BULETIN PERUBAHAN KERJA - jkr.gov.my · JKR | Confidential Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan ,...

23
BULETIN PERUBAHAN KERJA BAHAGIAN DASAR DAN KONTRAK, CAWANGAN KONTRAK DAN UKUR BAHAN EDISI JULAI 2010 2010 Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan , Jabatan Kerja Raya Malaysia Bahagian Dasar & Kontrak :- Sr. Amran Mohd Majid Marina Musa Noliza Din Asrul Hafiz Houd Nizam Amri Ibrahim Rosmawati Abd Ghafar Nor Hazlinda Baharudin Nurul Aisyah Zamaludin Nor Rafidah Ramli Fadhillah Mohd Noor Hasnah Daud Ruhana Zakaria Mohd Noorkhairul Anuar

Transcript of BULETIN PERUBAHAN KERJA - jkr.gov.my · JKR | Confidential Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan ,...

Page 1: BULETIN PERUBAHAN KERJA - jkr.gov.my · JKR | Confidential Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan , Jabatan Kerja Raya Malaysia BULETIN PERUBAHAN KERJA BAHAGIAN DASAR DAN KONTRAK, CAWANGAN

JKR | Confidential

BULETIN PERUBAHAN KERJA BAHAGIAN DASAR DAN KONTRAK, CAWANGAN KONTRAK DAN UKUR BAHAN

EDISI JULAI 2010

2010

Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan , Jabatan Kerja Raya Malaysia

Bahagian Dasar & Kontrak :- Sr. Amran Mohd Majid Marina Musa Noliza Din Asrul Hafiz Houd Nizam Amri Ibrahim Rosmawati Abd Ghafar Nor Hazlinda Baharudin Nurul Aisyah Zamaludin Nor Rafidah Ramli Fadhillah Mohd Noor Hasnah Daud Ruhana Zakaria Mohd Noorkhairul Anuar

Page 2: BULETIN PERUBAHAN KERJA - jkr.gov.my · JKR | Confidential Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan , Jabatan Kerja Raya Malaysia BULETIN PERUBAHAN KERJA BAHAGIAN DASAR DAN KONTRAK, CAWANGAN

Hakcipta terpelihara BDK, CKUB 1

ARAHAN PERBENDAHARAAN

JADUAL 1

PERATURAN ARAHAN PERUBAHAN KERJA BAGI JABATAN TEKNIK YANG MELIBATKAN KONTRAK PERSEKUTUAN

NILAI PERUBAHAN PIHAK BERKUASA

MELULUS 1. Jika harga asal kontrak tidak melebihi RM10 juta dan

jumlah perubahan kerja terkumpul yang dicadangkan tidak melebihi 10% daripada nilai kontrak ATAU jika harga asal kontrak melebihi RM10 juta dan jumlah perubahan kerja yang dicadangkan tidak melebihi RM1 juta.

Jawatankuasa

• Pegawai Penguasa Yang Dinamakan Dalam Kontrak (Pengerusi)

2. Jika harga asal kontrak tidak melebihi RM10 juta dan

jumlah perubahan kerja terkumpul yang dicadangkan tidak melebihi 20% ATAU jika harga asal kontrak melebihi RM10 juta dan jumlah perubahan kerja terkumpul yang dicadangkan tidak melebihi RM2 juta.

Jawatankuasa

• Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Teknik Persekutuan yang berkenaan (Pengerusi)

3. Jika harga asal kontrak tidak melebihi RM20 juta dan

jumlah perubahan kerja terkumpul yang dicadangkan tidak melebihi 30% ATAU jika harga asal kontrak melebihi RM20 juta dan jumlah perubahan kerja terkumpul yang dicadangkan tidak melebihi RM6 juta.

Jawatankuasa

• Ketua Pengarah Jabatan Teknik Persekutuan yang berkenaan (Pengerusi)

4. Dalam semua hal lain.

Jawatankuasa

• Ketua Setiausaha Perbendaharan (Pengerusi)

BIL TAJUK RUJUKAN & TARIKH 1. Arahan Perbendaharaan 202 BNK CR(8.15)248-16 JD.4(36)

bertarikh 31 Julai 2008

Page 3: BULETIN PERUBAHAN KERJA - jkr.gov.my · JKR | Confidential Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan , Jabatan Kerja Raya Malaysia BULETIN PERUBAHAN KERJA BAHAGIAN DASAR DAN KONTRAK, CAWANGAN

Hakcipta terpelihara BDK, CKUB 2

JADUAL III

PERATURAN ARAHAN PERUBAHAN KERJA UNTUK KES-KES KHAS BAGI SEMUA AGENSI

KATEGORI PERUBAHAN PIHAK BERKUASA

MELULUS 1. Arahan-arahan Perubahan Kerja/ pengukuran semula

kuantiti sementara (provisional quantity) tanpa tambahan atau perubahan kepada skop kerja asal yang menyebabkan pengurangan harga kontrak.

• Pegawai Penguasa Yang

Dinamakan Dalam Kontrak

2. Perubahan harga seperti mana yang diluluskan oleh

Perbendaharaan.

• Pegawai Penguasa Yang

Dinamakan Dalam Kontrak

3. Pengubahsuaian Wang Kos Prima, Wang Peruntukan

Sementara dan Pengukuran Semula Kuantiti Sementara mengikut syarat-syarat kontrak.

• Pegawai Penguasa Yang

Dinamakan Dalam Kontrak

4. Pengukuran Semula Kuantiti Sementara (provisional

quantity) tanpa tambahan atau perubahan kepada skop kerja asal:

(i) Nilai harga tambahan bagi pengukuran semula kuantiti

dibenarkan sehingga 30% pada nilai kontrak tetapi tidak melebihi RM3 juta, yang mana lebih rendah.

(ii) Nilai harga tambahan pengukuran semula kuantiti

dibenarkan sehingga 50% pada nilai kontrak tetapi tidak melebihi RM6 juta, yang mana lebih rendah.

(iii) Dalam semua hal lain.

Jawatankuasa

• Pegawai Penguasa Yang

Dinamakan Dalam Kontrak (Pengerusi)

Jawatankuasa

• Ketua Pengarah/ Timbalan

Ketua Pengarah Jabatan Teknik Persekutuan yang berkenaan bagi Jabatan Teknik (Pengerusi) Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau Pegawai Kewangan Negeri mengikut mana yang berkenaan.

Page 4: BULETIN PERUBAHAN KERJA - jkr.gov.my · JKR | Confidential Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan , Jabatan Kerja Raya Malaysia BULETIN PERUBAHAN KERJA BAHAGIAN DASAR DAN KONTRAK, CAWANGAN

Hakcipta terpelihara BDK, CKUB 3

SURAT PEKELILING KETUA PENGARAH KERJA RAYA

BIL TAJUK RUJUKAN & TARIKH 1. Surat Arahan KPKR Bil. 5/2008

Peraturan Mengenai Arahan Perubahan Kerja dan pelarasan Harga Kontrak

(23)dlm.JKR.KPKR.020.050/03 klt. 8 tarikh 24 Oktober 2008

CARTA ALIRAN PELAKSANAAN PERATURAN

ARAHAN PERUBAHAN KERJA DAN PELARASAN HARGA

Kenalpasti perubahan kerja yang menyebabkan tambahan harga kontrak

Keluarkan APK

Adakah nilai APK > nilai asal diluluskan oleh JK Perubahan

Kerja ?

Sediakan PHK

berdasarkan kerja sebenar

yang dilaksanakan

MULA

Dapatkan kelulusan KPK dari JK Perubahan Kerja

YaTidak

Dapatkan kelulusan ke atas pertambahan nilai APK dari JK Perubahan Kerja yang

berkenaan

Page 5: BULETIN PERUBAHAN KERJA - jkr.gov.my · JKR | Confidential Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan , Jabatan Kerja Raya Malaysia BULETIN PERUBAHAN KERJA BAHAGIAN DASAR DAN KONTRAK, CAWANGAN

Hakcipta terpelihara BDK, CKUB 4

Projek : Cadangan Membina Makmal Baru Jabatan Kimia Pulau Pinang

i) Permohonan Kelulusan Perubahan Kerja No. 20 Perubahan kerja ini melibatkan kerja-kerja pertukaran dinding daripada

‘blockwall’ kepada ‘brickwall’. Punca-punca perubahan kerja ini adalah

permintaan daripada daripada Ibu Pejabat Kuala Lumpur pada mesyuarat

tapak .

ii) Keputusan Jawatankuasa bersetuju untuk meluluskan perubahan kerja secara prinsip.

P.P. perlu menjelaskan dan memberikan justifikasi dari segi teknikal

kenapakah pertukaran dari ‘blockwall’ ke ‘brickwall’ diperlukan. Justifikasi

tersebut perlu dikemukakan kepada pihak urusetia dalam tempoh terdekat.

Jawatankuasa mengingatkan P.P., supaya apa-apa arahan perubahan

rekabentuk dimasa hadapan yang dikeluarkan oleh HODT di ibupejabat perlu

disahkan semula kepada HOPT sebelum kerja-kerja tersebut dilaksanakan

sekiranya ianya melibatkan pertambahan kos. Disamping itu P.P. juga

perlulah meneliti samada apa-apa tambahan kerja yang dicadangkan oleh

HODT adalah sesuai bagi sesebuah projek tersebut.

iii) Iktibar Kes 1

Jawatankuasa mendapati terdapat arahan perubahan rekabentuk yang

dianggap oleh Jawatankuasa tidak diperlukan seperti mengubah dinding

‘blockwall’ kepada ‘brickwall’. Arahan perubahan ini telah dikeluarkan dan

dilaksanakan tanpa melihat kepada keperluan dari segi teknikal dan kos yang

akan terlibat. Oleh itu Jawatankuasa mengingatkan pada masa hadapan,

KES 1

Page 6: BULETIN PERUBAHAN KERJA - jkr.gov.my · JKR | Confidential Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan , Jabatan Kerja Raya Malaysia BULETIN PERUBAHAN KERJA BAHAGIAN DASAR DAN KONTRAK, CAWANGAN

Hakcipta terpelihara BDK, CKUB 5

sekiranya terdapat arahan perubahan rekabentuk semasa peringkat

pembinaan diarahkan oleh Arkitek/Jurutera/Jabatan Pelanggan, P.P.

perlulah memastikan ianya amat diperlukan dan disahkan semula oleh HOPT

sebelum dilaksanakan.

Disamping itu P.P. perlulah memastikan keperluan perubahan kerja tersebut

adalah benar-benar diperlukan dari segi teknikal serta keperluan tapak bina.

Ini adalah kerana apa-apa arahan perubahan kerja akan menambahkan kos

keseluruhan projek. Tambah lagi ia mungkin akan mengganggu kemajuan

kerja kontraktor di samping mungkin akan memangjangkan tempoh

pembinaan. Kesannya akan menyebabkan satu lanjutan masa boleh diberikan

kepada kontraktor akhirnya menyebabkan kontraktor mempunyai hak untuk

menuntut kerugian dan perbelanjaan tambahan daripada Kerajan.

HODT juga perlulah memastikan apa-apa perubahan kerja yang dicadangkan

dilaksanakan di tapak bina, dibincangkan terlebih dahulu dengan P.P.

Projek : Merekabentuk, Membina dan Menyiapkan Kompleks Penjara Negeri Perlis

i) Permohonan Kelulusan Perubahan Kerja No. 2

Perubahan kerja ini melibatkan kerja-kerja di luar sempadan – 1500

Diameter Pipe Culvert and Sump

Nilai anggaran kos yang terlibat adalah RM 1,039,920.30 atau 0.87% dari

jumlah harga kontrak.

KES 2

Page 7: BULETIN PERUBAHAN KERJA - jkr.gov.my · JKR | Confidential Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan , Jabatan Kerja Raya Malaysia BULETIN PERUBAHAN KERJA BAHAGIAN DASAR DAN KONTRAK, CAWANGAN

Hakcipta terpelihara BDK, CKUB 6

Perubahan kerja ini adalah disebabkan oleh keperluan teknikal dan diluar

skop asal kontrak. P.P. menjelaskan projek ini pada asalnya adalah

projek PMC dan telah diserahkan kepada pihak JKR. Projek ini telah

dirunding oleh pihak PMC pada tahun 2003 dan Kementerian Kewangan

meluluskannya pada tahun 2005. Pelaksanaan projek ini bermula pada

tahun 2006.

Kerja-kerja luar sempadan ini telah diperuntukkan sebagai Wang

Peruntukan Sementara dalam kontrak disebabkan tiada skop kerja pada

masa tersebut. P.P. memaklumkan ianya telah dicadangkan untuk

ditukarkan kepada Perubahan Kerja dan diberikan kepada Kontraktor

Utama kerana projek ini adalah projek Reka & Bina.

Rekabentuk ‘pipe culvert’ & ‘sump’ diperlukan atas permintaan Pihak

Berkuasa Tempatan.

ii) Keputusan

Jawatankuasa bersetuju untuk meluluskan perubahan kerja ini sehingga

had nilai RM1,039,920.30 dari jumlah harga kontrak.

iii) Iktibar Kes 2

Jawatankuasa mendapati terdapat Wang Peruntukan Sementara (WPS)

untuk Kerja Luar Sempadan yang telah dimasukkan dalam projek Reka

dan Bina. Jawatankuasa mengingatkan agar pada masa akan datang,

HOPT dan HODT perlulah mengkaji terlebih dahulu akan keperluan WPS

dalam projek yang dilaksanakan secara Reka dan Bina dimana

sepatutnya pihak Kontraktor telah mengambil semua risiko daripada awal

sehingga siap projek. Kerajaan tidak sepatutnya menanggung kos

sekiranya berlaku kenaikan kepada peruntukan WPS secara mendadak

tersebut yang mana pada kebiasaannya diperuntukkan dengan jumlah

yang kecil sahaja. Oleh itu amalan meletakkan peruntukan WPS ini

Page 8: BULETIN PERUBAHAN KERJA - jkr.gov.my · JKR | Confidential Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan , Jabatan Kerja Raya Malaysia BULETIN PERUBAHAN KERJA BAHAGIAN DASAR DAN KONTRAK, CAWANGAN

Hakcipta terpelihara BDK, CKUB 7

perlulah dielakkan kerana ianya tidak bertepatan dengan konsep Reka &

Bina, lebih-lebih lagi yang mana melibatkan bidang kerja yang mana

secara lazimnya di bawah tanggungan Kontraktor.

Perbelanjaan WPS yang diperuntukkan di bawah kontrak reka dan bina

sekiranya hendak dilaksanakan di bawah kontrak reka dan bina, ia hanya

boleh dilaksanakan oleh kontraktor reka dan bina. Ini adalah menurut

semangat serta konsep kontrak reka dan bina.

Namun demikian P.P. masih mempunyai budi bicara untuk mengeluarkan

butiran WPS tersebut daripada kontrak dan melaksanakannya secara

berasingan.

Projek : Cadangan Kerja Pengalihan Paip Bekalan Air Bagi Projek Menaiktaraf Laluan B9/FT015 Dari Lapangan Terbang Subang Ke Hospital Sg. Buloh, Selangor.

i) Permohonan Kelulusan Perubahan Kerja No. 5

Kontrak ini merupakan satu kontrak reka dan bina. Perubahan kerja ini

melibatkan kerja-kerja mengekalkan ‘Double Flange Butterfly Valve (VTV)

yang merupakan sebahagian daripada kerja-kerja sementara. Punca-

punca perubahan kerja ini atas arahan pihak SYABAS bagi keperluan

kerja-kerja penyelenggaraan di masa hadapan.

Nilai anggaran kos yang terlibat adalah RM129,200.00 atau 0.41% dari

jumlah harga kontrak.

KES 3

Page 9: BULETIN PERUBAHAN KERJA - jkr.gov.my · JKR | Confidential Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan , Jabatan Kerja Raya Malaysia BULETIN PERUBAHAN KERJA BAHAGIAN DASAR DAN KONTRAK, CAWANGAN

Hakcipta terpelihara BDK, CKUB 8

ii) Ulasan Urusetia

• Kadar harga bagi kerja ‘Hot Tapping’ di bawah item 3A.20.0 dan 3A.20.2

di dalam Senarai Kuantiti adalah termasuk ‘ all necessary equipment,

mobilization and demobilisation, and all the temporary pipes, fittings,

specials and valves etc.’ Kerja-kerja pemasangan 4 bilangan injap kupu-

kupu 900mm adalah sebahagian daripada kerja ‘Hot Tapping’ dimana

pemasangan injap tersebut adalah sementara sahaja dan perlu dialihkan

selepas kerja-kerja penyambungan paip selesai dilaksanakan.

• Semasa mengadakan lawatan tapak bersama perunding pada 5 Mac

2007, pihak SYABAS telah meminta supaya injap kupu-kupu 900mm

dikekalkan sebagai permanent works untuk tujuan penyenggaraan

berdasarkan surat rujukan SYA/HQ/OM/JKR-B9/FT015/07(64) bertarikh

21 Mei 2007 dan SYA/OMD/GOP/08(61) bertarikh 8 Julai 2008.

• Permohonan ini telah dibawa ke Jawatankuasa Arahan Perubahan Kerja

Peringkat Pengarah Cawangan Jalan bertarikh 2 Januari 2008 tetapi

ditolak dengan alasan kerja-kerja tersebut adalah memenuhi keperluan

penyelenggaraan pihak SYABAS dan sewajarnya pihak SYABAS

menanggung kos tersebut.

• Pihak P.P. berpendapat bahawa:-

1. Pemasangan injap kupu-kupu 900mm untuk kerja ‘Hot Tapping’

adalah kerja sementara sahaja (temporary works) dan Kontraktor

berhak mengambil semula apabila penyambungan paip selesai

dilaksanakan.

2. Pihak SYABAS telah mengeluarkan arahan supaya injap tersebut

dikekalkan semasa mengadakan lawatan tapak pada 5 Mac 2007

berdasarkan surat rujukan SYA/HQ/OM/JKR-B9/FT015/07(64)

bertarikh 21 Mei 2007 MENGAKIBATKAN Kontraktor menanggung

kos tambahan.

Page 10: BULETIN PERUBAHAN KERJA - jkr.gov.my · JKR | Confidential Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan , Jabatan Kerja Raya Malaysia BULETIN PERUBAHAN KERJA BAHAGIAN DASAR DAN KONTRAK, CAWANGAN

Hakcipta terpelihara BDK, CKUB 9

3. Dengan itu, berdasarkan Fasal 12.3.1 Syarat-Syarat Kontrak,

dicadangkan permohonan ini dipertimbangkan.

iii) Keputusan

Jawatankuasa tidak bersetuju untuk meluluskan perubahan kerja ini.

Jawatankuasa mendapati pihak Kontraktor melaksanakan kerja tanpa

persetujuan JKR. Tiada bukti yang menunjukkan arahan daripada pihak

JKR telah dikeluarkan kepada Kontraktor untuk melaksanakan kerja.

Sekiranya pihak Kontraktor tidak berpuas hati dengan keputusan ini, pihak

Kontraktor boleh mengemukakan kes ini sebagai kes tuntutan.

iv) Iktibar Kes 3

Permohonan P.P. dengan menggunakan klausa 12.3.1 syarat-syarat

kontrak PWD DB/T Edition 2002, hanya boleh dipertimbangkan sekiranya

terdapat pindaan kepada Keperluan Statutori yang menyebabkan satu

pindaan kepada Cadangan Reka Bentuk Kontraktor. Keperluan SYABAS

untuk mengadakan injap kupu-kupu bukanlah satu pindaan kepada

keperluan statutori oleh kerana keperluan SYABAS adalah lebih untuk

tujuan penyenggaraan di masa hadapan.

Pindaan kepada keperluan statutori akan berlaku sekiranya pindaan

tersebut dibuat menurut undang-undang oleh Pihak Berkuasa Tempatan

(PBT).

Apa-apa arahan perubahan kerja daripada Pengarah Projek bagi kontrak

reka dan bina menurut klausa 27.2 PWD DB/T Edition 2002, adalah

berkaitan dengan perubahan kepada Kehendak Kerajaan sahaja. Apa-apa

perubahan kerja yang dikeluarkan oleh P.P. terhadap cadangan reka

bentuk kontraktor berhubung dengan kefungsian, kesesuaian dan

keselamatan sekiranya melibatkan kos tambahan hendaklah ditanggung

oleh kontraktor melainkan ia melibatkan kurangan yang mana perlulah

Page 11: BULETIN PERUBAHAN KERJA - jkr.gov.my · JKR | Confidential Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan , Jabatan Kerja Raya Malaysia BULETIN PERUBAHAN KERJA BAHAGIAN DASAR DAN KONTRAK, CAWANGAN

Hakcipta terpelihara BDK, CKUB 10

dipotong oleh P.P. daripada Harga Kontrak (rujuk klausa 27.3 dan 27.4

syarat-syarat kontrak PWD DB/T Edition 2002).

Dalam hal ini P.P.tidak pernah mengeluarkan apa-apa arahan untuk

meminda Kehendak Kerajaan. Pindaan yang berlaku kepada cadangan

reka bentuk kontraktor disebabkan kepada pematuhan kepada Pihak

Berkuasa Tempatan bukanlah satu pindaan kepada Kehendak kerajaan.

Maka dengan itu ia bukanlah satu perubahan kerja dalam kontrak reka

dan bina.

Projek : The Design, Construction, Equipping, Commisioning and Maintenance of Sungai Buloh Hospital (620 Beds) and the College of Allied Health Sciences at Sungai Buloh, Selangor

i) Permohonan Kelulusan Perubahan Kerja No. 13

Perubahan kerja ini melibatkan penambahan kerja-kerja bagi Penggantian

Pelbagai Kepingan Lantai Vynil ke Piawaian yang Pelbagai (Substitution

of Various Vynil Sheet Flooring to a Varied Standard)

Kontraktor mendakwa cadangan pihaknya di dalam dokumen kontrak

dahulu adalah memenuhi spesifikasi, namun semasa mesyuarat interaksi

bil 4/2002 (16/5/2002) Kerajaan telah memilih “vynil sheet” yang lebih

tinggi dan Kontraktor menganggap ianya perubahan kerja kerana terdapat

perbezaan harga.

KES 4

Page 12: BULETIN PERUBAHAN KERJA - jkr.gov.my · JKR | Confidential Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan , Jabatan Kerja Raya Malaysia BULETIN PERUBAHAN KERJA BAHAGIAN DASAR DAN KONTRAK, CAWANGAN

Hakcipta terpelihara BDK, CKUB 11

Nilai anggaran kos yang terlibat adalah RM 5,290,233.39 atau 0.53% dari

jumlah harga kontrak.

ii) Pengesyoran Jawatankuasa Pra

Jawatankuasa Pra meneliti dan mendengar penjelasan dari wakil

P.P./pembentang, Jawatankuasa Pra bersetuju untuk syorkan RM

4,854,373.13 atau 0.49% dari jumlah harga kontrak kepada Kementerian

Kewangan untuk dipertimbangkan kerana:

1. Wakil P.P./pembentang menegaskan terdapatnya perubahan kualiti

kepada model yang lebih tinggi dari kualiti yang telah dipersetujui di

dalam kontrak walaupun tiada arahan bertulis dan hanya terdapat minit

mesyuarat yang tidak ditandatangani;

2. Jumlah yang disyorkan berdasarkan kadarharga munasabah dan telah

dipersetujui oleh pihak Kontraktor; dan

3. Kerja telah dilaksanakan dan telah diterima oleh klien

iii) Pengesyoran J/K Peringkat KPKR Jawatankuasa Peringkat KPKR syor untuk dipertimbangkan ke

Kementerian Kewangan dengan jumlah RM 4,854,373.13 atau 0.49% dari

jumlah harga kontrak. Pengesyoran ini juga berdasarkan penjelasan dan

pengakuan Wakil P.P./pembentang, sebagaimana penjelasan dalam

Jawatankuasa Pra.

iv) Iktibar Kes 4 Dalam kes ini meskipun tiada arahan secara bertulis dikeluarkan, namun

pihak P.P. tidak menafikan bahawa arahan telah dikeluarkan kepada

kontraktor bagi menukarkan mutu serta piawaian jubin vinyl. Penjelasan

yang dikemukakan oleh Wakil P.P. mengapakah arahan bertulis tidak

Page 13: BULETIN PERUBAHAN KERJA - jkr.gov.my · JKR | Confidential Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan , Jabatan Kerja Raya Malaysia BULETIN PERUBAHAN KERJA BAHAGIAN DASAR DAN KONTRAK, CAWANGAN

Hakcipta terpelihara BDK, CKUB 12

dikeluarkan oleh kerana Wakil P.P. berpendapat ia bukanlah satu

perubahan kerja. Namun demikian adalah tidak dinafikan bahawa satu

arahan telah dikeluarkan kepada kontraktor oleh JKR meskipun secara

tidak bertulis. Maka dengan itu adalah didapati arahan perubahan kerja

sebenarnya telah dikeluarkan meskipun ia tidak dikeluarkan secara

bertulis

Apa yang berlaku dalam kes Wakil P.P. telah menegaskan bahawa

cadangan asal kontraktor sebenarnya memenuhi kriteria kefungsian,

kesesuaian dan keselamatan dalam kontrak reka dan bina dan cadangan

asal tersebut telah pun dipersetujui oleh kedua-dua kontraktor serta

Kerajan semasa rundingan harga diadakan. Namun demikian pertukaran

bagi vinyl tiles tersebut didapati mutunya adalah lebih tinggi daripada apa

yang telah dipersetujui, ia adalah lebih kepada kecenderungan citarasa

pihak Kerajaan dan maka dengan itu ia bukanlah berpunca daripada

kemungkiran kontraktor dalam pelaksanaan tanggung jawab kontrak reka

dan bina. Maka dalam hal ini Jawatankuasa Perubahan Kerja

memutuskan ia adalah satu perubahan kerja dengan itu kos tambahan

perlulah dibayar kepada kontraktor.

Page 14: BULETIN PERUBAHAN KERJA - jkr.gov.my · JKR | Confidential Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan , Jabatan Kerja Raya Malaysia BULETIN PERUBAHAN KERJA BAHAGIAN DASAR DAN KONTRAK, CAWANGAN

Hakcipta terpelihara BDK, CKUB 13

Projek :Cadangan Membina dan Menyiapkan Klinik Kesihatan 3 Cermai 2 (12CE, 5DCE) dan Kuarters (2D, 8F, 16G) Simpang Lima, Daerah Sabak Bernam, Selangor Darul Ehsan

i) Permohonan Kelulusan Perubahan Kerja No. 1

Perubahan kerja ini melibatkan kerja-kerja pembaikan tanah (Ground

Improvement). Punca-punca perubahan kerja ini adalah untuk keperluan

selepas keputusan ujian tanah.

Nilai anggaran kos yang terlibat adalah RM 3,636,965.50 atau 14.63%

dari jumlah harga kontrak

ii) Ulasan Urusetia

Pejabat ini telah membuat semakan terhadap Laporan Justifikasi

Perubahan Kerja serta surat kepada Y.Bhg. Dato’Sri KPKR ruj (35)

dlm.JN.SEL9/1/L/08(QS) bertarikh 28 Julai 2009 dan mendapati PP

mengesyorkan agar projek ini diteruskan dengan kontraktor sedia ada

setelah mendapat komitmen daripada pihak pelanggan ke atas

pertambahan kos.

Pejabat ini juga mendapati perkiraan anggaran kos yang lebih terperinci

berkenaan pertambahan kos yang terlibat telah disertakan oleh pihak PP.

Pendekatan bagi meneruskan projek ini adalah berdasarkan alasan-

alasan berikut :

i. Pihak pelanggan telahpun memberikan komitmen ke atas

pertambahan kos sebanyak RM4,306,521.50 sepertimana dalam

surat bil (2)KKM(S)BPP.UPP.700-2/2/5L jld 2 bertarikh 22 Jun

2009.

KES 5

Page 15: BULETIN PERUBAHAN KERJA - jkr.gov.my · JKR | Confidential Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan , Jabatan Kerja Raya Malaysia BULETIN PERUBAHAN KERJA BAHAGIAN DASAR DAN KONTRAK, CAWANGAN

Hakcipta terpelihara BDK, CKUB 14

ii. Peningkatan kos adalah berpunca daripada isu ‘soil improvement’

yang tidak diambil kira dalam tender dan isu ini berkait rapat pula

dengan jenis atau saiz cerucuk yang akan digunapakai.

Berdasarkan semakan semula oleh HODT-HODT yang terlibat,

pertambahan kos yang disumbangkan oleh ‘soil improvement’ dan pindaan cerucuk adalah sekitar RM4,181,670.20.

Pertambahan ini adalah masih dalam lingkungan kos tambahan

yang telah disahkan oleh pihak pelanggan.

Dalam perbincangan di atas, pihak HODT yang terlibat juga telah

menyuarakan keyakinan pindaan kerja yang melibatkan

pertambahan kos untuk lain-lain komponen bangunan dijangkakan

adalah minima.

iii. Tindakan tender semula akan melewatkan perancangan dan pelaksanaan projek ini, namun peningkatan kos pasti tidak dapat dielakkan walaupun dilihat sebagai pendekatan yang lebih

telus dan terbuka.

iv. Kontraktor telah memberikan maklumbalas yang positif serta

memberi kerjasama penuh dalam usaha Wakil PP untuk

menyelesaikan masalah ini.

v. Ini adalah satu pengajaran kepada pihak yang terlibat khasnya

HODT bahawa isu andaian terhadap asas bangunan (assumption

on the foundation) perlu diberi perhatian serius dan setiap andaian

jika pun perlu dibuat mestilah dilengkapkan dengan peruntukan

seperti wang peruntukan sementara dalam tender yang akan

dipanggil. Setidak-tidaknya tindakan ini akan membebankan pihak

pelanggan dengan isu pertambahan kos diperingkat akhir.

Page 16: BULETIN PERUBAHAN KERJA - jkr.gov.my · JKR | Confidential Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan , Jabatan Kerja Raya Malaysia BULETIN PERUBAHAN KERJA BAHAGIAN DASAR DAN KONTRAK, CAWANGAN

Hakcipta terpelihara BDK, CKUB 15

iii) Pengesyoran Jawatankuasa Pra

Jawatankuasa Pra telah bersetuju mengesyorkan RM 3,193,125.50

berdasarkan sebab berikut :-

1. PP telah menjelaskan bahawa projek ini perlu ditender segera,

tanpa siasatan tanah (Soil investigation) siap oleh pihak IKRAM.

2. Pihak klien telah bersetuju untuk menambah peruntukan kewangan

untuk perubahan kerja ini melalui surat bil. KKM(S)BPP.UPP.700-

/2/2/5Jld.2(2).

iv) Keputusan

Jawatankuasa bersetuju meluluskan perubahan kerja ini secara prinsip

serta mengarahkan PP menyediakan Perjanjian Tambahan yang

mengandungi terma-terma yang jelas agar tidak ada tuntutan kerugian

dan perbelanjaan tambahan dari pihak kontraktor. Jumlah perubahan

kerja yang diluluskan adalah sebanyak RM 4,044,310.20 atau 16.27% dari jumlah harga kontrak.

v) Iktibar Kes 5

Dalam hal ini pindaan kepada sekop kontrak berlaku oleh kerana kerja-

kerja pembaikan tanah tidak dimasukkan dan dengan itu menurut sekop

kontrak, ia adalah tidak dijangka semasa kontrak diikat di antara

kontraktor dengan Kerajaan. Pertukaran ini melibatkan satu pindaan

kepada keadah pelaksanaan kerja dan juga peningkatan kos yang tinggi

di mana ia adalah di luar jangkaan kedua-dua belah pihak. Sehubungan

dengan satu perjanjian tambahan perlulah dilaksanakan di antara kedua-

dua belah pihak oleh kerana ia bukanlah tergulung sebagai satu

perubahan kerja menurut peruntukkan kontrak.

Page 17: BULETIN PERUBAHAN KERJA - jkr.gov.my · JKR | Confidential Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan , Jabatan Kerja Raya Malaysia BULETIN PERUBAHAN KERJA BAHAGIAN DASAR DAN KONTRAK, CAWANGAN

Hakcipta terpelihara BDK, CKUB 16

Perlulah diingatkan apa-apa arahan P.P. berhubung dengan perubahan

kerja menurut peruntukkan kontrak adalah untuk menganjurkan sekop

asal tetapi bukanlah untuk mengubah sekop asal dan dengan itu pindaan

kepada terma kontrak jua oleh P.P.

Menurut beberapa kes yang diputuskan di mahkamah sekiranya satu

perubahan kerja dilaksanakan didapati di luar sekop kerja kontrak ataupun

melibatkan tambahan kos yang besar, maka ia bukanlah satu perubahan

kerja menurut syarat-syarat kontrak binaan dan maka dengan itu masa

bukan menjadi teras kepada kontrak (time is at large). Ini adalah kerana

mahkamah akan mentafsirkan bahawa kedua-dua belah pihak didapati

secara tingkah laku menulis semula kontrak tersebut dan tempoh masa

asal kontrak sudah tidak lagi mengikat dan juga berkaitan.

Sehubungan dengan itu adalah wajar satu perjanjian tambahan

dilaksanakan bagi memastikan sekop kerja yang baru itu direkodkan

terma-termanya disamping memastikan masa terus menjadi kepada

kontrak tersebut.

Adalah juga wajar satu kelulusan diperolehi daripada Pihak

Perbendaharaan serta Kementerian Pelanggan oleh kerana ia melibatkan

pindaan kepada sekop serta terma-terma kontrak dan juga melibatkan

peningkatan kos yang tinggi sebelum Perjanjian Tambahan dilaksanakan

di antara Kerajaan dengan kontraktor.

Page 18: BULETIN PERUBAHAN KERJA - jkr.gov.my · JKR | Confidential Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan , Jabatan Kerja Raya Malaysia BULETIN PERUBAHAN KERJA BAHAGIAN DASAR DAN KONTRAK, CAWANGAN

Hakcipta terpelihara BDK, CKUB 17

Projek : Cadangan Membina Dan Menyiapkan Dua Blok Bangunan 4 Tingkat Di Sekolah Menengah Batu 4 Grik, Hulu Perak

i) Permohonan Kelulusan Perubahan Kerja No. 6

Perubahan kerja ini melibatkan kerja-kerja tambahan kerja perabut

terlerai. Punca-punca perubahan kerja ini adalah disebabkan keperluan

teknikal.

Nilai anggaran kos yang terlibat adalah RM 375,165.80 atau 10.74% dari

jumlah harga kontrak

ii) Ulasan Urusetia

Ulasan Urusetia berhubung KPK ini adalah seperti berikut :-

1. Borang permohonan yang dikemukakan adalah didapati teratur.

Tarikh siap sebenar untuk projek ini adalah pada 10 Februari

2009.

2. Permohonan adalah untuk kerja perabot terlerai yang tidak

dimasukkan di dalam dokumen tender asal kerana pada ketika itu

perabot-perabot tersebut akan dibekalkan melalui Kontrak Pusat.

Walaubagaimanapun semasa pembinaan didapati jenis perabot

yang ditentukan untuk projek ini tiada dalam bekalan Kontrak

Pusat. Oleh yang demikian, adalah wajar kerja perabot terlerai

tersebut dimasukkan sebagai kerja tambahan kepada kontraktor

utama kerana ia merupakan keperluan teknikal untuk projek ini.

KES 6

Page 19: BULETIN PERUBAHAN KERJA - jkr.gov.my · JKR | Confidential Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan , Jabatan Kerja Raya Malaysia BULETIN PERUBAHAN KERJA BAHAGIAN DASAR DAN KONTRAK, CAWANGAN

Hakcipta terpelihara BDK, CKUB 18

3. Kadar harga yang digunakan adalah kadar harga munasabah

berpandukan kepada kadar harga bagi item yang sama untuk

projek-projek sekolah lain di negeri Perak. Selain dari itu kadar

harga yang digunapakai adalah diperolehi daripada pembekal

perabot dan didapati kadar harga tersebut adalah munasabah.

4. Jumlah pormohonan adalah sebanyak RM 375,165.80 iaitu 10.74%

atau 20.38% kumulatif.

iii) Pengesyoran Jawatankuasa Pra

Jawatankuasa Pra bersetuju mengesyorkan RM 375,165.80 berdasarkan

sebab-sebab berikut :-

a. Perubahan kerja ini perlu dilaksanakan kerana jenis perabot tiada

dalam bekalan Kontrak Pusat Kerajaan.

b. Kadar harga yang digunakan adalah munasabah.

iv) Keputusan

Jawatankuasa Induk Perubahan Kerja bersetuju untuk meluluskan perubahan kerja ini sehingga had nilai RM 375,165.80 atau 10.74% dari

jumlah harga kontrak.

v) Iktibar Kes 6

Bagi perubahan kerja perabut terlerai, adalah wajar diperuntukkan

sebagai satu Wang Peruntukkan Sementara (WPS) di dalam kontrak

ataupun dilaksanakan secara berasingan. Ini adalah kerana menurut

syarat-syarat kontrak, WPS ditakrifkan sebagai sejumlah wang yang

diperuntukkan bagi kerja atau bekalan barang-barang atau bahan yang

sama sekali tidak boleh diramal, ditetapkan atau dihuraikan semasa

dokumen tender dikeluarkan.Dalam hal ini, P.P. berpendapat bekalan

perabut terlerai tersebut boleh diperolehi daripada kontrak pusat. Tetapi

malangnya bekalan perabut pusat tidak menepati keperluan projek. Maka

Page 20: BULETIN PERUBAHAN KERJA - jkr.gov.my · JKR | Confidential Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan , Jabatan Kerja Raya Malaysia BULETIN PERUBAHAN KERJA BAHAGIAN DASAR DAN KONTRAK, CAWANGAN

Hakcipta terpelihara BDK, CKUB 19

dengan itu adalah wajar peruntukkan WPS ke dalam Dokumen Tender

oleh kerana ketidaktentuan sekop kerja yang terlibat.

Sebagai satu langkah alternatif, adalah wajar juga dipertimbangkan

samaada perolehan perabut terlerai ini boleh dilaksanakan secara

berasingan daripada kontrak memandangkan ia boleh mengganggu

kelancaran serta boleh memanjangkan tempoh penyiapan projek yang

boleh melibatkan lanjutan masa diberikan dan kemudiannya

membolehkan kontraktor menuntut kerugian dan perbelanjaan tambahan

terhadap Kerajaan.

Projek : Pembinaan Pusat Pemprosesan, Pengeluaran Dan Gudang

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, Bangi, Selangor

i) Permohonan Kelulusan Perubahan Kerja No. 1

Perubahan kerja ini melibatkan perubahan kerja cerucuk. Punca-punca

perubahan kerja ini adalah disebabkan perubahan susun atur (Layout)

tapak bangunan dan kegagalan ujian beban pada cerucuk (Bore Piling).

Nilai anggaran kos yang terlibat adalah RM 4,810,622.45 atau 8.35% dari

jumlah harga kontrak.

ii) Ulasan Urusetia

Urusetia mendapati tiada sebarang surat menyurat atau dokumen

sokongan disertakan bagi membuktikan ada kesilapan kerja ukur tanah di

tapak yang mengakibatkan perubahan kerja.

KES 7

Page 21: BULETIN PERUBAHAN KERJA - jkr.gov.my · JKR | Confidential Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan , Jabatan Kerja Raya Malaysia BULETIN PERUBAHAN KERJA BAHAGIAN DASAR DAN KONTRAK, CAWANGAN

Hakcipta terpelihara BDK, CKUB 20

iii) Pengesyoran Jawatankuasa Pra

Jawatankuasa Pra bersetuju mengesyorkan RM 4,810,622.45 berdasarkan sebab-sebab berikut :-

a. Perubahan berlaku apabila kontraktor membuat pengukuran tanah

dan mendapati keluasan tapak adalah tidak sama seperti mana di

dalam pelan yang disediakan oleh Juruukur Satria.

Maka pihak perunding telah merubah rekabentuk besmen yang

melibatkan perubahan pada struktur asas bangunan. Saiz cerucuk

ditukar supaya dapat mengurangkan bilangan titik cerucuk dan

mempercepatkan kerja.

b. Apabila berlaku kegagalan ujian beban cerucuk, kontraktor diarah

melakukan kerja tambahan bagi siasatan tanah (seperti surat

Arahan tapak oleh JKR daerah bertarikh 13hb Ogos 2009).

c. Dengan laporan terkini, Jurutera Peruding telah mencadangkan

penggunaan cerucuk jenis cerucuk spun yang dapat

mempercepatkan kerja.

iv) Keputusan

Jawatankuasa meluluskan perubahan kerja ini sehingga had nilai

RM 4,810,622.45 atau 8.35% dari jumlah harga kontrak.

Walaubagaimanapun PP perlu mendapatkan laporan dan justifikasi dari

segi teknikal daripada Cawangan Pakar yang berkaitan kenapakah

berlakunya pertukaran rekabentuk cerucuk tersebut. Satu salinan laporan

perlu dikemukakan kepada urusetia untuk rekod.

v) Iktibar Kes 7

Kerajaan perlulah memastikan juruukur tanah yang dilantik menyediakan

pelan ukur dengan tepat agar kedudukan bangunan dapat direka bentuk

dengan sewajarnya. Dalam hal ini adalah didapati pelan juruukur yang

diperolehi daripada Juruukur Tanah berbeza dengan keadaan sebenar di

Page 22: BULETIN PERUBAHAN KERJA - jkr.gov.my · JKR | Confidential Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan , Jabatan Kerja Raya Malaysia BULETIN PERUBAHAN KERJA BAHAGIAN DASAR DAN KONTRAK, CAWANGAN

Hakcipta terpelihara BDK, CKUB 21

tapak bina. Maka adalah wajar sebelum tender dipanggil, HODT/P.P.

menentusahkan aras-aras yang tertera di lukisan ukur tanah tersebut

adalah tepat dan tidak menyimpang daripada keadaan sebenar.

Berkaitan dengan perubahan cerucuk daripada bore pile kepada cerucuk

spun, adalah wajar Cawangan Pakar dirujuk oleh P.P. sebelum

mengarahkan kontraktor menukar sistem cerucuk tersebut agar

pertimbangan yang sewajarnya dapat dibuat.

Projek : Redevelopment Of Kuala Terengganu Airport Project Package II - Terminal Building

i) Permohonan Kelulusan Perubahan Kerja No. 21

Perubahan kerja ini melibatkan kerja-kerja tambahan untuk sistem

penyaman udara, sistem pencegah kebakaran dan sistem aerobridge.

Punca – punca perubahan kerja ini disebabkan tiada dalam skop asal

tetapi diperlukan untuk operasi.

Nilai anggaran kos yang terlibat adalah RM 548,644.45 atau 0.45% dari

jumlah harga kontrak

ii) Pengesyoran Jawatankuasa Pra

Jawatankuasa Pra tidak mengesyorkan perubahan kerja kerana :-

a. Sebab dan justifikasi tidak jelas dan kukuh.

b. Keadaaan aras bagi sistem aerobridge tidak disemak terlebih

dahulu sebelum rekabentuk disiapkan serta tidak dapat dipastikan

adakah ianya tanggungjawab kontraktor atau pihak JKR.

KES 8

Page 23: BULETIN PERUBAHAN KERJA - jkr.gov.my · JKR | Confidential Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan , Jabatan Kerja Raya Malaysia BULETIN PERUBAHAN KERJA BAHAGIAN DASAR DAN KONTRAK, CAWANGAN

Hakcipta terpelihara BDK, CKUB 22

iii) Keputusan Jawatankuasa Induk Perubahan Kerja bersetuju untuk meluluskan perubahan kerja ini sehingga had nilai RM 548,644.45 atau 0.45% dari

jumlah harga kontrak. Ini adalah kerana lukisan rekabentuk telah

disediakan oleh Jabatan sendiri, maka dengan itu apa-apa kesilapan

rekabentuk perlulah ditanggung oleh kerajaan.

iv) Iktibar Kes 8

Menurut klausa 4.0 syarat-syarat kontrak JKR 203A (sem.10/83) di bawah

tajuk ’Bidang Kontrak’, ia antara lain memperuntukkan tanggung jawab

kontraktor adalah untuk membina dan menyiapkan Kerja yang ditunjukkan

dalam Pelan-Pelan Kontrak dan diperihalkan dalam Senarai Kuantiti

dan/atau Spesifikasi.

Ini bermakna, ia bukanlah menjadi tanggung jawab kontraktor untuk

menentukan aras struktur yang perlu dibina. Ia terserahlah kepada

HODT/P.P. bagi menentukan aras yang perlu dibina di tapak bina. Dalam

hal ini kontraktor telah membina sebegaimana yang diarah oleh P.P.,

namun didapati aras yang dibina tidak tepat dan dengan itu kontraktor

didapati perlu membetulkan aras aerobridge tersebut. Memandangkan

kontraktor tidak silap dalam menentukan aras aerobridge tersebut, malah

perlu mengubahnya menurut aras sebenar, ia merupakan satu perubahan

kerja oleh kerana P.P. perlu mengarahkan kontraktor untuk menyiapkan

kerja-kerja pembinaan aerobridge tersebut menurut keadaan tapak yang

sebenar.

Sehubungan dengan itu adalah wajar HODT/P.P. menyemak serta

menentukan aras kerja yang sebenar dalam kontrak konvensyional

memandangkan reka bentuk adalah tanggung jawab Kerajaan.