PROJEK INOVASI PERKESO KUALA LUMPUR...
Transcript of PROJEK INOVASI PERKESO KUALA LUMPUR...
Sistem Pengurusan Kompaun (SysCOM) KL CLAWS
PROJEK INOVASI PERKESO KUALA LUMPUR 1
PROJEK INOVASI PERKESO
KUALA LUMPUR 2014
PROJEK : Sistem Pengurusan Kompaun
(SysCOM)
KUMPULAN : KL Claws
PEJABAT : PERKESO Kuala Lumpur
Sistem Pengurusan Kompaun (SysCOM) KL CLAWS
PROJEK INOVASI PERKESO KUALA LUMPUR 2
KUMPULAN KL CLAWS
PENAUNG PENASIHAT
EN MOHAMAD ASRI NGOSMAN EN HAJI AZHAR BIN MD NADZRI
(PENGARAH PEJ NEG KUALA LUMPUR) (TIMB PENGARAH PEJ NEG KUALA LUMPUR)
PN ZURAIDAH BINTI ZAKARIA
(PEN PENGARAH PENGUATKUASAAN)
PN ROSIMAH BINTI ARSAH
(PEN PENGARAH FAEDAH)
KETUA KUMPULAN KETUA PROJEK
EN KHAIRULLAH BIN MAHFUD EN MOHD AMIR ABDUL WAHAB
PENOLONG KETUA KUMPULAN PENOLONG KETUA PROJEK
EN MUHAMMAD HANAFI CHE ABDULLAH EN RAJASEGARAN AL MURALI DARAN
SETIAUSAHA
CIK NURSHAZATUL AMIRA BINTI SHARIFUDDIN
CIK AZLINA BINTI HAPIP
Sistem Pengurusan Kompaun (SysCOM) KL CLAWS
PROJEK INOVASI PERKESO KUALA LUMPUR 3
PENGENALAN
LATAR BELAKANG PERKHIDMATAN
Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) ditubuhkan pada tahun 1971
di bawah Kementerian Sumber Manusia untuk melaksana dan
mentadbir Skim-skim keselamatan Sosial dan menguatkuasa Akta
Keselamatan Sosial Pekerja, 1969, iaitu Skim Insurans Bencana Pekerjaan
dan Skim Pencen Ilat dan Peraturan-peraturan Am Keselamatan Sosial
Pekerja,1971. Di bawah skim-skim ini, pekerja diberi perlindungan
berkaitan bencana pekerjaan termasuk kemalangan semasa
menjalankan pekerjaan, penyakit khidmat, keilatan dan kematian.
Di antara fungsi yang dilaksanakan PERKESO ialah mendaftar majikan
dan pekerja, memproses tuntutan dan membayar faedah kepada
pekerja yang ditimpa malang dan orang tanggungannya. Di samping iu,
PERKESO juga menyediakan faedah pemulihan jasmani dan vokasional
serta memupuk kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Selain
itu, perlindungan keselamatan yang diberikan meliputi rawatan
perubatan, bayaran tunai, bekalan anggota palsu dan juga rawatan
pemulihan.
Pada Julai 1985, status PERKESO sebagai jabatan kerajaan telah diubah
kepada sebuah badan berkanun. Manakala, pada 1Januari 1992,
PERKESO telah melasanakan sistem saraanya sendiri, iaitu Sistem Saraan
Baru PERKESO (SSBP).
Bagi memudahkan pekerja mendapatkan maklumat dan membuat
tuntutan PERKESO telah membuka 46 pejabat tempatan di seluruh
negara.
Sistem Pengurusan Kompaun (SysCOM) KL CLAWS
PROJEK INOVASI PERKESO KUALA LUMPUR 4
MISI
Memberi perlindungan keselamatan sosial pekerja dan tanggungan
mereka menerusi Skim-skim Keselamatan Sosial serta meningkatkan
kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan demi meningkatkan
kesejahteraan sosial pekerja.
VISI
Peneraju Keselamatan Sosial Yang Unggul Dan Cemerlang.
OBJEKTIF
Menyediakan perlindungan keselamatan sosial kepada semua pekerja
dan tanggungan mereka menerusi skim-skim insurans keselamatan sosial
berasaskan konsep masyarakat penyayang selaras dengan Dasar
Pembangunan Negara (DPN) dan Wawasan 2020 untuk menjadikan
Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020.
Sistem Pengurusan Kompaun (SysCOM) KL CLAWS
PROJEK INOVASI PERKESO KUALA LUMPUR 5
PENGOPERASIAN PEJABAT
Carta Organisasi Ibu Pejabat PERKESO
Carta Organisasi Bahagian Operasi PERKESO
Sistem Pengurusan Kompaun (SysCOM) KL CLAWS
PROJEK INOVASI PERKESO KUALA LUMPUR 6
Carta Organisasi PPN Kuala Lumpur
Sistem Pengurusan Kompaun (SysCOM) KL CLAWS
PROJEK INOVASI PERKESO KUALA LUMPUR 7
Secara amnya, operasi Pejabat PERKESO Negeri Kuala Lumpur (PPN
Kuala Lumpur) terbahagi kepada beberapa unit iaitu Unit Pentadbiran,
Kewangan, Faedah dan Penguatkuasaan. Pejabat PPN Kuala Lumpur
adalah merupakan salah sebuah pejabat besar di Malaysia. Unit
Pendakwaan dan Kompaun PPN Kuala Lumpur berperanan menjalankan
aktiviti penguatkuasaan antaranya adalah pengesanan, OPS Kesan dan
pengkompaunan.
Bagi memantapkan tindakan pengkompaunan ke atas majikan,
PERKESO telah melaksanakan tindakan pengkompaunan di bawah Akta
Keselamatan Sosial Pekerja 1969 dan Peraturan-peraturan (Am)
Keselamatan Sosial Pekerja 1971. Langkah ini bertujuan untuk
memastikan majikan mematuhi Akta dan Peraturan bagi menjamin
keselamatan sosial pekerja mereka.
Di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja,1969, majikan boleh dikenakan
denda tidak lebih daripada RM 10,000.00 atau dua (2) tahun penjara atau
kedua-duanya sekali jika disabitkan antara kesalahan-kesalahan berikut :
Gagal Mendaftar Perusahaan
Gagal Mendaftar Pekerja
Gagal Melaporkan Kemalangan
Sistem Pengurusan Kompaun (SysCOM) KL CLAWS
PROJEK INOVASI PERKESO KUALA LUMPUR 8
LAPORAN INOVASI
TUJUAN PROJEK INOVASI
Unit Pendakwaan dan Kompaun adalah antara unit yang berperanan
dalam menguatkuasakan Akta dan Peraturan dan ia menjadi tunjang
utama pejabat PPN Kuala Lumpur dalam memastikan pematuhan
majikan ke atas AKSP 1969 dan Peraturan-peraturan Am 1971. Kegagalan
majikan mematuhi AKSP 1969 dan Peraturan-peraturan Am 1971
menyebabkan tindakan pengkompaunan dijalankan ke atas mereka.
Bidang utama yang menjadi tumpuan dalam inovasi dibawah PPN Kuala
Lumpur ini adalah tertumpu kepada proses pengkompaunan dari mula
sehingga selesai dengan hasil kerja yang berkualiti.
Justeru itu, bagi memastikan tindakan pengkompaunan dapat dibuat
dengan efisien dan berkesan, satu sistem pengurusan yang berlandaskan
aplikasi Sistem Pengkalan Data menggunakan bahasa pengaturcaraan
PHP dan sistem pengkalan data MYSQL telah dipilih bagi merealisasikan
SysCOM ini.
Sistem SysCOM
Sistem Pengurusan Kompaun (SysCOM) KL CLAWS
PROJEK INOVASI PERKESO KUALA LUMPUR 9
Seterusnya, tujuan projek inovasi ini dilaksanakan adalah untuk
memberikan impak positif terhadap pematuhan Akta PERKESO oleh
majikan dan memastikan hak pekerja-pekerja sentiasa terjamin serta
terpelihara.
Dengan penggunaan aplikasi SysCOM ini, secara tidak langsung,
tindakan dapat diambil ke atas majikan-majikan yang gagal menjalankan
tanggungjawab terhadap pekerja dan bagi majikan-majikan yang tidak
mematuhi AKSP 1969 dan Peraturan-peraturan Am 1971.
Sistem Pengurusan Kompaun (SysCOM) KL CLAWS
PROJEK INOVASI PERKESO KUALA LUMPUR 10
Maksud LOGO SysCOM
Bulatan : Kerja berkumpulan yang melibatkan semua
anggota di pelbagai unit (Penguatkuasaan,
Pentadbiran, Kewangan & Faedah)
Bangunan PPN KL : Pengukuhan matlamat yang selari dalam
usaha menguatkuasakan AKSP 1969 dan
Peraturan- peraturan Am 1971
Perkataan SysCOM : Singkatan perkataan Sistem Pengurusan
Kompaun
Warna LOGO SysCOM
Biru : Semangat harmoni berpasukan dalam
menjalankan tanggungjawab
Kuning : Adil dan saksama dalam pelaksanaan
Merah : Keberanian dalam melaksanakan AKSP 1969
dan Peraturan-peraturan Am 1971
Sistem Pengurusan Kompaun (SysCOM) KL CLAWS
PROJEK INOVASI PERKESO KUALA LUMPUR 11
Kronologi pemilihan aplikasi SysCOM
Januari 2014 : Satu kumpulan inovasi telah ditubuhkan bagi
membincangkan lambakan kes-kes berpotensi untuk dikompaun yang
diterima daripada Cawangan Faedah
Mesyuarat pertama diadakan bagi mengenalpasti punca-punca dan
langkah-langkah untuk mengatasi masalah ini
Februari 2014 : Mesyuarat kedua telah diadakan dan bersetuju
untuk membangunkan satu sistem yang dikenali sebagai SysCOM
Mesyuarat ketiga diadakan bagi mengenalpasti ciri-ciri dan keperluan
kepada sistem yang hendak dibangunkan
Proses pembangunan sistem telah dimulakan
Mac 2014 : Mesyuarat keempat diadakan bagi membincangkan
perkembangan pembangunan sistem
April 2014 : Proses ujikaji sistem dijalankan dari masa ke semasa
Mei 2014 : Aplikasi SysCOM telah dilancarkan dan
komputer anggota dijadikan sebagai server sementara
Jun 2014 : Beberapa penambahbaikan telah dibuat dari
masa ke semasa berdasarkan keperluan pejabat
Ogos 2014 : Permohonan server ke Ibu Pejabat telah dibuat dan
telah mendapat kelulusan seminggu dari tarikh permohonan
September 2014: Aplikasi SysCOM telah berjaya sepenuhnya
dipindahkan ke server baru
Sistem Pengurusan Kompaun (SysCOM) KL CLAWS
PROJEK INOVASI PERKESO KUALA LUMPUR 12
PROSES PERLAKSANAAN INOVASI
Aplikasi SysCOM ini adalah merupakan projek yang dijalankan secara “in-
house” dan tidak melibatkan kos tambahan dalam pelaksanaannya.
Tambahan pula, ianya dihasilkan oleh anggota PPN Kuala Lumpur sendiri
tanpa bantuan dari pihak luar PERKESO. Ianya ternyata telah banyak
membantu proses kerja hakiki anggota. Justeru itu, aplikasi SysCOM ini
adalah mudah dan sangat realistik untuk diaplikasikan di semua pejabat
PERKESO seluruh negara tanpa memerlukan kos tambahan.
Selepas pelaksanaan aplikasi SysCOM, kerja-kerja dapat dilakukan
dengan tepat, cepat dan memudahkan semua anggota yang terbabit
sekaligus dapat menjimatkan kos, masa dan tenaga selain memastikan
pelaksanaan pengkompaunan dan memastikan pematuhan AKSP di
tahap yang memuaskan.
Melalui aplikasi SysCOM ini, setiap kes yang melibatkan kesalahan lewat
lapor kemalangan, gagal daftar perusahaan dan gagal daftar pekerja
akan lebih mudah dikesan dan direkodkan dalam satu pengkalan data
berpusat untuk tindakan pengkompaunan dan pendakwaan. Dengan
perlaksanaan idea inovasi ini akhirnya dapat meningkatkan kualiti kerja
sekaligus menaikkan imej organisasi dan memudahkan proses kerja di
semua peringkat.
Secara amnya, aplikasi SysCOM ini dapat dilihat keberkesanannya
apabila perbandingan sebelum dan selepas dibuat. Ini bagi
memperlihatkan satu penemuan dan penghasilan gaya cipta tersendiri
selain mesra pengguna.
Sistem Pengurusan Kompaun (SysCOM) KL CLAWS
PROJEK INOVASI PERKESO KUALA LUMPUR 13
PROSES SEBELUM INOVASI DILAKSANAKAN
Sebelum aplikasi SysCOM dilaksanakan, PPN Kuala Lumpur menghadapi
masalah lambakan kes-kes ketidakpatuhan majikan terhadap AKTA yang
terlalu tinggi, tidak terkawal dan tidak dapat diselesaikan sebaiknya. Di
antara penyebab kepada masalah ini ialah :
1. Kesukaran untuk mengesan dan merekodkan kes-kes kesalahan
lewat lapor kemalangan. Tiada Workbasket dan anggota khas
yang diperuntukkan. Terlepas pandang kes-kes yang boleh
dikompaun.
2. Tiada suatu sistem kawalan yang dapat mengesan dan
menapis pertindihan kes yang sama sebelum dibawa ke
mesyuarat jawatankuasa kompaun.
3. Memerlukan masa yang panjang untuk penyediaan dokumen
pengkompaunan kerana perlu mengumpul maklumat dari
pelbagai sumber secara manual.
4. Penyediaan dokumen kompaun yang kurang sempurna di
sebabkan kesilapan fakta dan butiran kes.
5. Suasana tempat kerja menjadi tidak terurus kerana banyak
dokumen kertas kompaun yang berselerakkan di atas meja.
6. Mengalami kesukaran untuk mengemaskini dan memantau
majikan yang dikompaun.
7. Ketidakcekapan yang berlaku akibat kekerapan kesalahan
dalam menyediakan kertas kerja kompaun menyebabkan notis
kompaun lewat dihantar kepada majikan.
8. Kesukaran menyediakan statistik kompaun disebabkan
anggota terpaksa mengumpul dan menganalisa maklumat
secara manual.
Sistem Pengurusan Kompaun (SysCOM) KL CLAWS
PROJEK INOVASI PERKESO KUALA LUMPUR 14
SUASANA KERJA SEBELUM INOVASI
Sistem Pengurusan Kompaun (SysCOM) KL CLAWS
PROJEK INOVASI PERKESO KUALA LUMPUR 15
Sebelum aplikasi SysCOM ini dilaksanakan, suasana tempat kerja anggota
adalah tidak terurus dan kurang kemas. Malah anggota mengalami
masalah untuk menyediakan kertas kerja kompaun dalam masa yang
dikehendaki kerana kesukaran mendapatkan fail.
Anggota juga tidak dapat membahagikan masa dan adakalanya
terpaksa bekerja sehingga lewat petang serta perlu datang bekerja pada
hari cuti untuk menyiapkan kertas kerja kompaun. Oleh yang demikian,
waktu rehat yang diperlukan anggota adalah amat terhad. Suasana ini
telah menjejaskan motivasi anggota dalam menjalankan tugas.
Sistem Pengurusan Kompaun (SysCOM) KL CLAWS
PROJEK INOVASI PERKESO KUALA LUMPUR 16
DATA KOMPAUN SEBELUM PENGGUNAAN sYsCOM
Sebelum aplikasi SysCOM ini diperkenalkan, anggota terpaksa
melengkapkan kes-kes yang disyorkan terlebih dahulu sebelum dibawa ke
jawatankuasa kompaun. Proses ini dilakukan secara manual dan
memerlukan masa yang panjang.
Sistem Pengurusan Kompaun (SysCOM) KL CLAWS
PROJEK INOVASI PERKESO KUALA LUMPUR 17
KEDUDUKAN SELEPAS PERLAKSANAAN INOVASI
PERKESO amat menitikberatkan produktiviti di samping kualiti serta
peningkatan mutu kerja yang berkesan dalam mencapai mutu
perkhidmatan yang cemerlang. Atas dasar kesedaran tentang perlunya
sesuatu kerja dilakukan dengan tepat, cepat dan cekap, maka usaha
telah dijalankan untuk membangunkan aplikasi berlandaskan Sistem
Pengkalan Data berasaskan web.
Aplikasi SysCOM ini menggunakan bahasa pengaturcaraan PHP dan
sistem pengkalan data MYSQL kerana bahasa pengaturcaraan tersebut
menggunakan sumber terbuka dan ianya adalah percuma. Aplikasi
SysCOM ini juga sesuai diperluaskan penggunaannya di pejabat
PERKESO seluruh negara.
Sila lihat gambarajah 1 & 2 untuk makluman.
Gambarajah 1
Sistem Pengurusan Kompaun (SysCOM) KL CLAWS
PROJEK INOVASI PERKESO KUALA LUMPUR 18
Gambarajah 2
Sistem Pengurusan Kompaun (SysCOM) KL CLAWS
PROJEK INOVASI PERKESO KUALA LUMPUR 19
SUASANA KERJA SELEPAS INOVASI
Setelah aplikasi SysCOM diperkenalkan, sistem penyediaan kertas kerja
pengkompaunan menjadi lebih tersusun dan lebih sistematik. Anggota
tidak lagi perlu menyemak dokumen dan data secara manual.
Masa bekerja anggota dapat dijimatkan dan tidak perlu bekerja melebihi
masa.
Hasil penggunaan aplikasi SysCOM, kesilapan terlepas pandang terhadap
majikan yang sepatutnya dikompaun dapat dielakkan.
Sistem Pengurusan Kompaun (SysCOM) KL CLAWS
PROJEK INOVASI PERKESO KUALA LUMPUR 20
Suasana tempat kerja juga menjadi lebih kemas, teratur dan
membolehkan anggota untuk menumpukan perhatian kepada kerja
hakiki yang lain hasil daripada penjimatan masa yang terhasil dari
penggunaan aplikasi SysCOM.
Sistem Pengurusan Kompaun (SysCOM) KL CLAWS
PROJEK INOVASI PERKESO KUALA LUMPUR 21
ELEMEN PENURUNAN KUASA
Surat permohonan untuk membangunkan aplikasi SysCOM dari PUKD
Sistem Pengurusan Kompaun (SysCOM) KL CLAWS
PROJEK INOVASI PERKESO KUALA LUMPUR 22
Surat kebenaran membangunkan aplikasi SysCOM dari Pengarah Negeri
Sistem Pengurusan Kompaun (SysCOM) KL CLAWS
PROJEK INOVASI PERKESO KUALA LUMPUR 23
Sistem Pengurusan Kompaun (SysCOM) KL CLAWS
PROJEK INOVASI PERKESO KUALA LUMPUR 24
Sistem Pengurusan Kompaun (SysCOM) KL CLAWS
PROJEK INOVASI PERKESO KUALA LUMPUR 25
Borang permohonan Virtual Machine dari Bahagian Teknologi Maklumat
PERKESO
Sistem Pengurusan Kompaun (SysCOM) KL CLAWS
PROJEK INOVASI PERKESO KUALA LUMPUR 26
IMPAK INOVASI TERHADAP KUMPULAN SASAR / PERKHIDMATAN /
JABATAN / AGENSI / NEGARA
Dengan aplikasi SysCOM ini kelebihan yang amat ketara adalah aplikasi
SysCOM memenuhi keperluan pengguna masakini serta ia mudah untuk
digunapakai di setiap pejabat. Untuk merealisasikan inovasi ini, tiada
perisian tambahan yang diperlukan malah ianya boleh digunakan
dengan sistem komputer yang sedia ada di seluruh pejabat PERKESO
yang dihubungkan kepada sistem rangkaian PERKESO.
Melalui Sistem Pengkalan Data juga, kita dapat menjalankan tugas
penyediaan kertas kerja kompaun dengan lebih tersusun dan
memudahkan proses membuat keputusan di peringkat Jawatankuasa
Pengkompaunan. Selain dapat menjimatkan masa dan tenaga ianya
juga memastikan data dapat dimasukkan dengan tepat serta
memudahkan penyediaan statistik pada bila-bila masa.
Semua maklumat dan rekod akan tersimpan dengan sistematik dan
selamat. Kesannya, pematuhan majikan terhadap AKSP 1969 dan
Peraturan-peraturan Am 1971 telah dapat ditingkatkan.
Beban kerja anggota terbabit dapat dikurangkan dan mendorong
mereka untuk bekerja lebih bersemangat.
Dari sudut penjimatan sumber manusia, sistem ini juga telah dapat
menyediakan suatu struktur kerja baru yang mana kerja-kerja yang
dilakukan oleh anggota Gred 19 kini boleh dilakukan oleh angoota
Gred12 khususnya dalam penyediaan dokumen pengkompaunan.
Aplikasi SysCOM juga dapat meningkatkan jumlah kes-kes kompaun yang
dapat diselesaikan seperti yang disasarkan oleh Ibu Pejabat.
Sistem Pengurusan Kompaun (SysCOM) KL CLAWS
PROJEK INOVASI PERKESO KUALA LUMPUR 27
1. ELEMEN INOVATIF / KREATIVITI
1.1 Penciptaan Nilai / Elemen Baru / Tambah Baik
Aplikasi SysCOM ini dicetuskan hasil daripada perbincangan
sekumpulan anggota di PPN Kuala Lumpur ke atas isu-isu
kelemahan sistem kerja yang diamalkan secara manual. Sistem
yang sedia ada mempunyai kelemahan seperti kekangan masa,
kelemahan pemantauan dan kesukaran menjana statistik.
Melalui aplikasi SysCOM ini, kerja-kerja di Unit Pendakwaan dan
Kompaun menjadi lancar di mana kes-kes dapat dikesan dan
diselesaikan dalam masa yang singkat, menyelia semua proses
tindakan dari awal hingga akhir dengan lebih berkesan dan
penyediaan data-data bagi tujuan untuk perancangan strategik
mudah diperolehi.
Lebih membanggakan, aplikasi SysCOM ini dihasilkan sendiri oleh
anggota PPN Kuala Lumpur sepenuhnya.
Sistem Pengurusan Kompaun (SysCOM) KL CLAWS
PROJEK INOVASI PERKESO KUALA LUMPUR 28
1.2 Elemen Mempermudahkan / Penyelesaian Masalah
Aplikasi SysCOM merupakan Sistem Pengkalan Data yang dicipta
khas untuk melancarkan proses kerja anggota Unit Pendakwaan
dan Kompaun PPN Kuala Lumpur secara keseluruhannya dalam
proses menyelesaikan kes-kes kompaun yang dikenakan ke atas
majikan yang ingkar. Di antara keupayaan aplikasi SysCOM
adalah seperti berikut:-
1. Memudahkan untuk mengesan dan merekod kes-kes bagi
disyorkan ke Jawatankuasa kompaun.
2. Mempercepatkan proses semakkan dan pemantauan
maklumat berkaitan status kes kompaun terkini.
3. Berupaya menyimpan data atau maklumat kompaun yang
sediakan oleh PPN Kuala Lumpur.
4. Mampu menyingkatkan proses kerja anggota semasa
penyediaan kertas kerja kompaun.
5. Memudahkan Jawatankuasa Kompaun untuk membuat
keputusan dengan cepat dan tepat.
6. Memudahkan dan mempercepatkan untuk mendapat
maklumat berkaitan statistik.
7. Berupaya menyimpan data atau maklumat yang berkaitan
dengan SPPPA pada akhir tahun tersebut
1.3 Rekabentuk Antaramuka Aplikasi SysCOM Yang Kreatif
Rekabentuk antaramuka aplikasi SysCOM ini telah diilhamkan
sendiri oleh anggota PPN Kuala Lumpur bagi memberikan nilai
tambah pada aplikasi SysCOM dengan mengambil kira pelbagai
aspek di antaranya maklumat yang mudah dicapai, mesra
pengguna, tidak terlalu padat dan mudah difahami.
Sistem Pengurusan Kompaun (SysCOM) KL CLAWS
PROJEK INOVASI PERKESO KUALA LUMPUR 29
2. ELEMEN KEBERKESANAN
2.1 Gambaran Faedah Yang Nyata Diperolehi (Impak Kepada
Negara)
Dengan adanya aplikasi SysCOM tindakan kompaun dapat di
ambil terhadap majikan-majikan yang gagal dalam mematuhi
Akta Keselamatan Sosial PERKESO (AKTA 4) tanpa ada majikan
yang terlepas sekaligus menjamin keadilan sosial pekerja di seluruh
Malaysia terjamin dan terbela.
Aplikasi SysCOM ini memberi impak dari segi pematuhan undang-
undang di kalangan majikan terhadap Akta Keselamatan Sosial
Pekerja 1969 dan Peraturan – Peraturan ( Am ) Keselamatan Sosial
Pekerja 1971. Secara tidak langsung, orang berinsurans dapat
dijamin hak mereka untuk mendapat perlindungan dan faedah
yang adil dan saksama.
2.2 Peningkatan Produktiviti / Kepuasan
2.2.1 Peningkatan Kepuasan Pelanggan
Aplikasi SysCOM dapat memastikan nasib pekerja terbela
apabila tindakan kompaun dan dakwa dapat dilaksanakan
dengan cepat dan pantas terhadap majikan yang ingkar.
Hasil aplikasi SysCOM ini juga dapat meningkatkan
pengetahuan majikan dan seterusnya mengurangkan
bilangan majikan yang gagal mematuhi undang-undang.
Secara tidak langsung, kepercayaan pekerja kepada
majikan juga meningkat dan menghasilkan suasana kerja
yang harmoni.
Sistem Pengurusan Kompaun (SysCOM) KL CLAWS
PROJEK INOVASI PERKESO KUALA LUMPUR 30
2.2.2 Peningkatan Produktiviti
Pelaksanaan aplikasi SysCOM ini telah meningkatkan kualiti
hasil kerja di mana ianya dapat memotivasikan dan
menambah produktiviti anggota melalui :
1. Menurunkan kadar kesilapan pada tahap paling minima
(kesilapan SIFAR)
2. Meningkatkan bilangan kes kompaun yang dapat
diselesaikan
3. Mengurangkan kos peralatan dan tadbir urus sumber
manusia
Sistem Pengurusan Kompaun (SysCOM) KL CLAWS
PROJEK INOVASI PERKESO KUALA LUMPUR 31
2.3 Penjanaan Pendapatan
Penggunaan aplikasi SysCOM di PPN Kuala Lumpur telah
memberikan banyak impak positif dari segi kelancaran proses
kerja, memudahkan jawatankuasa kompaun untuk membuat
keputusan yang tepat dan cepat sekaligus dapat menjana
kutipan kompaun dan caruman yang tinggi.
Penggunaan aplikasi SysCOM secara meluas di seluruh PERKESO
juga akan dapat menjana pendapatan tahunan PERKESO kerana
tiada majikan yang gagal mematuhi Akta PERKESO akan terlepas
pandang begitu sahaja.
Aplikasi SysCOM ini juga dapat meningkatkan pengetahuan
majikan mengenai keperluan pematuhan Akta dan peraturan
serta kesedaran pentingnya membayar caruman mengikut kadar
dan tempoh masa yang telah ditetapkan.
Bilangan Kes dan Kutipan Kompaun PPN Kuala Lumpur bagi tahun 2014
TEMPOH (2014) BIL KES AMAUN KOMPAUN
JAN HINGGA MAC 84
92,000.00
APRIL HINGGA JUN 134
158,000.00
Sistem Pengurusan Kompaun (SysCOM) KL CLAWS
PROJEK INOVASI PERKESO KUALA LUMPUR 32
Carta berbezaan bilangan kes yang diselesaikan sebelum dan selepas
penggunaan SysCOM
Carta berbezaan Jumlah kutipan kompaun yang diperolehi sebelum dan
selepas penggunaan SysCOM
Sistem Pengurusan Kompaun (SysCOM) KL CLAWS
PROJEK INOVASI PERKESO KUALA LUMPUR 33
3. ELEMEN SIGNIFIKAN
3.1 Bagaimana Perkhidmatan Boleh Mesra Pelanggan
Aplikasi SysCOM dicipta mengikut kehendak pengguna (user-friendly).
Pengguna hanya perlu memasukkan maklumat majikan yang
melakukan kesalahan yang perlu dikompaun. Setelah menentukan
semua keperluan tersebut, pengguna hanya perlu memasukkan data
dan maklumat yang berkaitan.
3.2 Penjimatan Kos
KOS OPERASI PERALATAN SEBELUM SysCOM
a. Purata penggunaan kertas A4 untuk menyediakan 1 kes kompaun
PROSES KOS
1 Rim (Double A) = RM 10 = 500 helaian RM 0.02 sehelai
1 kes kompaun = 25 helaian A4 yang
dicetak
RM 0.50
b. Purata penggunaan toner printer untuk menyediakan 1 kes kompaun
PROSES KOS
1 Toner = RM 680 = 3000 cetakan RM 0.22 sehelai
1 kes kompaun = 25 helaian A4 yang
dicetak
RM5.50
( 25 helaian yang dicetak – Surat makluman Pematuhan Kompaun , Surat Rayuan , Surat
Peringatan , salinan imej SIKAP dan Memo Ke Ibu Pejabat )
Kos operasi sebelum inovasi (RM 0.50 + RM 5.50) = RM 6.00
RM 6.00 X 2 (ANGGARAN KEKERAPAN PEMBETULAN DATA YANG
DIMASUKKAN SECARA MANUAL) = RM 12.00
Sistem Pengurusan Kompaun (SysCOM) KL CLAWS
PROJEK INOVASI PERKESO KUALA LUMPUR 34
KOS OPERASI PERALATAN SELEPAS SysCOM
c. Purata penggunaan kertas A4 untuk menyediakan 1 kes kompaun
PROSES KOS
1 Rim (Double A) = RM 10 = 500 helaian RM 0.02 sehelai
1 kes kompaun = 25 helaian A4 yang
dicetak
RM 0.50
d. Purata penggunaan toner printer untuk menyediakan 1 kes kompaun
PROSES KOS
1 Toner = RM 680 = 3000 cetakan RM 0.22 sehelai
1 kes kompaun = 25 helaian A4 yang
dicetak
RM 5.50
(25 helaian yang dicetak – Surat makluman Pematuhan Kompaun , Surat Rayuan , Surat
Peringatan , salinan imej SIKAP dan Memo Ke Ibu Pejabat )
Kos operasi selepas inovasi dengan data yang lebih tepat dan betul
(kesilapan sifar) = (RM 0.50 + RM 5.50 ) = RM 6.00
RM 12.00 – RM 6.00 = JIMAT RM 6.00
PENJIMATAN KOS OPERASI PERALATAN
Pada kebiasaannya, dalam proses penyediaan sesuatu fail kompaun,
seperti yang telah ditunjukkan di dalam pengiraan kos peralatan di atas,
berlakunya pembaziran kos secara berlebihan iaitu dari segi
penggunaan kertas A4 dan ‘toner printer’, kerana cetakan yang dibuat
secara kerap akibat kesalahan-kesalahan yang dilakukan semasa
menaip maklumat-maklumat penting di dalam kertas kompaun tersebut
secara berulangkali, tetapi dengan terhasilnya inovasi ini secara tidak
langsung dapat membantu mengurangkan penggunaan kos peralatan .
Di samping itu proses kerja dapat dilakukan dengan lebih sistematik dan
lebih lancar .
Sistem Pengurusan Kompaun (SysCOM) KL CLAWS
PROJEK INOVASI PERKESO KUALA LUMPUR 35
3.3 Penjimatan Masa
PENJIMATAN MASA YANG DIPEROLEHI MELALUI SysCOM
PROSES
(UNTUK SETIAP SATU KES)
TEMPOH MASA
SEBELUM SysCOM
(SAAT / MINIT)
TEMPOH MASA
SELEPAS SysCOM
(SAAT / MINIT)
PENJIMATAN
MASA
(SAAT / MINIT)
1. Pengesyoran Oleh
Pelulus Sikap 30 Saat 10 Saat 20 Saat
2. Pendaftaran Kes
15 Minit 2 Minit 13 Minit
3. Semakan Dan
Pemilihan Kes Untuk
Mesyuarat
Jawatankuasa
5 Minit 30 Saat 4 Minit 30 Saat
4. Penyediaan Kes Untuk
Dibawa Mesyuarat
Jawatankuasa
5 Minit 30 Saat 4 Minit 30 Saat
5. Penyediaan Notis
Kompaun Dan
Makluman
Pematuhan Majikan
5 Minit 1 Minit 4 Minit
6. Semakan Status
Bayaran Kompaun 2 Minit 30 Saat 1 Minit 30 Saat
7. Penyediaan Rayuan
Kompaun Ke
Ibupejabat
3 Minit 30 Saat 2 Minit 30 Saat
8. Semakan Dan
Pemantauan Kes
Kompaun
3 Minit 30 Saat 2 Minit 30 Saat
9. Syor Kepada
Pendakwaan Untuk
Majikan Engkar
3 Minit 30 Saat 2 Minit 30 Saat
JUMLAH PENJIMATAN
41 MINIT 30 SAAT 6 MINIT 10 SAAT 35 MINIT 20
SAAT
Sistem Pengurusan Kompaun (SysCOM) KL CLAWS
PROJEK INOVASI PERKESO KUALA LUMPUR 36
Kos masa yang dapat dijimatkan
= JIMAT 35 MINIT 20 SAAT
PENJIMATAN MASA YANG DIPEROLEHI DARIPADA SysCOM
Merujuk kepada proses kerja penyediaan kompaun sebelum aplikasi
SysCOM dilaksanakan, anggota perlu melakukan proses kerja yang
mengambil masa selama lebih setengah jam akan tetapi selepas aplikasi
SysCOM ini dilaksanakan suatu proses kerja hanya mengambil masa kurang
dari 7 minit untuk disiapkan.
Sistem Pengurusan Kompaun (SysCOM) KL CLAWS
PROJEK INOVASI PERKESO KUALA LUMPUR 37
3.4 Penjimatan Sumber Manusia
PENJIMATAN KOS SUMBER MANUSIA YANG DIPEROLEHI MELALUI SysCOM
PROSES KOS SUMBER
MANUSIA
SEBELUM SysCOM
(RM)
KOS SUMBER
MANUSIA
SELEPAS SysCOM
(RM)
PENJIMATAN
DIPEROLEHI
(RM)
Gaji Kerani
(Sambilan)
RM1634.60 RM1634.60
Bilangan hari
bekerja
20 20
Bilangan jam
(8 jam/hari x 20
hari)
160 jam 160 jam
Gaji @ 1 jam
(1634.60 160)
RM 10.22 RM 10.22
Gaji @ 1 minit
(RM10.22/60minit)
RM 0.17 sen RM 0.17 sen
Kos Gaji untuk
penyediaan 1 kes
kompaun
RM 7.05
(RM 0.17 x 41.5
minit)
RM 1.05
(RM 0.17 x 6.14
minit)
RM 6.00
KOS SUMBER MANUSIA YANG DAPAT DIJIMATKAN
Sumber Manusia = RM 7.055 – RM 1.05 = JIMAT RM 6.00 SETIAP KES
Sistem Pengurusan Kompaun (SysCOM) KL CLAWS
PROJEK INOVASI PERKESO KUALA LUMPUR 38
PENJIMATAN SUMBER MANUSIA YANG DIPEROLEHI MELALUI SysCOM
Seterusnya melalui mekanisma penggunaan aplikasi SysCOM ini, ia
sekaligus dapat mengurangkan kos tenaga kerja anggota kerana ia tidak
melibatkan kerja lebihan masa selain memberikan kebaikan terhadap
pengurusan masa bekerja serta penggunaan kos yang minima.
Kos untuk menyiapkan sebuah fail kompaun sebelum aplikasi SysCOM
dilaksanakan ialah RM 7.055, manakala selepas ianya dilaksanakan kos
sumber manusia menurun menjadi RM 1.05 sahaja.
Sistem Pengurusan Kompaun (SysCOM) KL CLAWS
PROJEK INOVASI PERKESO KUALA LUMPUR 39
RUMUSAN PENJIMATAN KOS
Kos Sumber Manusia - JIMAT RM 6.00
Kos Peralatan - JIMAT RM 6.00
Penjimatan Keseluruhan - JIMAT RM 12.00
Bermakna 1 Penyediaan Kes Kompaun melalui SysCOM telah
menjimatkan sebanyak = RM 12.00
TEMPOH (2014) BIL KES AMAUN KOMPAUN
JAN HINGGA MAC 84
92,000.00
APRIL HINGGA JUN 134
158,000.00
Secara keseluruhan Penjimatan KOS di PPN Kuala Lumpur
RM 12.00 x 134 kes kompaun (Apr - Jun 14) = RM 1608.00
Sistem Pengurusan Kompaun (SysCOM) KL CLAWS
PROJEK INOVASI PERKESO KUALA LUMPUR 40
3.5 Sejauh Mana Ianya Memenuhi Objektif Inisiatif Ini Diambil
Dengan terlaksananya sistem ini, ianya telah dapat :
1. Mempercepatkan urusan penyediaan kertas kerja
pengkompaunan dan mengelakkan kesilapan
maklumat dan butiran kes.
2. Segala maklumat dan rekod tersimpan dengan
sistematik dan memudahkan proses pencarian.
3. Beban kerja anggota yang terbabit dapat
dikurangkan.
4. Pengurangan aktiviti proses kerja dapat
mengurangkan penglibatan anggota yang
berlebihan.
5. Menyelia semua proses tindakan dari awal hingga
akhir dengan lebih berkesan.
Sistem Pengurusan Kompaun (SysCOM) KL CLAWS
PROJEK INOVASI PERKESO KUALA LUMPUR 41
4. ELEMEN RELEVAN
4.1 Sumbangan Kepada Agensi Organisasi / Nasional
Aplikasi SysCOM dapat membantu organisasi di mana
penggunaannya seragam oleh seluruh anggota PERKESO. Ia juga
memberi kesan kepada anggota untuk meningkatkan prestasi
kerja dan bermotivasi kerana proses kerja pengkompaunan kini
menjadi lebih cepat dan efisien. Malah aplikasi SysCOM akan
mengharumkan nama PERKESO di peringkat Nasional di sebabkan
keberkesanannya.
Pematuhan majikan kepada Akta dapat dipertingkatkan di mana
secara tidak langsung sistem yang diperkenalkan telah dapat
mendidik dan memberikan kesedaran kepada majikan betapa
pentingnya kerjasama kepada PERKESO dalam memastikan
keadilan sosial kepada orang berinsurans perlu diberikan.
4.2 Peningkatan Diterima
Projek ini diterima baik dan mendapat sokongan padu oleh pihak
pengurusan PPN Kuala Lumpur terutamanya ahli-ahli
Jawatankuasa kompaun dan semua anggota di Unit Pendakwaan
dan Kompaun.
Sejak terlaksananya aplikasi SysCOM bilangan kes kompaun yang
disediakan meningkat secara mendadak.
Sistem Pengurusan Kompaun (SysCOM) KL CLAWS
PROJEK INOVASI PERKESO KUALA LUMPUR 42
4.3 Gambar-gambar Berkaitan
Mesyuarat bersama Penaung berkaitan perlaksanaan aplikasi SysCOM
Pegawai Kerani sedang menggunakan aplikasi SysCOM
Sistem Pengurusan Kompaun (SysCOM) KL CLAWS
PROJEK INOVASI PERKESO KUALA LUMPUR 43
4.4 Implikasi Kewangan
Aplikasi SysCOM ini memberi impak yang besar daripada segi
kewangan di mana pelbagai kos dapat dikurangkan antaranya
kos sumber manusia, kos masa dan kos operasi yang lain. Hasil
pengurangan kos-kos ini, pihak pengurusan PERKESO dapat
menyalurkan lebihan perbelanjaan pengurusan ke atas aktiviti
pengoperasian yang lain. Selain itu juga, projek ini dapat
membantu dalam peningkatan dana PERKESO bagi jangkamasa
panjang.
Kutipan kompaun meningkat hasil dari penggunaan SysCOM
Sistem Pengurusan Kompaun (SysCOM) KL CLAWS
PROJEK INOVASI PERKESO KUALA LUMPUR 44
RUMUSAN
Inovasi bermaksud kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk
atau perkhidmatan yang lebih baik sama ada melalui pengubahsuaian
atau penambahbaikan. Ia adalah hasil cetusan idea-idea yang kreatif
dan inovatif dalam mana-mana aspek kerja yang dapat meningkatkan
kualiti dan produktiviti organisasi.
Atas semangat kerja berpasukan anggota PPN Kuala Lumpur, aplikasi
SysCOM telah dibangunkan untuk menghasilkan suatu kaedah kerja yang
unik, mudah, menjimatkan kos, dapat membantu menyelesaikan masalah
lambakan kerja dan memberi nilai kepada kualiti hasil kerja serta
meningkatkan produktiviti.
PPN Kuala Lumpur terkenal sebagai sebuah „lubuk emas‟ berdasarkan
keadaan persekitaran yang strategik, dan mempunyai lebih 70,000 buah
majikan berdaftar. Senario bebanan kerja yang wujud itu dipandang
secara positif seiring dengan arus persekitaran semasa dan menyelusuri
harapan tinggi setiap pelanggannya.
Aplikasi SysCOM terbukti mampu menjawab semua persoalan isu
berkenaan. Ianya amat praktis, „user friendly‟ dan relevan dengan
kehendak dan keperluan matlamat serta objektif cawangan
Penguatkuasaan PPN Kuala Lumpur iaitu antaranya bagi memastikan
kehendak Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 dan Peraturan-
peraturannya dipatuhi dengan sempurna oleh semua majikan dan
pekerja.
Sistem Pengurusan Kompaun (SysCOM) KL CLAWS
PROJEK INOVASI PERKESO KUALA LUMPUR 45
Penggunaan aplikasi SysCOM dapat menjimatkan kos sumber manusia,
dengan menjadikan penggunaan sumber manusia yang lebih optima,
melahirkan pekerja yang bermotivasi dan membantu menyediakan
persekitaran kerja yang lebih teratur dan kemas. Yang jelas produktiviti
kompaun dapat ditingkatkan dengan begitu ketara sekali dalam suku
tahun kedua 2014.
Dari aspek penjimatan peralatan pula , ianya dapat menyumbang
kepada pengurusan perbelanjaan berkhemah pejabat Perkeso Kuala
Lumpur. Manakala penjimatan masa yang diperolehi daripada
penggunaan aplikasi SysCOM ini, memberikan manfaat kepada anggota
untuk bekerja dengan lebih efisien dan progresif. Ianya terbukti dengan
peningkatan kualiti kerja dan produktiviti kes kompaun yang bertambah
dengan ketara pada suku tahun kedua 2014.
Sistem Pengurusan Kompaun (SysCOM) KL CLAWS
PROJEK INOVASI PERKESO KUALA LUMPUR 46
PANDUAN PENGGUNA SISTEM PENGURUSAN KOMPAUN
(SysCOM)
PENGENALAN
Sistem Pengurusan Kompanun(SysCOM) mempunyai 2 modul, iaitu modul
Faedah bagi kes-kes kompaun faedah dan Penguatkuasaan bagi kes-kes
kompaun serta-merta dan Ops Kesan.
Untuk menggunakan sistem ini, pengguna perlu menggunakan browser
yang sesuai dan disyorkan menggunakan ‘Mozilla Firefox’ versi yang
terbaru. Pengguna perlu akses ke url http://10.8.50.241/ dan paparan
seperti dibawah akan keluar.
Pengguna akan dipaparkan muka hadapan system apabila telah berjaya
log masuk system ini. Seperti paparan dibawah.
Sistem Pengurusan Kompaun (SysCOM) KL CLAWS
PROJEK INOVASI PERKESO KUALA LUMPUR 47
Pengguna yang menggunakan system ini dibahagi kepada beberapa
kategori mengikut keperluan serta tugas pengguna tersebut. Berikut adalah
kategori pengguna:
Kerani
Pegawai Siasat
Pentadbir/Pengurusan
Menu Kerani
Menu Pegawai Siasat
Menu Pentadbir/Pengurusan
Sistem Pengurusan Kompaun (SysCOM) KL CLAWS
PROJEK INOVASI PERKESO KUALA LUMPUR 48
MODUL FAEDAH
Pengguna yang diberi kuasa untuk membuat pengesyoran kes ialah
Pengarah PERKESO Negeri (PPN), Timbalan Pengarah PERKESO Negeri
(TPPN) dan Penolong Pengarah Faedah (PPF). Mereka ini sahaja
dibenarkan untuk membuat pengesyoran kes faedah untuk dikompaun.
Paparan seperti dibawah.
Apabila sesuatu kes telah dibuat pengesyoran, kes-kes tersebut akan
dipaparkan pada dibawah akan dipaparkan beserta nama pengesyor.
Pada peringkat ini, Pegawai kerani akan membuat kemaskini maklumat
kes tersebut sebelum tindakan seterusnya boleh diambil.
Sistem Pengurusan Kompaun (SysCOM) KL CLAWS
PROJEK INOVASI PERKESO KUALA LUMPUR 49
Pegawai kerani akan memasukkan maklumat yang diperlukan untuk
dikemaskini. Bagi maklumat majikan, system ini hanya memerlukan kod
majikan sahaja dan system akan paparkan lain-lain maklumat mengenai
majikan tersebut. Ini kerana, system ini telah menyimpan maklmumat
majikan dari System E-pemeriksaan. Pegawai Kerani juga perlu
menyediakan fail fizikal yang akan digunakan semasa mesnyuarat
jawatankuasa kumpaun.
Semakan terhadap tugas yang telah dilakukan oleh Pegawai Kerani akan
dilakukan oleh Ketua Unit Pendakwaan dan Kompaun dimana pada fasa
ini, segala maklumat akan dipastikan lengkap sebelum tindakan
penetapan tarikh mesyuarat Jawatankuasa Kompaun dibuat. Sekiranya
maklumat tidak lengkap, siasatan semula kes akan dilakukan. Ketua Unit
Pendakwaan dan Kompaun akan memindahkan kes ini ke ‘Workbasket’
Siasat.
Siasatan semula perlu dibuat.
Sistem Pengurusan Kompaun (SysCOM) KL CLAWS
PROJEK INOVASI PERKESO KUALA LUMPUR 50
Sebelum tarikh mesyuarat ditetapkan, Lampiran 2b perlu dicetak dan
diletakkan pada fail kompaun yang telah disediakan oleh Pegawai
Kerani.
Sistem Pengurusan Kompaun (SysCOM) KL CLAWS
PROJEK INOVASI PERKESO KUALA LUMPUR 51
Senarai kes yang dibawa untuk mesyuarat jawatankuasa kompaun boleh
dilihat seperti dipaparan.
Keputusan mesyuarat boleh dimasukkan terus ketika mesyuarat sedang
berlansung. Sekiranya kes diluluskan untuk dikompaun, kes tersebut akan
dimasukkan ke senarai untuk cetakan notis kompaun manakala bagi kes
yang akan ditangguhkan antaranya perlukan siasatan semula, kes
tersebut akan dimasukkan ke ‘workbasket’ siasat.
Sistem Pengurusan Kompaun (SysCOM) KL CLAWS
PROJEK INOVASI PERKESO KUALA LUMPUR 52
Senarai kes yang telah diluluskan untuk cetakan notis kompaun. Pegawai
Kerani mempunyai akses untuk menu ini dan cetakan akan dibuat
menggunakan mesin cetak dot matrik.
Sistem Pengurusan Kompaun (SysCOM) KL CLAWS
PROJEK INOVASI PERKESO KUALA LUMPUR 53
Cetakan notis akan dikeluarkan dalam bentuk fail PDF.
Senarai status kompaun akan dipaparkan bagi mengetahui status majikan
yang telah dikenakan kompaun sekiranya kompaun masih belum
dijelaskan. Dipaparkan juga tarikh tamat notis untuk diambil tindakan
susulan sekiranya perlu.
Sistem Pengurusan Kompaun (SysCOM) KL CLAWS
PROJEK INOVASI PERKESO KUALA LUMPUR 54
Sekiranya kompaun telah dijelaskan, kemaskini status dan kes telah selesai.
Bagi majikan yang membuat rayuan diatas kompaun yang dikenakan.
Maklumat rayuan akan dikemaskini dan kes akan dihantar untuk proses
rayuan.
Senarai majikan yang membuat rayuan akan dipaparkan seperti
dibawah.
Sistem Pengurusan Kompaun (SysCOM) KL CLAWS
PROJEK INOVASI PERKESO KUALA LUMPUR 55
Maklumat rayuan akan dilengkapkan oleh Ketua Unit Pendakwaan dan
Kompaun dan kemudiannya akan diberi ulasan oleh Pengarah PERKESO
Negeri.
Sistem Pengurusan Kompaun (SysCOM) KL CLAWS
PROJEK INOVASI PERKESO KUALA LUMPUR 56
Cetakan lampiran 5 akan dibuat sebelum rayuan dihantar ke ibu pejabat
untuk tindakan lanjut.
Sistem Pengurusan Kompaun (SysCOM) KL CLAWS
PROJEK INOVASI PERKESO KUALA LUMPUR 57
Senarai rayuan yang telah dihantar ke ibu pejabat boleh disemak seperti
dipaparan berikut.
Sistem Pengurusan Kompaun (SysCOM) KL CLAWS
PROJEK INOVASI PERKESO KUALA LUMPUR 58
Kemaskini keputusan rayuan sebelum maklumkan majikan mengenai
keputusan rayuan.
Sekiranya majikan masih tidak berpuas hati dengan keputusan rayuan
dan ingin membuat rayuan untuk kali kedua, langkah yang sama akan
diambil menggunakan menu rayuan kedua dan ketiga.
Majikan tersebut akan dimasukkan ke senarai kes syor pendakwaan
sekiranya masih gagal menjelaskan kompaun selepas tamat tempoh
kompaun atau rayuan.
Sistem Pengurusan Kompaun (SysCOM) KL CLAWS
PROJEK INOVASI PERKESO KUALA LUMPUR 59
MODUL PENGUATKUASAAN
Modul ini dibuat untuk memproses kompaun bagi kes kompaun serta-
merta serta Ops Kesan. Pendaftaran kompaun akan dilakukan oleh
Pegawai Kerani apabila suatu kompaun telah dikeluarkan.
Modul ini dibahagi kepada 2 kategori mengikut seksyen kesalahan iaitu
seksyen 4 dan seksyen 5.
Sistem Pengurusan Kompaun (SysCOM) KL CLAWS
PROJEK INOVASI PERKESO KUALA LUMPUR 60
Seksyen 4
Seksyen 4 AKSP 1969 adalah bagi kesalahan gagal mendaftar
perusahaan. Senarai kompaun bagi kesalahan seksyen ini akan
dipaparkan pada menu Seksyen 4.
Tarikh daftar perusahaan diperlukan sekiranya majikan ingin membuat
bayaran atau rayuan kompaun. Ini kerana rayuan kompaun bagi
kesalahan ini akan dikira berdasarkan bilangan hari kelewatan
pendaftaran dari tarikh kompaun dikeluarkan.
Jumlah yang perlu dibayar oleh majikan akan dikira secara automatik
apabila tarikh pendaftaran majikan dimasukkan.
Sistem Pengurusan Kompaun (SysCOM) KL CLAWS
PROJEK INOVASI PERKESO KUALA LUMPUR 61
Seksyen 5
Seksyen 5 AKSP 1969 adalah bagi kesalahan gagal mendaftar pekerja.
Senarai kompaun bagi kesalahan seksyen ini akan dipaparkan pada
menu Seksyen 5.
Seperti kompaun Seksyen 4, tarikh daftar pekerja diperlukan sekiranya
majikan ingin membuat bayaran atau rayuan kompaun. Ini kerana rayuan
kompaun bagi kesalahan ini akan dikira berdasarkan bilangan hari
kelewatan pendaftaran dari tarikh kompaun dikeluarkan.
Jumlah yang perlu dibayar oleh majikan akan dikira secara automatik
apabila tarikh pendaftaran majikan dimasukkan.
Sistem Pengurusan Kompaun (SysCOM) KL CLAWS
PROJEK INOVASI PERKESO KUALA LUMPUR 62
WORKBASKET
Menu ini digunakan sekiranya siasatan tambahan untuk kes faedah
diperlukan sebelum sesuatu kompaun itu diluluskan.
Terdapat 3 sub-menu pada ‘Workbasket’ iaitu
Siasat
Pegawai
Selesai
Menu Siasat
Menu ini akan memaparkan senarai kes yang memerlukan siasatan
semula.
Sistem Pengurusan Kompaun (SysCOM) KL CLAWS
PROJEK INOVASI PERKESO KUALA LUMPUR 63
Senarai pegawai pemeriksa dan siasat boleh dipilih bagi siasatan semula
dapat dijalankan. Pemberitahuan melalui emel juga akan dibuat selepas
butang ditekan. Emel tersebut akan dihantar kepada pegawai yang
berkenaan dan salinan kepada ketua unit. Ketua Unit boleh memantau
sama ada pegawai berkenaan telah menjalankan siasatan atau tidak.
Sekiranya siasatan telah selesai, pegawai yang menyiasat perlulah
mengemaskini maklumat yang diperlukan pada paparan berikut.
Sistem Pengurusan Kompaun (SysCOM) KL CLAWS
PROJEK INOVASI PERKESO KUALA LUMPUR 64
Sekiranya siasatan telah selesai, kes tersebut akan dipaparkan pada
senarai kes selesai dan Ketua Unit Pendakwaan dan Kompaun perlu
mengesahkan penerimaan dokumen fizikal siasatan tersebut.
Apabila dokuman fizikal telah diterima, kes tersebut akan dimasukkan
semula ke senarai syor kompaun untuk dijadualkan ke mesyuarat
Jawatankuasa Kompaun.
Sistem Pengurusan Kompaun (SysCOM) KL CLAWS
PROJEK INOVASI PERKESO KUALA LUMPUR 65
STATISTIK
Menu ini akan memaparkan statistik yang diperlukan antaranya Lampiran
3 dan Lampiran 4. Pilihan tahun serta bulan untuk memaparkan statistic
tersebut. Fungsi statistik ini akan di tambah mengikut keperluan semasa.
(sekiranya di perlukan)
Statistik ini akan dipaparkan dalam bentuk PDF.
Lampiran 3
Lampiran 4
Sistem Pengurusan Kompaun (SysCOM) KL CLAWS
PROJEK INOVASI PERKESO KUALA LUMPUR 66
RUJUKAN
Rujukan-rujukan berkaitan ada dilampirkan dimenu ini dimana, pengguna
boleh memuat turun mana-mana dokumen yang diperlukan sebagai
rujukan.
ADMIN (PENTADBIR)
Menu ini akan digunakan oleh pentadbir untuk urusan pentadbiran
system. Pantadbir boleh membuat pendaftaran pengguna baru,
mengemaskini maklumat pengguna, mendaftar Ahli Jawatankuasa
Kompaun serta menghantar emel untuk panggilan mesyuarat
Jawatankuasa Kompaun.