BUKU PROG MESY AGUNG PIBG 38 (1).doc

26
0 SEKOLAH KEBANGSAAN SERI AMAN, KG. BAHRU, SRI GADING,83300,BATU PAHAT, JOHOR. Tarikh : 27 Mac 2015 Hari : Jumaat Masa : 8.00

Transcript of BUKU PROG MESY AGUNG PIBG 38 (1).doc

MESYUARAT AGUNG PIBG

SENARAI KANDUNGAN

BILKANDUNGANMUKA SURAT

1.SENARAI KANDUNGAN1

2SURAT NOTIS MESYUARAT PIBG2

3TENTATIF PROGRAM3

4UCAPAN ALUAN DARI YDP PIBG4

5UCAPAN ALUAN GURU BESAR SKSA5

6SENARAI AJK PIBG SESI 2014/20156

7JAWATANKUASA KERJA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE- 397

8SENARAI GURU SKSA 20158

9MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-389-14

10LAPORAN AKTIVITI DAN SUMBANGAN15

11LAPORAN KEWANGAN16

12SENARAI PENERIMA HADIAH SKIM GALAKAN UPSR17

13ANALISIS KEPUTUSAN UPSR17

14PEMBENTANGAN USUL18

15UCAPAN PENGHARGAAN19

NOTIS MESYUARAT

__________________________________________________________________________________

Rujukan Kami : JBA 0048-900/4/2/1 (46)

Tarikh : 12 Mac 2015Kepada,

Ibubapa, penjaga dan guru,

SK Seri Aman, Kg Bahru

83300 Sri Gading,

Batu Pahat, Johor

Tuan,

JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE- 39

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.Sukacita dimaklumkan, pihak kami ingin menjemput tuan hadir ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke-38 sebagaimana ketetapan yang berikut:

Tarikh

: 15 Mac 2014

Hari

: Jumaat

Masa

: 8.00 malam

Tempat: Dewan Terbuka SK Seri Aman

3.Diharapkan dengan kehadiran tuan akan menyerikan lagi majlis pada hari tersebut. Semoga program yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Pihak kami merakamkan jutaan terima kasih di atas kesudian dan keprihatinan pihak tuan untuk hadir ke mesyuarat ini.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

---------------------------------

(PN. HJH. FADHLUN BINTI ISMAIL)

Setiausaha, Persatuan Ibu Bapa & Guru,

SK Seri Aman.

TENTATIF PROGRAM

8.00 Malam:Pendaftaran

Jamuan ringan8.30 Malam:Ketibaan perasmi

:Nyanyian Lagu Negaraku

:Bacaan Doa

:Ucapan YDP PIBG

:Ucapan Guru Besar SKSA

:Ucapan Perasmian oleh Datuk Hj. Ali Bin Sheikh Ahmad

(Timbalan Ketua Umno Bahagian Sri Gading)

:Persembahan Zapin SKSA

:Penyampaian Hadiah Kecemerlangan UPSR 2014

: Penyampaian Anugerah Guru Cemerlang

:Penyampaian Anugerah Ibu Bapa Cemerlang

:Penyampaian cenderahati kepada perasmi

:Jamuan VIP

:Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-39:Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung ke -38

:Membentang dan menerima laporan aktiviti PIBG

:Membentang dan mengesahkan penyata kewangan

:Pembentangan usul-usul

:Ucapan penangguhan

:Cabutan Bertuah

:Majlis bersurai

KATA-KATA ALUAN

YDP PIBG SK SERI AMANAssalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah swt dengan keizinanNya dapat kita sekali lagi berhimpun pada hari ini untuk mengadakan Mesyuarat Agung PIBG SK Seri Aman kali ke 39.

Usaha dan syukur adalah dua perkara yang perlu digarap dalam diri kita semasa meniti kehidupan yang kian mendesak dengan kenaikan harga barang dan faktor ekonomi global. Kita berusaha keras untuk mencapai semua ketidakcukupan hidup kita dengan apa cara sekalipun sehingga kekadang mengabaikan tanggungjawab kita kepada anak-anak. Dalam hidup kita sememangnya kita rasa sentiasa tidak cukup tapi rahsia untuk menutupnya ialah sentiasa bersyukur. Selagi kita bersyukur kita akan sentiasa rasa cukup dan selagi itu lah kita faham pengertian kehidupan kita yang sebenar di dunia ini.

Saban tahun mendidik anak-anak semakin mencabar, dari itu kerajaan telah berusaha untuk mencari inisiatif dengan mengubal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Dasar ini adalah bertujuan untuk mempertingkatkan kecemerlangan pelajaran dengan melibatkan sekolah, ibubapa, komuniti setempat dan badan korporat dalam sistem pelajaran masa kini. PIBG seharusnya menjadi platform dan memainkan peranan utama untuk mewujudkan kecemerlangan pendidikan tersebut melalui kemuafakatan dan pengkongsian usaha yang melibatkan semua pihak tersebut yang merupakan rakan kongsi kecemerlangan pelajar-pelajar.

Sudah tiba masanya sekiranya kita mahu anak kita lebih cemerlang dan kita sebagai ibu bapa dan komuniti perlu berusaha bersama dengan lebih gigih mendidik anak-anak kita kerana sebahagian besar masa mereka dihabiskan di rumah dan di komuniti setempat berbanding di sekolah. Disamping itu, ibu bapa dan komuniti seharusnya menyokong dan membantu sekolah untuk menjayakan apa jua program kecemerlangan pendidikan bagi membentuk jatidiri anak kita sebagai generasi berwawasan yang berguna di masa hadapan.

Akhir kata saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ini. Saya doakan semoga mesyuarat ini dapat diadakan dengan baik penuh semangat kekeluargaan dan muafakat dikalangan semua ahli PIBG.

Selamat Bersidang.

Salam hormat,

Safiee bin Mohd Zain

YDP PIBG Seri AmanUCAPAN ALUAN

GURU BESAR SK SERI AMANBismillaahirrahmaanirrahiim Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,Terlebih dahulu saya ingin merakamkan penghargaan kepada Encik Mohamed Salleh, Penghulu Mukim Sri Gading atas kesudian menghadiri Mesyuarat Agung PIBG SK Seri Aman. Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada pengerusi, barisan AJK PIBG dan guru-guru kerana berjaya mengadakan Mesyuarat Agung pada tahun ini.Saya mengharapkan semoga dengan adanya mesyuarat sebegini, ibu bapa dan guru-guru akan dapat menjalinkan hubungan mesra dan saling berusaha keras untuk meningkatkan prestasi SK Seri Aman baik dari segi akademik ataupun kokurikulum.

Saya juga mengharapkan agar PIBG juga dapat meneruskan usaha-usaha murni dan terus membantu pihak sekolah serta berpadu tenaga ke arah menuju kecemerlangan sekolah kita.

Akhirnya, saya berdoa semoga mesyuarat ini akan dapat berjalan lancar dan mencapai satu permuafakatan ke arah kebaikan bersama.

Yang Benar,

En. Aseri Bin KassanGuru Besar SK Seri AmanSENARAI AJK PIBG

SESI 2014/2015Yang Dipertua PIBG

EN. SAFIEE B MOHD ZAIN

(Pengerusi Biro Ekonomi & Pembangunan)Naib Yang Dipertua PIBG

EN R AZMAN B SUBARY

(Pengerusi Biro Kumpulan Sokongan Ibu Bapa)Setiausaha

PN. HJH. FADHLUN BIN ISMAILBendahari

PN NORHARYATI BINTI BADRONAhli Jawatankuasa:EN KAMARUL ARIFFIN B AHMAD(Pengerusi Biro Pendidikan & Maklumat)EN NOR IKHWAN BIN NASIR(Pengerusi Biro Sukan & Kebudayaan)

EN FAIZOL BIN ABDULLAH

(Pengerusi Biro Keceriaan & Keselamatan)PN KAMARIAH BT KASSIM

(Pengerusi Biro Kebajikan & Sosial)

PN AZLINA BINTI JOHARI EN. KAMISAN BIN KOSNON]EN ESA BIN ATANPN MUNISAH BINTI SHAMSUDDINPN . NOOR FARIZA BINTI AHMADPEMERIKSA KIRA-KIRA

EN ROSLI BIN OTOHPN NORYATI BT JAMARIJAWATANKUASA KERJAMESYUARAT AGUNG PIBG

KALI KE-39PENYAMBUT TETAMUPROTOKOL

EN ASERI BIN KASSANEN SAFIEE BIN MOHD ZAIN

EN R AZMAN BIN SUBARYPN HJH KAMSINAH BT SUJAK PN HASNAH BT SLAMAT

TN HJ MORSHID BIN A RAZAK

BUKU PROGRAM/JEMPUTANBACAAN DOA

PN. NOR SURAYA BINTI GHUZALLIPN. HJH. FADHLUN BINTI ISMAILEN MOHAMAD HIDAYAT BIN MISLAN

PENGACARA MAJLISHIASAN PENTAS/BACKDROP

EN KAMISAN BIN KOSNON

PN MUNISAH BT SHAMSUDDINPN. HAWA HUZAIFAH BINTI SABTUELVIRA JOSEPH

CENTYA DOMINIC

GABRIEL LANCE ANAK MALINGEN FAIZOL BIN ABDULLAH

PERSIAPAN TEMPATSIARAYA /DOKUMENTASI

EN MOHD JOHAIZIE BIN RAHEM

TN HJ MISRAN BIN SOHOD

EN ABD RAZAK BIN DAMIRIEN MOHAMAD HIDAYAT BIN MISLAN EN MOHD ZAIDI BIN ZAKARIA

PN HAJAH ROZITA BT PAIMAN

EN KAMARUL ARIFFIN B AHMAD

CENDERAHATI/CABUTAN BERTUAHPENDAFTARAN

PN. SITI HAWA ZAKIAH BINTI GIMATDORIS ANAK BABANG

NANCY KEWA PAIN BINTI OLA

TN HJ ESA BIN ATANPN KARTINA BT RASID

PN ASIAH BT TAHA

JAMUAN IBUBAPAJAMUAN VIP

PN MAILMUNAH BINTI SULIEMANPN. SARA BINTI SAAT

NUR FARA AYUNI BINTI ABDUL RAFFAR

RICHARD RAO A/L SOORIANARAYANAN

EN NOR IKHWAN BIN NASIR

PN. ROSNIHAYATI BINTI SAHIL

PN NORHAYATI BT BADRONPN. HJH. FADHLUN BIN ISMAIL

NURFADZLYNA BTE TUGIMAN

PN AZLINA BINTI JOHARI

SIJIL AJK & MURID SERTA PERSEMBAHANPENCATAT MESYUARAT

PN TAN PING CHEEPN. NOOR FARIZA BINTI AHMAD

PN. NURZALINA BINTI HASHIM

PN. ZALILA BINTI YAHYAPN KAMARIAH BT KASSIM

SENARAI GURU

SK SERI AMAN 2015

BILNAMAJAWATAN

1EN ASERI BIN KASSANGURU BESAR

2PN HAJAH KAMSINAH BTE SUJAKGPK 1 (PENTADBIRAN)

3PN HASNAH BT SLAMATGPK HEM

4TN HAJI MORSHID B A RAZAKGPK KOKURIKULUM

5TN HAJI MISRAN B SOHODGURU PENOLONG

6TN HAJI ESA B ATANGURU PENOLONG

7EN MOHD JOHAIZIE B RAHEMGURU PENOLONG

8EN ABD RAZAK B DAMIRIGURU PENOLONG

9EN MOHAMAD HIDAYAT B MISLANGURU PENOLONG

10EN KAMISAN B KOSNONGURU PRA SEKOLAH

11PN ASIAH BT TAHAGURU PENOLONG

12PN KARTINA BT RASIDGURU PENOLONG

13PN ROSNIHAYATI BT MD SAHILGURU PENOLONG

14PN TAN PING CHEEGURU PENOLONG

15PN HAJAH FADHLUN BT ISMAILGURU PENOLONG

16PN. HAWA HUZAIFAH BINTI SABTUGURU PENOLONG

17PN NORHAYATI BT BADRONGURU PENOLONG

18PN MAILMUNAH BT SULEIMANGURU PENOLONG

19PN NOR SURAYA BT GHUZALLIGURU PEMULIHAN KHAS

20PN NOOR FARIZA BT AHMADGURU PENOLONG

21PN ZALILA BINTI YAHYAGURU PENOLONG

22PN SARA BT SA'AT @ SA'ADGURU PENOLONG

23PN HAJAH ROZITA BT PAIMANGURU PENOLONG

24PN MUNISAH BT SHAMSUDDINGURU PENOLONG

25PN SITI HAWA ZAKIAH BT GIMATGURU PENOLONG

26PN NURZALINA BT HASHIMGURU PENOLONG

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-38

SK SERI AMAN, KG BAHRU, SRI GADING,

BATU PAHAT, JOHOR.

TARIKH: 15 MAC 2014

MASA

: 9.00 PAGI

TEMPAT: KANTIN SKSA

KEHADIRAN: 57 ORANG

1. MAJLIS UCAPAN

1.1 UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG ( EN SAFIEE B. MOHD ZAIN )

Kata-kata aluan.

Mengucapkan terima kasih kepada yang hadir.

Melahirkan rasa dukacita disebabkan kehadiran yang kurang memuaskan.

Mengucapkan terima kasih kepada penghulu atas kehadiran pada pagi ini.

PIBG perlu mencari jalan untuk menyelesaikan masalah sekolah contohnya melalui SARANA.

Memaklumkan bahawa wang yang dibayar oleh ibu bapa tidak mencukupi untuk membantu dari segi kurikulum dan ko-kurikulum.

ALUMNI telah diwujudkan dan majlis akan diadakan pada 28 Mac 2014, jam 8.00 malam dan akan dihadiri oleh Dato' Haji Sufa'at bin Tumin.

Mengharapkan kerjasama ibu bapa untuk mempastikan kecemerlangan anak anak.

Penglibatan yang positif daripada ibu bapa amat diharapkan pada masa-masa akan datang bagi membantu perubahan yang membawa kecemerlangan murid.

Pencapaian UPSR makin meningkat, PIBG perlu melipat gandakan lagi usaha membantu sekolah.

Kecemerlangan sukan akan cemerlang di bawah teraju guru besar baru Encik Aseri bin Kassan.

Mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua AJK PIBG 2013/2014 kerana memberi kerjasama yang baik dalam menjayakan aktiviti yang lepas.

Syabas dan tahniah kepada semua guru yang bertungkus-lumus memberi ilmu kepada murid.

Mengambil kesempatan memohon maaf di bawah kepimpinan beliau ada kesilapan yang tidak disengajakan.

1.2 UCAPAN TN. GURU BESAR ( ENCIK ASERI BIN KASSAN)

Kata-kata aluan.

Mengucapkan syukur kepada Ilahi kerana dapat berkumpul dalam Mesyuarat Agung PIBG pada kali ini.

Memohon maaf kerana terlewat datang disebabkan baru pulang dari berkursus.

Mengucapkan terima kasih kepada ibu-bapa yang hadir.

Mengucapkan terima kasih atas kerjasama AJK PIBG yang baik di bawah pimpinan Encik Safiee bin Mohd Zain.

Menyatakan keputusan UPSR sekolah merupakan pencapaian yang hebat dan perlu diteruskan.

Menyatakan dalam sukan perlu usaha lebih giat lagi.

Menyatakan murid perlu menyambung pelajaran ke sekolah berasrama penuh.

Menyatakan pihak sekolah akan cuba mengatur program-program yang baik.

Menyatakan sistem online PBS direhatkan sementara tetapi proses pembelajaran di dalam kelas masih diteruskan untuk kebaikan murid.

Menyatakan masih terdapat murid yang tidak menguasai LINUS. Selepas dijalankan ujian pada murid Tahun 1, didapati seramai 5 orang yang tidak melepasi. Ia merupakan jumlah yang besar dan perlu diselesaikan bersama antara guru, ibu bapa dan PIBG.

Mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua AJK PIBG yang lepas.

Menyatakan kegagalan murid dalam acara bola baling yang baru dipertandingkan disebabkan murid tiada pengalaman. Begitu juga dengan olahraga yang perlu diberi perhatian untuk pengalaman murid.

Menyatakan kecemerlangan akademik perlu seiring dengan sukan.

Menyeru kepada ibu bapa yang mempunyai kepakaran dalam bidang sukan agar memberi kerjasama untuk melatih murid.

Mengucapkan terima kasih dan mengharapkan kerjasama yang baik daripada ibu bapa dapat diteruskan.

1.3 UCAPAN PERASMI (ENCIK MOHAMED SALLEH BIN PANDAK)

Kata-kata aluan dan mengucapkan terima kasih atas kesudian mengundang beliau untuk turut serta di dalam majlis Mesyuarat Agung PIBG kali ke 38.

Menyeru kepada semua agar sama-sama melakukan solat hajat dan berdoa semoga usaha menjejaki MH 370 dapat dijumpai dengan selamat walaupun sudah seminggu kehilangannya.

Mengingatkan semua agar berjaga-jaga menggunakan air walaupun masih baik memandangkan cuaca yang panas.

Mengucapkan tahniah kepada PIBG kerana dapat mengadakan Mesyuarat Agung PIBG ke-38.

Mengingatkan kepada ibu bapa bahawa menghantar anak-anak ke sekolah bukan untuk melepas tanggungjawab tetapi perlu beri kerjasama kepada pihak sekolah untuk kejayaan anak-anak. Masa murid lebih banyak di rumah berbanding di sekolah.

Mengingatkan ibu bapa agar tidak menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab untuk mendidik anak-anak kepada pihak sekolah sebaliknya ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting untuk kejayaan anak-anak barulah berkesan.

Menyatakan bahawa sistem pendidikan negara adalah sistem yang telah diiktiraf oleh PBB.

Menyatakan perubahan yang dibuat oleh kementerian adalah bagi memantapkan sistem pendidikan untuk kebaikan bersama.

Menyatakan Sri Gading adalah kawasan yang rancak dengan pembangunan pusat hab ilmu dengan kewujudan UTHM dan KKTM. Oleh itu, ruang ilmu yang ada perlu diguna sebaik mungkin.

Berharap agar blok bangunan baru yang telah siap dapat digunakan sebaik-baiknya.

Mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak sekolah dan PIBG atas kejayaan yang telah dicapai.

Merasmikan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 38 dengan lafaz Bismillahirahmanirrahim.

2. AGENDA MESYUARAT

2.1 Membentang dan Menerima Minit Mesyuarat Agung kali ke 37

Setiausaha PIBG membentangkan minit mesyuarat agung ke 37

Cadangan pengesahan:En. Faizol b. Abdullah

Sokongan pengesahan:Pn. Noridah bt Ishnan

2.2 Membentang dan Mengesahkan Laporan Aktiviti Tahunan PIBG.

YDP PIBG membentangkan laporan aktiviti tahunan PIBG

Cadangan pengesahan:En. Muntalip b. Satimen

Sokongan pengesahan:Pn. Azlina bt Johari

2.3 Membentang dan Mengesahkan Laporan Tahunan Kewangan PIBG Berakhir 31 Dis 2013

Bendahari PIBG membentang Laporan Tahunan Kewangan PIBG untuk disahkan.

Cadangan pengesahan:En. Arsamudin b. Zaid

Sokongan pengesahan:Pn. Mismah bt Susoh

Pengerusi membubarkan AJK PIBG 2013/2014.

2.4 Pelantikan AJK PIBG 2014/2015

2.4.1 Melantik pengerusi sementara

En. Nor Ikhwan b. Nasir mencadangkan En. R Azman b. Subary sebagai pengerusi sementara.

Disokong sebulat suara

2.4.2 Melantik seorang YDP PIBG 2014/2015

Pn. Zawiah bt Kardi mencadangkan En. Safiee b. Mohd Zain dan disokong oleh En. Nor Ikhwan b. Nasir.

Dipersetujui sebulat suara.

2.4.3 Melantik seorang NYDP PIBG 2014/2015

En. Kamarul Arriffin bin Ahmad mencadangkan En. R Azman b. Subary dan disokong olehEn. Muntalip b. Satimen .

Pn. Asiah bt Taha mencadangkan Pn. Kamariah bt Kasim dan disokong oleh Pn. Kartina bt Rasid.

Keputusan undian : En. R Azman b. Subary.

2.4.4 Melantik AJK PIBG

2.4.4.1 Pn. Noryati bt Jamri mencadangkan En. Kamarul Ariffin b. Ahmad dan disokong oleh EN. Nor Ikhwan b. Nasir.mengesyorkan agar AJK PIBG 2012 yang hadir dikekalkan, manakala yang tidak hadir digugurkan. Dipersetujui sebulat suara.2.4.4.2 Tn. Hj Morshid mencadangkan agat AJK PIBG 2013/2014 yang masih mempunyai anak bersekolah di SK Seri Aman dikekalkan, disokong oleh En. Muntalip b.Satimen. Respon Guru Besar : Cadangan tersebut tidak dipersetujui dan pemilihan perlu dijalankan bagi memberi peluang kepada ibu bapa yang lain. Dipersetujui sebulat suara.

2.4.4.3 Pn Zawiah bt Kardi mencadangkan Pn Azlina bt Johari dan disokong oleh Pn Siti Hamilah bt Suliman. Dipersetujui sebulat suara.

2.4.4.4 Pn Azlina bt Johari mencadangkan Pn Kamariah bt Kasim dan disokong oleh Pn. Noryati bt Jamri. Dipersetujui sebulat suara.

2.4.4.5 Encik Rosli b. Otoh mencadangkan En Nor Ikhwan b. Nasir dan disokong oleh Encik Kamarul Arriffin b. Ahmad. Dipersetujui sebulat suara.

2.4.4.6 En. Adilah b. Buang mencadangkan En Faizol b. Abdullah dan disokong sebulat suara.

2.4.4.7 Pn Zawiah bt Kardi mencadangkan Pn Siti Hamilah bt Suliman dan disokong sebulat suara.

2.4.5 Melantik 2 orang Pemeriksa Kira-kira

2.4.5.1 Pn Noryati bt Jamri mencadangkan En. Rosli b. Otoh dan disokong oleh En. Muntalip b. Satimen. Dipersetujui sebulat suara.

2.4.5.2 En. Rosli b. Otoh mencadangkan Pn Noryati bt Jamri. Dipersetujui sebulat suara

AJK PIBG 2014/2015

Yang Dipertua

: En. Safiee b. Mohd ZainNaib Yang Dipertua: En. R Azman b. SubaryAJK

: 1) En. Kamarul Ariffin b. Ahmad

2) En. Nor Ikhwan b. Nasir

3) En. Faizol b. Abdullah

5) Pn. Azlina bt Johari

6) Pn. Kamariah bt Kasim

7) Pn. Siti Hamilah bt Suliman

Pemeriksa Kira-Kira: 1) En. Rosli b. Otoh

2) Pn. Noryati bt. Jamari

2.5 Membentang dan membahaskan usul-usul

2.5.1 Usul daripada AJK PIBG : Mengekalkan sumbangan PIBG RM 30 bagi setiap keluarga dan tambahan RM 20 untuk menampung aktiviti sekolah.

Tuan Guru Besar menyatakan pentingnya sumbangan tersebut untuk menampung kos kelab komputer, aktiviti ko-kurikulum dan melancarkan aktiviti sekolah, zon dan sebagainya.

En. Safiee menyatakan sumbangan RM 30 tidak mencukupi kerana PIBG diminta menyumbang untuk aktiviti sekolah yang melibatkan ibu bapa dan pihak luar selalu minta sumbangan dari PIBG. Oleh itu, AJK PIBG mencadangkan sumbangan sebanyak RM 20 bagi menampung aktiviti sekolah.

Pn. Noridah mencadangkan sumbangan tersebut dikurangkan kepada RM 15.

Majoriti ahli PIBG bersetuju sumbangan PIBG RM 50 satu keluarga.

2.5.2 Usul daripada AJK PIBG : Menubuhkan Kelab Seni Budaya dengan kerjasama ibu bapa.

En. R Azman mencadangkan aktiviti kebudayaan yang boleh dijalankan di sekolah seperti kompang dan zapin.

Usul ini disokong sebulat suara.

3. UCAPAN PENANGGUHAN

3.1 Pn. Asiah bt Taha

Mengucapkan tahniah kepada AJK yang baharu.

Budaya kena-mengena dalam melantik AJK perlu dihentikan.

Lantik ibu bapa yang boleh memberikan komitmen.

3.2 En. Kamarul Arriffin bin Ahmad

Kecewa dengan kehadiran yang tidak memberangsangkan.

Menyatakan bahawa segala usul mestilah diusulkan pada mensyuarat PIBG.

Menyatakan kerisauan sekiranya usul sumbangan tambahan RM 20 tidak diterima oleh ahli yang tidak hadir.

Mengharapkan agar ibu bapa memberi sokongan pada kelas tambahan yang telah diadakan.

Mengharapkan agar AJK yang baharu dapat memberikan komitmen yang sepenuhnya.

3.3 En. Aseri bin Kassan (Guru Besar SKSA)

Mengharapkan kerjasama ibu bapa bagi menaikkan lagi prestasi SK Seri Aman.

3.4 En. Safiee bin Mohd Zain

Mengucapkan terima kasih kerana diberi kepercayaan untuk memimpin PIBG.

Mengucapkan tahniah atas pelantikan jawatankuasa yang baharu.

Berharap agar maklumat pada mesyuarat kali ini dapat disampaikan kepada ibu bapa yang lain.

Mengucapkan tahniah kepada ibu bapa yang dapat hadir.

Mengumumkan tabung kutipan untuk membaiki pentas sebanyak RM 103

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.15 petang.

Disediakan oleh :

Disemak oleh :

...............................

..............................

(Mohamad Hidayat bin Mislan)

(Safiee bin Mohd Zain)

Setiausaha PIBG,

Yang diPertua PIBG, SK Seri Aman.

SK Seri Aman.

LAPORAN AKTIVITI

&

SUMBANGAN PIBGBILAKTIVITITARIKH / JUMLAH

1.Mengadakan mesyuarat AJK kali pertama22 Februari 2014

2.Mengadakan mesyuarat pelarasan Mesyuarat Agung PIBG Ke-388 Mac 2014

3.Mengadakan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-3815 Mac 2014

4.Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa PIBG224 Mei 2014

5.Mengadakan mesyuarat Pelantikan Biro & Aktiviti23 Jun 2014

6.Mengadakan Majlis Solat Hajat Perdana, Bacaan Surah Yassin dan Sambutan Hari Raya21 Ogos 2014

7.Program Gotong Royong PIBG15 Nov 2014

8.Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa PIBG Kali Pertama1 Mac 2015

9.Mengadakan mesyuarat pelarasan Mesyuarat Agung PIBG Ke-3911 Mac 2015

10.Panatia Agama DaerahRM 40.00

11.T Shirt Sukan PIBGRM150.00

12.MSSC Pintas PudingRM 294.00

13.Hari Guru Peringkat DaerahRM 30.00

14.Program Automasi Pusat SumberRM 410.00

15.Program Kecemerlangan UPSRRM 1500.00

PENYATA KEWANGAN PIBG

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI AMAN

BERMULA 1.1.2014 HINGGA 31.12.2014

BILTARIKHPENDAPATANRMBILTARIKHPERBELANJAANRM

11.1.2014Baki Berahkir pada 31.12.20131326.7511.1.2014Resit Rasmi20.00

21.1.2014Sumbangan PIBG 20144610.0025.1.2014Fail Putih8.00

315.3.2014Sumbangan Mesyuarat Agung PIBG103.0038.3.2014Jamuan Mesyuarat AJK PIBG25.05

49.11.2014Jualan Hari Sukan39.50413.3.2014Puteri Islam Malaysia20.00

5513.3.2014Panitia Agama Daerah20.00

614.3.2014Mesyuarat Agung PIBG-

-Jamuan Mesyuarat Agung400.00

-Cenderahati Perasmil & AJK PIBG514.00

-Sijil PIBG35.00

-Anugerah Kecemerlangan310.00

-Fail Murid Cemerlang58.00

-Banner Mesyuarat Agung112.00

-FotostatBuku Program56.00

714.3.2014Jamuan Mesyuarat AJK PIBG40.00

814.3.2014Fotostat Bahan PIBG30.00

914.3.2014Tshirt Sukan PIBG150.00

104.5.2014MSSC Pintas Puding294.00

118.5.2014Foam Board SARANA240.00

1212.5.2014Hari Guru Peringkat Daerah30.00

1315.5.2014Setem Hasil Cek7.50

1414.8.2014Bahan Fotostat MT K1 & K2, BI, BM K1 & K2343.80

154.9.2014Jamuan Hari Raya200.00

164.9.2014Program Murid Pecutan Akhir UPSR 2014500.00

174.9.2014Program Automasi PSS410.00

184.9.2014Cenderahati Solat Hajat200.00

194.9.2014Jamuan Mesyuarat AJK PIBG50.00

204.9.2014Pembayaran Pembatalan Cek10.00

2115.9.2014Soalan Latihan UPSR Sains Set 1-6106.20

2220.9.2014Soalan Latihan Matematik50.00

2320.9.2014Jamuan Solat Hajat Perdana300.00

2415.11.2014Jamuan Gotong-royong PIBG24.00

2515.11.2014Tikar Getah Bilik SARANA70.00

JUMLAH PERBELANJAAN4633.55

BAKI BAWA KE HADAPAN1445.70

JUMLAH PENDAPATAN6079.25JUMLAH PENDAPATAN6079.25

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

Disemak oleh,

.

..

(PN.NORHAYATI BADRON)

(EN. ROSLI BIN OTOH)

(PN.NORYATI JAMARI)BENDAHARI PIBG SKSA

PEMERIKSA KIRA-KIRA 1

PEMERIKSA KIRA-KIRA 2

PENERIMA HADIAH GALAKAN UPSRBILNAMAGRED

1MUHAMMAD AIMAN BIN ELLY IBRAHIM5 A

2NAJWA NISHA BINTI NORDIN5 A

3NUR AIN SHUHADA BINTI MOHD. NOR5 A

4NUR FAIZATUL YAQEEN BINTI ROSLI5 A

5PUTERI DARIN NAJIHAH BINTI R. AZMAN5 A

6SITI HANISAH FITRI BINTI AB. AZIZ5 A

7WAN NAZHAN BIN MOHD. ROSNAN5A

8SITI HASINAH FITRI BINTI AB. AZIZ4A 1 B

9NUR SYAFIZA NISA BINTI ZAINAL4A 1B

PENCAPAIAN UPSR LIMA TAHUNTahun

BIL CALONBM PEM.

(%)BM PEN.

(%)BI

(%)MT

(%)SN

(%)LULUS%GPS5A4A3A2A1A

20105810091.284.596.694.84882.82.092611910

20115194.190.264.7192.1692.163262.72.185512810

20125510098.194.498.194.44990.71.983391810

2013461009891100984291.31.98348167

20144410010088.695.4588.63988.61.86721086

USUL-USUL PIBG telah menerima beberapa usul untuk dibahaskan di dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke -39Usul daripada Jawatankuasa PIBG SK Seri Aman:

1. Mencadangkan supaya mengadakan lawatan penanda aras ke sekolah-sekolah cemerlang.Usul daripada Ibu Bapa/Penjaga SK Seri Aman:

1. Mencadangkan supaya pihak sekolah menempah baju sukan lengan

panjang pada masa akan datang.USUL-USUL

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI AMAN,

KG. BAHRU,

SRI GADING,83300,BATU PAHAT, JOHOR.

Tarikh : 27 Mac 2015

Hari : Jumaat

Masa : 8.00 Malam

Tempat : Dewan Terbuka SKSA

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU,

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI AMAN KAMPUNG BAHRU,

83300 SRI GADING ,

BATU PAHAT, JOHOR.NO.TEL/FAX:07-4559504

______-

Pengerusi dan Jawatankuasa Kerja Mesyuarat Agung PIBG

kali ke 39

merakamkan setinggi-tinggi

peghargaan dan terima kasih kepada:

Datuk Hj. Ali Bin Sheikh Ahmad

(Timbalan Ketua Umno Bahagian Sri Gading)

Guru Besar

YDP PIBG SK Seri Aman

AJK PIBG

Guru-guru, ibu bapa, penjaga dan seluruh

Warga kerja SKSA

Semua para dermawan yang telah menghulurkan sumbangan serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.

Terima kasih.

1PAGE 2