BULETIN - hum.usm.my · PDF filejasamu dikenang! majlis minum petang bersama puan rohaya...

15
BULETIN Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Tahun 2012 membuka lembaran baru dengan pelbagai rancangan program dan aktiviti, baik di peringkat bahagian mahupun pusat pengajian. Buletin ANTARA yang telah memasuki keluaran edisi ketiga ini bakal mengisi liputan bulan Januari hingga Mac 2012. Buletin kali ini memaparkan dua program Kelab Kebajikan dan Sosial [KEK&SOS] PPIK iaitu Bazar Amal Ilmu Kemanusiaan atau akronimnya Program BAIK 2012 yang berlangsung pada 28 Februari - 1 Mac ini dan Persidangan Kebangsaan Libatsama Universiti, Komuniti dan Alam Sekitar [LUKAS] yang dianjurkan oleh Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat PPIK dengan kerjasama Kelab KEK&SOS yang bakal berlangsung pada 14 - 15 November 2012 nanti. Beberapa ruangan yang bertujuan untuk mengenali lebih dekat lagi staf PPIK disajikan seperti Jiran Seblok PPIK dan Jiran Setaman di samping mengenali hobi staf serta personaliti sukan PPIK. Lipu- tan ringkas program minum petang bersama staf bersara turut dipaparkan. Selain itu, beberapa ruangan tetap seperti info sihat, info penjimatan, celik bahasa, karya warga PPIK serta resipi pilihan PPIK mengisi paparan edisi ketiga Buletin ANTARA kali ini. Saya dan rakan editor Buletin ANTARA berharap dan berdoa semoga tahun 2012 yang bakal melabuhkan suku tahunnya pada penghujung bulan Mac ini akan membawa pelbagai kejayaan kepada warga PPIK sekaligus „menzahirkan pencapaian‟ yang disasarkan sepertimana yang diaspira- sikan oleh Naib Canselor USM dalam ucapan tahun baharu 2012 lalu. Tok ANTARA. KANDUNGAN Pengenalan ANTARA Edisi 3 Program BAIK 2012 Program LUKAS 2012 Jiran Seblok PPIK Jiran Setaman Berkongsi Hobi Minum Petang Staf Bersara Personaliti Sukan PPIK Info Sihat Info Penjimatan Celik Bahasa Karya Warga PPIK Hari Jadi Warga PPIK Anak & Keputusan Peperiksaan Jasamu Dikenang Resipi Pilihan PPIK Pemakluman - Edisi 4 Untuk edaran dalaman sahaja Bil 003: Januari/Mac 2012 EDISI 3 [JANUARI - MAC 2012] KEK&SOS PENGENALAN ANTARA EDISI 3 MUTIARA KATA “Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.” “Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.” PUSAT PENGAJIAN ILMU KEMANUSIAAN UCAPAN

Transcript of BULETIN - hum.usm.my · PDF filejasamu dikenang! majlis minum petang bersama puan rohaya...

Page 1: BULETIN - hum.usm.my · PDF filejasamu dikenang! majlis minum petang bersama puan rohaya ismail. 9 penjagaan pemakanan untuk pesakit jantung dan hiperlipidemia info sihat

BULETIN

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Tahun 2012 membuka lembaran baru dengan pelbagai rancangan program dan aktiviti, baik di

peringkat bahagian mahupun pusat pengajian. Buletin ANTARA yang telah memasuki keluaran

edisi ketiga ini bakal mengisi liputan bulan Januari hingga Mac 2012.

Buletin kali ini memaparkan dua program Kelab Kebajikan dan Sosial [KEK&SOS] PPIK iaitu Bazar

Amal Ilmu Kemanusiaan atau akronimnya Program BAIK 2012 yang berlangsung pada 28 Februari -

1 Mac ini dan Persidangan Kebangsaan Libatsama Universiti, Komuniti dan Alam Sekitar [LUKAS]

yang dianjurkan oleh Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat PPIK dengan kerjasama Kelab

KEK&SOS yang bakal berlangsung pada 14 - 15 November 2012 nanti.

Beberapa ruangan yang bertujuan untuk mengenali lebih dekat lagi staf PPIK disajikan seperti Jiran

Seblok PPIK dan Jiran Setaman di samping mengenali hobi staf serta personaliti sukan PPIK. Lipu-

tan ringkas program minum petang bersama staf bersara turut dipaparkan. Selain itu, beberapa

ruangan tetap seperti info sihat, info penjimatan, celik bahasa, karya warga PPIK serta resipi pilihan

PPIK mengisi paparan edisi ketiga Buletin ANTARA kali ini.

Saya dan rakan editor Buletin ANTARA berharap dan berdoa semoga tahun 2012 yang bakal

melabuhkan suku tahunnya pada penghujung bulan Mac ini akan membawa pelbagai kejayaan

kepada warga PPIK sekaligus „menzahirkan pencapaian‟ yang disasarkan sepertimana yang diaspira-

sikan oleh Naib Canselor USM dalam ucapan tahun baharu 2012 lalu.

Tok ANTARA.

KANDUNGAN

Pengenalan ANTARA Edisi 3

Program BAIK 2012

Program LUKAS 2012

Jiran Seblok PPIK

Jiran Setaman

Berkongsi Hobi

Minum Petang Staf Bersara

Personaliti Sukan PPIK

Info Sihat

Info Penjimatan

Celik Bahasa

Karya Warga PPIK

Hari Jadi Warga PPIK

Anak & Keputusan Peperiksaan

Jasamu Dikenang

Resipi Pilihan PPIK

Pemakluman - Edisi 4

Untuk edaran dalaman sahaja

Bil 003: Januari/Mac 2012

EDISI 3 [JANUARI - MAC 2012]

KEK&SOS

PENGENALAN ANTARA EDISI 3

MUTIARA KATA

“Dalam kerendahan hati ada

ketinggian budi. Dalam

kemiskinan harta ada

kekayaan jiwa. Dalam

kesempitan hidup ada

kekuasaan ilmu.”

“Jangan sekali-kali kita

meremehkan sesuatu

perbuatan baik walaupun

hanya sekadar senyuman.”

PUSAT PENGAJIAN ILMU KEMANUSIAAN

UCAPAN

Page 2: BULETIN - hum.usm.my · PDF filejasamu dikenang! majlis minum petang bersama puan rohaya ismail. 9 penjagaan pemakanan untuk pesakit jantung dan hiperlipidemia info sihat

2

PROGRAM BAZAR AMAL ILMU KEMANUSIAAN [BAIK 2012]

Penaung

Prof. Dato‟ Abu Talib

Ahmad

Penasihat

Dr. Jabil Mapjabil

Editor

Dr. Goh Sang Seong

Dr. Jabil Mapjabil

Dr. Shohana Hussin

Dr. Halimah Mohamed Ali

Dr. Roshimah Shamsudin

Dr. Idris Mansor

Penyumbang Bahan / Karya

Profesor Chan Ngai Weng

Profesor Madya Ratna

Roshida Abd Razak

En. Marzuki Ali

Juru Foto

En. Mohamed Khalid Awang

Susun Atur

Cik Julia Jaafar

En. Meor Ahmad Shukri

Page 3: BULETIN - hum.usm.my · PDF filejasamu dikenang! majlis minum petang bersama puan rohaya ismail. 9 penjagaan pemakanan untuk pesakit jantung dan hiperlipidemia info sihat

3

PERSIDANGAN KEBANGSAAN LIBATSAMA UNIVERSITI, KOMUNITI DAN ALAM SEKITAR [LUKAS 2012]

PENGENALAN

Libatsama universiti memainkan peranan yang signifikan sebagai pemangkin pembangunan komuniti tempatan dan

seterusnya merealisasikan agenda pembangunan alam sekitar yang lestari. Selain itu, libatsama universiti dengan

komuniti setempat berupaya untuk merangsang peningkatan minat, komitmen dan penglibatan pelbagai pihak

berkepentingan, mengukuhkan peranan dan sumbangan universiti secara langsung untuk manfaat komuniti setempat

serta memperkasakan jaringan hubungan dan komunikasi pelbagai hala. Libatsama universiti, komuniti dan alam

sekitar turut mendorong pihak universiti untuk memiliki kuasa yang liberal memandangkan kebanyakan institut

pengajian tinggi awam negara menghadapi halangan untuk libatsama dengan komuniti yang seterusnya merencatkan

misi universiti untuk memberikan sumbangan dan perkhidmatan terus kepada komuniti setempat. Hala tuju dan misi

libatsama diharapkan akan merangkumi hubungan dan program yang lebih konsisten dan berterusan serta mampu

mengetengahkan keperluan dan masalah kritikal yang dihadapi oleh komuniti khususnya isu sosioekonomi, sumber

manusia, sumber alam, teknologi, bahasa serta budaya. Apatah lagi, kebanyakan institusi akademik kini sudah mula

mengambil kira elemen libatsama sebagai indeks prestasi utama (KPI) institusi masing-masing.

TUJUAN PERSIDANGAN

Persidangan LUKAS 2012 menjadi platform terbaik untuk sesi perbincangan, perkongsian dan pertukaran idea

berkaitan dengan isu-isu libatsama universiti dalam pelbagai aspek seperti penyelidikan, penerbitan dan penghasilan

output, sistem atau produk untuk manfaat komuniti tempatan dan alam sekitar yang lestari. Persidangan ini turut

menjadi medan untuk membahaskan dan seterusnya mengetengahkan mekanisme yang paling praktikal serta realistik

dalam usaha memperkasakan libatsama universiti, komuniti dan alam sekitar secara langsung dan berterusan dalam

perancangan serta perlaksanaan agenda negara. Ini sejajar dengan aspirasi Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat

USM yang mempunyai visi untuk menerajui kelestarian pembangunan ekonomi, sosial, budaya, pendidikan,

kesihatan dan persekitaran ke arah kemajuan serta transformasi negara serta misi untuk menjalin hunbungan erat

dengan pihak industri dan masyarakat dalam pelbagai bidang. Justeru, persidangan ini diharapkan dapat meningkat-

kan rangkaian kerjasama antara pelbagai disiplin khususnya dalam meneliti kedudukan sebenar libatsama universiti,

komuniti dan alam sekitar dalam konteks pembangunan lestari.

ANJURAN

Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat [BJIM] dengan kerjasama Kelab Kebajikan dan Sosial [KEK&SOS],

Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia.

TARIKH DAN TEMPAT

14 - 15 November 2012 [Rabu & Khamis] & Hotel Vistana, Pulau Pinang

TEMA PERSIDANGAN

“Libatsama Universiti sebagai Pemangkin Pembangunan Komuniti dan Alam Sekitar Lestari”

LAMAN SESAWANG PERSIDANGAN

Informasi lanjut tentang Persidangan LUKAS 2012 boleh diperolehi melalui

laman sesawang berikut;

http://lukas.usm.my

Page 4: BULETIN - hum.usm.my · PDF filejasamu dikenang! majlis minum petang bersama puan rohaya ismail. 9 penjagaan pemakanan untuk pesakit jantung dan hiperlipidemia info sihat

Penaung Yang Berbahagia

Profesor Dato‟ Omar Osman

Naib Canselor Universiti Sains Malaysia

Penasihat

Profesor Dato' Abu Talib Ahmad

Dekan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan USM

Penasihat kerja Profesor Madya Munir Shuib

Timbalan Dekan

Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat PPIK

Pengerusi Dr. Jabil Mapjabil

Timbalan Pengerusi Dr. Shohana Hussin

Setiausaha Dr. Nurul Farhana Low Abdullah

Bendahari Dr. Goh Sang Seong

Penolong Bendahari

Pn. Siti Solehah Abd. Kadir

Laman Web En. Meor Ahmad Shukri Zainal Abiddin

Buku Prosiding Dr. Jabil Mapjabil

Dr. Goh Sang Seong

Buku Program Dr. Roshimah Shamsuddin

Penginapan & Makanan Cik Paridah Mydin

Urusetia & Pendaftaran Dr. Zikri Mohamad

Pn. Defniza Abdul Malik

Persiapan Logistik Dr. Idris Mansor

Pn. Azmah Mansor

Sambutan & Protokol Dr. Shohana Hussin

Dr. Nurul Farhana Low Abdullah

Teknikal Cik Sarina Mohamad Idris

En. Hassan Mohamad

Ahli Jawatankuasa Kecil

En. Mohamad Pirdaus Yusoh

En. Khairul Hairuzi Osman

En. Mohd Faizal Razali

En. Oliver Valentine Eboy

En. Md. Saffie Abdul Rahim

Cik Ruzanna Syamimi Ramli

Cik New Gaik Ling

Cik Norain Mat Lazim

Cik Sa‟adiatul Mahfuzah Abu Hassan

4

TETAMU ANTARA EDISI 3 [PM AZIZAN SABJAN]

PERSIDANGAN KEBANGSAAN LIBATSAMA UNIVERSITI, KOMUNITI DAN ALAM SEKITAR [LUKAS 2012]

JAWATANKUASA PERSIDANGAN LUKAS 2012

Page 5: BULETIN - hum.usm.my · PDF filejasamu dikenang! majlis minum petang bersama puan rohaya ismail. 9 penjagaan pemakanan untuk pesakit jantung dan hiperlipidemia info sihat

JIRAN SEBLOK PPIK

Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan USM terdiri daripada empat

blok bangunan, iaitu C20, C24, C10 dan C11. Untuk Buletin

ANTARA edisi ketiga kali ini, pihak editor ingin berkongsi

informasi dengan memperkenalkan kakitangan akademik yang

berada di blok C11.

STAF PPIK BLOK C11

6

Bilik Nama Staf Bidang / Tugas

003 Prof. Dato‟ Md Salleh

Yaapar Kesusasteraan

004 Prof. Madya Sarjit Kaur

Gurdial Singh BI/ELLS

005 Dr. Rozaida Abdul Rauf BM/BATI

006 Pn. Jumiya Ahmad BM/BATI

007 Dr. Halimah Mohamed Ali Kesuasteraan

009 Dr. Nurul Farhana Low

Abdullah BI/ELLS

011 Prof. Madya Abdul Rahman

Ismail Sejarah

014 Dr. Jasni Sulong Pengajian Islam

101 Dr. Radiah Yusoff BM/BATI

103 Prof. Muhamad Hj. Salleh Kesusasteraan

104 Prof. Madya Dato‟ Mohd.

Radzi Othman Pengajian Islam

105 Prof. Madya Lok Chong Hoe Pemikiran Kritis

107 Prof. Madya Hasuria Che

Omar BM/BATI

108 Prof. Zailan Moris Falsafah & Tamadun

109 Dato‟ Dr. Anbalakan

Kailasam Sejarah

110 Prof. Madya Noriah

Mohamed BM/BATI

113 Dr. Mohamad Luthfi Abdul

Rahman Kesusasteraan

114 Prof. Chan Ngai Weng Geografi

Prof. Zailan

Moris

Prof. Madya

Dato‟ Mohd

Radzi Othman

Dr. Jasni Sulong Prof. Madya

Lok Chong Hoe

Pn. Jumiya

Ahmad

Prof. Madya

Sarjit Kaur

Dr. Nurul

Farhana Low

Abdullah

Dr. Radiah

Yusoff

Prof. Madya

Hasuria Che

Omar

Prof. Madya

Noriah

Mohamed

Dr. Rozaida

Abdul Rauf

Prof. Dato‟ Md

Salleh Yaapar

Prof. Emeritus

Muhamad Hj.

Salleh

Dr. Mohamad

Luthfi Abdul

Rahman

Dr. Halimah

Mohamed Ali

Dato‟ Dr.

Anbalakan

Kailasam

Prof. Madya

Abdul Rahman

Ismail

Prof. Chan Ngai

Weng

Page 6: BULETIN - hum.usm.my · PDF filejasamu dikenang! majlis minum petang bersama puan rohaya ismail. 9 penjagaan pemakanan untuk pesakit jantung dan hiperlipidemia info sihat

JIRAN SETAMAN

BERKONGSI HOBI

7

Buletin ANTARA Edisi 3 ingin memperkenalkan beberapa orang staf Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan yang menetap di

luar Pulau Pinang iaitu Kulim, Sungai Petani dan Parit Buntar. Warga PPIK yang menetap di kawasan tersebut adalah

seperti berikut.

Sungai Petani Kulim Parit Buntar

Dr. Alias

Abdul Ghani

Dr. Idris

Mansor

Dr. Haslina

Haroon

Prof. Madya

Usman Yaakob

Dr. Wan Mohd

Muhiyuddin

Wan Ibrahim

Tok ANTARA: Dr. Azmi dan Dr. Tajul dengan hasil tangkapan masing-masing. Nantikan kursus memancing

peringkat USM anjuran Kelab KEK & SOS. Info lanjut, sila e-mel kek&[email protected]

Page 7: BULETIN - hum.usm.my · PDF filejasamu dikenang! majlis minum petang bersama puan rohaya ismail. 9 penjagaan pemakanan untuk pesakit jantung dan hiperlipidemia info sihat

8

Tok ANTARA: Syabas dan terima kasih buat Puan Rohaya kerana telah berkhidmat di PPIK selama 34 tahun.

Jasamu dikenang!

MAJLIS MINUM PETANG BERSAMA PUAN ROHAYA ISMAIL

Page 8: BULETIN - hum.usm.my · PDF filejasamu dikenang! majlis minum petang bersama puan rohaya ismail. 9 penjagaan pemakanan untuk pesakit jantung dan hiperlipidemia info sihat

9

PENJAGAAN PEMAKANAN UNTUK PESAKIT JANTUNG DAN HIPERLIPIDEMIA

INFO SIHAT

[A] KATEGORI LEMAK DAN MINYAK

TRIGLISERIDA – Molekul lipid yang dihasilkan dari lemak yang tersimpan dalam badan dan lemak dari pemakanan atau boleh juga

terbentuk dari pertukaran kalori yang berlebihan terutama gula ringkas. Berlebihan berat badan, pengambilan makanan tinggi lemak,

pengambilan alkohol dan gula berlebihan boleh meningkatkan aras trigliserida.

KOLESTEROL – Sejenis lemak putih yang dikeluarkan oleh tubuh dan boleh diperolehi hanya daripada sumber makanan yang

berasaskan haiwan sahaja. Ia tidak didapati di dalam tumbuh-tumbuhan. Kolesterol penting di dalam sistem tubuh kita, namun tubuh

(hati) mengeluarkan kolesterol untuk keperluan badan kita. Jumlah pengambilan kolesterol daripada makanan yang disyorkan ialah

kurang dari 300 mg sehari. Sumber makanan yang tinggi kolesterol adalah organ dalam, kuning telur dan makanan laut.

LEMAK TEPU – Lemak ini didapati daripada sumber makanan berasaskan haiwan dan tumbuhan. Ia akan meningkatkan aras kolesterol

darah. Contohnya minyak sapi, mentega, lemak babi, lembu dan kambing, lemak ayam serta hasil daripada kelapa seperti santan dan

minyak kelapa.

LEMAK POLI TAK TEPU – Lemak ini boleh menurunkan aras kolesterol di dalam darah. Contohnya minyak jagung, minyak bunga

matahari, minyak soya, minyak bijan.

LEMAK MONO TAK TEPU – Lemak ini juga boleh membantu menurunkan aras kolesterol darah jika pengambilan lemak keseluruhan

adalah rendah (kurang 30%). Contohnya ialah minyak zaitun, minyak kacang tanah dan minyak kelapa sawit.

[B] KANDUNGAN KOLESTEROL DALAM MAKANAN

AMAT RENDAH

10 mg

RENDAH

11-99 mg

SEDERHANA

199 mg

TINGGI

200 mg

Susu skim/ rendah lemak (tepung/cecair) - 250 ml

Susu skim/rendah lemak (susu sejat) - 125 ml

yogurt rendah lemak/ yogurt buah-buahan, 200mg

keju „cottage‟ rendah lemak - 1 sudu makan, 20g

Susu penuh krim, 250ml

susu sejat, 125ml

yogurt(natural) 200g

Lain-lain keju, 1 keping. 20g

RENDAH

<100 mg

SEDERHANA

100- 199 mg kolesterol

TINGGI

>200mg kolesterol

Telur dan gantian telur

(1 telur / 55g)

Putih telur

Gantian telur Telur rendah koleterol

1 biji telur (putih & kuning)

Kuning telur

Daging dan produk daging

(90g daging mentah)

Daging lembu/ayam tanpa lemak

Daging bebiri, kambing tanpa lemak

Daging babi tanpa lemak

Perut/usus lembu

Lidah *

Jantung*

Hempedal ayam

Perut dan usus babi

*(semua jenis)

Otak *

Buah pinggang *

Hati *

*(semua jenis)

Ikan dan makanan laut

(90g bahagian boleh dimakan)

Semua jenis ikan

Ikan dalam tin

Ikan kembong

Sardin dlm sos tomato

Tiram

Timun laut

Ketam

Ikan bilis, 2 sudu makan

Kerang/siput

Sotong

Udang karang

Udang

Sardin dalam minyak

„Top shell”

Telur ikan

Daging dan pilihan lain

Sumber : Guidelines For Dictary Management of Hiperlipidemia, 1999

[C] APA YANG PERLU DILAKUKAN?

1. Kurangkan pengambilan lemak tepu, kolesterol dan makan tinggi lemak.

2. Capai dan kekalkan berat badan yang ideal.

3. Tingkatkan pengambilan fiber (serat).

4. Kurangkan pengambilan gula dan makanan yang manis.

5. Kurangkan pengambilan garam dan makanan yang tinggi sodium.

6. Minuman beralkohol perlu dihadkan tidak lebih daripada 2 hidangan standard sehari.

7. Lakukan senaman dengan tetap sekurang-kurangnya 3 kali seminggu, 30 minit setiap kali.

8. Cuba tetapkan waktu makan dan ambil makanan di dalam keadaan tenang dan selesa.

Page 9: BULETIN - hum.usm.my · PDF filejasamu dikenang! majlis minum petang bersama puan rohaya ismail. 9 penjagaan pemakanan untuk pesakit jantung dan hiperlipidemia info sihat

INFO PENJIMATAN

1. Air-conditioner: (i) Set the temperature at 25

Degrees Celcius (or “Low Cool”); (ii) Switch off the

air-conditioner (single unit air-conditioner) if you

have to leave the room for 2 Hours of more; (iii)

Use a fan as an alternative when the outside

temperature is cool, e.g. on a rainy day.

2. Lighting: (i) Open all the blinds or draw the curtains

in your room to let in natural light. Natural light is

“Free” and much better for your eyes; (ii) If there

are more than one light tube in your room, switch

off a few to reduce wastage (e.g. In a Lecture hall

which sits 500 people, but your Class is only 100

students, shift all students to the front rows and

switch off the lights at the back rows; (iv) Replace

all light bulbs/tubes with LED lights – these save a

lot of energy and does not heat up the room. You

can also switch to compact fluorescent lamps as

these can lower energy consumption. Always

switch off the lights when you leave the room.

3. Install these energy-efficient measures: (i) E.g. Trade

in your old refrigerator for an energy-saving

model. If your fridge is More than 10 years old, it

will use twice as much electricity as a new energy-

saving model. (iii) Insulate your room ceiling and

walls so that heat coming from outside is kept to a

minimum; (iv) Ensure all doors and windows do

not have huge slits or openings as these let out

cool air but let in hot air; (v) Ensure you replace all

your electrical appliances to energy-saving ones

(e.g. Iron, Microwave oven, kettle, air-conditioner,

fridge, water heater, etc.

4. TV - Trade in your old TVs for an LED TV as these

save up to 50% more energy.

5. Ensure air - conditioners are serviced regularly and

filters replaced/cleaned regularly. A clogged filter

will increase energy consumption.

6. Water heater : ...for showers must be set at 140

degrees or "normal."

7. Dishwasher : (If you have one) must be set at 120

degrees or "low." Please check to ascertain whether

your dishwasher can be set to that level. Always

follow the manufacturer's instructions/specs. Make

sure the dishwasher is well maintained.

8. Plumbing : Repair leaks immediately as even a

single dripping hot water faucet can waste

thousands of litres of precious water a month. This

will not only increase your water bill but also your

electricity bill (for heating the water).

9. Washing Machine : Never turn the washing

machine on when you do not have a full load.

Wash only when you have a full load and use the

shortest washing cycle that will get your clothes

clean.

10. Drying Clothes : Never use a dryer. In Malaysia,

the sun is up almost everyday. Dry your clothes in

the sun. It is FREE!

11. Frozen food : Always defrost your frozen food

naturally by leaving it in the sink rather than use

the microwave to defrost it. Just because you have

a microwave with a Defrost function, it does not

warrant you using it all the time. Use it only when

you absolutely need to.

12. Shading : Plants trees and plants to clock off

excessive sunlight and heat that may penetrate into

your room/house. You can install shades, awnings

or sunscreens in places that faces the morning or

afternoon sun.

13. Ventilation : Open all windows and doors when

you are not using an air-conditioner. This will

allow free flow of air that will cool your room/

house.

14. Paint your house externer walls and roofs with light

colours. White is the best as it reflects sunlight

rather than absorbs it.

Disumbangkan oleh: Profesor Chan Ngai Weng [Presiden Water Watch Penang]

ENERGY SAVING TIPS

10

Page 10: BULETIN - hum.usm.my · PDF filejasamu dikenang! majlis minum petang bersama puan rohaya ismail. 9 penjagaan pemakanan untuk pesakit jantung dan hiperlipidemia info sihat

PERSONALITI SUKAN PPIK

11

Personaliti sukan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (PPIK) pada

keluaran kali ini ialah Encik Fadli bin Abdullah. Beliau berusia

31 tahun dan telah berkahwin. Encik Fadli telah berkhidmat dengan

Universiti Sains Malaysia (USM) selama 10 tahun, iaitu bermula ketika

usia beliau 21 tahun. Sejak mula dilantik sebagai kakitangan USM

sehingga kini, beliau bertugas sebagai Pembantu Am di pejabat PPIK.

Encik Fadli bin Abdullah menceburi sukan bola sepak dan merupakan

Presiden bagi pasukan bola sepak negeri Pulau Pinang. Segalanya

bermula sejak di bangku sekolah rendah. Berbekalkan minat yang

mendalam di dalam bidang bola sepak, beliau menceburi bidang

tersebut sehingga kini dengan bermain di posisi pertahanan. Pencapaian tertinggi beliau ialah berjaya menempah

tiket ke perlawanan akhir Piala Emas Raja-Raja ketika bertemu Kelantan. Manakala, bagi kejuaraan yang lain,

pasukan yang diterajuinya berjaya memperoleh tempat ketiga mewakili FAM.

Menyedari peningkatan usia dari sehari ke sehari, Encik Fadli Abdullah menanam azam untuk terus bermain bola

sepak, walaupun bukan bagi tujuan pertandingan namun sebagai hobi.

Temu bual dengan Encik Fadli Abdullah diakhiri dengan sedikit kata-kata

perangsang untuk dikongsi dengan rakan-rakan pembaca Buletin ANTARA.

Menurut beliau, menceburi bidang sukan adalah baik untuk kesihatan tubuh

badan. Untuk itu ceburilah dalam apa-apa jua bidang sukan, tidak semestinya bola

sepak sahaja. MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA.

Page 11: BULETIN - hum.usm.my · PDF filejasamu dikenang! majlis minum petang bersama puan rohaya ismail. 9 penjagaan pemakanan untuk pesakit jantung dan hiperlipidemia info sihat

CELIK BAHASA

12

Bil. Lema Makna

Kata

Pinjaman

Bahasa Inggeris

Makna

1. Giat

Sentiasa atau sering kali membuat sesuatu,

aktif, cergas, cekatan, tangkas.

Aktif Giat (bekerja, berusaha), cergas.

2. Ketaksaan Perihal (keadaan dsb) taksa, kekaburan,

kesangsian, keraguan, ketidakpastian (bkn

sesuatu makna).

Ambiguiti Kesamaran yg memungkinkan dua atau

beberapa tafsiran, ketaksaan.

3. Muflis Tidak sanggup (berupaya) untuk membayar

hutang, bankrap.

Bankrap (berada dalam keadaan) Tidak berupaya

hendak menyelesaikan hutang, muflis.

4. Dalal Bayaran (biasanya peratusan) yang dibayar

kepada ejen, jurujual yang menjalankan

perniagaan atau yang memberikan

perkhidmatan.

Komisen Sejumlah (peratusan) bayaran yang

dibayar kepada seseorang, ejen, jurujual,

dan sebagainya kerana perkhidmatannya.

5. Kepelbagaian Perihal berbagai-bagai jenis. Diversiti Keadaan (sifat, btk dsb) yg berbagai-

bagai, kepelbagaian.

6. Duta Pegawai diplomatik yg tertinggi pangkat-

nya yg dihantar oleh kerajaan atau

negaranya ke negara asing utk tinggal

menetap di sana (selama beberapa tahun)

sbg wakil kerajaan.

Diplomat Pegawai kanan (duta dll) yg dilantik utk

mewakili negaranya dlm hubungan

antarabangsa.

7. Lali Tidak berasa apa-apa (pada kulit dll),

hilang perasaan.

Imun Terlindung drpd atau tidak dapat

diserang oleh sesuatu penyakit tertentu

kerana adanya antibodi, inokulasi dsb.

8. Unggul Melebihi (mengatasi) yang lain (baik, bijak,

cekap, tinggi, dll), terbaik, teristimewa,

terutama.

Ideal (dianggap) Sempurna atau paling sesuai,

sesuai dengan yang dicita-citakan

(diangan-angankan, dikehendaki,dsb).

9. Ilham Sesuatu yg menggerakkan hati atau

menimbulkan daya cipta dsb utk menghasil-

kan atau mencapai sesuatu.

Inspirasi Ilham, bisikan hati.

10. Tersirat Terkandung atau tersembunyi (di dalam

sesuatu).

Implisit (dinyatakan secara) Tidak langsung atau

tidak terang-terangan.

Yang mana satukah lebih sesuai?

(Sumber: Kamus Dewan Edisi Keempat)

Penyusun: Dr. Goh Sang Seong

Page 12: BULETIN - hum.usm.my · PDF filejasamu dikenang! majlis minum petang bersama puan rohaya ismail. 9 penjagaan pemakanan untuk pesakit jantung dan hiperlipidemia info sihat

KARYA WARGA PPIK

13

Jangan Ada Benci

Jangan ada benci

Di laut kalbu diri

Jangan ada rahsia pekerti

Yang berkerak dan hitam berdaki

Tersembunyi di balik wajah pekerti.

Bersemi benih hasad

Bermula dalaman dalam

Menjalar ke perut kelam

Merobek nesta

Menyusur ke permukaan terang

Berprasangka

Menampak di dataran terkaca

Pura-pura

Tak bisa terpungkiri dan disembunyikan

Segala erti

Nyata takkan mampu terselindung

Segala khianat

Segala nista

Di muka berpeta raga.

Kalau ada rasa walang, hubaya!

Carikan penawar penghadang

Cepat dan kerap bersihkan jiwa seni

Hapuskan noda keji

Hapuskan cela yang menghasut

Kita kan senyum tulus ke dalam

Jiwa nan bersih hati yang kudus

Lalu kita sejiwa kekasih

Dalam limpahan restu Tuhan!

Marzuki Ali

JUST BEAUTIFUL

What makes me weak? MY FEARS

What makes me whole? MY GOD

What makes me standing? MY FAITH

What makes me compassionate? MY SELFLESSNESS

What makes me honest? MY INTEGRITY

What sustains my mind? MY QUEST FOR KNOWLEDGE

What teaches me all lesson? MY MISTAKE

What if I can‟t go on? NOT AN OPTION

What makes me victorious? MY COURAGE TO CLIMB

What makes me competent? MY CONFIDENCE

What makes me sensual? MY INSATIABLE ESSENCE

What makes me beautiful? MY EVERYTHING

What makes me a woman? MY HEART

Who says I need love? I DO

What empowers me? MY GOD AND ME

Who am I? I AM A PROUD STRONG WOMAN

Umm Aiman

Page 13: BULETIN - hum.usm.my · PDF filejasamu dikenang! majlis minum petang bersama puan rohaya ismail. 9 penjagaan pemakanan untuk pesakit jantung dan hiperlipidemia info sihat

ULANG TAHUN KELAHIRAN WARGA PPIK

14

Page 14: BULETIN - hum.usm.my · PDF filejasamu dikenang! majlis minum petang bersama puan rohaya ismail. 9 penjagaan pemakanan untuk pesakit jantung dan hiperlipidemia info sihat

15

ANAK WARGA PPIK DAN KEPUTUSAN UPSR DAN PMR 2011

NAMA STAF PPIK NAMA ANAK PENCAPAIAN UPSR

Dr. Agnes Liau Wei Lin Stella Anne Teoh Ming Hui 5A

Dr. Mohamad Rashidi Pakri Fitria Mohamad Rashidi 5A

Dr. Ratna Roshida Abd. Razak Zafran Al-Aiman B. Zainal Abidin 5A

Dr. Roshimah Shamsudin Sarah Rifhani Surahman 5A

Profesor Ruslan Rainis Nazifah Syazlina Ruslan 5A

NAMA STAF PPIK NAMA ANAK PENCAPAIAN PMR

Dr. Leelany Ayob Syed Kamil Nawfal Syed Yusof 8A

Profesor Ruslan Rainis Nadia Syakirah Ruslan 7A 1B

SEKALUNG PENGHARGAAN

Nama : Puan Rohaya Ismail

Asal : Pulau Pinang

Jawatan : Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)

Tarikh mula bertugas di PPIK : Mac 1978 - Januari 2012

Status persaraan : Berpencen Pilihan

Page 15: BULETIN - hum.usm.my · PDF filejasamu dikenang! majlis minum petang bersama puan rohaya ismail. 9 penjagaan pemakanan untuk pesakit jantung dan hiperlipidemia info sihat

16

RESEPI PILIHAN

Kerutuk Daging

Bahan-bahan (5 orang)

* 500g daging

* 4 sudu besar rempah kerutuk

* 2 sudu cili giling

* 1/2 biji bawang besar

* 3 cawan santan pekat

* 2 sudu besar kicap pekat

* 1/2 keping gula melaka/manisan

* 2 sudu besar kerisik

[bahan tumis]

* 1/2 bawang besar

* 1/2 inci halia

* 2 ulas bawang putih

* 1 batang kulit kayu manis

* 2 kuntum bunga lawang

* 3 kuntum bunga cengkih

* 3 biji buah pelaga

* 3 sudu besar minyak

Cara-cara:

1. Potong daging kecik-kecik. Bersih dan toskan.

2. Kisar 1/2 biji bawang besar, halia dan bawang putih. Kemudian campurkan dengan rempah kerutuk

3. Panaskan minyak

4. Tumis semua bahan tumis sehingga naik wangi

5. Kemudian masukkan campuran rempah tadi

6. Masak sehingga pecah minyak

7. Masukkan daging dan santan. Masak sehingga daging empuk dan kuahnya betul-betul pekat.

8. Akhir sekali masukkan kicap, garam, gula melaka dan juga kerisik. Biarkan sehingga 5-10 minit sebelum padamkan api.

9. Siap untuk dihidang.

Sumber : http://www.resepimasakan.net

PEMAKLUMAN

Warga PPIK dialu-alukan untuk memberikan komen, pandangan dan cadangan untuk memantapkan lagi Buletin

ANTARA bagi edisi yang akan datang.

Buletin ANTARA Edisi 4 [April - Jun 2012] akan diterbitkan pada pertengahan bulan Mei 2012. Pihak editor

mengalu-alukan sumbangan bahan dan karya daripada warga PPIK.

Pandangan dan sumbangan bahan boleh die-melkan ke alamat : [email protected]

Sekian, terima kasih.