Buletin Jakim Mei 2010

16
www.islam.gov.my PERCUMA • TAHUN 21 • BILANGAN 131 • MEI 2010 • JAMADILAWAL - JAMADILAKHIR 1431 H

description

Buletin Jakim Mei 2010

Transcript of Buletin Jakim Mei 2010

Page 1: Buletin Jakim Mei 2010

www.islam.gov.my

PERCUMA

• TAHUN 21 • BILANGAN 131 • MEI 2010 • JAMADILAWAL - JAMADILAKHIR 1431 H

Page 2: Buletin Jakim Mei 2010

Meja PengarangSidang RedakSi

PENAUNGDato’ Haji Wan MohamadDato’ Sheikh Abdul Aziz

Ketua PengarahJabatan Kemajuan Islam Malaysia

PENASIHATMohd Noor Abd. Hamid

Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jakim

KETUA PENGARANGMohamad Saari

Pengarah Bahagian Penerbitan

PENGARANGMohd Yusof Sham

PENOLONG PENGARANGMohd Firdaus Mohd Suhani

JURUFOTOJamal Ibrahim

PENGEDARUnit Edaran

Bahagian PenerbitanJabatan Kemajuan Islam MalaysiaAras 1 & 4, Blok D9, Kompleks D,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62519 Putrajaya

ATUR HURUF / REKA BENTUKVisual Print Sdn. Bhd.

PERcETAKANPercetakan Nasional Malaysia Berhad

• Majlis Menghafaz al-Quran, Bukan Sekadar Menghafaz 3

• DQ Bakal Menjadi Insitusi al-Quran Terulung - TPM 4

• Jom Berambeh di Beladin 4

• Hospital KKB Terima Habuan RM37,000 5

• Penjelasan Isu Semasa Bersama YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri 5

• Bersantai Sambil Berdakwah di Pasar Seni 6

• KP Jakim Rai Pelajar Khatam Hafazan 7

• Budayakan Kenangan dalam Kenangan - KP Jakim 7

| Mei 2010 2

Kandungan• ILIM Wilayah Timur Mula Dibuka

untuk Orang 10

• Jakim Jalin Persaudaraan Antara Imam Serantau 11

• Muzakarah Khas JKF 11

• Wacana Pendidikan Fatwa Bakal Diadakan di Negeri-negeri 12

• Pesuruhjaya Tinggi New Zealand di Malaysia Berkunjung ke Jakim 12

• Pelancaran Penubuhan PerWEP 12

• Kebocoran di Masjid Putra Sudah Diperbaiki 13

• Persaraan Ketua Pengawal Keselamatan Jakim, Tuan Syed Adanan 13

• Jakim Kekalkan Kedudukan Naib Johan Festival Nasyid Peringkat JPM 2010 13

• Penguasaan ICT Memperkasa Institusi Tahfiz - TKPO Jakim 14

• Persidangan KPNCR Seluruh Malaysia Kali Ke-22 14

• Audit Pemantauan Rumah Sembelihan Bersama TYT Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Australia 14

• Senarai Pertukaran dan Lantikan Baru Pegawai Jakim April 2010 15

Musim Piala Dunia bola sepak datang lagi, sudah pasti peminat dan kaki bola menunggu saat ini. Pastinya seronok melihat perlawanan bola bersama rakan-rakan di kedai mamak pada skrin besar sambil meneguk

teh tarik. Sorakan bersama rakan sekali sekala memecah keheningan malam.

Tentu ada antara kita sanggup berjegil dan bersengkang mata dari malam hingga awal pagi takut-takut terlepas pasukan kesukaan mereka beraksi. Tanya sahaja siapa penyerang, pemain tengah, penyerang atau penjaga gol, pasti secara spontan kita boleh sebutkan satu persatu. Harap-harapnya kita juga mengingati 99 nama-nama Allah.

Adakalanya, pasukan kita beraksi pada lewat malam atau awal pagi. Jika kita sanggup tidak tidur kerana bola, apalah salahnya jika kita luangkan masa lima hingga 10 minit ‘berjumpa’ dengan Allah. Mungkin sebelum atau selepas perlawanan tersebut, kita tunaikan solah sunat tahajjud, membaca sebaris dua ayat Quran dan sebagainya. Barulah malam kita tidak sia-sia begitu sahaja.

Bertaruh atau judi? Sudah terang lagi bersuluh perkara tersebut haram di sisi Islam. Simpan sahaja duit ke dalam bank atau belanja barang rumah. Bukan cara kita umat Islam untuk menjana duit melalui judi atau pertaruhan. Biarlah pasukan mana yang menang, sebagai peminat jangan melampaui batas-batas agama.

B la dan S lat

Page 3: Buletin Jakim Mei 2010

Mei 2010 | 3

Majlis Menghafaz Al-Quran, B ukan S ekada r

Mengha f a z

Pada tahun ini, satu kategori baru diperkenalkan dalam Majlis Menghafaz al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke-

31, iaitu hafazan dari 1 hingga 10 juzuk beserta tarannum, selain dua kategori lain, iaitu 1 hingga 20 juzuk dan 1 hingga 30 juzuk beserta tafsir. Walaupun ia merupakan kategori baru, namun para peserta dapat menyampaikan bacaan dengan cemerlang. Majlis yang telah berlangsung bermula 21 hingga 25 April 2010 bertempat di MITC, Ayer Keroh, Melaka ini menampilkan 73 orang huffaz seluruh Negara.

Majlis Perasmian Pembukaan telah disempurnakan oleh Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Haji Mohd Ali Mohd Rustam pada 21 April 2010. Turut hadir pada majlis tersebut ialah isteri beliau, YABhg. Datin Seri Datuk Wira Hajah Asmah Ab. Rahman, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Baharom (B) dan isteri, Timbalan Menteri

di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Dato’ Dr. Mashitah Ibrahim, dan Ketua Pengarah Jakim, Dato’ Haji Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz.

Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah telah

disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Melaka, TYT Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil Yaakob. Turut hadir YABhg. Toh Puan Datuk Seri Utama Dato’ Zurina Kassim, Dato’ Seri Haji Jamil Khir dan isteri, YAB Datuk Seri Hj. Mohd Ali Mohd Rustam dan isteri, Dato’ Dr. Mashitah dan suami serta dif-dif kehormat yang lain.

Keputusan para pemenang diumumkan oleh Dato’ Haji Wan Mohamad selaku Pengerusi Jemaah Hakim. Pemenang bagi ketiga-tiga kategori hafazan seperti berikut:

Kategori 1 hingga 10 juzuk (lelaki)Johan : Ahmad Tirmizi Hj. Ali (Terengganu)Naib Johan : Muhammad Haikal Mohd Aris (Melaka)Ketiga : Muhammad Naazir Sheikh Alaudeen (Selangor)

Kategori 1 hingga 10 juzuk (perempuan)

Johan : Farihah Zulkifli (Wilayah Persekutuan)Naib Johan: Siti Hajar Nabilah Mohd Darha (Selangor)Ketiga : Zainab Sapiuddin (Sabah)

Kategori 1 hingga 20 juzuk (lelaki) Johan : Mohd Iqram Niyaz Ahmad (Kelantan)Naib Johan : Mohamad Fida’iy Zainal Abidin (Kedah)Ketiga : Muhamad Khairul Razikin Abdul Razak (Sabah)Kategori 1 hingga 20 juzuk (perempuan) Johan : Farah Nabilah Amindin (Selangor)Naib Johan : Khairunnisah Zaini (Johor)Ketiga : Nur Amalina Azharuddin (Melaka)Kategori 1 hingga 30 juzuk (lelaki) Johan : Ahmad Mujahid Salleh Sani (Wilayah Persekutuan)Naib Johan : Muhammad Hariz Syazwan Mohd Arifin (Kelantan)Ketiga : Mohd Labib Mohamad Anuar (Selangor)Kategori 1 hingga 30 juzuk (perempuan) Johan : Siti Nadhira Mohd Shafie (Selangor)Naib Johan : Mazian Abu Bakar (Wilayah Persekutuan)Ketiga : Siti Farhana Zainudin (Melaka)

Page 4: Buletin Jakim Mei 2010

4 | Mei 2010

Darul Quran (DQ) telah menerima kunjungan Timbalan Perdana Menteri Malaysia,

YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin di kampusnya di Kuala Kubu Bharu, Selangor. Lawatan bersejarah ini telah diadakan pada 16 April yang lalu dan beliau telah diraikan dalam Majlis Ramah Mesra Bersama Warga DQ yang di Dewan Muktamar.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Baharom (B), Ketua Pengarah Jakim, Dato’ Haji Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz, Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom dan Pengarah DQ, Tn. Hj. Che Ibrahim Che Man.

Tan Sri Muhyiddin dalam ucapannya, menyatakan DQ perlu bekerja lebih keras bagi

DQ Bakal Menjadi Insitusi al-Quran Terulung - TPM

merealisasikan hasrat untuk menjadi universiti atau kolej universiti dalam tempoh dua tiga tahun akan datang. Selain itu, beliau turut menyarankan tenaga pengajar DQ dapat melengkapkan diri melanjutkan pelajaran ke peringkat

yang lebih tinggi seperti peringkat sarjana dan doktor falsafah (PhD) selaras dengan keperluan institusi pengajian tinggi.

Menurut beliau lagi, DQ juga perlu menawarkan bidang profesional lain dalam usaha melahirkan para profesional yang mampu menguasai ilmu al-Quran. Jika DQ lengkap dengan semua bidang pengajian ini, beliau yakin DQ akan menjadi sebuah institusi al-Quran terulung di negara ini.

JOM Berambeh di Beladin

Jakim Cawangan Sarawak dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Bahagian Betong

telah menyertai Program Hari Bersama Pelanggan bersempena dengan Majlis Mesra Pemimpin Bersama Rakyat dan pelancaran

Program ‘Jom Berambeh’ di kawasan Parlimen Batang Lupar yang diadakan di Stadium Mini Kampung Beladin, Pusa Betong Sarawak pada 20 April 2010. Program yang dianjurkan oleh Kementerian Industri Asas Tani Malaysia ini dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin sempena lawatan kerja beliau ke Sarawak.Turut hadir ke majlis ini ialah Timbalan Ketua Menteri Sarawak, YB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Alfred Jabu Ak Numpang, Timbalan Menteri Asas Tani merangkap Ahli Parlimen

Batang Lupar, YB Datuk Hajah Rohani Karim, Menteri Perumahan dan Pembanggunan Bandar Sarawak, YB Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Hj. Openg, dan Setiausaha Persekutuan Sarawak, Tuan Md Yahya Basimin.

Page 5: Buletin Jakim Mei 2010

5Mei 2010 |

Hospital Kuala Kubu Bharu (KKB) menerima sumbangan berupa peralatan hospital

dan buku-buku bernilai RM27,000 daripada Yayasan Taqwa MAIWP dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Baharom (B) sebanyak RM10,000 bersempena lawatan Dato’ Seri Jamil Khir ke hospital berkenaan pada 15 April 2010. Penyerahan replika cek sebagai simbolik telah disempurnakan oleh Dato’ Seri Jamil Khir kepada Pengarah Hospital KKB, Dr. Jasmeet Singh a/l Sucha Singh dan turut disaksikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jakim, Tuan Haji Othman Mustapha dan Pengurus Besar Yayasan Taqwa, En. Ahmad Ayob Ibrahim. Program Ziarah Ukhuwah dan Penyampaian Sumbangan kepada Pesakit Hospital KKB ini bertujuan meringankan beban pesakit di samping menjalin ukhuwah bersama para pemimpin.

Sementara itu, dalam masa yang sama, Seminar Pengukuhan Integriti Kakitangan Awam (PIPA) telah diadakan di Darul Quran. Seminar bermula pada pukul 2.00 petang ini menampilkan dua pembentang kertas kerja iaitu Tn. Hj. Mat Radzi

Hj. Mat Ali dengan tajuk kertas kerjanya “Keluarga Bahagia Ke Arah Kecemerlangan Prestasi Kerja,” dan Ustaz Shahrulkarnain Mohd Nasir dengan kertas kerjanya bertajuk “Integriti dalam Perkhidmatan Awam Menurut Perspektif Islam.”

Bahagian Kesuma Jakim dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah telah mengadakan Program

Penjelasan Isu Semasa Bersama YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 4 April 2010 di Hotel Sungai Petani Inn, Kedah.

Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan kehadiran di luar jangkaan, iaitu mencecah 800 orang peserta yang terdiri daripada Imam dan juga guru takmir peringkat negeri Kedah. Program ini diadakan bagi menyediakan ruang kepada YB Senator Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Baharom (B) berkongsi hasrat dan amanat berkaitan isu-isu dalam negara dan isu-isu pengurusan dan pengimarahan masjid.

YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam ucapannya telah menyentuh mengenai cabaran Imam dan guru takmir yang dihadapi masa kini menuntut pengorbanan yang amat besar selari dengan perubahan semasa. Beliau turut menyampaikan amanat kepada para Imam dan guru takmir agar bekerja dengan bersungguh-sungguh untuk menggerakkan masyarakat dan bangsa.

Program ini juga turut diisi dengan pembentangan kertas kerja oleh Ustaz Mohd Aizam Mas’od dari Bahagian Penyelidikan dengan tajuk “Penjelasan Isu Semasa yang Menggugat Kekuatan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.”

Pada majlis yang sama, Dato’ Seri Jamil Khir turut sudi menyempurnakan Majlis Penyerahan Buku Rujukan kepada Guru-guru Takmir Negeri Kedah sebagai penghargaan atas jasa dan sumbangan yang ditaburkan kepada masyarakat.

Penjelasan Isu Semasa Bersama YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Hospital KKb Terima

Habuan RM37,000

Page 6: Buletin Jakim Mei 2010

Bersantai Sambil Berdakwah di Pasar Seni

Seni merupakan sesuatu yang indah kerana selain

daripada menghiburkan hati, ia turut menguatkan jiwa dan menyentuh perasaan. namun ia perlu dibatasi agar tidak menjadi keterlaluan dan lalai. Bagi penggiat seni, mereka perlu berwawasan dan berilmu kerana menjadi ikon terutama pada remaja.

ilmu yang dibajai dengan iman akan menguatkan seseorang itu terutama anak seni untuk terus kuat membuat satu perubahan ke arah kebaikan dalam dirinya yang seterusnya menjadikannya ikon kepada masyarakat. demikian antara kesimpulan yang disimpulkan dalam diskusi santai oleh beberapa orang personaliti dalam program

Santai Sambil Berhibur Bersama Remaja yang dianjurkan oleh Bahagian kesuma di Pasar Seni kuala Lumpur pada 17 april 2010 lalu. diskusi dengan tema ‘Menggaris Hiburan Seni,

Cakna ikon Remaja Masa kini’ dipengerusikan oleh Ustaz nabil ahmad, dan menampilkan ahli panel Pn. erma Fatima, Pn. Wardina Safiyah dan en. Farihin abdul Fatah.

Program khusus untuk remaja ini dirasmikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan

Perdana Menteri, YB Senator dato’ dr. Mashitah ibrahim. Turut hadir, ketua Pengarah Jakim, dato’ Haji Wan Mohamad dato’ Sheikh abdul aziz dan Timbalan ketua Pengarah

(Operasi) Jakim, Tuan Haji Othman Mustapha.

antara objektif program ialah sebagai satu medan kepada Jakim, agensi kerajaan dan ngO untuk menggembleng tenaga dan idea menangani masalah sosial di kalangan remaja dan sebagai pendekatan

dakwah yang bersifat turun padang dan lebih bervariasi.

apa yang menariknya program ini telah diacarakan dalam pelbagai bahasa selain Melayu, iaitu Mandarin, Tamil, inggeris dan arab. Selain diskusi, pertunjukan fesyen remaja muslimah juga sempat diperagakan pada petang tersebut. Beberapa pameran yang disertai oleh beberapa agensi kerajaan dan juga ngO turut diadakan.

Pengisian lain ialah persembahan kumpulan nasyid in Heart, penampilan mencuit hati juara adik-adikku, Wajih Zakwan dan amin serta puisi drama yang menyentuh perasaan oleh Pesona Seni kuala Lumpur. Program diteruskan pada sebelah malam dengan persembahan dikir barat yang ceria dan berwarna warni serta bacaan mengingati rasul melalui selawat dan qasidah yang menampilkan kumpulan al-Mawlid. Program ini telah dirakamkan oleh Bahagian Media Jakim dan telah disiarkan dalam sorotan rancangan Persada Jurnal di TV1.

6 | Mei 2010

Page 7: Buletin Jakim Mei 2010

7Mei 2010 |

Budayakan Kenangan dalam Kenangan – KP Jakim

Bertempat di dewan Muktamar, darul Quran (dQ), telah berlangsung Majlis khatam

Hafazan al-Quran, Program Persijilan Tahfiz al-Quran 2010. Majlis yang merupakan agenda tahunan itu diadakan bagi meraikan seramai 123 orang pelajar yang telah berjaya menamatkan hafazan al-Quran 30 juzuk dalam tempoh 18 bulan di dQ.

Majlis khatam yang dipimpin oleh Ust. Shuib abu al-Hafiz itu telah dirasmikan oleh ketua Pengarah Jakim, dato’ Haji Wan Mohamad dato’ Sheikh abdul aziz. dalam ucapannya, beliau melahirkan rasa bangga dengan lahirnya para huffaz di bumi dQ dan beliau mengingatkan para pelajar supaya

sentiasa meningkatkan keazaman untuk melanjutkan pelajaran selepas menamatkan pengajian di dQ.

“Peranan para pensyarah amat besar dalam melahirkan para huffaz yang cemerlang. Saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua pensyarah yang komited terhadap pencapaian akademik pelajar,” tambah beliau.

dalam pada itu, dQ turut menganugerahkan anugerah Pelajar Cemerlang kepada dua orang pelajar yang mendapat purata nilai gred kumulatif (Pngk) 4.0. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan ketua Pengarah (Operasi) Jakim, Tuan Haji Othman Mustapha dan Pengarah dQ, Tn. Hj. Che ibrahim Che Man.

ketua Pengarah Jakim, dato’ Haji Wan Mohamad dato’ Sheikh abdul aziz berkata

orang yang mulia ialah orang yang sentiasa mengenang jasa. Beliau menggesa supaya warga Jakim membudayakan kenangan dalam kenangan yang termaktub di dalamnya banyak komponen tafsiran seperti kasih sayang, rasa hormat, rasa bangga dan mewarisi nilai-nilai mulia. Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Perhimpunan Bulanan april 2010 di auditorium d8, Putrajaya pada 28 april 2010.

dato’ Haji Wan Mohamad menambah, jika hendak menjadi seseorang yang mulia, kita mestilah merujuk al-Quran dengan sifatnya al-karim, iaitu mulia. Begitu juga dengan memuliakan golongan yang menjunjung, beramal dan menghafaz al-Quran, sebenarnya kita memuliakan Rasulullah SaW.

dalam majlis yang sama, turut diadakan penyerahan sijil kepada rais, murabbi dan penaja dalam menjayakan racangan realiti TV adik-adikku. antara yang hadir ialah rais, encik Farihin, dan murabbi, Ustaz

Ridzuan Tee dan Ustazah asni Mansor. Menurut dato’ Haji Wan Mohamad rancangan akhir adik-adikku mendapat rating penonton yang tinggi iaitu 948,000 orang menonton rancangan tersebut. Beliau turut berpesan kepada bahagian dakwah supaya tidak terlepas pandang kepada peserta-peserta adik-adikku dalam program yang dilaksanakan kerana mereka telah membuktikan potensi dan minat mereka.

KP Jakim Rai Pelajar Khatam Hafazan

Page 8: Buletin Jakim Mei 2010

8 | Mei 2010

Berita Bergambar

1. Brigedier Jeneral Haji Kamarudin Haji Mamat, Pengarah Kagat, Jabatan Arah Kor Agama Angkatan Tentera, Kuala Lumpur telah membuat kunjungan hormat kepada Pengarah Jakim Cawangan Sabah pada 25 Mac 2010.

2. Kursus Tahsin Bacaan al-Quran Peringkat Zon Utara Tahun 1431H/2010M telah diadakan di Institut Tadbiran Awam Negara Wilayah Utara (Intura), Sungai Petani, Kedah pada 28 hingga 31 Mac 2010.

3. Bahagian Dakwah Jakim melalui Unit Belia (KFI) dan Unit Anak Yatim (UKH) telah menganjurkan seminar bagi pelajar Sekolah Menengah Tun Sakaran, Semporna, Sabah pada 13 Mac 2010.

4. Bahagian Dakwah telah melaksanakan ziarah dakwah ke tiga pulau di daerah Semporna Sabah pada 13 Mac 2010 yang lalu.

5. Ziarah Ukhwah oleh Jakim ke Yayasan Kebajikan Anak-anak Yatim Negeri Kelantan (Yaatim) pada 27 Mac 2010 di Pengkalan Chepa, Kelantan.

6. Bahagian Kesuma Jakim menjayakan program temuseru anjuran Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang diadakan pada 24 Mac lalu.

7. Jakim dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia telah mengadakan Program Seminar Pengukuhan Integriti Perkhidmatan

9. Pada 13 hingga 15 Mac 2010, Pusat Latihan Dakwah Kudat, Jakim Cawangan Sabah telah menganjurkan program Kem Kepimpinan kepada pelajar sekitar Sikuati.

10. Pusat Pemantapan Akidah Jakim dengan kerjasama Pusat Dakwah Islamiyyah, Paroi, Seremban telah menganjurkan Kursus Kefahaman Akidah kepada saudara muslim pada 22 hingga 24 Mac 2010.

11. Pada 9 April 2010 yang lalu, sekumpulan mahasiswa dari Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Kajang telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Jakim.

12. Pada 6 hingga 10 April 2010 telah diadakan Program Ekspedisi Kasih bermotosikal jelajah Perkampungan Orang Asli di lima perkampungan Orang Asli di Pahang dan Perak.

Awam kepada pegawai-pegawai kastam di Akademi Kastam Malaysia (Akmal) Cawangan Langkawi.

8. Bahagian Hab Halal Jakim telah mengadakan Kursus Kefahaman Penguatkuasaan Halal pada 27 hingga 30 Mac 2010 di Institut Latihan Dakwah Selangor (ILDAS), Sungai Air Tawar, Selangor.

1

6

9

10

12

2

4

7

3

5

8

11

Page 9: Buletin Jakim Mei 2010

9Mei 2010 | 9

13. Kadi Daerah Pontian, Johor bersama 20 orang Penolong Pendaftar Nikah Daerah Pontian, Johor telah mengadakan Lawatan Kerja ke Jakim pada 13 April 2010.

14. Bahagian Penyelarasan Undang-Undang Jakim telah mengadakan Lawatan Kajian ke Bahagian Penguatkuasaan dan Bahagian Pendakwaan Jabatan Agama Johor pada 14 April 2010.

15. Wakil Jakim muncul juara dalam Pertandingan Bowling Puspanita JPM pada 16 April 2010 di Alamanda, Putrajaya.

16. Bahagian Kesuma Jakim dengan kerjasama Jakim Cawangan Sabah telah menganjurkan 2 siri Seminar Hak-hak Suami Isteri Menurut Perundangan Islam Peringkat Negeri Sabah pada 13 dan 14 April 2010.

17. Jakim Cawangan Sabah dan Ikatan Relawan Rakyat (RELA) Malaysia telah mengadakan Kursus Pengurusan Jenazah untuk kakitangan RELA dan Jakim Cawangan Sabah pada 13 dan 14 April 2010.

18. Program Pelan Tindakan Manual Islam HIV/AIDS Muslim yang dianjurkan oleh Bahagian Kesuma, Jakim diadakan pada 14 April lalu di Felda Pasak Kota Tinggi.

19. Forum Perdana Ehwal Islam diadakan di padang umum Felda Pasak Kota Tinggi, Johor pada 14 April lalu bersempena dengan program Pelan Tindakan Manual HIV/AIDS Muslim.

20. Jakim Cawangan Sarawak telah menganjurkan Kursus Bahasa Arab Intensif kepada pegawai dan kakitangannya pada 19 hingga 21 April 2010 di Pusat Latihan Sarawak, Telaga Air Kuching.

21. Seramai 200 orang pelajar tahun 6 Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9(2) telah mengikuti program Khemah Ibadah anjuran bersama Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dengan pihak sekolah pada 16 April 2010.

22. Pusat Pemantapan Akidah Jakim dengan kerjasama Bahagian Dakwah dan Pos Malaysia telah menganjurkan Kursus Kepimpinan dan Kefahaman Akidah kepada pegawai kanan warga pos pada 9 hingga 11 April 2010.

23. Bahagian Kesuma Jakim mengadakan ziarah ke pusat komuniti di Pusat Perlindungan Dignity, Larkin, Johor Bahru pada 15 April 2010.

24. Pada 28 April 2010, sekumpulan staf sokongan bukan akademik, Kolej Matrikulasi, Negeri Sembilan telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Jakim.

313

18

21

22

23

14

15

19 20

17

16

5

8

24

Page 10: Buletin Jakim Mei 2010

| Mei 2010

dengan keluasan tanah 65.5 ekar, iLiM Wilayah Timur tersergam indah dengan kapasiti kemudahan yang lengkap seperti

pejabat pentadbiran yang telah dihuni oleh 21 orang kakitangan dan mula dibuka untuk orang ramai menghadiri program di sini. kompleks yang bersebelahan dengan pantai peranginan Bukit keluang, berjiran dengan institut Perguruan, kem Bina Semangat dan sebuah padang golf yang bakal siap telah menggamit minat pelbagai pihak untuk mengadakan aktiviti di kompleks iLiM Wilayah Timur ini.

Selain itu, turut disediakan dua bilik seminar yang boleh memuatkan 100 orang peserta dan empat bilik kuliah memuatkan 50 orang setiap bilik. Selain itu, turut tersedia dua bilik mesyuarat utama berkapasiti 30 orang setiap bilik dan empat bilik perbincangan yang memuatkan 10 orang setiap bilik.

iLiM Wilayah Timur menyediakan kemudahan penginapan yang selesa kepada para peserta dengan 50 bilik asrama. Penginapan adalah secara berkongsi dua orang sebilik dapat memuatkan 100 orang peserta dalam satu-satu masa. Selain itu, surau juga disediakan yang mampu menampung 300 orang jemaah yang bakal diimarahkan oleh peserta kursus serta para penduduk setempat terutama untuk menjalankan aktiviti dakwah.

Tanggal 3 april 2010, Penasihat agama kepada YaB Perdana Malaysia merangkap ahli Parlimen Besut, dato’ dr. abdullah bin Md Zin, telah menyempurnakan Majlis kesyukuran dan doa Selamat sempena pembukaan iLiM Wilayah Timur. Majlis tersebut telah dihadiri lebih 600 orang tetamu yang terdiri daripada ketua-ketua jabatan, kakitangan kerajaan, guru-guru kaFa, penduduk-penduduk setempat serta kakitangan iLiM dan pengarah-pengarah bahagian Jakim. Para tetamu telah diundang buat pertama kali untuk menyaksikan kompleks iLiM Wilayah Timur yang baru dibina di jalan Peranginan Bukit keluang, Besut, Terengganu.

YB dato’ dr. abdullah mengucapkan syabas dan tahniah kepada Jakim dan iLiM Wilayah Timur kerana berjaya menganjurkan Majlis kesyukuran dan doa Selamat yang dapat mengumpulkan orang ramai untuk sama-sama menyaksikan kompleks iLiM ini yang bakal menjadi peneraju latihan islam bertaraf global.

Sebelum itu, ketua Pengarah Jakim, dato’ Haji Wan Mohamad dato’ Sheikh abdul aziz dalam ucapan aluannya mempelawa penduduk kampung untuk sama-sama merasai nikmat pembangunan iLiM Wilayah Timur dengan aktiviti-aktiviti yang dapat merapatkan ukhuwah dan perkenalan dengan pihak pentadbiran iLiM Wilayah Timur seperti menggunakan kemudahan padang permainan, surau dan lain-lain.

10

IlIm Wilayah Timur

mula Dibuka Untuk Orang Ramai

Page 11: Buletin Jakim Mei 2010

11 Mei 2010 |

Jakim Jalin Persaudaraan Antara Imam Serantau

Muzakarah Khas JKF

Seramai 11 orang Sahibus Samahah mufti-mufti, tiga orang wakil mufti dan lima orang ahli dilantik oleh Majlis Raja-Raja hadir pada Muzakarah khas

Jawatankuasa Fatwa (JkF) Majlis kebangsaan Bagi Hal ehwal Ugama islam Malaysia yang berlangsung di dewan Syura Jakim pada 14 april 2010. Muzakarah ini dipengerusikan oleh Prof. dato’ dr. abd. Shukor Hj. Husin.

Selepas tamatnya sesi Muzakarah khas tersebut, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Mejar Jeneral dato’ Seri Jamil khir Baharom (B), telah mengadakan pertemuan dengan semua ahli muzakarah bagi membincangkan isu penubuhan Jawatankuasa antara agama. Turut hadir pada pertemuan tersebut ialah dato’ dr. ismail ibrahim dan ketua Pengarah ikiM, dato’ nik Mustafa nik Hasan.

iLiM telah mengadakan satu program kursus Profesionalisme imam Peringkat Serantau pada 20 hingga 30 Mac 2010 yang disertai Malaysia, indonesia,

Brunei darussalam, Thailand, kemboja dan Myanmar yang melibatkan 56 orang imam.

Para peserta telah didedahkan dengan kaedah-kaedah pengurusan dan pengimarahan masjid, pengurusan kewangan masjid, iventori dan peranan masjid dalam pembangunan. kursus ini membuka peluang kepada para peserta mendalami peranan dan tanggungjawab imam, teknik pembacaan doa rasmi, teknik penyampaian khutbah yang berkesan, kepentingan ilmu tajwid, tahsin qiraat serta kaedah hafazan yang cepat.

Peserta turut dibawa melawat ke Masjid Putra, Putrajaya, Masjid Tuanku Mizan Zainal abidin, Masjid kampung Pauh (masjid contoh peringkat daerah), Masjid as-Syakirin kLCC dan Masjid al-azim, Melaka. Selain itu, mereka turut berpeluang melawat ke Jakim, Jabatan Hal ehwal islam negeri Sembilan (JHeinS), Pusat Pemantapan aqidah Jelebu, Muzium kesenian islam, darul Quran dan lawatan sosial sekitar kuala Lumpur.

Hasil daripada kursus ini, peserta dapat meningkatkan keterampilan dan profesionalisme sebagai seorang imam. Selain daripada menjalin silaturrahim antara negara serantau, peserta dapat berkongsi pengalaman di negara masing-masing. Melalui kursus ini juga, mereka dapat membincangkan pelbagai isu-isu semasa serta merangka aktiviti-aktiviti pada masa akan datang.

ketua Pengarah Jakim, dato’ Haji Wan Mohamad dato’ Sheikh abdul aziz dalam ucapan pada majlis penutup, menyatakan beliau cukup gembira dan bersyukur kerana Jakim dan iLiM mewakili Malaysia telah menganjurkan program yang melibatkan imam-imam

negara serantau. “Pastikan program ini berterusan sampai bila-bila,” ujar beliau.

“Sekalipun berlainan negara, namun kita bersaudara kerana agama islam,” tambahnya

lagi.

Page 12: Buletin Jakim Mei 2010

12 | Mei 2010

Wacana Pendidikan Fatwa Bakal Diadakan di Negeri-negeri

usaha memartabatkan institusi fatwa di negara ini. Mesyuarat dipengerusikan oleh Timbalan ketua Pengarah (Operasi) Jakim, Tuan Haji Othman Mustapha dan dihadiri oleh timbalan dan pegawai kanan Jabatan Mufti seluruh Malaysia serta pegawai Jakim.

Sempena mesyuarat pada kali ini juga, satu taklimat berkaitan dengan tatacara permohonan perjawatan bagi tujuan pengstrukturan semula Jabatan Mufti telah disampaikan oleh wakil Bahagian Pembangunan Organisasi, Jabatan Perkhidmatan awam Malaysia iaitu Puan Suzina Mohd. Thani.

Cadangan untuk menganjurkan Wacana Pendidikan Fatwa secara bersama antara jabatan-

jabatan mufti dan Jakim di negeri-negeri merupakan antara isu yang dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Pengurusan dan Pembangunan Fatwa (JkPPF) kali ke-2 yang telah diadakan pada 19 april 2010 iLiM, Bangi. Wacana tersebut diadakan bagi tujuan menyebar dan mendidik masyarakat mengenai isu-isu yang telah

dikeluarkan pandangan hukum dan fatwa oleh JkF dan juga jabatan mufti negeri.

isu lain yang turut dibincang ialah mengenai tindakan susulan terhadap Pelan Strategik Jabatan Mufti: 2010-2014 yang telah siap digubal pada bulan Februari 2010 yang lalu. Mesyuarat bersetuju supaya pelan strategik tersebut dijadikan sebagai Pelan Strategik Jabatan Mufti masing-masing dan juga pelan induk bersama antara Jabatan Mufti dan Jakim dalam

Pesuruhjaya Tinggi New Zealand di Malaysia Berkunjung ke Jakim

ketua Pengarah Jakim, dato’ Haji Wan Mohamad dato’ Sheikh abdul aziz telah menerima lawatan dari

He david kersey, Pesuruhjaya Tinggi new Zealand di Malaysia pada 28 april 2010. Beliau ditemani oleh Setiausaha Pertama di Pejabat Pesuruhjaya Tinggi new Zealand, encik Brad Burgess.

Lawatan tersebut turut disambut oleh Timbalan ketua Pengarah (Operasi) Jakim, Tuan Haji Othman Mustapha dan Puan Hakimah Mohd Yusoff dari Bahagian Hab Halal Jakim.

Tujuan lawatan adalah membincangkan kerjasama dalam bidang halal di new Zealand. di samping itu, Jakim juga turut mengambil peluang berbincang mengenai peluang-peluang pendidikan dan latihan untuk pegawai Jakim di institusi pengajian tinggi new Zealand.

Pelancaran Penubuhan PerWEP

Buat julung-julung kalinya Majlis Pelancaran Penubuhan Persatuan Warga emas Putrajaya

dan Mesyuarat agung kali Pertama (PerWeP) telah diadakan pada 30 Mac 2010 di dewan Sheikh daud al-Fathoni, Masjid Tuanku Mizan Zainal abidin, Putrajaya.

Majlis Pelancaran telah disempurnakan oleh Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Samsudin Bin Osman dan turut hadir ketua Pengarah Jakim, dato’ Haji Wan Mohamad dato’ Sheikh abdul aziz, Penyandang kursi Syeikh abdullah Fahim, institut islam Hadhari UkM,Prof. dato’ dr. ismail ibrahim, imam Besar Masjid Tuanku Mizan Zainal abidin, Ustaz Md. ali Sarbini, imam Besar Masjid Putra, Ustaz Hj. Manaf Mat,

Wakil Jawi Cawangan Putrajaya serta aJk penaja PerWeP.

PerWeP merupakan sebuah pertubuhan yang bertujuan mengumpulkan golongan warga emas yang berusia 55 tahun ke atas, sama ada yang masih bekerja atau telah bersara, bagi mengisi dan memanfaatkan masa mereka dengan input-input yang berfaedah.

dalam ucapan pelancaran, Tan Sri Samsudin berharap agar PerWeP dapat berperanan sebagai sebuah institusi bukan kerajaan yang boleh membantu pihak kerajaan dalam membentuk nilai-nilai murni dalam masyarakat, seterusnya menjadi pengikat kasih sayang dalam keluarga kearah pengukuhan jalinan komuniti.

Sempena majlis ini juga, dato’ Haji Wan Mohamad telah diumumkan sebagai penaung PerWeP yang pertama. Pengumuman telah dibuat oleh Pengerusi (PerWeP), dato’ Hj. Zainul Hj. ayob. dalam majlis yang sama, YdP Persatuan Usia emas Malaysia, Tuan Hj. Syed Barkat ali Syed ali telah dijemput untuk menyampaikan ceramah bertajuk “Peranan dan Sumbangan Warga emas Sebagai Penjaga nilai (Custodian of Values) dan pengikat kasih Sayang keluarga dalam Pengukuhan komuniti.”

Page 13: Buletin Jakim Mei 2010

13Mei 2010 |

kelemahan reka bentuk, kegagalan sistem kalis air dan kelemahan

kualiti kerja merupakan antara faktor kebocoran yang berlaku di Masjid Putra sejak beberapa tahun lalu. Berikutan dengan itu, sebanyak RM24.9 juta telah diperuntukkan bagi membaiki segala kerosakan tersebut. Pihak JkR Putrajaya telah

Persaraan Ketua Pengawal Keselamatan Jakim,Tuan Syed Adanan

melantik syarikat Teamcoat engineering Sdn. Bhd. sebagai kontraktor utama menerajui projek ini bermula disember 2007 dan siap sepenuhnya pada Ogos 2009. Menurut Pengarah JkR Putrajaya, dato’ abd Rahim Hj. ahmad, kerosakan yang berlaku turut disebabkan faktor usia masjid itu sendiri yang sudah lebih 10 tahun yang memerlukan banyak kerja pembaikan dan penyelenggaraan. Majlis penyerahan siap bagi kerja-

kumpulan nasyid Jakim telah dinobatkan sebagai

naib Johan dalam pertandingan Festival nasyid peringkat JPM tahun 2010 yang telah diadakan pada 20 dan 21 april 2010 di auditorium Blok B, JPM.

kemenangan ini sekali gus mempertahan kedudukan Jakim di tempat kedua dalam Festival nasyid yang sama pada tahun lepas yang dimenangi oleh kumpulan dg-Wa. dengan kemenangan ini sekaligus melayakkan Jakim untuk menyertai Festival nasyid peringkat kementerian.

kumpulan Fajrul islam ini merupakan kumpulan baru bagi Jakim yang dianggotai oleh lima orang kakitangan Jakim di Sabah. dengan lagunya “Ummah Perkasa,” kumpulan ini telah dilatih oleh tiga orang jurulatih yang berwibawa iaitu komposer terkenal en. Farihin b abd Fatah, Ustaz Mohd asa’ri bin abdan, dan Ustaz nabil ahmad. Timbalan ketua Setiausaha kanan, Jabatan Perdana Menteri, dato’ Zainol Othman telah merasmikan majlis tersebut sekali gus menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Kebocoran di Masjid Putra Sudah Diperbaiki

Setiausaha Bahagian, Bahagian kewangan dan Pembangunan, Jabatan Perdana Menteri, encik Samsuni bin Mohd nor, Pengarah Urusan Teamcoat engineering Sdn. Bhd., ir. Md. nasir ibrahim dan imam Besar Masjid Putra, Tn. Hj. abd Manaf Hj. Mat.

kerja membaiki kebocoran di masjid berkenaan telah disempurnakan oleh dato’ abd Rahim kepada Timbalan ketua Pengarah (Pengurusan) Jakim, en. Mohd noor abd Hamid dan turut disaksikan oleh

Tanggal 8 april 2010 merupakan hari terakhir bagi Tuan Syed adanan Syed nordin memegang jawatan sebagai ketua Pengawal keselamatan di Jakim. ketua

Pengarah Jakim telah meluangkan masa mengiringi beliau semasa mengetik kad perakam waktu buat kali yang terakhir. Suasana pilu jelas terpancar di wajah beliau dan semua kakitangan yang menghadirinya.

Tuan Syed adanan telah memulakan perkhidmatannya dalam perkhidmatan awam pada 6 Februari 1984 di Bahagian Pentadbiran dan kewangan, Jabatan Perdana Menteri. Beliau kemudiannya telah ditempatkan di Jabatan kemajuan islam Malaysia selepas berjaya dalam kenaikan pangkat sebagai Pengawal keselamatan kP14. Beliau memulakan perkhidmatan di Jakim pada 1 Ogos 2000 dan berkhidmat di Jakim selama 9 tahun.

Sepanjang perkhidmatan beliau di Jakim, beliau merupakan seorang kakitangan yang sangat berdedikasi dan komited dalam menjalankan tugasnya demi memastikan keselamatan di Jakim. atas kecemerlangan beliau dalam menjalankan perkhidmatannya, beliau telah dianugerahkan anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2007.

Warga Jakim melahirkan rasa bangga kerana mempunyai seorang kakitangan yang berdedikasi dalam menjalankan tugas. diharap dengan semangat yang ada pada diri beliau dapat menggerakkan kakitangan Jakim untuk mencontohi perkhidmatan beliau.

Jakim Kekalkan Kedudukan Naib Johan Festival Nasyid

Peringkat JPM

Page 14: Buletin Jakim Mei 2010

TkPO Jakim menyarankan agar darul Quran dan MTQn dapat

mempertingkatkan lagi penggunaan iCT dalam usaha memperkemaskan lagi pengurusan sesebuah maahad tahfiz. Menurut beliau, penguasaan iCT sangat penting dalam menyampaikan sesuatu maklumat, selain memudahkan sesuatu urusan. TkPO turut menyarankan penggunaan aplikasi dalam

talian bagi urusan peperiksaan dan akademik dilaksanakan dengan segera oleh maahad-maahad tahfiz. Beliau berkata demikian semasa Persidangan Pengetua-pengetua Maahad Tahfiz al-Quran negeri Peringkat kebangsaan kali ke-20 di Residence Hotel, kuala Terengganu pada 5 hingga 7 april.

Persidangan yang diadakan dwitahunan ini telah dirasmikan

oleh exco Penerangan dan agama Terengganu, YB Tn. Hj. khazan Che Ma. Turut hadir ialah Mufti negeri Terengganu, SS dr. Hj. alias abdullah.

Penguasaan ICT Memperkasakan Institusi Tahfiz - TKPO Jakim

Saat itu, tidak mustahil akan timbul di negara ini pihak-pihak yang menuntut hak supaya negara mengiktiraf perkahwinan sejenis, melihat perkahwinan sebagai adat atau simbolik semata-mata, menerima hidup bersekedudukan sebagai budaya masyarakat moden,

lahir persatuan antiperkahwinan yang mendokong ideologi kebebasan sebagai hak mutlak individu, berlaku perubahan nilai dalam keluarga dan institusi perkahwinan, bertambahnya kes haruan makan anak, keganasan keluarga yang melampaui batasan undang-undang, pengabaian-

Persidangan KPNCR Seluruh Malaysia Kali Ke-22

Pembangunan industri Makanan Halal telah menarik minat pengusaha daging Halal di australia bagi mendapatkan pengesahan Halal dan kebenaran mengeksport daging

Halal ke Malaysia. Pada tahun 2010 ini, sebanyak lima buah rumah sembelih baru telah mendapat kelulusan mengeksport daging Halal ke Malaysia dan ini menjadikan jumlah premis rumah sembelih yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia untuk mengeksport produk berasaskan daging halal ke Malaysia adalah sebanyak 28 buah.

Pada 8 april 2010 yang lalu, TYT Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke australia, dato’ Salman ahmad sekali lagi sudi meluangkan masa untuk turut serta di dalam program audit Pemantauan yang dilaksanakan oleh atase Halal australia.

Program audit kali ini dilakukan di Rockdale Beef Pty. Ltd, Yanco, new South Wales turut disertai oleh pegawai-pegawai kanan di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di australia. Program ini telah memberikan pendedahan kepada TYT Pesuruhjaya Tinggi Malaysia mengenai prosedur pelaksanaan audit pematuhan berdasarkan MS 1500:2009 dan juga proses yang dilaksanakan oleh rumah sembelih lembu berbanding biri-biri yang dilaksanakan sebelum ini.

Audit Pemantauan Rumah Sembelihan Bersama TYT Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Australia

Saya khuatir jika kita lambat menyedari dan bertindak, corak pengurusan, pembentukan dan pembangunan institusi keluarga dalam tempoh 10 tahun akan datang akan berubah menjadi lebih kronik.”

“penganiayaan dan penderaan terhadap kanak-kanak, wanita dan ibu bapa yang sudah tua.”

itulah luahan rasa dan kebimbangan Timbalan ketua Pengarah (Operasi) Jakim, Tuan Haji Othman Mustapha dalam ucap utama beliau semasa merasmikan Persidangan ketua Pendaftar nikah Cerai Rujuk (kPnCR) Seluruh Malaysia kali ke 22 pada 27 dan 28 april 2010 bertempat di iLiM, Bangi. Beberapa kertas cadangan pelan tindakan, makluman dan taklimat telah dibentangkan sepanjang berlangsungnya persidangan ini.

| Mei 2010 14

Page 15: Buletin Jakim Mei 2010

15Mei 2010 |

BIL. NAMA PEGAWAI GRED DARI KETARIKH KUAT

KUASA

1. MOHD SHOKRI BIN HAJI MUSTAFFA S48 JAIN MELAKA BHG. PEMBANGUNAN PENDIDIKAN ISLAM

1.4.2010

2. TUAN HAJI OMAR BIN MEHAT S48 JAWI, KL DARUL QURAN 1.4.2010

3. Y.M DATIN RAJA DARULEHSAN BT RAJA ARIFFIN

S48 PEMBANGUNAN PENDIDIKAN ISLAM

BAHAGIAN LATIHAN 1.4.2010

4. OSLAN AFFANDI BIN ABDULLAH S41 JAKIM CAW. SARAWAK MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN 12.4.2010

5. KAMARUDDIN BIN MOHAMAD TOHA S44 JAIN SELANGOR DAKWAH 19.4.2010

6. ABDUL LATIF BIN MOHTAR S22 CBSG PDRM 15.4.2010

7. MOHD JEFRI BIN A. MUKHTI S17 CBSG JKM 12.4.2010

8. ILYANI BINTI MOHD YUSOF N17 (KUP) PERHUBUNGAN PERHUBUNGAN 15.4.2010

9. NORMAH BINTI JAAFAR N17 KEMENTERIAN PELANCONGAN BAHAGIAN PENYELIDIKAN 12.4.2010

10. NOOR HANNANI BINTI ABD HAMID W17 KEMENTERIAN KEWANGAN BAHAGIAN KEWANGAN 12.4.2010

11. ZAMILA BINTI MOHAMAD W17 KDN DARUL QURAN 21.4.2010

Lantikan Baru Pegawai Guna Sama Jakim April 2010

BIL. NAMA PEGAWAI GRED KE TARIKH KUAT KUASA

1. NURUL SAIDATINA BINTI ABDUL SHUKOR W17 BAHAGIAN KEWANGAN 12.4.2010

2. JUNAINI BINTI ABD GHANI N17 BAHAGIAN LATIHAN 13.4.2010

3. MUSZALIFAH BINTI MUSTAFFA N17 MASJID NEGARA 13.4.2010

4. SHARINA BINTI KAMARUDDIN N17 BHG. PEMBANGUNAN PENDIDIKAN ISLAM 12.4.2010

5. AMNAN KHALADI BIN SULIMAN ATORIY N17 PENGURUSAN FATWA 12.4.2010

6. NUR HAZWANI BINTI ISMAIL N17 BPSM 14.4.2010

Penempatan dan Pertukaran Pegawai Jakim April 2010

Pada 13 Mei 2010 seluruh warga Jakim dan iLiM, Bangi dikejutkan dengan berita pemergian Ustaz Mohd Shukri Saad, ketua Penolong

Pengarah Pusat Pengajian Sains dakwah, iLiM.

allahyarham telah dikejarkan ke Hospital Serdang setelah dilaporkan pengsan di rumahnya. Setibanya di hospital pada jam 12.30 tengah hari, beliau telah

disahkan meninggal dunia pada usia 50 tahun. allahyarham meninggalkan seorang balu, Puan Che Salmah Osman, 48 tahun, dan dua orang anak lelaki, Mohd Hafizi, 21 tahun dan Mohd Hanif, 19 tahun.

allahyarham telah berkhidmat di Jakim sejak tahun 1986. allahyarham merupakan anak bongsu daripada dua orang adik beradik. Semoga roh allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solihin. al-Fatihah.

Al-Fatihah

Page 16: Buletin Jakim Mei 2010

Tarikh | 29 Jun - 3 Julai 2010 bersamaan 12 - 20 Rejab 1431H

Masa | 8.00 - 11.00 malam

Tempat | Dewan Saadah Wisma MUIS, Kota Kinabalu, Sabah

Orang ramai dijemput hadir memeriahkan majlis

Majlis Tilawah Al-QuranPeringkat Kebangsaan

Kali Ke-53 Tahun 1431H/2010M

“Memantap UkhuwahMemperkasa Ummah”