BulETIn suku · PDF fileselama enam jam setengah, dan satu jam 20 minit dengan menonton TV...

14
INTERAKSI BERSAMA... ASHLEY CHAN Minds.Com Pesaing terbaharu Facebook yang lebih privasi Salinan Percuma www.cfm.my SHOUT! consumer.forum.malaysia CFM_Malaysia KDN PP 17752/11/2013 (033132) INTERAKSI BERSAMA... ASHLEY CHAN Minds.Com Pesaing terbaharu Facebook yang lebih privasi BULETIN SUKU TAHUNAN Terbitan Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia 4 ALTERNATIF KEPADA GMAIL Perkhidmatan webmel dengan fungsi berbeza 4 ALTERNATIF KEPADA GMAIL Perkhidmatan webmel dengan fungsi berbeza Penyanyi dan penyampai radio Capital FM berkongsi tentang kehidupannya dengan cara tersendiri Penyanyi dan penyampai radio Capital FM berkongsi tentang kehidupannya dengan cara tersendiri

Transcript of BulETIn suku · PDF fileselama enam jam setengah, dan satu jam 20 minit dengan menonton TV...

Page 1: BulETIn suku · PDF fileselama enam jam setengah, dan satu jam 20 minit dengan menonton TV Telefon bimbit 2.8 jam Tablet 1.0 jam Komputer 2.7 TV 1.3 jam Peratusan pengguna Internet

Q 4 2014 19

InTERaksI BERsaMa...

ASHLEY CHAN

Minds.ComPesaing terbaharu facebook yang

lebih privasi

salinanPercuma

www.cfm.my

SHOUT!

consumer.forum.malaysia CfM_Malaysia

KDN

PP

1775

2/11

/201

3 (0

3313

2)

InTERaksI BERsaMa...

ASHLEY CHAN

Minds.ComPesaing terbaharu facebook yang

lebih privasi

BulETIn suku TaHunanTerbitan forum Pengguna komunikasi dan Multimedia Malaysia

4 ALtErNAtif kEpAdA GMAiLPerkhidmatan webmel dengan fungsi berbeza

4 ALtErNAtif kEpAdA GMAiLPerkhidmatan webmel dengan fungsi berbeza

Penyanyi dan penyampai radio Capital fM berkongsi tentang kehidupannya

dengan cara tersendiri

Penyanyi dan penyampai radio Capital fM berkongsi tentang kehidupannya

dengan cara tersendiri

Page 2: BulETIn suku · PDF fileselama enam jam setengah, dan satu jam 20 minit dengan menonton TV Telefon bimbit 2.8 jam Tablet 1.0 jam Komputer 2.7 TV 1.3 jam Peratusan pengguna Internet

20 Q 4 2014Q2 2015

nOTa EDITOR 3 ARTIKEL PILIHAN BUAT PEMBACA

Selamat kembali ke edisi terbaru Shout buat semua pembaca.

Dalam isu kali ini, kami perkenalkan seorang penyampai radio Capital FM yang juga seorang penyanyi berbakat iaitu Ashley Chan. Dalam temubual bersama Ashley, dia berkongsi rutin hariannya sebagai seorang penyampai radio serta impiannya di muka 8.

Jika anda seorang pengguna Facebook iaitu salah satu laman media sosial paling berpengaruh di dunia dan anda sedang mencari alternatif lain, ketahui tentang sebuah laman media sosial yang mempunyai ciri-ciri keselamatan yang lebih baik dan berbeza iaitu Minds.Com di muka 6.

Dalam isu top Gear kali ini, kami tampilkan tiga komputer riba mampu milik yang mempunyai fungsi hebat hanya di bawah RM1000.

Itu sahaja buat kali ini dan sampai jumpa dalam edisi akan datang!

Megat IshakEditor

NOTA eDITOR

KDN PP 17752/11/2013 (033132)

Shout diterbitkan setiap suku tahunan oleh:Communications and Multimedia Consumer Forum of Malaysia (CFM)6-02, 6th Floor, Wisma Straits Trading,No 2, Lebuh Pasar Besar, 50050 Kuala LumpurT: 03-2692-3800 F: 03-2693-2288 W: www.cfm.my

Dicetak di Malaysia oleh:Ultimate Print Sdn. BhdLot 2, Jalan Sepana 15/3, Off Persiaran Selangor,Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor.

Diedarkan oleh:hotpaper Media

SUKU KEDUA 2015

5 RANCANGAN MENARIK MESTI TONTON DI IFLIXPerkhidmatan filem atas talian di Malaysia yang menawarkan tontonan drama, filem dan banyak lagi

4 ALTERNATIF KEPADA GMAILKetahui empat pilihan webmel yang mempunyai fungsi privasi tambahan, alamat pakai buang dan pelbagai lagi

3 KOMPUTER RIBA YANG HEBAT DAN MAMPU MILIK Ketahui tiga komputer riba mampu milik yang mempunyai kos di bawah rm1000

DIGITRakyat Malaysia adalah antara pengguna yang paling celik media sosial di rantau ini. Ketahui penggunaan media sosial pengguna Malaysia berbanding yang lain

PAUTAN Pelbagai program menarik CFM

MEDIA SOSIAL – MINDS.COM Ketahui alternatif kepada Facebook yang lebih menekankan ciri keselamatan

TOP GEAR – KOMPUTER RIBA BAWAH RM1000 Ia bukan satu mimpi. Komputer riba yang baik tidak memerlukan kos yang besar

INTERAKSI – ASHLEY CHAN Berbakat seni, penari, penyanyi dan penyampai radio, DJ Ashley Chan bercerita tentang cara hidupnya dan tugasannya di stesen radio Capital FM

SANTAI – DARI KACA MATA Bintang Instagram Malaysia, Azlan Sulaiman berkongsi visi estetik dan cara dia melihat dan merakam keindahan setiap imej

ISU BULETIN – SEJARAH STORAN KOMPUTER Ketahui penyelesaian bagi simpanan data yang ditambah baik dari segi saiz, kelajuan dan prestasi bermula zaman pengkomputeran hingga hari ini

ZON APP – 4 ALTERNATIF SELAIN GMAIL Empat perkhidmatan webmel yang mempunyai kelainan

MOBILITI – MEJA BANTUAN CFM Jawapan kepada isu yang dialami pengguna

DIGITAL – SEMALAMAN DI PANGGUNG Perkhidmatan filem atas talian terbaru di Malaysia, iflix menawarkan pelbagai filem dan rancangan untuk tontonan tiap malam di rumah anda

3

4

6

8

10

13

11

kANduNgAN

12

14

7

2

Page 3: BulETIn suku · PDF fileselama enam jam setengah, dan satu jam 20 minit dengan menonton TV Telefon bimbit 2.8 jam Tablet 1.0 jam Komputer 2.7 TV 1.3 jam Peratusan pengguna Internet

Q 4 2014 21Sumber infografik daripada TNS Global www.tnsglobal.com

DIgIT

Rakyat Malaysia antara yang paling kerap berhubung secara sosial di duniaPengguna Internet Malaysia menghabiskan masa selama empat jam setengah untuk mengakses Internet pada waktu lapang setiap hari

Benda pertama yang dilihat pada waktu

pagi oleh satu pertiga daripada pengguna Internet di Malaysia ialah skrin telefon

bimbit mereka

Berhubung secara sosial dan digital: Pengguna Internet Malaysia mengakses lebih empat perkhidmatan pesanan segera setiap hari

Selepas bangun tidur Awal pagi Makan tengahari Lewat petang Makan

malamLewat malam Sebelum

tidur

Telefon bimbit Tablet Komputer TV Radio Surat khabar/Majalah Peratusan angka (%)

Secara keseluruhan, rakyat Malaysia menghabiskan masa pada peranti digital selama enam jam setengah, dan satu jam 20 minit dengan menonton TV

Telefon bimbit 2.8 jam

Tablet 1.0 jam

Komputer 2.7 jam

TV 1.3 jam

Peratusan pengguna Internet Malaysia menggunakan setiap perkhidmatan setiap minggu

Platform Rangkaian Sosial

Platform Pesanan Segera

Pengguna harian

Pengguna mingguan

Komunikasi

Pesanan segera

Menghantar dan menerima e-mel

Panggilan video/suara melalui internet

Pengguna mingguan

Pengguna harian

Sosial

Mengakses rangkaian sosial

Melayari blog / forum

Memuat naik foto, video atau muzik dalam talian

Menulis blog

Page 4: BulETIn suku · PDF fileselama enam jam setengah, dan satu jam 20 minit dengan menonton TV Telefon bimbit 2.8 jam Tablet 1.0 jam Komputer 2.7 TV 1.3 jam Peratusan pengguna Internet

2 2 Q 4 2014

pAuTAN

CFM MuNCuL dALAM RANCANgAN ANALiSiS AwANi di SALuRAN ASTRO AwANi

BuLETiN uTAMA TV3 TEMuRAMAh BARiSAN hAdApAN CFM

Pada 15 Mei 2015, CFM dijemput untuk menjadi ahli panel dalam program Analisis Awani di saluran AStRo Awani. Dalam program tersebut, Naib Pengerusi CFM, En Megat Ishak dan Pengarah CFM, En Ahmad Izham Khairuddin melontarkan beberapa isu kepenggunaan, peranan dan inisiatif CFM termasuk mengumumkan aplikasi mudah alih baharu CFM yang sedang dibangunkan untuk memudahkan komunikasi antara CFM dan pengguna. Aplikasi itu boleh digunakan menerusi sistem operasi ioS dan Android sebaik sahaja ia dilancarkan.

Muzium telekom bertukar meriah dengan program “12 Jam Maraton Doodle”yang dianjurkan CFM bersama Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Pelukis doodle yang berbakat menghasilkan karya seni yang menarik sempena sambutan hari telekomunikasi dan Masyarakat Berinformasi Sedunia (WTISD) 2015. Seramai 25 pelukis doodle yang mengambil bahagian mula melukis pada pukul 10 malam, 22 Mei dan berakhir pada pukul 10 pagi keesokan harinya. Lukisan doodle yang terakhir telah disempurnakan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia ketika itu, YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek.

Program Berita TV3, Buletin Utama hadir ke ibu pejabat CFM pada 19 Mei lalu untuk sesi temubual eksklusif bersama pengurusan tertinggi CFM. Dalam sesi temu bual itu, Naib Pengerusi, En Megat Ishak dan Pengarah CFM, En Ahmad Izham Khairuddin menjawab beberapa persoalan berhubung isu komunikasi dan multimedia termasuk peranan CFM dalam menyelesaikan masalah tersebut di kalangan pengguna serta menerangkan peranan CFM dalam mendidik pengguna tentang hak-hak mereka.

Q2 2015

pESERTA pERAduAN ‘NAMAkAN MASkOT CFM dAN MENANg’ MENANg BESAR

12 JAM MARATON doodle CFM TARik pERhATiAN ORANg RAMAi

Pada 31 Mac lalu, pemenang hadiah mingguan peraduan Facebook “Namakan Maskot CFM dan Menang” hadir ke ibu pejabat CFM untuk menerima hadiah. Pemenang dipilih berdasarkan kreativiti menamakan maskot CFM yang diumumkan melalui media sosial. Pelbagai hadiah telah disampaikan kepada pemenang antaranya, tiket wayang dan cenderamata koleksi CFM. Seramai 40 pemenang dipilih masuk ke peringkat akhir dan berpeluang memenangi lebih banyak hadiah lumayan seperti iPhone 6, iPad Mini dan banyak lagi.

4

Page 5: BulETIn suku · PDF fileselama enam jam setengah, dan satu jam 20 minit dengan menonton TV Telefon bimbit 2.8 jam Tablet 1.0 jam Komputer 2.7 TV 1.3 jam Peratusan pengguna Internet

Q 4 2014 2 3

pAuTAN

Pada 28 Mei lalu, delegasi yang terdiri daripada Ahli Majlis, ahli-ahli CFM dan sekretariat melakukan lawatan rasmi ke ibu pejabat Digi yang terletak di taman Perindustrian Hi-Tech Subang, Shah Alam. Dalam lawatan itu, delegasi CFM diberi penerangan secara khusus berhubung perjalanan operasi syarikat telekomunikasi tersebut serta dibawa melawat bangunan dan kemudahan yang terdapat di Digi.

Wakil dari CFM telah berkunjung ke stesen radio iM4U yang terletak di Puchong pada 24 Jun lepas dengan objektif untuk menjalin kerjasama bersama iM4U. Semasa kunjungan tersebut, wakil CFM dan iM4U turut membincangkan tentang kesan GST terhadap golongan belia. Pengarah Radio iM4U, Kartini Kamalul Ariffin telah memberi penerangan dalam sesi berkenaan dan turut membawa wakil CFM meninjau kesuluruhan operasi stesen radio tersebut.

Seramai 40 orang anak-anak yatim dari Rumah Amal Limpahan Kasih di Puchong diberi peluang berbuka puasa bersama angkasawan pertama negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor di Capri by Fraser hotel Residences, Kuala Lumpur pada 23 Jun 2015. Majlis anjuran Angkasawan Communication itu turut meraikan anak-anak miskin dan kurang bernasib baik. Delegasi dari CFM dan beberapa badan bukan kerajaan turut dijemput sebagai tetamu kehormat pada majlis yang cukup istimewa itu. Datuk Dr. Sheikh Muszaphar turut berkongsi pengalamannya sebagai seorang angkasawan yang pernah mengikuti misi di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) bersama tetamu yang hadir.

Pengarah CFM, En. Ahmad Izham Khairuddin dijemput menjadi panel jemputan bagi rancangan bual bicara paling popular di TV9, iaitu Nasi Lemak Kopi O pada 29 Mei lalu. Dalam rancangan siaran langsung itu, beliau berbicara dan memberi penerangan tentang peranan yang dilakukan oleh CFM dalam memberi bantuan untuk menyelesaikan aduan yang diterima dari pengguna tentang pembekal perkhidmatan telekomunikasi dan multimedia serta hak-hak pengguna dalam industri.

Q2 2015

digi TERiMA kuNJuNgAN dELEgASi CFM

iFTAR BERSAMA ANgkASAwAN pERTAMA NEgARA

CFM BERSiARAN LANgSuNg di NASi LEMAk kOpi O TV9

CFM MELAwAT STESEN RAdiO iM4u

5

Page 6: BulETIn suku · PDF fileselama enam jam setengah, dan satu jam 20 minit dengan menonton TV Telefon bimbit 2.8 jam Tablet 1.0 jam Komputer 2.7 TV 1.3 jam Peratusan pengguna Internet

24 Q 4 20146 Q 4 2 014

meDIA sOsIAL

pELihARA MAkLuMATPesaing terbaharu Facebook, beri fokus terhadap kerahsiaan maklumat

Q2 2015

Merujuk kepada angka terbaharu, Facebook masih menguasai rangkaian media sosial sebagai pilihan pengguna di serata dunia. Sehingga

30 Jun 2015, media sosial ciptaan Mark Zuckerberg itu mempunyai 1.49 bilion pengguna aktif setiap bulan dan dijangka akan meningkat sebanyak 13% setiap tahun (1). Walaupun Facebook adalah cara terbaik untuk terus berhubung dengan rakan-rakan, aspek pengumpulan dan penggunaan maklumatnya agak rumit. Pada tahun 2012, Facebook menjalankan kajian terhadap 689,003 akaun

dengan memanipulasikan suapan untuk melihat sama ada emosi mereka berubah berdasarkan kepada kandungan berita yang diberi tanpa persetujuan (2). Itu kaedah yang digunakan untuk memantau data peribadi; contohnya, aktiviti yang dilakukan pada hujung minggu. Jika anda tidak mempunyai maklumat itu, Facebook akan mengesan apa yang disukai rakan-rakan anda untuk memberi suapan dengan pelbagai iklan yang disediakan. Kini wujud media sosial baharu sebagai alternatif yang tidak mendedahkan maklumat peribadi iaitu - Minds.com

Minds adalah perkhidmatan rangkaian sosial atas talian yang dilancarkan pada bulan Jun tahun ini. Seperti Facebook, Minds.com turut memberi peluang kepada pengguna untuk berkongsi maklumat, pandangan dan status terkini bersama rakan serta pengikut. Perbezaan jelas yang dapat dilihat, ia adalah dari sumber terbuka bagi membolehkan pihak tertentu memeriksa sebarang kod, namun pertukaran maklumat antara pengguna dirahsiakan untuk mengelak dikesan oleh pengiklan dan kerajaan.

tidak seperti Facebook yang mana pengguna boleh membeli dan mengehadkan paparan organik melainkan pengguna membayar untuk meningkatkan jumlah paparan. Sebaliknya, Minds.com berfungsi dengan sistem pertukaran mata. Jika pengguna aktif dengan Minds.com, maka banyaklah mata akan diperolehi. Mata akan dikira berdasarkan pengundian dan pertukaran pandangan yang boleh dipilih oleh pengguna. Paparan Minds.com juga mesra pengguna; sebarang perkembangan terkini akan terpapar di bahagian tengah, manakala bar navigasi diletakkan di bahagian kiri untuk kemudahan berhubung dengan pengguna lain.

Pendaftaran Minds.com adalah percuma, pengguna boleh memilih untuk tidak meletakkan nama. Ia sesuatu yang menarik di dunia baru apabila maklumat kini menjadi lebih berharga dan perlu dijaga kerahsiaannya. Walaupun Minds.com masih di peringkat ujian dan belum diiktiraf selamat, ia sesuatu yang berbaloi untuk diteroka sebagai alternatif kepada Facebook yang lebih memberikan privasi dan keselamatan. untuk mendaftar, pengguna boleh melayari www.minds.com atau muat turun aplikasi Minds di Apple app store, dan Google Play store.

TENTANg MiNdS

Sumber Media:(1)http://investor.fb.com/releasedetail.cfm?ReleaseID=924562(2)http://www.pnas.org/content/111/24/8788.full

Page 7: BulETIn suku · PDF fileselama enam jam setengah, dan satu jam 20 minit dengan menonton TV Telefon bimbit 2.8 jam Tablet 1.0 jam Komputer 2.7 TV 1.3 jam Peratusan pengguna Internet

Q 4 2014 2 5

TOp geAR

BARANg BERkuALiTi dENgAN hARgA MuRAh – 3 NOTEBOOk BAwAh RM1000Ramai beranggapan barang yang berkualiti harganya mahal. Namun dengan wujudnya tiga Notebook yang berharga di bawah RM1000 di pasaran, ia telah menyangkal penyataan tersebut. Walaupun datang dengan harga yang rendah, namun ia dilengkapi dengan kemudahan papan kekunci yang berupaya melakukan pelbagai tugasan harian termasuk melayari internet, memproses kertas kerja, menonton YouTube dan pengguna boleh bermain permainan komputer.

ASuS EEEBOOk X205Dari RM849 asus.com.myModel Asus EeeBook X205 ini mempunyai berat kurang dari 1kg, dengan ketebalan hanya 17.6 mm, malah mampu bertahan sehingga 12 jam ketika melayari internet. X205 mempunyai paparan 11.6-inci Berdefinisi Tinggi (HD), pemproses Intel Z3735 1.33GHz, 2GB RAM, Intel HD Graphics, dan storan 32GB. Terdapat juga varian storan 64GB. Turut disediakan, langganan Microsoft Office 365 secara percuma selama setahun. Ia turut dilengkapi dengan slot kad mikro SD yang mampu menampung sehingga 64GB saiz kad. EeeBook X205 boleh didapati dalam warna merah, biru, putih dan emas.

ACER ASpiRE E11 RM 999 acer.com.myNotebook Acer juga antara notebook mampu milik yang menggunakan perisian Windows. harga di bawah RM1000, Aspire E11 datang dengan pelbagai keperluan penting seperti paparan skrin Berdefinisi Tinggi (HD) yang berukuran 11.6 inci, Windows 8.1 yang berfungsi bersama pemproses Intel Celeron N2840 2.16GHz, 2GB RAM, Intel HD Graphics dan cakera keras 500GB yang dilindungi penutup seberat 1.29 kg. Ia juga dilengkapi dengan pemacu USB 3.0 dan USB 2.0 serta bateri berkuasa 2640mAh yang mampu bertahan sehingga lima jam. Aspire E11 boleh didapati dalam warna perak, biru dan merah jambu yang menawan.

2

3

TOPGEAR

Q2 2015

LENOVO idEApAd 100 15RM 999 www.lenovo.com/myWarna hitam matte, IdeaPad 100 15 dilengkapi dengan paparan skrin besar Berdefinisi Tinggi (HD) yang berukuran 15.6 inci. Ia beroperasi menggunakan Windows 8.1 bersama pemproses Intel Celeron N2840 2.16GHz dan dipadankan dengan 2GB RAM, Intel HD Graphics serta cakera keras 500GB. IdeaPad 100 15 turut menawarkan sehingga 8GB RAM untuk konfigurasi lebih laju. Walaupun agak berat sekitar 2.3kg dan mempunyai 3 sel bateri yang boleh bertahan seketika untuk anda menghantar emel sebelum anda mencari palam untuk mengecas.

1

7

Page 8: BulETIn suku · PDF fileselama enam jam setengah, dan satu jam 20 minit dengan menonton TV Telefon bimbit 2.8 jam Tablet 1.0 jam Komputer 2.7 TV 1.3 jam Peratusan pengguna Internet

26 Q 4 2014

INTeRAksI

AShLEy ChANPenyanyi. Komposer. Penari balet. Pemuzik. Gila kerja dan suara di sebalik radio Capital FM ini adalah milik Ashley Chan, nama yang sedang meningkat naik. Ashley meluangkan masa untuk berkongsi tentang apa yang membuatnya terus menjadi salah satu tulang belakang Capital FM.

Ceritakan serba sedikit tentang diri anda.Saya adalah anak tunggal dan dibesarkan di Kuala Lumpur. Ibu saya berbangsa Inggeris dan ayah saya pula berbangsa Cina. Buat masa ini saya adalah penyampai radio Capital FM yang boleh didengari di frekuensi 88.9FM. Anda boleh dengarkan lagu-lagu yang saya putarkan dari 1.00 hingga 4.00 petang se-tiap Isnin hingga Jumaat. Saya juga menyanyi dan menari balet serta salsa sejak umur 4 tahun. Namun, saya pernah mengalami kecederaan pada lutut (meniskus) ketika saya membuat latihan untuk tiga persembahan muzikal dan saya dengan berat hati terpaksa meninggalkan minat itu. Dari segi muzik, saya bermain piano, gitar dan saya sukakan muzik R&B elektronik.

Gambarkan diri anda dengan 3 perkataan.Gila-gila. Penyayang. Setia.

Bagaimana tugasan sehari bagi penyampai radio di Capital FM?Waktu bekerja saya agak fleksibel. Saya perlu datang sejam lebih awal jika banyak persediaan perlu dilakukan sebelum rancan-gan bermula. Saya akan pulang selepas rancangan tamat. tetapi sebelum itu, saya perlu melakukan persiapan tentang apa yang perlu saya sampaikan, senarai lagu yang perlu dimainkan pada esok hari. Saya akan mengambil cuti pada hujung minggu un-tuk memberi tumpuan kepada muzik saya dan menghabiskan diploma dalam Komunikasi Media di Kolej ICT. Dalam bidang muzik, saya sedang melakukan sebuah projek eksperimen R&B elektronik baru seperti muzik oleh artis Kimbra dan Little Dragon. Kimbra adalah seperti semangat saya dan saya amat menyukai muzik dan artistiknya. Saya harap dapat mengeluar-kan beberapa single dan mempunyai bahan untuk mengeluar-kan album EP.

Bagaimana anda bersantai pada hujung minggu?Saya menghabiskan masa bersama keluarga dan rakan-rakan. Saya suka melepak di café dan menikmati kopi. Saya juga suka menonton wayang terutamanya filem komedi – ia mudah di-tonton dan tidak perlu untuk banyak berfikir. Filem ‘Like Crazy’ adalah filem kegemaran saya. Saya juga suka menonton drama Inggeris dan Korea. Drama kesukaan saya ialah Brooklyn 99 dan Spring Waltz.

Apakah perkara paling penting dalam hidup anda? Keluarga adalah yang pertama bagi saya termasuk rakan-rakan, muzik saya dan sudah tentu kerjaya. Ya, kerja saya adalah hidup saya…

Bagaimana anda bermula sebagai penyampai radio Capital FM? Adakah ia sesuatu yang anda mahu lakukan? Semasa belajar saya masih memikirkan tentang apa yang saya mahu lakukan selepas tamat pengajian. Pada mulanya saya in-gin terlibat dengan kerja-kerja penyiaran TV dan pernah mence-burinya buat seketika. Saya pernah terlibat dengan beberapa rancangan tetapi selepas itu tiada apa yang berlaku. Saya se-memangnya pendengar setia Capital FM sejak saya belajar lagi. Pada masa itu terdapat iklan kekosongan jawatan dalam Capi-tal FM dan saya pergi untuk uji bakat. Pada mulanya, saya tidak berjaya tetapi selepas setengah tahun kemudian, saya mendapat panggilan dari Capital FM untuk menyertai mereka. Dan sejak dari hari tu saya menjadi penyampai radio.

Apa yang paling menyeronokkan tentang kerja anda?Saya adalah seorang pemuzik. Dengan berkongsi cinta saya kepada muzik bersama semua pendengar adalah sesuatu yang menyeronokkan. Dan paling menggembirakan apabila saya mendapat panggilan daripada pendengar yang memberitahu saya, “terima kasih Ashley kerana memainkan muzik yang be-nar-benar menyentuh hati saya.”

Apakah pengalaman paling menarik sepanjang menjadi penyampai radio di Capital FM?Saya pernah mendapat panggilan daripada pendengar yang cuba untuk berlakon menjadi dua individu berbeza kerana mahu memenangi hadiah sebanyak dua kali. Dan pernah terjadi, seorang pemanggil ingin memenangi hadiah CD Michael Jackson tetapi dia tidak berjaya. Tetapi kerana begitu teruja un-tuk mendapatkan hadiah itu, dia menyebut semua nama yang ada di stesen radio kami. Kerana usahanya itu, kami menghadi-ahkannya CD tersebut.

Q2 20158

Page 9: BulETIn suku · PDF fileselama enam jam setengah, dan satu jam 20 minit dengan menonton TV Telefon bimbit 2.8 jam Tablet 1.0 jam Komputer 2.7 TV 1.3 jam Peratusan pengguna Internet

Q 4 2014 27

INTeRAksI

Dengan adanya saluran media alternatif dan perkembangan pesat media sosial, adakah masih ada ruang untuk radio? Bagi anda, bagaimana industri radio pada lima tahun akan datang? Adakah radio akan kekal relevan pada zaman yang semuan-ya dilakukan dalam talian?Itu adalah soalan yang selalu kita fikirkan. Masih ada tempat buat media konvensional seperti radio kerana ia adalah satu medium yang sangat peribadi – di mana terdapat seseorang yang bercakap dengan anda yang anda boleh dengar melalui telefon atau di dalam kereta. Bagi saya, terlalu awal untuk diperkatakan tetapi lima tahun dari sekarang kemungkinan radio akan memperluaskan potensinya melalui radio atas talian jika jalur lebar dan sambungan ditambah baik.

Apakah alat-alat yang anda sering gunakan setiap hari?Saya seorang gadis ‘Apple’ yang menggunakan Macbook Air. Ianya ringan dan sesuai dengan keperluan saya. Saya pernah menggu-nakan Galaxy Note tetapi saya telah bertukar kepada iPhone 6 berwarna perak. Saya juga mempunyai sepasang fon kepala Skull-candy berwarna putih.

Adakah anda pernah mengalami masalah dengan perhidmatan telekomunikasi anda? Adakah anda tahu tentang CFM dan bagaimana CFM boleh membantu anda dengan menjadi perantara dalam menyelesaikan isu-isu dengan pembekal perkh-idmatan?Buat masa ini, saya berpuas hati dengan pembekal perkhidmatan saya. Saya tahu tentang CFM dan pasti akan menghubungi CFM jika perlu.

LiMA piLihAN kEgEMARAN AShLEy Apakah aplikasi pilihan dalam telefon pintar seorang penyampai radio? Ashley berkongsi aplikasi yang sangat berguna buatnya.

Q2 2015 9

SpOTiFy MuSiCuntuk ioS dan android. percuMa. rM14.90/bulan untuk preMiuM

Anda boleh melayari, mencari dan mendengar pelbagai pilihan muzik secara percuma dalam talian. Langgan versi Premium untuk menikmati kualiti audio yang lebih baik dan boleh mendengarnya di luar talian.

CApiTAL FM – MALAySiA percuMa untuk ioS dan android

Aplikasi rasmi radio yang anda boleh dengarkan pelbagai nada lagu dan mendapatkan berita-berita terkini serta pemberian hadiah.

VSCO CAMpercuMa untuk ioS dan android dengan peMbelian dalaM aplikaSi

Anda boleh merakam, mengedit dan berkongsi gambar melalui aplikasi suntingan foto ini. Anda boleh mengubah suai gambar menggunakan pelbagai pilihan penapis secara percuma atau berbayar.

wAzEpercuMa untuk ioS dan android

Aplikasi pandu arah yang sangat berguna bagi semua pengguna jalan raya. Anda dapat berkongsi dan menerima maklumat trafik terkini dalam masa sebenar serta dapat menjimatkan masa daripada terperangkap dalam kesesakan.

SOuNdCLOudpercuMa untuk ioS dan android

Memberi ruang kepada artis untuk memuat naik dan berkongsi hasil kerja mereka secara dalam talian yang dapat mencapai audiens. Juga cara yang terbaik untuk mendengar dan menemui kumpulan muzik baru yang kurang dikenali.

9

Page 10: BulETIn suku · PDF fileselama enam jam setengah, dan satu jam 20 minit dengan menonton TV Telefon bimbit 2.8 jam Tablet 1.0 jam Komputer 2.7 TV 1.3 jam Peratusan pengguna Internet

28 Q 4 2014

dARi kACA MATA Dikenali di Instagram melalui gambar-gambar yang mempesona, Azlan Sulaiman menceritakan tentang kreativiti untuk menghasilkan sesebuah gambar yang menarik dan bagaimana teknologi telah mengubah cara pengambilan sesebuah gambar.

Pada asalnya Instagram diwujudkan sebagai medium untuk berkongsi detik penting dengan serta merta menggunakan telefon pintar. Namun kini ramai mula menggunakan kamera DSLR. Walaupun DSLR menghasilkan kualiti imej yang lebih baik tetapi saya masih menggunakan kamera telefon pintar kerana ia lebih mudah. Inspirasi boleh datang pada bila-bila masa dan saya akan memuat naik tiga gambar sehari ke akauan Instagram. Kini, saya hanya memuat naik satu gambar sahaja dalam sehari disebabkan terlalu sibuk dengan komitmen lain.

teknologi semakin berkembang dan kebanyakan kamera telefon pintar mampu menghasilkan kualiti gambar sama seperti kamera kompak, malah ada yang lebih baik. Menggunakan kamera telefon pintar, kita perlu menggunakan kelebihan yang ada padanya. Fungsi jarak jelas (depth of field) dan zum pada kamera telefon pintar amat terhad, jadi perlu untuk mendekatkan kamera pada subjek seminimum yang mungkin.

Antara perkara yang telah mengubah landskap fotografi secara keseluruhan adalah tentang larangan memanipulasi imej secara digital. Namun, ia telah diterima oleh ramai pihak asalkan tidak keterlaluan. Dengan pelbagai aplikasi pada telefon pintar yang ada pada hari ini, ia memudahkan anda memanipulasi sesebuah gambar. Saya menggunakan aplikasi SKRWT untuk mennyesuaikan sudut pandangan dan komposisi sesebuah gambar, Retouch untuk menghilangkan elemen yang tidak diperlukan, Snapseed untuk mengimbangi cahaya dan ketepuan warna, manakala VSCO Cam digunakan untuk pratetap imej yang diambil. Suntingan gambar akan mengambil masa kerana ia satu proses yang subjektif.

Elemen stilistik yang paling terkenal dalam fotografi menggunakan telefon terbahagi kepada objek, latar belakang, sudut pandang, bentuk dan warna. Gabungan kesemua elemen tersebut dalam satu imej, ditambah pula dengan kecanggihan telefon pintar dan aplikasi, ia mampu menghasilkan gambar yang sangat menarik untuk Instagram.

Saya amat berbesar hati dengan perhatian dan peluang yang saya terima melalui Instagram termasuk kerja yang saya lakukan ketika ini. Ada pengikut yang terserempak dengan saya di luar dan meminta mengambil gambar bersama mereka. Saya tidak merasakan ini adalah satu kejayaan kerana ia hanya berlaku di alam maya. Menjadi terkenal di atas talian umpama memiliki kekayaan permainan Monopoly. Ia tidak kekal lama. terkenal untuk seketika, apatah lagi melalui media sosial.

sANTAI

“Menjadi terkenal di atas talian umpama memiliki kekayaan permainan Monopoly. Ia tidak kekal lama. terkenal untuk seketika, apatah lagi melalui media sosial.”

Azlan Sulaiman

Saya kini menetap di Kuala Lumpur dan bekerja sebagai Pakar Media Sosial. Saya berasal dari Tawau dan merupakan anak keempat dari enam adik beradik. Pada waktu lapang, saya suka mengembara, berlatih seni pertahanan diri campuran dan sudah tentu berkongsi pengalaman saya dengan pengikut

melalui akaun Instagram saya, @azlansulaiman. Saya mula aktif menggunakan Instagram sejak dua tahun lalu. Tujuan asal saya membuka akaun Instagram adalah untuk saling berhubung dengan rakan-rakan, tetapi tidak menyangka akan dapat begitu ramai pengikut.

Q1 2015

TipS AzLAN: Tiga tips berguna untuk menghasilkan gambar instagram yang menarik

pentingnya pencahayaanAmbil gambar pada waktu siang dengan ca-haya matahari untuk hasil yang lebih baik. Jika mengambil gambar selepas matahari terbenam atau dalam cahaya malap, pastikan sumber ca-haya mencukupi dengan menggunakan lampu di bahagian atas. Jika ianya sukar, gunakan flash kamera telefon pintar untuk mendapat cahaya secukupnya.

Subjek dan Latar belakangSelepas menyusun komposisi gambar, cuba letak-kan satu subjek atau objek di dalamnya. hasiln-ya akan lebih menarik berbanding mengambil gambar landskap yang kosong. Cuba letakkan objek tersebut di tengah-tengah untuk mencip-ta sesuatu gambar yang minimalis walaupun ia bukan satu aturan fotografi. Jangan takut untuk bereksperimen!

ikut trend terkini atau cipta sesuatu yang baharuDapatkan idea trend terkini tentang aspek pra-tetap dan gaya dengan mengikuti akaun Insta-gram tempatan seperti @artventurers, @my_genggua, @igersganu and @themalaya_ig. Anda perlu tahu kaedah yang digunakan dan merujuk kepada trend popular akan mem-bantu anda menghasilkan karya menarik.

Q2 201510

Page 11: BulETIn suku · PDF fileselama enam jam setengah, dan satu jam 20 minit dengan menonton TV Telefon bimbit 2.8 jam Tablet 1.0 jam Komputer 2.7 TV 1.3 jam Peratusan pengguna Internet

Q 4 2014 29

Kemampuan komputer yang dapat menyimpan lebih banyak data memberi manfaat kepada semua, berbanding pada zaman dahulu yang hanya menggunakan lukisan dan tulisan tangan sebagai cara untuk menyimpan data. Suatu ketika dahulu, untuk menghantar satu teks sahaja ke seluruh negara adalah cabaran teknologi paling besar. Shout menyoroti kembali sejarah tentang perkembangan storan komputer yang kini semakin canggih…

Q2 2015

Isu buLeTIN

RiNgkASAN SEJARAh STORAN kOMpuTER

1725 1951 1956

2000 2006

Dicipta oleh Basile Bouchon sebagai cara untuk meny-impan pola pada kain. Ditambah baik selepas beberapa tahun dan digunakan untuk menjadualkan data banci Amerika Syarikat 1890 walaupun ianya sudah lapuk pada hari ini. Secara purata kad perakam boleh menyim-pan kira-kira 80 aksara.

Dipatenkan oleh Fritz Pfleumer pada tahun 1928 untuk rakaman audio. Ia digunakan buat pertama kali untuk merekod data mengenai UNIVAC 1 – komputer komersial pertama yang dibuat di Amerika Syarikat. Gulungan pita mag-netik seperti saiz sebuah pinggan makan malam ini mempunyai ketumpatan sebanyak 128 ak-sara bagi setiap inci pada 8 trek.

Pada asalnya direka oleh IBM. Cakera keras per-tama bersaiz dua buah peti sejuk dan mempunyai kapasiti simpanan sebanyak 3.75MB. Penggantin-ya pada hari ini dua juta kali lebih cekap dan hanya bersaiz seperti beg kertas yang kecil dengan kapa-siti paling tinggi di dunia yang dapat menyimpan data sebanyak 10TB.

Ringan dan hanya satu alat tunggal men-jadikannya sangat mudah dibawa dan mudah hilang. Pemacu kilat USB mem-punyai pelbagai reka bentuk dan kapa-siti sehingga 1TB. Pemacu kilat pertama yang dijual pada tahun 2000 hanya mem-punyai kapasiti sebanyak 8MB.

Cakera generasi baru ini mempunyai saiz yang sama dengan CD dan DVD tetapi boleh meny-impan data kira-kira 25GB sehingga 128GB dan digunakan untuk permainan konsol dan filem HD. Nama Blu-ray diambil daripada laser berwarna biru-ungu yang diguna untuk mem-baca cakera ini.

Satu media penyimpanan yang boleh mengakses program melalui Internet. Mula meluas selepas Amazon merasmikan Elastic Compute Cloud (EC2) pada 2006 yang turut menyaksikan penambah-baikan kelajuan Internet dan pengurangan kos penyimpanan data. Ia menawarkan storan dan kuasa memproses yang anda perlukan dan ianya mampu milik.

TIMElInE

Pita Magnetik

kad Perakam

Cakera keras

Pemacu kilat Cakera

Blu-raystoran awan

Bit & BaitWalaupun sesebuah peranti men-yatakan jumlah storan yang ada padanya, tetapi tidak semua boleh digunakan. Telefon pintar, kom-puter riba dan peranti lain memer-lukan sebahagian daripada kapa-siti storannya untuk berfungsi. Jadi anda tidak akan dapat mengguna-kan keseluruhan storan.

saiz storan kesamarataan storan1,024 Bait = 1 Kilobait1,024 Kilobait (KB) = 1 Megabait1,024 Megabait (MB) = 1 Gigabait1,024 Gigabait (GB) = 1 Terabait1,024 Terabait (TB) = 1 Petabait (PB)

1 Bait = Satu unit aksara, contohnya “A”1 KB = Tiga perenggan teks biasa1 MB = Sebuah novel atau gambar kecil 4 MB = Sebuah fail muzik MP3650MB = Kapasiti storan CD ROM 1 GB = 256 fail muzik MP3 (4MB setiap satu)1 TB = Lebih 260,000 fail MP3 (4MB setiap satu)

911

1995

Dicipta oleh Philips, Sony, Toshiba dan Panasonic pada 1995. Mempunyai ukuran yang sama seperti cakera pa-dat tetapi mempunyai lebih banyak kapasiti simpanan antara 4.7GB hingga 17GB. DVD tidak mempunyai sebarang terma rasmi kerana tiada persetujuan tentangnya.

DvD

1994

Dicipta oleh Iomega dan mirip cakera liut bersaiz 3.5 inci dengan kapasiti storan seban-yak 100MB yang kemudiannya diperluaskan kepada 250MB dan 750MB. Ia memerlukan pemacu khas untuk membaca dan data cend-erung untuk tidak dapat dibaca. Ia semakin dilupakan selepas kewujudan pemacu kilat.

ZipDrive

1985

Singkatan bagi Cakera Padat ini ialah Compact Disc, Read Only Memory. Dib-angunkan untuk merakam audio oleh Sony dan Philips tetapi disesuaikan un-tuk merekod data pada 1985 dan boleh menyimpan audio selama 800 minit atau sebanyak 700MB. Masih diguna-kan terutamanya dalam industri muzik.

CDROM

1971

Cakera atau juga dikenali sebagai disket bersaiz 5.25 inci yang disaluti selembar plastik nipis ini pada mulanya mampu menyimpan sebanyak 110kb. Selepas pemacu cakera dua sisi diperkenalkan pada 1978 ia dapat menyimpan seban-yak 360kb.Versi selepas itu saiznya lebih kecil dengan ukuran 3.5 inci memiliki perlindungan yang lebih baik dan mam-pu menyimpan sebanyak 1.44MB.

Cakera liut

Page 12: BulETIn suku · PDF fileselama enam jam setengah, dan satu jam 20 minit dengan menonton TV Telefon bimbit 2.8 jam Tablet 1.0 jam Komputer 2.7 TV 1.3 jam Peratusan pengguna Internet

3 0 Q 4 2014

ZON App

EMpAT ALTERNATiF kEpAdA gMAiL Empat jenis webmel yang boleh menjadi pilihan selain Gmail

Jika anda mempunyai e -mel peribadi, dan kemungkinan besar anda menggunakan Gmail yang terdapat pada setiap telefon pintar Android dan fungsinya sentiasa ditambah baik. Namun, terdapat beberapa fungsi Gmail yang tidak dapat memenuhi hampir keseluruhan keperluan. Jika anda ingin mencari kelainan, kami senaraikan beberapa webmel menarik sebagai alternatif.

Q2 2015

guERiLLA MAiLwww.guerrillaMail.coMGuerilla Mail adalah berasaskan pelayar yang dikatakan mampu berfungsi pada setiap peranti walaupun aplikasinya hanya boleh didapati di Google Play. Setiap emel yang diterima akan disimpan selama satu jam sebelum ia dipadamkan. Sebaik sahaja akaun diwujudkan, alamat emel pada Guerilla Mail tidak memerlukan kata laluan untuk daftar masuk. Sebaliknya, ia akan mengeluarkan alamat emel penerima, sama seperti mengeluarkan huruf secara rawak tetapi akan menghantar semula ke alamat emel anda untuk tujuan keselamatan. Anda juga boleh menghantar BitCoins melalui Guerilla Mail.

zOhO MAiLwww.zoho.coMZoho emel yang boleh digunakan secara percuma ini dilihat agak remeh dengan ruang storan 5GB untuk emel, manakala 1GB untuk storan dokumen. Namun, Zoho mempunyai keunikan yang tersendiri apabila ia berfungsi tanpa sebarang iklan. Ia sebuah aplikasi untuk ioS dan Android yang menawarkan pelbagai pilihan aplikasi berorientasikan perniagaan, yang dapat mengendalikan segala bentuk projek bermula seperti pengurusan projek untuk laporan perbelanjaan dan turut mempunyai intergrasi yang lancar apabila menguruskan e-mel daripada pelbagai domain web.

pROTONMAiLprotonMail.ch Jika anda mahu kandungan e-mel sentiasa sulit, ProtonMail adalah sesuatu yang sesuai kerana tiada sebarang iklan akan dipaparkan. E-mel ini turut menyediakan penyulitan dari awal ke akhir di mana anda boleh menetapkan mana-mana e-mel daripada kotak penerima untuk dipadamkan secara automatik selepas ia melepasi had masa. Pelayan emel ini terletak di bekas pusat kawalan tentera di Alps, Switzerland dan semua data yang disimpan akan disulitkan, malah ProtonMail tidak mempunyai akses kepadanya. Hanya satu masalah yang timbul, ProtonMail mempunyai senarai menunggu yang panjang untuk anda mendapatkan akaun.

MiCROSOFT OuTLOOkwww.outlook.coMMicrosoft Outlook menjadi pesaing terhebat kepada Gmail kerana mempunyai ciri-ciri yang hampir sama. Emel ini berintegrasikan aplikasi Microsoft seperti Microsoft Word, Excel, ruangan storan awan oneDrive dan sebagainya. Ia juga mempunyai keistimewaan tersendiri seperti tambahan kepada alamat emel yang boleh disambungkan kepada peti masuk serta mempunyai kebolehan untuk mewujudkan kaedah aturan masa khas supaya anda dapat menyusun atur peti mel anda dengan lebih berkesan. Ia boleh digunakan untuk telefon pintar Android dan dapat dimuat turun di Apple App Store.

12

Page 13: BulETIn suku · PDF fileselama enam jam setengah, dan satu jam 20 minit dengan menonton TV Telefon bimbit 2.8 jam Tablet 1.0 jam Komputer 2.7 TV 1.3 jam Peratusan pengguna Internet

Q 4 2014 31

MEJA BANTuAN CFMSURAT PILIHAN

BERALih ARAh

MASALAh dATA

S Saya mempunyai SIM data pada tablet saya untuk melayari web, bermain permainan dan melayari

Facebook. Sebelum ini, kos bagi penggunaan data adalah dalam jangkaan saya. Namun, baru-baru ini kosnya melonjak naik kepada jumlah yang sangat tinggi dan penggunaan kuota data saya telah digunakan sepenuhnya dalam masa beberapa hari. Apakah sebabnya? Ali

J tontonan video secara atas talian menggunakan data yang banyak. Kemas kini terbaharu pada

Facebook akan memainkan video pada suapan Facebook anda secara automatik. Mungkin ini antara sebabnya. Anda perlu ke tetapan aplikasi Facebook anda dan menyahak-tifkan tetapan ‘Mainkan Video Secara Automatik.’ Ia dapat membantu walaupun anda perlu menonton video atas talian secara sederhana apabila menggunakan data. Anda juga perlu menyemak apakah punca pengunaan data yang tinggi seperti kemas kini aplikasi. Pasanglah aplikasi pengurusan data seperti 3G Watchdog untuk ioS atau Android (http://3gwatchdog.fr/).

S Beberapa aduan telah dilakukan, namun syari-kat telekomunikasi (telco) yang saya langgan

tidak ada rancangan untuk menaik taraf rangkaian sedia ada yang mempunyai liputan kurang baik di kawasan tempat tinggal saya. Saya mahu bertukar kepada telco lain tetapi mahu terus mengekalkan nombor telefon yang sama. Bagaimana saya perlu bertukar kepada telco lain tanpa menukar nombor lain kerana ramai rakan dan saudara yang tahu nombor saya yang sedia ada?

J Sebelum anda bertukar kepada telco lain, semak kawasan liputan perkhidmatan telco

yang anda ingin langgan melalui laman web mereka, atau lawati cawangan perkhidmatan terdekat atau boleh men-ghubungi talian perkhidmatan pelanggan mereka. Selepas membuat keputusan, anda boleh menukar nombor anda melalui servis Penukaran Penyedia Perkhidmatan (MNP) di mana-mana cawangan perkhidmatan telco baru anda. Pastikan maklumat peribadi anda adalah sama seperti da-lam Kad Pengenalan apabila mendaftar untuk pertukaran. Sebelum anda menukar ke telco lain, sila pastikan akaun anda tidak mempunyai sebarang bayaran tunggakan bagi pelanggan pasca bayar atau semak jika masih mempunyai kontrak dengan telco sedia ada. Bagi pengguna prabayar, gunakan baki kredit anda sepenuhnya. Jika tidak, anda akan kehilangan kredit tersebut sebaik sahaja bertukar kepada telco baru. untuk maklumat lanjut, anda boleh lawati http://mnpcheck.skmm.gov.my/

SCAJ TidAk MuNASABAh

Saya baru sahaja bertukar kepada telco lain selepas Hari Krismas tahun lepas. Beberapa bulan selepas

itu, saya menerima SMS daripada telco saya sebelum ini menyatakan bahawa nama saya telah disenarai hitamkan kerana mempunyai hutang tertunggak dengan jumlah yang sangat tinggi. Saya rasa ia tidak adil kerana saya telah berhenti menggunakan servis mereka sejak tahun lepas. Sila berikan panduan. Alan

J Apabila anda menamatkan akaun anda dengan telco terdahulu, penyata bil terakhir perlu ada sebelum

penamatan servis berkuat kuasa. Jika anda pelanggan pas-cabayar, caj tambahan mungkin akan dikenakan jika anda menamatkan akaun selepas tarikh bil anda. Sebaik sahaja akaun anda ditutup secara rasmi, anda perlu meminta dan me-nerima surat penyelesaian terakhir daripada telco anda untuk menunjukkan bahawa akaun anda telah ditutup secara rasmi. Sila hubungi telco terdahulu untuk menyelesaikan isu-isu bil anda. Jika anda mempunyai sebarang masalah, sila hubungi CFM untuk mendapatkan bantuan.

Q2 2015

Amelia

mObILITI

913

Anda ada pertanyaan atau pertikaian mengenai talian tetap, perkhidmatan mudah alih, Internet, tV atau radio? hantarkan aduan anda kepada CFM melalui e-mel di [email protected] terpilih dan penyel-esaian daripada pihak kami akan dikongsikan di baha-gian ini agar pembaca dap-at memahami tentang hak mereka sebagai pengguna.

MEJA BANTuAN CFM

COMMUNICATIONS AND MULTIMEDIACONSUMER FORUM OF MALAYSIA

*Penggunaan bahasa dalam surat pilihan telah diubahsuai bagi memudahkan bacaan

Page 14: BulETIn suku · PDF fileselama enam jam setengah, dan satu jam 20 minit dengan menonton TV Telefon bimbit 2.8 jam Tablet 1.0 jam Komputer 2.7 TV 1.3 jam Peratusan pengguna Internet

32 Q 4 2014

DIgITAL

FiLEM ATAS TALiAN MuLA dApAT pERhATiAN di MALAySiA

14 Q2 2015

piLihAN uTAMA ShOuT

Jika anda seorang peminat tegar filem tetapi tidak mempunyai masa untuk ke panggung wayang, atau tidak mempunyai ruang yang cukup untuk menyimpan DVD filem koleksi anda, atau anda tidak mempunyai

banyak pilihan… Pasti akan mencari kaedah lain dengan memuat turun filem dari Internet atau laman web yang kadang kala mempunyai kualiti yang kurang baik. Namun, ada juga yang akan mendapatkan servis filem atas talian seperti Netflix ataupun Hulu, walaupun servis ini memerlukan kad kredit luar negara untuk pembayaran bil. Kini, terdapat kaedah yang terbaharu dan lebih selamat yang bukan sahaja menyediakan filem malah pelbagai cerita iaitu – iflix.SEMuANyA BOLEh diTONTON

Dilancarkan pada awal tahun ini, iflix menyediakan perkhidmatan filem atas talian yang menawarkan pakej langganan secara bulanan yang membolehkan anda menikmati kandungan melalui lima peranti berbeza pada satu-satu masa seperti telefon pintar, komputer peribadi, dan televisyen. Dengan harga langganan sebanyak RM8 sebulan, anda boleh melayari pelbagai kandungan tanpa had pada bila-bila masa.

Iflix mempunyai cerita pelbagai genre dari filem lama Inggeris sehingalah kepada drama Korea, filem Melayu termasuk anime. Rancangan akan sentiasa ditambah untuk memberi pelbagai pilihan yang turut menyediakan sarikata Bahasa Malaysia dan Inggeris bergantung kepada kandungannya. Ia turut menyediakan kandungan yang sesuai untuk kanak-kanak serta mempunyai fungsi kawalan bagi ibu bapa untuk memastikan tontonan adalahsesuai kepada anak-anak.

Bayaran untuk langganan iflix boleh dilakukan melalui pelbagai kaedah termasuk kad kredit atau debit melalui bank-bank utama di Malaysia. Pembayaran bil yang terbaharu adalah melalui pra bayar dan pasca bayar bagi akaun Digi. Pendaftaran iflix adalah percuma dan anda boleh memilih sama ada ingin mendaftar masuk melalui Facebook atau emel. Anda juga boleh mencubanya dalam tempoh masa tertentu secara percuma sebelum melanggan iflix. Buat masa ini, anda perlu sentiasa berada dalam talian untuk terus menonton kandungan iflix, tetapi mereka sedang berusaha untuk menangani masalah tersebut pada masa akan datang. untuk maklumat lanjut layari laman web www.iflix.com.

The Americans (drama) Orphan Black (drama) My Love From the Star (k-drama)

Ben 10: ultimate Alien

Adventure Time

uNTuk kANAk-kANAk