Buletin IMAM Edisi Khas SOS: #3

4
KenapaPalestine?( bahagian terakhir ) Ramai lagi rakyat Malaysia yang susah, kenapa pula bantu Palestin? Tidak kita nafikan bahawa masih ramai rakyat Malaysia yang susah serta memerlukan bantuan dan kita semua bertanggungjawab untuk membantu mereka. Namun dengan suasana yang aman serta peluang sam- painya bantuan yang agak baik menyebabkan ramai di kalangan mereka ini mendapat sumbangan yang sepatutnya. Amalan kebaikan seumpama ini seharusnya disuburkan di kalangan rakyat Malaysia sehingga ianya menjadi sinonim bahawa kepedulian adalah di antara ciri istimewa kita semua. (...bersambung di dalam…) Kempen 5 & Search for Salahuddin MENARIK DI DALAM; KENAPAPALESTINE??? Bahagian ke-3 Tentatif Majlis DrZ JR imam IslamicmedicalassociationofMalaysiajournal EDISI KHAS KELUARAN TERAKHIR

description

Edisi Khas sempena Roadshow Palestin: Searching for Solahuddin

Transcript of Buletin IMAM Edisi Khas SOS: #3

Kenapa Palestine? ( bahagian terakhir )

Ramai lagi rakyat Malaysia yang susah, kenapa pula bantu Palestin?

Tidak kita nafikan bahawa masih ramai rakyat Malaysia yang susah serta memerlukan bantuan dan kita

semua bertanggungjawab untuk membantu mereka. Namun dengan suasana yang aman serta peluang sam-

painya bantuan yang agak baik menyebabkan ramai di kalangan mereka ini mendapat sumbangan yang

sepatutnya. Amalan kebaikan seumpama ini seharusnya disuburkan di kalangan rakyat Malaysia sehingga

ianya menjadi sinonim bahawa kepedulian adalah di antara ciri istimewa kita semua.

(...bersambung di dalam…)

Kempen 5 & Search for Salahuddin

MENARIK DI DALAM;

KENAPA PALES

TINE???

Bahagian ke-3

Tentatif Majlis DrZ

JR imam Islamic medical association of Malaysia journal

EDISI KHAS

KELUARAN TERAKHIR

Kenapa Palestine?

Suasana di Palestin amat berbeza sekali. Negara

mereka dijajah untuk tempoh yang panjang, pen-

duduk mereka dizalimi dan dihalau keluar dari

tanah air mereka, pembunuhan dan penderaan

berlaku setiap hari, penodaan tempat-tempat

suci dilakukan secara berterusan, hak-hak ke-

manusiaan mereka dinafikan bahkan bantuan

asasi juga turut disekat sejak sekian lama.

Apa yang berlaku di Palestin adalah perancangan

jahat Yahudi Zionis yang telah disokong secara

terang-terangan oleh kuasa-kuasa besar barat

dan PBB yang telah dikuasai mereka.

Adalah menjadi tanggungjawab kita semua di

Malaysia sebagai manusia yang prihatin untuk

membantu isu kemanusiaan yang telah berpanjan-

gan ini. Apatah lagi sebagai seorang Muslim yang

bertanggungjawab terhadap kesucian Baitul

Maqdis dan Masid Al Aqsa yang telah diancam

bahaya yang telah menjadikan permasalahan ini

sebagai masalah induk umat di abad ini.

Saya ingin membantu Palestin tetapi bagai-

mana?

Berbagai cara dan kaedah boleh dilakukan bagi

membantu perjuangan pembebasan Palestin atau

sekurang-kurangnya meringankan bebanan yang

dihadapi oleh saudara kita di sana. Diantaranya:

1. Memahamkan diri dan umat bahawa isu

ini adalah isu kita bersama dan kita

semua bertanggungjawab untuk turut

mengerah keringat untuk kejayaannya.

2. Memberikan sumbangan dana untuk

Palestin demi pembebasannya atau

meringankan bebanan mereka setidak-

tidaknya.

3. Menyebarkan maklumat mengenai

permasalahan ini di kalangan masyara-

kat samada dengan paparan informasi

di kaca televisyen, di dada-dada ak-

hbar, di dalam media elektronik dan

ceramah-ceramah serta pameran yang

berkaitan dengannya.

4. Melibatkan diri dengan apa jua aktiviti

dan sumbangan yang akan membantu

ke arah pembebasan masjid Al Aqsa

dan Palestin.

5. Berdoa agar Allah swt memberikan

kemenangan kepada umat yang ber-

juang untuk mencari redhaNya.

Banyak lagi cara yang boleh kita lakukan untuk

membantu Palestin. Persoalannya kini, adakah kita

telah berbuat sesuatu untuk membuktikan ba-

hawa saudara-saudara kita di sana adalah seba-

hagian daripada kita?

(...Part 3 of 3…)

Bertemakan Searching fOr Salehuddin(SOS),

ISMA Ireland dengan kerjasama Persatuan Pe-

rubatan Islam Malaysia Ireland (IMAM) telah

menganjurkan kempen 5 untuk Palestin. Kempen

ini bertujuan untuk menyebarkan kesedaran dalam

kalangan pelajar Malaysia di Ireland tentang

keadaan umat Islam di Palestin.

Bermula dari 18hb March, pelbagai aktiviti telah

diadakan bagi memeriahkan lagi kempen ini. Anta-

ranya kutipan rumah ke rumah. Wakil-wakil dari

ISMA telah mengunjungi hampir semua rumah

pelajar Malaysia di Ireland. Ternyata usaha

tersebut tidak sia-sia memandangkan kutipan yang

diraih mencecah ratusan Euro..alhamdulillah.

Di samping itu,jualan turut diadakan di Universiti.

Sememangnya bukan perkara yang mudah untuk

berniaga dalam kesibukan belajar di kelas. Berba-

gai-bagai juadah dari Malaysia menjadi sasaran

dalam menarik pelanggan yang rata-ratanya pela-

jar Malaysia. Antaranya Nasi Ayam, Nasi Kerabu,

Nasi Ayam Perchik dan hidangan kuih muih. Al-

hamdulillah tidak sedikit juga keuntungan yang

berjaya diraih daripada jualan tersebut.

Tazkirah ringkas juga diadakan di kolej setiap

hari selepas selesai solat Zuhur. Pengisian berk-

isar tentang kronologi sejarah yang berlaku di

bumi Palestin. Turut disentuh tentang kisah pen-

gusiran golongan Yahudi sebelum mereka menjajah

Palestin. Alhamdulillah sambutan yang diberikan

daripada rakan pelajar amat menggalakkan.

Tidak lupa juga aktiviti Sisters Iron Chef Compe-

tition yang telah diadakan pada 26 Mac 2011 di

Stephen Green Park. Aktiviti ini telah berjaya

mencungkil bakat dan kreativiti peserta serta

memberi mesej bahawa kita perlulah menjadi

kreatif dalam menghasilkan sesuatu daripada

bahan yang terhad. Malah, di suasana Palestine

sendiri, keadaan yang terbatas telah mendidik

rakyat Palestin untuk menjadi kreatif, mengguna-

kan apa sahaja yang ada untuk meneruskan hidup

mereka.

Dalam masa yang sama, tabung kempen 5 untuk

Palestin juga telah dilancarkan di RCSI, UCD,

Hospital Beaumont, Hospital St James, NUIG dan

Trinity College. Tabung Online juga turut dilan-

carkan bagi menggalakkan kutipan derma secara

online.

Warga Dublin juga amat bertuah menerima kun-

jungan Dr Zainurrashid untuk menyampaikan ce-

ramah Searching for Salahudin dan Fiqh Pe-

rubatan bertempat di Malaysian Hall pada 8 April

bermula pukul 5.15 petang – 8.30 malam. Juga

jangan lepaskan peluang untuk mengikuti khutbah

Jumaat di Dublin Mosque yang bakal disampaikan

oleh Dr Zainurrashid sendiri pada hari yang sama.

Ayuh warga Ireland, mari kita bangkitkan seman-

gat Salahudin dalam diri kita sendiri. Jumpa anda

di Malaysian Hall 8 April ini insyaAllah. Lets

Searching for Salahuddin!!

Sedikit Sebanyak tentang

Kempen 5 dan SOS2011 ISMA Ireland

MBBCh (Dublin), BAO, LRCP & SI (Ireland),

DRCOG (London), MRCOG (UK), AM (Mal)

Dr Zainur Rashid merupakan Perunding Aman

Palestine dan juga aktivis yang luas pengala-

man dengar pernyertaan pelbagai misi ke-

manusiaan, antaranya misi perubatan di Sela-

tan Lebanon, Rafah, Acheh, Afghanistan dan

Yagjakarta. Beliau turut aktif menulis dengan

karya penulisannya, Palestine Dijajah: Di

Manakah Solahuddinnya, Meniti Rentetan

Sejarah Palestin, Biografi Saintis Muslim

serta sumbangan artikel di Utusan Malaysian

Majalah I dan lain-lain. Beliau mendapat

ijazah perubatan di Royal College of

Surgeond in Ireland, Dublin, Ireland dan

ijazah kepakan di Royal College of Obstetri-

cians & Gynaecologists, London, UK . Beliau

kini bertugas sebagai Pakar Perunding

Kehormat (Sakit Puan) di Hospital Tungku

Jaafar dan juga Timbalan Dekan di

International Medical University (IMU).

5.00 - 5.15 pm Kehadiran

Pameran dan Kuiz

Kutipan derma

5 untuk Palestine

5.15- 6.15 pm Fiqh Perubatan

& Misi Kemanusiaan

Satu Perkongsian(Talk 1)

6.15- 6.20 pm

Persembahan sajak

6.20 -6.40 pm Jamuan makan malam

6.40 -7.30 pm Intifadah Palestin

Merintis Generasi

Solahuddin (Talk 2)

7.30- 8.30 pm

Tayangan video

Penyerahan Cek Kutipan

Tabung 5 untuk Palestin

Ikrar Solidariti Palestine

Hadiah dan Cenderahati

Solat Maghrib berjemaah

Mari Mengenali Dr.Z!

Prof madya dr zainur Rashid bin zainuddin

Tentatif Program

SOS2011 Ireland

Jumaat 8hb april 2011, Malaysian hall