Buku Program Majlis

8
1 Profesor Dr. Charles Santhanaraju Vairappan Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan Universiti Malaysia Sabah 3 November 2021 | 9.30 pagi Galeri Majlis, Aras 3, Bangunan Canselori, Universi Malaysia Sabah Disampaikan oleh: LIVE STREAM net UMS ECOLOGICAL CHEMICALS AS ECOSYSTEM FUNCTION MEDIATORS AND POTENTIAL LEAD PHARMACEUTICALS UMS KAMPUS RAHMAH TERAS KECEMERLANGAN DAN KEUNGGULAN DINAMIK • LESTARI • INTEGRITI • KEADILAN • KEGEMBIRAAN Majlis Buku Program Syarahan Perdana ke-10

Transcript of Buku Program Majlis

Page 1: Buku Program Majlis

1

Profesor Dr. Charles Santhanaraju VairappanInstitut Biologi Tropika dan PemuliharaanUniversiti Malaysia Sabah

3 November 2021 | 9.30 pagiGaleri Majlis, Aras 3, Bangunan Canselori, Universiti Malaysia Sabah

Disampaikan oleh:

LIVESTREAM netUMS

ECOLOGICAL CHEMICALS AS ECOSYSTEMFUNCTION MEDIATORS AND POTENTIAL LEAD

PHARMACEUTICALS

UMS KAMPUS RAHMAHTERAS KECEMERLANGAN DAN KEUNGGULAN

D I N A M I K • L E S T A R I • I N T E G R I T I • K E A D I L A N • K E G E M B I R A A N

MajlisBuku ProgramSyarahan Perdana ke-10

Page 2: Buku Program Majlis

2

PERUTUSAN NAIB CANSELOR

BismillahirrahmanirrahimAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam UMS Kampus Rahmah.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT atas limpah kurnia dan izin-Nya, kita dapat bersama-sama mengikuti syarahan perdana yang disampaikan oleh Profesor Dr. Charles S. Vairappan dengan tajuk, “Ecological Chemicals as Ecosystem Function Mediators and Potential Lead Pharmaceuticals”. Profesor Dr. Charles S. Vairappan merupakan seorang tokoh yang berpengalaman dan tidak asing dalam bidang kimia produk semula jadi di Malaysia. Sumbangan kepakaran beliau dalam penemuan sebatian kimia semula jadi yang mempunyai kepentingan dari segi ekologi, taksonomi sistematik dan farmaseutikal amat signifikan. Beliau juga merupakan satu-satunya ahli kimia produk semula jadi yang telah mempelopori kajian rumpai laut serta haiwan invertebrata marin di Malaysia. Hasil kajian beliau juga telah diterjemahkan kepada teknologi gunaan dalam sektor pengkulturan rumpai laut dan akuakultur marin. Ia bukan sahaja mempunyai impak yang tinggi dalam pembangunan mampan sumber asli negara tetapi juga merupakan tunjang utama dalam penterjemahan ilmu kepada hasil yang dapat diguna pakai dalam kehidupan harian. Hasil usaha serta keunggulan beliau dalam bidang keilmuan ini telah membawa

kepada pengiktirafan beliau sebagai “Top Research Scientist Malaysia 2020” oleh Akademik Sains Malaysia. Secara umumnya, Majlis Syarahan Perdana ini adalah satu tradisi akademik yang sangat signifikan bagi seorang profesor dan dianjurkan sebagai platform untuk menyebar luas ilmu pengetahuan, kepakaran, penemuan inovatif, dan bukti ketokohan dan kesarjanaan akademiknya. Selain itu, majlis ini juga dianjurkan sebagai penghargaan serta pengiktirafan kepada profesor sebagai pemikir yang telah banyak memberi sumbangan dan idea khususnya kepada dunia akademik, malah kepada negara dan masyarakat secara keseluruhannya. Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Profesor Dr. Charles S. Vairappan. Pihak universiti amat berbangga dan mengiktiraf segala komitmen dan usaha gigih beliau selama 21 tahun ini. Saya berharap agar ketokohan serta kejayaan yang dicapai beliau akan menjadi sumber inspirasi dan dorongan kepada ahli-ahli akademik lain untuk turut berusaha ke arah kecemerlangan selaras dengan visi dan misi universiti. Sekian dan terima kasih.

YBhg. Profesor Datuk ChM. Ts. Dr. Taufiq Yap Yun HinNaib CanselorUniversiti Malaysia Sabah

Page 3: Buku Program Majlis

3

PRAKATA PENDAFTAR

BismillahirrahmanirrahimAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam UMS Kampus Rahmah.

Syukur ke hadrat Ilahi dengan taufik dan hidayah-Nya, Majlis Syarahan Perdana Profesor Dr. Charles S. Vairappan dapat dianjurkan dengan sempurna. Perkongsian ilmu dalam majlis syarahan ini amat bermakna dalam menonjolkan kepakaran dan ketokohan beliau serta mampu meningkatkan reputasi Universiti Malaysia Sabah sebagai sebuah universiti bertaraf global. Prof. Dr. Charles telah mula berkhidmat di UMS sejak 2 Januari 2000, semasa beliau masih melanjutkan pengajian Doktor Falsafah di Jepun. Pihak UMS amat berbangga kerana semua hasil kajian serta ilmu yang dikongsikan oleh beliau merupakan ilmu yang telah dihasilkan selama 21 tahun kerjaya beliau di UMS. Saya pasti, penghasilan ilmu beliau serta pendekatan ilmiah yang digunakan akan terus memasyhurkan UMS. Di samping kajian dalam bidang kimia, beliau juga telah menjalinkan kerjasama yang erat dengan universiti-universiti dan agensi penyelidikan di Jepun. Semua ini telah dibuktikan dengan pengiktirafan serta penghargaan anugerah “Japan Foreign Minister’s Commendation Award 2021” oleh kerajaan Jepun baru-baru ini. Semoga hubungan UMS dengan institusi kecemerlangan di Jepun akan memberi manfaat yang berpanjangan kepada UMS khasnya dan kepada negeri Sabah amnya.

Saya juga berharap agar majlis sebegini akan terus dianjurkan secara lebih kerap agar menjadi satu wadah perkongsian ilmu yang boleh dimanfaatkan oleh semua pihak, khususnya masyarakat umum. Sesungguhnya, Jabatan Pendaftar akan terus berusaha dalam memastikan perkembangan kerjaya kakitangan UMS khususnya kakitangan akademik dengan meningkatkan tadbir urus yang cemerlang. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak, khususnya kepada Jawatankuasa Sidang Pengarang Syarahan Perdana dan Jawatankuasa Pelaksana Majlis Syarahan Perdana yang telah menyumbangkan tenaga, usaha dan kerjasama bagi menjayakan majlis ini. Semoga komitmen dan semangat berpasukan sebegini akan kekal berterusan untuk masa-masa yang akan datang demi kecemerlangan universiti. Akhir kata, syabas dan tahniah diucapkan kepada Profesor Dr. Charles S. Vairappan atas syarahan perdana yang disampaikan. Diharapkan syarahan perdana serta kerjaya beliau akan terus memberikan input serta semangat kepada para pelajar, ahli akademik serta masyarakat umum. Sekian dan terima kasih.

YBrs. Encik Luqman Ridha AnwarPendaftarUniversiti Malaysia Sabah

Page 4: Buku Program Majlis

4

ATUR CARA

9.30 pagi Ketibaan kakitangan dan jemputan

9.40 pagi Ketibaan Tetamu Khas

9.45 pagi Ketibaan YBrs. Profesor Dr. Charles S. Vairappan,Pemidato

9.50 pagi Ketibaan YBhg. Profesor Dr. Rasid Mail,Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UMS

9.55 pagi Ketibaan YBhg. Profesor Datuk ChM. Ts. Dr. Taufiq Yap Yun Hin,Naib Canselor UMS

10.00 pagi Majlis bermula• Nyanyian lagu ‘Negaraku’ dan ‘Sabah Tanahairku’ • Bacaan doa• Tayangan video Pemidato• Pengenalan Pemidato oleh Naib Canselor UMS• Syarahan Perdana oleh YBrs. Profesor Dr. Charles S. Vairappan Tajuk: Ecological Chemicals as Ecosystem Function Mediators and Potential Lead Pharmaceuticals• Penyerahan Buku Pemidato kepada Naib Canselor UMS • Nyanyian lagu ‘Bertekad Cemerlang’• Jamuan makan

11.30 pagi Majlis dijangka selesai

* Pakaian: Lounge suit / Pakaian kerja

Page 5: Buku Program Majlis

5

SINOPSIS SYARAHAN

Ecological Chemicals as Ecosystem Function Mediaters and Potential Lead Pharmaceuticals

Hubungan antara perkhidmatan ekosistem yang berfungsi dan kesejahteraan manusia merupakan satu jambatan yang menghubungkan alam sekitar dan masyarakat.

Ianya juga telah menjadi tunjang sains kelestarian yang menentukan paradigma pembangunan lestari. Namun, kerangka konseptual yang mengintegrasikan secara sistematik fungsi utama kimia ekologi dengan mewujudkan pautan empirikal antara persekitaran semula jadi dan masyarakat amat berbeza dan kekurangan maklumat. Nilai kimia ekologi sebagai produk ekosistem alam semula jadi memerlukan pemahaman eksplisit, agar keseimbangan antara perkhidmatan ekosistem dan keutaman polisi dapat direalisasikan. Dalam masa 20 tahun yang lalu, fungsi utama kimia ekologi dalam organisma terrestrial dan marin di kepulauan Borneo telah dikaji. Tumbuhan terrestrial menghasilkan Bahan Kimia Organik Meruap (BKOM) dan sebatian sekunder yang berstruktur menarik, memudahkan proses-proses ekologi organisma dalam aspek komunikasi, pertahanan, tarikan, pencegahan dan penandaan wilayah. Tumbuhan herba yang lazim digunakan dalam perubatan tradisional telah menunjukkan konstitusi kimia yang menarik dan unik, lantas memberikan justifikasi akan kegunaan tradisionalnya bagi kesejahteraan manusia. Fungsi BKOM yang berasal daripada makanan haiwan yang juga disebarkan melalui

penguraian najis telah dapat dihubungkaitkan dengan fungsi pentingnya sebagai penarik serangga, khususnya kumbang tahi yang memudahkan proses remineralisasi najis untuk memulangkan C dan N ke tanah dan mengisi semula sink C dan N global. Flora dan fauna marin merupakan penghasil ketara metabolit sekunder yang menarik secara struktur kimianya dengan kepelbagaian kumpulan berfungsinya. Sebatian sekunder berhalogen yang dihasilkan oleh alga Laurencia adalah unik dan memperlihatkan kepelbagaian potensi biologikal. Begitu juga, kekarang lembut dari Ekoregion Marin Sulu-Sulawesi yang menghasilkan kepelbagaian terpenoid dan berfungsi sebagai pencegah pemakan. Kimia ekologi yang diperoleh dari biodiversiti Borneo juga mempamerkan kepelbagaian aktiviti biologikal sebagai sebatian utama farmaseutikal untuk antimikrob, antiradang, dan antikanser. Sebahagian daripada sebatian ini amat berpotensi serta telah dipatenkan dan dapat digunakan sebagai sebatian utama farmaseutikal. Oleh itu, kimia ekologi merupakan sebatian asli penting yang mengatur proses ekologi serta memastikan keseimbangan ekologi. Manusia yang merupakan pemelihara ekosistem semula jadi akan mendapat faedah secara langsung atau tidak langsung apabila kita mempraktikkan penggunaan serta regulasi sumber alam semula jadi secara lestari.

Page 6: Buku Program Majlis

6

PROFESOR DR. CHARLES S. VAIRAPPAN

Profesor Dr. Charles S. Vairappan dilahirkan pada 4 November 1967 di Georgetown, Pulau Pinang. Beliau merupakan anak kedua daripada empat orang adik-beradik kepada pasangan suami isteri, Encik Vairappan Rethanam. Beliau mendapat pendidikan

awal di Sekolah Rendah Assumption dan Sekolah Menengah Assumption di Butterworth, sebelum meneruskan pendidikan sekolah menengahnya di Sekolah Menengah St Mark (Bagan Ajam). Beliau seterusnya melanjutkan pengajiannya di Tingkatan Enam di Sekolah Menengah Dato Onn, sebelum diterima melanjutkan pengajian Sarjana Muda Sains Gunaan di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Beliau seterusnya melanjutkan pengajian sarjana beliau dalam bidang biokimia rumpai laut dan lulus pada tahun 1995. Seterusnya, beliau bekerja di sebuah syarikat swasta sebagai pengurus wilayah selama dua tahun. Pada tahun 1997, beliau mendapat biasiswa untuk melanjutkan pengajian doktor falsafah dari Kerajaan Jepun di bawah program “Monbusho Scholarship” di Hokkaido University. Beliau telah memperoleh sijil dalam Bahasa Jepun pada tahun 1998, sebelum memulakan penyelidikan

doktor falsafah. Beliau berjaya menyelesaikan pengajian doktor falsafah dalam tempoh 3 tahun dan memperoleh ijazah doktor falsafah dalam bidang kimia produk semula jadi dari Graduate School of Environmental Earth Sciences, Faculty of Environmental Earth Sciences, Hokkaido University. Beliau mula berkhidmat di Universiti Malaysia Sabah pada pada 2 Januari 2000, semasa tahun kedua pengajian doktor falsafah sebagai tutor di Institut Penyelidikan Marin Borneo. Seterusnya, sebagai Pensyarah Universiti pada 2 April 2001, kemudian dinaikkan pangkat ke Pensyarah Kanan pada 18 Julai 2005, Profesor Madya pada 9 Jun 2008 dan Profesor pada 6 September 2013. Beliau kini merupakan seorang profesor di Institut Biologi dan Tropika Pemuliharaan (IBTP), Universiti Malaysia Sabah. Pada tahun 2006, beliau telah menyempurnakan kajian post-doctoral di bawah “Japanese Society for the Promotion of Science (JSPS) Post-Doctoral Fellowship” selama 18 bulan dan telah menjalankan penyelidikan di “Graduate School of Agriculture Science, University of Tokyo”, Jepun. Sekembalinya dari Tokyo, beliau telah diberikan tanggungjawab sebagai Timbalan Pengarah

Page 7: Buku Program Majlis

7

(2011 – 2013) dan menyandang jawatan sebagai Pengarah (2013 – 2017) di Institut Biologi Tropika Pemuliharaan. Beliau juga telah dilantik sebagai ahli Majlis Biodiversiti Sabah dan Ahli Jawatankuasa Penasihat Bioteknologi Sabah atas kapasitinya sebagai ahli Kimia Hasilan Semulajadi bagi tempoh 2014 – 2017. Selain itu, beliau juga merupakan Lembaga Pengarah Eksekutif Federasi Bioteknologi Asia (AFOB), dan telah mewakili Malaysia sejak 2016. Beliau juga merupakan ahli persatuan-persatuan berikut; Persatuan Kimia Amerika [American Chemical Society (ACS)], Persatuan Fikologi Jepun [Japanese Phycology Society (JPS)], Persatuan Fikologi Gunaan Asia Pasifik [Asia-Pacific Society for Phycology (APSP)], Persatuan Rumpai Laut Antarabangsa [International Phycological Society (IPS)], Persatuan Ekologi Tropika Jepun [Japanese Society for Tropical Ecology (JSTE], dan Persatuan Produk Asli Malaysia [Malaysian Natural Products Society (MNPS)]. Profesor Dr. Charles juga telah menerbitkan lebih daripada 130 artikel penyelidikan berwasit, bab dalam buku dan beberapa buah buku ilmiah. Beliau juga telah menyelia lebih daripada 10 orang graduan doktor falsafah sains dan 30 orang graduan sarjana sains. Penyelidikan inovatifnya telah membuka jalan untuk pemindahan teknologi “Probiotic Fortified Marine Silage” ke syarikat akuakultur tempatan melalui Geran Dana Techno oleh Kementerian Pertanian Malaysia pada tahun 2013. Di samping itu, beliau juga telah memenangi satu Semi Grant Prize, 10 Pingat Emas dan 3 Pingat Perak dalam Pertandingan Inovasi Antarabangsa dari tahun 2004 hingga 2017. Beliau juga mempunyai dua tanda dagangan produk di Class 16 dan Class 31 (TM2011018830 dan TM2011018835), dan lima paten bagi

inovasi dalam kimia produk semula jadi. Profesor Dr. Charles juga terlibat sebagai perunding bagi Komuniti Pasifik Selatan (Pulau Solomon) dan Degussa Texturant System-Cargill France untuk membantu dalam wabak penyakit rumpai laut di Filipina, Indonesia, Zanzibar dan Pulau Solomon. Beliau turut diundang sebagai Plenary Speaker dan Keynote Speaker dalam program ilmiah antarabangsa/ kebangsaan dan “Dialog Kerjasama Selatan-Selatan” di UNESCO, Nairobi pada tahun 2014. Sepanjang 20 tahun ini, Profesor Dr. Charles juga pernah dianugerahkan beberapa anugerah iaitu Anugerah Tokoh Penyelidik (Penyelidik) 2010, Anugerah Tokoh Penyelidik (Malim) 2013, Anugerah Khas Perkhidmatan Cemerlang 2013, dan Anugerah Penyelia Terbaik (Sains) 2015 oleh Universiti Malaysia Sabah. Di samping itu, beliau merupakan Pengamal NLP Bertauliah oleh “NLP Academic of Malaysia”. Beliau juga merupakan Profesor Pelawat di “The University of Tokyo” dan “Rakuno Gakuen University”, Jepun. Selain itu, beliau juga memegang jawatan sebagai “Ambassador for Hokkaido University” dan “Network Ambassador for Kagoshima University” sejak tahun 2017. Akademi Sains Malaysia juga telah mengiktiraf prestasi penyelidikan beliau dengan penghargaan dan mengangkat beliau sebagai salah seorang dari Saintis Penyelidikan Terkemuka Malaysia 2020 (Top Research Scientist of Malaysia 2020). Kerajaan Jepun juga telah menganugerahkan beliau `Japanese Foreign Minister’s Commendation Award 2021’ bagi peranan beliau dalam kerjasama dua hala di bidang penyelidikan dan penyelidikan antara Jepun dan Malaysia.

Page 8: Buku Program Majlis

8

JAWATANKUASA PELAKSANA

PengerusiProf. Madya Dr. Monica Suleiman

Floor ManagerEn. Ahmad Sudin

Jawatankuasa Keurusetiaan MajlisPn. Norazmayati KassimPn. Angeline ToeuPn. Karen RichardPn. Alizah Wakid

Juruacara Majlis Dr. Noor Haliza Hasan

Jawatankuasa Penyediaan JubahEn. Razmi Awang OsmanEn. Mohd. Saffuan YakubEn. Asrafuddin Ismail

Jawatankuasa LogistikEn. Saniyil BansaiEn. Mohd. Azizzal JasmihEn. Adrian J. PolinusEn. Joumin Rangkasan

Jawatankuasa Multimedia dan TeknikalEn. Suprianto Mohd NoorEn. Zainuddin Hashim

Jawatankuasa Buku SyarahanPn. Lindsy Lorraine MajawatEn. Marshell Kanam GomborEn. Nataniel EbinPn. Dora Diana Desmond

Jawatankuasa Buku ProgramPn. Norazmayati KassimEn. Nataniel Ebin

Jawatankuasa Kewangan En. Razmi Awang Osman

Jawatankuasa Media dan PublisitiEn. Che Hasruddin Che HasanEn. Salbinous Saribun (Media)En. Allen Kayner Ongut Majambun (Teknikal FB)En. Johaidi Ismail (Jurukamera)Pn. Faezah Mohd Dun (Publisiti Media Sosial)

Jawatankuasa Penyediaan VideoPn. Petherine JimbauPn. Julia @ Arianna George KunaiEn. Azrie Alliamat

Jawatankuasa KeselamatanInsp/Pb. Mohd. Khairul Hazzizie Harun

Jawatankuasa JamuanPn. Arnie Abdul Hamid