Buli

20
BULI Cara mengatasi buli Untuk menangani masalah buli, sekolah perlu mengakui bahawa masalah ini wujud dan ia menyakitkan pelajar. Mangsa tidak akan mengadu kepada pihak pengurusan sekolah sekiranya mereka tahu cerita mereka tidak akan dipercayai dan mereka tidak dijamin perlindungan. Terdapat empat peringkat untuk menangani masalah buli. Peringkat pertama ialah tahap sekolah, kedua tahap kelas dan ketiga tahap individu. Bagi peringkat sekolah, langkah pertama ialah sekolah perlu mendapatkan maklumat tentang kes buli yang berlaku di sekolah masing- masing, sama ada bentuk psikologi atau fizikal. Ini boleh dilakukan dengan meminta pelajar mengisi borang soal selidik berkaitan dengan buli. Pelajar boleh juga menulis kes-kes buli yang telah mereka alami. Untuk mendapat respons yang lebih tinggi tentang perkara ini, identiti pelajar hendaklah rahsia. Kedua, sekolah perlu mempunyai peraturan yang jelas berkaitan dengan buli. Ini bukan sahaja dilakukan dengan menampal poster antibuli di sekolah, tetapi juga mengedarkan risalah antibuli kepada setiap pelajar untuk dibaca bersama dengan ibu bapa. Maklumat yang terkandung dalam risalah ini merangkumi konsep buli, beberapa petua mudah untuk menangani insiden buli, siapa yang boleh dihubungi apabila berlaku kes buli dan talian telefon atau alamat e- mel untuk melaporkan insiden buli. Mereka yang boleh membuat laporan bukan sahaja mangsa tetapi juga saksi. Ketiga, satu jawatankuasa penyelaras antibuli peringkat sekolah perlu dibentuk. Antara ahli dalam jawatankuasa ini terdiri daripada pengetua, guru kaunseling, guru disiplin, wakil ibu bapa dan wakil pelajar. Mereka berperanan mengurus program antibuli dan menilai keberkesanannya. Keempat, perbincangan tentang buli hendaklah dimasukkan dalam agenda mesyuarat PIBG. Bagi peringkat kelas pula, satu peraturan kelas berkaitan dengan toleransi sifar tentang buli perlu dibentuk. Peraturan tersebut hendaklah menyenaraikan semua tingkah laku yang disifatkan sebagai

description

tingkah laku

Transcript of Buli

Page 1: Buli

BULI

Cara mengatasi buliUntuk menangani masalah buli, sekolah perlu mengakui bahawa masalah ini wujud dan ia menyakitkan pelajar. Mangsa tidak akan mengadu kepada pihak pengurusan sekolah sekiranya mereka tahu cerita mereka tidak akan dipercayai dan mereka tidak dijamin perlindungan.Terdapat empat peringkat untuk menangani masalah buli.Peringkat pertama ialah tahap sekolah, kedua tahap kelas dan ketiga tahap individu.Bagi peringkat sekolah, langkah pertama ialah sekolah perlu mendapatkan maklumat tentang kes buli yang berlaku di sekolah masing-masing, sama ada bentuk psikologi atau fizikal. Ini boleh dilakukan dengan meminta pelajar mengisi borang soal selidik berkaitan dengan buli.Pelajar boleh juga menulis kes-kes buli yang telah mereka alami. Untuk mendapat respons yang lebih tinggi tentang perkara ini, identiti pelajar hendaklah rahsia.Kedua, sekolah perlu mempunyai peraturan yang jelas berkaitan dengan buli.Ini bukan sahaja dilakukan dengan menampal poster antibuli di sekolah, tetapi juga mengedarkan risalah antibuli kepada setiap pelajar untuk dibaca bersama dengan ibu bapa.Maklumat yang terkandung dalam risalah ini merangkumi konsep buli, beberapa petua mudah untuk menangani insiden buli, siapa yang boleh dihubungi apabila berlaku kes buli dan talian telefon atau alamat e-mel untuk melaporkan insiden buli.Mereka yang boleh membuat laporan bukan sahaja mangsa tetapi juga saksi.Ketiga, satu jawatankuasa penyelaras antibuli peringkat sekolah perlu dibentuk.Antara ahli dalam jawatankuasa ini terdiri daripada pengetua, guru kaunseling, guru disiplin, wakil ibu bapa dan wakil pelajar. Mereka berperanan mengurus program antibuli dan menilai keberkesanannya.Keempat, perbincangan tentang buli hendaklah dimasukkan dalam agenda mesyuarat PIBG.Bagi peringkat kelas pula, satu peraturan kelas berkaitan dengan toleransi sifar tentang buli perlu dibentuk. Peraturan tersebut hendaklah menyenaraikan semua tingkah laku yang disifatkan sebagai tingkah laku buli (psikologi dan fizikal), dan apa pula hukuman yang akan diterima jika ditangkap atau dilapor melakukannya.Setiap pelajar diberikan senarai peraturan tersebut dan mereka hendaklah menandatangani dokumen tersebut dan satu salinan disimpan dalam fail pelajar. Sebelum itu, pihak ibu bapa juga turut menandatangani peraturan berkenaan. Ini merupakan satu perjanjian tingkah laku antara pelajar dan ibu bapa atau penjaga dengan sekolah.Dari semasa ke semasa, guru hendaklah membincang tentang isu buli dengan pelajar.Bagi peringkat individu, ia melibatkan pembuli dan mangsa. Jawatankuasa penyelaras antibuli hendaklah mengadakan perbincangan menyelesaikan masalah tersebut bukan sahaja dengan pembuli dan mangsa, tetapi juga ibu bapa atau penjaga mereka.Seterusnya, guru kaunseling boleh mengadakan sesi main peranan tingkah laku empatik atau tidak agresif dengan pembuli. Latihan asertif pula perlu diadakan dengan mangsa.Sudah sampai masanya pihak yang bertanggungjawab perlu memikirkan dengan serius tentang masalah buli dan cuba melaksanakan bagaimana hendak mengatasinya atau menghalangnya daripada berlaku.Kita tidak perlu menunggu kes ekstrem yang lain untuk berlaku sebelum kita berbuat sesuatu untuk memastikan kawasan sekolah selamat (psikologi dan fizikal) untuk anak-anak kita.

Page 2: Buli

Sebab berlakunya kes Buli

4. Teori-teori berkaitan kes Buli

Teori Biososial

Teori ini merupakan teori yang paling tua dalam menerangkan perkembangan remaja. Zaman remaja selalunya dikaitkan dengan perubahan pada fizikal dan kematangan serta perubahan-perubahan biokimia. Oleh yang demikian, ramai ahli psikologi yang berpegang kepada teori ini dengan mengatakan bahawa tingkah laku sosial remaja boleh diramal dari proses-proses fizikal. Pendekatan ini menekankan bahawa proses-proses biologi adalah penyebab atau faktor yang menggerakkan perubahan-perubahan tingkahlaku sosial di zaman remaja (Suzana, 2002).Hall (1904), telah memperkenalkan konsep storm and stress yang melihat zaman remaja sebagai tempoh masa yang penuh huru-hara, penuh cabaran, pemberontakan terhadap autoriti orang dewasa dan perubahan fizikal, intelektual dan sosial. Menurut Hall lagi, perkembangan dilihat sebagai tidak berubah dan universal dan kesannya terhadap persekitaran adalah minima. Sesetengah tingkah laku buruk remaja seperti suka bertengkar, mencuri dan sebagainya itu tidak dapat dielakkan kerana ia telah berakar umbi dalam diri manusia.Hall berpendapat bahawa ibu bapa mestilah berlembut dan bersifat permissif kerana kanak-kanak biasanya bersifat agresif. Mereka berkelakuan begitu sebagai satu langkah untuk melegakan emosi mereka dan apabila mereka dewasa, semua tingkah laku itu akan hilang begitu sahaja.

Teori Sosial Kognitif

Mengikut teori sosial-kognitif, terdapat dua kesimpulan umum. Kesimpulan yang pertama menjelaskan setakat mana seseorang itu percaya yang ia dapat mempengaruhi dunia berhubung kait dengan pengalaman kejayaan-kejayaan lepas dalam mengatasi atau melaksanakan perkara tertentu. Teknik-teknik tingkah laku seperti peneguhan apabila berjaya melakukan kerja, latihan dan galakan, memerhati kejayaan orang lain merupakan teknik-teknik yang baik dalam usaha mengubah tingkah laku remaja. Membantu remaja dalam memperkembangkan satu harapan yang boleh diperolehi atau dicapai juga adalah satu cara untuk mengubah tingkah laku. Kedua, perbezaan individu dalam kebolehan mengambil peranan boleh mempengaruhi tingkah laku sosial (Suzana, 2002).

Teori Konteks Perkembangan

Teori ini diperkenalkan oleh Richard Lerner (1978). Menurut Richard Lerner, kajian tentang perkembangan remaja harus dilihat dalam konteks biologi, sosial dan sejarah yang lebih luas. Teori ini menitikberatkan permindahan remaja dari pra-remaja hingalah ke zaman awal dewasa dalam konteks persekitaran sosial, ekonomi, politik dan budaya yang lebih luas. Selain itu, teori ini melihat tingkah laku dan perkembangan remaja dalam konteks keluarga, sekolah dan rakan sebaya yang berkaitan di antara satu sama lain dalam struktur sosial. Untuk memahami tingkahlaku remaja, kita haruslah mengenalpasti dan memahami faktor-faktor risiko dan kawalan

Page 3: Buli

sekurang-kurangnya lima jenis pembolehubah iaitu biologi atau genetik, persekitaran sosial, persekitaran yang dipersepsikan, personaliti dan tingkah laku (Suzana, 2002).Menurut Suzana lagi, faktor risiko biologi termasuklah sejarah penyakit mental dalam keluarga, alkoholisme dan penyakit-penyakit yang ditentukan oleh genetik. Faktor kawalan termasuklah kecerdasan keluarga yang tinggi, kadar kematangan atau ciri-ciri tubuh badan yang baik. Faktor risiko persekitaran sosial termasuklah kemiskinan dan ketidakadilan bangsa. Faktor kawalan wujud dari pendidikan yang berkualiti atau hubungan keluarga yang rapat. Faktor risiko persekitaran yang dipersepsikan pula ialah meniru tingkah laku penyimpangan sosial. Faktor kawalannya ialah kawalan ketat ke atas penyimpangan atau tingkah laku devian. Ciri-ciri yang personaliti yang boleh mencipta risiko ialah kecekapan kediri yang rendah atau jangkaan berjaya yang rendah. Faktor kawalan berpunca dari nilai-nilai untuk berjaya atau tidak tolak ansur terhadap penyimpangan. Risiko tingkah laku pula ialah tingkah laku-tingkah laku bermasalah seperti ketagihan arak, dadah, gagal dalam pelajaran dengan faktor kawalan terdiri dari tingkah laku konvensional seperti bersembahyang dan tekun belajar.

Teori Kognitif Perkembangan

Menurut teori ini, kanak-kanak dan remaja adalah individu yang berupaya mengawal kendiri dan tingkah laku dikawal oleh peraturan konseptual. Satu norma tentang saling menghormati antara manusia menjadi petunjuk kepada kerjasama sosial dan tingkah laku moral. Tingkah laku moral pula mencerminkan cara individu memberi sebab kepada tingkah laku mereka. Manakala karakter moral pula terbentuk dari prinsip-prinsip penilaian dalaman. Oleh itu, peraturan moral mencerminkan kepercayaan yang setiap individu mesti ada saling bergantungan atau rasa saling timbal balik antara diri dengan orang lain. Teori ini menekankan soal motif atau niat (Suzana, 2002).Menurut Kohlberg (1969), perkembangan kognitif dan pendedahan kepada pengalaman sosio-moral dapat membantu menentukan kadar pencapaian perkembangan moral. Perolehan tahap kognitif yang tinggi adalah satu syarat bagi perkembangan moral. Pengalaman peribadi yang melibatkan tanggungjawab moral, pengambilan peranan, pembuatan keputusan yang menyentuh soal moral dan komunikasi interpersonal yang menyuburkan penakkulan moral yang tinggi.

5. Kesan-kesan perlakuan buli.Perlakuan buli memberi kesan yang amat serius bukan sahaja kepada mangsa buli dan pembuli, malah kepada keselamatan di sekolah. Pelakuan agresif buli sama ada dalam bentuk fizikal atau verbal akan menghasilkan kesan yang tidak baik terhadap pelajar dan juga suasana persekolahan.Tingkah laku buli boleh menyebabkan kecederaan atau ketidak selesaan atau kesakitan ke atas individu terutamanya yang menjadi mangsa buli. Dapatan kajian oleh Rigby (1994) menunjukkan tingkah laku buli di kalangan pelajar sekolah mempunyai hubungan dengan kesihatan mental dan fizikal. Menurut Olweus (1993), tingkah laku buli akan menyebabkan perasan rendah diri, penghargaan kendiri rendah, kemurungan dan bunuh diri. Berdasarkan kepada kejadian yang berlaku kepada adik Faqrul Hakimi seperti yang dilaporkan dalam akhbar utusan Malaysia yang bertarikh 7 Mac 2012, ia boleh diklasifikasikan sebagai buli dalam bentuk fizikal kerana ia mengakibatkan kecederaan badan seperti lebam dan luka. Buli secara fizikal ini sebenarnya bukan sahaja menyebabkan kesakitan dari segi fizikal kepada mangsa buli tetapi akan memberi kesan buruk terhadap mental mangsa. Kajian Borg (1998), mendapati bahawa mangsa buli melaporkan mereka merasa marah dan hilang harga diri selepas

Page 4: Buli

kejadian buli. Di samping itu juga, menurut Berthold dan Hoover (2000), mangsa cenderung untuk mengalami kerisauan, bencikan diri sendiri dan lebih suka tinggal di rumah daripada ke sekolah demi keselamatan.

Kesan buli terhadap mangsa juga bukan sahaja diperolehi daripada pemangsa namun keadaan persekitaran yang melihat dan mendengar perlakuan buli ini apabila berlaku kepada mangsa akan menyebabkan kesan kepada mentaliti mangsa buli.Mangsa buli mungkin akan mengalami pemulauan oleh rakan sebaya. Menurut (Oliver, Hoover, dan Hazler (1994), kanak-kanak cenderung untuk menilai mangsa buli secara negatif dan menyalahkan mereka ke atas tingkah laku buli yang telah dialami. Rakan sebaya akan melabel mereka sebagai individu yang lemah (Charach, Pepler, dan Ziegler, 1995). Menurut Perry, Williard, dan Perry (1990), rakan sebaya hanya menunjukkan sedikit `emphaty’ kepada rakan - rakan mereka yang menjadi mangsa buli. Kajian-kajian oleh ahli psikologi juga menunjukkan bahawa pengalaman dibuli akan membawa pemulauan seterusnya oleh rakan sebaya dan sokongan serta simpati yang diharapkan oleh mangsa-mangsa buli daripada rakan sebaya adalah amat sedikit. Pengalaman dibuli akan membawa kepada masalah-masalah emosi yang lebih besar seperti penurunan esteem kendiri (Egan and Perry, 1998). Menurut Graham dan Juvonen (1998), mangsa buli akan menyalahkan diri mereka sendiri dan melihat diri mereka sebagai orang yang mengalami kegagalan sosial.

Kesan-kesan emosi yang teruk ini didapati akan berkembang ke alam dewasa dalam bentuk esteem kendiri yang rendah dan akan meningkatkan risiko depressi (Olweus, 1993).

6. Penyelesaian (mesti disokong oleh Teori-ada perkaitan)

7. CadanganKen Rigby (1996) menggunakan tiga pendekatan untuk menangani masalah buli, iaitu:

1. Pendekatan moral2. Pendekatan undang-undang3. Pendekatan kemanusiaan

Pendekatan MoralPendekatan ini menghendaki pelajar-pelajar mematuhi semua peraturan dan nilai yang di tetapkan disekolah. Hal ini menegaskan semua salah laki dan pembuli akan dikenakan tindakan yang serius. Contohnya, jika seseorang pelajar didapati bersalah kerana membuli, dia akan dibawa berjumpa dengan guru disiplin. Guru disiplin akan menegaskan tentang nilai-nilai yang digariskan sebagai polisi sekolah dan kejadian buli adalah dilarang sama sekali. Pelajar tersebut dikehendaki menulis karangan dengan menyatakan sebab kenapa dia melanggar nilai murni sekolah. Karang itu disemak oleh Pengetua/Guru Besar sama ada sesuai atau tidak. Pelajar tersebut juga dikehendaki menulis surat memohon maaf kepada mangsa buli. Akhir sekali, ibubapa pembuli itu dipanggil ke sekolah dan pengetua akan menerangkan keadaan sebenar kepada ibu bapa.Tujuan digunakan pendekatan ini, adalah untuk menekankan aspek nilai dan juga moral di sekolah. Keberkesanan pendekatan ini bergantung kepada penegasan aspek nilai dan moral serta penerimaan oleh pelajar. Walaupun pendekatan ini baik, akan tetapi ianya tidak menjamin yang

Page 5: Buli

pembuli itu akan memberhentikan perangainya sebagai pembuli sebab dia (pembuli) tidak akan menceritakan sebab sebenar dia membuli, dan dia akan menggunakan cara lain untuk membuli supaya tindakannya tidak dapat dikesan.Pendekatan Undang-undangPendekatan ini adalah berdasarkan kepada peraturan atau undang-undang yang ditetapkan dalam Ordinan Pelajaran dan melalui Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran dan peraturan sekolah itu sendiri.Peraturan-peraturan ini hendaklah disampaikan kepada pelajar-pelajar melalui buku undang-undang sekolah.Kebaikan pendekatan ini ialah:

Dalam aspek pentadbiran, ianya senang untuk diambil tindakan. Ia menyampaikan masej yang jelas tentang tingkah laku yang diharapkan di sekolah. Kesalahan yang ringan, sederhana dan berat telah diperjelaskan. Tindakan-tindakan yang sepatutnya diambil oleh sekolah juga dinyatakan.

Pendekatan KemanusiaanPendekatan ini lebih bersifat kemanusiaan dan tidak menetapkan peraturan atau undang-undang mana yang perlu dipakai. Ianya merupakan satu pendekatan dimana pembuli dipanggil oleh guru disiplin atau guru kaunselor dan diadakan perbincangan tertutup untuk mendengar alas an, perasaan, motif tindakan pembuli. Disamping itu, guru sebagai penasihat atau mentor menggunakan pendekatan supaya dapat mengubah tingkah laku pelajaratau mengubah perasaan atau pemikirannya ke arah kebaikan.Selain pendekatan yang diutarakan oleh Ken Rigby (1996), pendekatan keagaamaan boleh digunakan untuk mengatasi masalah disiplin dengan tujuan untuk meningkatkan kecemerlangan akademik sekolah. Sebagai contoh faktor kecemerlangan pelajar di Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) ialah berpandukan kepada konsep “Disiplin dalam Harmoni”. Kolej tersebut tidak pernah menggunakan rotan dalam penyelesaian disiplin serta tidak memalukan pelajar dengan hukuman-hukuman. Pihak pentadbir sekolah hanya menggunakan nasihat dan kaunseling pelajar. Amalan murni juga sentiasa dijalankan seperti sembahyang sunat, tahajud, berzikir serta mengisi masa lapang pelajar dengan kerja yang berfaedah. Sekolah mengamalkan iklim kekeluargaan yang mesra di semua peringkat.

8.Kesimpulan

9. Rujukan

Olweus, D. (1993). Bullying At Schoo l: What We Know And What We Can Do., Cambridge, Ma: Blackwell.Rigby, K. (1996) Bullying in Schools and What to Do About It. Melbourne: Australian Council for Educational ResearchRigby, K. (1998b) “Health Effects of School Bullying”., The Professional Reading Guide for Educational Administrators Vol 19, No.2. Feb/MarchMassey, O.T., Armstrong, K. & Santoro, G., (2000). School Safety SurveyBorg, M. G. (1998). “The Emotional Reactions of School Bullies and Their Victims.” , Educational Psychology (18) p 433-444.

Page 6: Buli

Smith, P. & Sharp, S. (1994). “The Problem of School Bullying” in P.K. Smith & S. Sharp (Eds.) School Bullying Insights and Perspectives. London:RoutledgeWilson, A. (1992). “Preventing and Responding to Bullying in School.”, The Canadian School Executive, May, 9-12.Ziegler, S. dan Rosenstein-Manner, M. (1991). “Bullying at school: Toronto in an International Context”., Toronto: Toronto Board of Education, Research Services

SEI: GEJALA BULI - PUNCA DAN CARA MENGATASI...!

Gejala buli boleh didefinisikan sebagai masalah yang meliputi kegiatan seperti memeras ugut, menghina, mengejek, menumbuk, memaki dan sebagainya yang dilakukan oleh seseorang terhadap pemangsanya. Memang tidak boleh dinafikan bahawa dewasa ini, kes buli yang berlaku di sekolah semakin berleluasa dan menjadi-jadi. Hal ini telah mencapai satu tahap yang amat merimaskan dan membimbangkan pelbagai pihak seperti pihak sekolah, ibu bapa, kerajaan, masyarakat dan lain-lain lagi. Menurut kajian, kes buli ini menjadi semakin meningkat pada setiap tahun dalam kalangan pelajar terutamanya pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi awam. Banyak faktor yang mendorong kepada berlakunya gejala buli ini, bak kata pepatah Melayu Jika tidak kerana angin, masakan pokok bergoyang. 

Faktor kegagalan ibu bapa melaksanakan tanggungjawab terhadap anak merupakan akar

tunjang kepada berlaku gejala negatif seperti ini. Pada era moden ini, ibu bapa hanya

mementingkan profesion dan kerjaya mereka yang bermotifkan hanya untuk mencari

pendapatan sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak. Hal ini

menyebabkan ,seseorang anak itu kurang mendapat perhatian dan belaian kasih sayang

daripada ibu bapa mereka. Anak juga sebenarnya tidak mengetahui perkara yang dilakukan

oleh mereka itu betul ataupun salah, baik atau buruk, akibat daripada tiada bimbingan daripada

ibu bapa, akhirnya mereka terjebak dalam gejala buli. Tambahan pula belaian kasih sayang

yang tidak cukup yang diterima daripada ibu bapa juga melahirkan anak yang bersikap agresif

Page 7: Buli

dan tidak berperikemanusiaan sehingga mereka sanggup melakukan perkara yang tidak

sepatutnya terhadap orang lain tanpa mempunyai rasa belas kasihan.

Selain itu, kekurangan pengawasan dan kawalan disiplin yang longgar di sekolah juga mendorong berlakunya gejala buli ini. Pihak sekolah yang kurang peka dan tidak mengambil peduli tentang hal ehwal peajar serta kelonggaran kawalan disiplin memberi peluang keemasan kepada para pelajar untuk mengambil kesempatan melakukan gejala sosial seperti gejala buli. Kelonggaran kawalan disiplin juga menyebabkan pelajar terutamanya pelajar lelaki menunjukkan keberanian mereka dan mengambil peluang untuk melakukan apa-apa saja perkara secara bebas tanpa rasa takut.

Kekurangan penghayatan nilai –nilai moral dan agama juga menyebabkan para remaja terlibat

dalam gejala negatif seperti buli ini. Hal Ini disebabkan,seseorang pelajar yang mempunyai nilai

moral dan agama yang tinggi tidak mudah terpengaruh untuk melibatkan diri dalam gejala yang

negatif. Tambahan pula,kekurangan penghayatan nilai moral dan agama juga membentuk

remaja yang kurang berakhlak dan tidak mempunyai tahap kesedaran yang tinggi betapa

pentingnya nilai moral dan agama dalam kehidupan.

Bak kata pepatah tiada penyakit yang tiada penyembuhnya.. Terdapat banyak langkah yang

efektif boleh dijalankan bagi membendung gejala ini. Antaranya ialah ibu bapa perlu memainkan

peranan yang penting dalam usaha untuk membendung kemelut ini. Ibu bapa haruslah

menampilkan teladan yang baik kepada anak-anak mereka supaya anak akan mencontohi

kelakuan ibu bapa mereka kerana pada tanggapan anak mereka, perbuatan  atau tindak tanduk

ibu bapa sentiasa betul dan patut diikuti. Janganlah ibu bapa berkelakuan baik di hadapan

anak-anak sahaja, sedangkan mereka juga sering mengejek, menghina orang dan sebagainya.

Bak kata pepatah bapa borek, anak rintik, seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus,

sedangkan dirinya berjalan senget. Tambahan lagi, di samping mengejar kesenangan dalam

kehidupan dan sibuk bekerja, ibu bapa juga seharus sentiasa mengambil perhatian tentang

keadaan anak mereka semasa di sekolah dan memberikan belaian kasih sayang yang

sepenuhnya kepada mereka supaya mereka tidak berasa sunyi dan diabaikan. Ibu bapa juga

harus memupuk peribadi anak mereka sejak kecil lagi seperti melentur buluh biarlah dari

rebungnya. 

Page 8: Buli

Di samping itu, para pelajar juga harus berganding bahu dengan pihak sekolah dalam usaha

untuk membendung gejala ini. Para pelajar yang ternampak kes buli yang berlaku atau menjadi

mangsa pembuli harus memberanikan diri untuk membuat laporan kepada pihak sekolah

dengan segera agar masalah itu dapat diatasi dengan secepat mungkin demi kesejahteraan

semua. Manakala, pihak sekolah yang telah menerima laporan aduan daripada pelajar juga harus

berusaha mengatasi masalah itu dengan bersungguh- sungguh dan bukan sebaliknya dengan menutup

kes itu dengan sesuka hati sahaja. Jika kes ini masih tidak dibicarakan, masalah kes buli akan semakin

bertambah dan berleluasa lagi. Pihak sekolah boleh berjumpa dengan pelajar yang disyaki terlibat dalam

kes buli dan juga ibu bapanya untuk membincangkan masalah yang dihadapi oleh pelajar tersebut dan

mencari jalan keluarnya. Pihak sekolah harus mengenakan hukuman yang setimpal kepada pelajar

tersebut agar dia tidak mengulangi perbuatan itu lagi dan juga dijadikan sebagai iktibar kepada pelajar

yang lain. Disiplin dan peraturan sekolah juga perlu diketatkan dan ditekankan kepada para pelajar

supaya para pelajar mengikuti etika peraturan sekolah dan tidak membuat kesalahan seperti

penglibatan dalam gejala buli.

Seterusnya, pihak kerajaan juga harus memainkan peranan aktif dalam membendung gejala ini.

Kementerian Pendidikan dan juga pihak sekolah harus mengambil berat isu kes buli ini.

Pendidikan Islam, Pendidikan Sivik dan sebagainya perlu diperkasakan. Melalui pendidikan

ini,para pelajar mulai sedar akan baik buruk buli serta menjauhi gejala yang negatif itu.

Kerajaan juga perlu bergabung dengan agensi- agensi tertentu untuk mengadakan kempen

kesedaran dan ceramah kesedaran tentang gejala buli. Melalui cara ini, remaja dapat

mempelajari kesan sampingan yang diperoleh daripada melakukan gejala membuli dan

berupaya untuk tidak melakukan perbuatan ini terhadap orang lain. Contohya, kempen ANTI

BULI yang dijalankan di pekan Marang telah mendapat sambutan mengalakkan dan lebih

kurang 70% kes buli dapat dikurangkan di sekitar kawasan tersebut setelah kempen tersebut

dijalankan.

Natijahnya, selagi masalah ini masih berleluasa, impian negara kita yang ingin melahirkan satu

bangsa yang bermartabat mulia dan berdaya maju akan tinggal sebagai khayalan sahaja.

Hasrat negara kita yang ingin mencapai Wawasan 2020 juga akan tinggal sebagai angan-

angan Mat Jenin semata-matanya. Hal ini kerana para pelajar merupakan aset negara yang

Page 9: Buli

penting dan akan menerajui negara ini pada masa depan. Bak kata peribahasa Melayu pemuda

harapan bangsa, pemudi tiang negara. Oleh hal itu, semua pihak haruslah sehilir semudik dan

sehati sejiwa dalam usaha menangani masalah kes buli ini walaupun kita terpaksa

mengharungi liku-liku yang penuh dengan onak duri ini. Semoga berkat daya usaha yang gigih,

kita dapat melahirkan generasi muda yang dapat menjulang nama negara dan mengangkat

martabat bangsa di persada dunia.

Menurut kajian,kes buli menjadi semakin meningkat pada setiap tahun dalam kalangan pelajar dan semakin serius masalahnya . Buli boleh dijelaskan dengan tingkah laku yang suka menyerang atau suka berkelahi sama ada dalam bentuk fizikal atau psikologikal yang dilakukan secara berulang kali ke atas mangsa. Selain itu, buli juga bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan menunjukkan kekuatan mereka supaya orang yang lemah mematuhi atau menghormati mereka. Secara keseluruhannya, perbuatan membuli merupakan perbuatan yang tidak baik serta boleh mendatangkan ketidakselesaan kepada orang lain.

Buli biasanya membabitkan dua pihak iaitu orang yang membuli dan orang yang menjadi mangsa buli. Kebanyakan pembuli terdiri daripada pelajar menengah atas , bertubuh besar , tegap dan tinggi , melibatkan sekumpulan pelajar yang biasanya usia mereka adalah sebaya , manakala orang yang menjadi mangsa buli adalah pelajar-pelajar menengah rendah serta pelajar sekolah rendah yang bertubuh kecil , pelajar baru masuk ke sekolah tersebut , pelajar yang kerap dipuji oleh guru akan menjadi sasaran pembuli.

Faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya kes pembulian di kalangan para pelajar khususnya golongan remaja ialah mereka ingin mendapatkan perhatian orang lain serta menunjukkan kekuatannya kepada orang lain dengan tujuan ingin mahu disanjung oleh rakan . Ada sesetengah pembuli menganggap perbuatan buli orang lain sebagai hobi dengan sekadar mahu berseronok untuk menghilangkan perasaan bosannya . Tambahan pula, adanya pembuli menjadikan mangsa sebagai alat menempiaskan perasaan benci , dendam , marah selain membalas dendam .

Selain itu , ibu bapa yang kurang memberikan belaian kasih sayang dan prihatin kepada anak mereka juga akan menyebabkan berlakunya kes buli . Contohnya , ibu bapa yang selalu sibuk mencari duit dan bersikap materialistik telah mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak mereka . Justeru , ibu bapa kekurangan masa untuk menemani anak-anak mereka dan tidak

Page 10: Buli

mengambil berat tentang pendidikan agama . Lama-kelamaan ,ini akan mengakibatkan anak mereka melahirkan sikap gangguan personaliti seperti antisosial golongan yang tidak pernah berasa bersalah apabila membuat kesilapan .

Langkah-langkah untuk mengatasi kes-kes buli dengan berkesan perlulah ada berkerjasama daripada beberapa pihak seperti ibu bapa , pihak sekolah , dan pihak kerajaan . Ibu bapa perlu meluangkan masa mereka untuk menemani anak mereka dan perlu mengetahui kegiatan aktiviti yang dilakukan oleh anaknya serta selalu berinteraksi dengan mereka supaya mereka tidak berasa kehilangan kasih sayang daripada ibu bapa . Selain itu , ibu bapa perlu sentiasa mendidikan pengajaran agama kepada anak mereka dari semasa ke semasa supaya anak tidak akan melupakan ajaran agama dan latar belakang agama .

Seterusnya , pihak sekolah juga boleh mengadakan satu Kelab Pencegahan Jenayah untuk menggalakkan para pelajar sertai . Para pelajar boleh memperoleh lebih banyak pengetahuan tentang cara-cara mencegah masalah kes buli sekiranya pelajar menjadi pemangsa dalam kes itu dan para pelajar boleh menyebarkan pengetahuannya dengan rakan-rakannya . Bagi pelajar yang tidak menyertai Kelab Pencegahan Jenayah, para guru boleh menyebarkan info kepada pelajar pada waktu pembelajaran . Selain itu, pihak sekolah juga hendak menegaskan peraturan-peraturan sekolah dan sekiranya berlaku kes buli , tindakan yang tegas perlu diambil untuk menyelesaikan masalah ini.

Tambahan pula, pihak kerajaan boleh berkerjasama dengan pihak sekolah untuk menganjurkan ceramah atau kempen seperti kempen anti-buli secara berterusan di setiap sekolah dari semasa ke semasa bagi menyedari para pelajar agar menjauhi diri daripada gejala buli . Aktiviti seperti kuiz tentang kes buli juga boleh dilaksanakan sebagai satu inisiatif dalam menangani masalah kes buli ini.

Kesimpulannya , kes buli perlu ditangani dengan segera demi ketenteraman para pelajar dan menjaga imej institusi pendidikan . Jika masalah ini tidak diatasi dengan segera , ia akan menjejaskan imej sekolah dan pelajar berasa ketakutan untuk pergi ke sekolah . Oleh itu , kerjasama antara pihak ibu bapa , pihak sekolah dan pihak kerajaan untuk mengatasi kes buli amat penting .

KTOR-FAKTOR BULIBuku Developmental Psychology Childhood and Adolescence (1996) telah memetik huraian Patterson (1982; Patterson et. Al 1989) yang menerangkan bahawa anak-anak yang bermasalah selalunya tinggal di dalam keluarga yang dianggap sebagai tapak semaian kepada tingkahlaku antisosial dan garang.

Implikasi:Murid lain yang lebih pandai akan menjauhkan diri daripada mereka. Murid ini juga akan kerap dikritik

Page 11: Buli

dan tidak diambil berat oleh guru-guru. Murid ini akan ditempatkan di dalam kelompok pelajar yang sama taraf akademiknya dan secara relatifnya juga bermasalah dan mempunyai sikap anti sosial.

Penolakan masayarakat sekolah tersebut akan menyebabkan skop pergaulan mereka terbatas kepada pelajar yang lemah dalam matapelajaran dan bermasalah sama seperti mereka. Sesetengah daripada mereka membentuk geng ataupun deviant cliques. Kumpulan ini akan menjerumuskan mereka kepada peningkatan sikap-sikap agresif, antisosial, tidak mementingkan pelajaran dan terjebak di dalam aktiviti yang berbau jenayah (Thomas Dsion & Associates, 1991).

BERITA HARIAN, 9 JUN 2005. Sekadar untuk berseronok-seronok menjadi satu faktor utama perbuatan buli di kalangan murid, malah pembuli terbabit berasa seronok melihat orang lain merana akibat gangguan berkenaan. Presiden Psikologi Malaysia, Prof Datin Dr. Noran Fauziah Yaakub, berkata murid yang membuli juga melihat perbuatan itu sebagai satu cara untuk memeriahkan situasi atau keadaan. Punca berkenaan hasil kajian bertajuk `MEMAHAMI FAKTOR-FAKTOR TINGKAHLAKU BULI DI KALANGAN MURID SEKOLAH RENDAH’ yang dijalankan bersama beberapa penyelidik lain tahun lalu. Kajian membabitkan seramai 2,528 murid sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan. Dari segi perasaan mangsa pula seperti yang dijangka, secara keseluruhan perasaan mangsa adalah negatif, psikologi mereka terganggu, majoritinya berasa marah. Selain itu, mangsa turut merasa risau, kecewa, hendak mengangis, sedih, malu dan terganggu fikiran menyebabkan merekia tidak boleh memberi tumpuan kepada pelajaran.

Antara faktor yang dikenal pasti menyebabkan salah laku buli:Keluarga-Kurang didikan dan penghayatan agama/ moral.-Kurang perhatian dan kasih saying-Gaya asuhan-Peniruan ( Role Model ) gaya hidup dalam keluarga.-Kurang pengawasan.

Sekolah-kurang pengawasan-Persekitaran dan iklim sekolah-Kawalan murid yang lemah.-Kurang intervensi yang sesuai terhadap kes-kes buli.-Pengurusan disiplin kurang cekap.-Guru tidak bertindak sebagai role model.Individu-saiz badan-panas baran-terlampau aktif-egoistik-dendam kerana pernah dibuli

Page 12: Buli

-Kecelaruan gender-konsep kendiri yang rendah-gila ‘ glamour’

Pengaruh media-Rancangan bercorak keganasan.-Bahan negatif melalui internet.-Media cetak yang negative seperti komik, majalah, akhbar tabloid,Bahan bacaan porno, picisan dan lain-lain.-Permainan video

Persekitaran-Mahu pengiktirafan rakan sebaya.-Berada dalam komuniti tidak prihatin.-Institusi masyarakat yang lemah.-Ikatan kejiranan yang longgar.

PERANAN PENGURUSAN ANTI BULI DI SEKOLAHPeranan Pengetua / Guru Besar1. Berkuasa penuh terhadap pengurusan disiplin.2. Menjadi Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Disiplin Sekolah.3. Mewujudkan kesedaran di kalangan semua pihak tentang isu buli di sekolah.4. Mewujudkan perhubungan dan permuafakatan dengan agensi luar.5. Melaporkan perkembangan isu disiplin sekolah kepada pihak PPD dan JPN.Peranan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid1. Sebagai Setiausaha Jawatankuasa Pengurusan Disiplin Sekolah.2. Menguruskan mesyuarat berkaitan pengurusan disiplin sekolah.3. Melaporkan kes kepada Guru Besar.4. Menyediakan laporan untuk PPD/JPN/SBP/ Teknik dan Vokasional.5. Memberi kefahaman tentang kesan dan implikasi buli kepada guru dan murid.6. Menerima aduan kes buli dan menjalankan tindakan susulan.

Peranan Guru Disiplin1. Bertanggungjawab kepada Guru Besar. 2. Merancang, menyelaras dan melaksana program yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Pengurusan Disiplin Sekolah.3. Mengenal pasti murid berisiko.4. Memastikan kesahihan aduan.5. Merekod semua kes.6. Menjalankan pemantauan.

Page 13: Buli

7. Tindakan susulan berterusan.8. Menyediakan laporan kepada PK HEM.Peranan Guru Bimbingan Dan Kaunseling1. Bertanggungjawab kepada Guru Besar.2. Mengenal pasti murid berisiko.3. Menerima dan menyiasat aduan murid.4. Menjalankan sesi kaunseling kepada murid yang terlibat.5. Menyebarkan maklumat anti buli kepada warga sekolah dan ibu bapa murid.6. Merekodkan kes.7. Pemantauan berterusan.8. Tindakan susulan.9. Menyediakan laporan kepada PK HEM .

PANDUAN MENJALANKAN AKTIVITI MENANGANI BULIBeberapa panduan yang menjadi prinsip utama dalam merancang aktiviti menangani buli adalah seperti berikut:- Mestilah selaras dengan falsafah dan objektif sekolah yang merancangkannya.- Perancangan hendaklah melihat kepada keperluan utama golongan murid terbabit.- Dirancang oleh sekolah untuk menolong pelajar memperkembangkan potensi yang ada pada dirinya ke peringkat yang maksimum dalam bidang akademik dan sosial.- Setiap ahli sekolah, guru-guru dan pengetua juga hendaklah bersama-sama untuk melakukan tugas bimbingan ini.- Mestilah dirancang berterusan untuk menolong pelajar dalam alam persekolahan mereka, menolong mereka berkembang dalam kognitif dan efektif.

Orientasi PemulihanKita hendaklah membuat andaian bahawa bukan semua murid berhak untuk diberi bimbingan. Maka hanya murid yang sangat memerlukan sahaja diberi keutamaan supaya sesuatu keadaan menjadi lebih serius.

Oreintasi PencegahanBagi merancang aktiviti pencegahan sebagai fungsi program pencegahan buli ini, kita mengandaikan semua murid berhak mendapatkan bimbingan dalam alam persekolahan mereka. Ia lebih baik dilaksanakan pada peringkat awal. Ini kerana tugas pencegahan adalah lebih ringan daripada membuat pemulihan di akhir nanti.

Oreintasi PerkembanganSetiap murid yang normal itu adalah berhak diberikan bimbingan bagi perkembangan dirinya. Ia tidak berorientasikan krisis, tetapi lebih mengutamakan perkembangan potensi yang ada pada murid. Ia adalah satu perkhidmatan yang memlibatkan kerjasama seluruh masyarakat sekolah.

EMPAT LANGKAH HALANG PERBUATAN BULI

Page 14: Buli

Menurut Profesor Olweus dari Bergen Universiti, Norway iaitu pelopor dalam kajian buli di dunia, sekiranya kes buli berlaku dalam lingkungan 10-15 peratus ia dianggap serius.

Terdapat 4 peringkat untuk menangani masalah buli. Pertama ialah tahap sekolah; kedua tahap kelas; dan ketiga tahap individu. Keempat perbincangan tentang budi hendaklah dimasukkan dalam agenda mesyuarat PIBG.

Bagi peringkat sekolah langkah pertama ialah sekolah perlu mendapatkan maklumat tentang kes buli yang berlaku di sekolah masing-masing, sama ada bentuk psikologi atau fizikal. Ini boleh dilakukan dengan meminta pelajar mengisi borang soal selidik berkaitan dengan buli. Pelajar boleh juga menulis kes-kes buli yang telah mereka alami. Untuk mendapat respons yang lebih tinggi tentang perkara ini, identiti pelajar hendaklah rahsia.Kedua sekolah perlu mempunyai peratuan yang jelas berkaitan dnegan buli. Ini bukan sahaja dilakukan dengan menampal poster antibuli di sekolah, tetapi juga mengedarkan risalah anti buli kepada setiap pelajar untuk dibaca bersama dengan ibu bapa.

Ketiga satu jawatankuasa penyelaras antibuli peringkat sekolah perlu dibentuk. Antara ahli dalam jawatankuasa ini terdiri daripada pentetua, guru kaunseling, guru disiplin, wakil ibu bapa dan wakil pelajar. Mereka berperanan mengurus proggram antibuli dan menilai keberkesanannya.

Keempat perbincangan tentang buli hendaklah dimasukkan dalam agenda mesyuarat PIBG.

KESIMPULANSekolah merupakan sebuah komuniti yang menjadi sebahagian daripada masyarakat yang lebih luas. Di samping mengajar, guru juga memainkan peranan sebagai ‘role model’ yang utama kepada para pelajar.

Sesungguhnya isu buli di sekolah tidak boleh dipandang dengan sebelah mata sahaja. Ia memerlukan komitmen daripada semua pihak, baik guru, ibu bapa atau murid itu sendiri bagi memastikan institusi sekolah menjadi gedung ilmu dan bukannya tempat untuk melahirkan samseng. Sama ada untuk berseronok atau kerana benci dan ingin membalas dendam, perbuatan seumpama ini tidak sepatutnya menjadi budaya yang menunjangi institusi sekolah.

Masalah buli ini, walau sekecil mana pun, ia mempunyai potensi yang besar untuk merebak dengan berluasa jika dibiarkan. Maruah dan harga diri negara kita adalah terletak pada rakyatnya yang sentiasa beretika, bermoral dan berdisiplin.