BULETIN SIRI 1/2019...Kabinet Rendah Terbuka Meja Guru Karel Berpedestal Meja Guru Berpedestal Meja...

11
BULETIN SIRI 1/2019 Jan-Jun PENSIJILAN PRODUK FRIM

Transcript of BULETIN SIRI 1/2019...Kabinet Rendah Terbuka Meja Guru Karel Berpedestal Meja Guru Berpedestal Meja...

Page 1: BULETIN SIRI 1/2019...Kabinet Rendah Terbuka Meja Guru Karel Berpedestal Meja Guru Berpedestal Meja Murid Meja Utama Rak Fail Kerusi Murid Gerobok Kabinet Besi 6 Bays Kabinet Besi

BULETIN SIRI

1/2019 Jan-Jun

PENSIJILAN PRODUK FRIM

Page 2: BULETIN SIRI 1/2019...Kabinet Rendah Terbuka Meja Guru Karel Berpedestal Meja Guru Berpedestal Meja Murid Meja Utama Rak Fail Kerusi Murid Gerobok Kabinet Besi 6 Bays Kabinet Besi

2

KENALI FRIM PCS

FRIM PCS adalah satu unit dibawah pejabat Ketua Pengarah FRIM yang ditubuhkan pada

Jun 2013. Penubuhan ini adalah lanjutan daripada isu permasalahan kualiti produk yang

dibekalkan kepada kerajaan bagi kontrak Pusal Sistem Panel terutama yang melibatkan

kerusi meja murid sekolah oleh Kementerian Kewangan (MOF) dan kementerian Pendidikan

Malaysia(KPM).

Page 3: BULETIN SIRI 1/2019...Kabinet Rendah Terbuka Meja Guru Karel Berpedestal Meja Guru Berpedestal Meja Murid Meja Utama Rak Fail Kerusi Murid Gerobok Kabinet Besi 6 Bays Kabinet Besi

3

Page 4: BULETIN SIRI 1/2019...Kabinet Rendah Terbuka Meja Guru Karel Berpedestal Meja Guru Berpedestal Meja Murid Meja Utama Rak Fail Kerusi Murid Gerobok Kabinet Besi 6 Bays Kabinet Besi

4

AKTIVITI FRIM PCS

EXPORT FURNITURE EXHIBITION (EFE) 2019

FRIM telah menyertai Export Furniture Exhibition (EFE) 2019 yang ke-15 di Kuala Lumpur Convention

Centre, KLCC pada 9-12 Mac lalu. Pameran tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri

Kementerian Industri Utama, YB Datuk Seri Shamsul Iskandar bin Mohd Akin pada 9 Mac, dan turut

dilawati oleh Menterinya, YB Teresa Kok pada 11 Mac 2019.

Fokus utama FRIM dalam penyertaan pameran tersebut adalah untuk mendedahkan perkhidmatan

pensijilan perabot yang disediakan oleh Perkhidmatan Pensijilan Produk FRIM (FRIM-PCS) kepada

pengusaha, pedagang dan pengeksport perabot antarabangsa. FRIM turut membentangkan

mengenai perkhidmatan FRIM-PCS yang disampaikan oleh Puan Elia Suhaily Md Yacob pada seminar

EFE Industry yang berlangsung pada 11 Mac

dan dihadiri seramai 30 pengunjung.

Turut menyertai FRIM di dalam pameran ini ialah dua

jenama tempatan yang bersetuju untuk

mempersijilkan perabot eksport mereka, iaitu

Ramaco dari Ramaco Bena dan LINEA by NOKTA

(gabungan tiga syarikat pembuat iaitu NSF

Manufacturing, One Tech dan Furnitech.

Pengalaman kedua-dua

jenama di dalam pasaran

eksport diambil kira dalam

penyertaan ini. Turut

dipamerkan ialah pembangunan rekabentuk yang

menepati standard yang dibangunkan oleh Unit

Rekabentuk di bawah Program Pemerkasaaan Pensijilan

Produk.

Perkhidmatan FRIM-PCS mendapat sambutan yang baik

daripada pengusaha perabot antarabangsa, dan juga

pedagang antarabangsa yang mahukan produk

perabot mereka dipersijilkan. Pensijilan ini mampu meningkatkan keyakinan pedagang dan pengguna

dengan penghasilan produk berkualiti melalui pembuatan yang baik dan pengujian produk mengikut

keperluan standard.

Page 5: BULETIN SIRI 1/2019...Kabinet Rendah Terbuka Meja Guru Karel Berpedestal Meja Guru Berpedestal Meja Murid Meja Utama Rak Fail Kerusi Murid Gerobok Kabinet Besi 6 Bays Kabinet Besi

5

BENGKEL PENYEDIAAN KEPERLUAN SPESIFIKASI SISTEM E-PENSIJILAN

Sesi perbincangan Bengkel Penyediaan Keperluan Spesifikasi Sistem E-Pensijilan FRIM PCS telah

diadakan di Bilik Calamus, Bangunan Auditorium pada 26 Mac 2019. Perbincangan dipengerusikan

oleh YBhg. Datin Salamah Selamat. Bengkel ini diadakan untuk mengenalpasti keperluan spesifikasi

sistem e-pensijilan FRIM PCS yang dibangunkan oleh Primus Core Sdn. Bhd.

Primus Core Sdn Bhd diketuai oleh Encik Muhamad Syauqi Jamil. Personel yang terlibat ialah FRIM PCS,

Cawangan ICT dan Cawangan Kewangan. Tujuan pelaksanaan e-pensijilan ini adalah bagi

membantu mempercepatkan proses permohonan pensijilan sehingga ke proses pengeluaran sijil.

Jangkaan projek ini akan disiapkan adalah apada September 2019.

Page 6: BULETIN SIRI 1/2019...Kabinet Rendah Terbuka Meja Guru Karel Berpedestal Meja Guru Berpedestal Meja Murid Meja Utama Rak Fail Kerusi Murid Gerobok Kabinet Besi 6 Bays Kabinet Besi

6

TAKLIMAT KEPERLUAN DANA PUSINGAN (SOFT LOAN) DAN SKIM PENSIJILAN PERABOT

PEROLEHAN KERAJAAN

FRIM telah menganjurkan “Taklimat Keperluan Dana Pusingan (Soft Loan) dan Skim Pensijilan Perolehan

Perabot Kerajaan” di Auditorium FRIM pada 19 April 2019. Taklimat ini bertujuan memberi pendedahan

kepada Pengusaha Perabot tentang keperluan dan sokongan Pengusaha Perabot bagi mendapatkan

Dana Pusingan (Soft Loan) serta proses dan prosedur berkaitan pensijilan mengikut kumpulan produk.

Objectif taklimat ini adalah sebagai pendedahan kepada Pengusaha Perabot bagi keperluan dana

pusingan dan aplikasi untuk syarikat bumiputera dan pendedahan kepada Pengusaha Perabot

tentang Skim Pensijilan Produk Perolehan Perabot Kerajaan (SPPPK) Untuk memastikan kualiti semua

produk yang dikeluarkan oleh kilang mencapai standard kualiti yang ditetapkan dan pada yg sama

dapat membuat pengesahan ke atas sesuatu syarikat sebagai pembuat perabot yg tulin berdasarkan

segmen bahan yg dinyatakan dlm sijil, serta mempunyai tahap keupayaan dlm menghasilkan produk

perabot yang dipersijilkan.

Taklimat ini dirasmikan oleh Dr Khalil Aziz

Hamzah, Timbalan Ketua Pengarah

(Operasi). Pembentangan disampaikan

oleh En Hashim W Samsi dan YBhg. Datin

Salamah Selamat (Pengarah Urusan FRIM

PCS). Taklimat ini dihadiri seramai 115

peserta yang terdiri daripada wakil MTIB,

wakil persatuan daripada Persatuan

Pengusaha Industri Perabot Bumiputera

Malaysia (PETRA), Persatuan Usahawan

Perabot Bumiputera Kebangsaan Malaysia

(PUPUK), Persatuan Perabot Makmal Sains

(PEMASA) dan Persatuan Kayu-Kayan &

Perabot Bumiputera(PEKA) serta

Pengusaha-Pengusaha Perabot.

Ucapan alu-aluan daripada Timbalan Ketua

Pengarah (Operasi), Dr Khali Aziz Bin Hamzah Sesi Soal jawab bersama pengusaha perabot

Sesi bergambar bersama Pengusaha Perabot

Page 7: BULETIN SIRI 1/2019...Kabinet Rendah Terbuka Meja Guru Karel Berpedestal Meja Guru Berpedestal Meja Murid Meja Utama Rak Fail Kerusi Murid Gerobok Kabinet Besi 6 Bays Kabinet Besi

7

AKTIVITI PENSIJILAN PRODUK

Pensijilan Produk

Sehingga Jun 2019, FRIM PCS telah menerima sebanyak 39 permohonan baharu daripada syarikat

perabot tempatan bagi pelbagai jenis perabot. Lanjutan itu, sebanyak tiga puluh enam (36) audit

semakan dokumen telah dilaksanakan bagi dokumen yang telah lengkap dan lima puluh (50) audit

penilaian juga telah dilaksanakan. Selain itu, pelaksanaan audit extension of scope dari Jan hingga Jun

2019 sebanyak 7 syarikat sedia ada iaitu Puncak bumi Sdn Bhd, Ruff n Tuff Sdn Bhd, MS Zabki Sdn Bhd,

KUS Industries Sdn Bhd, Homestead Sdn Bhd, Metro Sdn Bhd dan Malpro Sdn Bhd.

Hasil daripada audit penilaian yang telah dilaksanakan sehingga Jun 2019, sebanyak 54 syarikat telah

diluluskan dan dianugerahkan pensijilan produk dengan 142 sijil produk dan 46 jenis produk oleh

Jawatankuasa Panel Pensijilan.

Syarikat Yang Telah Dipersijilkan di Seluruh semenanjung Malaysia

3 syarikat 3 syarikat

3 syarikat

2 syarikat

3 syarikat

4 syarikat

2 syarikat

6 syarikat

23 syarikat

5 syarikat

Page 8: BULETIN SIRI 1/2019...Kabinet Rendah Terbuka Meja Guru Karel Berpedestal Meja Guru Berpedestal Meja Murid Meja Utama Rak Fail Kerusi Murid Gerobok Kabinet Besi 6 Bays Kabinet Besi

8

ANTARA PRODUK YANG DIPERSIJILKAN FRIM PCS

Produk Kayu

Produk Logam

Kabinet Rendah Terbuka

Meja Guru Karel

Berpedestal

Meja Guru

Berpedestal

Meja Murid Meja Utama

Rak Fail Kerusi Murid

Gerobok

Kabinet Besi 6 Bays Kabinet Besi Keselamatan Almari Keselamatan

Rak Pigeon Hole

Page 9: BULETIN SIRI 1/2019...Kabinet Rendah Terbuka Meja Guru Karel Berpedestal Meja Guru Berpedestal Meja Murid Meja Utama Rak Fail Kerusi Murid Gerobok Kabinet Besi 6 Bays Kabinet Besi

9

Produk Plastik

Produk Fabrik

Rak Buku Bersisi 2

Tanpa Panel Tepi

Rak Tertutup Rak Terbuka

Kerusi Plastik Tanpa

Tangan

Kerusi Plastik

Dengan Tangan

Kerusi Tabika

Kerusi Berangkai 3 Banquet Besi Kerusi Bertangkas Kerusi Jurulukis

Rak Pigeon Hole

Page 10: BULETIN SIRI 1/2019...Kabinet Rendah Terbuka Meja Guru Karel Berpedestal Meja Guru Berpedestal Meja Murid Meja Utama Rak Fail Kerusi Murid Gerobok Kabinet Besi 6 Bays Kabinet Besi

10

Audit Syarikat

Berikut merupakan antara gambar-gambar aktiviti pelaksanaan audit kilang yang giat

dilakukan bagi memenuhi pelaksanaan Pekeliling Perbendaharaan PK 2.1 yang menjadikan

FRIM sebagai regulator kepada perolehan kerajaan bagi perabot-perabot pasang siap

melibatkan 87 syarikat Bumiputera yang mendapat kontrak panel berpusat daripada

Kementerian Kewangan Malaysia(MOF). Pihak FRIM perlu mempersijilkan ke semua produk

perabot daripada syarikat-syarikat tersebut sebelum 30 Jun 2019.

Aktiviti Pelaksanaan Audit Dokumentasi

Aktiviti Pemeriksaan QC Produk

Page 11: BULETIN SIRI 1/2019...Kabinet Rendah Terbuka Meja Guru Karel Berpedestal Meja Guru Berpedestal Meja Murid Meja Utama Rak Fail Kerusi Murid Gerobok Kabinet Besi 6 Bays Kabinet Besi

11

Website FRIM PCS

Laman web FRIM-PCS telah dilancarkan pada 13 April 2018 bertujuan untuk menyampaikan maklumat

berkaitan FRIM-PCS sebagai badan pensijilan produk kepada pengguna dan orang awam. Di sini

pengguna boleh mendapatkan maklumat berkenaan pensijilan produk serta mengetahui aktiviti-

aktiviti yang dijalankan dan berita-berita semasa berkenaan FRIM-PCS. Pengguna juga boleh memuat

naik borang permohonan dan garis panduan berkenaan pensijilan serta brosur perkhidmatan dalam

tiga jenis bahasa di laman web FRIM-PCS. Untuk informasi yang lebih lanjut pengguna boleh melayari

laman web FRIM-PCS di http://pcs.frim.gov.my.