Cabang Falsafah Pendidikan m1

4
============================================================= Nama : Unit/Kumpulan : Tajuk : Cabang-cabang Falsafah dan Falsafah Pendidikan 1 V ! " # " C $ N % F & # F ' Metafizik Axiologi Epistomologi Logik

description

Cabang Falsafah Pendidikan m1

Transcript of Cabang Falsafah Pendidikan m1

=============================================================

=============================================================

Nama

: Unit/Kumpulan :

Tajuk

: Cabang-cabang Falsafah dan Falsafah Pendidikan

Falsafah Pendidikan

Leksikon asas :

i. Falsafah (pengetahuan tentang pengertian yang dianggap sebagai ilmu yang tertinggi yang menjadi dasar ilmu-ilmu lain)

ii. Pendidikan (perihal mendidik)

Takrifan Pendidikan

SumberHuraian Konsep Pendidikan

Kamus Pendidikan (1979)Pendidikan adalah suatu proses menyeluruh yang bertujuan untuk memperkembangkan kebolehan dan tingkahlaku manusia.

i. Sebagai satu proses sosial untuk memperoleh kemahiran social serta perkembangan potensi dan peribadi.

ii. Sekolah sebagai suasana penilaian terbaik, terpilih serta terkawal.

iii. Selari dengan pendapat Dewey yang menyatakan bahawa Pendidikan adalah satu proses yang memberi peluang untuk mempertingkatkan kedudukan manusia. Sekolah dilihat sebagai satu persekitaran khusus yang bersamaan dengan persekitaran sosial.

Yusuf al-Qardawi (1980)

Pendidikan merangkumi keseluruhan hidup termasuklah akal, hati dan rohani, jasmani, akhlak, dan tingkahlaku. Ia bertujuan untuk menyediakan manusia hidup dalam masyarakat yang sering menghadapi kebaikan dan kejahaana, kemanisan dan kepahitan.

Hassan Langgulung (1987)Pendidikan merupakan proses mengubah dan memindahkan nilai-nilai kebudayaan kepada setiap individu. Proses pemindahan tersebut berlaku melalui cara-cara berikut :i. Pengajaran pemindahan pengetahuan daripada seorang individu kepada individu yang lain

ii. Latihan membiasakan diri melakukan sesuatu bagi memperoleh kemahiran

iii. Indoktrinasi menjadikan seseorang dapat meniru apa yang dilakukan oleh orang lain.

......Ketiga-tiga cara ini berjalan serentak dalam masyarakat primitif dan moden.

V

A

R

I

A

S

I

C

A

B

A

N

G

F

A

L

S

A

F

A

H

Metafizik

Axiologi

Epistomologi

Logik

Logik

Bertindak sebagai pembeza pengesahan input atau sebaliknya

Variasi :

Induktif (khusus umum);

Deduktif (umum khusus).

Epistomologi

Teori ilmu berkenaan ilmu dan kepercayaan

Berasal daripada perkataan Yunani

episteme (episteme) ilmu atau sains

logos keterangan

Fokus kepada penganalisisan dan penghasilan ilmu dan tuntutan ilmu

Tertumpu kepada kaedah pemerolehan ilmu

Sumber :

Wahyu;

Pengalaman pancaindera;

Intuisi;

Pandangan para pakar;

Logik (taakulan);

Kaedah saintifik.

Axiologi

Berasal daripada perkataan Yunani yang berdefinisikan nilai

Mempersoal item berkenaan kebaikan atau sebaliknya, hodoh atau sebaliknya dan sebagainya

Merangkumi dua cakuman :

Etika (kualiti moral insani)

Jenis-jenis :

Meta ethics kajian berkaitan konsep etika;

Normative ethics kajian prosedur penentuan nilai etika;

Applied ethics kajian berkaitan penggunaan nilai etika.

Estetika (kriteria kecantikan dalam kesenian, cita rasa dan sentimen)

Metafizik

(Ontologi)

Bercitrakan spekulatif dan berkaitan sebab-akibat;

Menjawab deretan persoalan yang melangkaui penyiasan saintifik dan empirikal.

PAGE - 2 -