BUMI.

11
BUMI DISEDIAKAN OLEH : MOKHTAR BIN SIDEK ROSLIZAM ZAKARIA MUSTAFA BIN SAABAN AZLAN HAFITH BIN BAHARUDIN

description

sistem bumi

Transcript of BUMI.

BUMI

BUMIDISEDIAKAN OLEH :MOKHTAR BIN SIDEKROSLIZAM ZAKARIAMUSTAFA BIN SAABANAZLAN HAFITH BIN BAHARUDIN

BUMImerupakan planet ketiga daripada matahari. Ia juga boleh dirujuk sebagai Bumi, Planet Bumi atau Terra.Rumah kepada jutaan spesies,termasuklah manusia, bumi juga merupakan satu-satunya tempat di dalam semesta di mana kehidupan diketahui wujud. Pembuktian saintifik menunjukkan bahawa planet ini telah terbentuk kira-kira 4.54 bilion tahun yang lalu,dan kehidupan muncul di permukaannya di dalam tempoh satu bilion tahun. Bumi dijangkakan telah berusia selama 4,600 juta tahun. Jarak purata Bumi dengan matahari adalah 149.6 juta kilometer.Bumi mempunyai lapisan udara dan medan magnet yang dipanggil magnetosfera yang melindung permukaan Bumi daripada angin suria, sinaran ultra merbahaya, dan radiasi dari angkasa lepas. Lapisan udara ini menyelitupi bumi sehingga ketinggian 700 kilometer dan yang selebihnya dianggap angkasa lepas. Lapisan udara ini dibahagi kepada Troposfera, Stratosfera, Mesosfera, Termosfera, dan Eksosfera.

Lapisan ozon, setinggi 50 kilometer, wujud di lapisan Stratosfera dan Mesosfera dan melindungi bumi daripada sinaran ultra lembayung. Perbezaan suhu permukaan Bumi adalah di antara -70 C sehingga 55 C bergantung kepada iklim tempatan. Sehari di Bumi bersamaan 24 jam dan setahun di bumi bersamaan 365.25 hari. Bumi mempunyai jisim seberat 59,760 juta juta tan, dengan luas permukaan 510 juta km persegi. Ketumpatan Bumi pada 5,500 kilogram setiap meter persegi digunakan sebagai unit perbandingan ketumpatan berbanding planet yang lain, dengan ketumpatan Bumi sebagai 1.

Bumi mempunyai garis pusat sepanjang 12,756 kilometer. Graviti Bumi diukur sebagai 10 N kg-1 dijadikan unit ukuran graviti planet lain, dengan graviti Bumi sebagai 1. Bumi mempunyai 1 satelit asli iaitu bulan. 70.8% permukaan bumi diseliputi air. Udara Bumi terdiri daripada 78% nitrogen, 21% oksigen, dan 1% wap air, karbon dioksida, dan gas lain. Bumi dianggarkan mempunyai teras dalam bumi yang terdiri daripada besi nikel beku setebal 1,370 kilometer dengan suhu mencecah 4,500 C, diselitupi pula oleh teras luar yang cair setebal 2,100 kilometer, diselitupi pula oleh mantle silika padu setebal 2,800 kilometer membentuk 83% isipadu bumi, dan akhir sekali diselitupi oleh kerak batu silika hampir 100 kilometer tebal.

Kerak bumi lebih nipis di dasar laut iaitu sekitar 5 kilometer. Kerak bumi terbahagi kepada beberapa bahagian dan bergerak melalui pergerakan plat tektonik (teori hanyutan benua) menghasilkan gempa bumi. Puncak tertinggi adalah gunung Everest setinggi 8,848 meter, dan lautan terdalam mencecah 10,924 m. Tasik tertinggi adalah tasik Titicaca, dan tasik terbesar adalah Laut Caspian. Lautan terbesar ialah Lautan Pasifik. Lebih 2/3 kawasan Bumi dilitupi oleh air dan 12% daripada kawasan Bumi merupakan padang pasir.Lapisan ozon, setinggi 50 kilometer, wujud di lapisan Stratosfera dan Mesosfera dan melindungi bumi daripada sinaran ultra lembayung. Perbezaan suhu permukaan Bumi adalah di antara -70 C sehingga 55 C bergantung kepada iklim tempatan. Sehari di Bumi bersamaan 24 jam dan setahun di bumi bersamaan 365.25 hari. Bumi mempunyai jisim seberat 59,760 juta juta tan, dengan luas permukaan 510 juta km persegi. Ketumpatan Bumi pada 5,500 kilogram setiap meter persegi digunakan sebagai unit perbandingan ketumpatan berbanding planet yang lain, dengan ketumpatan Bumi sebagai 1.STRUKTUR LAPISAN BUMI

KERAK BUMIMerupakan kulit bumi bagian luar (permukaan bumi). Tebal lapisan kerak bumi mencapai 70 km dan merupakan lapisan batuan yang terdiri dari batu-batuan basa dan masam. Lapisan ini menjadi tempat tinggal bagi seluruh mahluk hidup. Suhu di bagian bawah kerak bumi mencapai 1.100 oC. Lapisan kerak bumi dan bagian di bawahnya hingga kedalaman 100 km dinamakan litosfer.MANTELMerupakan lapisan yang terletak di bawah lapisan kerak bumi. Tebal selimut bumi mencapai 2.900 km dan merupakan lapisan batuan padat. Suhu di bagian bawah selimut bumi mencapai 3.000 oC.TERAS BUMIBahagian tersebut ialah bahagian batuan nipis , batuan kerak ,bahagian tengah yang padat yang disebut mantel ,dan bahagian pusat yang disebut teras. Bahagian luar teras terdiri daripada cecair tetapi bahagian dalam teras terdiri daripada logam yang padat.

TERAS BUMIDi tengah- tengah bahagian dalam Bumi terdapat bebola logam yang sangat besar yang dikenali sebagai teras dalam.

Teras dalam berukuran 2,500 km lebar dan kebanyakannya berasal daripada besi dengan sedikit nikel. Suhu bebola itu sangat tinggi, iaitu 6,000 oC kepanasan yang cukup untuk mencairkan logam. Bagaimanapun, Bumi dan isinya tidak cair kerana terdapat bahagian lain di dalam Bumi yang mengurangkan suhu yang sangat panas ini.

Di sekeliling bahagian tengah Bumi, terdapat lapisan cecair besi dan nikel yang mengalir panas.

Lapisan ini ialah teras luar dan tebalnya adalah kira- kira 2,200 km. Apabila Bumi berputar ,lapisan bebola logam dan cecair ini akan bergerak pada kelajuan yang berbeza.STRUKTUR LAPISAN BUMIBerdasarkan susunan kimianya, bumi dapat dibahagikan menjadi empat bahagian, bahagian padat (lithosfer) yang terdiri dari tanah dan batuan; bahagian cair (hidrosfer) yang terdiri dari berbagai bentuk ekosistem perairan seperti laut, danau dan sungai; bahagian udara (atmosfer) yang menyelimuti seluruh permukaan bumi serta bagian yang ditempati oleh berbagai jenis organisme (biosfer).Keempat komponen tersebut berinteraksi secara aktif satu sama lain, misalnya dalam siklus biogeokimia dari berbagai unsur kimia yang ada di bumi, proses transfer panas dan perpindahan materi padat.

perhatikan gambar di atas, Batuan yang keras dan pejal ini berasal dari mantel bumi dan mengandungi mineral olivin yang berwarna hijau. la terbawa ke permukaan ketika terjadi letusan gunung api di Kepulauan Kanari. Proses-proses geologis tertentu, seperti letusan gunung api, biasanya dapat memberi petunjuk penting struktur bahagian dalam bumi.