BULETIN JPA 2019...MAJLIS PERASMIAN SESI LIBAT URUS PENGURUS SUMBER MANUSIA (HR DAY) YBhg. Datuk...

52
BULETIN JPA 2019 EDISI KEDUA 1

Transcript of BULETIN JPA 2019...MAJLIS PERASMIAN SESI LIBAT URUS PENGURUS SUMBER MANUSIA (HR DAY) YBhg. Datuk...

Page 1: BULETIN JPA 2019...MAJLIS PERASMIAN SESI LIBAT URUS PENGURUS SUMBER MANUSIA (HR DAY) YBhg. Datuk Seri Borhan bin Dolah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) telah mengadakan lawatan

BULETIN JPA 2019EDISI KEDUA 1

Page 2: BULETIN JPA 2019...MAJLIS PERASMIAN SESI LIBAT URUS PENGURUS SUMBER MANUSIA (HR DAY) YBhg. Datuk Seri Borhan bin Dolah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) telah mengadakan lawatan

BULETIN JPA 2019EDISI KEDUA2

Page 3: BULETIN JPA 2019...MAJLIS PERASMIAN SESI LIBAT URUS PENGURUS SUMBER MANUSIA (HR DAY) YBhg. Datuk Seri Borhan bin Dolah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) telah mengadakan lawatan

BULETIN JPA 2019EDISI KEDUA 2

Page 4: BULETIN JPA 2019...MAJLIS PERASMIAN SESI LIBAT URUS PENGURUS SUMBER MANUSIA (HR DAY) YBhg. Datuk Seri Borhan bin Dolah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) telah mengadakan lawatan

BULETIN JPA 2019EDISI KEDUA3

Page 5: BULETIN JPA 2019...MAJLIS PERASMIAN SESI LIBAT URUS PENGURUS SUMBER MANUSIA (HR DAY) YBhg. Datuk Seri Borhan bin Dolah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) telah mengadakan lawatan

BULETIN JPA 2019EDISI KEDUA 4

Page 6: BULETIN JPA 2019...MAJLIS PERASMIAN SESI LIBAT URUS PENGURUS SUMBER MANUSIA (HR DAY) YBhg. Datuk Seri Borhan bin Dolah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) telah mengadakan lawatan

BULETIN JPA 2019EDISI KEDUA5

KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS KEPIMPINAN KERAJAAN MALAYSIASusulan pelantikan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Malaysia ke-24 yang baharu, Datuk Mohd Khairul Adib bin Abd Rahman, beliau telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Pejabat Perdana Menteri di Kompleks A, Jabatan Perdana Menteri pada 8 Oktober 2019.

Kehadiran YBhg. Datuk KPPA telah disambut mesra dan ucapan tahniah di atas pelantikan selaku KPPA yang baharu oleh YAB Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada petang tersebut. Selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas YAB Perdana Menteri, beliau turut menghadiri mesyuarat anjuran Bahagian Saraan di JPM.

Manakala pada keesokan harinya, YBhg. Datuk KPPA turut mengadakan kunjungan hormat ke atas YAB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah binti Dr. Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Parlimen Malaysia pada 9 Oktober 2019. Terdahulu, YBhg. Datuk KPPA turut mengadakan kunjungan hormat ke atas YB Anthony Loke, Menteri Pengangkutan di Kementerian tersebut. YBhg. Datuk KPPA pernah menjawat jawatan selaku Timbalan Ketua Setiausaha dan Ketua Setiausaha di Kementerian Pengangkutan sebelum dilantik sebagai KPPA yang ke-24 pada 1 Oktober 2019.

Page 7: BULETIN JPA 2019...MAJLIS PERASMIAN SESI LIBAT URUS PENGURUS SUMBER MANUSIA (HR DAY) YBhg. Datuk Seri Borhan bin Dolah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) telah mengadakan lawatan

BULETIN JPA 2019EDISI KEDUA 6

Page 8: BULETIN JPA 2019...MAJLIS PERASMIAN SESI LIBAT URUS PENGURUS SUMBER MANUSIA (HR DAY) YBhg. Datuk Seri Borhan bin Dolah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) telah mengadakan lawatan

BULETIN JPA 2019EDISI KEDUA7

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JPA OKTOBER 2019Majlis Perhimpunan Bulanan JPA yang dianjurkan oleh Bahagian Khidmat Pengurusan telah berlangsung di Auditorium JPA pada 11 Oktober 2019. Ini merupakan perhimpunan bulanan yang pertama dihadiri oleh YBhg. Datuk Mohd Khairul Adib bin Abd Rahman selaku Ketua Pengarah Perkhidmatan yang baharu dilantik pada 1 Oktober 2019. Ketibaan YBhg. Datuk KPPA disambut oleh Timbalan KPPA (Pembangunan), YBhg. Datuk Dr. Rosslina binti Ahmad Mokhtar, Timbalan KPPA (Operasi), YBhg. Dato’ Haji Suhaime bin Mahbar dan juga Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan, Encik Samsul bin Dollah selaku penganjur perhimpunan

bulanan JPA pada kali ini yang bertemakan ‘Denyut Nadi Organisasi’.

YBhg. Datuk KPPA telah menyampaikan amanat pertama beliau bersama warga JPA yang hadir. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada warga JPA yang menyambut kedatangan dan sudi menerima beliau selaku KPPA yang baharu. Antara saranan yang disampaikan oleh YBhg. Datuk KPPA kepada warga JPA ialah untuk menekankan kepada lima (5) aspek penting bagi mencapai aspirasi Negara iaitu:

Datuk Mohd Khairul Adib bin Abd Rahman juga turut menguar-uarkan mengenai sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) pada Oktober 2019 iaitu program bulan bahasa telah dijenamakan semula sebagai Gerakan Dekad Bahasa Kebangsaan di bawah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). YBhg. Datuk KPPA turut memaklumkan mengenai Sambutan Bulan Sukan Negara (BSN) yang bermula pada 1 Oktober 2019 di mana JPA akan turut melaksanakan pelbagai program dan aktiviti sukan dalaman bagi menjayakan pengisian Bulan Sukan Negara ini. Perhimpunan ini diakhiri dengan kehadiran bekas pemain badminton negara iaitu Muhammad Roslin Hashim sebagai gimik penutup majlis dengan membuat pukulan servis bulu tangkis badminton kepada warga JPA yang hadir.

1 3

4 5

2Penjawat awam adalah denyut nadi jentera perkhidmatan awam Malaysia.

Kita juga perlu tegur-menegur dengan baik demi kebaikan bersama penjawat awam.

Hayatilah setiap bait-bait lagu Negaraku untuk kita tumpahkan khidmat bakti yang tidak berbelah bahagi kepada negara dengan tidak melakukan perkara yang boleh merosakkan reputasi perkhidmatan awam.

Gunakan peluang dan ruang yang diberikan terhadap amanah yang kita pegang demi berbakti kepada rakyat dan negara tercinta.

Selari dengan slogan JPA iaitu Peneraju Pembaharuan, Penggerak Perubahan, maka kita harus menjadi contoh dan tauladan kepada semua pihak agar imej perkhidmatan awam sentiasa dipandang tinggi dalam konteks sistem penyampaian yang cekap, berintegriti, amanah dan bertanggungjawab demi kemakmuran bersama.

Page 9: BULETIN JPA 2019...MAJLIS PERASMIAN SESI LIBAT URUS PENGURUS SUMBER MANUSIA (HR DAY) YBhg. Datuk Seri Borhan bin Dolah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) telah mengadakan lawatan

BULETIN JPA 2019EDISI KEDUA 8

Page 10: BULETIN JPA 2019...MAJLIS PERASMIAN SESI LIBAT URUS PENGURUS SUMBER MANUSIA (HR DAY) YBhg. Datuk Seri Borhan bin Dolah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) telah mengadakan lawatan

BULETIN JPA 2019EDISI KEDUA9

MAJLIS PERASMIAN SESI LIBAT URUS PENGURUS SUMBER MANUSIA

(HR DAY)

YBhg. Datuk Seri Borhan bin Dolah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) telah mengadakan lawatan kerja ke negeri Melaka dengan merasmikan Sesi Libat Urus Pengurus Sumber Manusia (HR Day) anjuran Bahagian Perkhidmatan JPA di Bangunan Seri Negeri, Pejabat Setiausaha Persekutuan Kerajaan Negeri Melaka pada 27 Jun 2019. Beliau telah disambut mesra oleh YB Dato’ Hasim bin Hasan, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka. Negeri Melaka merupakan negeri kedua yang menjadi tuan rumah kepada program Sesi Libat Urus JPA Bersama Pengurus Sumber Manusia (HR Day) selepas Pejabat SUK Perak yang telah diadakan pada 29 dan 30 April 2019.

Sejak tahun 2017, JPA telah melaksanakan beberapa program libat urus bersama Pengurus Sumber Manusia (PSM) bagi

membantu Agensi meningkatkan kecekapan tadbir urus sumber manusia di Jabatan masing-masing. Usaha ini adalah selaras dengan hasrat Ketua Setiausaha Negara untuk memantapkan kefahaman PSM ke atas dasar-dasar yang dikeluarkan oleh Kerajaan melalui pekeliling dan surat pekeliling di samping membantu menyelesaikan perkara-perkara berbangkit berkaitan pengurusan sumber manusia di Agensi awam.

Anjuran program ni bukan sahaja akan dapat membantu PSM di Jabatan dan Agensi untuk mendapatkan pandangan yang jelas dan tepat ke atas segala isu-isu perkhidmatan yang dihadapi, malahan PSM akan dapat berkongsi ilmu bersama-sama pegawai di agensi masing-masing dalam memastikan pengurusan sumber manusia dapat dilaksanakan

dengan cekap dan berkesan. Selain itu, dengan sesi sebegini, JPA akan dapat memahami cabaran-cabaran pelaksanaan dasar-dasar yang telah dikeluarkan dan bersedia untuk menambah baik peraturan sedia ada bagi memperkasakan pengurusan sumber manusia sektor awam.

Sesi seperti ini diharap dapat mengeratkan lagi silaturrahim dan kerjasama yang berterusan antara pengurusan sumber manusia di Agensi dan JPA serta urusan-urusan berkaitan sumber manusia dapat dilaksanakan selepas ini dengan lebih baik dan berkesan. Terdahulu, YBhg. Datuk Seri KPPA turut menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya anjuran Pejabat SUK Melaka.

Page 11: BULETIN JPA 2019...MAJLIS PERASMIAN SESI LIBAT URUS PENGURUS SUMBER MANUSIA (HR DAY) YBhg. Datuk Seri Borhan bin Dolah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) telah mengadakan lawatan

BULETIN JPA 2019EDISI KEDUA 10

Page 12: BULETIN JPA 2019...MAJLIS PERASMIAN SESI LIBAT URUS PENGURUS SUMBER MANUSIA (HR DAY) YBhg. Datuk Seri Borhan bin Dolah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) telah mengadakan lawatan

BULETIN JPA 2019EDISI KEDUA11

Delegasi JPA yang diketuai oleh YBhg. Datuk Seri Borhan bin Dolah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) dengan penganjuran Bahagian Pasca Perkhidmatan JPA telah menganjurkan majlis pelancaran Kaunter MyPesara di Bangunan Seri Negeri, Kerajaan Negeri Melaka pada 27 Jun 2019. Pelancaran Kaunter MyPesara peringkat SUK Melaka telah disempurnakan oleh YAB Tuan Haji Adly bin Zahari, Ketua Menteri Melaka.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), selaku jabatan yang bertanggungjawab ke atas pesara Kerajaan sentiasa mengambil berat terhadap kebajikan pesara Kerajaan. Maka terdapat cadangan yang dikemukakan oleh Persatuan Pesara supaya diwujudkan kaunter perkhidmatan pesara di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK Negeri) bagi memudahkan mendapat khidmat nasihat dan panduan berhubung dengan hal ehwal persaraan. Cadangan ini dikemukakan dengan mengambilkira:

a. Kesukaran untuk hadir ke JPA/KWAP;

b. Tidak mempunyai telefon pintar untuk akses MyPesara atau Facebook Bahagian Pasca Perkhidmatan (PENCEN); dan

c. Lebih selesa berurusan secara bersemuka.

Cadangan mewujudkan kaunter perkhidmatan pesara (Kaunter MyPesara) telah dibincangkan dalam MPP yang lalu dengan beberapa penambahbaikan. Dengan kerjasama pejabat SUK, cadangan ini telah berjaya direalisasikan di mana khidmat nasihat kepada pesara Kerajaan akan dibantu oleh Pengurusan Sumber Manusia (PSM) di setiap Pejabat SUK Negeri. Bagi meningkatkan tahap khidmat nasihat dan bantuan yang diberikan, satu Program MyPesara Training of Trainers (TOT) telah diadakan kepada semua wakil PSM Pejabat SUK pada Mac 2019.

PELANCARANKAUNTER MYPESARA

Page 13: BULETIN JPA 2019...MAJLIS PERASMIAN SESI LIBAT URUS PENGURUS SUMBER MANUSIA (HR DAY) YBhg. Datuk Seri Borhan bin Dolah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) telah mengadakan lawatan

BULETIN JPA 2019EDISI KEDUA 12

Kemudahan-kemudahan yang disediakan adalah:

Dengan pemberian perkhidmatan terbaru ini oleh JPA dan kerjasama Pejabat-pejabat SUK Negeri, adalah diharapkan perkhidmatan yang diberikan kepada pesara Kerajaan dapat dipertingkatkan.

Sungguhpun demikian, kaunter MyPesara ini tiada di negeri-negeri berikut:

1. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (Ibu pejabat JPA terletak di Putrajaya);

2. Selangor (Ibu pejabat Jabatan Perkhidmatan Persaraan, Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) terletak di Cyberjaya, Selangor);

3. Sabah (JPA mempunyai cawangan Bahagian Pasca Perkhidmatan di Sabah); dan

4. Sarawak (JPA mempunyai cawangan Bahagian Pasca Perkhidmatan di Sarawak).

A B C DCetakan

Penyata Pencen;Cetakan Surat

kelulusan Faedah

Persaraan;

Semakan Status Persaraan; dan

Terimaan permohonan:

i. Kemaskini maklumat perkahwinan/penceraian;ii. Kemaskini maklumat anak;iii. Permohonan Pencen Terbitan bagi Kematian Dalam Persaraan;iv. Permohonan Bantuan Mengurus Jenazah;v. Permohonan Pertukaran Akaun Bank;vi. Permohonan Pelantikan Wakil Skim A; danvii. Pelantikan wakil diri untuk pesara/penerima pencen.

Page 14: BULETIN JPA 2019...MAJLIS PERASMIAN SESI LIBAT URUS PENGURUS SUMBER MANUSIA (HR DAY) YBhg. Datuk Seri Borhan bin Dolah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) telah mengadakan lawatan

BULETIN JPA 2019EDISI KEDUA13

MAJLIS PENGANUGERAHAN BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG (BYDPA) 2019

DI ISTANA NEGARA

Latar Belakang

Majlis Penganugerahan Penerima Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) Sesi Pengajian 2019/2020 pada 3 Julai 2019 adalah merupakan majlis penganugerahan yang ke-14 bagi penganjuran BYDPA kali ini. Tahun ini, seramai sepuluh (10) penerima akan menerima penganugerahan BYDPA bagi Sesi Pengajian 2019/ 2020 iaitu seramai enam (6) penerima akan melanjutkan pengajian dalam bidang Doktor Falsafah (Ph.D), manakala seramai empat (4) penerima akan melanjutkan dalam bidang Sarjana (Masters). Majlis pada hari ini dikurniakan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah, Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Biasiswa Yang di-Pertuan Agong telah mula diperkenalkan pada tahun 2006. Biasiswa ini diperkenalkan bagi mengiktiraf kebolehan luar biasa seseorang calon, di samping memberi peluang untuk mereka melanjutkan pengajian di peringkat pasca ijazah (Sarjana dan Ph.D) di dalam dan di luar negara. Pada sesi pengajian 2006/2007, seramai sepuluh (10) calon (bidang pengajian sains dan teknologi) telah diputuskan sebagai penerima Biasiswa YDPA. Keputusan Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada November 2006 memutuskan penambahan dua (2) biasiswa iaitu setiap satu untuk bidang ekonomi dan undang-undang selain daripada bidang sains dan teknologi menjadikan keseluruhannya 12 orang penerima.

Sehingga tahun 2019, seramai 161 orang penerima telah ditaja iaitu 79 orang peringkat Sarjana manakala 82 orang lagi Ph.D.

BIL SESI PENGAJIAN BIL. PELAJAR YANG DITAWARKANSARJANA Ph.D JUMLAH

1 2006/2007 5 5 102 2007/2008 6 6 123 2008/2009 6 6 124 2009/2010 6 6 125 2010/2011 6 6 126 2011/2012 6 6 127 2012/2013 6 6 128 2013/2014 6 6 129 2014/2015 6 6 12

10 2015/2016 6 5 1111 2016/2017 4 6 1012 2017/2018 6 6 1213 2018/2019 6 6 1214 2019/2020 4 6 10

JUMLAH 79 82 161

Page 15: BULETIN JPA 2019...MAJLIS PERASMIAN SESI LIBAT URUS PENGURUS SUMBER MANUSIA (HR DAY) YBhg. Datuk Seri Borhan bin Dolah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) telah mengadakan lawatan

BULETIN JPA 2019EDISI KEDUA 14

Penambahbaikan Penawaran Pada Tahun 2014

Penambahbaikan Penawaran Pada Tahun 2018

Pada tahun 2014, penambahbaikan telah dibuat dengan pengenalan kepada bidang taja yang baru iaitu Kewangan Islam. Ini selaras dengan hasrat menjadikan Malaysia sebagai Pusat Kewangan Islam Antarabangsa. Syarat had umur dinaikkan daripada 30 tahun kepada 35 tahun. Hanya penerima yang mengikuti pengajian secara mode penyelidikan atau mixed mode sahaja yang layak menerima penajaan pada kali ini.

Syarat Umum:• Warganegara Malaysia; dan • Umur tidak melebihi 35 tahun pada tahun memulakan pengajian

di universiti.

Syarat Khusus:• Memiliki Ijazah Sarjana Muda/Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan

atau dengan pencapaian CGPA minimum 3.75 atau Kelas Pertama atau yang setaraf dengannya;

• Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum atau aktiviti kemasyarakatan atau menghasilkan kerja-kerja kreatif dan inovatif;

• Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mahir dalam lebih daripada satu bahasa antarabangsa; dan

• Pemohon perlu mendapatkan tempat pengajian dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi, Undang-undang dan Kewangan Islam di universiti penyelidikan tempatan atau di universiti terkemuka dunia yang dipersetujui JPA. Pemberian kemudahan pembentangan

kertas kerja dan kutipan data bagi pengajian peringkat Ph.D memandangkan keperluan ini adalah merupakan sebahagian daripada struktur pengajian; Hanya penerima yang mengikuti pengajian secara mod penyelidikan sahaja yang layak menerima penajaan; Pembiayaan bench fees/ research cost terutama di bawah bidang Sains dan Teknologi; dan Penajaan dipertimbangkan bagi calon yang mempunyai Ijazah Pertama yang diterima masuk ke program Ph.D secara terus. Kelebihan biasiswa ini yang amat menarik ialah kadar elaun sara hidup lebih tinggi 50% daripada kadar biasiswa Persekutuan.

Penerima Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong yang telah menamatkan pengajian diwajibkan pulang ke tanahair tetapi tidak terikat untuk berkhidmat dengan Kerajaan. Walau bagaimanapun, mereka dikehendaki menyumbang perkhidmatan dalam negara untuk tempoh 5 tahun.

Sekalung tahniah dan selamat maju jaya kepada kesemua penerima biasiswa tersebut.

Syarat-syarat KELAYAKAN

Senarai penerima biasiswa bagi peringkat Doktor Falsafah (Ph.D) :

Senarai penerima biasiswa peringkat Sarjana (Masters) :

1. Saira Bannu binti Baharuddin (Petroleum Geoscience, Imperial College, London, UK)

2. Harishini a/p Rajaratinam (Immunology, USM)

3. Nur Liyana binti Mohammed Yusof (Biomedical Science, UKM)

4. Muhammad Ammar Bin Muhammad Sani (Sains Komputer, UTM)

5. Qistina binti Mohamad Ludin (Energy - Life Cycle Analysis (LCA), UKM)

6. Nik Syahirah Aliaa binti Nik Sharifulden (Biomedical Engineering, USM)

1. Nurul Syuhadah binti Yakath Ali (Ekonomi, USM)

2. Ang Zi Qing (Matematik Analisis, USM)

3. Muhammad Afiq Farahi bin Abd Rahim (Kejuruteraan Aeroangkasa, USM)

4. Chow Yoke Yue (Farmasi, UKM)

Page 16: BULETIN JPA 2019...MAJLIS PERASMIAN SESI LIBAT URUS PENGURUS SUMBER MANUSIA (HR DAY) YBhg. Datuk Seri Borhan bin Dolah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) telah mengadakan lawatan

BULETIN JPA 2019EDISI KEDUA15

MENYANTUNIPESARA KERAJAAN

Daerah Semporna di negeri Sabah adalah merupakan lokasi pilihan Bahagian Pasca Perkhidmatan untuk menyantuni pesara. Ini merupakan lawatan pertama dan julung kalinya JPA mengadakan program menyantuni pesara di Semporna, Sabah. Antara delegasi yang turut serta bagi program menyantuni Pesara Kerajaan ialah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), YBhg. Datuk Seri Borhan bin Dolah bersama-sama Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan) - YBhg. Datuk Dr. Rosslina binti Ahmad Mokhtar dan Pengarah-pengarah Bahagian JPA serta diiringi delegasi pegawai JPA pada 26-27 Julai 2019 yang lalu.

Penganjur program iaitu Bahagian Pasca Perkhidmatan Sabah dengan diiringi Pengarah Bahagian iaitu YBhg. Datuk Teo Khian How telah menguruskan Program Menyantuni Pesara Kerajaan di sekitar Semporna. Ianya dimulakan dengan menyantuni balu kepada arwah En. Ammahari bin Rahali yang baru sahaja meninggal dunia pada 23 Julai 2019. Manakala pesara uzur ke-2 yang disantuni ialah Encik Abdul Fattah bin Ajuram (pesakit strok). YBhg. Datuk Seri KPPA dengan diiringi Tuan Syed Hamadah Syed Othman, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) telah sudi menyampaikan

bantuan berupa penyerahan kerusi roda, kad pesara, sijil penghargaan, penyampaian hamper dan barangan keperluan harian.

Seterusnya delegasi turut dibawa untuk melawat tapak-tapak projek yang diusahakan dalam bidang agropreneur dan keusahawanan di kalangan belia dan Pesara Kerajaan. Wakil Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) serta Persatuan Pesara Negeri Sabah telah mencadangkan untuk mengadakan lawatan ke projek ternakan kambing (Pesara Kerajaan) dan perusahaan madu kelulut (belia peserta agropreneur muda).

Pada hari berikutnya, delegasi JPA dengan kerjasama MOA turut mengadakan lawatan kerja ke projek penternakan rumpai laut dan perusahaan homestay, Arung Hayat Mabul Lodge yang diusahakan oleh Pesara Kerajaan di sekitar pulau di Semporna. Sebelum mengakhiri lawatan kerja di Semporna, YBhg. Datuk Seri KPPA telah menyempurnakan majlis penyampaian surat kelulusan geran dan mock cheque kepada Penerima Geran Agropreneur Muda yang telah mengikuti Seminar Agropreneur Muda di Dewan Perpustakaan Daerah Semporna.

Page 17: BULETIN JPA 2019...MAJLIS PERASMIAN SESI LIBAT URUS PENGURUS SUMBER MANUSIA (HR DAY) YBhg. Datuk Seri Borhan bin Dolah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) telah mengadakan lawatan

BULETIN JPA 2019EDISI KEDUA 16

Page 18: BULETIN JPA 2019...MAJLIS PERASMIAN SESI LIBAT URUS PENGURUS SUMBER MANUSIA (HR DAY) YBhg. Datuk Seri Borhan bin Dolah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) telah mengadakan lawatan

BULETIN JPA 2019EDISI KEDUA17

WAKTU BEKERJA FLEKSI (WBF)(Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2019)

WBF adalah merupakan inisiatif Kerajaan dalam usaha pembaharuan berterusan perkhidmatan awam berkaitan dengan pelaksanaan pengaturan Waktu Bekerja di dalam Perkhidmatan Awam ke arah perkhidmatan awam yang lebih fleksibel dan seimbang di antara kerjaya dan kehidupan/urusan keluarga (Work Life Balance).

Ia memberi penekanan terhadap pentingnya mempunyai kehidupan seimbang antara pekerjaan dan pembangunan keluarga di kalangan pegawai awam. Selaras dengan itu, Waktu Bekerja Fleksi (WBF) dilaksanakan. Selain daripada menyeimbangkan kerjaya dan kehidupan, WBF dapat meningkatkan kepuasan bekerja; mengurangkan kadar kehadiran lewat pegawai; memperkemaskan proses kerja mentadbir kehadiran pegawai ke pejabat; dan mengurangkan kadar kesesakan lalu lintas.

WBF yang berkuatkuasa pada 1 Ogos 2019 adalah merupakan masa bekerja yang fleksibel di mana pegawai diberi fleksibiliti untuk hadir bekerja dalam tempoh waktu masuk (7:30 pagi – 9:00 pagi) dan waktu pulang (4:30 petang – 6:00 petang) seperti yang ditetapkan, dengan syarat memenuhi tempoh waktu bekerja sehari iaitu sembilan (9) jam. WBF diperuntukkan kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang sebelum ini mengguna pakai WBB. Dengan pelaksanaan WBF ini, waktu pejabat adalah bermula dari pukul 7.30 pagi hingga 6.00 petang kecuali pada hari Khamis di negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor iaitu bermula dari pukul 7.30 pagi hingga 4.30 petang.

Page 19: BULETIN JPA 2019...MAJLIS PERASMIAN SESI LIBAT URUS PENGURUS SUMBER MANUSIA (HR DAY) YBhg. Datuk Seri Borhan bin Dolah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) telah mengadakan lawatan

BULETIN JPA 2019EDISI KEDUA 18

Page 20: BULETIN JPA 2019...MAJLIS PERASMIAN SESI LIBAT URUS PENGURUS SUMBER MANUSIA (HR DAY) YBhg. Datuk Seri Borhan bin Dolah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) telah mengadakan lawatan

BULETIN JPA 2019EDISI KEDUA19

MESYUARAT MAJLIS BERSAMA KEBANGSAAN (MBK)Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), YBhg. Datuk Seri Borhan bin Dolah telah menghadiri sesi ramah mesra bersama perwakilan MBK di peringkat Kementerian, Jabatan dan Agensi anjuran Bahagian Saraan JPA di Melaka pada 1 – 2 Ogos 2019. Sesi ramah mesra ini telah memupuk silaturrahim yang mesra di antara perwakilan dan juga JPA dalam sesi yang lebih santai dan separa rasmi.

MBK merupakan inisiatif Kerajaan bagi membentuk hubungan majikan-pekerja melalui perbincangan yang berkesan di antara pihak pekerja dan pihak pegawai. MBK memainkan peranan penting dalam mewujudkan kerjasama yang erat di antara kedua-dua belah pihak ke arah meningkatkan kualiti dan prestasi Perkhidmatan Awam. YBhg. Datuk Seri KPPA bersama-sama Pengerusi Pihak Pekerja MBK Am, YBhg. Datuk Haji Azih bin Muda telah mempengerusikan Mesyuarat MBK. Sebanyak tiga (3) kertas cadangan yang telah dibentangkan pada mesyuarat tersebut. Perwakilan MBK dan JPA telah membincangkan isu-isu perkhidmatan awam seperti tuntutan, insentif dan penetapan gaji yang dicadangkan untuk ditambah baik dengan mengambil kira kebajikan dan faedah bersama.

Page 21: BULETIN JPA 2019...MAJLIS PERASMIAN SESI LIBAT URUS PENGURUS SUMBER MANUSIA (HR DAY) YBhg. Datuk Seri Borhan bin Dolah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) telah mengadakan lawatan

BULETIN JPA 2019EDISI KEDUA 20

Page 22: BULETIN JPA 2019...MAJLIS PERASMIAN SESI LIBAT URUS PENGURUS SUMBER MANUSIA (HR DAY) YBhg. Datuk Seri Borhan bin Dolah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) telah mengadakan lawatan

BULETIN JPA 2019EDISI KEDUA21

Page 23: BULETIN JPA 2019...MAJLIS PERASMIAN SESI LIBAT URUS PENGURUS SUMBER MANUSIA (HR DAY) YBhg. Datuk Seri Borhan bin Dolah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) telah mengadakan lawatan

BULETIN JPA 2019EDISI KEDUA 22

MAJLIS PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN DAN KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG 2019

Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2019 anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang diadakan di Dataran Pahlawan, Bandar Hilir pada 3 Ogos 2019 telah dirasmikan YAB Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia. Majlis ini turut dihadiri oleh YAB Ketua Menteri, Menteri Besar, Menteri-menteri, Ketua Setiausaha Negara (KSN), Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia (KPPA) dan Ketua Jabatan/Agensi di peringkat Persekutuan dan Negeri.

Pemilihan Melaka sebagai lokasi program pelancaran sambutan ini adalah untuk mengimbau sejarah pengisytiharan kemerdekaan negara yang diadakan di Bandar Hilir kira-kira 63 tahun lalu dan bergema pada 20 Februari 1956. Seramai lebih 30,000 orang telah menghadiri sambutan pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2019 Peringkat Kebangsaan yang bertemakan ‘Sayangi Malaysiaku : Malaysia Bersih’.

Tema tahun ini menitikberatkan hasrat Kerajaan untuk memupuk semangat cintakan negara dan mengeratkan jalinan perpaduan serta menjadikan Malaysia sebuah negara maju dengan rakyat yang mempunyai jati diri dan integriti. Manakala logo rasmi sambutan Hari Kebangsaan memaparkan simbol rakyat dalam pergerakan riang, mengangkat tangan dengan satu bentuk hati yang menyatukan mereka. Logo ini juga menggambarkan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dalam keharmonian rasa seia sekata, sehati dan sejiwa. Perdana Menteri turut menyempurnakan pelepasan 62 kenderaan pelbagai jenis dalam siri jelajah Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2019 (KMJG19) ke seluruh Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan dengan jarak perjalanan sejauh 6,200 kilometer. Majlis malam tersebut turut dimeriahkan dengan konsert, larian kemerdekaan, pameran yang membabitkan 37 gerai Agensi Kerajaan dan Swasta.

Page 24: BULETIN JPA 2019...MAJLIS PERASMIAN SESI LIBAT URUS PENGURUS SUMBER MANUSIA (HR DAY) YBhg. Datuk Seri Borhan bin Dolah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) telah mengadakan lawatan

BULETIN JPA 2019EDISI KEDUA23

Mendepani cabaran dunia global, pengurusan psikologi perkhidmatan awam perlu diperkasakan bagi menyediakan penjawat awam yang berdaya tahan menangani cabaran kerjaya dan kehidupan. Keupayaan menangani isu-isu tersebut membolehkan pejawat awam mencapai kesejahteraan psikologi seterusnya menjadi lebih produktif, berprestasi tinggi dan berintegriti. Walau bagaimanapun, memiliki kesejahteraan psikologi sahaja tidak dapat memastikan seseorang mempunyai integriti yang tinggi. Faktor keutuhan nilai perlu diintergrasikan dengan kesejahteraan psikologi bagi membentuk keseimbangan dalam diri individu. Mereka yang mempunyai nilai yang utuh dan psikologi yang sejahtera akan sentiasa memastikan diri mereka berada dalam situasi terbaik dan seimbang. Kesejahteraan psikologi yang dipandu oleh nilai yang utuh mendorong kepada penjawat awam yang produktif, berprestasi dan berintegriti. Kesejahteraan psikologi individu akan bergantung penuh kepada prinsip psikologi. Prinsip psikologi adalah untuk memastikan keseimbangan aspek emosi, kognitif dan tingkah laku ke arah kesejahteraan insan. Tindakan, aktiviti dan program yang dijalankan mestilah memenuhi prinsip asas ini.

Waima demikian, individu yang sejahtera tanpa pegangan nilai murni yang utuh tetap tidak terlepas daripada isu integriti, akauntabiliti dan rasuah. Keutuhan nilai

adalah pertimbangan terhadap sesuatu yang dirasakan penting dan berbaloi dalam kehidupan selaras dengan prinsip, etika dan norma. Setiap individu memegang pelbagai nilai yang berbeza tahap kepentingannya dan ia bertindak sebagai prinsip asas yang memandu kehidupan seseorang. Aspek utama yang membezakan kesemua nilai ini dengan yang lain adalah tahap motivasi yang ditunjukkan dalam mencapainya.

Dengan itu, integrasi di antara kesejahteraan psikologi dan keutuhan nilai akan menjadi dua elemen utama dalam memastikan seseorang individu untuk mencapai kecemerlangan psikologi dan kesejahteraan hidup secara berintegriti serta bermaruah.

KECEMERLANGAN PSIKOLOGI DAN KEUTUHAN NILAI: MENEGUH MARUAH BERSAMAOleh: Dr. Abdul Jalil bin Hassan Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Psikologi

Dr. Abdul Jalil bin Hassan

Pengenalan

Senario SemasaDunia hari ini semakin mencabar. Pelbagai isu dan cabaran kehidupan sering terpapar di media yang menjurus kepada kekeringan aspek kecemerlangan psikologi pada diri individu. Ini dapat dilihat daripada seruan daripada YAB Timbalan Perdana Menteri agar mereka yang mengalami gangguan emosi atau perasaan supaya tampil untuk mendapatkan rawatan. Seruan ini menggambarkan seriusnya isu kesihatan mental yang ditunjukkan melalui rendahnya kesejahteraan psikologi rakyat Malaysia (Kenyataan Media Pejabat YAB Timbalan Perdana Menteri, 13 Jun 2019).

Rentetan itu juga, CEUPACS telah menekan dan menyarankan agar kursus psikologi dan kaunseling kepada penjawat awam di adakan bagi membantu mereka yang menghadapi atau mengalami tekanan

pekerjaan. CUEPACS melihat perlu lebih banyak kursus diterapkan kepada anggota perkhidmatan awam dalam usaha meningkatkan mutu pekerjaan mereka (Berita Harian, 3 Jun 2019).

Berkaitan situasi itu juga, Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye telah menggesa agar Malaysia mempunyai indeks tersendiri bagi menilai kesejahteraan psikologi rakyat terutama dalam kalangan pekerja. Katanya, peningkatan kes bunuh diri sepatutnya meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat bahawa mereka perlu mendapatkan bantuan perubatan segera terutama jika berdepan kemurungan, putus asa atau hilang minat untuk melakukan kegiatan kegemaran (Berita Harian Online, 22 Ogos 2018).

Page 25: BULETIN JPA 2019...MAJLIS PERASMIAN SESI LIBAT URUS PENGURUS SUMBER MANUSIA (HR DAY) YBhg. Datuk Seri Borhan bin Dolah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) telah mengadakan lawatan

BULETIN JPA 2019EDISI KEDUA 24

Implikasi

Pemahaman

Kesannya, pelbagai isu masyarakat timbul dan membarah. Mempertahankan mental yang mental menjadi makin mencabar. Dapatan kajian Kesihatan dan Mobiditi Kebangsaan 2015 telah menunjukkan di kalangan mereka yang berumur 16 tahun ke atas, 29.2% mempunyai prevalen masalah kesihatan mental, jumlah ini menunjukkan peningkatan tiga kali ganda daripada 10.7% pada tahun 1996. Pada tahun 2017, kajian yang sama memfokus kepada remaja sekolah berumur 13 hingga 17 tahun, telah mendapati bahawa prevalen idea membunuh diri adalah 10% berbanding 7.9% pada tahun 2012.

Seruan YAB Timbalan Perdana Menteri supaya mereka yang mengalami gangguan emosi atau perasaan supaya tampil mendapatkan bantuan adalah amat berasas. Ini kerana, kesejahteraan mental amat penting kerana ianya melibatkan semua golongan masyarakat: kanak-kanak, remaja, orang muda, dewasa dan warga emas sama ada wanita mahupun lelaki. Dilaporkan juga, kemurungan merupakan ketidakupayaan yang utama dalam kalangan masyarakat Malaysia. Penyakit mental memberi kesan ke atas ekonomi Malaysia dan dijangka mencecah US$25.3 billion pada tahun 2030 (Kenyataan Media Pejabat YAB Timbalan Perdana Menteri, 13 Jun 2019).

Rentetan itu, akhbar KOSMO (18 April 2018) melaporkan sakit mental dijangka menjadi masalah kesihatan kedua terbesar menjejaskan rakyat Malaysia menjelang 2020 selepas penyakit jantung. Manakala, mStar (akhbar dalam talian) pada 5 Ogos 2018 telah memetik kenyataan Penaung Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA) Tan Sri Lee Lam Thye bahawa depresi atau kemurungan akan menjadi penyakit kesihatan mental utama dialami rakyat Malaysia menjelang 2020 susulan semakin ramai orang dijangka mengalami peningkatan stres akibat tekanan kerja dan keluarga.

Laporan di atas selaras dengan kenyataan World Health Organization (WHO) pada tahun 2001 yang menyatakan bahawa satu daripada empat orang di dunia ini akan terkesan dengan kecelaruan mental atau neurological sepanjang kehidupan mereka. Keadaan ini pastinya memberi kesan kepada kehidupan rakyat keseluruhannya dan memberi gambaran kurang baik berhubung tahap kesejahteraan rakyat.

Dapatan Indeks Kesejahteraan Psikologi Malaysia (peringkat Perkhidmatan Awam) yang telah dilancarkan oleh YBhg. Datuk Seri KPPA pada tahun 2018, menunjukkan tahap kesejahteraan psikologi penjawat awam pada skor 6.92 daripada 10. Ini menunjukkan tahap kesejahteraan psikologi penjawat awam adalah sederhana dan tindakan segera bagi menangani isu kesejahteraan perlu diambil. Bagi mencapai sasaran skor 8, maka penjawat awam perlu sentiasa dididik dan dilatih bagi menangani isu kesejahteraan psikologi dan kesihatan mental mereka serta membolehkan mereka mempromosikan kesejahteraan kepada semua. Situasi ini memperlihatkan betapa perlunya tindakan segera diambil bagi menangani isu kesejahteraan psikologi dan program pencegahan awal perlu segera diaktifkan bagi mengelak perkara yang lebih buruk berlaku.

Bagi menangani isu ini, pemahaman yang menyeluruh terhadap isu kesihatan mental perlu sentiasa disegarkan supaya setiap individu memahami betapa pentingnya mereka mengambil langkah awal bagi mengatasinya. Stigma bahawa kesihatan mental adalah sesuatu yang memalukan dan perlu disorok adalah sesuatu yang perlu disanggah jauh serta diperbetulkan. Kesihatan mental adalah sama seperti kesihatan fizikal lain seperti kencing manis, tekanan darah tinggi, jantung dan lain-lain. Ia memerlukan rawatan berterusan dan boleh dirawat.

Tegas beliau lagi, individu yang menghidap kemurungan bagaikan bom jangka yang boleh meletup pada bila-bila masa sahaja dan akan menjejaskan hubungan bersama keluarga serta komuniti selain memberi kesan kepada prestasi pekerjaan. Sehubungan itu, jelas Lam Thye, kerajaan perlu membangunkan sebuah indeks tersendiri khusus untuk mengukur kesejahteraan psikologi rakyat, terutamanya dalam kalangan guru dan penjawat awam(Utusan Onlien, 29 Ogos 2018).

Dalam hal yang sama, Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik mendedahkan dapatan sebuah kajian pada tahun lalu bahawa terdapat 4.4 peratus daripada 48,258 responden yang terdiri daripada guru mengalami

stres tahap sederhana tinggi. Menurut beliau, keadaan tersebut berpunca daripada pelbagai faktor seperti isu keluarga, kewangan, pentadbiran, bebanan tugas, tidak mendapat penghargaan, kekurangan kemahiran dan tidak dilatih untuk menangani stress (Utusan Online, 30 Ogos 2018).

Kenyataan-kenyataan tersebut seolah telah menjustifikasikan fenomena yang berlaku hari ini. Kes bunuh diri yang meningkat saban tahun sepertimana yang dilaporkan di media menggambarkan betapa seriusnya isu kesejahteraan psikologi di kalangan rakyat.

Page 26: BULETIN JPA 2019...MAJLIS PERASMIAN SESI LIBAT URUS PENGURUS SUMBER MANUSIA (HR DAY) YBhg. Datuk Seri Borhan bin Dolah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) telah mengadakan lawatan

BULETIN JPA 2019EDISI KEDUA25

Pemahaman

Kecemerlangan Psikologi

i. Kesihatan Mental

Bagi menangani isu ini, pemahaman yang menyeluruh terhadap isu kesihatan mental perlu sentiasa disegarkan supaya setiap individu memahami betapa pentingnya mereka mengambil langkah awal bagi mengatasinya. Stigma bahawa kesihatan mental adalah sesuatu yang memalukan dan perlu disorok adalah sesuatu yang perlu disanggah jauh serta diperbetulkan. Kesihatan mental adalah sama seperti kesihatan fizikal lain seperti kencing manis, tekanan darah tinggi, jantung dan lain-lain. Ia memerlukan rawatan berterusan dan boleh dirawat.

Dua komponen asas yang membentuk kecemerlangan psikologi adalah kesihatan mental dan kesejahteraan psikologi. Asas kepada kesihatan mental adalah mempunyai kesejahteraan psikologi yang baik. Mereka yang cemerlang psikologinya mampu untuk menjalani kehidupan dengan baik dan mempunyai mental yang sihat.

Dasar Kesihatan Mental Malaysia mentakrifkan kesihatan mental sebagai kemampuan individu, kelompok dan persekitaran berinteraksi antara satu sama lain bagi mempromosi kesejahteraan subjektif (psikologi) serta berfungsi secara optima dengan penggunaan keupayaan kognitif, efektif dan perhubungan ke arah pencapaian matlamat individu atau kumpulan. Visi kepada dasar ini adalah untuk melahirkan suatu masyarakat yang seimbang dan sihat dari segi psikologi dengan memberikan penekanan terhadap promosi kesihatan mental dan pencegahan masalah-masalah psikososial.

Seseorang yang normal tidak semestinya mempunyai kesihatan mental yang baik pada setiap masa. Walau bagaimanapun, mereka mampu untuk melakukan aktiviti seperti biasa. Menjadi suatu kemestian untuk setiap individu menjaga kepentingan kesihatan mental. Di antara kepentingan kesihatan mental ialah ia menjadi asas kepada kesejahteraan individu dan masyarakat untuk berfungsi secara efektif. Ia merujuk kepada satu keadaan yang sejahtera di mana seseorang individu menyedari tentang keupayaan diri, dapat mengendalikan tekanan dengan baik, dapat bekerja secara produktif dan mampu menyumbang kepada masyarakat. Kesihatan mental merupakan ekspresi emosi dan melambangkan keupayaan untuk menyesuaikan diri dalam pelbagai tekanan dan tuntutan hidup. Adalah penting bagi seseorang untuk mengendalikan tekanan dengan baik yang dapat menyeimbangkan kesihatan mental dan keadaan sekeliling.

Selain itu, mental yang sihat membolehkan individu bekerja secara produktif. Mental yang sihat juga dapat diperolehi apabila sesorang dapat memotivasikan diri sendiri. Motivasi dapat merangsang mental untuk mendorong seseorang melakukan pekerjaan dalam keadaan yang baik. Selain itu, keputusan dalam pekerjaan dapat dilakukan secara baik dalam keadaan yang waras. Mental yang sihat membolehkan individu untuk mengetahui perkara yang perlu dilakukan. Penyusunan pekerjaan mengikut kepentingan dapat dilaksanakan.

Di samping itu, kesihatan mental membolehkan seseorang mengharungi cabaran kehidupan secara berhemah. Seseorang yang mempunyai kesihatan mental yang baik akan dapat menghadapi tekanan dengan baik. Dalam konteks kehidupan seharian, individu yang sihat mentalnya pasti mudah untuk menerima kenyataan dan menggunakan keupayaan diri dalam mengatasi cabaran pada masa kini. Ia juga akan membawa kepada pemikiran yang positif dan menjalani kehidupan mengikut perancangan yang telah dibuat.

Rumusannya, kesihatan mental adalah situasi di mana seorang individu menyedari potensinya, boleh berdaya tindak terhadap stres kehidupan, boleh bekerja dengan produktif dan boleh menyumbang kepada masyarakat.

Page 27: BULETIN JPA 2019...MAJLIS PERASMIAN SESI LIBAT URUS PENGURUS SUMBER MANUSIA (HR DAY) YBhg. Datuk Seri Borhan bin Dolah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) telah mengadakan lawatan

BULETIN JPA 2019EDISI KEDUA 26

Keutuhan Nilai

Penutup

ii. Kesejahteraan Psikologi

Kecemerlangan psikologi jika tidak disandarkan kepada nilai yang utuh masih kurang ampuh untuk menggerakkan individu menjadi berintegriti, berakauntabiliti dan bermaruah.

Nilai adalah sesuatu yang dipertimbangkan sebagai penting dan berbaloi untuk dikejar dalam kehidupan (contohnya, keselamatan, kebebasan, kejayaan, kebaikan dan keseronokan). Setiap individu memegang pelbagai nilai yang berbeza tahap kepentingannya. Sesuatu yang difikirkan wajar, bermatlamat mengikut situasi dan kepentingan yang pelbagai bertindak sebagai prinsip asas yang memandu kehidupan seseorang. Aspek utama yang membezakan kesemua nilai ini dengan yang lain adalah tahap motivasi yang ditunjukkan dalam mencapainya.Namun begitu, nilai ini harus disandarkan dengan tuntutan norma, etika dan budaya. Nilai yang longgar dan hanya berdasarkan kepentingan serta motivasi diri yang terkeluar daripada norma masyarakat adalah sesuatu yang dielakkan. Keinginan untuk mencapai kejayaan tetapi tidak mempertimbangkan cara/kaedah mencapainya adalah sesuatu yang tidak bermoral. Matlamat tidak menghalalkan cara adalah sesuatu yang harus digenggam agar kita tidak terjerumus ke kancah tidak bermoral atau nilai yang rendah.

Dengan itu, nilai teras seperti amanah, benar, bijaksana, adil, bersyukur dan telus mesti sentiasa digenggam erat dan dijadikan azimat dalam mengharungi kehidupan. Kegagalan untuk mengamalkan nilai teras ini membuka ruang kepada kepincangan dalam kesejahteraan psikologi individu. Ia juga akan membuka pintu kepincangan integriti, ketidakakauntabiliti dan menconteng maruah diri.

Bagi memperkasakan kecemerlangan psikologi, setiap individu perlu untuk mensejahterakan psikologi dan menjaga kesihatan mental masing-masing. Namun kecemerlangan psikologi yang diraih mesti bersandarkan keutuhan nilai murni supaya ia terkawal dalam becana acuan yang bertaraf tinggi.

Kegagalan menyandarkan kesejahteraan psikologi dengan keutuhan nilai akan memperlihatkan kepincangan yang membawa kepada runtuhnya tamadun bangsa. Ia melonggarkan ikatan dan simpulan jati diri serta membuka lubang kemusnahan kepada seseorang individu. Dengan itu, pengintegrasian kecemerlangan psikologi dengan keutuhan nilai perlu diperkasakan demi menjamin kesinambungan kecemerlangan dalam kehidupan serta nusa tercinta.

Kesejahteraan psikologi penting dalam mempengaruhi kefungsian mental dan kesejahteraan fizikal seseorang. Ia merangkumi semua elemen penting yang berupaya mempengaruhi kefungsian individu dalam masyarakat seperti kesejahteraan sosial, kepuasan hidup dan kebermaknaan dalam kehidupan.

Ryff (1995) melihat kesejahteraan psikologi adalah apabila seseorang memperoleh kebahagiaan, kepuasan hidup dan tidak adanya gejala-gejala kemurungan. Dengan itu, kesejahteraan psikologi dapat menyumbang kepada pelbagai aspek kehidupan individu seperti kemampuan belajar secara efektif, produktif dan kreatif, kemampuan menjalin perhubungan dengan baik, tingkah laku pro dan anti-sosial dan tahap kesihatan serta jangka hayat individu (Adler & Saligman, 2016)

Konsep kesejahteraan psikologi dapat diterangkan melalui dua pendekatan utama iaitu hedonic dan eudaimonic. Pendekatan hedonic mendefinisikan kesejahteraan psikologi daripada perspektif emosi (positif dan negatif) dan kepuasan hidup. Manakala pendekatan eudaimonic pula mendefinisikan kesejahteraan psikologi berdasarkan kefungsian positif. Individu yang sejahtera ditunjukkan melalui pemilikan makna dan tujuan dalam hidup, kompeten, berautonomi, penerimaan kendiri dan perhubungan yang positif (IKPM, 2018).

Terdapat sarjana yang menggabungkan kedua-dua pendekatan dan menambah elemen kesejahteraan sosial seperti integrasi sosial, sumbangan sosial, koheran sosial dan kesedaran sosial bagi menerangkan akan maksud kesejahteraan psikologi.

Dengan kata lain, kesejahteraan psikologi diperolehi apabila individu mempunyai emosi positif yang tinggi, emosi negatif yang rendah, kepuasan hidup yang tinggi, kefungsian psikologi yang positif dan kesejahteraan sosial yang baik.

Page 28: BULETIN JPA 2019...MAJLIS PERASMIAN SESI LIBAT URUS PENGURUS SUMBER MANUSIA (HR DAY) YBhg. Datuk Seri Borhan bin Dolah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) telah mengadakan lawatan

BULETIN JPA 2019EDISI KEDUA27

Pada 22 Ogos 2019 bertempat di Dewan Sri Siantan, Perbadanan Putrajaya telah diadakan Program Interaksi Perjumpaan Pegawai-pegawai Kerajaan bersama-sama YAB Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Seramai lebih 1,500 Pegawai-Pegawai Kerajaan terdiri daripada pegawai peringkat Pengurusan dan Profesional iaitu dari Gred 41 hingga Gred 48 dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan dan Negeri hadir ke program interaksi ini yang memberi peluang kepada Pegawai-pegawai Kerajaan untuk berkomunikasi secara terus dan mendengar aspirasi YAB Perdana Menteri berkaitan hala tuju Perkhidmatan Awam dalam membangunkan Malaysia Baharu dan memastikan perjalanan jentera Kerajaan berada pada landasan yang sebenar berlandaskan prinsip Good Governance serta Rule Of Law.

Dengan bertemakan Perkhidmatan Awam Malaysia: Peneraju Pembaharuan, Penggerak Perubahan, intipati ucapan yang disampaikan oleh YAB Perdana Menteri ialah:

Majlis Perjumpaan Pegawai-Pegawai Kerajaan bersama YAB Perdana Menteri yang dianjurkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ini adalah merupakan siri kedua yang diadakan pada tahun ini. Siri pertama yang melibatkan Pegawai Kerajaan dari Gred 52 hingga JUSA/KHAS C telah pun diadakan pada 30 April 2019 yang lalu.

PROGRAM INTERAKSI PERJUMPAAN PEGAWAI – PEGAWAI KERAJAAN BERSAMA-SAMA YAB PERDANA MENTERI

Mengingatkan Penjawat Awam agar sentiasa bersyukur selepas negara ini mendapat nikmat kemerdekaan dan berharap semoga negara ini terus berkembang maju serta kekayaan negara dapat dinikmati bersama.

Mengekalkan keharmonian dan kemakmuran negara untuk meneruskan perjuangan dan mengekalkan kemerdekaan yang dikecapi selama ini.

Tanggungjawab penjawat awam yang mempunyai peranan penting dalam membantu kerajaan mengekalkan kemakmuran negara ini.

Penjawat -penjawat awam dianggap sebagai tulang belakang Kerajaan dalam merencana dan mencorakkan pentadbiran negara.

1

2

3

4

Page 29: BULETIN JPA 2019...MAJLIS PERASMIAN SESI LIBAT URUS PENGURUS SUMBER MANUSIA (HR DAY) YBhg. Datuk Seri Borhan bin Dolah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) telah mengadakan lawatan

BULETIN JPA 2019EDISI KEDUA 28

Page 30: BULETIN JPA 2019...MAJLIS PERASMIAN SESI LIBAT URUS PENGURUS SUMBER MANUSIA (HR DAY) YBhg. Datuk Seri Borhan bin Dolah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) telah mengadakan lawatan

BULETIN JPA 2019EDISI KEDUA29

SEMINAR KESELAMATAN DAN KESIHATAN PSIKOLOGI PEKERJAAN 2019

Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) dengan kolaborasi Bahagian Pengurusan Psikologi JPA telah mengadakan Seminar Keselamatan dan Kesihatan Psikologi Pekerjaan 2019 pada 7-8 Ogos 2019 di Agensi Anti Dadah Kebangsaan di Kajang dan dihadiri oleh seramai 400 orang peserta. Objektif penganjuran seminar adalah untuk membangunkan penyelesaian secara komprehensif bagi membantu majikan dan pekerja menangani masalah kesihatan mental secara sistematik di tempat kerja. YBhg. Tan Sri Lee Lam Thye, Pengerusi NIOSH yang merasmikan seminar ini telah memaklumkan bahawa ini adalah merupakan usaha untuk mempromosi kesedaran tentang kesihatan mental di tempat kerja di kedua-dua sektor awam dan swasta. NIOSH kini sedang membangunkan rangka kerja, alat bantu dan modul program dengan objektif utamanya adalah untuk mewujudkan penyelesaian secara komprehensif. Ia akan membolehkan NIOSH menjadi pusat sehenti atau “one stop centre”

kepada industri untuk rujukan dan bimbingan isu kesihatan mental di tempat kerja. YBhg. Datuk Seri Dr Mat Ali Hassan iaitu Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi JPA, Mej (B) Hanif Maidin selaku

Setiausaha Eksekutif NIOSH dan Pengurus Besar Bahagian Perundingan, Penyelidikan dan Pembangunan NIOSH Encik Khairunnizam Mustapa turut hadir pada perasmian seminar tersebut.

Page 31: BULETIN JPA 2019...MAJLIS PERASMIAN SESI LIBAT URUS PENGURUS SUMBER MANUSIA (HR DAY) YBhg. Datuk Seri Borhan bin Dolah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) telah mengadakan lawatan

BULETIN JPA 2019EDISI KEDUA 30

Untuk memastikan pembangunan dibuat secara holistik, NIOSH telah memulakan gerak kerja melalui kolaborasi bersama Kementerian Kesihatan Malaysia, Universiti Awam dan Swasta, pengamal kesihatan pekerjaan dan pengamal kesihatan mental di Malaysia. Program ini juga akan dibangunkan secara berperingkat dengan fasa pertama memberi fokus terhadap usaha meningkatkan kesedaran tentang kesihatan mental dan menghapuskan stigma kesihatan mental di tempat kerja. Fasa berikutnya akan memberikan fokus terhadap pengurusan masalah kesihatan mental di tempat kerja melalui penglibatan majikan dan pekerja. NIOSH turut merancang untuk membangunkan modul ‘Psychological First Aid’ (Pertolongan Cemas Psikologi) bagi membantu majikan dan pekerja memberikan bantuan awal kepada mereka yang berhadapan dengan masalah mental di tempat kerja.

Modul ini dijangka dapat mendidik majikan dan pekerja yang berkemampuan membantu dan merujuk pekerja yang bermasalah kepada pihak kaunselor, pakar psikologi dan pakar psikiatri agar mereka mendapat terapi yang sewajarnya. Berdasarkan Data Tinjauan Kesihatan Mental Penjawat Awam 2017 telah mencatatkan 2,860 kes kesihatan mental manakala 576 kes turut dikesan di bawah Program Penilaian Pekerja (PPP) JPA pada tahun yang sama. Kes-kes lain yang turut menjejaskan kesihatan mental petugas awam adalah perceraian sebanyak 3,251 kes (sumber JAKIM, 2017), keberhutangan serius sebanyak 61,726 kes (sumber Jabatan Akauntan Negara Malaysia, 2017) dan integriti sejumlah 929 kes (sumber SPRM, 2017).

Page 32: BULETIN JPA 2019...MAJLIS PERASMIAN SESI LIBAT URUS PENGURUS SUMBER MANUSIA (HR DAY) YBhg. Datuk Seri Borhan bin Dolah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) telah mengadakan lawatan

BULETIN JPA 2019EDISI KEDUA31

Page 33: BULETIN JPA 2019...MAJLIS PERASMIAN SESI LIBAT URUS PENGURUS SUMBER MANUSIA (HR DAY) YBhg. Datuk Seri Borhan bin Dolah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) telah mengadakan lawatan

BULETIN JPA 2019EDISI KEDUA 32

PENGANUGERAHAN SEBAGAI PROFESSOR OF PRACTICESeluruh warga JPA dan perkhidmatan awam amat berasa bangga dan merakamkan ucapan tahniah kepada YBhg. Datuk Seri Borhan bin Dolah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) di atas pelantikan sebagai Professor of Practice. Beliau telah hadir menerima watikah pelantikan Professor of Practice daripada Putra Business School (PBS), Universiti Putra Malaysia pada 26 Ogos 2019 yang lalu.

YBhg. Datuk Seri KKPA turut dijemput untuk menyampaikan syarahan bertajuk ‘Pembaharuan Perkhidmatan Awam’ bagi berkongsi pengalaman beliau sepanjang berkhidmat dalam perkhidmatan awam. Beliau berucap menyatakan bahawa lanskap perkhidmatan awam di negara ini bermula sejak pemerintahan feudal Kerajaan Melaka. Malah evolusi pentadbiran tersebut turut mempengaruhi perkhidmatan awam negara ini melalui pengaruh kuasa penjajah selepas penaklukan mereka ke atas negara ini.

Selepas negara mencapai kemerdekaan, perkhidmatan awam masih lagi menggunakan dasar dan polisi yang diperkenalkan oleh Inggeris dan Ketua-Ketua Jabatan masih dimonopoli oleh mereka. Namun begitu, pada masa ini corak pemerintahan telah berubah

apabila anak-anak tempatan telah memonopoli dan mengetuai Jabatan-Jabatan penting di negara ini. Secara tidak langsung, rakyat di negara ini memberi kepercayaan kepada anak-anak tempatan menerajui perkhidmatan awam.

Page 34: BULETIN JPA 2019...MAJLIS PERASMIAN SESI LIBAT URUS PENGURUS SUMBER MANUSIA (HR DAY) YBhg. Datuk Seri Borhan bin Dolah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) telah mengadakan lawatan

BULETIN JPA 2019EDISI KEDUA33

PROGRAM BULAN HRMIS 2019Sejak menjadi custodian atau penjaga HRMIS, JPA telah melaksanakan pelbagai aktiviti-aktiviti pengurusan perubahan atau change management dalam usaha untuk memperkenalkan dan memperluaskan HRMIS ke seluruh agensi Kerajaan. Ia merupakan aktiviti berterusan yang dilaksanakan oleh JPA bagi memantapkan lagi pendedahan HRMIS kepada penjawat awam dan agensi yang berkaitan. Ia adalah selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 Tahun 2005 telah menggariskan peluasan penggunaan HRMIS ke agensi-agensi Kerajaan perlu dilaksanakan bagi membolehkan agensi-agensi Kerajaan menggunakan HRMIS dalam urusan pembangunan sumber manusia di peringkat agensi.

Program yang julung kali diadakan ini pada bulan Julai 2019 ini mengambil tema #DataKitaTanggungjawabKita. Ia bertujuan untuk memberi peringatan dan kesedaran kepada penjawat awam bahawa mereka adalah orang yang bertanggungjawab terhadap data-data mereka yang masukkan dalam HRMIS. Ia juga merupakan salah satu usaha JPA untuk meningkatkan lagi ketepatan serta integriti data dalam HRMIS. Dalam hubungan itu, pejawat awam perlu sentiasa menyemak data-data mereka dalam HRMIS agar data-data tersebut adalah tepat dan terkini.

TujuanHRMIS

-Obj ekt if-

Untuk mempromosikan HRMIS bagi meningkatkan kesedaran

berkenaan aplikasi HRMIS kepada semua penjawat awam.

1

Untuk menyediakan platform kepada peserta untuk perkongsian maklumat dan

permasalahan yang dihadapi dalam pelaksanaan HRMIS.

2Untuk memperluaskan penggunaan

modul-modul HRMIS di agensi-agensi Kerajaan serta Business Intelligence (BI)

yang diguna pakai bagi menganalisa data HRMIS.

4

Untuk menguar-uarkan kepentingan ketepatan data dalam HRMIS kepada

semua peringkat sama ada di peringkat organisasi dan penjawat awam sendiri.

3

Page 35: BULETIN JPA 2019...MAJLIS PERASMIAN SESI LIBAT URUS PENGURUS SUMBER MANUSIA (HR DAY) YBhg. Datuk Seri Borhan bin Dolah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) telah mengadakan lawatan

BULETIN JPA 2019EDISI KEDUA 34

TujuanHRMIS

-Obj ekt if-

Untuk mempromosikan HRMIS bagi meningkatkan kesedaran

berkenaan aplikasi HRMIS kepada semua penjawat awam.

1

Untuk menyediakan platform kepada peserta untuk perkongsian maklumat dan

permasalahan yang dihadapi dalam pelaksanaan HRMIS.

2Untuk memperluaskan penggunaan

modul-modul HRMIS di agensi-agensi Kerajaan serta Business Intelligence (BI)

yang diguna pakai bagi menganalisa data HRMIS.

4

Untuk menguar-uarkan kepentingan ketepatan data dalam HRMIS kepada

semua peringkat sama ada di peringkat organisasi dan penjawat awam sendiri.

3

Di peringkat JPA sendiri, pelbagai aktiviti telah disusun dan akan dilaksanakan melibatkan warga JPA sendiri dan agensi-agensi lain. Antara aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan pada Bulan HRMIS di bawah anjuran JPA adalah seperti berikut:

Terdahulu, YBhg. Datuk Seri Borhan bin Dolah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YAB Tuan Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor di Pejabat Menteri Besar Selangor. YBhg. Datuk Seri KPPA juga turut mengadakan lawatan kerja ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (PSUK) di Shah Alam dan Hospital Shah Alam Selangor (HSAS) di bawah aktiviti Bulan HRMIS 2019 pada 9 Julai 2019. PSUK Selangor telah memperoleh markah penuh

(100%) dalam pencapaian KPI HRMIS selama tiga tahun berturut-turut (2016, 2017 & 2018). Manakala komitmen tinggi daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Hospital Shah Alam (HSAS) dalam pelaksanaan HRMIS amat dihargai. Daripada maklumat ASSIST, statistik menunjukkan penggunaan HRMIS di HSAS telah melebihi 99% yang mana turut menyumbang kepada pencapaian Key Performance Indicator (KPI) HRMIS KKM. Syabas dan tahniah diucapkan kepada PSUK Selangor dan HSAS.

Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan HRMIS 2019

Pertandingan Menulis Artikel Mengenai HRMIS

Program Latihan HRMIS melalui Program Sharing HRMIS Application Knowledge & Experience (SHARE)

Hari Bertemu Pelanggan (ePelanggan)

Pertandingan Mencipta Dashboard ASSIST

Program HRMIS User Group Summit (HUGS)

Bengkel Pemurnian Data HRMIS (Data Cleansing)

Semakan Buku Perkhidmatan warga JPA

Bengkel Latihan Sistem Analitik Sumber Manusia Sektor Awam (ASSIST) - Kualiti Data HRMIS

Pembukaan booth pameran HRMIS di lobi JPA.

Pertandingan Mencipta Video Tutorial HRMIS

Majlis Penutup Bulan HRMIS 2019

1

7

3

9

5

11

2

8

4

10

6

12

Page 36: BULETIN JPA 2019...MAJLIS PERASMIAN SESI LIBAT URUS PENGURUS SUMBER MANUSIA (HR DAY) YBhg. Datuk Seri Borhan bin Dolah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) telah mengadakan lawatan

BULETIN JPA 2019EDISI KEDUA35

HRMIS adalah singkatan kepada Human Resource Management Information System atau dalam Bahasa Melayu adalah Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia. Ia merupakan salah satu aplikasi perdana Kerajaan dalam usaha untuk mencapai matlamat Kerajaan Elektronik seperti yang telah digariskan dalam Wawasan 2020.

HRMIS adalah satu pendekatan bagi mewujudkan pengurusan sumber manusia yang lebih komprehensif dan bersepadu. Ia mengandungi maklumat organisasi sesebuah agensi awam seperti jumlah perjawatan dan pengisian perjawatan, dan maklumat mengenai penjawat awam itu sendiri seperti maklumat peribadi, maklumat perkhidmatan, maklumat pendidikan, maklumat keluarga, maklumat harta dan pelbagai maklumat lagi yang berkaitan dengan seseorang penjawat awam bermula beliau melaporkan diri sebagai penjawat awam sehingga beliau tamat perkhidmatan. Ia lebih bersifat layan diri, dan membolehkan setiap penjawat awam mengemas kini maklumat masing-masing pada bila-bila masa sahaja.

Bercakap mengenai kewujudan HRMIS, JPA sebagai agensi pusat dan peneraju utama perkhidmatan awam telah dipilih untuk menerajui inisiatif membangunkan HRMIS. Bermula April 1999, semua bahagian di bawah JPA telah mengadakan perbincangan bersama-sama 10 Agensi rintis yang telah diberi tanggungjawab untuk menjadi “Pilot Agency” projek ini, seperti MARA, DBKL, Perbendaharaan Malaysia dan beberapa lagi agensi mengikut jenis perkhidmatan yang ada dalam sektor awam ini. Jadi, mereka ini yang terlibat telah bersama-sama menggarap idea dan mengesahkan proses sumber manusia yang selama ini dilakukan secara “on paper” atau secara manual untuk ditransformasikan ke dalam bentuk proses secara elektronik.

Maka, hasil daripada garapan idea pakar-pakar berkaitan dasar dan proses sumber manusia ini, maka tercetuslah satu sistem yang diharapkan dapat dijadikan rujukan utama maklumat sumber manusia untuk penjawat-penjawat awam bagi setiap agensi sektor awam.

TAHUKAH

ANDA

Page 37: BULETIN JPA 2019...MAJLIS PERASMIAN SESI LIBAT URUS PENGURUS SUMBER MANUSIA (HR DAY) YBhg. Datuk Seri Borhan bin Dolah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) telah mengadakan lawatan

BULETIN JPA 2019EDISI KEDUA 36

Page 38: BULETIN JPA 2019...MAJLIS PERASMIAN SESI LIBAT URUS PENGURUS SUMBER MANUSIA (HR DAY) YBhg. Datuk Seri Borhan bin Dolah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) telah mengadakan lawatan

BULETIN JPA 2019EDISI KEDUA37

ANUGERAH KHAS MAAL HIJRAH 1441H NEGERI MELAKABagaikan sirih pulang ke gagang, YBhg. Datuk Seri Borhan bin Dolah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) telah menerima Anugerah Khas Umar Abdul Aziz daripada Tun Datuk Seri Utama Dr. Mohd Khalil bin Yaakob, Tuan Yang Terutama Negeri Melaka sempena Majlis Perhimpunan Ummah dan Penyampaian Anugerah Khas Maal Hijrah 1441H peringkat negeri Melaka Tahun 2019M pada 5 September 2019 yang lalu. YBhg. Datuk Seri KPPA memaklumkan bahawa

penganugerahan ini merupakan satu pengiktirafan yang tidak pernah disangka akan diterima dalam hidup beliau menerusi khidmat bakti sebagai penjawat awam selama 35 tahun. Ia juga merupakan suatu penghargaan terbesar dan turut berterima kasih kepada Kerajaan Negeri Melaka selaku anak jati kelahiran negeri tersebut.

Page 39: BULETIN JPA 2019...MAJLIS PERASMIAN SESI LIBAT URUS PENGURUS SUMBER MANUSIA (HR DAY) YBhg. Datuk Seri Borhan bin Dolah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) telah mengadakan lawatan

BULETIN JPA 2019EDISI KEDUA 38

SESI LIBAT URUS JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA (JPA) BERSAMA PENGURUS SUMBER MANUSIA (PSM) DI JABATAN DAN AGENSI KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI, BADAN BERKANUN DAN PIHAK BERKUASA TEMPATANSumbangan Artikel: Urusetia Sesi Libat Urus JPA bersama PSMCawangan Dasar dan Perundingan, Bahagian Perkhidmatan JPA

Sesi Libat Urus Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) Bersama Pengurus Sumber Manusia (PSM) telah diperkenalkan pada 2018 bagi membantu Pengurus Sumber Manusia di jabatan dan agensi mendapatkan khidmat rundingan berkaitan urusan perkhidmatan, urusan perjawatan, saraan dan pencen secara terus bersama Pegawai Perunding JPA. Melalui program ini, PSM dijangka mendapat manfaat yang besar melalui sesi perbincangan dan perkongsian isu-isu sumber manusia di jabatan. Selain itu, program ini juga bermatlamat untuk meningkatkan kefahaman PSM dalam menguruskan hal ehwal sumber manusia dan memastikan pelaksanaannya di jabatan masing-masing dengan cekap dan berkesan.

Pendekatan agency based telah dimulakan pada 2018 dan pasukan perunding JPA telah berjaya membantu sebanyak 17 buah agensi awam secara berasingan melibatkan antaranya JAKIM, RTM, Jabatan Perhilitan, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM),

RELA, Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Veterinar, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP, KSM), Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dan Negeri Sembilan, Jabatan Kerja Raya, Hospital Tuanku Jaafar, Seremban dan Klinik Kesihatan dan Pergigian Seremban.

Berdasarkan maklumbalas yang amat memberansangkan, mulai tahun 2019, skop Sesi Libat Urus telah diperluaskan kepada semua jabatan dan agensi persekutuan dan negeri, Badan Berkanun Persekutuan serta pihak berkuasa tempatan di negeri. Pendekatan baharu ini bertujuan bagi meningkatkan bilangan penyertaan pegawai sumber manusia di pelbagai jabatan dan agensi dengan pelaksanaannya dipusatkan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri yang berkenaan. Pada tahun 2019, empat (4) buah Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (PSUK) telah bekerjasama untuk menganjurkan program ini iaitu PSUK Perak, Melaka, Selangor dan Pahang.

Pelaksanaan program ini di Negeri Melaka telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Seri KPPA sebagai salah satu program sesi turun padang beliau pada 2019. YBhg. Datuk Seri KPPA telah meluangkan masa bertemu dengan pegawai-pegawai sumber manusia yang hadir serta mendengar isu-isu yang dibawa ke perhatian pihak JPA. YBhg. Datuk Seri KPPA dalam ucapan beliau mengingatkan semua PSM di jabatan dan agensi hendaklah sentiasa memastikan tadbir urus pengurusan sumber manusia di jabatan masing – masing dapat dilaksanakan dengan cekap dan

berkesan. Pengurusan Sumber Manusia sektor awam perlu dibuat dengan mematuhi setiap dasar dan peraturan yang yang berkuatkuasa melalui pekeliling-pekeling perkhidmatan, surat pekeling, surat edaran dan lain-lain dokumen yang dikeluarkan secara rasmi oleh Kerajaan bagi memastikan amalan tadbir urus yang terbaik di organisasi. Namun begitu, beliau turut mengalu-alukan semua PSM untuk memberi maklumbalas dan cadangan penambahbaikan ke atas mana-mana dasar-dasar yang telah dikeluarkan oleh JPA dari semasa ke semasa.

Siri libat urus yang telah dijayakan di PSUK pada tahun 2019 adalah seperti berikut:

BIL LOKASI TARIKH(2019)

BILANGAN PEGAWAI SUMBER YANG HADIR

BILANGAN AGENSI YANG TERLIBAT

1. PSUK Negeri Perak 29-30 April 168 612. PSUK Negeri Melaka 26-28 Jun 365 903. PSUK Negeri Selangor 24-25 Julai 337 1104. PSUK Negeri Pahang 26-28 Ogos 354 137

Page 40: BULETIN JPA 2019...MAJLIS PERASMIAN SESI LIBAT URUS PENGURUS SUMBER MANUSIA (HR DAY) YBhg. Datuk Seri Borhan bin Dolah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) telah mengadakan lawatan

BULETIN JPA 2019EDISI KEDUA39

Page 41: BULETIN JPA 2019...MAJLIS PERASMIAN SESI LIBAT URUS PENGURUS SUMBER MANUSIA (HR DAY) YBhg. Datuk Seri Borhan bin Dolah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) telah mengadakan lawatan

BULETIN JPA 2019EDISI KEDUA 40

Page 42: BULETIN JPA 2019...MAJLIS PERASMIAN SESI LIBAT URUS PENGURUS SUMBER MANUSIA (HR DAY) YBhg. Datuk Seri Borhan bin Dolah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) telah mengadakan lawatan

BULETIN JPA 2019EDISI KEDUA41

PERSARAAN WAJIB KPPA KE - 23Tanggal 9 September 2019 adalah merupakan tarikh persaraan wajib bagi Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam yang ke-23 yang menjangkau usia 60 tahun. Pada tarikh tersebut juga, beliau telah dikurniakan dengan penganugerahan Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran ‘Tan Sri’. Beliau merupakan di antara 795 individu yang menerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2019 sempena Hari Keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.

Terdahulu, beberapa program telah dianjurkan oleh JPA bagi menghargai jasa, sumbangan dan khidmat bakti YBhg. Tan Sri sepanjang 35 tahun berkhidmat dengan perkhidmatan awam sejak tahun 1984. Antara program-program yang dianjurkan ialah Majlis Perhimpunan Bulanan JPA anjuran Bahagian Pembangunan Organisasi (BPO) pada 5 September 2019 yang lalu. Majlis tersebut merupakan majlis khas yang bertemakan Rasionalisasi Cinta di mana YBhg. Tan Sri Borhan bin Dolah pernah menjawat jawatan selaku Ketua Penolong Pengarah (KPP) di BPO pada tahun 1999 sehingga 2006. Buku Legasi Kepimpinan Datuk Seri Borhan bin Dolah dan Koleksi Teks Ucapan beliau turut dilancarkan serta dirasmikan pada majlis tersebut.

Manakala pada 6 September 2019, semua Bahagian-bahagian JPA telah mengadakan Kunjungan Hormat ke atas beliau dengan mengucapkan ribuan terima kasih atas jasa baik dan tunjuk ajar beliau yang berpengalaman dalam perkhidmatan awam. Pada sesi petangnya pula, beliau diraikan dengan perbarisan tabik hormat penghargaan oleh Polis Bantuan JPA, bacaan doa dan seterusnya beliau bersalaman dengan semua barisan Pengurusan Tertinggi JPA sebelum mengetip pas kerja dan menyerahkan Nota Serah Tugas kepada YBhg. Datuk Dr. Rosslina binti Ahmad Mokhtar, TKPPA (Pembangunan) dan disaksikan oleh YBhg. Dato’ Haji Suhaime bin Mahbar, TKPPA (Operasi) sebagai simbolik hari terakhir beliau dalam perkhidmatan awam.

Majlis Simpulan Kasih Tautan Memori sebagai majlis persaraan turut dianjurkan oleh Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP), JPA di PICC pada malam 6 September 2019. YBhg. Datuk Teo Khian How, Pengarah Bahagian Pasca Perkhidmatan telah menyampaikan Kad Pesara, Surat Kelulusan Faedah Persaraan dan Sijil Penghargaan pada majlis tersebut.

Page 43: BULETIN JPA 2019...MAJLIS PERASMIAN SESI LIBAT URUS PENGURUS SUMBER MANUSIA (HR DAY) YBhg. Datuk Seri Borhan bin Dolah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) telah mengadakan lawatan

BULETIN JPA 2019EDISI KEDUA 42

Antara yang mencuri perhatian tetamu jemputan pada majlis malam itu ialah video daripada kakak dan adik kandung YBhg. Tan Sri Borhan di mana mereka memaklumkan bahawa beliau merupakan seorang yang sangat peramah, baik hati, sentiasa positif dan tidak mudah marah dengan sesiapa jua. Antara inspirasi yang hebat berkenaan beliau ialah beliau merupakan anak ke-3 daripada 11 orang adik beradik di mana ayahnya seorang penarik beca dan ibunya pula seorang pesawah padi. Beliau seorang yang amat bercita-cita besar untuk memasuki universiti (sanggup menolak tawaran menjadi guru, imigresen dan kastam) serta mahu merubah nasib keluarga melalui pendidikan. Kisah beliau adalah merupakan contoh terbaik untuk diamati khususnya berkaitan semangat dan fokus beliau dalam menggapai cita-cita yang diingini sehingga berjaya pada kedudukan sekarang.

Sekali lagi seluruh warga JPA ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan di atas khidmat bakti, tunjuk ajar melalui pengalaman beliau sepanjang berkhidmat di dalam perkhidmatan awam. Doa kami agar YBhg. Tan Sri Borhan sentiasa gembira, bahagia dan dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang tempoh persaraan beliau. InsyaAllah.

Page 44: BULETIN JPA 2019...MAJLIS PERASMIAN SESI LIBAT URUS PENGURUS SUMBER MANUSIA (HR DAY) YBhg. Datuk Seri Borhan bin Dolah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) telah mengadakan lawatan

BULETIN JPA 2019EDISI KEDUA43

Page 45: BULETIN JPA 2019...MAJLIS PERASMIAN SESI LIBAT URUS PENGURUS SUMBER MANUSIA (HR DAY) YBhg. Datuk Seri Borhan bin Dolah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) telah mengadakan lawatan

BULETIN JPA 2019EDISI KEDUA 44

Page 46: BULETIN JPA 2019...MAJLIS PERASMIAN SESI LIBAT URUS PENGURUS SUMBER MANUSIA (HR DAY) YBhg. Datuk Seri Borhan bin Dolah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) telah mengadakan lawatan

BULETIN JPA 2019EDISI KEDUA45

KONTINJEN PERKHIDMATAN AWAM SEMPENA PERBARISAN DAN PERARAKAN BAGI SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN TAHUN 2019Sumbangan Artikel: Unit Keurusetiaan dan Pengurusan Majlis (UKPM)Bahagian Khidmat Pengurusan, JPA

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah sekali lagi diberi kepercayaan untuk menjadi Ahli Jawatankuasa Perbarisan dan Perarakan bagi Sambutan Hari Kebangsaan tahun 2019 yang diadakan di Dataran Putrajaya, Putrajaya. JPA bertanggungjawab untuk menyelaras Kontinjen Perkhidmatan Awam yang terdiri daripada 900 orang pegawai awam daripada pelbagai Kementerian dan Jabatan/Agensi. Konsep perbarisan kontinjen pada tahun ini adalah “Perkhidmatan Awam Sayangi Malaysiaku” yang merupakan terjemahan gabungan keseluruhan penjawat awam yang menjalankan tugas dalam suasana harmoni, seia-sekata, penuh berintegriti dan bertanggungjawab demi semangat cintakan negara.

Kontinjen ini terdiri daripada 23 Kementerian dan 6 Jabatan/Agensi yang berpusat di Putrajaya dan Kuala Lumpur, dan diketuai oleh YBhg. Dato’ Dr. Rosslina binti Ahmad Mokhtar, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan). Setiap Kementerian dan Jabatan/Agensi pula diketuai oleh

pegawai kanan bertaraf Timbalan Ketua Setiausaha/Timbalan Ketua Pengarah/Setiausaha Bahagian. Manakala kontinjen daripada JPA pula terdiri daripada 30 pegawai yang meliputi pelbagai skim dan gred daripada pelbagai Bahagian. Sebelum acara perbarisan bermula, satu sesi ramah mesra YBhg. Tan Sri Borhan bin Dolah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dengan kesemua ahli kontinjen yang terlibat telah diadakan pada pagi 31 Ogos 2019 bertempat di Dewan Baiduri, Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS). Semasa sesi ini juga, sijil penghargaan di atas komitmen dan penyertaan setiap agensi terlibat telah turut disampaikan oleh YBhg. Tan Seri kepada setiap ketua kontinjen Kementerian dan Jabatan/Agensi.

Kontinjen Perkhidmatan Awam merupakan kontinjen ke-6 daripada 34 kontinjen secara keseluruhan yang menyertai Sambutan Hari Kebangsaan tahun 2019. Kontinjen ini menyusul selepas Kontinjen Berkuda Perkhidmatan Awam yang diketuai oleh YBhg. Tan Sri Dr. Ismail bin Bakar, Ketua Setiausaha Negara.

Page 47: BULETIN JPA 2019...MAJLIS PERASMIAN SESI LIBAT URUS PENGURUS SUMBER MANUSIA (HR DAY) YBhg. Datuk Seri Borhan bin Dolah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) telah mengadakan lawatan

BULETIN JPA 2019EDISI KEDUA 46

Page 48: BULETIN JPA 2019...MAJLIS PERASMIAN SESI LIBAT URUS PENGURUS SUMBER MANUSIA (HR DAY) YBhg. Datuk Seri Borhan bin Dolah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) telah mengadakan lawatan

BULETIN JPA 2019EDISI KEDUA47

Page 49: BULETIN JPA 2019...MAJLIS PERASMIAN SESI LIBAT URUS PENGURUS SUMBER MANUSIA (HR DAY) YBhg. Datuk Seri Borhan bin Dolah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) telah mengadakan lawatan

SOAL JAWABHAL EHWAL PERSARAAN

ADAKAH SETELAH PEGAWAI/PESARA MENINGGAL DUNIA, PENCEN TERBITAN YANG DIBERIKAN KEPADA BALU/DUDA DITERUSKAN JIKA MEREKA BERKAHWIN SEMULA DENGAN SUAMI/ISTERI BAHARU?

Nama saya Lily, seorang pegawai Kerajaan yang memilih skim pencen, saya telah berkahwin dengan suami pertama saya yang juga merupakan penjawat awam. Pada 3 tahun yang lalu, suami saya telah meninggal dunia akibat sakit jantung. Hasil perkongsian hidup dengan suami pertama kami dikurniakan 2 orang anak, dan kedua-dua anak kami ini telahpun berumur lebih 21 tahun. Saya juga menerima pencen terbitan arwah suami saya.

Sekiranya saya ingin berkahwin semula dengan suami baharu, adakah pencen terbitan arwah suami

pertama saya tersebut tetap diterima oleh saya? Adakah nilainya akan susut dan adakah had masa

untuk saya menerimanya?

Soalan

JawapanPencen terbitan arwah suami pertama puan tetap dibayar walaupun puan berkahwin semula dengan suami yang baharu. Tiada susutan nilai terhadap kadar pencen terbitan tersebut dan pencen terbitan

tersebut dibayar sepanjang hayat puan.

Ini disebabkan perkahwinan yang berlaku adalah semasa puan dan arwah suami masih sedang berkhidmat.

Page 50: BULETIN JPA 2019...MAJLIS PERASMIAN SESI LIBAT URUS PENGURUS SUMBER MANUSIA (HR DAY) YBhg. Datuk Seri Borhan bin Dolah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) telah mengadakan lawatan

BULETIN JPA 2019EDISI KEDUA49

Sekiranya suami baharu saya itu juga merupakan penjawat awam, adakah kelak sekiranya suami

baharu saya meninggal dunia, saya juga layak ke atas pencen terbitannya? Berapa lama?

Sekiranya saya yang meninggal dunia dulu kelak, adakah suami baharu saya itu layak ke atas pencen terbitan saya

dan juga pencen terbitan arwah suami saya?

Untuk makluman tuan, saya akan bersara wajib pada tahun 2020.

Soalan

Soalan

Jawapan

Jawapan

Ya, sekiranya suami baharu puan yang merupakan penjawat awam yang memilih skim pencen itu meninggal dunia kelak, puan tetap layak ke atas

pencen arwah suami pertama dan juga suami yang baharu, sepanjang hayat puan.

Sekiranya puan pula yang bersara, maka puan juga akan menerima pencen puan. Maksudnya, puan akan menerima 3 jenis pencen iaitu pencen puan

sebagai pesara, pencen terbitan suami pertama dan pencen terbitan suami kedua, sepanjang hayat puan.

Sekiranya puan yang meninggal dunia dulu kelak, suami baharu akan layak menerima pencen terbitan puan sahaja.

Pencen terbitan daripada arwah suami pertama tidak layak dibayar kepada suami yang baharu.

Bahkan, suami baharu puan juga akan menerima dua jenis pencen kelak, iaitu pencennya sendiri setelah bersara dan pencen terbitan puan

sepanjang hayatnya, dengan syarat perkahwinan semula antara puan dan suami baharu berlaku semasa puan masih sedang berkhidmat.

Sumbangan Maklumat : Bahagian Pasca Perkhidmatan, JPA

Page 51: BULETIN JPA 2019...MAJLIS PERASMIAN SESI LIBAT URUS PENGURUS SUMBER MANUSIA (HR DAY) YBhg. Datuk Seri Borhan bin Dolah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) telah mengadakan lawatan

BULETIN JPA 2019EDISI KEDUA 50

Page 52: BULETIN JPA 2019...MAJLIS PERASMIAN SESI LIBAT URUS PENGURUS SUMBER MANUSIA (HR DAY) YBhg. Datuk Seri Borhan bin Dolah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) telah mengadakan lawatan

BULETIN JPA 2019EDISI KEDUA51