CA TANGKI ASJURA REVISED.docx

27
LAPORAN PENILAIAN KEADAAN TANGKI SEDUTAN DI ASRAMA JURURAWAT TERLATIH (ASJURA) HOSPITAL TENGKU AMPUAN AFZAN Tarikh Disediakan : 29 th JULAI 2015 CONDITION APPRAISAL – RC/014/FEMS/CA/2015/001 Disediakan Oleh : Disemak Oleh: Disahkan Oleh : ------------------------- ------------------------- ------------------------- NurulHuda Zakaria Mohd Shafie Shaharuddin Ahmad Latfi B Salim

Transcript of CA TANGKI ASJURA REVISED.docx

Page 1: CA TANGKI ASJURA REVISED.docx

LAPORAN PENILAIAN KEADAAN

TANGKI SEDUTAN DI ASRAMA JURURAWAT TERLATIH (ASJURA)

HOSPITAL TENGKU AMPUAN AFZAN

Tarikh Disediakan : 29 th JULAI 2015

CONDITION APPRAISAL – RC/014/FEMS/CA/2015/001

Disediakan Oleh : Disemak Oleh: Disahkan Oleh :

------------------------- ------------------------- -------------------------NurulHuda Zakaria Mohd Shafie Shaharuddin Ahmad Latfi B SalimJurutera Awam Pengurus FEMS Pengurus FasilitiRadicare Pahang East Radicare Kuantan Radicare Pahang East

Salinan Laporan Teknikal :

Pengarah Hospital Tengku Ampuan Afzan 1 SalinanJabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) 1 SalinanJurutera Operasi Hospital (JOHN) 1 SalinanRadicare (M) Sdn Bhd – Pejabat Kawasan Pahang Timur 1 Salinan

Page 2: CA TANGKI ASJURA REVISED.docx

LAPORAN PENILAIAN KEADAANTANGKI SEDUTAN ASRAMA JURURAWAT TERLATIH (ASJURA)

HOSPITAL TENGKU AMPUAN AFZAN

KANDUNGAN

1. RINGKASAN EKSEKUTIF

2. PENGENALAN

3. SKOP LAPORAN TEKNIKAL

4. MAKLUMAT ASET

5. STATUS KEADAAN SEMASA ASET .

5.1 STATUS KEADAAN SEMASA ASET

5.2 SEJARAH PEMBAIKAN ASET

6. KELEMAHAN PERALATAN

6.1 PRESTASI SEMASA ASET

6.2 ANALISA PUNCA MASALAH

6.3 IMPLIKASI MASALAH KEPADA PENGGUNA

7. NASIHAT TEKNIKAL DAN CADANGAN

7.1 CADANGAN NAIKTARAF

7.2 ANGGARAN KOS

8. KESIMPULAN

9. RUJUKAN

1.0 RINGKASAN EKSEKUTIF

Page 3: CA TANGKI ASJURA REVISED.docx

LAPORAN PENILAIAN KEADAANTANGKI SEDUTAN ASRAMA JURURAWAT TERLATIH (ASJURA)

HOSPITAL TENGKU AMPUAN AFZAN

Sistem tangki air di Asrama Jururawat Terlatih Hospital Tengku Ampuan Afzan di pasang dan di uji

terima pada 01 Januari 1993 dan kini berusia mencecah 20 tahun iaitu seusia bangunan Asrama

Jururawat Terlatih (ASJURA) yang juga telah siap dibina pada tahun yang sama.

Sistem tangki bekalan air di Asrama Jururawat Terlatih (ASJURA) khususnya tangki sedutan

dicadangkan untuk penggantian baru atau dinaiktaraf berdasarkan beberapa justifikasi seperti

berikut :-

1. Tangki tersebut telah pun mencecah usia 20 tahun.

2. Tangki sedutan sediada diperbuat daripada tangki jenis Hot Dipped Galvanized Iron dimana

ianya telah mengalami pengaratan yang serius dan mengakibatkan berlakunya kebocoran.

3. Air yang tersimpan didalam tangki jenis Hot Dipped Galvanized Iron tidak sesuai dijadikan

sebagai air minuman atau utk tujuan memasak kecuali sekiranya dibahagian dalaman dinding

panel tangki tersebut dilapisi lapisan epoxy yang menghalang pengaratan berlaku.

4. Masalah pengaratan serius yang berlaku pada tangki tersebut menyebabkan berlakunya

mendapan karat yang akan membahayakan nyawa dan kesihatan pengguna.

5. Kerja-kerja pembaikan tidak lagi praktikal dari segi teknikal memandangkan sistem tangki

tersebut perlu diganti secara keseluruhan,

6. Sistem pam beserta panel juga perlu dinaiktaraf kepada sistem pam jenis moden dan terkini

kerana panel sediada seringkali mengalami masalah trip dan pam tidak berfungsi.

Anggaran kos bagi kerja penggantian baru atau menaiktaraf sistem tangki sedutan di Asrama

Jururawat Terlatih adalah sebanyak RM 164,000.00.

** Anggaran kos diatas adalah untuk tujuan anggaran sahaja dan bukan kos sebenar

2.0 PENGENALAN

2.1 Latar Belakang Lokasi/Tempat

Page 4: CA TANGKI ASJURA REVISED.docx

LAPORAN PENILAIAN KEADAANTANGKI SEDUTAN ASRAMA JURURAWAT TERLATIH (ASJURA)

HOSPITAL TENGKU AMPUAN AFZAN

Bangunan Asrama Jururawat Terlatih (ASJURA) dibina pada tahun 1991 dan mula digunakan

sebagai asrama kepada para jururawat terlatih pada tahun 1994. Bangunan berkenaan terdiri

daripada 2 blok iaitu Blok A dan Blok B.

Bangunan Asrama Jururawat Terlatih merupakan bangunan 4 tingkat yang berhampiran bangunan

Kompleks UIA. Laporan ini memfokuskan Blok Asrama Jururawat Terlatih berhubung keadaan

tangki sedutan air yang telah berkarat dan terdapat beberapa kerosakan pada struktur tangki.

Tangki sedutan air di tepi Blok A Asrama Jururawat berkapasiti 4000 gallon yang terbahagi kepada

2 bahagian iaitu bekalan untuk air sejuk dan simpanan air bomba. Tangki sedutan bertujuan bagi

menyimpan air sebelum dipam naik ke tangki simpanan yang terdapat di atas bangunan setiap

blok asrama. Ianya membantu menampung dan membekal jumlah kegunaan air bagi 2 buah blok

di asrama jururawat supaya dapat memberi tekanan air yang kuat kepada pengguna.

Kebiasan sistem tangki sedutan mempunyai komponen-komponen seperti tangki, meter, injap

( injap bebola, injap penutup berhenti, injap sekathala), paip, pam, pressure gauge dan panel

kawal, Komponen – kompenen ini penting bagi memastikan sistem beroperasi dengan lancar dan

optimum.

Bagi sesebuah tangki pula tidak kira samada tangki jenis HDPE, Polytank, FRP mahupun jenis Hot Dipped Galvanised Iron , komponen-kompenen yang perlu ada adalah seperti penanda aras, injap

bebola atau rod sensor , overflow outlet , water inlet, water outlet, drain outlet , manhole beserta

tangga dibahagian luar dan dalam.

3.0 OBJEKTIF / SKOP LAPORANSkop laporan ini adalah seperti berikut:

i. Memberi maklumat teknikal mengenai keadaan semasa dan masalah yang berlaku pada sistem tangki

sedutan di Asrama Jururawat Terlatih (ASJURA)

Page 5: CA TANGKI ASJURA REVISED.docx

LAPORAN PENILAIAN KEADAANTANGKI SEDUTAN ASRAMA JURURAWAT TERLATIH (ASJURA)

HOSPITAL TENGKU AMPUAN AFZAN

ii. Melakukan pemeriksaan sebenar terhadap sistem sistem tangki sedutan di Asrama Jururawat Terlatih

(ASJURA)

iii. Memberikan cadangan/alternatif dan cara mengatasi/ penyelesaian utama:

a. Cara kerja membaikpulih ( Method of statement of Rectification Work ).

b. Anggaran Kasar kos membaikpulih ( Estimation Cost of Rectification Work).

c. Anggaran Masa membaikpulih ( Estimation Time of Rectification Work )

4.0 MAKLUMAT ASET

Berikut merupakan maklumat aset bagi sistem tangki sedutan beserta sistem pam di Asrama Jururawat Terlatih :

Tangki sedutan sediada berukuran 2m x 3m x 3m dimana ianya terbahagi kepada dua bahagian iaitu untuk

kegunaan air bersih dan juga untuk kegunaan hose reel .

Untuk kegunaan air bersih

(2m x 3m x 2m) ~ 12m³

Page 6: CA TANGKI ASJURA REVISED.docx

LAPORAN PENILAIAN KEADAANTANGKI SEDUTAN ASRAMA JURURAWAT TERLATIH (ASJURA)

HOSPITAL TENGKU AMPUAN AFZAN

Rajah : Pandangan atas tangki sedutan

5.0 STATUS KEADAAN SEMASA ASET

5.1 STATUS KEADAAN SEMASA ASET5.1.1 Sehingga masa kini, tangki sedutan masih lagi berfungsi dan masih lagi dapat

membekalkan air ke tangki simpanan.

5.1.2 Keadaan tangki yang mengalami pengaratan yang serius terutama pada bahagian bolt &

nut dan bahagian sambungan

Untuk kegunaan hose reel

(1m x 3m x 2m)~ 6m³

Page 7: CA TANGKI ASJURA REVISED.docx

LAPORAN PENILAIAN KEADAANTANGKI SEDUTAN ASRAMA JURURAWAT TERLATIH (ASJURA)

HOSPITAL TENGKU AMPUAN AFZAN

5.1.3 Air di dalam tangki sedutan kelihatan keruh dan kotor kerana keadaan tangki yang

berkarat.

Page 8: CA TANGKI ASJURA REVISED.docx

LAPORAN PENILAIAN KEADAANTANGKI SEDUTAN ASRAMA JURURAWAT TERLATIH (ASJURA)

HOSPITAL TENGKU AMPUAN AFZAN

5.1.4 Bahagian dalam panel tangki juga telah berkarat. Kerja-kerja pembersihan menyebabkan

kebocoran lebih serius akan berlaku

5.1.4 Terdapat 4 buah pam yang digunakan di mana 2 buah telah diganti baru oleh pihak

RMSB iaitu satu unit untuk Blok A dan B

2 Buah Pam yang telah diganti baru oleh pihak RMSB

Page 9: CA TANGKI ASJURA REVISED.docx

LAPORAN PENILAIAN KEADAANTANGKI SEDUTAN ASRAMA JURURAWAT TERLATIH (ASJURA)

HOSPITAL TENGKU AMPUAN AFZAN

Rajah 4.0 : Spesifikasi pam sediada

5.1.5 Pengiraan susut nilai semasa bagi tangki air jenis Galvanized Iron berdasarkan formula

MAP FES 013 ( Beyond Economical Repair) :-

Parameter Tangki Sedutan ASJURA

1. Usia = 22 Tahun

2. Jangka Hayat = 20 Tahun ( Rujuk garis panduan pembekal)

3. Harga Beli = RM50,000.00

Susut nilai = ( 1 – umur/jangka hayat ) x Harga Beli

= ( 1 – 22/20) x RM 50,000.00

= - RM 5,000.00 ** Nilai susut nilai mencapai nilai negatif kerana usia tangki sediada telah melebihi jangkahayat yang telah ditetapkan oleh pengeluar

5.1.7 Jumlah kos pembaikan dan penyelenggaraan tangki sedutan ASJURA sejak dibeli

berdasarkan rekod CMIS adalah berjumlah RM 15,772.00.

5.1.8 Berdasarkan kepada pengiraan formula MAP FES013 didapati aset ini sudah tidak

ekonomik untuk dibaiki kerana jumlah kos pembaikan terkumpul telah melebihi kos susut

nilai semasa di samping jangka hayat tangki sediada juga telah melebihi jangka hayat

yang ditetapkan oleh pengeluar.

Page 10: CA TANGKI ASJURA REVISED.docx

LAPORAN PENILAIAN KEADAANTANGKI SEDUTAN ASRAMA JURURAWAT TERLATIH (ASJURA)

HOSPITAL TENGKU AMPUAN AFZAN

5.2 SEJARAH PEMBAIKAN ASETSejarah pembaikan dan penyelenggaraan tangki sedutan di Asrama Jururawat Terlatih (ASJURA)

adalah seperti dibawah:-

Aset No . = 014300881

Usia aset = 22 tahun

Kekerapan Breakdown Maintenance (BD) = 7 kali

Kekerapan Schedule Corrective Maintenance (SCM) = 4 kali

Kekerapan Plan Preventive maintenance (PPM) = 77 kali

Jumlah Kos Pembaikan Terkumpul (RM) = RM 15,722.00

6.0 KELEMAHAN PERALATAN

6.1 PRESTASI SEMASA ASET

6.1.1 Dinding dalam tangki didapati mengalami pengaratan yang serius dan dikhuatiri akan

menjejaskan bacaan kualiti air sekaligus menjejaskan kesihatan pengguna. Hal ini juga

menyebabkan berlakunya masalah pereputan dinding tangki.

6.1.2 Faktor cuaca panas dan hujan sepanjang tahun serta jangka hayat tangki yang dipercayai

sudah melebihi 20 tahun menyebabkan berlaku tanda-tanda pereputan dari masa ke

semasa.

6.1.3 Terdapat kesan bocor menyebabkan lelehan air di sambungan plat dinding tangki

berpunca dari jangka hayat bahan penyambung.

6.1.4 Seringkali berlaku masalah putus bekalan air di kedua-dua blok asrama berikutan

berlakunya trip pada pam.

6.1.5 Terdapat dua buah pam yang telah berusia hampir 22 tahun manakala 2 buah pam lagi

telah diganti baru oleh pihak RMSB pada tahun 2013.

6.2 ANALISA PUNCA MASALAH

Page 11: CA TANGKI ASJURA REVISED.docx

LAPORAN PENILAIAN KEADAANTANGKI SEDUTAN ASRAMA JURURAWAT TERLATIH (ASJURA)

HOSPITAL TENGKU AMPUAN AFZAN

Hasil pemeriksaan serta penilaian pihak kami mendapati tangki tersebut perlu diganti kepada yang

baru memandangkan keadaan semasa tangki yang sudah tidak selamat untuk digunakan lagi.

Antara faktor yang menyebabkan tangki air bangunan tersebut perlu diganti ialah:

6.2.1 Keadaan semasa dinding tangki yang sudah mereput dan berkarat dikhuatiri akan

menyebabkan tangki pecah secara tiba-tiba.

6.2.2 Ketahanan dan kekuatan struktur tangki berkurang di sebabkan faktor usia tangki yang

melebihi 20 tahun.

6.2..3 Tangki sedutan merupakan tangki simpanan air yang penting untuk simpanan sebelum air

disedut naik ke tangki simpanan air dan membekal air betekanan tinggi kepada

pengguna.sekiranya tangki sedutan tidak berfungsi, air tidak dapat dipump ke tingkat atas

dengan baik sekaligus menyebabkan berlaku gangguan bekalan air.

6.3 IMPLIKASI MASALAH KEPADA PENGGUNA

6.3.1 Berlaku gangguan bekalan air kepada penghuni asrama sekiranya berlaku masalah pada

tangki utama hospital. Sekiranya tiada bekalan air masuk ke dalam tangki sedutan, air

tidak dapat di pam ke tangki simpanan.

6.3.2 Sekiranya pembaikan berperingkat dijalankan, iaitu dengan penggantian plat, akan

berlaku masalah yang lebih besar kerana hampir keseluruhan plat dinding serta lantai

tangki sudah reput dan rosak.

6.3.3 Keadaan panel dan lantai tangki yang telah reput teruk akan menghasilkan bekalan air

yang kotor kepada pengguna.

7.0 NASIHAT TEKNIKAL DAN CADANGAN

7.1 PENENTUAN JUMLAH KEPERLUAN AIR HARIAN DI ASJURA

KELENGKAPAN ARAS 1 ARAS 2 ARAS 3 ARAS 4 JUMLAH

TOILET 5 8 8 8 29

Page 12: CA TANGKI ASJURA REVISED.docx

LAPORAN PENILAIAN KEADAANTANGKI SEDUTAN ASRAMA JURURAWAT TERLATIH (ASJURA)

HOSPITAL TENGKU AMPUAN AFZAN

TAP 7 10 16 16 49

SINKI 2 4 6 2 14

WASH BASIN 15 13 16 13 57

Jadual 1 : Jadual peralatan bagi BLOK A

KELENGKAPAN ARAS 1 ARAS 2 ARAS 3 ARAS 4 JUMLAH

TOILET 6 8 12 12 38

TAP 8 14 24 24 70

SINKI 2 6 2 2 12

WASH BASIN 8 15 14 14 51

Jadual 2 : Jadual peralatan bagi BLOK B

KELENGKAPAN

BLOK A BLOK B JUMLAH

TOILET 29 38 67

TAP 49 70 119

14 12 26

Page 13: CA TANGKI ASJURA REVISED.docx

LAPORAN PENILAIAN KEADAANTANGKI SEDUTAN ASRAMA JURURAWAT TERLATIH (ASJURA)

HOSPITAL TENGKU AMPUAN AFZAN

SINKI

WASH BASIN 57 51 108

Jadual 3 : Jadual jumlah peralatan bagi BLOK A DAN B

Jumlah simpanan air yang diperlukan bagi bangunan ini:-

Water closet (wc) = 67 x 180 = 12,060

Wash basin (wb) = 108 x 90 = 9,720

Pili (tap) = 119 x 90 = 10,710

Sinki (sink) = 26 x 130 = 3380

Jumlah = 35,870liter

Andaikan faktor penggunaan adalah 85%

Oleh itu,

Jumlah simpanan air = _ 85_ x 35,870liter

100

= 30,489.5 liter

7.2 PENENTUAN SAIZ TANGKI

Biasanya lebihkan 15% daripada jumlah simpanan.

= _115_ x 30,489.5 liter

Faktor penggunaan = 75% hingga 90%

rujuk jadual anggaran

beban, UTM

Page 14: CA TANGKI ASJURA REVISED.docx

LAPORAN PENILAIAN KEADAANTANGKI SEDUTAN ASRAMA JURURAWAT TERLATIH (ASJURA)

HOSPITAL TENGKU AMPUAN AFZAN

100

= 35,063 liter

Daripada jumlah tersebut, bekalan air simpanan ini dibahagikan kepada 2 tangki iaitu:-

i) Tangki Sedutan = 1/3 daripada jumlah air simpanan.

ii) Tangki Simpanan pukal = 2/3 daripada jumlah air simpanan

Jumlah air simpanan dalam tangki sedutan,

= _1_ x 35,063 liter

3

= 11,687.6liter

Oleh itu,

Saiz tangki sedutan = 11,687.6 x 0.001m3

= 11.68 m3

= 11.68 m3

Jika tinggi dan lebar (2m x 3m) telah ditentukan, maka panjang tangki sedutan adalah:-

= 11.68 m3 ÷ (2m x 3m)

= 11.68 m3 ÷ (6m2)

= 1.94m ~ 2.0 mMaka,

Saiz yang sesuai bagi tangki yang akan digunakan adalah (2m x 3m x 2m). Anggaran ini

diambil bagi memastikan bekalan air simpanan mencukupi dan mengikut saiz ‘particiant’ tangki

iaitu (1m x 1m).

7.3 CADANGAN NAIKTARAF

7.3.1 Saiz Tangki

1 liter = 0.001 m3

Page 15: CA TANGKI ASJURA REVISED.docx

LAPORAN PENILAIAN KEADAANTANGKI SEDUTAN ASRAMA JURURAWAT TERLATIH (ASJURA)

HOSPITAL TENGKU AMPUAN AFZAN

Mengambilkira jumlah penggunaan air seharian bagi kedua-dua blok, maka saiz yang

bersesuaian untuk tangki sedutan adalah 2m x 3m x 2m iaitu sama seperti saiz sediada.

Maka saiz tangki sedutan untuk bekalan air bersih tidak perlu diubah memandangkan

kapasiti sediada telah mencukupi. Saiz bagi tangki hose reel juga dikekalkan.

7.3.2 Jenis TangkiCadangan tangki adalah jenis Pressed Steel Tank c/w HDPE liner . Rujuk lampiran untuk

teknikal spesifikasi

7.4 ANGGARAN KOS

Anggaran kos cadangan kerja-kerja naiktaraf dan pemodenan semula Sistem Tangki Sedutan di

bangunan Asrama Jururawat Terlatih (ASJURA) Hospital Tengku Ampuan Afzan adalah seperti

dibawah :-

.

BIL KETERANGAN KERJA UNIT KUANTITI JUMLAH

1.0 Kerja-kerja permulaan/preliminaries

1.1 Kerja kerja penyediaan tapak termasuk insurans, pembersihan tapak, rekabentuk, peralatan, jentera , kos buruh dan bahan binaan serta perkara-perkara lain yang berkaitan.

L/S L/S 2,000.00

1.2 Kerja-kerja ubahsuai untuk penyediaan tapak untuk kerja termasuk memecah, meroboh, mengalih, memindah, mengorek, menampal, memotong, menebuk, menukar, menanggal, membuka, mengemas, membersih tapak dan membuang sisa-sisa kerja semasa dan setelah semua kerja disiapkan dengan sempurna termasuk kerja-kerja berkaitan. (Anggaran paip GI sediada saiz 2” adalah 500m)

L/S L/S 10,000.00

1.3 Kerja-kerja menyediakan dan memasang tangki sedutan sementara jenis HDPE atau polytank berkapasiti 4000 gallon disambung pada sumber paip sediada bagi membekalkan air ke tangki simpanan semasa kerja-kerja menanggal dan

nos 1 10,000.00

Page 16: CA TANGKI ASJURA REVISED.docx

LAPORAN PENILAIAN KEADAANTANGKI SEDUTAN ASRAMA JURURAWAT TERLATIH (ASJURA)

HOSPITAL TENGKU AMPUAN AFZAN

membuang tangki sedutan sediada dijalankan.

BIL KETERANGAN KERJA UNIT KUANTITI JUMLAH

Kerja-kerja sivil

2.3 Kerja-kerja membaiki dan menambahbaik tapak

tangki (plint) jenis konkrit sediada serta membaiki

mana-mana kerosakan seperti merender semula

lantai konkrit dan lain kerja berkaitan.

sqm 25 2,500.00

2.4 Kerja-kerja membekal dan memasang sehingga siap tangki sedutan bersaiz 2m x 3m x 2m jenis mild steel plate coated externally with red oxide and internally with High Density Polyethylene Sheet (HDPE) lining.

nos 1 45,000.00

2.5 Kerja-kerja membina baru struktur bumbung dari jenis MS steel bagi tangki dengan menggunakan atap dari jenis metaldeck serta lain kerja berkaitan

nos 1 4,500.00

2.6 Kerja-kerja membekal dan memasang sehingga siap paip bekalan air jenis poly bersaiz 2” bermula dari tangki sedutan sehingga ke tangki simpanan. Anggaran ukuran paip 500m

m 500 60,000.00

3.0 Kerja-kerja Mekanikal & Elektrikal

3.1 Kerja-kerja membekal dan memasang Electrical Control Panel beserta 4 unit horizontal booster pump berkapasiti 2.87HP 2.0kW serta lain kerja berkaitan.

nos 4 25,000.00

JUMLAH (RM) 164,000.00

** harga tidak termasuk 6% gst

Page 17: CA TANGKI ASJURA REVISED.docx

LAPORAN PENILAIAN KEADAANTANGKI SEDUTAN ASRAMA JURURAWAT TERLATIH (ASJURA)

HOSPITAL TENGKU AMPUAN AFZAN

8.0 KESIMPULAN

Kerja-kerja penyelenggaraan tidak lagi bertindak efektif di dalam menangani masalah ini kerana kerja-kerja

pembaikan seperti penggantian plat dinding tangki , pencucian tangki dan sebagainya tidak dapat bertahan

untuk jangka masa yang panjang serta melibatkan proses/kerja berulangkali dan menghasilkan kos operasi

yang tinggi untuk jangkamasa panjang. Kerja pembaikan yang berulangkali menyebabkan sentiasa

berlakunya masalah gangguan bekalan air kepada pengguna. Justeru, pihak RMSB mencadangkan kepada

pihak hospital bagi mengganti baru tangki bagi mengelak perkara yang tidak diingini berlaku. Kerja-kerja

mengganti baru tangki tersebut perlu dijalankan segera bagi mengelakkan tangki dari terus mereput dan

rosak sekaligus menyebabkan gangguan bekalan air di asrama.

Page 18: CA TANGKI ASJURA REVISED.docx

LAPORAN PENILAIAN KEADAANTANGKI SEDUTAN ASRAMA JURURAWAT TERLATIH (ASJURA)

HOSPITAL TENGKU AMPUAN AFZAN

9.0 LAMPIRAN

9.1 Keadaan dinding tangki yang sudah berkarat dan berlaku perubahan struktur dari stuktur asal tangki

Page 19: CA TANGKI ASJURA REVISED.docx

LAPORAN PENILAIAN KEADAANTANGKI SEDUTAN ASRAMA JURURAWAT TERLATIH (ASJURA)

HOSPITAL TENGKU AMPUAN AFZAN

9.2 Keadaan dalam tangki yang mengalami pengaratan serius

Rajah 9.3 : Paip bekalan air sejuk jenis GI saiz 2” untuk ke tangki simpanan tingkat 4

Page 20: CA TANGKI ASJURA REVISED.docx

LAPORAN PENILAIAN KEADAANTANGKI SEDUTAN ASRAMA JURURAWAT TERLATIH (ASJURA)

HOSPITAL TENGKU AMPUAN AFZAN

Rajah 9.4 : Paip bekalan air sejuk jenis GI saiz 2” untuk ke tangki simpanan tingkat 4

Ke tingkat 4 Blok A

Ke tingkat 4 Blok B