BUKU PANDUAN - jpak.jkr.gov.myjpak.jkr.gov.my/document/files/Dokumen/GP_SA_PKLG... · v....

32
BUKU PANDUAN PENYEDIAAN PELAN OPERASI DAN PENYENGGARAAN ASET (POPA)

Transcript of BUKU PANDUAN - jpak.jkr.gov.myjpak.jkr.gov.my/document/files/Dokumen/GP_SA_PKLG... · v....

Page 1: BUKU PANDUAN - jpak.jkr.gov.myjpak.jkr.gov.my/document/files/Dokumen/GP_SA_PKLG... · v. Melaksanakan projek-projek naik taraf sistem mekanikal. 11 4) Pegawai Penyelia Elektrik Melaksanakan

i

BUKU PANDUAN

PENYEDIAAN

PELAN OPERASI

DAN

PENYENGGARAAN

ASET (POPA)

Page 2: BUKU PANDUAN - jpak.jkr.gov.myjpak.jkr.gov.my/document/files/Dokumen/GP_SA_PKLG... · v. Melaksanakan projek-projek naik taraf sistem mekanikal. 11 4) Pegawai Penyelia Elektrik Melaksanakan

i

Mukasurat ini sengaja dibiarkan kosong.

Page 3: BUKU PANDUAN - jpak.jkr.gov.myjpak.jkr.gov.my/document/files/Dokumen/GP_SA_PKLG... · v. Melaksanakan projek-projek naik taraf sistem mekanikal. 11 4) Pegawai Penyelia Elektrik Melaksanakan

ii

KANDUNGAN

BIL. PERKARA HALAMAN

KANDUNGAN ii

KATA-KATA ALUAN iv

PENGHARGAAN v

1.0 TUJUAN 1

2.0 LATAR BELAKANG 1

3.0 OBJEKTIF 1

4.0 DEFINISI 2

5.0 SINGKATAN 4

6.0 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB 4

7.0 PROSES PENYEDIAAN POPA

7.1 Carta Alir 6

7.2 Proses Kerja 7

8.0 PENUTUP 18

9.0 LAMPIRAN 19

Page 4: BUKU PANDUAN - jpak.jkr.gov.myjpak.jkr.gov.my/document/files/Dokumen/GP_SA_PKLG... · v. Melaksanakan projek-projek naik taraf sistem mekanikal. 11 4) Pegawai Penyelia Elektrik Melaksanakan

iii

Mukasurat ini sengaja dibiarkan kosong.

Page 5: BUKU PANDUAN - jpak.jkr.gov.myjpak.jkr.gov.my/document/files/Dokumen/GP_SA_PKLG... · v. Melaksanakan projek-projek naik taraf sistem mekanikal. 11 4) Pegawai Penyelia Elektrik Melaksanakan

iv

KATA ALU-ALUAN

Buku Panduan Pelan Operasi dan Penyenggaraan Aset (POPA) diterbitkan sebagai salah satu usaha untuk membantu pelaksanaan Pengurusan Operasi dan Penyenggaraan Aset sebagaimana yang terdapat di dalam Bab D, Tatacara Pengurusan Aset Tak Alih (TPATA).

Buku panduan ini menekankan peranan dan tanggungjawab Pegawai Operasi Fasiliti (POF) dalam melaksanakan aktiviti operasi dan penyenggaraan aset. Ia bermula daripada peringkat perancangan aktiviti sehingga mendapat anggaran kos bagi pelaksanaan aktiviti Operasi dan Penyenggaraan Aset (OPA).

POPA adalah penting dalam penyediaan perancangan OPA dan bajet tahunan yang sistematik, komprehensif serta mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Adalah menjadi harapan agar buku panduan ini dapat membantu pembangunan POPA yang lengkap dengan data kos yang tepat.

Ir. HJ MOHD SABRI BIN MAT DERIS Pengarah Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Senggara Tarikh : Disember 2012

Page 6: BUKU PANDUAN - jpak.jkr.gov.myjpak.jkr.gov.my/document/files/Dokumen/GP_SA_PKLG... · v. Melaksanakan projek-projek naik taraf sistem mekanikal. 11 4) Pegawai Penyelia Elektrik Melaksanakan

v

Mukasurat ini sengaja dibiarkan kosong.

Page 7: BUKU PANDUAN - jpak.jkr.gov.myjpak.jkr.gov.my/document/files/Dokumen/GP_SA_PKLG... · v. Melaksanakan projek-projek naik taraf sistem mekanikal. 11 4) Pegawai Penyelia Elektrik Melaksanakan

vi

PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat

dalam membangunkan buku panduan ini samada secara

langsung atau tidak langsung yang terdiri daripada:

Bahagian Senggara Fasiliti Bangunan (BSFB)

Bahagian Senggara Fasiliti Jalan (BSFJ)

Bahagian Senggara Persekutuan Negeri

(BSPN)

Jabatan Kerja Raya

Urusetia

Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Senggara (BPKS),

Cawangan Kejuruteraan Senggara

JKR Malaysia

Page 8: BUKU PANDUAN - jpak.jkr.gov.myjpak.jkr.gov.my/document/files/Dokumen/GP_SA_PKLG... · v. Melaksanakan projek-projek naik taraf sistem mekanikal. 11 4) Pegawai Penyelia Elektrik Melaksanakan

1

1.0 TUJUAN

1.1 Memastikan POPA mempunyai aktiviti yang

lengkap dan data kos yang tepat.

1.2 Memastikan proses pengumpulan data untuk

aktiviti operasi dan penyenggaraan aset tak

alih Kerajaan lebih cepat.

2.0 LATAR BELAKANG

POPA merupakan sebahagian daripada dokumen

yang perlu dibangunkan oleh POF dalam Tatacara

Pengurusan Aset Tak Alih Kerajaan (TPATA). Ia

merangkumi aktiviti operasi dan penyenggaraan yang

perlu dilaksanakan pada setiap tahun termasuk

anggaran peruntukan kewangan yang diperlukan oleh

setiap premis.

POPA setiap premis berbeza bergantung kepada

skop dan aktiviti operasi & penyenggaraan aset yang

terdapat di premis tersebut.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Menyediakan pelan perancangan operasi dan

penyenggaraan aset serta bajet tahunan yang

sistematik dan komprehensif.

Page 9: BUKU PANDUAN - jpak.jkr.gov.myjpak.jkr.gov.my/document/files/Dokumen/GP_SA_PKLG... · v. Melaksanakan projek-projek naik taraf sistem mekanikal. 11 4) Pegawai Penyelia Elektrik Melaksanakan

2

3.2 Memastikan pelaksanaan operasi dan

penyenggaraan aset mencapai objektif yang

ditetapkan.

4.0 DEFINISI

Agensi Kerajaan : Kementerian, Jabatan termasuk Badan Berkanun dan

Pihak Berkuasa Tempatan.

Aktiviti : Sesuatu yang dilakukan; kegiatan.

Aset : Harta benda atau apa-apa yang bernilai untuk dimiliki,

sama ada berbentuk semasa atau bukan semasa.

Aset Bangunan : Sesuatu binaan bangunan dan semua komponen

serta fasiliti berkaitan yang terdapat dalam sesuatu

premis.

Aset Infrastruktur : Sesuatu binaan kemudahan asas yang membentuk

sistem rangkaian bagi memberi perkhidmatan kepada

komuniti.

Aset Tak Alih : Aset yang secara kekal / tetap atau bersifat kekal /

tetap berada pada tempatnya, tidak boleh dialih atau

sukar dialihkan atau usaha untuk buka semula /

penanggalan melibatkan keperluan kepakaran

teknikal atau perundangan yang berkaitan.

Belanjawan Mengurus : Pernyataan perbelanjaan ke atas bekalan dan

tanggungan.

Komponen : Bahagian yang melengkapi atau yang mencukupkan

sesuatu

Page 10: BUKU PANDUAN - jpak.jkr.gov.myjpak.jkr.gov.my/document/files/Dokumen/GP_SA_PKLG... · v. Melaksanakan projek-projek naik taraf sistem mekanikal. 11 4) Pegawai Penyelia Elektrik Melaksanakan

3

Lukisan Siap Bina : Lukisan akhir bagi pembinaan yang telah siap

dilaksanakan secara keseluruhan merangkumi semua

sistem perkhidmatan dan fasiliti yang berkaitan

Manual : Dokumen yang mengandungi panduan dan maklumat

untuk melaksanakan sesuatu.

Operasi : Perbuatan atau hal mengendalikan sesuatu

pengurusan aset.

Pembekal : Pihak yang membekalkan perkhidmatan ke atas

sesuatu bangunan.

Pihak Berkuasa

Tempatan

: Badan yang bertanggungjawab mentadbir dan

mengurus kemudahan awam di sesebuah daerah,

bandar dan sebagainya.

Premis : Sesuatu tapak tanah yang menempatkan bangunan

dan kawasan berkaitan.

Skop : Bidang bagi sesuatu kegiatan / aktiviti operasi dan

penyenggaraan di premis.

Surat Jaminan

Pengilang

: Surat jaminan dari pengilang yang menjamin kualiti

sesuatu produk yang dibekalkan.

Surat Perakuan

Komponen

: Surat perakuan dari pembekal komponen yang

memperakukan ketulenan komponen yang

dibekalkan.

Tempoh Tanggungan

Kecacatan

: Tempoh tanggungjawab dan tanggungan kontraktor

menyenggara atau membaiki kecacatan / kerosakan

produk selepas pembinaan yang ditetapkan dalam

kontrak.

Page 11: BUKU PANDUAN - jpak.jkr.gov.myjpak.jkr.gov.my/document/files/Dokumen/GP_SA_PKLG... · v. Melaksanakan projek-projek naik taraf sistem mekanikal. 11 4) Pegawai Penyelia Elektrik Melaksanakan

4

5.0 SINGKATAN

DAK - Daftar Aset Khusus

DPA - Daftar Premis Aset

JBA - Jabatan Bekalan Air

JKKP - Jabatan Keselamatan dan

Kesihatan Pekerjaan

OPA - Operasi dan Penyenggaraan

Aset

PATA - Pengurusan Aset Tak Alih

POF - Pegawai Operasi Fasiliti

POPA - Pelan Operasi Dan

Penyenggaraan Aset

PTF - Pegawai Teknikal Fasiliti

PBT - Pihak Berkuasa Tempatan

ST - Suruhanjaya Tenaga

TPATA - Tatacara Pengurusan Aset

Tak Alih

TNB - Tenaga Nasional Berhad

TTK - Tempoh Tanggungan

Kecacatan

6.0 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

6.1 Pegawai Teknikal Fasiliti (PTF)

a) Bertanggungjawab memastikan POPA bagi

semua premis di bawah kawalannya.

b) Menugaskan POF menyediakan POPA

premis.

Page 12: BUKU PANDUAN - jpak.jkr.gov.myjpak.jkr.gov.my/document/files/Dokumen/GP_SA_PKLG... · v. Melaksanakan projek-projek naik taraf sistem mekanikal. 11 4) Pegawai Penyelia Elektrik Melaksanakan

5

6.2 Pegawai Operasi Fasiliti (POF)

a) Melaksanakan pemeriksaan awalan di lokasi

bagi mendapatkan data / input awalan

(mengenal pasti aset dan keadaan semasa

aset);

b) Menyediakan POPA antara lain sebagaimana

maklumat berikut:-

i. Menyediakan senarai dan merancang

jenis serta skop bidang perkhidmatan

penyenggaraan;

ii. Menyediakan skop kerja bagi aktiviti-

aktiviti operasi dan penyenggaraan

aset;

iii. Menyediakan butiran anggaran kos

bagi aktiviti operasi dan

penyenggaraan aset mengikut jenis-

jenis penyenggaraan (pembaikan,

pencegahan dan am) dan skop

bidang perkhidmatan

penyenggaraan;

iv. Menyelaraskan maklumat POPA ke

dalam Anggaran Belanjawan

Mengurus PATA premis.

Page 13: BUKU PANDUAN - jpak.jkr.gov.myjpak.jkr.gov.my/document/files/Dokumen/GP_SA_PKLG... · v. Melaksanakan projek-projek naik taraf sistem mekanikal. 11 4) Pegawai Penyelia Elektrik Melaksanakan

6

Sediakan pendahuluan POPA

Tentukan Objektif OPA premis bagi tahun yang

dirancang

Sediakan Carta Organisasi dan Pelan Komunikasi

Tentukan Skop dan Aktiviti OPA

Penyediaan analisis keperluan sumber sktiviti OPA bagi tujuan

permohonan peruntukan

Senaraikan kawalan rekod operasi dan penyenggaraan aset

Senaraikan dokumen-dokumen yang dirujuk dalam penyediaan

POPA

3

4

5

6

7

8

9

= Mula

= Tamat

M

T

T

M

Dapatkan maklumat sebagaimana senarai semak

di Jadual 11

2 Lengkapkan maklumat agensi dan tahun pelaksanaan POPA

7.0 PROSES PENYEDIAAN POPA

7.1 Carta Alir

Page 14: BUKU PANDUAN - jpak.jkr.gov.myjpak.jkr.gov.my/document/files/Dokumen/GP_SA_PKLG... · v. Melaksanakan projek-projek naik taraf sistem mekanikal. 11 4) Pegawai Penyelia Elektrik Melaksanakan

7

7.2 Proses Kerja

Langkah 1: Dapatkan maklumat sebagaimana senarai

semak seperti di Jadual 1.

POF perlu mendapatkan maklumat / dokumen berkenaan

operasi dan penyenggaraan di premis seperti Jadual 1 di

Lampiran A.

Langkah 2: Lengkapkan maklumat agensi dan tahun

pelaksanaan POPA

POF perlu melengkapkan maklumat bekenaan agensi dan

tahun pelaksanaan sebagaimana kulit hadapan

JKR.PATA.F7/1

Langkah 3: Sediakan Pendahuluan

POF perlu menjelaskan maklumat mengenai latar belakang

dan maklumat asas mengenai premis berkaitan. Antara

maklumat-maklumat yang perlu dinyatakan adalah

sebagaimana contoh di Lampiran B

Langkah 4: Tentukan Objektif OPA premis bagi tahun

yang dirancang

Tentukan objektif OPA setiap premis mengikut KPI dan ASL

yang ditetapkan dalam POPA.

Sebagai contoh:-

Page 15: BUKU PANDUAN - jpak.jkr.gov.myjpak.jkr.gov.my/document/files/Dokumen/GP_SA_PKLG... · v. Melaksanakan projek-projek naik taraf sistem mekanikal. 11 4) Pegawai Penyelia Elektrik Melaksanakan

8

Bil. Perkara Penetapan Objektif

1 Pencapaian Penyengggaraan

Am

95%

2 Pencapaian Penyengggaraan

Pembaikan

95%

3 Pencapaian Penyengggaraan

Pencegahan

95%

4 Tahap kepuasan Pelanggan 97%

5 Tahap Pencapaian KPI

Penyenggaraan Keseluruhan

Tahap 5

Langkah 5: Sediakan Carta Organisasi dan Pelan

Komunikasi

Struktur Operasi dan Penyenggaraan Aset: Carta Organisasi

Sediakan Struktur Organisasi OPA berdasarkan

JKR.PATA.F7/1a dalam Bab D TPATA. Struktur ini

bergantung kepada saiz dan kompleksiti premis. Tujuan

struktur ini disediakan adalah untuk menjelaskan peranan dan

tanggungjawab serta hubung kait pegawai di dalam premis

tersebut.

Page 16: BUKU PANDUAN - jpak.jkr.gov.myjpak.jkr.gov.my/document/files/Dokumen/GP_SA_PKLG... · v. Melaksanakan projek-projek naik taraf sistem mekanikal. 11 4) Pegawai Penyelia Elektrik Melaksanakan

9

Berikut adalah kriteria / peranan bagi setiap pegawai yang

berkaitan dalam struktur tersebut:-

1) Pegawai Pentadbiran dan Kewangan

Pegawai ini perlu mempunyai kelayakan atau

pengalaman mengurus hal-hal berkaitan

pentadbiran dan kewangan serta tugas-tugas

yang berkaitan.

2) Pegawai Penyelia Sivil dan Struktur

Melaksanakan penyenggaraan dan pembaikan ke

atas semua bangunan dan kemudahan awam

serta mengawasi aspek Kejuruteraan Sivil dan

Struktur.

Antara tugas-tugas berkenaan ialah:-

i. Mengurus dan menyenggara bangunan di premis;

ii. Mengurus dan menyelia kebersihan di dalam dan

luar bangunan;

iii. Menyenggara infrastruktur seperti jalan raya,

longkang, pagar, parkir, sistem pembentungan dan

cerun;

iv. Mengurus perkhidmatan seperti kawalan makhluk

perosak, peralatan kebersihan dan pungutan

sampah;

Page 17: BUKU PANDUAN - jpak.jkr.gov.myjpak.jkr.gov.my/document/files/Dokumen/GP_SA_PKLG... · v. Melaksanakan projek-projek naik taraf sistem mekanikal. 11 4) Pegawai Penyelia Elektrik Melaksanakan

10

v. Melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan

bangunan dan kawasan secara berjadual; dan

vi. Melaksanakan kerja-kerja naik taraf dan ubahsuai

bangunan.

3) Pegawai Penyelia Mekanikal

Melaksanakan penyenggaraan dan pembaikan ke

atas semua alat kelengkapan mekanikal. Antara

tugas-tugas berkenaan ialah:-

i. Melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan

pencegahan seperti penyenggaraan sistem

mekanikal secara berjadual;

ii. Mengurus dan menyenggara sistem penyaman

udara dan pengalih udara bangunan;

iii. Mengurus dan menyenggara sistem pencegah

kebakaran;

iv. Mengurus dan menyenggara sistem lif; dan

v. Melaksanakan projek-projek naik taraf sistem

mekanikal.

Page 18: BUKU PANDUAN - jpak.jkr.gov.myjpak.jkr.gov.my/document/files/Dokumen/GP_SA_PKLG... · v. Melaksanakan projek-projek naik taraf sistem mekanikal. 11 4) Pegawai Penyelia Elektrik Melaksanakan

11

4) Pegawai Penyelia Elektrik

Melaksanakan penyenggaraan dan pembaikan ke

atas semua sistem bekalan elektrik dan alat

kelengkapan elektrik. Antara tugas-tugas

berkenaan ialah:-

i. Melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan

pencegahan seperti penyenggaraan sistem

elektrik secara berjadual;

ii. Mengurus dan menyenggara sistem bekalan dan

agihan kuasa; dan

iii. Melaksanakan projek-projek naik taraf sistem

elektrik.

Sekiranya terdapat pegawai berkaitan yang lain

sila nyatakan dalam struktur tersebut.

Page 19: BUKU PANDUAN - jpak.jkr.gov.myjpak.jkr.gov.my/document/files/Dokumen/GP_SA_PKLG... · v. Melaksanakan projek-projek naik taraf sistem mekanikal. 11 4) Pegawai Penyelia Elektrik Melaksanakan

12

Pengurusan Fasiliti Secara Kontrak

Bagi premis yang melaksanakan pengurusan fasiliti secara

kontrak, POF perlu menyenaraikan kakitangan atau pegawai

yang bertanggungjawab bagi setiap bidang dan dinyatakan di

dalam struktur berkenaan. Sila rujuk Model Struktur Operasi

Dan Penyenggaraan Aset: Kontraktor Fasiliti

JKR.PATA.F7/1a di dalam BAB D TPATA.

Kontraktor fasiliti merupakan pihak luar yang dilantik untuk

mengurus segala aspek pengurusan berkaitan operasi dan

penyenggaraan premis dibawah kawalannya. POF juga perlu

membangunkan Model Pelan Komunikasi untuk Kecemasan

seperti yang dinyatakan dalam borang JKR.PATA.F7/1a

dalam Dokumen TPATA .

Pelan ini penting bagi memudahkan pegawai yang berkenaan

dihubungi sekiranya terdapat kerja atau peristiwa kecemasan.

POF perlu menyenaraikan maklumat lengkap berkenaan

PBT, badan berkanun dan pembekal tempatan yang

berkenaan untuk kegunaan ketika perlu. Antaranya ialah:-

Pihak Berkuasa Tempatan / Agensi Kerajaan

i. Polis

ii. BOMBA

iii. Hospital / Perkhidmatan Ambulan

Page 20: BUKU PANDUAN - jpak.jkr.gov.myjpak.jkr.gov.my/document/files/Dokumen/GP_SA_PKLG... · v. Melaksanakan projek-projek naik taraf sistem mekanikal. 11 4) Pegawai Penyelia Elektrik Melaksanakan

13

iv. Majlis Bandaraya / Majlis Daerah

v. JKKP

vi. JBA

vii. TNB

viii. Alam Flora

ix. Indah Water Konsortium Sdn. Bhd.

x. Dan lain-lain yang berkaitan.

Pembekal

i. Toshibaya Sdn. Bhd.– Lif

ii. Starek – Papan Suis

iii. Dan lain-lain.

Langkah 6: Tentukan Skop dan Aktiviti OPA

POF perlu menentukan skop perkhidmatan yang berkaitan

dengan premis di bawah kawalannya.

Skop

Terdapat empat skop utama yang digunapakai dalam

aktiviti OPA. Senarai berkaitan boleh dirujuk kepada

JKR.PATA.F7/1b dan boleh ditambah mengikut

keperluan.

1. Operasi Aset

Skop Operasi Aset adalah merupakan aktiviti

pengurusan fasiliti / perkhidmatan di dalam premis. Ini

termasuklah pengurusan data, pengurusan kawalan

keselamatan, pengurusan tenaga, pengurusan utiliti

dan lain-lain.

Page 21: BUKU PANDUAN - jpak.jkr.gov.myjpak.jkr.gov.my/document/files/Dokumen/GP_SA_PKLG... · v. Melaksanakan projek-projek naik taraf sistem mekanikal. 11 4) Pegawai Penyelia Elektrik Melaksanakan

14

2. Penyenggaraan Am / Rutin

Skop Penyenggaraan Am / Rutin adalah merupakan

kerja penyenggaraan harian yang dilakukan bagi

memastikan aset sentiasa beroperasi dengan baik

mengikut tahap perkhidmatan yang telah dipersetujui.

3. Penyenggaraan Pembaikan

Skop Penyenggaran Pembaikan adalah merupakan

kerja pembaikan perubahan nilai aset apabila berlaku

kerosakan / kegagalan supaya aset dapat berfungsi

semula mengikut piawaian yang ditetapkan.

4. Penyenggaraan Pencegahan

Skop Penyenggaraan Pencegahan adalah

merupakan kerja penyenggaraan mengikut jadual /

program bagi memastikan setiap komponen aset

berfungsi dengan baik dan mengelakkan berlakunya

kerosakan besar.

Aktiviti dan Sub-Aktiviti

POF perlu menyatakan aktiviti operasi dan

penyenggaraan yang terdapat di premis di bawah

kawalannya dengan menandakan √ pada petak yang

berkenaan. Sekiranya terdapat aktiviti yang lain, POF

perlu menyatakan dalam borang ini sebagai aktiviti

tambahan bagi premis berkenaan. Sila rujuk

JKR.PATA.F7/1b di dalam BAB D TPATA.

Page 22: BUKU PANDUAN - jpak.jkr.gov.myjpak.jkr.gov.my/document/files/Dokumen/GP_SA_PKLG... · v. Melaksanakan projek-projek naik taraf sistem mekanikal. 11 4) Pegawai Penyelia Elektrik Melaksanakan

15

Setelah menyatakan semua aktiviti berkaitan, POF perlu

melengkapkan jadual aktiviti operasi dan penyenggaraan

seperti LAMPIRAN C.

Langkah 7: Penyediaan Analisis Keperluan Sumber

Aktiviti OPA untuk Tujuan Permohonan

Peruntukan

Berdasarkan Langkah 6 POF hendaklah memperincikan lagi

perancangan aktiviti operasi dan penyenggaraan aset

(JKR.PATA.F7/1c) termasuk anggaran kos dan cadangan

tindakan perlaksanaan samada secara dalaman atau luaran.

Bagi memudahkan pengisian data ke dalam

JKR.PATA.F7/1c, POF boleh menggunapakai jadual seperti

di LAMPIRAN D. Walau bagaimanapun, jadual di LAMPIRAN

D adalah tidak mandatori untuk digunakan.

Bagi mengisi LAMPIRAN D, POF perlu merujuk semula

dokumen-dokumen yang telah dibangunkan sebelum ini iaitu

borang JKR.PATA.F7/1b yang telah lengkap diisi.

POF juga perlu menyatakan anggaran perbelanjaan

penyenggaraan kecemasan / pembaikan berdasarkan kepada

rekod-rekod berkaitan.

Walaubagaimanapun POF diberi kebebasan untuk

menggunakan kaedah masing-masing bagi menggantikan

LAMPIRAN D dalam menentukan justifikasi anggaran kos.

Contohnya penggunaan Senarai Kuantiti sebagai ganti

kepada LAMPIRAN D.

Page 23: BUKU PANDUAN - jpak.jkr.gov.myjpak.jkr.gov.my/document/files/Dokumen/GP_SA_PKLG... · v. Melaksanakan projek-projek naik taraf sistem mekanikal. 11 4) Pegawai Penyelia Elektrik Melaksanakan

16

Setelah selesai mengisi LAMPIRAN D, POF perlu

merumuskan segala aktiviti dan anggaran kos yang telah

dibuat ke dalam Format Analisis Keperluan Sumber Aktiviti

Operasi dan Penyenggaraaan Aset (JKR.PATA.F7/1c) di

dalam Bab D TPATA.

POF perlu menyatakan output bagi setiap aktiviti yang

dirancang berdasarkan polisi / piagam pelanggan agensi

masing-masing. Sila rujuk contoh JKR.PATA.F7/1c di

LAMPIRAN E.

Page 24: BUKU PANDUAN - jpak.jkr.gov.myjpak.jkr.gov.my/document/files/Dokumen/GP_SA_PKLG... · v. Melaksanakan projek-projek naik taraf sistem mekanikal. 11 4) Pegawai Penyelia Elektrik Melaksanakan

17

Langkah 8: Senaraikan Kawalan Rekod Operasi Dan

Penyenggaraan Aset

POF hendaklah menyenaraikan & menyimpan semua rekod

operasi dan penyenggaraan dengan sistematik. Perakuan

dan sijil-sijil hendaklah sentiasa dikemaskini. Rekod-rekod

yang dimasukkan antara lain adalah seperti berikut:-

i. Surat Rasmi;

ii. Sijil Kalibrasi;

iii. Sijil Peralatan Mekanikal / Elektrikal;

iv. Sijil Jaminan;

v. Sijil Jaminan Keselamatan Peralatan;

vi. Dan lain-lain yang berkaitan.

Sila rujuk borang JKR.PATA.F7/1d di dalam Bab D, TPATA.

Langkah 9: Senaraikan dokumen-dokumen yang dirujuk

dalam penyediaan POPA

POF hendaklah menyenaraikan dan menyimpan semua

dokumen rujukan secara sistematik. Antara dokumen yang

dimaksudkan adalah seperti berikut:-

i. Lukisan siap bina;

ii. Dokumen Penyenggaraan Berjadual;

iii. Dan lain-lain yang berkaitan.

Sila rujuk borang JKR.PATA.F7/1e di dalam Bab D TPATA.

Page 25: BUKU PANDUAN - jpak.jkr.gov.myjpak.jkr.gov.my/document/files/Dokumen/GP_SA_PKLG... · v. Melaksanakan projek-projek naik taraf sistem mekanikal. 11 4) Pegawai Penyelia Elektrik Melaksanakan

18

8.0 PENUTUP

Berpandukan kepada buku panduan ini, diharapkan

tahap pengurusan penyenggaraan aset dapat

dipertingkatkan dari masa ke semasa.

Walaubagaimanapun buku panduan ini bukanlah

bersifat mutlak dan boleh ditambah baik berdasarkan

perkembangan semasa. Penambahbaikan perlu

dilaksanakan bagi mematuhi pelaksanaan kerja-kerja

penyenggaraan di bawah amalan PAM.

Page 26: BUKU PANDUAN - jpak.jkr.gov.myjpak.jkr.gov.my/document/files/Dokumen/GP_SA_PKLG... · v. Melaksanakan projek-projek naik taraf sistem mekanikal. 11 4) Pegawai Penyelia Elektrik Melaksanakan

19

9.0 LAMPIRAN

LAMPIRAN A

Bil. Maklumat Ada / Tiada

i. Pendaftaran Aset (DPA dan DAK);

ii. Manual Operasi dan Penyenggaraan bagi setiap

komponen yang ada;

iii. Sijil / Surat jaminan pengilang bagi setiap komponen yang

berkenaan;

iv. Sijil / Surat perakuan komponen daripada pihak berkuasa

berkenaan.

(Contoh: Sijil Perakuan Bomba, JKKP, ST dan lain-lain);

v. Lukisan Siap Bina;

vi. Dokumen POPA tahun terdahulu;

vii. Rekod-rekod berkaitan.

(Contoh: laporan pemantauan dan penilaian keadaan

bangunan, lukisan terukur , rekod penyenggaraan dan

rekod daftar aduan);

viii. Jadual Penyenggaraan Tahunan Premis;

ix. Lain-lain (Nyatakan).

1. ..............................................................................

2. ..............................................................................

Jadual 1: Senarai Semak

Page 27: BUKU PANDUAN - jpak.jkr.gov.myjpak.jkr.gov.my/document/files/Dokumen/GP_SA_PKLG... · v. Melaksanakan projek-projek naik taraf sistem mekanikal. 11 4) Pegawai Penyelia Elektrik Melaksanakan

20

LAMPIRAN B

No. Perkara Butiran

1. ALAMAT/ LOKASI ASET :

2. KATEGORI ASET : Aset Bangunan / Aset Jalan / Aset Saliran / Aset Pembentungan / Lain-lain (nyatakan)...

3. TAHUN DIBINA : xxxxx

KOS PEROLEHAN ASAL : RM xxxxxx

4. STATUS ASET : Dalam TTK / Bukan Dalam TTK

5. SAIZ PREMIS : Luas / Panjang / Kuantiti

POPULASI PREMIS :

6. MAKLUMAT ASET **Bagi premis yang mempunyai banyak blok diminta menyenaraikannya dalam bentuk jadual.

Blok : Nama-nama blok premis

Populasi Blok :

Jenis :

Blok yang dinamakan terdiri daripada Bangunan Pejabat / Bangunan Kediaman Banglo / Bangunan Kediaman Teres / Bangunan Kediaman Apartment / Lain-lain (nyatakan)...

Keluasan : Keluasan lantai atau parameter yang berkaitan bagi blok tersebut

Bil. Unit : Bil unit pada blok tersebut ( 6 unit Bangunan Kediaman Teres)

Jumlah Aras : Jumlah aras / tingkat yang terdapat pada blok tersebut

Lain-Lain Perkara :

Page 28: BUKU PANDUAN - jpak.jkr.gov.myjpak.jkr.gov.my/document/files/Dokumen/GP_SA_PKLG... · v. Melaksanakan projek-projek naik taraf sistem mekanikal. 11 4) Pegawai Penyelia Elektrik Melaksanakan

21

No. Perkara Butiran

7. SENARAI KEMUDAHAN PREMIS / BINAAN LUAR

: **POF perlu menyatakan kemudahan / fasiliti umum yang terdapat di premis

i. Parkir : Bawah Tanah / Dalam Bangunan / Aras Bumbung / Kawasan Terbuka / Parkir Bertingkat *

ii. Parkir : Bawah Tanah / Dalam Bangunan / Aras Bumbung / Kawasan Terbuka / Parkir Bertingkat *

iii. Padang Permainan / Rekreasi

: xxxxxxxxx

iv. Gelanggang Badminton / Tenis / Sepak Takraw

xxxxxxxxx

v. Kolam Renang : xxxxxxxxx

vi. Lain-lain (nyatakan)... xxxxxxxxx

8. PELAN TAPAK PREMIS : ** POF perlu melampirkan Pelan Tapak Premis

Jadual 2: Contoh Pendahuluan Premis Bangunan

Page 29: BUKU PANDUAN - jpak.jkr.gov.myjpak.jkr.gov.my/document/files/Dokumen/GP_SA_PKLG... · v. Melaksanakan projek-projek naik taraf sistem mekanikal. 11 4) Pegawai Penyelia Elektrik Melaksanakan

22

(LAMPIRAN C1)

Skop: Operasi / Penyenggaraan Am / Penyenggaraan Pembaikan / Penyenggaraan Pencegahan Aset*

Aktiviti: Penyenggaraan Pencegahan Mekanikal

*potong yang tidak berkenaan.

Jadual 3: Contoh Aktiviti Penyenggaraan Mekanikal Bagi Skop Penyeggaraan Pencegahan Bangunan

Sub Aktiviti Pihak

Berkaitan Tanggungjawab

Keperluan

Sumber

Tempoh Pelaksanaan (Bulan / Minggu)

Catatan

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12

Pemeriksaan Bilik Motor Lif

JKKP, BOMBA, Kontraktor

Pegawai Penyelia Mekanikal

Peralatan Pengangkutan

Pengujian Kondisi Pam Pencegah Kebakaran

BOMBA Kontraktor

Pegawai Penyelia Mekanikal

Peralatan Pengangkutan

Page 30: BUKU PANDUAN - jpak.jkr.gov.myjpak.jkr.gov.my/document/files/Dokumen/GP_SA_PKLG... · v. Melaksanakan projek-projek naik taraf sistem mekanikal. 11 4) Pegawai Penyelia Elektrik Melaksanakan

23

(LAMPIRAN C2)

Skop: Operasi / Penyenggaraan Am / Penyenggaraan Pembaikan / Penyenggaraan Pencegahan Aset*

Aktiviti: Pengurusan Krisis, Bencana dan Risiko *potong yang tidak berkenaan.

Jadual 4: Contoh Aktiviti Pengurusan Krisis, Bencana & Risiko bagi Skop Operasi

Sub Aktiviti Pihak

Berkaitan Tanggungjawab

Keperluan Sumber

Tempoh Pelaksanaan (Bulan / Minggu)

Catatan

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12

Latihan Kebakaran

Bomba POF, Pegawai Penyelia Mekanikal

Peralatan

Persediaan Menghadapi Banjir

Kontraktor

POF, Pegawai Penyelia Keselamatan

Peralatan Pengangkutan

Page 31: BUKU PANDUAN - jpak.jkr.gov.myjpak.jkr.gov.my/document/files/Dokumen/GP_SA_PKLG... · v. Melaksanakan projek-projek naik taraf sistem mekanikal. 11 4) Pegawai Penyelia Elektrik Melaksanakan

24

(LAMPIRAN D)

Skop Kerja Dan Anggaran Kos Bagi Aktiviti-Aktiviti Operasi Dan Penyenggaraan Aset

Jadual 5: Contoh Perincian Aktiviti Operasi & Penyenggaraan Aset

Page 32: BUKU PANDUAN - jpak.jkr.gov.myjpak.jkr.gov.my/document/files/Dokumen/GP_SA_PKLG... · v. Melaksanakan projek-projek naik taraf sistem mekanikal. 11 4) Pegawai Penyelia Elektrik Melaksanakan

25

(LAMPIRAN E)

JKR.PATA.F7/1c

FORMAT ANALISIS KEPERLUAN SUMBER AKTIVITI OPERASI & PENYENGGARAAN ASET BAGI TAHUN

_____

(Peringkat Premis)

Jadual 6: Contoh Format Analisis Keperluan Sumber Aktiviti Operasi & Penyenggaraan Aset