BULETIN INTEGRITI SIRI 2/2017 - moe.gov.my · PDF fileekoran rusuhan kaum yang dikenali...

16
Terbitan: Unit Integriti BULETIN INTEGRITI SIRI 2/2017

Transcript of BULETIN INTEGRITI SIRI 2/2017 - moe.gov.my · PDF fileekoran rusuhan kaum yang dikenali...

Page 1: BULETIN INTEGRITI SIRI 2/2017 - moe.gov.my · PDF fileekoran rusuhan kaum yang dikenali sebagai Peristiwa 13 Mei 1969. Rukun Negara adalah ikrar, janji dan sumpah setia kita sebagai

Terbitan: Unit Integriti

BULETIN INTEGRITI SIRI 2/2017

Page 2: BULETIN INTEGRITI SIRI 2/2017 - moe.gov.my · PDF fileekoran rusuhan kaum yang dikenali sebagai Peristiwa 13 Mei 1969. Rukun Negara adalah ikrar, janji dan sumpah setia kita sebagai

P E N Y E L A R A S / P E N G A R A N G

SIDANG

REDAKSIP E N A S I H A T

Unit Integriti

Kementerian Pendidikan Malaysia

Aras 4, Blok E12

Kompleks Kerajaan Parcel E

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62604 Putrajaya

T E R B I T A N

Nazli Rasyid bin Haji Sulong

03 - 8884 7982

03 - 8884 7922

[email protected]

http://www.moe.gov.my

2

S U M B A N G A N K A R Y A

• Kami mengalu-alukan sebarang sumbangan karya bertema integriti (rencana, artikel, berita, cerpen,

sajak dan lain-lain yang bersesuaian) untuk dikongsi bersama pembaca Buletin Integriti.

• Hantarkan karya anda ke [email protected].

• Karya yang terpilih akan menerima sumbangan cenderahati daripada penganjur.

• Abdul Majid bin Abdul Rahim

• Mustapa bin Daud

• Shahriman bin Ali Pitchay

• Anuar bin Hazmi

• Siti Azeana binti Zulkifli

• Wan Muhamad bin Wan Junoh

• Norquyyum binti Mohd Noor

Page 3: BULETIN INTEGRITI SIRI 2/2017 - moe.gov.my · PDF fileekoran rusuhan kaum yang dikenali sebagai Peristiwa 13 Mei 1969. Rukun Negara adalah ikrar, janji dan sumpah setia kita sebagai

3

Sehubungan dengan itu, saya

berpandangan bahawa integriti

sewajibnya menjadi pegangan

kukuh setiap daripada kita.

Integriti ini bukan sahaja wajar

menjadi amalan dan pakaian

kita secara peribadi, sebaliknya

mesti diamalkan oleh setiap

individu di dalam organisasi.

Sebagai penjawat awam juga, kita perlu sedar bahawa nilai

integriti adalah tidak terhad kepada sesuatu perkara sahaja. Kita

perlu sentiasa mencerminkan nilai integriti

dalam semua tindakan kita sama ada melalui penampilan,

sikap dan sebarang keputusan yang diambil sentiasa dinamik dan

fleksibel serta mempunyai nilai integriti yang tinggi ketika

menjalankan tugas seharian.

Akhir sekali, saya ingin

mengucapkan tahniah kepada

semua warga kerja KPMkerana menunjukkan sokongan padu

terhadap semua usaha yang

dilaksanakan khususnya dalam

konteks peningkatan tahap integriti

dan terus menjadi penggerak melalui

pelbagai aspek terutamanya daripada

segi kualiti perkhidmatan kita.

Sekian.

Penekanan terhadap integriti

adalah amat penting bagi memastikan

kita dapat menerapkan dan

membudayakan integriti dalam

melaksanakan peranan dan

tanggungjawab ke arah menjayakan

transformasi negara.

adalah

semua sifat positif dalam menghadapi

semua orang pada sebarang keadaan.

Besarlah harapan saya sekiranya

seluruh warga pendidik khususnya

dan warga KPM umumnya berazam

serta mengotakan janji dengan

membudayakan integriti sebagai salah

satu daripada etika dalam

menjalankan tugas seharian. Dengan

mengambil kira perubahan

persekitaran kerja yang kompleks

pada masa kini, dan bagi mengharungi

cabaran yang mendatang maka sudah

tentulah kita amat memerlukan

warga kerja yang komited dalam

menjalankan tugas seharian dan

kreatif untuk melakukan perubahan

serta meningkatkan lagi mutu

perkhidmatan kepada warga KPM.

Alhamdulillah, segala puji dan syukur yang

setulusnya, lantaran di bawah lembayung rahmat dan keredaan-Nya, saya

diberikan ruangan ini sebagai media perhubungan untuk menyampaikan

amanat dalam penerbitan Buletin Integriti Siri 2 Tahun 2017 bertemakan

“Azam & Janji”.

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Page 4: BULETIN INTEGRITI SIRI 2/2017 - moe.gov.my · PDF fileekoran rusuhan kaum yang dikenali sebagai Peristiwa 13 Mei 1969. Rukun Negara adalah ikrar, janji dan sumpah setia kita sebagai

Secara etimologi, ikrar berasal daripada perkataan

Arab ”(iqrar)إقرار“ yang bererti pengakuan

atau janji yang sungguh-

sungguh, biasanya disertai dengan sumpah. Ikrar

boleh dilakukan secara bertulis, lisan atau dengan isyarat.

Dari segi undang-undang Islam, ikrar yang sah lahir daripada

orang yang baligh, berakal dan tanpa paksaan.

Ikrar bukanlah perkara yang asing dalam sejarah dan

peradaban kita. Sejak alam persekolahan lagi, para pelajar

telah dididik untuk melafazkan ikrar taat setia terhadap

prinsip Rukun Negara. Selain ikrar Rukun Negara, ada juga

ikrar sekolah, ikrar pelajar, ikrar persatuan dan ikrar-ikrar

lain yang diamalkan mengikut keperluan di sekolah masing-

masing.

IKRAR RUKUN NEGARA

Rukun Negara telah diisytiharkan oleh Yang di-

Pertuan Agong keempat pada 31 Ogos 1970 iaitu semasa

negara menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-13.

Rukun Negara merupakan inisiatif Majlis Gerakan Negara

(MAGERAN) yang pada masa itu menjalankan pemerintahan

negara apabila sistem kerajaan berparlimen digantung

ekoran rusuhan kaum yang dikenali sebagai Peristiwa 13 Mei

1969.

Rukun Negara adalah

ikrar, janji dan sumpah setia

kita sebagai rakyat Malaysia.

Dalam konteks Malaysia sebagai sebuah negara berbilang

kaum, Rukun Negara memainkan peranan yang amat

I KRAR

Ikrar Rukun Negara

Bahawasanya, negara kita Malaysia mendukung

cita-cita hendak:

(i) Mencapai perpaduan yang lebih erat di

kalangan seluruh masyarakatnya

(ii) Memelihara satu cara hidup demokratik

(iii) Mencipta satu masyarakat yang adil di

mana kemakmuran negara akan dinikmati

bersama secara adil dan saksama

(iv) Menjamin satu cara yang liberal terhadap

tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya

dan berbagai corak

(v) Membina satu masyarakat progresif yang

akan menggunakan sains dan teknologi

moden

Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan

menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami

untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan

atas prinsip-prinsip yang berikut:

(i) Kepercayaan kepada Tuhan

(ii) Kesetiaan kepada Raja dan Negara

(iii) Keluhuran Perlembagaan

(iv) Kedaulatan Undang-Undang

(v) Kesopanan dan Kesusilaan

iaitu sebagai falsafah kebangsaan yang dijadikan pegangan

dalam usaha menyuburkan semangat perpaduan,

patriotisme, jati diri dan perasaan saling hormat

menghormati dalam kalangan segenap lapisan masyarakat

demi menjaga keharmonian negara yang kita cintai.

Oleh: Abdul Majid bin Abdul Rahim, UI KPM

4

Page 5: BULETIN INTEGRITI SIRI 2/2017 - moe.gov.my · PDF fileekoran rusuhan kaum yang dikenali sebagai Peristiwa 13 Mei 1969. Rukun Negara adalah ikrar, janji dan sumpah setia kita sebagai

Ikrar Bebas Rasuah

Saya [nama] No. Kad Pengenalan [no. k.p.] adalah

dengan sesungguhnya dan suci hati berikrar bahawa

sepanjang perkhidmatan saya dengan [nama jabatan];

(i) Saya akan mematuhi sepenuhnya undang-undang,

peraturan, prosedur serta dasar-dasar negara yang

berkaitan dengan pencegahan jenayah rasuah dan

salah guna kuasa;

(ii) Saya akan membenci dan menolak sebarang

bentuk jenayah rasuah dan salah guna kuasa, serta

memberikan kerjasama sepenuhnya kepada

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dalam

mencegah sebarang perlakuan jenayah rasuah dan

salah guna kuasa;

(iii) Saya tidak akan melibatkan diri dalam sebarang

bentuk jenayah rasuah dan salah guna kuasa, sama

ada secara langsung atau tidak langsung, dengan

mana-mana pihak yang berurusan dengan [nama

jabatan];

(iv) Saya akan memastikan kakitangan-kakitangan di

bawah seliaan saya tidak akan melibatkan diri dalam

sebarang bentuk jenayah rasuah dan salah guna kuasa

dalam apa-apa jua urusan berkaitan dengan [nama

jabatan]; dan

(v) Saya akan melaporkan kepada Suruhanjaya

Pencegahan Rasuah Malaysia, dengan seberapa

segera, sebarang bentuk perlakuan jenayah rasuah

dan salah guna kuasa yang melibatkan saya atau

kakitangan-kakitangan di bawah seliaan saya.

IKRAR BEBAS RASUAH

Ikrar Bebas Rasuah (IBR) merupakan inisiatif yang

diperkenalkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah

Malaysia. IBR menekankan ikrar serta janji yang dibuat oleh

para pemimpin dan warga organisasi secara

sukarela atas kapasiti sebagai

individu, bertujuan untuk memastikan setiap

individu yang menandatangani ikrar ini menjunjung

tanggungjawab untuk menghindari diri daripada terlibat

dengan sebarang gejala rasuah dan salah guna kuasa

sepanjang melaksanakan tugas.

Sejak dilaksanakan mulai Januari 2017 sehingga 31 Mei

2017, IBR telah dilaksanakan oleh lebih 100 organisasi di

seluruh negara mencakupi sektor awam, syarikat berkaitan

kerajaan, syarikat swasta, persatuan dan pertubuhan bukan

kerajaan.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merupakan

kementerian ke-3 dan antara organisasi terawal yang

menandatangani IBR. Majlis menandatangani IBR melibatkan

Pengurusan Tertinggi KPM telah diadakan pada 15 Mac 2017

disusuli dengan pelaksanaannya di peringkat Bahagian /

Jabatan, antaranya Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor

(26 April), JPN Negeri Sembilan (3 Mei), Bahagian Sukan (12

Mei), Bahagian Pembangunan Kurikulum (26 Mei), JPN Pulau

Pinang (29 Mei), Pejabat Pendidikan Daerah Timur Laut (31

Mei) dan JPN Melaka (2 Jun).

Objektif IBR:

• Mendapatkan komitmen pimpinan organisasi dalam usaha pembanterasan rasuah

• Memastikan organisasi tidak terlibat dengan jenayah rasuah

• Menanamkan perasaan benci kepada jenayah rasuah dalam warga organisasi

• Memberi mesej kepada mereka yang berurusan dengan organisasi agar tidak melakukan perbuatan rasuah

5

Page 6: BULETIN INTEGRITI SIRI 2/2017 - moe.gov.my · PDF fileekoran rusuhan kaum yang dikenali sebagai Peristiwa 13 Mei 1969. Rukun Negara adalah ikrar, janji dan sumpah setia kita sebagai

Beriman dan mengambil inspirasi daripada sabda baginda Rasulullah SAW semasa peperangan Khandak inilah yang

membakar semangat dan jiwa Muhammad al-Fatih setiap kali matanya terpandang Kota Constantinople. Sultan yang ke-7

dalam Empayar Uthmaniyyah ini turut membina keazamannya dengan meneladani kekuatan roh jihad Abu Ayyub al Ansari

(sahabat Rasulullah SAW) yang gugur syahid dan jasadnya disemadi di Benteng Kota Constantinople sewaktu percubaan

pertama tentera Islam di bawah pimpinan Yazid bin Mu’awiyah (empayar ‘Umayyah).

Meskipun usaha pembebasan Constantinople (ibu kota

kerajaan Kristian Timur Byzantium) melalui jalan buntu

menerusi lima siri kempen pembebasannya pada era

‘Umayyah, satu kempen pada era ‘Abbasiyyah dan dua

kempen pada era Uthmaniyyah, namun tidak sedikit pun

membantutkan keazaman Sultan Muhammad al Fatih untuk

meneruskan kesinambungan perjuangan dan terbukti kira-

kira 800 tahun kemudian Sultan Muhammad al-Fatih muncul

membenarkan hadis Rasulullah SAW.

Memang tidak dapat dinafikan keazaman yang

membuak-buak antara faktor tercetusnya usaha dan gerakan

penawanan kota Constantinople, namun harus diingat

bahawa rahsia atau formula kejayaan Sultan Muhammad al-

Fatih dan pasukan tentera pimpinannya menewaskan ‘super

power’ tersebut adalah berbekalkan ketaqwaan iaitu

dengan mentaati Syari’atullah dan menepati Sunnatullah.

Sultan Muhammad al Fatih sangat berhati-hati dan teliti

dalam mematuhi kedua-dua hukum tersebut. Baginda sangat

memelihara diri, keluarga dan pegawai-pegawainya daripada

melanggar hak Allah SWT. Baginda juga sangat

membenci rasuah, penyelewengan

dan pembaziran harta. Baginya, harta itu

amanah Allah SWT untuk diagihkan kepada rakyat yang

memerlukan. Oleh sebab itu, tidak hairanlah baginda

sentiasa dikelilingi oleh orang yang mematuhi syariat sama

ada daripada kalangan pegawai-pegawainya, para sarjana dan

ulama atau penasihat.

Namun, mematuhi syari’atullah sahaja belum cukup

untuk mencapai darjat ketakwaan. Baginda juga sangat

menepati sunnatullah. Dengan kata lain, persiapan

kerohanian perlu disepadukan dengan persiapan fizikal,

strategi dan material.

6

Sultan Muhammad Al-Fatih

Justeru itu, baginda dan pasukan tentera pimpinannya

diiktiraf sebagai sebaik-baik raja dan tentera kerana memiliki

dua ciri unggul yang digariskan dalam al-Quran iaitu al-Amin

kerana mentaati syari’atullah dan al-Qawiy kerana menepati

sunnatullah.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Sesungguhnya sebaik-baik orang yang

diberikan pekerjaan (tugasan) adalah orang

yang kuat (al-Qawiy) lagi amanah (al-

Amin)”.(2). Sayyidina Ali r.a melalui ungkapannya

yang masyhur turut mengingatkan: “Kebenaran

yang tidak tersusun akan ditewaskan oleh

kebatilan yang tersusun”.

Oleh: Shahriman bin Ali Pitchay, UI KPM

“Aspirasi dan cita-cita yang besar mampu mengecilkan permasalahan yang dihadapi. Perjuangan yang sukar akan menjadi mudah apabila diharungi dengan

jiwa yang besar dan berbekalkan tekad serta keazaman yang mantap.”

Page 7: BULETIN INTEGRITI SIRI 2/2017 - moe.gov.my · PDF fileekoran rusuhan kaum yang dikenali sebagai Peristiwa 13 Mei 1969. Rukun Negara adalah ikrar, janji dan sumpah setia kita sebagai

D e m i k i a n l a h k e a z a m a n

d a n s e m a n g a t j u a n g y a n g t i n g g i

t e l a h d i b u k t i k a n m e n e r u s i d a y a

u s a h a y a n g b e r s u n g g u h - s u n g g u h

d e n g a n b e r t u n j a n g k a n

k e t a q w a a n k e p a d a A l l a h S W T ,

p a s t i a k a n d i g a n j a r i d e n g a n

k e m e n a n g a n d a n k e j a y a a n .

Benarlah janji Allah SWT yang bermaksud:

“Dan mereka yang berjihad

(bersungguh-sungguh) untuk (mencari

keredhaan) Kami, benar-benar akan

Kami tunjukkan kepada mereka jalan-

jalan Kami dan sesungguhnya Allah

bersama orang-orang yang berbuat

kebaikan”. (3)

Rujukan :

(1) Imam Ahmad Ibn Hanbal (Al-Musnad 4/335) dan al Hakim (al Mustadrak no. 8300)

(2) Al-Qasas 28: 26

(3) Al-‘Ankabut 29: 69

Ali Muhammad Muhammad al-Sallabi, al Sultan Muhammad al-Fatih: Fatih al-Qustantiniyyah

Bagi menembusi Kota Constantinople yang kebal

kerana kedudukannya dikelilingi dengan tujuh buah bukit

secara semula jadi di tambah dengan kelengkapan senjata

yang pelbagai, seorang panglima yang berfikiran strategik,

bijak dan kreatif sangat diperlukan bagi memimpin angkatan

perang.

Sultan Muhammad al-Fatih, pasukan tentera serta

armada lautnya membuat persiapan fizikal dan material

selama tiga tahun, bertempur selama 53 hari dengan penuh

keberanian. Dicatatkan dalam lembaran sejarah kira-kira

150,000 orang tentera terlatih al-Fatih terlibat dalam

pertempuran tersebut dengan diiringi kekuatan 120 buah

kapal untuk menguasai laluan di Selat Bosphorus dan Golden

Horn. Kota Constantinople yang akhirnya berjaya ditawan

pada 29 Mei 1453 Masihi. Raja yang ke-95 memerintah

Constantinople terbunuh dan nama Constantinople ditukar

kepada Istanbul.

Sultan Muhammad al-Fatih melakukan sujud syukur dan

melumurkan mukanya dengan tanah sebaik memasuki Hagia

Sophia (asalnya sebuah gereja kemudian dijadikan masjid

sebelum ditukar menjadi muzium hingga kini di Istanbul)

sebagai tanda kerendahan hatinya. Solat Jumaat yang

pertama didirikan di Constantinople dengan dipimpin oleh

baginda di masjid Hagia Sophia menyaksikan bahawa

kemenangan yang diraih merupakan suatu yang mahal untuk

diperolehi dan tidak mustahil berlaku. Segalanya dengan izin

Allah SWT.

7

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Constantinople akan dibuka.

Rajanya adalah sebaik-baik raja

dan tenteranya adalah sebaik-

baik tentera”.(1)

Page 8: BULETIN INTEGRITI SIRI 2/2017 - moe.gov.my · PDF fileekoran rusuhan kaum yang dikenali sebagai Peristiwa 13 Mei 1969. Rukun Negara adalah ikrar, janji dan sumpah setia kita sebagai

Pelan Pembangunan Pendidikan

Malaysia (PPPM) gelombang kedua

(2016-2020) merupakan salah satu ciri penting

bagi merealisasikan hasrat negara meningkatkan

profesion dan kualiti pendidik dalam mencapai

keberhasilan pelajar. Untuk itu, pelbagai

inisiatif perlu didedahkan kepada pendidik bagi

membentuk profesion pendidik yang sesuai

dengan revolusi pembelajaran masa kini bagi

memantapkan sistem pendidikan negara.

INTEGRITI MENGHADAPI

TRANSFORMASI PENDIDIKAN

Transformasi dalam pendidikan menyebabkan

Kementerian Pelajaran Malaysia membuat

perubahan terhadap sistem pendidikan negara

kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah

(KSSR). Sistem ini adalah relevan dan holistik

ke arah melahirkan modal insan yang seimbang,

berfikiran kreatif, kritis dan berinovatif.

Kajian keberkesanan sekolah (school effectiveness) mendapati prestasi

pelajar dipengaruhi dua komponen utama iaitu kualiti kepimpinan dan

kualiti pendidik. Kualiti dalam sistem pendidikan tidak boleh diperolehi

tanpa kualiti pendidik dan prestasi yang tinggi adalah bergantung kepada

keberhasilan pelajar yang berjaya. Oleh itu, keberhasilan pelajar ini perlu

signifikan dengan peningkatan kualiti pendidik yang dapat dilahirkan

melalui integriti pendidik yang tinggi terhadap semua perubahan dan

penambahbaikan dalam memenuhi keperluan pendidikan semasa.

INTEGRITI PENDIDIK MENGHASILKAN

BUDAYA KERJA CEMERLANG

Kerajaan telah menyarankan budaya kerja berasaskan prestasi dengan

menggunakan Petunjuk-Petunjuk Prestasi Utama ( KPI ) yang diterapkan

dalam perkhidmatan awam bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan.

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) sarat dengan KPI yang

perlu dicapai oleh warga Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Sistem

pengukuran prestasi menggunakan KPI di sekolah adalah penting dan

perlu dilaksanakan kerana tuntutan terhadap sekolah dalam

kecemerlangan akademik, kokurikulum, disiplin, penpendidiksan,

kepimpinan, kompetensi pendidik dan lain-lain.

Oleh: Norfarahin binti Mohd Zamri, Asmirul Faisal bin Ariffin;

& Saraswathy Ramasundrum - SK Bukit Jelutong SBT, Shah Alam

8

ERKUALITI

Page 9: BULETIN INTEGRITI SIRI 2/2017 - moe.gov.my · PDF fileekoran rusuhan kaum yang dikenali sebagai Peristiwa 13 Mei 1969. Rukun Negara adalah ikrar, janji dan sumpah setia kita sebagai

Melalui tuntutan itu, sekolah memerlukan

strategi dan amalan pendidikan berasaskan

prestasi bagi menambahbaik sistem serta

budaya kerja cemerlang di sekolah.

Seterusnya menyumbang kepada

keberkesanan sekolah mencapai tahap

Sekolah Wawasan, Sekolah Kluster

Kecemerlangan dan Sekolah Berprestasi

Tinggi.

INTEGRITI MENJADI AGEN

PELAKSANA KURIKULUM

Keberkesanan dalam sesuatu pelaksanaan kurikulum

adalah dengan kesediaan agen pelaksana dari segi

pengetahuan, kemahiran dan sikap yang positif.

Proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan

berhubung rapat dengan kebijaksanaan pendidik

dalam memilih kaedah yang sesuai dengan tahap dan

kebolehan pelajar. Antaranya ialah pelaksanaan

Komuniti Pembelajaran Profesional / Professional

Learning Community (PLC) yang merupakan

perkongsian visi, kerja dan usaha secara kolaboratif

bagi menghasilkan kemahiran, pengetahuan pendidik

secara maksimum. Keseluruhan strategi PLC

membolehkan pendidik berkongsi pelbagai

pengetahuan, kemahiran, strategi, kaedah, bahan,

sumber, pengalaman dan sebagainya bagi memenuhi

keperluan kepelbagaian pelajar dengan cara yang

sistematik.

Ini adalah selari dengan penyebaran Modul Komuniti

Pembelajaran Berkesan telah dilaksanakan oleh

Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai salah satu

usaha dalam Program Transformasi Kerajaan

(GTP1.0) yang melibatkan pendidikan dalam salah

satu Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

Fokus adalah untuk membolehkan semua pelajar

mendapat akses kepada pendidikan yang berkualiti

dan mampu menguasainya dengan baik.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, pendidik merupakan satu entiti

penting dalam organisasi pendidikan yang mampu

membentuk pendidikan berkualiti bertaraf dunia.

Pendidik juga merupakan medium dalam

merealisasikan pendidikan murid dalam mengharungi

cabaran dan kurikulum pada masa kini di tahap yang

lebih tinggi. Oleh itu, tugas, komitmen dan

akauntabiliti pendidik perlu diperbaharui dan

diperbaiki dari semasa ke semasa bagi mencapai

kecemerlangan pendidikan secara keseluruhannya.

Pendidik perlu mempunyai kesedaran diri yang tinggi

dalam mencapai pendidik berintegriti agar dapat

menjadi penyebar ilmu yang berkemahiran

professional.

Tanya dirimu..

Adakah kau guru

Yang mengajar seikhlas hati

Yang berusaha dari hati

Atau....

Hanya mengharapkan gaji

Hadirnya pagi baliknya tengah hari

Kata-kata guru didengari

Perwatakan guru disayangi

Perbuatan guru dicontohi

Menjadi inspirasi pada cahaya

Yang bakal menyinari nanti

Luaran guru itu biasa-biasa

Dalamannya luar biasa

Akhiran itu yang diharapkan

Agar ada yang iringkan

Untuk hidupan disana

Selagi kerjanya guru

Ajari..tunjukilah yang benar

Yang salah diperbaiki

Yang benar dipersetujui

Biar tidak didendang di bumi

Moga kita didendang akhirat sana.

Oleh: Siti Azeana binti Zulkifli, UI KPM

9

Page 10: BULETIN INTEGRITI SIRI 2/2017 - moe.gov.my · PDF fileekoran rusuhan kaum yang dikenali sebagai Peristiwa 13 Mei 1969. Rukun Negara adalah ikrar, janji dan sumpah setia kita sebagai

Setiap kali kita ingin menikmatimakanan dan minuman, kita berdoa kepadatuhan agar di berikan barakah dari rezeki yangakan kita santapi. Setiap kanak-kanak muslimjuga dididik sejak dari tadika lagi untuk berdoasebelum makan. Barakah dari rezeki itulahyang kita hajatkan.

Manusia telah menghabiskan sebahagian besar dari

waktu dan umur untuk mencari rezeki. Dalam usaha

mencari rezeki, niat yang ikhlas dan dengan cara secara

halal, ia dikira sebagai ibadah kepada Allah SWT. Tuhan

sentiasa memudahkan hambanya dalam usaha mencari

rezeki. Oleh itu, janganlah kita lupa kepada apabila kita

telah mendapat rezeki (nikmat) dari-Nya.

Suatu hari Nabi Sulaiman a.s. bertanya kepada

seekor semut tentang berapa banyak makanan yang

diperlukannya untuk hidup dalam setahun. Semut

menjawab, ia hanya perlukan makanan sebesar sebutir

gandum. Lalu Nabi Sulaiman a.s. memasukkan semut

tersebut di dalam sebuah botol dengan diletakkan

bersamanya gula sebesar sebutir gandum. Botol itu

kemudiannya ditutup (diberi lubang sikit untuk udara

masuk ke dalamnya).

Cukup tempoh setahun, botol itu pun dibuka

semula oleh Nabi Sulaiman a.s. Anehnya, baginda dapati

hanya separuh sahaja daripada gula sebesar sebutir

gandum itu yang habis dimakan oleh semut tersebut.

Nabi Sulaiman bertanya, mengapa hanya separuh

makanan sahaja yang dihabiskan sedangkan semut pernah

berkata ia perlukan makanan sebesar sebutir gandum?

Sang semut menjelaskan bahawa jika diluar botol

rezekinya dijamin sepenuhnya oleh Allah SWT dan dia

yakin tuhan pasti akan mencukupkan rezekinya. Sebab itu

dia tidak perlu risau dengan hakikat itu.

Tetapi apabila dikurung oleh manusia (Nabi

Sulaiman a.s), dia mengambil langkah berjaga-jaga dan

berjimat cermat kerana tidak yakin dengan keprihatinan

manusia. Mana tahu jika manusia itu terlupa lalu

mengurungnya terlebih daripada tempoh satu tahun?

Apa akan jadi padanya?

Pengajaran yang boleh diperolehi daripada kisah ini

adalah semut lebih yakin dengan jaminan rezeki daripada Allah

SWT berbanding jaminan manusia. Untuk menghadapi

kemungkinan itulah ia mengambil langkah berjimat cermat,

supaya apabila berlaku sesuatu di luar jangkaan dia masih

mampu bertahan. Masih ada makanan yang boleh digunakan.

Setiap manusia yang diciptakan oleh Allah SWT telah

ditetapkan rezeki untuknya. sejak di dalam kandungan ibunya

lagi. Kita perlu yakin dengan sepenuh hati bahawa setiap anak

yang lahir ke dunia, tuhan telah menetapkan rezeki untuknya.

Tuhan yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang telah

menjamin rezeki untuk semua makhluknya, dari sekecil-kecil

makhluk hinggalah sebesar-besarnya dan tidak dikurangkan

sedikit pun daripadanya.

Manusia diminta untuk berusaha, berdoa dan bertawakal

nescaya ia akan mendapat rezeki yang telah disediakan oleh

Allah SWT di muka bumi ini.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Barang siapa yang bertakwa kepada Allah, maka Allah

akan menunjukkan kepadanya jalan keluar daripada

kesusahan, dan diberikan-Nya rezeki dari jalan yang

tidak disangka-sangka, dan barang siapa yang

bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan

keperluannya”. (Surah At-Talaq ayat 2-3)

Allah SWT akan membantu orang-orang yang bertakwa.

Segala kesulitan, kemiskinan dan apa-apa saja masalah hidup

yang dihadapinya, akan terbentang luas jalan keluar diberikan

oleh Allah SWT. Bukan setakat ini saja, malahan Allah SWT

akan memberikan rezeki yang tiada disangka-sangka malahan

yang jauh didekatkan, yang sedikit diperbanyakkan dan yang

banyak dipermudahkan.

Kadangkala seseorang pernah bertanya pada diri sendiri,

“Kenapa rezekiku sempit? Buat berbagai usaha tetapi masih

gagal mencapai matlamat? Perniagaan merosot, puas berdoa

dan minta pertolongan Allah tetapi masih tidak dimakbulkan-

Nya?”

Perlu diingati, Allah SWT Maha Mengetahui apa akan

berlaku kepada para hamba-Nya. Kita perlu sentiasa berbaik

sangka dengan-Nya. Sentiasa berdoa dan tidak berputus asa.

Cepat atau lambat dikabulkan doa, itu adalah urusan tuhan

Yang Maha Esa.

Rujukan:

1. Ustaz Basir bin Mohamed Al Azhari, https://nursyirah.wordpress.com/2011/04/23/yakinilah-janji-allah-bahawa-setiap-

manusia-telah-ada-rezeki-untuknya/

Oleh: NorQuyyum binti Mohd Noor, UI KPM

Kesimpulannya, dalam usaha mencari rezeki di dunia ini, jangan sampai menjauhkan kita daripada beribadah dan mengingati

Allah SWT. Kita mesti berusaha dan berikhtiar tetapi meletakkan pergantungan sepenuhnya kepada-Nya. Jika dapat apa

yang kita inginkan, bersyukurlah. Jika sebaliknya, bersabarlah dan bersangka baik dengan-Nya. Yang penting, kita

mesti tahu meletakkan kepentingan antara dunia dan akhirat. Yakinlah dengan janji tuhan di atas qada dan qadarnya.

10

Page 11: BULETIN INTEGRITI SIRI 2/2017 - moe.gov.my · PDF fileekoran rusuhan kaum yang dikenali sebagai Peristiwa 13 Mei 1969. Rukun Negara adalah ikrar, janji dan sumpah setia kita sebagai

Pokok kelapa bercabang tiga

Dikerat orang memakai gergajiSaya cuma hendak mendugaSejauh mana sumpah dan janji

Anak ayam di atas pagarTurun ke tanah memakan padiKalau hutang wajib dibayarKalau janji wajib ditepati

Benang bertaliAnak putu dikasi makanTeguh-teguh memegang janjiSeperti paku lantak di papan

Apa guna tanam keranjiKalau tidak manis menggulaApa guna janji-janjiKalau kata tidak dikota

Buluh aur jangan dibelah

Titi dibuat berikat akarTeguh setia tidak berubahJanji ikrar jangan bertukar

Angkut-angkut hinggap di bukitMembuat sarang di pokok rendingWalau tertangkup bumi dan langitJanji tidak saya uraikan

Orang Jawa hilir ke kualaBeli kain selepas BaliAdik suka abangpun sukaBoleh kita mengikat janji

Sumber: Kurik Kundi Merah Saga

Oleh: Juarina binti Hassan, BTP Negeri Sembilan

Bahasa Integriti

Menuntut untuk dibaca sepenuh hati

Diungkapkan morfologi dengan telus

Diucapkan fonologi dengan tegas

Dibicarakan diksi dengan amanah

Disuarakan konotasi dengan benar

Bahasa integriti

Bukan sekadar untuk difahami

Bukan sekadar untuk dihayati

Bahasa integriti menyerlahkan identiti

Membentuk peribadi

Mulia dan diamalkan

Bahasa integriti.

11

Page 12: BULETIN INTEGRITI SIRI 2/2017 - moe.gov.my · PDF fileekoran rusuhan kaum yang dikenali sebagai Peristiwa 13 Mei 1969. Rukun Negara adalah ikrar, janji dan sumpah setia kita sebagai

KURSUS INTEGRITI KPM SIRI 1/201727-30 Mac 2017 | PLGDP Seri Tualang Temerloh Pahang

PENGISIAN:

Pemerkasaan Disiplin & Tatatertib

Penjawat Awam

Psikologi & Kaunseling Dalam

Integriti

Integriti Pengurusan Kewangan

Gaya Hidup Sihat

Pelan Integriti Nasional & Aku

Janji

Rasuah, Penyelewengan & Salah

Guna Kuasa

Integriti Keluarga & Komuniti

Pre & Post Test

12

Page 13: BULETIN INTEGRITI SIRI 2/2017 - moe.gov.my · PDF fileekoran rusuhan kaum yang dikenali sebagai Peristiwa 13 Mei 1969. Rukun Negara adalah ikrar, janji dan sumpah setia kita sebagai

P R O G R A M W A C A N A I N T E G R I T IS I R I 2 / 2 0 1 7 | 4 MEI 2017 | DEWAN SERBAGUNA, ARAS 9, E12, PUTRAJAYA

ANJURAN BERSAMA : UNIT INTEGRITI & PUSPANITA, KPM

YBhg. Dato’ Hj. Abdul Samat bin KasahPengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat, SPRM

13

Page 14: BULETIN INTEGRITI SIRI 2/2017 - moe.gov.my · PDF fileekoran rusuhan kaum yang dikenali sebagai Peristiwa 13 Mei 1969. Rukun Negara adalah ikrar, janji dan sumpah setia kita sebagai

14

Page 15: BULETIN INTEGRITI SIRI 2/2017 - moe.gov.my · PDF fileekoran rusuhan kaum yang dikenali sebagai Peristiwa 13 Mei 1969. Rukun Negara adalah ikrar, janji dan sumpah setia kita sebagai

15

Page 16: BULETIN INTEGRITI SIRI 2/2017 - moe.gov.my · PDF fileekoran rusuhan kaum yang dikenali sebagai Peristiwa 13 Mei 1969. Rukun Negara adalah ikrar, janji dan sumpah setia kita sebagai

16