Buku panduan kemahiran menaakul
-
Upload
lailihjdaud -
Category
Documents
-
view
268 -
download
7
Transcript of Buku panduan kemahiran menaakul
i
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Kurikulum Standard Sekolah Rendah
Terbitan
Bahagian Pembangunan Kurikulum
MEI 2012
Buku Panduan
KEMAHIRAN MENAAKUL
DRAF
ii
Copyright © 2012 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia Aras 4-8, Blok E9 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62600 Putrajaya
Cetakan Pertama 2012
Tidak dibenarkan mengeluarkan ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau lain-lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62600 Putrajaya
iii
Rukun Negara v
Falsafah Pendidikan Kebangsaan vi
Kata Pengantar vii
Pengenalan 1
Definisi 2
Asas Kemahiran Menaakul 3
Jenis-Jenis Kemahiran Menaakul 7
Kemahiran Menaakul Secara Deduktif
Kemahiran Menaakul Secara Induktif
Bagaimana Melatih Murid Menguasai Kemahiran Menaakul? 9
Contoh Rancangan Pengajaran Harian (RPH) 15
RPH Kemahiran Menaakul Bahasa Malaysia 17
RPH Kemahiran Menaakul Pendidikan Jasmani 27
RPH Kemahiran Menaakul Dunia Sains & Teknologi 33
RPH Kemahiran Menaakul Pendidikan Moral 37
RPH Kemahiran Menaakul Pendidikan Islam 47
RPH Kemahiran Menaakul Bahasa Tamil 71
Panel Penyumbang 77
Rujukan 79
KANDUNGAN Muka Surat
iv
v
RUKUN NEGARA BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung
cita-cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara yang akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
• KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN • KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA • KELUHURAN PERLEMBAGAAN • KEDAULATAN UNDANG-UNDANG • KESOPANAN DAN KESUSILAAN
vi
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
vii
KATA PENGANTAR
Perkembangan dalam pemikiran, teknologi, ekonomi dan globalisasi menuntut
perubahan landskap pendidikan di Malaysia seiring dengan perkembangan pesat
pada abad ke-21. Kurikulum Standard Sekolah Rendah KSSR telah diperkenalkan
pada tahun 2011 dengan memberi penekanan terhadap kemahiran menaakul di
samping kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M).
Justeru, buku panduan ini dihasilkan bagi membantu guru memahami asas
kemahiran menaakul agar mereka dapat menerapkannya dalam aktiviti pengajaran
dan pembelajaran dan seterusnya membantu murid menguasai kemahiran tersebut.
Penguasaan kemahiran menaakul dalam kalangan murid akan membantu hasrat
negara melahirkan modal insan yang berkeupayaan berfikir secara kritis, kreatif dan
inovatif.
Buku panduan ini dapat membantu guru untuk menerap dan melaksanakan
kemahiran menaakul terhadap murid di dalam dan di luar bilik darjah. Beberapa
contoh rancangan pengajaran dan pembelajaran yang menerapkan kemahiran
menaakul telah disediakan sebagai rujukan.
Diharapkan guru dapat memahami kandungan buku panduan ini dan serusnya
menggunakannya sebagai panduan bagi melaksanakan kemahiran menaakul dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Bahagian Pembangunan Kurikulum mengucapkan ribuan terima kasih dan
penghargaan kepada semua pihak yang memberi sumbangan sepanjang
penghasilan buku panduan ini.
viii
1
1.0 Pengenalan
Kemahiran menaakul diberi penekanan dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR) bermula Tahun 1 pada tahun 2011 disamping kemahiran membaca, menulis
dan mengira (4M). Kemahiran menaakul adalah salah satu kemahiran yang penting
pada abad ke 21. Kemahiran menaakul membolehkan murid memberi sebab dan
akibat serta menyatakan rasional yang logik bagi menyelesaikan sesuatu masalah.
Ianya dapat membantu murid untuk memahami proses pembelajaran. Selain itu, ia
dapat membantu murid membezakan yang baik dan yang buruk dan memahami
sebab dan akibat. Murid perlu diberi pendedahan awal terhadap kemahiran
menaakul kerana pada usia yang muda minda mereka berkebolehan untuk
menerima dan memproses maklumat.
Kemahiran menaakul menggalakkan penerokaan dan penjanaan idea baru serta
bersedia menghadapi risiko. Kemahiran menaakul membolehkan murid berfikir
dengan teliti dan fleksibel. Murid yang mempunyai kemahiran menaakul akan
memiliki ciri-ciri murid berikut:
kritis, kreatif dan inovatif
berani dan bijak menyoal
ingin tahu
daya berfikir sendiri dan fleksibel
bekerjasama
mengambil risiko
berpandangan jauh
membuat perbandingan
2
2.0 Definisi
Menurut Kamus Dewan Bahasa menaakul adalah membuat pertimbangan yang
logik. Secara umumnya, kemahiran menaakul adalah penggunaan pemikiran logik
untuk memahami sesuatu situasi atau idea. Menaakul adalah sifat semulajadi
manusia kerana kita sentiasa membuat penaakulan untuk memahami dunia
sekeliling misalnya membuat ramalan cuaca, laporan lalu lintas dan membuat
unjuran pertambahan penduduk Malaysia.
Menurut Terry & Higgs (1993) penaakulan merupakan proses kognitif sebab
musabab terjadinya sesuatu berdasarkan fakta atau pengetahuan, data dan strategi
menyelesaikan masalah untuk menghasilkan kesimpulan serta membuat keputusan
Mobley (2010) merumuskan kemahiran menaakul sebagai kebolehan menganalisis
maklumat dan menyelesaikan masalah secara literal. Ia juga melibatkan
pengetahuan asas tentang aspek dalam kehidupan harian yang perlu difahami oleh
individu melalui logik akal sebab sesuatu tindakan berlaku dan impaknya kepada
kehidupan.
Manakala menurut Exforsys (2010) pula kemahiran menaakul melibatkan proses
mendapatkan maklumat dan membuat inferens berdasarkan tanggapan individu.
Keupayaan intelek menaakul membolehkan seseorang memahami idea dan konsep
dengan lebih jelas untuk membuat kesimpulan yang munasabah.
Menurut PPK (2001) kemahiran menaakul membantu kita sebagai pelincir dalam
membuat pertimbangan secara logik dan rasional kepada semua kemahiran berfikir
dan strategi berfikir. Perkaitan antara kemahiran berfikir kritis, kemahiran berfikir
kreatif, kemahiran menaakul dan strategi berfikir ditunjukkan dalam Rajah 1.
3
Rajah 1 : Model Kemahiran Berfikir
Pemahaman dan penguasaan kemahiran kritis, kemahiran kreatif dan strategi
berfikir akan menjadi lebih mudah sekiranya seseorang individu menguasai
kemahiran menaakul.
3.0 ASAS KEMAHIRAN MENAAKUL
Menurut Calumet, Universiti Purdue asas kemahiran menaakul merupakan proses-
proses asas kepada kognitif. Terdapat 4 proses asas kemahiran menaakul iaitu
menyimpan, mengguna semula, memadan dan prosedur ekskutif seperti ditunjukkan
oleh Rajah 2.
KEMAHIRAN BERFIKIR
STRATEGI BERFIKIR - Mengkonsepsikan - Menyelesaikan
masalah - Membuat Keputusan
MENAAKUL Logik Rasional
KRITIS KREATIF
4
Rajah 2: Asas Kemahiran Menaakul
Menyimpan
Proses ini membolehkan pemindahan maklumat kepada ingatan jangka panjang.
Antara kaedah yang digunakan adalah dengan membuat lakaran peta minda dan
gambaran imej.
Mengguna Semula
Proses ini membolehkan maklumat digunakan semula daripada ingatan jangka
panjang bagi menjana dan memahami idea baru.
5
Memadan
Proses ini membolehkan murid menentukan maklumat yang diterima adalah sama
ataupun berbeza daripada maklumat yang telah disimpan dalam memori jangka
panjang. Usaha memadan ini melibatkan lima jenis kemahiran iaitu:
i. Mengkategori /mengkonsepsi
Ia membolehkan murid mengelaskan sesuatu objek atau idea. Ia
mempercepatkan proses pemikiran dan memudahkan penghasilan
generalisasi daripada maklumat yang diterima. Salah satu teknik ialah
pemecahan kepada kumpulan (chunking). Contohnya, pelajar melihat bunga
ros dan mengkategorikannya dalam kumpulan tumbuhan berduri.
ii. Ekstrapolasi / Generalisasi
Ia membolehkan pelajar membuat padanan maklumat yang diterima pada
sesuatu situasi kepada situasi lain. Maklumat sedia ada boleh disesuaikan
dengan situasi yang baru. Contohnya, seorang pelajar yang mengetahui
peraturan asas dalam permainan bola sepak boleh menggunakannya untuk
memahami peraturan permainan ragbi.
iii. Penaakulan Analogi
Ia merupakan kemahiran melihat persamaan antara objek atau idea.
Pengetahuan sedia ada bagi objek atau idea terdahulu digunakan bagi
memahami idea yang lain. Ianya membolehkan murid menggabungkan dua
asas kemahiran penaakulan iaitu mengkategori dan membuat generalisasi
untuk menghadapi maklumat baru dengan lebih berkesan.
iv. Penilaian secara logik
Proses membandingkan maklumat yang diperolehi dengan maklumat sedia
ada untuk memastikan ianya sah atau benar.
6
v. Penilaian Nilai
Proses memadankan nilai baru kepada nilai sedia ada untuk memastikan
sama ada ia logik atau sebaliknya.
Prosedur Eksekutif (Melaksana)
Ia merupakan prosedur terakhir dalam kemahiran menaakul. Proses ini menjadi
penting kerana ia mengkoordinasikan kemahiran-kemahiran bagi membantu
pembinaan dan struktur kognitif yang baru dan menstruktur semula yang lama.
Prosedur ini melibatkan tiga kemahiran:
i. Penghuraian
Menghurai adalah proses membuat inferen terhadap maklumat yang didengar
atau dilihat tetapi tidak dinyatakan secara tersurat. Murid menggunakan
kemahiran kemahiran mengkategori, menghurai, menaakul analogi dan mengguna semula maklumat untuk membuat inferen. Proses menghurai
dilakukan apabila situasi pembelajaran tidak boleh menyediakan maklumat
yang lengkap dan apabila murid tidak boleh memahami maklumat sedia ada.
ii. Penyelesaian Masalah
Proses mencari maklumat atau strategi bagi mencapai matlamat atau usaha-
usaha mengatasi rintangan. Ia melibatkan penerangan masalah,penentuan
hasrat, pemilihan cadangan penyelesaian, pemilihan strategi, pengujian
cadangan penyelesaian, penilaian dapatan daripada cadangan penyelesaian
dan mengkaji semula langkah-langkah yang perlu. Kreativiti dan pemikiran
kritis diperlukan dalam proses penyelesaian masalah kerana kedua-dua
aspek ini menentukan kualiti penyelesaian yang diambil.
7
iii. Penggubahan
Merupakan satu proses mewujudkan maklumat baru untuk
mengeluarkan idea secara bertulis atau lisan melalui gambar, graf,
peta minda dan petikan.
4.0 JENIS-JENIS KEMAHIRAN MENAAKUL
Terdapat banyak jenis kemahiran menaakul seperti penaakulan spatial, verbal,
logikal, numerikal, abstrak dan lain-lain lagi. Walau bagaimanapun dalam Buku
Panduan ini hanya penaakulan logikal digunakan. Dalam penaakulan logikal
terdapat penaakulan induktif dan deduktif
4.1 KEMAHIRAN MENAAKUL SECARA INDUKTIF
Membuat pertimbangan daripada beberapa contoh atau situasi yang khusus untuk
membuat satu kesimpulan atau pengitlakan. Lazimnya, dimulai dengan contoh-
contoh khusus sebelum pelajar dapat membuat kesimpulan umum. Ciri-cirinya ialah
seperti berikut:
- Mempelbagaikan perbendaharaan kata untuk mendapatkan rumusan
- Memperkenalkan pengetahuan dan pengalaman
- Mengakumulasikan maklumat untuk membentukkan rumusan
- Membentuk kesimpulan daripada contoh-contoh tertentu
Langkah Penggunaan:
a. Teliti beberapa contoh atau situasi yang spesifik
b. Perhatikan ciri atau pola yang sepunya
Buat satu kesimpulan atau rumusan.
8
CONTOH-CONTOH PENAAKULAN INDUKTIF
• Saya berpendapat Zul adalah pembunuh. Dia mempunyai motif, dia mempunyai peluang, sarung tangan yang berdarah dijumpa di tempat pembunuhan dan dia tidak mempunyai alibi.
• Saya pasti Lili tahu berenang kerana ramai orang tahu berenang.
• Bob gagal dalam matematik. Dia pasti gagal dalam matematik tambahan
4.2 KEMAHIRAN MENAAKUL SECARA DEDUKTIF (Specialising)
Membuat pertimbangan dari satu situasi umum ke beberapa contoh atau situasi
yang spesifik. Lazimnya, dimulakan dengan mengemukakan generalisasi dan
kemudian diikuti oleh contoh-contoh. Ciri-cirinya:
• Generalsasi pada permulaan pengajaran mestilah dinyatakan secara eksplisit
• Contoh-contoh yang digunakan mestilah sesuai dan mencukupi
• Contoh tidak harus datang dari guru sahaja tetapi juga dari murid
• Contoh mesti betul supaya murid dapat meniru dan menghasilkan contoh yang lain
• Pemahaman generalisasi murid mestilah dinilai melalui pelbagai cara (lisan dan bukan lisan)
CONTOH-CONTOH PENAAKULAN DEDUKTIF
• Budak lelaki suka main bola sepak. Nash adalah budak lelaki, maka dia suka main bola sepak
• Oleh kerana 2 x 2=4, dan 22 adalah sama dengan 2 x 2, maka 22=4
• Peratus perokok mati disebabkan kanser paru-paru adalah tinggi. Pakcik dia seorang perokok, dia pasti mati kerana penyakit kanser paru-paru.
Bagaimana Melatih Murid Kemahiran Menaakul?
Pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan kemahiran menaakul perlu
dilaksanakan secara terancang, menarik dan mencabar daya imaginasi murid. Oleh
itu, guru hendaklah mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat menimbulkan
9
rasa ingin tahu untuk meneroka sesuatu tajuk yang dipelajari dengan lebih
mendalam.
Semasa merancang pengajaran dan pembelajaran, guru perlu mengambil kira
keperluan mengembangkan intelek dan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
serta kemahiran menaakul dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.
Beberapa aktiviti boleh dirancang dalam mengembangkan intelek dan daya berfikir
dalam kalangan murid. Kemahiran menaakul boleh dilaksanakan dalam pengajaran
bagi semua mata pelajaran dan boleh dilaksanakan sama ada di luar atau di dalam
kelas mengikut kesesuaian pelaksanaan mata pelajaran tersebut.
Aktiviti yang dilaksanakan sama ada di dalam kelas atau di luar kelas ini boleh
menggunakan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran. Antara
teknik yang boleh dilaksanakan termasuklah:
a. Teknik Perbincangan dan soal jawab Melalui teknik perbincangan dan soal jawab, guru dapat merangsang daya
fikir murid ke arah menjadi lebih kritis, kreatif dan mampu menaakul dengan
baik. Guru perlu membiasakan murid dengan soalan-soalan yang memberi
ruang kepada mereka menaakul dengan menggunakan soalan mengapa dan
bagaimana. Melalui teknik ini, guru boleh merancang tugasan yang
memerlukan murid berbincang dan bersoal jawab menggunakan perspektif
atau sudut pandangan yang berbeza mengenai peristiwa, masalah atau
watak dalam membuat keputusan atau menyelesaikan masalah.
Contoh tugasan murid:
Aminah murid tahun 3 ada latihan bola jaring di sekolah pada petang itu. Ibu
Aminah tiba-tiba demam dan meminta Aminah tolong menjaga adiknya.
Aminah telah berjanji dengan gurunya untuk hadir latihan itu. Kini dia perlu
membuat pilihan sama ada perlu hadir latihan atau menolong ibu di rumah.
Minta murid berbincang dan bersoal jawab daripada perspektif diri Aminah
10
sebagai pelajar dan Aminah sebagai anak yang baik dalam menyelesaikan
masalah ini.
b. Teknik penggunaan pengurusan grafik
Melalui teknik ini, guru boleh melatih murid menggunakan pengurusan grafik
dalam memahami maklumat, menjana idea dan menyelesaikan tugasan yang
diberikan kepada mereka. Contoh aktiviti yang boleh dilaksanakan
menggunakan teknik ini ialah aktiviti yang memerlukan murid memahami
maklumat dan menjana idea atau membuat andaian yang dipersembahkan
dalam pengurusan grafik untuk memudahkan murid menyelesaikan tugasan.
Dalam hal ini, guru dapat menggalakkan murid berfikir dalam mencari
jawapan kepada persoalan yang dikemukakan tadi.
Contoh tugasan murid:
Satu malam, Ah Meng lalu di sebuah jalan yang sunyi di pinggir sebuah
kampung dan terserempak dengan sebuah lembaga putih. Dia berhenti dan
bersembunyi di belakang sebatang pokok. Lembaga itu makin
menghampirinya. Pada pendapat kamu apakah lembaga itu dan apa yang
berlaku kepada Ah Meng selepas itu?. Tulis cerita ini sehingga selesai.
c. Teknik pembelajaran secara koperatif
Guru memberi penekanan kepada murid belajar dalam kumpulan dan
menyelesaikan tugasan secara kumpulan mengambil kira idea semua ahli
dan dipersetujui bersama. Aktiviti permainan memerlukan kerjasama dan
kesatuan idea antara semua ahli kumpulan. Contoh tugasan yang boleh
diberi kepada murid untuk diselesaikan secara kumpulan dan bersama-sama.
Murid perlu membentuk kumpulan 10 orang untuk membuat satu projek.
Kumpulan bebas menentukan jumlah lelaki dan perempuan tetapi bilangan
tidak melebehi 10 orang. Pecahan lelaki dan perempuan tidak boleh serupa
dengan kumpulan lain. Tentukan dan isi dalam borang yang disediakan.
11
Kumpulan Lelaki Perempuan Jumlah
Kumpulan 1
Kumpulan 2
Kumpulam 3
Kumpulan 4
d. Teknik sumbang saran dalam penyelesaian masalah
Dalam aktiviti membuat keputusan dan menyelesaikan masalah, guru boleh
menggunakan teknik sumbang saran dan akhirnya memilih idea yang paling
sesuai daripada semua idea yang dikemukakan oleh murid. Aktiviti ini
membolehkan murid membina kemahiran menaakul di samping menganalisis
maklumat atau data yang diberi. Mereka dapat menaakul untuk membuat
keputusan atau menyelesaikan masalah terhadap tugasan yang diberikan.
Contoh tugasan murid:
Amin membeli 40 biji guli dan memberikannya kepada dua orang adiknya.
Adik yang pertama mendapat 25 biji guli. Berapa biji guli yang diperoleh oleh
adik kedua? Dalam aktiviti ini murid terpaksa berfikir untuk menyelesaikan
masalah. Dua orang akan menerima sejumlah guli daripada 40 biji yang ada.
Seorang mendapat 25 biji daripada 40 biji dan jumlah yang diterima oleh
seorang lagi ialah lebihan dan baki yang ada.
d. Teknik projek Teknik ini memberi ruang kepada murid untuk berfikiran secara kritis dan
kreatif dalam menghasilkan projek. Dalam menghasilkan sesuatu projek ini,
murid juga perlu menaakul untuk membuat keputusan yang baik.
12
Contoh tugasan membuat projek salasilah keluarga murid. Bagi
menghasilkan sesuatu projek murid perlu menaakul dalam menentukan
kedudukan yang betul setiap ahli dalam keluarga mereka.
e. Teknik Permainan Melalui permainan, guru boleh mewujudkan situasi untuk murid membuat
keputusan dan menyelesaikan masalah dalam permainan tersebut. Murid
perlu dilatih memahami dan menentukan strategi yang baik untuk mereka
menguasai permainan itu.
Contoh dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, permainan lebih menjurus
kepada permainan bahasa seperti mencari perkataan tersembunyi. Dalam
mencari perkataan tersembunyi murid perlu faham pembentukan perkataan
yang tersembunyi itu dan perlu menentukan strategi yang sesuai dalam
menyelesaikan permainan ini.
f. Teknik Perbahasan Dalam perbahasan banyak idea yang mesti dikeluarkan dari pelbagai
perspektif untuk dibahaskan dalam membuat keputusan. Aktiviti ini sesuai
dijalankan untuk memupuk motivasi kepada murid bagi membolehkan mereka
menganalisis pendapat dan perspektif yang pelbagai mengenai sesuatu isu
yang penting. Pendapat yang dibahaskan dan dipertikaikan ini akan dirumus
oleh murid bagi membolehkan mereka membuat keputusan yang wajar.
Contoh murid membahaskan strategi terbaik dalam permainan bola jaring
dalam pasukan mereka berdasarkan kekuatan dan kelemahan yang dikenal
pasti.
13
g. Teknik Inkuiri
Teknik ini merupakan teknik pengajaran untuk menimbulkan minat dan daya
kreativiti dalam kalangan murid kerana murid sering mengemukakan soalan
‘bagaimana’. Oleh itu, ia dapat melatih murid mengemukakan pelbagai
soalan. Aktiviti dalam teknik ini memberi latihan yang sebenar dalam proses
mengenali masalah, mengkaji ramalan, mengumpul maklumat, menganalisis
dan membuat rumusan. Teknik ini banyak diaplikasikan dalam pengajaran
Sains dan Kajian tempatan. Contoh ujikaji dalam Sains.
14
15
CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
16
17
TEMA KEBUDAYAAN
TAJUK Kuih-muih Melayu
FOKUS UTAMA
Standard Kandungan
3.3 Membina dan menulis perkataan, frasa, dan ayat dengan betul.
Standard Pembelajaran
3.3.1 Membina dan menulis perkataan dan frasa dengan cara yang betul dan kemas.
OBJEKTIF
Pada akhir pengajaran, murid dapat:
i. Membina dan menulis frasa dengan cara yang betul dan kemas.
ii. Membaca dan memahami frasa dalam ayat majmuk dengan sebutan dan intonasi yang betul.
PENGISIAN KURIKULUM
i. Ilmu: Kajian Tempatan dan Kemahiran Hidup ii. Nilai: Membantu, berdikari, rasional, menghormati, menghargai iii. KBT/EMK: TMK dan konstekstual
SISTEM BAHASA Tatabahasa: Kata kerja, kata hubung
MEDIA Kad gambar, lembaran kerja
BBBAAAHHHAAASSSAAA MMMAAALLLAAAYYYSSSIIIAAA
18
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
AKTIVITI EMK/PENGISIAN KURIKULUM CATATAN
Mengenal pasti makanan tempatan a. Empat orang murid diminta merasa
makanan sambil mata ditutup dan meneka makanan tersebut.
b. Guru mencatatkan nama makanan yang disebut murid di papan tulis/powerpoint. Murid diminta menyatakan perkataan sepunya dalam frasa (pisang).
Ilmu: Kajian Tempatan Kemahiran Hidup Nilai: Rasional EMK: TMK KBKK: Menjana idea
Konteks: Makanan dalam kehidupan serta proses menyediakan makanan Soalan:
Apakah makanan yang dirasa tadi? (pisang goreng)
Mengapa kamu kata itu pisang goreng?
Apakah persamaan dan perbezaan pisang goreng dengan pisang rebus?
Mengapakah rasa makanan tersebut berbeza?
Membina frasa
a. Guru menaip perkataan pisang dan membimbing murid menaip perkataan lain untuk mengembangkan perkataan pisang menjadi frasa. Selepas perkataan: pisang emas,
pisang rebus, pisang goreng Sebelum perkataan: kerepek
pisang, anak pisang, daun pisang.
b. Murid diminta membuat perbincangan dalam kumpulan tentang perkataan dengan frasa dan membuat kesimpulan dari beberapa aspek seperti persamaan, perbezaan dan kekeliruan konsep frasa dalam Bahasa melayu.
Frasa peluasan kata nama) Kosa kata
ABM: Kuih, Lampiran 1 (gambar/slaid komputer)
[Selepas perkataan dikembangkan – induksi] a. Apakah kata inti bagi frasa
tersebut? b. Bagaimanakah cara
mengembangkan perkataan kepada frasa?
c. Apakah perbezaan antara perkataan dengan frasa?
Punca permasalahan: d. Bolehkah perkataan
menjadi frasa? e. Bolehkah frasa lebih
daripada dua perkataan?
19
AKTIVITI EMK/PENGISIAN KURIKULUM CATATAN
c. Guru memaparkan gambar dan meminta murid mengembangkan perkataan kepada frasa secara berpasangan. Contoh gambar udang, ayam, kacang dan ubi
d. Wakil kumpulan menulis frasa dalam powerpoint. Guru dan murid membin-cangkan ketepatan ejaan, kemudian murid lain menyalin frasa dalam LPG 1.
Pengukuhan pembinaan frasa
a. Guru dan murid berbincang tentang
gambar proses memasak dan mencatatkan perkataan berkaitan dengan gambar.
b. Guru membimbing murid menaakul untuk mengenal pasti dan menyatakan aktiviti yang terdapat dalam gambar yang dipamerkan. Contoh soalan yang membolehkan murid menaakul:
i. Alat ini dinamakan pengukus maka
aktivitinya mengukus. Jika alat ini dinamakan pengisar apakah aktiviti yang sesuai untuk alat ini.
ii. Mengapa kuih dibakar tidak terus ke dalam api seperti membakar sampah?
iii. Mengapa bila menggoreng, kita perlu menggunakan minyak?
iv. Apakah perbezaan antara merebus dan mengukus?
c. Murid bergilir-gilir membuat latihan
melengkapkan frasa pada skrin komputer berdasarkan gambar.
d. Murid menulis frasa tersebut ke dalam buku latihan yang disediakan.
Ilmu: Kemahiran Hidup Nilai: berdikari
Lampiran 2: Gambar proses memasak.
20
AKTIVITI EMK/PENGISIAN KURIKULUM CATATAN
Pentaksiran
a. Murid melengkapkan ayat dialog dengan menggunakan frasa yang sesuai.
KBT:KB- menganalisis
Lampiran 3 Pentaksiran
Pemulihan a. Guru membimbing murid melengkapkan
frasa berpandukan gambar dengan perkataan yang sesuai.
b. Murid membaca frasa yang telah dibina.
Ilmu: Kajian Tempatan
Lampiran 4 Pemulihan
Pengayaan a. Murid melengkapkan ayat dengan
menggunakan perkataan sendiri dan frasa.
Nilai: berdikari
Lampiran 5 Pengayaan
Rumusan a. Guru dan murid berbincang tentang
kepentingan menjaga kebersihan semasa menyediakan makanan menggunakan ayat yang ada frasa yang mereka tahu.
Nilai: Kebersihan Membantu
Soalan:
Mengapakah makanan kebanyakannya perlu dimasak?
Mengapakah sesetengah makanan menyebabkan keracunan walaupun telah dimasak?
Apakah langkah penjagaan kebersihan sebelum, semasa dan selepas memasak?
Mengapakah remaja perlu belajar memasak?
21
Aktiviti 1
Teka apakah aktiviti apa yang terdapat dalam gambar.
22
menguli
Lampiran 2
1. air.
2. bawang.
3. tepung.
4. kuih.
5. karipap.
Lengkapkan frasa di bawah berdasarkan gambar dan perkataan yang diberi dengan menaip perkataan tersebut.
menghiris menggoreng menjerang mengukus
23
Lampiran 3 Penilaian
Ibu : Dini, bolehkah tolong ibu sediakan bahan-bahan membuat nasi lemak ?
Pastikan kerja
Dini : Baiklah ibu, __________________________ akan membantu ibu.
saya dan adik
Ibu : Sebelum menolong ibu, pastikan kamu mencuci tangan dengan bersih supaya ____________________
_________________.
sambil mendengar radio
Adik : Kakak, bolehkah adik membantu ibu _____________
___________________________?
agar dapat meringankan
Dini : Boleh, tetapi ________________________ kamu siap. makanan tidak tercemar
Adik : Kakak, kenapa kita mesti menolong ibu?
Dini : Kita patut menolong ibu _____________________ ________________ bebannya.
Adik : Oh, begitu!
Lengkapkan dialog di bawah dengan menggunakan frasa yang diberi.
24
Lampiran 5 Pemulihan
Baca dan lengkapkan frasa dengan kata kerja berdasarkan gambar.
Aktiviti ini untuk murid yang belum mencapai standard pembelajaran sahaja.
________lemang
____________ lauk
____________kek
____________air ____________ kuih
____________ minuman
25
Lampiran 6 Pengayaan
dan sambil
1 Adik tidak suka ___________________karipap.
2 Rini membeli sebungkus nasi lemak dan ___________________________.
3 Ayah makan kuih koci sambil _____________________________________.
4 Saiful suka makan kuih keria kerana _______________________________
5 Kamalina _____________________________________ untuk keluarganya.
nndaanmakan kuih bilbbsambambmendengar radio
tiga keping kuih
menggoreng lempeng pisang
rasanya manis
Lengkapkan ayat dengan menggunakan frasa yang diberi.
Aktiviti ini untuk murid yang telah mencapai standard pembelajaran sahaja.
26
27
TAJUK KEJAR MENGEJAR
FOKUS Berkebolehan melakukan aktiviti kelajuan
STANDARD PEMBELAJARAN
1.9.1 Berlari dalam pelbagai kelajuan. 2.9.1 Mengenal pasti postur badan yang betul semasa berlari. 2.9.2 Mengenal pasti kordinasi tangan dan kaki semasa berlari. 5.3.2 Mengiktiraf kebolehan dan menerima kekurangan rakan sebaya
OBJEKTIF Melakukan aktiviti berlari dalam pelbagai kelajuan dengan lakuan yang betul.
Aktiviti Mencapai Standard Pembelajaran
1. Aktiviti memanaskan badan: Larian Piramid 2. Aktiviti 1: Lipas Kudung 3. Aktiviti 3: Kejar Mengejar 4. Permainan Kecil: Larian Susun Kad 5. Aktiviti Mnyejukkan Badan: Regangan statik dengan
iringan muzik
EM 1. Kreativiti dan inovasi
Bahan Bantu Belajar Skital, batang kayu panjang dan kad huruf.
Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran
Murid dapat menjawab lembaran kerja yang diberikan. (Rujuk Lampiran Lembaran Kerja)
Refleksi
............ bilangan murid yang dapat mencapai standard pembelajaran.
Tindakan susulan yang diberi kepada murid yang belum mencapai standard pembelajaran ialah ..............................
PPPEEENNNDDDIIIDDDIIIKKKAAANNN JJJAAASSSMMMAAANNNIII
28
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
AKTIVITI EMK CATATAN
Permulaan:
Aktiviti memanaskan badan
1. Murid dalam tiga kumpulan kecil. 2. Setiap kumpulan berada di skital A,
B dan C. 3. Murid di skital A akan berlari
perlahan ke skital B sambil membawa dua biji bola sepak/jaring.
4. Murid di skital B akan berlari pantas ke skital C sambil membawa baton.
5. Murid di skital C akan berjalan pantas ke skital A sambil membawa pundi kacang di atas kepala.
Soalan-soalan menaakul setelah selesai melakukan aktiviti:
Kumpulan manakah yang sampai dahulu ke tempat yang dituju?
Mengapakah kumpulan tersebut sampai dahulu ke tempat yang dituju?
Apakah perbezaan pergerakan ketiga-tiga kumpulan tersebut?
Nilai:
Bekerjasama dalam kumpulan
EMK:
Kreativiti dan inovasi
Tip Untuk Guru:
Semasa berlari:
Lari di atas bebola kaki.
Pandang kehadapan. Kepala tidak
digoyang-goyangkan. Ayun tangan
berselang dengan kaki dan lari dalam garisan yang lurus.
Angkat lutut tinggi semasa berlari.
Organisasi:
A
Lari Anak Berjalan
B C
Lari pantas
29
AKTIVITI EMK CATATAN
Aktiviti 1: Lipas Kudung
1. Murid berdua dalam kumpulan. 2. Murid yang di hadapan akan berada
10 meter dari rakan. 3. Murid di belakang akan bermula
berlari anak sehingga ke tempat yang ditanda.
4. Apabila sampai ke tanda, murid tersebut akan menambah kelajuan larian untuk mengejar rakan yang di hadapan.
5. Murid yang dihadapan akan lari dengan laju apabila murid di belakang sampai ke tanda hingga ke tempat selamat.
6. Pergerakan larian dalam garisan yang lurus
Guru boleh bertanya beberapa soalan menaakul kepada murid:
Bagaimana kamu membuat larian yang pantas?
Bagaimanakah pergerakan kamu semasa mengejar rakan di hadapan?
Apakah yang akan terjadi jika membuat larian pantas menggunakan bahagian tumit?
Mengapakah untuk membuat larian yang pantas lutut mesti ditinggikan?
Nilai:
Bersyukur dengan anugerah Tuhan
EMK:
Kreativiti dan inovasi
Organisasi:
Penanda
A B
Aktiviti 2: Kejar Mengejar
1. Murid berdua dalam satu kumpulan. 2. Murid di hadapan dan di belakang
akan memegang sebatang batang penyapu di tangan kiri atau kanan.
3. Dalam jarak yang tentukan, murid yang di hadapan akan menjatuhkan batang penyapu tanpa memberitahu murid di belakang.
Organisasi:
Penanda
A B
30
AKTIVITI EMK CATATAN
4. Apabila kayu dijatuhkan, murid di hadapan akan melakukan larian pantas dan murid di belakang akan mengejar murid di hadapan sehingga jarak yang ditentukan.
Contoh-contoh soalan menaakul yang boleh ditanya kepada murid:
Mengapa perlu pandang di hadapan dan kepala tidak digoyang-goyangkan semasa membuat larian pantas?
Ayunan tangan mesti diselang selikan. Mengapa?
Apakah yang akan terjadi jika postur badan tidak betul semasa membuat larian?
EMK:
Kreativiti dan inovasi
Permainan Kecil: Susunan Kad
1. Murid dalam kumpulan kecil. 2. Murid berlari ke kawasan kad dan
menyusun kad membtuk satu perkataan.
3. Kumpulan yang berjaya menyusun kad dalam masa yang pantas dikira sebagai pemenang.
Organisasi:
Murid Kawasan
Kad
Penutup:
Aktiviti menyejukkan badan.
1. Murid melakukan aktiviti menyejukkan badan dengan iringan muzik berentak perlahan.
2. Guru membuat rumusan dan mengedarkan lembaran kerja/pentaksiran untuk dijawab oleh murid.
31
LEMBARAN KERJA
Nama: ____________________________________ Tarikh: ___________
Kelas: ____________________________________
KEJAR MENGEJAR
1. Tandakan ( √ ) pada penyataan yang teknik berlari yang betul.
(a) Berlari pantas dengan menggunakan tumit. ( )
(b) Mata pandang ke hadapan semasa berlari. ( )
(c) Tangan kiri di hadapan, kaki kanan di belakang semasa berlari. ( )
(d) Tangan kanan di hadapan, kaki kiri di belakang semasa berlari. ( )
(e) Tangan kanan di hadapan, kaki kanan di belakang semasa berlari. ( )
(f) Gunakan bebola kaki semasa berlari. ( )
32
2. Padankan kelajuan pergerakan haiwan-haiwan ini.
PANTAS
PERLAHAN
33
MATA PELAJARAN: DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI TAHUN 3
Masa: 60 minit
Tajuk: Penyerapan
Standard Pembelajaran : 6.1.2 Mengenal pasti bahan yang boleh menyerap air dan kalis air dengan menjalankan aktiviti. 6.1.3 Menaakul kepentingan bahan yang boleh menyerap air dan bahan yang
kalis air dalam kehidupan. Objektif Pembelajaran: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
1. Menyatakan bahan yang boleh menyerap dan kalis air. 2. Menaakul kepentingan bahan yang boleh menyerap air dan kalis air.
Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran: 1. Guru menyediakan peralatan dan bahan seperti berikut:
i. bikar. ii. kain, kertas, kapas, plastik, kayu, batu, tisu, iii. air berwarna
2. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menjalankan penyiasatan. 3. Murid menjalankan aktiviti berdasarkan langkah- langkah berikut:
Langkah-langkah: a) Masukkan air berwarna ke dalam 4 bikar yang berasingan dan tandakan
paras air pada bikar. b) Masukkan bahan tersebut satu persatu ke dalam bikar yang berlainan. c) Selepas satu minit keluarkan bahan tersebut daripada bikar dan perhatikan.
(Nota: pastikan bahan tersebut masuk sepenuhnya ke dalam air berwarna.)
3. Murid membuat pemerhatian apa yang berlaku semasa dan selepas bahan tersebut dikeluarkan.
Soalan guru: i. Apakah yang dapat kamu perhatikan? ii. Adakah paras air dalam bikar sama selepas eksperimen? iii. Kenapa paras air tidak sama? iv. Apa yang sebenarnya berlaku? v. Mengapa terdapat bikar yang paras air sama?
34
4. Murid berbincang dengan ahli kumpulan untuk menentukan bahan yang menyerap air dan kalis air berdasarkan hasil penyiasatan. Soalan guru:
i. Berdasarkan penyiasatan yang telah kamu lakukan, apakah bahan yang boleh
ii. menyerap air? iii. Apakah pula bahan yang kalis air?
5. Murid menjalankan penyiasatan dengan menggunakan bahan yang lain.
Soalan guru: i. Nyatakan bahan lain yang boleh menyerap dan kalis air.
6. Guru mempamerkan gambar payung yang diperbuat daripada kain dan gambar
tuala yang diperbuat daripada plastik dan murid memerhatikan gambar tersebut. 7. Guru bersoal jawab dengan murid tentang apa yang mereka perhatikan.
Soalan guru: i. Apakah yang kamu perhatikan. ii. ii.Adakah sesuai payung dibuat daripada kain? Kenapa? iii. Adakah sesuai tuala dibuat daripada plastik? Kenapa? iv. Adakah penting terdapat bahan menyerap air dan kalis air dalam
kehidupan harian kamu? v. Apakah akan berlaku jika tiada bahan menyerap air dalam kehidupan
harian kamu? vi. Apakah akan berlaku jika tiada bahan kalis air dalam kehidupan harian
kamu?
Elemen Merentas Kurikulum (EMK) : Kreativiti Bahan Bantu Belajar : Bikar, kain, kertas, kapas, plastik, kayu, batu, tisu,air berwarna Penilaian Pengajaran Dan Pembelajaran: Murid menyiapkan lembaran kerja. Refleksi : -------- bilangan murid yang dapat menyatakan objek yang meyerap air dan kalis air. ---------bilangan murid yang tidak dapat menyatakan objek yang meyerap air dan
kalis air dan guru memberi aktiviti pemulihan selepas pengajaran dan pembelajaran.
35
botol stokin belon baju kurung payung tisu kertas khemah
menyerap air kalis air
Kumpulkan objek-objek di bawah mengikut kumpulan yang betul.
Lembaran Kerja
36
37
FORMAT RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
1. Mata Pelajaran dan Kelas : Pendidikan Moral Tahun 2 Bestari 2. Tema / tajuk : Membantu Keluarga Kembangan. 3. Masa : 10.40 -11.40 pagi (60 minit) 4. Standard Pembelajaran :
2.1.1 Menyatakan tiga cara membantu keluarga kembangan 2.1.2 Menyenaraikan tiga kepentingan membantu keluarga kembangan 2.1.3 Menceritakan perasaan semasa membantu keluarga kembangan 2.1.4 Mengamalkan sikap baik hati dalam keluarga kembangan
5. Objektif Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:
i. menyatakan cara membantu keluarga kembangan ii. menceritakan perasaan semasa membantu keluarga kembangan iii. mengamalkan sikap suka membantu dalam keluarga kembangan kepada
orang lain.
6. Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran:
i. Menjana idea cara memberi bantuan kepada keluarga kembangan secara lisan atau dengan menggunakan bahan.
ii. Sumbang saran berkaitan kepentingan dan perasaan memberi bantuan kepada keluarga.
iii. iii.Murid menjawab soalan yang disediakan
7. EMK:
i. Kreativiti
ii. TMK - Menggunakan pemprosesan kata (MS Word)
8. Bahan Bantu Belajar:
Lembaran kerja, Kad gambar , borang senarai semak. 9. Penilaian P dan P:
i. lembaran kerja (Tandakan (/) pada pernyataan yang betul)
10. Refleksi
i. 36 orang murid telah mencapai standard yang ditetapkan.
ii. 4 orang murid akan diberi latihan pemulihan sebelum waktu pelajaran akan datang
38
FASA CADANGAN AKTIVITI
Fasa Persediaan Pemerhatian Analisis
i. Buku latihan guru terjatuh ke atas lantai. ii. Murid keluar membantu guru mengutip buku latihan. iii. Guru memuji sikap baik hati murid tersebut. iv. Guru mengambil kesempatan ini untuk membawa masuk tajuk
yang ingin dipelajari pada hari ini.
Fasa Imaginasi Penjanaan Idea Sintesis Idea
i. Guru menunjukkan beberapa keping gambar yang
menunjukkan cara membantu keluarga kembangan.( Lampiran 1)
ii. Murid memerhatikan gambar-gambar tersebut dan menyatakan 3 cara membantu keluarga kembangan yang terdapat dalam gambar. Cuba terangkan situasi yang berlaku dalam gambar ini?
iii. Guru mencatatkan contoh-contoh cara membantu keluarga kembangan yang dinyatakan oleh murid-murid pada kertas mahjong
Bagaimana kamu boleh membantu dalam keluarga?
Fasa Perkembangan Penambahbaikan Penilaian
i. Guru mengedarkan senarai semak ”Bantuan Yang Dihulurkan Kepada Keluarga Kembangan” kepada setiap murid. (Aktiviti 1.1)
ii. Guru menjelaskan cara melaksanakan dan mengisikan senarai semak.
iii. Murid menyatakan kebaikan dan keburukan, kelebihan dan kekurangan dalam membantu orang.
Fasa Tindakan Pelaksanaan
i. Guru meminta murid menceritakan bagaimana mereka telah dan pernah membantu keluarga masing-masing dalam keadaan yang terdesak atau saat yang penting? Contoh soalan:
Bagaimana kamu pernah membantu keluarga mengatasi masalah?
Apakah perasaan kamu ketika itu? Bagaimanakah perasaan kamu selepas dapat
menyelesaikan masalah tersebut?
ii. Sesi soal jawab antara rakan sebaya digalakkan dalam ini.
Amalan berterusan
i. Murid menyatakan kepentingan membantu keluarga? ii. Murid digalakkan membudayakan adat suka membantu kepada
39
orang lain selain dari ahli keluarga.
40
41
Arahan:
1.1 Senarai Semak:
Bantuan Yang Dihulurkan Kepada Keluarga Kembangan
Nama Murid : Kelas : _______
Bil Tarikh Jenis Bantuan Tandatangan Ibu bapa
Skor :
Tandatangan Guru :
Membantu Keluarga Kembangan, Saya Gembira.
42
Tarikh :
Skrip Lakonan Menyambut Tahun Baru Cina
Arahan :
1.2 Lakonkan watak-watak yang diberikan dan jelaskan perasaan anda semasa membantu keluarga kembangan.
a. Murid memegang watak-watak seperti berikut: Datuk, nenek, bapa, ibu, kakak, abang dan Ah Ming.
b. Situasi : Keluarga Ah Ming balik ke kampung untuk menyambut Tahun Baru Cina.Setibanya mereka di rumah datuk dan nenek, mereka bekerjasama membersihkan halaman rumah datuk nenek.Mereka juga menghiasi ruang tamu .Setiap ahli keluarga melaksanakan tugas masing-masing. Ah Ming diminta membantu datuk nenek menyapu daun kering di halaman rumah.
c. Apakah perasaan Ah Ming dan sekeluarganya selepas membantu keluarga kembangan membersihkan rumah?Jelaskan.
d. Adakah Ah Ming mengamalkan nilai Baik Hati?
43
Arahan:
1.3 Tandakan ( / ) pada pernyataan yang betul dan ( x ) pada pernyataan yang salah.
1. Ai Ling membantu ibu menjaga adik semasa ibu sedang memasak di dapur. ( )
2. Kakak memetik bunga jirannya untuk Ibu tersayang. ( )
3. Rahman berasa malu menolong datuknya menjual kuih di pasar malam. ( )
4. Abang suka membantu nenek menyiram bunga pada setiap waktu petang. ( )
5. Membantu ahli keluarga dapat mengeratkan Hubungan sesama keluarga. ( )
44
Arahan:
1.4 Pilih dan warnakan gambar yang menunjukkan membantu keluarga kembangan.
45
Arahan:
1.5 Senaraikan perasaan semasa membantu keluarga kembangan.
1.
2.
3.
4.
5.
seronok
benci
gembira
malu
rela rajin
bangga
sombong
sedih
46
3
47
3
30
7.1
7.1.3
1
2.
3
4
1
2–3–4
5
6
DLP–
1.4EK–
1.9EK
1.13EK–
1DLP
2
3
3
48
1.&
2.&
3.&
1.11 1 1
1 1 2
1 1 3
1 1 4
1.1.2
1 21 2 1DLP
1 2 2(Powerpoint)
3
49
1 2 3
1 2 4
1
2
3
1 2 5
1 2 6
1 31 3 1
1 3 2
3
50
1 41 4 1
DLP
1 4 2
1 4 3
1
2
(Powerpoint)
1.51 5 1
1 5 2
1.9EK
1 5 3
1.4EK
3
51
1 5 4
1.4EK(
–
1 61 6 11.9EK(
1 6 2
1.13EK(
1 6 3
1 71 7 1
1 7 2
12
1 7 3
1 81 8 1
1 8 2
3
3
52
1
_______________________
________________
3
53
2
_______________________
________________
3
54
3
________________
________________
3
55
–3
60
4.4
4.4.1
4.4.2
1.2.3.1 .
.2
3.
4 .
1 .: )EK 1.9(
)EK 1.1(–
2 .DLP
1.
.2DLP
3.
1.
2.
3.
&
3
56
1.11.1.1DLP
1.1.2
1
2
3
1.1.3
DLP
1.21.2.1
1.2.2
1
2
1.2.3
DLP
powerpoint
3
57
DLP
1.2 4
1.2 5
1.31.3.1
1.3.2
1.3.3
1.3.4
1.3 5
DLP
powerpoint
3
58
1.41.4.14
1
EK 1.9
1.4.2
EK 1.9
1.4.3
1.4 4
EK 1.9
www.bpk.moe.gov.my
1.51.5.1
3
59
1.5.2
1
1.61.6.1
1.6 2
1.6 3
1.71.7 1
12EK 1.1
1.7 2
EK 1.1
www.bpk.moe.gov.my
1.81.8.1
1.8.2
2
3
60
3
61
1:______________________________
:_____________ :___________
3
62
2
1.
2.
3.
4
5.
6.
7.
8.
:______________________________
:_____________ :___________
3
63
2
1
2
3
4
5
3
64
–3
60
1.2.2
1.2.2.3
1.2.2.4
1.2.2.5
1.
2.
3.
1.
2.
3.
4.
1.powerpoint DLP
2.
EK 1. 4
EK 1.14
EK 1.9
1.DLP
2.
3.
4
1.
3
65
1.11.1.1
DLP
1.1.2
powerpoint
1.1 3
.i
.ii
.iii
1.1.3
DLP
1.21.2.1
powerpoint
1.2.1
DLP
1.31.3.1
powerpointDLP
3
66
1.
2.
3.
4.
5
6.
1.3.2
1.3.3
*1 .
2.
3 .
4.
1.3.4
EK 1. 4
1.41.4.1
1.4.2
1.4.3
.i
.ii
1.4.4
EK 1.9
3
67
1.1.2.2.3.3.4.4.
5.6.
1.51.5.1
1.5.2
1.5.3
1.5.2
EK 1.14
1.61.6.1
1.71.7.1
1.81.8.1
1.8.2
1.8.3
3
68
1.
2.5
3.
4.
5.
________________________________
3
69
1
..................................................
..................................................
..................................................
..................................................
..................................................
..................................................
71
¾Á¢ú¦Á¡Æ¢ §¸ð¼ø, §ÀîÍ
º£÷à츢ôÀ¡÷ò¾ø ¾¢Èý
À¡¼õ/ÅÌôÒ : ¾Á¢ú¦Á¡Æ¢ / ¬ñÎ 3
¸Õô¦À¡Õû / ¾¨ÄôÒ : º¡¨Ä À¡Ð¸¡ôÒ / º¡¨Ä Å¢ÀòÐ
§¿Ãõ : 60 ¿¢Á¢¼õ
¸üÈø ¾Ãõ : 1.8.1
§¿¡ì¸õ : þôÀ¡¼ þÚ¾¢Â¢ø Á¡½Å÷¸û, À¡÷ò¾ ¿¢¸ú׸¨Çò
¦¾Ç¢Å¡¸ì ÜÚÅ÷.
À¡¼ÅÇ÷ ¸üÈø ¸üÀ¢ò¾ø «ÏÌӨȸû /
¯ò¾¢¸û ÌÈ¢ôÒ
À£Ê¨¸ 1. º¡¨Ä À¡Ð¸¡ôÒ ÌȢ£θ¨Çô À¡÷òÐì
¸ÄóШáξø.
ÅÌôÒÓ¨È
À¢ýÉ¢¨½ôÒ 1
ÀÊ 1 1. º¡¨Ä Å¢Àò¨¾¦Â¡ðÊ À¼í¸Ç¢ÖûÇ
¾¸Åø¸¨Çô ÀðÊÂÄ¢ðÎì ÜÚ¾ø. 2. ÜȢ ¾¸Åø¸¨Ç¦Â¡ðÊì ¸ÄóШáξø.
ÅÌôÒÓ¨È
º£÷à츢ôÀ¡÷ò¾ø ¾¢Èý
À¢ýÉ¢¨½ôÒ 2
ÀÊ 2 1. Á¡½Å÷¸û ¾¡í¸û À¡÷ò¾ º¡¨Ä Å¢Àò¨¾ô
ÀüÈ¢ì ÌØÅ¢ø ¸ÄóШáξø. 2. §º¸Ã¢ò¾ò ¾¸Åø¸¨Çì ÌØ ¿¢¸Ã¡Ç¢ À¨¼ò¾ø. 3. Á¡½Å÷¸û ºÃ¢Â¡¸ì ÜÚŨ¾ ¬º¢Ã¢Â÷ ¯Ú¾¢
¦ºö¾ø.
ÌØÓ¨È
º£÷à츢ôÀ¡÷ò¾ø ¾¢Èý
À¢ýÉ¢¨½ôÒ 3
ÀÊ 3 1. Á¡½Å÷¸û ¾¡í¸û À¡÷ò¾ º¡¨Ä
Å¢Àò¨¾¦Â¡ðÊò ¦¾Ç¢Å¡¸ì ÜÚ¾ø. ¾É¢Â¡ûÓ¨È
72
Á¾¢ôÀ£Î
1. ¾¡ý À¡÷ò¾ º¡¨Ä Å¢Àò¨¾¦Â¡ðÊò ¦¾Ç¢Å¡¸ì ÜÚ¾ø.
̨ȿ£ì¸ø ¿¼ÅÊ쨸 :
1. ¬º¢Ã¢Ââý Ш½Ô¼ý Á¡½Å÷¸û ¾¡í¸û À¡÷ò¾ º¡¨Ä Å¢Àò¨¾ô ÀüÈ¢ò ¦¾Ç¢Å¡¸ì ÜÚ¾ø.
ÅÇôÀÎòÐõ ¿¼ÅÊ쨸 :
1. Á¡½Å÷¸û ¾¡í¸û À¡÷ò¾ §ÅÚ ¿¢¸ú¨Åò ¦¾Ç¢Å¡¸ì ÜÚ¾ø.
73
À¢ýÉ¢¨½ôÒ 1
75
À¢ýÉ¢¨½ôÒ 3
àñ¼ø §¸ûÅ¢¸û:
1. þùÅ¢ÀòÐ ±íÌ §¿÷ó¾Ð? 2. þùÅ¢Àò¾¢ø À¡¾¢ì¸ôÀð¼Å÷¸û ¡Å÷? 3. ¡ը¼Â ¾ÅÈ¡¸ þÕìÌõ? ²ý? 4. ÁÕòÐÅ ÅñÊìÌò ¦¾¡¼÷Ò ¦¸¡ñ¼Å÷ ¡÷? ²ý? 5. ¾£Â¨½ôÒ Å£Ã÷¸û ²ý «íÌ Åó¾É÷? 6. ²ý þùÅ¡È¡É º¡¨Ä Å¢Àòиû ²üÀθ¢ýÈÉ? 7. þùÅ¡È¡É Å¢Àòи¨Çò ¾Å¢÷ì¸ ±ýÉ ¦ºöÂÄ¡õ? 8. º¡¨Ä Å¢Àòи¨Çò ¾Å¢÷ì¸ ±ó¾ò ¾ÃôÀ¢É÷ ÀíÌ Å¸¢ì¸Ä¡õ?
77
PANEL PENYUMBANG
Penasihat: Dato’ Ibrahim bin Mohamad Pengarah
Bahagian Pembangunan Kurikulum
En. Mohd. Zainal bin Dirin Timbalan Pengarah (Dasar, Sains & Teknologi)
Sidang Editor: En. Baharin Yahaya
Pn. Norhayati Mokhtar Bahagian Pembangunan Kurikulum Penyumbang: Pn. Amy Wong On Mei IPGM Kampus Pulau Pinang En. Azhar Ariffin IPGM Kampus Tengku Ampuan Afzan Pn. Rofilah binti Md. Said SMK Dato’ Klana Putra, Port Dickson En. Mohd Fadzli bin Abu Bakar SMK Seri Pagi, Seremban Cik Katijah binti Abu Bakar SM Teknik Muadzam Shah, Muadzam Shah En. Rosli bin Jaffar SK Bukit Kepong, Muar Pn. Aishah binti Borhan SK Gangsa, Durian Tunggal Pn. Suhailah binti Musa SK Merlimau, Merlimau Pn. Maznah binti Ibrahim SK Lesong Batu, Alor Gajah En. Mazlan bin Mohibbuddin SK Lui Timur (F), Jempol Pn. Norfaizah Ahmad SK Bukit Beringin, Melaka Sumbangan Khas: Pn. Norehan Shaharoun IPGM Teknik, Cheras Prof. Madya Dr. Yudariah Mohd. Yusuf UTM, Skudai
78
Pegawai Mata Pelajaran BPK: Pn. Norsidah Abd. Rahman
Pn. Liza Othman
En. Kamarul Azlan Ahmad
Hj. Fauzi Abdul
En. Ahmad Zakuan Md. Khudzri
En. Mior Syazril Mohd. Sapawi
Cik Kamariah Mohd. Yassin
Pn. Noraziah Ahmad Ghazali
Pn. Vanaja Ratnam
Pn. Than Chew Keok
Hjh. Hasnah Nordin Illustrasi: En. Shahrizal Amir SJKC Tai Thung, Kuala Lumpur Susun Atur: Muntasir Hj. Muaz BPK
79
RUJUKAN
Terry, W. & Higgs, J. (1993). Educational programmes to develop clinical reasoning kills. Australian Journal & Physiotheraphy, 39, 47-51.
Mobley, W.C.. (2010). Role of basic science in clinical reasoning education. AACP Meeting and Seminar, 10-14 Julai
(2010, September 3). Thinking skill: Reasoning. Retrieved from Exforsys Inc-Self-Study Online Training website: http://www.exforsys.com/career-center/core-skills/thinking-skill-reasoning.html
Kementerian Pelajaran Malaysia (2001). Kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.