buletin jakim november 2010

16
Tilawah al-Quran Saudara Muslim 2010 www.islam.gov.my PERCUMA • TAHUN 21 • BILANGAN 137 • NOVEMBER 2010 • ZULKAEDAH – ZULHIJJAH 1431 H Tilawah al-Quran Saudara Muslim 2010 buletin jakim_nov 2010.indd 1 1/25/11 12:47 PM

description

buletin jakim november 2010

Transcript of buletin jakim november 2010

Page 1: buletin jakim november 2010

Tilawah al-QuranSaudara Muslim 2010

www.islam.gov.my

PERCUMA

• TAHUN 21 • BILANGAN 137 • NOVEMBER 2010 • ZULKAEDAH – ZULHIJJAH 1431 H

Tilawah al-QuranSaudara Muslim 2010

buletin jakim_nov 2010.indd 1 1/25/11 12:47 PM

Page 2: buletin jakim november 2010

2 | November 2010

Meja Pengarang

Agong Rasmi Masjid al-Qurtubi 3

Tilawah al-Quran Saudara Muslim 2010 4

Majlis Menghadap DYMM Yang Di-Pertuan 5Besar Negeri Sembilan Dan DYTM Raja Muda Perak

MABIMS Ke-14 dan SOM Ke-35 5

Jelajah Bas Belia MABIMS Kukuh Hubungan Antara 6 Negara Anggota

Muzakarah Dakwah di Brunei Satukan Idea 6Dakwah Serantau

ARWP di Kaherah Dirasmikan 7

Sheikhul Azhar Tawarkan Pensyarah kepada Malaysia 7

Berita Bergambar 8&9

Mesyuarat Tahunan YB Menteri di Jabatan Perdana 10 Menteri bersama Wakil Persekutuan dan Negeri Kali Pertama

Taklimat Pindaan APD 1972 kepada Menteri di JPM 10 dan Menteri KPDNKK

2

KandunganKempen 1M1H di Paroi 11

4,000 Murid SRA Dan KAFA WP Kuala Lumpur dan 11Putrajaya Jayakan Majlis Khatam al-Quran Perdana

e-Jinayat Dilancarkan dalam Persidangan Pegawai 12 Penguatkuasaan Agama dan Pendakwa Syarie Seluruh Malaysia Kali Ke-6

KP Jakim Wakili Menteri dalam Konvokesyen 13 Graduan Lepasan Universiti al-Azhar

Pulau Pinang Tuan Rumah Persidangan Mufti-Mufti 13 Seluruh Malaysia

Retreat Hadhari Perkasa Dasar Penerapan 14 Nilai-Nilai Murni Perkhidmatan Awam

Tiga Wakil Malaysia Harumkan Nama Negara 14 di Peringkat ASEAN dan Negara-Negara Pasifik

Penempatan dan Pertukaran Pegawai Jakim 15Bulan Oktober 2010

SIDANG REDAKSIPENAUNG

Dato’ Haji Wan MohamadDato’ Sheikh Abdul Aziz

Ketua PengarahJabatan Kemajuan Islam Malaysia

PENASIHATMohd Noor Abd. Hamid

Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jakim

KETUA PENGARANGMohamad Saari

Pengarah Bahagian Penerbitan

PENGARANGMohd Yusof Sham

PENOLONG PENGARANGMohd Firdaus Mohd Suhani

JURUFOTOJamal Ibrahim

PENGEDARUnit Edaran

Bahagian PenerbitanJabatan Kemajuan Islam MalaysiaAras 1 & 4, Blok D9, Kompleks D,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62519 Putrajaya

ATUR HURUF / REKA BENTUKVisual Print Sdn. Bhd.

PERcETAKANVisual Print Sdn. Bhd.

Pengorbanan dalam berkhidmat

Saban tahun sambutan aidiladha kita digesa untuk menghayati konsep pengorbanan, dan melaksanakan ibadah korban sekiranya mempunyai kemampuan. Banyak kisah yang boleh dijadikan telah dan motivasi para nabi dan kaum terdahulu bagi membuktikan rasa ketaatan

dan kehambaan kepada allah SWT. Kita mungkin biasa mendengar kisah pengorbanan agung Nabi Ismail dan bapanya, Nabi Ibrahim aS, serta pengorbanan kaum muhajirin dan ansar dalam peristiwa Hijrah besar umat Islam dari mekah ke madinah. Bahkan perjalanan hidup Nabi muhammad dan para sahabat penuh dengan cabaran dan pengorbanan. Pengorbanan memerlukan kekuatan rohani dan jasmani, yang mana kita bukan sahaja menghayati konsep pengorbanan sahaja, namun melaksanakannya dengan tulang dua kerat.

Kita mungkin tidak mampu menandingi pengorbanan hebat yang dilakukan oleh mereka, namun perlu berusaha melakukan pengorbanan mengikut konteks di mana kita berada. Sebagai penjawat awam contohnya, pengorbanan boleh diterjemahkan dalam pelbagai aspek seperti berkorban tenaga, masa, emosi dan harta benda demi melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan, lebih-lebih lagi kita yang bertugas di agensi yang membawa panji Islam.

Kadangkala kita perlu balik lewat bagi menyiapkan tugasan, melaksanakan tugasan di rumah, menggunakan peralatan peribadi dan ada kalanya terpaksa berada di pejabat pada hujung minggu. Walau bagaimanapun, pengorbanan yang dilakukan perlu seimbang dengan tanggungjawab dan peranan kita terhadap keluarga. Pengorbanan seperti ini perlu disertakan jiwa yang cekal serta keikhlasan yang tinggi, supaya ia tidak sia-sia. diri yang disemai dengan jiwa korban menganjurkan kita mengabdikan diri kepada allah dengan melaksanakan segala perintah-Nya.

dalam pada itu, kita perlu berusaha memperuntukkan sebahagian wang simpanan kita untuk melaksanakan ibadah korban kerana ia merupakan ibadah yang sangat dituntut pada hari raya aidiladha. daripada aisyah, katanya Rasulullah SaW bersabda yang bermaksud: “Tidak ada amalan anak adam pada hari aidiladha yang disukai allah selain daripada menyembelih korban. Korban itu akan datang kepada orang yang melakukannya pada hari kiamat seperti keadaan semula, iaitu dengan anggotanya, tulangnya, tanduknya dan bulunya. darah korban itu terlebih dahulu jatuh ke suatu tempat yang disediakan Tuhan sebelum jatuh ke atas tanah. Oleh sebab itu, berkorbanlah dengan senang hati.” (Hadis riwayat at-Tirmizi dan Ibnu majah). Salam aidiladha 1431H.

buletin jakim_nov 2010.indd 2 1/25/11 12:47 PM

Page 3: buletin jakim november 2010

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin

Ibni al-Marhum Sultan Mahmud al-Muktafi Billah Shah berkenan merasmikan Masjid al-Qurtubi, Taman Sri Segambut, sebelum menunaikan solat Jumaat bersama 2,000 jemaah di masjid tersebut pada 15 Oktober 2010.

Hadir sama dalam majlis perasmian berkenaan ialah Seri Paduka diiringi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Haji Baharom (B) dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Dato’ Haji Che Mat Che Ali.

Menurut Dato’ Seri Jamil Khir, Masjid al-Qurtubi dibina pada Ogos 2004 dan siap sepenuhnya April 2006 dengan kos RM7.8 juta di atas sebidang tanah seluas 2.4 ekar.

“Masjid tiga tingkat itu boleh menampung sehingga 2,000 jemaah

pada satu-satu masa, empat unit kuarters untuk pegawai dan kakitangan masjid dan sebuah

kawasan khusus untuk pembuangan sampah,” katanya lagi.

Masjid tersebut dinamakan al-Qurtubi sempena nama seorang ulama’ terkenal dari Cordova, Sepanyol, iaitu Abu Abdullah Muhammad Ibn Ahmad Ibn Abu Bakr al-Ansari al-Qurtubi atau lebih dikenali sebagai al-Imam al-Qurtubi. Al-Qurtubi merupakan seorang tokoh ulama’ yang terkenal dalam bidang fiqh, tafsir dan hadis.

Masjid al-Qurtubi dapat memenuhi keperluan umat Islam di sekitar Taman Sri Segambut, Taman Ceupacs, Taman Kok Doh, Taman Sejahtera, Kampung Sungai Udang, Kepong Baru dan Taman Pusat Kepong.

Sebelum pembinaan Masjid al-Qurtubi, umat Islam di kawasan sekitar Taman Sri Segambut menunaikan solat Jumaat di Surau Diniatun Nuriah, Taman Sri Segambut, yang hanya dapat menampung sehingga 500 jemaah pada satu-satu masa.

Meja Pengarang

Agong rAsmi mAsjid Al-Qurtubi

3November 2010 |

buletin jakim_nov 2010.indd 3 1/25/11 12:47 PM

Page 4: buletin jakim november 2010

4 | November 2010 4

Nusantara Iman Sdn. Bhd. dengan kerjasama Cawangan dakwah Bukan Islam dan Orang asli,

Bahagian dakwah Jakim dan Islamic Outreach telah mengadakan majlis Tilawah al-Quran Saudara muslim 2010 di Bangunan amphitheatre, Kraftangan, Jalan Conlay, Kuala lumpur pada 24 hingga 25 Oktober 2010. Seramai 90 orang peserta yang terdiri daripada orang dewasa, remaja dan kanak-kanak lelaki dan wanita telah mengambil bahagian.

Tiga kategori tilawah dipertandingkan iaitu kategori terbuka (40 orang), millennium (18 orang) dan istimewa seramai (4 orang). Kategori azan Remaja dan Putera pula disertai 28 orang peserta.

Barisan panel hakim diketuai oleh Hj. azhari Othman dan dibantu oleh Ustaz abd. Karim Zakaria, Ustaz Wan Fakhrul Razi Wan mohamad, Ustaz Hassan Fadli, Tuan Hj. mohd Rahimi Ibrahim, Ustaz mohd Zarifi mohd daud, Tuan Hj. Osman Hj. ahmad dan Ustaz Zuhairee mohd Yatim.

majlis penyampaian hadiah telah diadakan pada 25 Oktober di dewan Seri Perdana Putrajaya. antara tetamu yang hadir pada malam itu ialah Seri Paduka Raja Permaisuri agong Tuanku Nur Zahirah, duli yang amat mulia Raja Puan muda Perak Raja Nor mahani binti Raja Shahar Shah dan YaBhg. datin Paduka Seri Rosmah mansor; Isteri Perdana menteri malaysia. Hadiah telah disampaikan oleh YaBhg. datin Paduka Seri Rosmah mansor. Pemenang menerima piala pusingan, wang sagu hati dan sijil penyertaan.

Keputusan Tilawah al-Quran Saudara muslim seperti berikut:• JohanQariMillennium:En.AbdRazakAbdullah.• JohanQariahMillennium:PuanNurAfrinaHengAbdullah• JohanQariTerbuka:En.JohabinAmirul.• JohanQariahTerbuka:PuanSitiSalmiahSulong.

• JohanAzanPutera:AdikMuhammadAbdullah,• JohanAzanRemaja:En.MuhammadFiqriMuhammadFahmi• JohanKategoriIstimewa;En.AbdRahmanSiAbdullah

Padamajlis itu jugaEn.ShakiritGovinddjiAbdullah telahdipilih sebagaiTokoh Saudara muslim muslimin 2010 manakala Tokoh Saudara muslim muslimah disandang oleh Puan Noorshin Ng abdullah. Penyampaian hadiah bagi kategori tersebut disampaikan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri agong, Tuanku Nur Zahirah.

Tilawah al-Quran Saudara Muslim 2010

buletin jakim_nov 2010.indd 4 1/25/11 12:47 PM

Page 5: buletin jakim november 2010

5November 2010 |

majlis menghadap dYmm Yang di-Pertuan besar negeri sembilan dan dYtm raja muda Perak

majlis menghadap duli Yang maha mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan darul Khusus telah diadakan

pada 5 Oktober 2010 di Istana Hinggap Seremban, Seremban, Negeri Sembilan dan majlis menghadap dYTm Raja muda Perak darul Ridzuan diadakan pada 11 Oktober 2010 di Istana Perak, Changkat Persekutuan, Bukit Persekutuan, Kuala lumpur.

majlis tersebut diadakan bagi menyembah maklum kebawah Baginda berdua mengenai cadangan mengaktifkan semula Kolej Islam malaya (KIm) dan menaikkan tarafnya kepada Universiti Islam diraja malaysia.

dalam majlis tersebut baginda berdua telah memberi perkenan dan memberi sokongan padu dengan cadangan mengaktifkan semula KIm dan menaikkan tarafnya kepada Universiti Islam diraja malaysia.

majlis menghadap tersebut diketuai oleh Pengerusi lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Islam (lepai), YBhg. Tan Sri dr. mohd. Yusof Haji md Noor. majlis turut dihadiri oleh Pengarah Bahagian Pembangunan Pendidikan Islam, mewakili Ketua Pengarah Jakim, Setiausaha majlis agama Islam Selangor (maIS), serta pegawai-pegawai Jakim dan maIS.

5

mesyuarat Pegawai-pegawai Kanan (SOm) ke-35 telah dihadiri oleh delegasi empat negara anggota iaitu Negara Brunei darussalam sebagai tuan rumah, Republik Indonesia, malaysia dan Republik

Singapura pada 13 hingga 17 Oktober 2010.

mesyuarat tersebut telah membincangkan tujuh bidang kerjasama iaitu:1. Pembangunan kehidupan beragama yang progresif melalui

penghayatan syiar dakwah. 2. Peningkatan sumber daya manusia melalui sistem pendidikan Islam

bersepadu dan relevan. 3. Pembasmian kemiskinan melalui pengupayaan golongan fakir miskin. 4. Pembangunan potensi belia sebagai generasi penerus. 5. Peningkatan harmonisasi sosial masyarakat melalui fahaman sidang

agama dan budaya. 6. Penonjolan kefahaman dan amalan Islam di rantau maBImS dan

peranan maBImS ke dunia luar. 7. Pembangunan umat Islam di luar maBImS melalui program sosial

dan kemanusiaan.

dalam program bidang khas dua kertas telah dibincang iaitu Penyelarasan RukyahdanTaqwimMABIMSdanPengurusanHaji.

Sebanyak tiga kertas cadangan telah dibentang seperti berikut iaitu, Persetujuan Pengiktirafan Barang makanan Halal maBImS, mengemaskinikan Pengiktirafan Pensijilan Halal di Kalangan Negara maBImS, dan Penetapan Tarikh dan Tempat Pertemuan maBImS ke-15 dan mesyuarat SOm ke-36 dan 37. Selain itu, satu kertas laporan telah dibentang mengenai perkembangan penubuhan pejabat maya (virtual office) bagi sekretariat maBImS.

dalam program SOm / maBImS ini turut diadakan majlis Tilawah al-Quran peringkat kanak-kanakMABIMS. Peserta qariMalaysia telahmerangkul johan, iaitu adik ahmad Najib dato’ mohd Nassaruddin. ManakalaqariahMalaysiatelahmendapattempatkedua,iaituadikNurulainil Syakirah abu Hassan.

MABIMS Ke-14 dAn SOM Ke-35

buletin jakim_nov 2010.indd 5 1/25/11 12:47 PM

Page 6: buletin jakim november 2010

Projek Bas Belia maBImS (BBm) 2010 yang melibatkan seramai 32 orang peserta dari Negara maBImS bermula pada 4 Oktober

2010 dengan tema “meningkatkan Jati diri Belia Islam” di Bandar Seri Begawan, Negara Brunei darussalam. majlis telah disempurnakan olehMenteriHalEhwalUgama,NegaraBruneidarussalam, YB Pengiran dato Seri Setia dr. Haji mohammad Pengiran Haji abdul Rahman.

Para ketua delegasi Projek Bas Belia maBImS dari empat negara telah turut serta dalam majlis ini, seterusnya meneruskan perjalanan menuju ke Sibu bersama peserta dari Brunei dan bermalam di Hotel Paramount sebelum

meneruskan perjalanan ke Pontianak, Republik Indonesia. Sebelum memasuki Pontianak, para peserta dari Republik Singapura dan malaysia berkumpul di Pejabat HIKmaH daerah Serian untuk majlis Penyerahan Peserta BBm 2010.

Peserta BBM 2010 menginap di Hotel Grandmahkota, Pontianak sepanjang program di sana iaitu dari 5 hingga 8 Oktober 2010. Satu projek kemanusiaan turut dilaksanakan semasa BBm 2010 di Pontianak ini dengan mengadakan lawatan dan juga kerja-kerja bakti mengecat bangunan madrasah al-Ihsan yang turut disertai oleh para pelajar madrasah berkenaan.

Perjalanan BBm 2010 diteruskan ke Kuching, Sarawak bermula 8 hinnga 12 Oktober 2010. antara program dijalankan ialah lawatan ke Kampung Budaya Sarawak di Santubong, lawatankeNGOHIKMAHdanMajlisPenyerahanRasmi Plak BBm daripada pihak malaysia kepada Negara Brunei darussalam selaku tuan

rumah bagi BBm 2010 yang bertempat di Hotel GrandMargherita,Kuching.Plak tersebut telahdisampaikan oleh YdP majlis agama Islam Sarawak, YBhg. datu’ Putit mohd Zain.

Seterusnya BBm 2010 meneruskan perjalanan ke Negara Brunei darussalam. Program BBm di Negara Brunei darussalam berlangsung dengan meriah dan sangat menggalakkan serta mendapat liputan meluas dari pihak media negara Brunei darussalam.

dengan adanya projek khas iaitu projek kemanusiaan yang julung kali dilaksanakan di Pontianak Indonesia dan juga kunjungan muhibah bersama masyarakat di Negara Brunei darussalam telah merancakkan lagi BBm 2010 dan humanitarian project ini sewajarnya menjadi agenda wajib dalam perlaksanaan BBm pada masa hadapan dalam menonjolkan peranan Bas Belia maBImS.

Jelajah Bas Belia MaBiMs KuKuh huBungAn AnTArA negArA AnggOTA

6 | November 2010

Muzakarah dakwah di Brunei Satukan Idea dakwah Serantau

muzakarah dakwah maBImS diadakan pada 7 Oktober 2010 Brunei darussalam. malaysia telah menghantar seramai lima orang wakil, iaitu Pengarah Bahagian dakwah Jakim, Tn. Hj.

Halid Sintol, dan Pengarah Jakim Sabah, Ustaz Hj aziz Hj. mohamad, serta tiga orang pembentang kertas seminar, iaitu Prof. dr. Zulkifli ab Ghani(USIM),MuftiNegeriSarawak,SSTn.Hj.KifliYasin,danTn.Hj.abu Hurairah abd Rahman dari USIa.

Terdahulu, pada 5 dan 6 Oktober 2010, telah diadakan Seminar Pengurusan dakwah maBImS dengan tema “Bidang Strategik Pembinaan Kehidupan Beragama yang Progresif melalui Syiar Islam dan dakwah” di dewan Persidangan Pusat dakwah Islamiah Negara Brunei darussalam. Perasmiannya telah disempurnakan oleh Menteri Hal Ehwal UgamaNegara Brunei, YB Pengiran datuk Seri Setia dr. Haji mohanad Pengiran Haji abd. Rahman.

Sebanyak tujuh kertas kerja telah dibentangkan dalam seminar berkenaan. antaranya kertas perdana (utama) yang dibentangkan oleh datin Paduka dayang Hajah Zasia Sirin dari Negara Brunei bertajuk “Pengurusan

dakwah dalam Konteks Negara Brunei darussalam,” “Pengurusan dakwah di malaysia: Kajian Terhadap Cina dan Orang asli di malaysia” oleh Prof. Dr.ZulkiflibinAbdGhani(USIM),dan“DakwahdalamKonteksMasyarakatmajmuk dan Negara Sekular” oleh Ustaz mohd ali atan dari Singapura.

Seminar dan muzakarah tersebut telah berjaya menghasilkan beberapa resolusi dan draf dan pelan tindakan (rangka kerja) untuk dilaksanakan oleh negara maBImS. Resolusi dan pelan tindakan berkenaan akan dibentangkan dalam mesyuarat SOm dan mesyuarat menteri-menteri agama maBImS.

buletin jakim_nov 2010.indd 6 1/25/11 12:48 PM

Page 7: buletin jakim november 2010

Universiti al-azhar menawarkan khidmat pakar yang terdiri daripada tenaga pensyarah untuk membantu malaysia

meningkatkan lagi tahap kecemerlangan umat Islam. Tawaran itu disampaikan oleh Sheikul azhar; Prof. dr. Sheikh ahmed Tayyeib dalam pertemuannya dengan menteri di Jabatan Perdana menteri, YB Senator mejar Jeneral dato’ Seri Jamil Khir Haji Baharom (B) pada 8 Oktober lalu.

dato’ Seri Jamil Khir berkata, tawaran oleh universiti tersohor dalam pengajian Islam itu juga adalah sebagai menghargai hubungan baik yang terjalin antara kedua-dua negara sejak sekian lama.

“antara bidang yang kita fikir perlu ialah seperti qiraatuntukmemantapkanlagiprogramijazahdiUniversiti Sains Islam malaysia dan juga darul Quran, bidang bahasa arab dan juga kewangan Islam,” katanya yang dalam lawatan kerja lima hari ke mesir.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas dr. ahmed Tayyeib di pejabatnya. dalam pertemuan selama kira-kira setengah jam itu, dato’ Seri Jamil Khir turut menyatakan penghargaan terhadap Universiti al-azhar yang telah membantu melahirkan ramai ulama terkemuka malaysia.

Kunjungan hormat oleh Pejabat menteri di Jabatan Perdana menteri pada 30 September 2010 yang lalu adalah sebagai memenuhi arahan kabinet agar Kedutaan Besar malaysia Kaherah dapat mengatur lawatan kunjung hormat ke pejabat Sheikhul azhar dalam usaha memenuhi keperluan Jakim.

Sheikhul azhar juga telah bersetuju pada dasarnya untuk menghantar 10 orang pakar dalam pelbagai bidang. mereka sendiri akan menanggung segala perbelanjaan berupa gaji dan penerbangan manakala pihak Jakim hanya perlu menyediakan tempat tinggal sahaja.

menurut Sheikhul azhar lagi, pihak universiti bersetuju untuk menawarkan kepada malaysia tanah seluas 160,000 meter persegi untuk dibangunkan sebagai penempatan asrama para pelajar di kampus utamanya.

Sepanjang lawatan di mesir, dato’ Seri Jamil Khir turut menghadiri majlis Semarak Syawal di Kaherah dan Iskandariah yang terletak 210 kilometer dari Kaherah. Turut hadir Ketua Jakim, dato’ Haji Wan mohamad Sheikh

abd. aziz, bekas duta malaysia di Kaherah, datuk Zainal abidin abdul Kadir dan Pengerusi amanah Raya Berhad, datuk dusuki ahmad.

ARWP di KAheRAh diRAsmiKAn

Sheikhul AzhAr TAwArkAn PenSyArAh kePAdA MAlAySiA

7November 2010 |

Nasib para pelajar Wilayah Persekutuan di mesir kini semakin mendapat perhatian apabila bangunan asrama Rumah

Wilayah Persekutuan (aRWP) di Bandar Nasr di Kaherah dirasmikan menteri di Jabatan Perdana menteri, YB Senator mejar Jeneral dato’ Seri Jamil Khir Haji Baharom (B) di dewan Sri Putra aRWP pada 7 Oktober 2010.

aRWP dibina oleh majlis agama Islam Wilayah Persekutuan (maIWP) dengan kos kira-kira Rm11 juta. Bangunan lapan tingkat mengandungi 10 unit rumah pelajar itu mampu menampung 105 penghuni iaitu 63 katil untuk wanita dan 42 katil untuk lelaki pada sesuatu masa. Ia memulakan operasinya pada 10 mac 2009.

Pada majlis yang sama, dato’ Seri Jamil Khir turut menyampaikan cek bantuan kepada 343 pelajar dalam bentuk biasiswa dan bantuan am pelajaran. Ia meliputi bantuan am pelajaran kepada 256 pelajar Wilayah Persekutuan di mesir sebanyak Rm3.25 juta termasuk bantuan yuran pengajian kepada 101 pelajar perubatan dan pergigian.

Sebanyak Rm3.58 juta lagi adalah biasiswa Insentif Khas Pelajar Cemerlang kepada 97 pelajar dan bantuan aktiviti kepada Badan Kebajikan anak Wilayah Persekutuan sebanyak Rm16,000. Setakat September lalu, terdapat 444 pelajar Wilayah Persekutuan di mesir yang majoritinya iaitu 159 orang berada di Kaherah.

dalam perkembangan berkaitan, menteri memberitahu, MAIWP melalui Yayasan Taqwaturut membiayai 14 pelajar dalam bidang muamalat dengan kerjasama amanah Raya Berhad (aRB). Tajaan itu mulai tahun 2009 sehingga tahun 2014 melibatkan belanja keseluruhannya sebanyak Rm700,000.

buletin jakim_nov 2010.indd 7 1/25/11 12:48 PM

Page 8: buletin jakim november 2010

8 | November 2010

1. KunjunganHormatKPJakimkeatasKetuaPengarahPerkhidmatanAwampada20Oktober2010diPejabatKPPA,ParcelC,Putrajaya.

2. KumpulanNasyidJakimtelahdinobatkansebagainaibjohandalamFestivalNasyidPeringkatKementeriandiAuditoriumBlokB,JabatanPerdanaMenteripada14Oktober2010.

3. ProgramLawatandanPenyampaianSumbangankepadaanak-anakyatimanjuranMasjidNegaradiAsramaDarulFalah(Asdaf),BukitPersekutuan,KualaLumpurpada26Oktober2010.

4. PerjumpaandanRamahMesraBersamaSaudarabarubertempatdi1BorneoGrandBallroom,KotaKinabalupada9Oktober2010.

5. LawatanMuhibahJabatanMuftiPulauPinangkeBahagianPerancangan&PenyelidikanJakimpada12Oktober2010.

6. KonvensyenPensyarahTahfizPeringkatKebangsaanbagitahun2010anjuranDarulQuranJakimdiInstitutLatihanIslamMalaysia(ILIM)WilayahTimur,Besut,Terengganupada13hingga15Oktober2010.

7. ZiarahMahabbahkeRumahWargaTuaSriPritchardKinarut,Paparpada13Oktober2010.

8. ProgramIqra’anjuranbersamaPerpustakaanNegaraMalaysiadanJakimpada23Oktober2010diperkaranganMasjidPutra,Putrajaya.

9. ProgramPembangunanKomunitiMasyarakatdiKampungBetanakPulauBruit,Daropada21hingga24Oktober2010.

10.PerjumpaanKetuaPengarahJakimbersamapegawaidankakitanganInstitutLatihanIslamMalaysia(ILIM)WilayahTimurpada26Oktober2010diILIMWilayahTimur,Besut,Terengganu.

1 2

3

5 6 7

9

10

8

4

B e r i t a B e r g a m B a r

buletin jakim_nov 2010.indd 8 1/25/11 12:48 PM

Page 9: buletin jakim november 2010

9November 2010 |

11.LawatanIntegrasiDakwahMAIKkeJakimCawanganSabahpada14Oktober2010.

12.ProgramQiyamullailSaudaraMuslimSiriIVanjuranMasjidTuankuMizanZainalAbidinpada9dan10Oktober2010diMasjidTuankuMizanZainalAbidin.

13.MajlisSambutanHariRayaAidilfitridanMajlisPerkahwinanOrangAsliPosSg.Rual,Jeli,Kelantanpada9Oktober2010.

14.KursusTahsinSolatdanTahsinQurandiPPAPada28hingga30September2010diPPAJakim,Jelebu.

15.BengkelPsikopendidikananjuranJKMdanMasjidTuankuMizanZainalAbidinPutrajayapada29September2010diMasjidTuankuMizanZainalAbidin.

16.PersidanganPengetua-pengetuaMaahadTahfizal-QuranNegeriPeringkatKebangsaankalike-21telahdiadakandiHotelNazaTalyya,TanjungTokong,PulauPinangpada27hingga29September2010.

17.ProgramKapsulSolatanjuranbersamaantaraKelabRukunTetanggaGuchilLuar,KualaKraidanMasjidTuankuMizanZainalAbidinpada27hingga29September2010.

18.JakimziarahPusatPerlindunganRemaja,KemBinaInsan(KEWAJA)diPerakpada23dan29September2010.

19.SeminarHIV/AIDS&PamerandiKDPelandukdalamPangkalanTenteraLautDiRajaMalaysia(TLDM)Lumutpada16Oktober.

20.ForumPerdanaEhwalIslamsempenaSeminarHIV/AIDS&PamerandiPerkaranganMasjidal-NurTLDMLumutpada16Oktober2010.

B e r i t a B e r g a m B a r

11

13

15

18

20

19

16

17

12

14

buletin jakim_nov 2010.indd 9 1/25/11 12:48 PM

Page 10: buletin jakim november 2010

10 | November 2010 10

Pejabat Penasihat Undang-Undang Jakim selaku urus setia dengan kerjasama Pejabat YB menteri di Jabatan Perdana menteri telah menganjurkan mesyuarat Tahunan YB menteri di Jabatan Perdana menteri Bersama Wakil Persekutuan

dan Negeri Kali Pertama pada 5 Oktober 2010 bertempat di aras 4, dewan Persidangan, mahkamah Syariah, Putrajaya.

mesyuarat julung kali ini merupakan idea yang dicetuskan oleh menteri di Jabatan Perdana menteri, YB Senator mejar Jeneral dato’ Seri Jamil Khir Haji Baharom (B) semasa mempengerusikan retreat yang melibatkan 12 buah agensi di bawah beliau yangdiadakanpada17hingga19Februari2010diAwanaHotels&Resorts,GentingHighlands, Pahang.

mesyuarat tahunan yang dihadiri 82 orang ahli ini telah membincangkan hal-hal berkaitan perundangan Islam masa kini. Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah Ketua Pengarah Jakim, dato’ Haji Wan mohamad dato’ Sheikh abd. aziz, dan Tan Sri Sheikh Ghazali AbdRahman, Penasihat PerundanganSyariah (SeksyenSyariah), JabatanPeguam Negara merangkap Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak/Sivil serta ahli-ahli Jawatankuasa Teknikal Undang-undang Syarak/Sivil.

Bahagian Hab Halal telah mengadakan majlis Taklimat akta Perihal dagangan 1972 (aPd 1972) kepada menteri di Jabatan Perdana

menteri (JPm) dan menteri Perdagangan dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPdNKK) pada 5 Oktober 2010 di dewan Syura Jakim.

majlis tersebut diadakan bertujuan untuk memberi penjelasan kepada kedua-dua menteri tersebut mengenai persediaan yang perlu dibuat dan kesan yang akan dihadapi oleh Bahagian Hab Halal apabila pindaan akta Perihal dagangan 1972 diwartakan kelak.

majlis tersebut turut dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada Bahagian Penguatkuasaan dan Bahagian Undang-undang KPdNKK, Bahagian Penasihat Syariah Jabatan Peguam Negara, Bahagian Undang-undang Jakim dan Bahagian Hab Halal Jakim.

Kedua-dua menteri bersetuju kerjasama ini perlu diteruskan demi untuk menjamin penguatkuasaan halal dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. melalui pindaan tersebut secara jelas Jakim dan majlis agama Islam Negeri akan menjadi badan berkuasa berwibawa untuk melaksanakan pensijilan halal di malaysia.

Taklimat Pindaan APD 1972 kepada Menteri di JPM dan Menteri KPDNKK

Mesyuarat

tahunan yB

Menteri di

JaBatan Perdana

Menteri

BersaMa Wakil

Persekutuan

dan negeri kali

PertaMa

buletin jakim_nov 2010.indd 10 1/25/11 12:48 PM

Page 11: buletin jakim november 2010

11November 2010 | 11

Negeri Sembilan dipilih sebagai destinasi terakhir tahun 2010 untuk mengadakan Kempen 1malaysia 1Halal (1m1H) pada 15 hingga 17 Oktober 2010.

Kempen edisi ke-4 tersebut diadakan di Kompleks Belia dan Sukan Paroi, Negeri Sembilan dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Sembilan dengan kerjasama Jakim dan akhbar Kosmo! sebagai media rasmi. Negeri Sembilan yang terkenal dengan pelbagai adat istiadat ini berjaya menarik lebih 30,000 pengunjung dari dalam dan luar negara.

menteri Besar Negeri Sembilan, YaB dato’ Seri Utama Haji mohamad Haji Hasan telah merasmikan Kempen 1m1H pada kali ini. Beliau yang juga Pengerusi majlis agama Islam Negeri berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba memanipulasi pensijilan halal demi meraih keuntungan. Tindakan undang-undang boleh dikenakan

kepada pengusaha yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan. Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, datuk mat ali Hasan, Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Insan Jakim, Tn Hj. abdul Halid Sintol, PengarahJabatanHalEhwalAgamaIslamNegeriSembilan,EncikJohaniHassan dan Pengarang Kosmo!, EncikBaharomMahusin.

Kempen 1m1H menjadi platform bagi melonjakkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan penggunaan produk halal sekali

gus mengembangkan industri halal malaysia ke peringkat global. Selain itu, kempen berkenaan juga dapat memberi ruang dan peluang kepada pengusaha produk halal memperkenalkan barangan halal bukan sahaja berkaitan makanan bahkan produk kecantikan dan kosmetik.

antara aktiviti menarik pada kempen kali ini ialah seminar halal, klinik usahawan, sesi jaringan perniagaan, pemeriksaan kesihatan, klinik al-Quran, permainan tradisional, pertandingan bercerita, forum perdana, festival nasyid, dekorasi kek, malam ukhuwah dan pameran-pameran keusahawanan daripada lebih 70 pengusaha yang mengambil bahagian. Jakim diwakili oleh Bahagian Hab Halal, Bahagian Penyelidikan dan Bahagian Penerbitan.

Jabatan agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) telah menganjurkan majlis Khatam al-Quran Perdana Sekolah Rendah agama (SRa) dan Kelas al-Quran & Fardhu ain (KaFa) 2010m/1431 pada

30 September 2010 di dewan Solat Utama, masjid Negara, Kuala lumpur.

majlis Khatam al-Quran Perdana yang bertemakan “al-Quran menjana GenerasiBerilmu”itutelahdirasmikanolehTimbalanMenteridiJabatanPerdana menteri, YB Senator dato’ dr. mashitah Ibrahim. Turut hadir Pengarah Jawi, dato’ Haji Che mat Che ali. majlis ini merupakan majlis kali ketiga dianjurkan oleh Jawi sejak tahun 2008.

majlis ini telah berjaya menghimpunkan seramai 4,000 orang murid SRa dan KaFa sekitar Wilayah Persekutuan Kuala lumpur dan Putrajaya.

antara objektif program ini diadakan ialah memberi peluang kepada murid SRa dan KaFa menunjukkan kebolehan mereka memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran kepada ibu bapa, guru, rakan dan masyarakat umum, membuktikan keberkesanan dan kejayaan pelaksanaan kurikulum Tilawah al-Quran di SRa dan KaFa, dan memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada murid SRa dan KaFa yang telah berjaya khatam al-Quran.

kemPen 1m1h dI PaROI

4,000 murid Sra dan kaFa WP kuala lumPur dan Putrajaya jayakan majliS khatam al-Quran Perdana

buletin jakim_nov 2010.indd 11 1/25/11 12:48 PM

Page 12: buletin jakim november 2010

1212

Satu sistem web penguatkuasaan dan pendakwaan syarie yang dinamakan sistem e-Jinayat telah dilancarkan. e-Jinayat ini telah dirasmikan oleh Timbalan menteri di Jabatan Perdana menteri, YB

Senator dato’ dr. mashitah Ibrahim dalam majlis Perasmian e-Jinayat dan Persidangan Pegawai Penguatkuasaan agama dan Pendakwa Syarie seluruh malaysia kali ke-6 yang berlangsung di Permaisuri Resort Port dickson, Negeri Sembilan pada 4 Oktober 2010.

Persidangan yang bertemakan “Ke arah Penjabatanan Bahagian Penguatkuasaan dan Bahagian Pendakwaan Syariah Negeri Seluruh malaysia” itu telah disertai oleh 100 orang peserta yang terdiri daripada Pegawai Penguat Kuasa agama dan Pendakwa Syarie seluruh malaysia. Persidangan ini telah membincang dan mengetengahkan beberapa isu berkaitan penguatkuasaan dan pendakwaan dalam bentuk pembentangan kertas kerja dan forum.

Turut hadir pada majlis perasmian tersebut Ketua Pengarah Jakim, dato’ Haji Wan mohamad dato’ Sheikh abd. aziz, Penasihat Perundangan Syariah(SeksyenSyariah)JabatanPeguamNegara,TanSriSheikhGhazaliAb.Rahman,PengarahJabatanHalEhwalAgamaIslamNegeriSembilan,Tuan Johani Hassan, Ketua Pendaftaran mahkamah Tinggi Syariah Negeri

Sembilan, Tuan mamat Haizan Salleh, Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Perancangan Jakim, Tuan Haji Razali Sahabuddin, Ketua Penolong PengarahBahagianPenyelarasanUndang-Undang,En.YahyaMd.Zain,dan mantan Pengarah Bahagian Penyelarasan Undang-Undang Jakim, Tuan Haji abdul latif Ibrahim.

laman web e-Jinayat yang khusus untuk Pegawai Penguatkuasaan agama dan Pendakwa Syarie ini meliputi proses kerja penguatkuasaan dan pendakwaan di ibu pejabat dan daerah. Terdapat dua modul utama dalam e-Jinayat ini, modul pertama modul Penguatkuasaan yang berkaitan dengan penerimaan maklumat, risikan, pencegahan, tangkapan dan siasatan. manakala modul kedua adalah modul Pendakwaan yang bermula dengan penerimaan dan pendaftaran fail siasatan, penyelidikan fail kes untuk pendakwaan, prosiding pertuduhan dan perbicaraan serta merekod keputusan pembicaraan.

antara modul lain yang terkandung dalam sistem e-Jinayat ini ialah modul aduan, modul Carian/Kronologi, modul laporan dan modul Pentadbiran. Sistem ini secara tidak langsung dapat menjimatkan masa dan mempermudahkan urusan dalam pelbagai aspek seperti capaian, penyimpanan, penyenaraian, penyediaan laporan dan analisis.

e-jinAYAt dilAncArkAn dAlAm PersidAngAn PegAwAi PenguAtkuAsAAn AgAmA dAn PendAkwA sYArie seluruh

mAlAYsiA kAli ke-6

| November 2010

buletin jakim_nov 2010.indd 12 1/25/11 12:48 PM

Page 13: buletin jakim november 2010

13November 2010 |

Ketua Pengarah Jakim, dato’ Haji Wan mohamad dato’ Sheikh abdul aziz telah mewakili menteri di Jabatan Perdana

menteri, YB Senator mejar Jeneral dato’ Seri Jamil Khir Haji Baharom (B) dalam majlis Konvokesyen Bersama Graduan LepasanUniversiti al-azhar pada 10 Oktober 2010 yang lalu.

dalam ucapan dato’ Haji Wan mohamad telah mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak al-azhar kerana telah menghadiahkan tanah untuk dijadikan penempatan pelajar malaysia di mesir serta kesudian Sheikh al-azhar menguar-uarkan 10 orang tenaga profesional dalam pelbagai kepakaran dari al-azhar untuk

dihantar berkhidmat di malaysia. Jumlah pelajar malaysia yang belajar di mesir pada ketika ini mencecah lebih dari lapan ribu orang pelajar.

“malaysia adalah sebuah negara yang meletakkan Islam sebagai pegangan dalam perlaksanaan pentadbiran. Sebagai seorang pelajar al-azhar hendaklah berpegang teguh kepada ajaran yang dibawa oleh al-azhar sejak dahulu lagi di mana sentiasa menegakkan kebenaran agama Islam

dan menentang kekerasan dan penyelewengan,” kata Sheikh al-azhar dalam ucapannya.

Sheikh al-azhar turut meninggalkan beberapa nasihat dan amanat kepada para pelajar antaranya, para graduan digesa untuk terus menimba ilmu ke peringkat master dan Phd walaupun telah tamat pengajian di peringkat Ijazah di samping memperbaiki bacaan al-Quran demi kebaikan pada masa akan datang.

Ujar beliau lagi, “Kepada mereka yang pulang dan dapat memegang jawatan dalam pelbagai sektor hendaklah sentiasa ingat bahawa meraka merupakan penyambung lidah al-azhar dalam usaha menyampaikan dan menyebarkan dakwah kepada masyarakat.”

Pada 6 hingga 8 Oktober 2010 Bahagian Pengurusan Fatwa Jakim telah mengadakan Persidangan mufti-mufti Seluruh malaysia

bagi kali ke-6 bertempat di Hotel Bayview Georgetown,PulauPinang.

Persidangan kali ini telah dihadiri oleh SS para mufti, timbalan-timbalan mufti, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jakim, Penasihat Undang-undang dan Pengarah Penyelidikan Jakim serta Pengarah Bahagian Pengurusan Fatwa Jakim selaku setiausaha.

Persidangan ini sentiasa memberi perhatian yang serius dalam memastikan pengurusan dan penyelarasan institusi fatwa sentiasa dikemas kini dan diperkukuhkan dari semasa ke semasa, selain daripada memastikan koordinasi antara Kerajaan Pusat dan Jabatan/Pejabat mufti seluruh negeri sentiasa dilaksanakan secara menyeluruh.

Beberapa kertas kerja telah dibentang untuk pertimbangan dan persetujuan persidangan kali ini, antaranya ialah “CadanganMewujudkanGarisPanduan Penetapan Hukum/Fatwa Oleh Pihak Berkuasa Fatwa Negeri,” “Cadangan Penyelarasan Program Waktu Solat Negeri-Negeri di malaysia,” “laporan Kedudukan Terkini Penstrukturan Semula Organisasi Jabatan-jabatan mufti Seluruh malaysia” dan kertas kajian daripada Universiti Utara malaysia mengenai isu “Baitulmal Negara: Keperluan dan Tuntutan Kepada masyarakat Islam di malaysia.”

Pada Persidangan kali ini juga, Pelan Strategik Jabatan-jabatan mufti Seluruh malaysia 2010-2014 yang merupakan hasil usaha bersama Bahagian Pengurusan Fatwa Jakim dengan Jabatan-jabatan mufti seluruh negeri telah dilancarkan oleh Timbalan

menteri di Jabatan Perdana menteri, YB Senator dato’ dr. mashitah Ibrahim pada 8 Oktober 2010.

Pelan Strategik yang menggariskan hala tuju dan rangka kerja Jabatan-jabatan mufti bagi tempoh lima tahun ini telah digubal dengan mengambil kira peranan yang seharusnya dilaksanakan oleh Jabatan mufti dalam menangani isu-isu dan cabaran semasa yang sedang dihadapi oleh umat Islam.

Pulau Pinang Tuan Rumah Persidangan Mufti-Mufti Seluruh Malaysia

KP Jakim Wakili Menteri dalam Konvokesyen Graduan Lepasan Universiti al-Azhar

buletin jakim_nov 2010.indd 13 1/25/11 12:48 PM

Page 14: buletin jakim november 2010

14 | November 2010 14

“Sebagai duta Jakim di peringkat kementerian dan negeri, anda mempunyai tugas dan tanggungjawab

yang besar untuk dilaksanakan. di samping itu, harus disedari bahawa imej dan reputasi Jakim di luar organisasi adalah bergantung kepada prestasi dan kecemerlangan kita dalam melaksanakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan. Oleh yang demikian, saya menyarankan agar kita mengambil pendekatan yang inovatif dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti di peringkat kementerian dan kegeri.”

demikian antara amanat yang disampaikan oleh Ketua Pengarah Jakim, dato’ Haji Wan mohamad dato’ Sheikh abdul aziz dalam Retreat

Penyelarasan Program Penerapan Nilai-nilai Islam (PNI), Pengukuhan Integriti Perkhidmatan awam (PIPa) dan Pendekatan Hadhari (PH) Kementerian yang berlangsung dari 25 hingga 27 Oktober 2010 di IlIm Wilayah Timur, Besut, Terengganu.

Retreat pada kali ini bertujuan untuk menyelaras dan memfokuskan hala tuju pelaksanaan program pada tahun hadapan dengan menggabungkan pelaksanaan dasar PNI, PIPa dan Pendekatan Hadhari di samping menggunakan pendekatan wasatiyyah selaras dengan semangat Gagasan1malaysia 1Ummah.

antara resolusi yang dicapai dalam retreat pada kali ini ialah memperkasakan pelaksanaan PNI, PIPa dan PH, dengan mengadakan satu

Persidangan Pegawai-pegawai Kader Hal EhwalIslamJakimyangditempatkandiseluruhkementerian, jabatan dan negeri. Ia bertujuan untuk menyusun, menyelaras dan menentukan hala tuju pelaksanaan program yang lebih jelas, strategik dan berkesan.

retreat hadhari PerkaSa daSar PeneraPan nilai-nilai murni Perkhidmatan aWam

TIgA WAKIl MAlAySIA hAruMKAn nAMA negArA dI PerIngKAT ASeAn dAn negArA-negArA PASIfIK

malaysia berbangga atas kejayaan tiga peserta hafazan malaysia yang mewakili

negara ke Prince Sultan abdul aziz al-Saud Competition on the memorization of Quran and Sunnah for ASEAN and

Pacific Countries pada 30 September hingga 4 Oktober 2010 di Jakarta, Indonesia.

Dalampertandingantersebut,EncikAhmadMujahidSalleh Sani, berjaya merangkul naib johan bagi kategori 30 juzuk. Beliau membawa pulang hadiah 15,000 Riyal Saudi berserta pakej menunaikan haji. Bagi kategori 20 juzuk, EncikMuhammad Ezmir Kushairy Rosleememenangi tempat ketiga dengan hadiah 11,000 Riyal Saudi berserta pakejmenunaikanhaji,manakalabagikategori10juzuk,EncikMuhammad al-Nawawi Borhan turut memenangi tempat ketiga dengan hadiah 6,000 Riyal Saudi berserta pakej menunaikan haji.

majlis ini merupakan salah satu acara tahunan yang dianjurkan oleh Kedutaan arab Saudi di Jakarta bersama Jabatan agama Republik Indonesia. Tahun 2010 ini merupakan tahun ketiga penganjurannya dan melibatkan peserta dari negara asia Pasifik.

majlis pembukaan dirasmikan oleh Presiden Republik Indonesia, dr. H. Susilo Bambang Yudhoyono di Istana Presiden pada 4 Oktober 2010 dan dihadiri oleh duta-duta negara yang bertanding, menteri Kabinet serta Hakim mahkamah Tinggi arab Saudi. majlis penutup dan penyampaian hadiahdisampaikanolehMenteriAgamaIndonesiadiHotelGrandMelia.

Jakim mengucapkan jutaan tahniah kepada wakil malaysia dan berharap peserta-peserta malaysia yang akan mewakili negara di peringkat antarabangsa pada masa hadapan akan terus melakar kecemerlangan dan mengharumkan nama negara di persada dunia.

buletin jakim_nov 2010.indd 14 1/25/11 12:48 PM

Page 15: buletin jakim november 2010

15November 2010 |

PERTUKARAN

BIL. NAMA PEGAWAI GRED DARI KE TARIKH KUAT KUASA

1. SALAHUDINBINHAJIGHOZALI

S48 ILIM JABATANMUFTIPULAUPINANG

12.10.2010

2. MOHAMADHAFIZBINABDULWAHAB

S41 IPKKEDAH JAB.HALEHWALAGAMAISLAMPULAUPINANG

18.10.2010

3. MIZRAHILMIBINABUBAKAR

S41 AADK BAHAGIANDAKWAH 18.10.2010

4. AHMADRIJALBINGHAZALI S41 HADHARIDANPEMBANGUNANINSAN

MASJIDTUANKUMIZANZAINALABIDIN

18.10.2010

5. NURULHAFIZAHBINTIM.MOKHTAR

S41 BAHAGIANPERHUBUNGAN

SECARAPENTADBIRANDIBAHAGIANPENERBITAN

18.10.2010

6. NORAISYAHBINTIMOHDYUNUS

S41 JAKIMCAW.SABAH BAHAGIANPERHUBUNGAN 01.11.2010

7. AHMADNAJIBBINAHMADJALAL

S41 PPAJELEBU JAB.HALEHWALAGAMAISLAMNSEMBILAN

25.10.2010

PENEMPATANDANPERTUKARANPEGAWAIJAKIMBULANOKTOBER2010

BIL. NAMA PEGAWAI GRED DARI KETARIKH

KUAT KUASA

37. AZIZAHBINTIZAINI S41 LANTIKANBARU JAWI 18.10.2010

38. NOORAZLINABINTIMOHDAZIM@EJIM

S41 LANTIKANBARU JAWI 18.10.2010

39. WHILEAIRMABINTINORDIN S41 LANTIKANBARU KESUMA 18.10.2010

40. AZRULAMINURRASHIDBINHAJISHAHRI

S41 LANTIKANBARU JAWI 18.10.2010

41. AHMADHAMDANBINRAHMANALI S41 LANTIKANBARU BAHAGIANPERHUBUNGAN 18.10.2010

42. MASFADZLINABINTIMOHDAZALI S41 LANTIKANBARU DARULQURAN 18.10.2010

43. RINAARDIANIBINTIRAHMADJI S41 LANTIKANBARU JAWI 18.10.2010

MOHDFAIZULBINMOHDAYUS S4 LANTIKANBARU JAWI 18.10.2010

45. NORSAFFIYAHBINTIYAHYA S41 LANTIKANBARU JAWI 18.10.2010

46 NORAINFARIZABINTIABLATIP S41 LANTIKANBARU JAWI 18.10.2010

47. NURULFIRDAUSBINRUSLI S41 LANTIKANBARU JAKIMCAW.SARAWAK 18.10.2010

48. MOHAMADLUTFIBINJAMEL S41 LANTIKANBARU DARULQURAN 18.10.2010

49 AZIANEZIANABINTIAHMAD S41 LANTIKANBARU JAWI 18.10.2010

50. SURIABINTISHAFIE S41 LANTIKANBARU BAHAGIANDAKWAH 18.10.2010

51. AHMADYUSRIBINABDULMANAP S41 LANTIKANBARU JAWI 18.10.2010.

52 NURHASANAHBINTISHARIF S41 LANTIKANBARU JAWI 18.10.2010

53 KAMARULBAHARINBINSHAUDIN N17 - DARULQURAN 21.10.2010

54. LATIFAHBINTIYUSOF S41 LANTIKANBARU JAIS 25.10.2010

55. ZAABABINZAKARIA S41 LANTIKANBARU JAIS 25.10.2010

56 ROSNIZABINTISHAHIDAN S41 LANTIKANBARU JAIS 25.10.2010

57. NORFARANIBINTIHARUN S41 LANTIKANBARU JAIS 25.10.2010

58. NORAZEANBINTIASHARI S41 LANTIKANBARU JAIS 25.10.2010

59. NORFAHMIBINMUHAMADZAZLI S41 LANTIKANBARU JAIS 25.10.2010

60. ABDULWAHIDBINISHAK S41 LANTIKANBARU JAIS 25.10.2010

61. MOHDHAFZIBINBRAHIM S41 LANTIKANBARU JAIS 25.10.2010

62. NUROLKAUSARBINTIMUSA S41 LANTIKANBARU JAIS 25.10.2010

63. NORHAYATIBINTISABDIN S41 LANTIKANBARU JAIS 25.10.2010

64. MUHDKHAIRULHAFIZBINKAMIS S41 LANTIKANBARU JAIS 25.10.2010

65. SITINORSHAHADAHBINTIISMAIL S41 LANTIKANBARU JAIS 25.10.2010

66. NURIMAWATIBINTIIDRUS S41 LANTIKANBARU JAIS 25.10.2010

67. MUHAMMADRIDZUANBINABDUL S41 LANTIKANBARU JAB.HALEHWALAGAMAISLAMN.SEMBILAN

25.10.2010

68. YANGZULHILMIBINMOHAMAD S41 LANTIKANBARU JAB.HALEHWALAGAMAISLAMN.SEMBILAN

25.10.2010

69. MOHAMMADKHALILBINIBRAHIM S41 LANTIKANBARU JAB.MUFTIN.SEMBILAN 25.10.2010

70 MOHAMADZUKRILLAHBINISMAIL S41 LANTIKANBARU HABHALAL 25.10.2010

71. NORAZLIMBINSIDEK S41 PPA,JELEBU PPAJELEBU(JAWATANHAKIKI) 25.10.2010

72. RIDUANBINMOHDROSLAN S41 LANTIKANBARU INSTITUTKEMAJUANDESA(INFRA)

25.10.2010

73. SITIAISHAHBINTIKAMALUDIN S27 LANTIKANBARU PDRM 18.10.2010

74. JAMALIAHBINTIISMAIL S27 LANTIKANBARU PDRM 18.10.2010

75. NORRASHIDAHBINTIZULAZMI S27 LANTIKANBARU PDRM 18.10.2010

76. NURULHUDABINTIZUL’ABIDIN N27 - ILIM 04.10.2010

77. KHASIAAHBINTIISHAK N22 - DARULQURAN 12.10.2010

78. MOHDAZLINBINABUTALIB N1 - BKP 05.10.2010

BIL. NAMA PEGAWAI GRED DARI KE TARIKH KUAT KUASA

8. NAJIBAHBINTIABDULMUTALIB

S41 PEJABATMENTERI HABHALAL,JAKIM 1.10.2010

9. AIZATBUKHARIBINSALLEH S27 PERHUBUNGAN SECARAPENTADBIRANDIBAH.PERHUBUNGAN

1.10.2010

10. MOHAMADAIZUDDINANASBINAZIZ

S17 IKBNMIRI JAKIMCAW.SARAWAK 1.10.2010

11 AHMADKAMILBINIBRAHIM S17 PUSPENMUAR KBS 1.10.2010

12 HAMZAHBINDRAHMAN S17 AADKSARAWAK JAKIMCAW.SARAWAK 1.10.2010

13 JAZLIAMSYARBINANGKASHAH

S17 MAKTABPOLISCHERAS AADK 1.10.2010

14 MOHDFADZLEBINDURANIH

S17 JAWI,KL JAKIMCAW.SABAH 1.10.2010

15 NAJMUDDINBINZAKARIA S17 JABATANPENJARAKLUANG

PDRM 15.10.2010

PENEMPATAN

BIL. NAMA PEGAWAI GRED DARI KETARIKH

KUAT KUASA

1. FADHILAHBINTIAHMAD S41 BAHAGIANPENERBITAN

BAHAGIANPENERBITAN(JAWATANHAKIKI)

15.10.2010

2. SA’ADIBINAWANG S41 BAHAGIANLATIHAN BAHAGIANLATIHAN(JAWATANHAKIKI)

01.10.2010

3. MOHDSABRIBINABDULRAHMAN S41 LANTIKANBARU PDRM 18.10.2010

4. NORASHIKINBINYAACOB S41 LANTIKANBARU HABHALAL 18.10.2010

5. SHAHRULNIZAMBINABUBAKAR S41 LANTIKANBARU HABHALAL 18.10.2010

6. HALALADLIZIL-IKRAMBINMOHAMEDARIFIN

S41 LANTIKANBARU BAHAGIANUNDANG-UNDANG 18.10.2010

7. KHAIRUNNISABINTIKHAYUN S41 LANTIKANBARU BAHAGIANPERANCANGAN&PENYELIDIKAN

18.10.2010

8. MOHDHAFIZBINASMANI S41 LANTIKANBARU BAHAGIANPERANCANGAN&PENYELIDIKAN

18.10.2010

9. MOHDZULRUSHDIBINSALLEH S41 LANTIKANBARU MASJIDPUTRA 1.10.2010

10 MOHDFAIZALBINOMARBAKI S41 LANTIKANBARU PEJABATPENASIHATAGAMAISLAMKEPADAYABPM

18.10.2010

11 ARMIBINHALIT S41 LANTIKANBARU JABATANKASTAMDIRAJAMALAYSIA

18.10.2010

12 ABUHANIFABINABUMUKHTAR S41 LANTIKANBARU JAWI 18.10.2010

13 MUHAMADFIRDAUSBINSHAPIAN S41 LANTIKANBARU SECARAPENTADBIRANDIBPSM

18.10.2010

14 MOHDFAISALBINTANMUTALLIB S41 LANTIKANBARU JAWI 18.10.2010

15 MOHDHIDHIRBINHAMIDON S41 LANTIKANBARU SECARAPENTADBIRANDIBPSM

18.10.2010

16. MUHAMADADIBBINHATIM S41 LANTIKANBARU SECARAPENTADBIRANDIBPSM

18.10.2010

17 YUZFARIMANBINBOHARI S41 LANTIKANBARU SECARAPENTADBIRANDIBPSM

18.10.2010

18. MOHDFIRDAUZBINMOHDSHUKRAN

S41 LANTIKANBARU SECARAPENTADBIRANDIBPSM

18.10.2010

19 MOHDHARIRIBINMOHAMADDAUD S41 LANTIKANBARU BAHAGIANDAKWAH 18.10.2010

20 KHADIJAHBINTIHARIRI S41 LANTIKANBARU BAHAGIANDAKWAH 18.10.2010

21 NADIABINTIABDULLAH S41 LANTIKANBARU JAWI 18.10.2010

22 ABUZARBINZAINUDIN S41 LANTIKANBARU JAWI 18.10.2010

23 SITIKASMAHBINTIKASSIM S41 LANTIKANBARU BAHAGIANDAKWAH 18.10.2010

24 MOHDFIRDAUSBINROSLI S41 LANTIKANBARU DARULQURAN 18.10.2010

25 MOHDSAIFULAZHARBINJAMIL S41 LANTIKANBARU JAWI 18.10.2010

26 MOHDBUKHARIBINHALIAH S41 LANTIKANBARU JAWI 18.10.2010

27 MOHAMMADAKMALBINABDULAZIZ

S41 LANTIKANBARU JAWI 18.10.2010

28 SITIAA’ISYAHBINTIABDULRAHMAN S41 LANTIKANBARU JAWI 18.10.2010

29 YAHYAMAHYUDDINUTOHBINSAID LANTIKANBARU JAWI 18.10.2010

30 MUHAMMADTORIQBINYAACOB S41 LANTIKANBARU DARULQURAN 18.10.2010

31 AMINBINHAJICHEMAT S41 LANTIKANBARU JAWI 18.10.2010

32 MOHDZHAFRANHELMIBINMOKHTARUDIN

S41 LANTIKANBARU AADK 18.10.2010

33 NURIDZHARBINOMAR S41 LANTIKANBARU HABHALAL 18.10.2010

34 MOHDRAHIMIBINP.RAMLEE S41 LANTIKANBARU JAWI 18.10.2010

35. MUMTAZAHBINTISANUSI S41 LANTIKANBARU JAWI 18.10.2010

36. MOHDHASSANBINAHMADSALLEH

S41 LANTIKANBARU JAKIMCAW.SARAWAK 18.10.2010

buletin jakim_nov 2010.indd 15 1/25/11 12:48 PM

Page 16: buletin jakim november 2010

16 | November 2010

Direktori Halal adalah direktori yang akan memaparkan senarai pemegang sijil halal. Pengguna boleh membuat carian berdasarkan nama syarikat, produk dan brand. Direktori ini akan memaparkan hasil carian berdasarkan kategori syarikat, produk, premis makanan, menu dan rumah sembelihan.

Kemudahan Senarai Dapur Hotel menyenaraikan pemegang sijil halal bagi dapur hotel. Senarai ini merangkumi sijil yang dikeluarkan oleh Jakim dan Jabatan Agama Islam Negeri/Majlis Agama Islam Negeri (JAIN/MAIN). Pengguna boleh memilih untuk paparan berdasarkan negeri. Capaian portal Halal Malaysia melalui telefon pintar turut disediakan. Sila layari:

www.halal.gov.my

Bagi kemudahan pengguna mobil, semakan halal menerusi kemudahan SMS juga disediakan.

Format SMS semakan permohonan:HALAL<>STATUS<>No. permohonanCth: HALAL STATUS 20091231101010

hantar ke 15888.Format SMS semakan pemegang sijil halal

HALAL<>SEMAK<>No. Pendaftaran Syarikat (ROC)Cth: HALAL SEMAK 12345X

hantar ke 15888.

buku terbitAn jAkim

direktori hAlAl

TAFSIR AR-RAHMAN (VERSI MANDARIN – JUZ 30)Pentashih : Prof Madya Haji Obeidillah bin MohamadPenyemak : Hajjah Alina Wong binti AbdullahCetakan Pertama : 2010ISBN : 978-983-042-456-9

SINOPSIS

Kitab Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian Al-Quran yang ditulis oleh Tuan Sheikh Abdullah bin Mohd. Basmeih dianggap kitab tafsir karya tempatan yang muktabar di Malaysia disebabkan punca-punca kajiannya daripada kitab-kitab yang muktabar. Versi bahasa Mandarin yang dimulakan dengan terbitan juz 30 ini merupakan kitab terjemahannya yang kedua selepas versi bahasa Inggeris yang telah diterbitkan pada tahun 2007.

Usaha terjemahan ini telah dimulakan pada tahun 2008 untuk menampung kekurangan bahan bacaan teras berkaitan Islam dalam bahasa Mandarin. Ia berjaya dilaksanakan oleh panel penterjemah daripada kalangan warga Malaysia sendiri yang mempunyai kepakaran dalam bidang pengajian Islam dan bahasa Mandarin.

Dengan terbitnya kitab tafsir terjemahan ini, pengguna yang menguasai bahasa Mandarin dapat menjadikannya sebagai rujukan untuk lebih mudah memahami pengertian dalam kitab suci al-Quran dan meningkatkan lagi penghayatan mereka terhadap ajaran Islam. Kitab tafsir terjemahan ini bukan hanya membawa manfaat kepada masyarakat negara ini sahaja, malah ia juga boleh disebarkan ke seluruh dunia.

Hubungi kami dan dapatkan naskhah anda di:Bahagian Penerbitan Jakim, Aras 1, Blok D9, Kompleks D,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62519 Putrajaya.Tel: 03-8886 4575

buletin jakim_nov 2010.indd 16 1/25/11 12:48 PM