Buku Program

3
SEKILAS PENA PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH PONTIAN Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya saya berpeluang mengabdikan kata-kata aluan bersempena Perayaan Hari Guru Tahun 2015 yang bertemakan Guru : Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak . GURU adalah sangat istimewa. Golongan guru merangkumi semua warga pendidik yang menyumbang khidmat bakti dalam semua bentuk institusi pendidikan yang menjadi penggerak serta pendukung kepada pembangunan pendidikan negara. Guru merupakan insan yang berpengetahuan luas, berkemahiran tinggi dalam bidangnya dan mempunyai keperibadian terpuji serta berupaya menjadikan diri mereka sebagai suri teladan. Selain itu guru ialah individu yang membangunkan dan membentuk atau mewujudkan kualiti pada setiap insan dan keilmuan. Dalam konteks pendidikan, guru berperanan sebagai individu yang membina dan membentuk kualiti individu murid/ pelajar dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek (kognitif). Keseluruhannya, dapatlah dikatakan bahawa pendidikan adalah amanah bagi semua pihak. Memahami konsep pendidikan sebenar akan memudahkan pemahaman matlamat atau tujuan pendidikan. Keberhasilan sesuatu usaha pendidikan di mana-mana peringkat adalah ditinjau daripada sejauh mana perubahan positif yang mampu dicapai dalam selang masa tertentu terhadap seseorang. Oleh yang demikian, guru dilihat berperanan untuk menyempurnakan keberhasilan murid berpandukan enam aspirasi murid yang dinyatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015. Budi pekerti dan nilai-nilai murni sejagat yang perlu ada dan dihayati oleh setiap modal insan bagi mendepani cabaran dan perubahan dalam kehidupan. Akhir kata, marilah kita bersama-sama berganding bahu dalam menjayakan matlamat menyediakan pendidikan berkualiti , bergerak terus untuk membangunkan modal insan dalam menyerlahkan keilmuan dan keperibadian akhlak yang sempurna bagi melonjakkan kualiti pendidikan seiring dengan aspirasi transformasi pendidikan negara.

description

s

Transcript of Buku Program

Page 1: Buku Program

SEKILAS PENAPEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH PONTIAN

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya saya berpeluang mengabdikan kata-kata aluan bersempena Perayaan Hari Guru Tahun 2015 yang bertemakan ‘Guru : Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak”. GURU adalah sangat istimewa. Golongan guru merangkumi semua warga pendidik yang menyumbang khidmat bakti dalam semua bentuk institusi pendidikan yang menjadi penggerak serta pendukung kepada pembangunan pendidikan negara. Guru merupakan insan yang berpengetahuan luas, berkemahiran tinggi dalam bidangnya dan mempunyai keperibadian terpuji serta berupaya menjadikan diri mereka sebagai suri teladan. Selain itu guru ialah individu yang membangunkan dan membentuk atau mewujudkan kualiti pada setiap insan dan keilmuan. Dalam konteks pendidikan, guru berperanan sebagai individu yang membina dan membentuk kualiti individu murid/ pelajar dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek (kognitif). Keseluruhannya, dapatlah dikatakan bahawa pendidikan adalah amanah bagi semua pihak. Memahami konsep pendidikan sebenar akan memudahkan pemahaman matlamat atau tujuan pendidikan. Keberhasilan sesuatu usaha pendidikan di mana-mana peringkat adalah ditinjau daripada sejauh mana perubahan positif yang mampu dicapai dalam selang masa tertentu terhadap seseorang.  Oleh yang demikian, guru dilihat berperanan untuk menyempurnakan keberhasilan murid berpandukan enam aspirasi murid yang dinyatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015. Budi pekerti dan nilai-nilai murni sejagat yang perlu ada dan dihayati oleh setiap modal insan bagi mendepani cabaran dan perubahan dalam kehidupan. Akhir kata, marilah kita bersama-sama berganding bahu dalam menjayakan matlamat menyediakan pendidikan berkualiti , bergerak terus untuk membangunkan modal insan dalam menyerlahkan keilmuan dan keperibadian akhlak yang sempurna bagi melonjakkan kualiti pendidikan seiring dengan aspirasi transformasi pendidikan negara. Sekian, Selamat Hari Guru  

…………………………………………………… ENCIK ZAINAL BIN BUANG PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH PONTIAN

Page 2: Buku Program

SEUNTAI MADAHPENGARAH PENDIDIKAN JOHOR

  

Assalamualaikum dan salam sejahteraBersyukur saya ke hadrat Allah SWT atas limpah izin menyampaikan sepatah dua kata dalam ruangan ini bersempena Perayaan Hari Guru Tahun 2015 Peringkat Daerah Pontian Tema Hari Guru pada tahun 2015 adalah "Guru : Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak" . Oleh yang demikian dapat dilihat bahawa tema Hari Guru tahun ini yang lebih menumpukan kepada aspek pembentukan akhlak dan sahsiah murid berteraskan ilmu dilihat bertepatan dengan kehendak dan keperluan semasa masyarakat sekarang. Guru berperanan mengupayakan diri dengan ilmu dan pengalaman agar dapat membangunkan potensi insan melalui penyerapan elemen-elemen kerohanian dan kurikulum, menyediakan kepelbagaian bahan rangsangan bagi mengoptimumkan potensi murid serta menyediakan pelan pembangunan individu yang menyeluruh dan bersepadu bagi menghasilkan modal insan bertaraf dunia. Warga pendidik perlu memainkan peranan penting dalam menyediakan serta membentuk insan peribadi mulia berpersonaliti unggul di dalam membina negara bangsa yang berkualiti.  Selain itu, guru berperanan dalam menghasilkan modal insan holistik yang berilmu dan berakhlak ke arah kesempurnaan kemenjadian murid. Seperti yang digarapkan dalam PPPM 2013 - 2025, sistem pendidikan Malaysia berhasrat untuk melahirkan murid berdasarkan enam aspirasi murid, iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika serta kerohanian dan identiti nasional. Justeru guru merupakan agen ke arah merealisasikan hasrat tersebut. Akhir kata, marilah kita berusaha bersungguh-sungguh menjayakan pembangunan pendidikan, bergabung tenaga dalam membina ilmu serta mengukuhkan ukhwah dalam menyempurnakan akhlak agar matlamat kita untuk membangunkan potensi individu melalui pendidikan berkualiti menjadi kenyataan. Sekian, Selamat Hari Guru   

...........................................................TUAN HAJI AMINUDDIN BIN ADAMPENGARAH PENDIDIKAN NEGERI JOHOR