sasaran alam sekitar spesifik untuk tempoh yang sesuai. Sasaran ini akan digunakan sebagai Petunjuk Prestasi Utama alam sekitar atau KPI (Environmental Key Performance Indicator) organisasi tersebut - Apakah objektif alam sekitar organisasi anda? - Apakah sasaran alam sekitar organisasi anda? - Apakah prestasi alam sekitar anda berhubung dengan sasaran organisasi anda?

o pencapaian sasaran alam sekitar

4. Berdasarkan kepada objektif dan sasaran yang telah ditetapkan, organisasi perlu membangunkan aktiviti (program alam sekitar / projek) untuk mencapai objektif dan sasaran yang telah ditetapkan. Semua cadangan program / projek alam sekitar yang diluluskan (oleh organisasi) perlu dikemukakan dalam bab ini atau sebagai lampiran. Di bawah setiap program / projek alam sekitar, perlu ada pasukan projek, pengagihan tugas dan peruntukan sumber - Apakah aktiviti-aktiviti alam sekitar yang dijalankan oleh organisasi anda dari

tahun 2014 sehingga sekarang? (Sila senaraikan) o adakah projek yang dijalankan telah mengurangkan impak alam sekitar yang

disebabkan oleh perniagaan teras syarikat? - Apa matlamat (KPI) bagi setiap aktiviti alam sekitar yang disenaraikan?

Page 15: BUKU PANDUAN ANUGERAH ALAM SEKITAR KETUA MENTERI …

14

o adakah matlamat dalam cadangan itu sejajar dengan objektif dan sasaran syarikat terhadap alam sekitar?

- Berapakah jumlah bajet yang telah diperuntukkan untuk aktiviti-aktiviti alam sekitar?

- Orang yang bertanggungjawab terhadap aktiviti alam sekitar (Nama dan jawatan) 7.0 Pelaksanaan Program Alam Sekitar, Pemantauan dan Penilaian Prestasi

Dalam seksyen ini, pelaksanaan SETIAP program / projek alam sekitar hendaklah dilaporkan, dan mengandungi maklumat-maklumat berikut: 1. Permulaan SETIAP projek seperti yang telah diluluskan oleh pihak pengurusan

(contohnya, surat kelulusan) - Pegawai yang bertanggungjawab terhadap program/projek (Nama & Jawatan) - Senarai projek-projek alam sekitar - Bukti-bukti (Kertas cadangan, minit mesyuarat dsb.)

2. Rekod-rekod semua peristiwa penting projek (cth. gambar, kelengkapan peralatan, keratan atau kenyataan akhbar dll.) - Adakah syarikat / agensi anda mempunyai Pencapaian Alam Sekitar bagi Projek

(Environmental Project Milestone)? o Senarai pencapaian penting bagi setiap projek

- Nyatakan status projek yang lengkap dengan bukti 3. Rekod pemantauan bagi projek-projek dan penilaian (keberkesanan projek)

terhadap objektif yang disasarkan - Senarai rekod pemantauan yang lengkap dengan bukti - Kekerapan pemantauan (setiap tahun, dua kali setahun, suku tahun) - Pasukan pemantau, sama ada dalaman atau luaran - Senarai parameter yang berkaitan (air, tanah, udara, sisa)

4. % KPI dicapai bagi setiap projek dilaksanakan (sediakan bukti-bukti)

- Senarai KPI untuk setiap projek - Peratus Projek Alam Sekitar yang mencapai KPI - Peratus perbelanjaan mengurus yang dibelanjakan untuk Projek Alam Sekitar

8.0 Kajian Semula Alam Sekitar dan Penambahbaikan Berterusan

Dalam seksyen ini, elemen penambahbaikan yang berterusan perlu ditunjukkan dengan jelas oleh organisasi. Elemen penambahbaikan yang berterusan boleh dikemukakan seperti berikut: 1. Penilaian prestasi setiap program / projek alam sekitar perlu dikaji semula oleh

Jawatankuasa Kajian Semula Pengurusan (Management Review Committee) (dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif organisasi). Ini boleh dibuktikan dari ekstrak dari minit mesyuarat jawatankuasa tersebut yang berkaitan - Rekod kajian semula pihak Pengurusan

2. Keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Kajian Semula untuk setiap program /

projek alam sekitar harus mencerminkan bagaimana organisasi bergerak ke arah pengurusan alam sekitar yang lebih mapan. (Lampirkan ekstrak minit mesyuarat yang berkaitan)

Page 16: BUKU PANDUAN ANUGERAH ALAM SEKITAR KETUA MENTERI …

15

- Keputusan terhadap alam sekitar 3. Tindakan susulan ke atas keputusan Jawatankuasa Kajian Semula Pengurusan

harus dijelaskan dalam bentuk minit mesyuarat pasukan projek, memo kepada ketua pasukan projek, laporan kemajuan tentang tindakan yang diambil, atau apa-apa rekod lain yang bersesuaian - Tindakan yang diambil - Kemajuan tindakan yang diambil

9.0 Kesimpulan

Dalam bab ini, organisasi perlu membuat kesimpulan mengenai pencapaian keseluruhan organisasi dan bagaimana ia telah membantu dalam melindungi alam sekitar. Ini merangkumi: 1. Penilaian kendiri (Self evaluation) organisasi yang menyatakan kekuatan dan

kelemahan - Rumusan pencapaian keseluruhan

o ringkasan apa yang telah dicapai terhadap sasaran o perspektif syarikat terhadap pencapaiannya

2. Ulasan sama ada organisasi telah melakukan sesuatu yang cukup untuk alam

sekitar - Penilaian kendiri yang jujur

o prestasi alam sekitar keseluruhan o Kesesuaian sasaran / KPI o Kelemahan o Kekuatan

3. Apa yang organisasi akan mulakan pada masa akan datang untuk meningkatkan

lagi kelestarian alam sekitar. - Peningkatan di masa hadapan

o perkara berkaitan dasar/polisi o penetapan objektif dan sasaran o inisiatif-inisiatif baru o nilai syarikat terhadap alam sekitar

10.0 Lampiran

Dalam bab ini, semua dokumen yang berkaitan, rekod dll. yang menyokong laporan hendaklah dilampirkan. Dokumen-dokumen perlu dipisahkan mengikut seksyen yang berkaitan untuk memudahkan rujukan.

Page 17: BUKU PANDUAN ANUGERAH ALAM SEKITAR KETUA MENTERI …

16

9.0 SENARAI PEGAWAI YANG BERTANGGUNGJAWAB (FOCAL PERSONS)

NO. KATEGORI FOCAL PERSON EMAIL & NOMBOR UNTUK

DIHUBUNGI

1 INDUSTRI PERUSAHAAN BESAR

i) Pembuatan Pn. Zuhariah Bt. Jon (DOE) [email protected] / 082-482535/ 339535 ext. 113

ii) Perkhidmatan dan sektor lain:

a) Perkhidmatan Pn. Rahmah Biak (NREB) [email protected] / 082-319526

b) Logistik Pn. Penny Sumok (NREB) [email protected] / 082-311505

c) Pembinaan – Hartanah – Infrastruktur

En. Tsai Koh Fen (NREB) [email protected] / 082-449250

d) Perladangan En. Paul Bond Chamberlin (NREB)

[email protected] / 082-319531

e) Pembalakan En. Manaffery Madhan (NREB)

[email protected] / 082-319528

f) Kuari dan Perlombongan En. Wong Jor Jee (NREB) [email protected] / 082-319525

g) Perkapalan Pn. Ann Jee (SCCI)

En. Zehegkiel Piree (SRB)

[email protected] / 082-237148

[email protected] / 082- 207 113

h) Penerbangan Pn. Zuhariah Bt. Jon (DOE) [email protected] / 082-482535/ 339535 ext. 113

iii) Minyak dan Gas En. Muhammad Khalid bin Mohd Kamarudin (DOE)

[email protected] / 082-482535/ 339535 ext. 102

iv) Lain-lain: Kilang minyak kelapa sawit, Pusat membeli-belah dsb.

En. Mohd Jefrin Azlan Abdullah (NREB)

[email protected] / 082-319519

2. INDUSTRI SEDERHANA

i) Pembuatan Pn. Shaliza Saharom (DOE) [email protected] / 082-482535/ 339535 ext. 326

ii) Perkhidmatan dan sektor lain:

a) Perkhidmatan Pn. Rahmah Biak (NREB) [email protected] / 082-319526

b) Logistik Pn. Penny Sumok (NREB) [email protected] / 082-311505

c) Pembinaan Cik Weety Martin (NREB) [email protected] / 082-319540

d) Perladangan Cik Tang Hung Huong (NREB)

[email protected] / 082-319542

e) Hotel & Resort (3 Bintang dan ke atas)

Pn. Mary Magdalen Lutok (NREB)

[email protected] / 082-319534

Page 18: BUKU PANDUAN ANUGERAH ALAM SEKITAR KETUA MENTERI …

17

f) Padang golf En. Justine Jok Jau Emang (NREB)

[email protected] / 082-319505

iii) Lain-lain En. Mohd Jefrin Azlan Abdullah (NREB)

[email protected] / 082-319519

3. INDUSTRI KECIL

i) Pembuatan En. Abang Zaharuddin Abang Mok (DOE)

[email protected] / 082-482535/ 339535 ext. 122

ii) Perkhidmatan dan sektor lain:

a) Stesen minyak/petrol En. Jong Chean Fuei (NREB) [email protected] / 082-319533

b) Restoran Pn. Amy Wong Yiik Mee (NREB)

[email protected] / 082-319504

c) Perkhidmatan Kitar Semula (Sisa terjadual dan Sisa Am)

Cik Tang Hung Huong (NREB)

[email protected] / 082-319542

iii) Lain-lain En. Mohd Jefrin Azlan Abdullah (NREB)

[email protected] / 082-319519

4. AGENSI KERAJAAN: PIHAK BERKUASA TEMPATAN

i) Bandaraya dan Majlis Perbandaran

En. Leonard Law (LGCD) [email protected] / 082-319624

ii) Majlis Daerah En. Leonard Law (LGCD) [email protected] / 082-319624

5. ORGANISASI MEDIA En. Jonathan Manggah (NREB)

En. Mohd. Baharruddin Mohamad (Jab.Penerangan)

[email protected] / 082-319506

[email protected] / 019-6490264

6. INDIVIDU (Environmental Stewardship)

En. Edmund MacMiller (NREB)

Prof. Dr. Gabriel Tonga (UNIMAS)

[email protected] / 082-319536

[email protected] / 082-582997

Page 19: BUKU PANDUAN ANUGERAH ALAM SEKITAR KETUA MENTERI …

18

10.0 HUBUNGI KAMI

Sila hubungi kami untuk sebarang pertanyaan: URUS SETIA LEMBAGA SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR SARAWAK (Natural Resources and Environment Board Sarawak) Tingkat 18 – 20, Menara Pelita, Jalan Tun Abdul Rahman Yakub, Petra Jaya 93050 Kuching, Sarawak Tel: 082-447488 / 319500 Fax: 082-448254 / 312800

Website: www.nreb.gov.my

Pegawai untuk dihubungi: No. Tel. : Email:

a) Pn. Rahmah Biak 082-319526 / 013-8119171 [email protected]

b) En. Edmund MacMiller 082-319536 / 017-8028178 [email protected]

Pegawai untuk dihubungi di pejabat Wilayah NREB: a) Pn. Noor Azima Md. Dahlan 082–365971 / 365972 [email protected]

b) En. Bengkil Jimi 083–471895 / 471901 [email protected]

c) En. Dau Utau 084–349429 / 337428 [email protected]

d) En. George Nyaon 084–873486 / 873485 [email protected]

e) Pn. Sinanawati Marto 086–335772 / 334448 [email protected]

f) En. Joseph Uyo 085–427486 / 437488 [email protected]

g) En. Anthony Malang 085–216487 / 216488 [email protected]

Page 20: BUKU PANDUAN ANUGERAH ALAM SEKITAR KETUA MENTERI …

19

BORANG PENYERTAAN Nama Entiti :

Jenis Perniagaan :

1. Industri Perusahaan Besar:

i) Pembuatan, Perkhidmatan Berkaitan Perkilangan dan Industri Asas Tani

ii) Perkhidmatan, Pertanian Utama dan Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT)

Perkhidmatan (Telekomunikasi, Bekalan Elektrik, Pelupusan Sisa, Bekalan Air)

Logistik Kuari dam perlombongan

Perladangan Penerbangan

Pembalakan Pembinaan;

Perkapalan Hartanah

Infrastruktur

iii) Minyak dan gas

iv) Lain-lain; Kilang minyak kelapa sawit Pusat membeli-belah

Sila nyatakan:

2. Industri Sederhana:

i) Pembuatan, Perkhidmatan Berkaitan Perkilangan dan Industri Asas Tani

ii) Perkhidmatan, Pertanian Utama dan Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT)

Perkhidmatan (Telekomunikasi, Bekalan Elektrik, Pelupusan Sisa, Bekalan Air)

Logistik Perladangan

Hotel dan Resort (3 Bintang dan ke atas) Padang golf

Pembinaan;

Hartanah

Infrastruktur

iii) Lain-lain; Sila nyatakan

3. Industri Kecil:

i) Pembuatan, Perkhidmatan Berkaitan Perkilangan dan Industri Asas Tani

ii) Perkhidmatan, Pertanian Utama dan Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT)

Stesen minyak / petrol Restoran

Perkhidmatan kitar semula (Sisa terjadual dan sisa am)

Lain-lain; Sila nyatakan:

4. Agensi Kerajaan; Pihak Berkuasa Tempatan:

Bandaraya dan Majlis Perbandaran Majlis Daerah

Page 21: BUKU PANDUAN ANUGERAH ALAM SEKITAR KETUA MENTERI …

20

5. Organisasi Media

6. Individu / Wartawan (Environmental Stewardship)

Orang yang bertanggungjawab :

Jawatan :

Alamat Email :

Telefon : Faksimili :

Tarikh Penghantaran :

Nota: * Tarikh tutup penyertaan adalah pada 29 Julai 2016 (Jumaat)

Untuk kegunaan pejabat sahaja

Tarikh penerimaan : Nama penerima & Tandatangan :

Penilaian Peringkat 1

Tarikh Penilaian :

Nama-nama Penilai & Tandatangan :

Penilaian Peringkat 2

Tarikh Penilaian :

Nama-nama Penilai & Tandatangan :