CABARAN BAHASA MELAYU DAN PENYELESAIAN.docx

download CABARAN BAHASA MELAYU DAN PENYELESAIAN.docx

of 46

Transcript of CABARAN BAHASA MELAYU DAN PENYELESAIAN.docx

CABARAN BAHASA MELAYU DAN PENYELESAIANhttp://cikgu-rozali.blogspot.com/2011/06/cabaran-bahasa-melayu.htmlPada masa ini, Bahasa Melayu menghadapi cabaran yang sengit terutamanya dalam abad ke-21. Pada dasarnya bahasa Melayu telah menjadi bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam perlembagaan negara iaitu perkara 152 yang menyatakan bahawa Bahasa Kebangsaan ialah bahasa Melayu. Jadi, pada abad ke-21, bahasa Melayu yang diperkasakan dan dimartabatkan di negara ini terpaksa menghadapi saingan dengan penggunaan bahasa Inggeris yang merupakan bahasa global. Persaingan yang paling hebat dan mencabar kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara ini ialah pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Oleh yang demikian, tumpuan kertas kerja ini ialah membincangkan cabaran pemerkasaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, cabaran bahasa Melayu dalam kemajuan teknologi maklumat, cabaran bahasa Melayu terhadap sikap penuturnya dan cabaran bahasa Melayu dalam penggunaan bahasa Melayu. Jadi, pelbagai seminar atau pembentangan telah dijalankan, kegusaran bahasa Melayu terus membimbangkan pada setiap insan yang mencintai bahasa Melayu. Melalui kertas kerja ini, perbincangan akan ditumpukan kepada cabaran-cabaran yang dihadapi oleh bahasa Melayu dalam abad ke-21 supaya cabaran-cabaran tersebut tidak membantut perkembangan bahasa Melayu pada masa akan datang. Justeru, cabaran- cabaran ini tidak akan mengancam kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa pengantar pendidikan di Malaysia pada abad ke-21. Isu-isu akan dibincangkan secara satu persatu supaya jelas tentang cabaran-cabaran tersebut.

PENDAHULUAN

Sebelum mengorak melangkah untuk membicarakan cabaran-cabaran bahasa Melayu dalam abad ke-21, penulis ingin mengajak sekalian dahulu berkenaan bahasa Melayu. Menurut Prof. Dato Awang Had Salleh, dalam Laporan Jawatankuasa Mengkaji Penggunaan Bahasa Malaysia menegaskan bahawa bahasa Melayu ialah bahasa ibunda kepada orang-orang keturunan Melayu. Jadi, Perkara 152 Perlembagaan Malaysia telah memperuntukkan bahawa bahasa Melayu menjadi Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Kebangsaan ini hendaklah digunakan di dalam urusan rasmi dalam semua bidang. Walaupun terdapat pelbagai halangan, penggunaan Bahasa Kebangsaan tetap berjalan dengan lancar. Untuk memenuhi kehendak tersebut, pada peringkat awal, Bahasa Kebangsaan telah diperkenalkan sebagai satu mata pelajaran di sekolah rendah atau menengah, khususnya sekolah yang bahasa pengantarnya bukan bahasa Melayu.. Pada peringkat yang terkemudian, apabila kedudukan Bahasa Kebangsaan ini sudah cukup matang dan stabil, barulah wujud pula keperluan untuk memperkukuhkan perpaduan rakyat dan memupuk keperibadian Malaysia, maka istilah Bahasa Malaysia telah digunakan.

Manakala cabaran pula ialah sesuatu iaitu unsur, atau faktor yang mencabar,menguji, kemampuan dan ketabahan seseorang atau sesuatu organisasi. (Kamus Dewan Edisi Ke-4, 2005). Oleh itu cabaran bahasa Melayu dalam abad ke-21 bermaksud mencabar kemampuan bahasa Melayu dalam menuju abad ke-21 atau dipanggil era globalisasi. Jadi, abad ke-21 atau lebih dikenali sebagai era globalisasi merupakan satu zaman yang penuh dengan cabaran terutama kedudukan bahasa Melayu di negara ini.

Persoalannya, apakah cabaran bahasa Melayu mempunyai kemampuan dalam abad ke-21. Adakah cabaran-cabaran itu menidakkan kedudukan bahasa Melayu di negara ini? Oleh yang demikian, harapan kita terhadap bahasa Melayu terlalu besar.

Bahasa Melayu harus berupaya menggambarkan kelahiran fikiran, kreativiti dan aktiviti besar bangsa Malaysia. Cabaran-cabaran bahasa Melayu dalam abad ke-21, perlu ditangani dengan berhati-hati supaya bahasa Melayu terus hidup dan mampu bersaing di peringkat antara bangsa.Kajian ini akan membincangkan cabaran dalam memperkasa bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dengan perbincangan tertumpu kepada cabaran bahasa Melayu dalam kemajuan teknologi maklumat, cabaran bahasa Melayu terhadap sikap penutur cabaran bahasa Melayu dalam penggunaannya.

CABARAN BAHASA MELAYU DALAM MENGHADAPI ABAD KE-21

Untuk memastikan kesinambungan kewujudannya dan kegemilangannya di persada dunia dalam abad ke-21 , bahasa Melayu terpaksa menghadapi pelbagai cabaran, sama ada dalam konteks nasional atau antarabangsa. Cabaran-cabaran ini memperlihatkan bahawa bahasa Melayu pada suatu ketika dahulu iaitu bahasa Melayu dalam sejarahnya telah membuktikan bahawa bahasa Melayu telah menjadi bahasa antarabangsa sejak zaman Empayar Srivijaya pada abad ke-7 Masihi sehingga abad ke-19 Masihi. apabila bahasa Melayu menjadi lingua franca di rantau ini. Malahan bahasa Melayu telah menjadi bahasa perdagangan dan bahasa perhubungan antarabangsa. Kegemilangan bahasa Melayu telah menjadi kenyataan pada masa itu apabila bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi dan bahasa persuratan bagi pusat- pusat pemerintahan seluruh rantau berkenaan.

Namun, permulaan abad ke-20 merupakan era penjajahan Barat ke atas Kepulauan-kepulauan Melayu iaitu Inggeris bagi Semenanjung Tanah Melayu dan utara Borneo,Belanda bagi kepulauan Sumatera, Jawa,selatan Borneo,Sulawesi ,Meluku, Madura dan Bali, dan Sepanyol bagi kepulauan Filipina.[Prof.Dr.Hashim Hj. Musa,2009].Keadaan yang sedemikian telah menyebabkan bahasa Melayu telah menghadapi cabaran iaitu bermulalah kemerosotan kedudukan bahasa Melayu sebagai lingua franca di rantau ini. Dalam konteks ini, pihak penjajah telah memaksa menggunakan bahasa mereka sebagai bahasa rasmi dan bahasa pengantar pendidikan terhadap jajahan takluk mereka. Setelah sekian lama, kemerdekaan tercapai barulah bahasa Melayu telah dikembalikan statusnya sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan lingua franca di rantau ini.

Setelah 52 tahun Malaysia merdeka dan 32 tahun pelaksanaan sepenuhnya dasar bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan, bahasa Melayu telah menghadapi cabaran yang tidak diduga apabila Akta Pendidikan 1996 dan Akta IPTS 1996 diluluskan, maka semua IPTS dibenarkan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Keadaan belum reda, satu cabaran telah muncul iaitu pada tahun 2003, penggunaan bahasa Inggeris bagi semua matematik dan sains dalam semua peringkat. Namun, pejuang-pejuang bahasa bersatu tenaga untuk memastikan bahasa Melayu mendapat tempat di negara ini seperti termaktub dalam Perlembagaan Negara, Perkara 152. Akhirnya, tahun 2012 penggunaan bahasa Inggeris dalam sains dan matematik dihapuskan.Munculnya abad ke-21, telah menjadikan bahasa Melayu semakin mendapat persaingan sengit atau cabaran daripada bahasa Inggeris. Jadi, dalam kertas kerja ini membincangkan empat cabaran yang bahasa Melayu hadapi pada abad ke-21.

Cabaran Pemerkasaan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Rasmi

Oleh yang demikian, pemerkasaan bermaksud menjadikan sesuatu itu berwibawa, dominan, kuat, hebat, terkenal, berdaulat, dominan, dan sebagainya.[Kamus Dewan Edisi Ke-4,2005] Justeru, pemerkasaan bahasa Melayu bermaksud menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa yang hebat, terkenal, berdaulat dan dominan di dunia ; hebat dari segi kandungan ilmunya, keintelektualannya, keluasan penggunaannya, nilai ekonominya dan keterbacaannya.[Prof,Dr, Hashim Hj.Musa,2009] Pada masa ini, sistem pendidikan negara berpengantarkan bahasa Melayu seperti yang tercatat dalam Perkara 152 Perlembagaan Negara iaitu bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan. Dalam abad ke-21, bahasa Melayu telah menghadapi cabaran apabila pada tahun 2003, sains dan matematik dalam semua peringkat diajar dalam bahasa Inggeris. Senario ini telah memberi impak kepada kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi di negara ini. Pejuang-pejuang bahasa telah bersatu hati untuk mendaulatkan dan memperkasakan bahasa Melayu, Seminar-seminar, pembentangan kertas kerja dan sebagainya telah diadakan bukan sahaja di dalam negara malahan di luar negara. Tidak cukup dengan itu, badan NGO dan bukan NGO turut bersama-sama untuk memastikan bahasa Melayu perlu dikembalikan dalam mata pelajaran sains dan matematik.

Pada tahun 2010,, Tan Sri Muhiyidin Yasin,Timbalan Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa pada tahun 2012, mata pelajaran Sains dan matematik akan diajar dalam bahasa Melayu. Langkah ini, telah menjadikan bahasa Melayu kembali dominan dan diperkasa.

Kejayaan sesuatu bangsa bukanlah berdasarkan bahasa Inggeris, tetapi kefahaman sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa ibunda. Justeru, ada yang menganggap bahawa orang Melayu atau negara ini tidak akan maju jikalau orang Melayu tidak menggunakan bahasa Inggeris sebagaibahasa ilmu dan bahasa kemajuan. Perlu diingati, negara Jepun, Korea Selatan dan banyak negara lain masih menggunakan bahasa ibunda dalam semua bidang. Pemerkasaan bahasa ibunda mereka, telah menjadikan negara mereka maju malah lebih maju daripada negara barat.

Selain itu, masyarakat sudah mula menunjukkan pentingnya peneguhan dan penegasan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan. Maksudnya, masyarakat sudah sedar betapa pentingnya bahasa Melayu dan kini wujudnya generasi yang mahu mempelajari dan mahir menggunakan bahasa Melayu. Menurut Dr. Nik Safiah Karim[1993], Dasar Bahasa Kebangsaan di Malaysia telah berjaya, terutamanya jika dilihat dari perspektif penggunaannya dalam jentera pentadbiran, dalam sistem pendidikan, dan dalam beberapa domain utama kehidupan sehari-hari masyarakat Malaysia. Kita boleh berbangga dengan kejayaan tersebut. Namun cabaran yang lain timbul pula, iaitu dalam bentuk penggemblengan usaha daripada pelbagai pihak yang masih diperlukan untuk melestarikan (mengekalkan atau menetapkan) sekali gus mempertingkatkan mutu bahasa yang digunakan. Dalam kata lain, semua pihak perlu bekerjasama untuk memastikan bahasa Melayu terus diperkasakan agar cabaran abad ke-21 tidak meminggirkan bahasa Melayu sama ada dalam sistem pendidikan atau pentadbiran.

Cabaran Bahasa Melayu Dalam Kemajuan Teknologi Maklumat

Pada masa ini, bidang teknologi maklumat amat penting. Jadi, Malaysia telah mendapat impak yang besar terutama dari segi penggunaan bahasa teknologi maklumat. Sedia maklum, bahasa teknologi maklumat yang paling dominan di dunia ialah bahasa Inggeris. Keadaan ini sudah tentu memberi kesan kepada penggunaan bahasa Melayu dalam teknologi maklumat. Oleh itu, kita seharusnya mempelajari bahasa teknologi maklumat supaya perbendaharaan kata berkenaan teknologi maklumat dalam bahasa Melayu diperkaya. Jadi, bahasa Inggeris tetap dipelajari kerana ilmunya. Kita haruslah berfikiran positif dan memandang ke hadapan. Semua negara mempelajari bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua selain bahasa ibunda. negara Korea Selatan, dan Jepun merupakan sebuah negara yang maju dalam bidang sains dan teknologi, namun mereka tetap mempertahankan bahasa ibunda dan bahasa Inggeris tetap dipelajari.

Menurut Kamal Shukri Abdullah Sani,[2007;50] bahawa Jepun tidak berganjak daripada menggunakan bahasanya dari peringkat tadika sehinggalah ke peringkat pengajian tinggi dalam semua bidang mata pelajaran. Bahasa Inggeris hanya dipelajari mulai di peringkat menengah dan bukan di peringkat rendah. Peluang mempelajari bahasa lain seperti Jerman, Sepanyol, Portugis, Rusia,Mandarin dan lain-lain turut disediakan sama ada di institusi pendidikan, rancangan televisyen dan lain-lain. Walau bagaimanapun bahasa Jepun tetap diutamakan dan dijunjung tinggi martabat dan maruahnya.

Oleh yang demikian, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) adalah diasaskan oleh perkembangan dan kemajuan yang pesat dalam bidang mikroelektronik sehingga menghasilkan pelbagai kemudahan teknologi maklumat seperti komputer peribadi, telekomunikasi multimedia dan sebagainya. Seterusnya kemunculan Internet telah meluaskan penggunaan ICT dengan jaringan informasi bersepadu sehingga membolehkan diaplikasikan sebagai media komunikasi yang melibatkan teks, bunyi, grafik dan video.

Permasalahan ini secara langsung mempengaruhi dan mencabar kewibawaan dan kedudukan bahasa Melayu di rantau Nusantara ini. Apatah lagi, negara Malaysia yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi di negara ini. Adakah kita mampu menghadapi cabaran ini dan menidakkan penggunaan teknologi maklumat dalam arus pembangunan negara. Bagaimana dengan Jepun.? Negara mereka maju dalam teknologi maklumat, namun bahasa ibunda tetap terjaga dan terpelihara. Perkara ini perlu kita renung dan fikir bersama.

Oleh yang demikian, penekanan terhadap ICT pada era globalisasi dan liberalisasi bermakna penggunaan bahasa Inggeris menjadi semakin penting dan tidak dapat dielakkan oleh masyarakat dunia. Era ICT telah menunjukkan bahasa Inggeris mengiringi kelahiran pertama Internet dunia di Amerika Syarikat dan seterusnya diikuti dengan pengeluar perisian dan perkakasan komputer seperti Microsoft, Dell dan Hewlett-Packard yang semuanya diasaskan oleh mereka yang berbahasa Inggeris. Perubahan persekitaran ini menimbulkan persoalan sama ada mampukan bahasa Melayu digunakan di dalam era ICT sebagai bahasa perantaraan alternatif untuk dimanfaatkan oleh masyarakat bahasanya? Mampukah penggiat-penggiat bahasa Melayu menggunakan ICT sebagai alat penyelidikan, perkakasan, perisian dan aplikasi untuk pembangunan bahasa Melayu?

Sebagai satu pandangan umum, masyarakat perlu memperlihatkan sikap terbuka dan kesediaan untuk menghadapi cabaran perkembangan yang pesat dalam ICT dengan pengaruh bahasa asing khususnya bahasa Inggeris. Perlu diakui bahawa bahasa Melayu masih lagi muda atau setahun jagung dari sudut peristilahan sains dan teknologi berbanding dengan bahasa Inggeris. Usaha supaya bahasa Melayu diterima dalam era siber hanya akan terlaksana jika masyarakat bahasanya mempelajari pengalaman dan kejayaan yang telah dicapai oleh bahasa Inggeris. Dengan cara dan langkah ini, kita percaya perkembangan bahasa Melayu akan terus bersemarak seandainya kita bersikap terbuka. Dengan adanya ilmu sains dan teknologi maklumat dalam bahasa Inggeris, kita boleh menterjemahkan ke dalam bahasa ibunda iaitu bahasa Melayu.

Secara langsung, bahasa Melayu dalam sains dan teknologi maklumat akan terus meningkat dan berkembang. Mengikut pendapat Prof. Dr. Hashim Hj. Musa, dalam buku Sosiolinguistik Lanjutan, [ 2009; 61]bahawa penguasaan ilmu, sains dan teknologi yang tinggi, kemahiran dan kepakaran secara meluas dalam kalangan rakyat jelata, merupakan faktor utama dalam pembangunan Sumber Daya Tenaga Manusia sesebuah negara secara menyeluruh, yang menjadi faktor utama pula kepada pembangunan dan kemajuan negara itu. Penyampaian dan pemahaman ilmu pengetahuan, sains, teknologi dan kepakaran serta kemahiran dengan cara yang paling berkesan adalah dengan perantaraan bahasa kebangsaan rakyat jelata itu sendiri.

Oleh yang demikian, walaupun cabaran dalam teknologi maklumat begitu hebat, bahasa Melayu perlu seiring dengan perkembangan teknologi maklumat. Hal ini disebabkan, pelbagai maklumat yang terkandung dalam pelbagai jenis teknologi maklumat yang sedia ada harus terdapat dalam bahasa Melayu ini, benar-benar sesuai dengan hasrat untuk menyejagatkan bahasa Melayu, dan teknologi maklumat itu sendiri merupakan saluran yang cukup penting canggih, cekap dan pantas untuk tujuan tersebut. Oleh itu, bahasa Melayu bukannya perlu bersaing dengan teknologi maklumat, sebaliknya ia patut bersepadunya dengannya. Dengan cara ini, bahasa Melayu mampu mengaplikasikan sumber ilmu itu untuk menjanakan maklumat pelbagai bidang dalam dunia serba teknikal ini.

Cabaran Bahasa Melayu Terhadap Sikap Penuturnya

Dalam abad ke-21, sikap penutur atau masyarakat amat penting dalam penggunaan bahasa ibunda. Sekiranya sikap penutur tiada kesungguhan atau perasaan malu menebal dalam diri penutur kerana menggunakan bahasa ibunda, sudah pasti bahasa ibunda akan terkubur. Oleh yang demikian, bagi bahasa Melayu, cabaran yang sebenarnya terletak pada sikap yang dipegang oleh penuturnya. Jadi , abad ke-21 telah memperlihatkan kelemahan terhadap sikap penutur yang tidak mengambil berat terhadap bahasa kebangsaan mereka. Hal ini disebabkan mereka sudah terdidik dalam bahasa Inggeris dan lebih selesa bercakap bahasa Inggeris. Akibatnya, mereka yang tidak mahu menggunakannya telah membentuk satu sikap tidak kisah terhadap bahasa ibunda. Peristilahan dan tutur kata tidak dilakukan kerana tidak mengikuti perkembangan bahasa Melayu. Apabila disuruh memberi pendapat dan idea, mereka lebih suka bertutur dalam bahasa Inggeris. Begitulah apabila ada seminar atau pembentangan walaupun di dalam dewan ada seorang bukan rakyat Malaysia, mereka lebih suka bertutur dalam bahasa Inggeris. Justeru, permasalahan ini iaitu sikap penutur merupakan satu cabaran yang perlu ditangani secara berhati-hati pada abad ke-21 agar bahasa Melayu tidak dipandang rendah oleh masyarakat sendiri. Nik Safiah Karim dalam buku Sumbangsih, Kumpulan Esei Mengenang Jasa Asraf, memperkatakan, bahawa bahasa Melayu, cabaran yang sebenarnya terletak pada sikap yang dipegang oleh penuturnya. Yang tidak dapat dinafikan ialah hakikat kepentingan dan kesesuaian bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa. Jadi, yang tidak dapat dinafikan ialah hakikat kepentingannya dan kesesuaian bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa.

Abad ke-21 memang membawa cabaran kepada bahasa Melayu dari segi persaingan dengan bahasa Inggeris tetapi tidaklah keadaan ini menjadi satu cabaran besar sehingga menggugat kedudukan bahasa Melayu. Oleh yang demikian sikap rakyat Malaysia mesti yakin dengan keupayaan dan kemampuan bahasa kebangsaan. Kita seharusnya berasa bangga dengan bahasa Melayu kerana kekal sehingga sekarang dan bangga terhadap bahasa kebangsaan sebagai bahasa rasmi. Kemudian sesuaikan dengan keadaan apabila hendak menggunakan bahasa Inggeris. Ironisnya, langkah ini tidak akan timbul keadaan bahasa Melayu tergugat oleh bahasa Inggeris.

Cabaran Bahasa Melayu Dalam Penggunaan Bahasa Melayu

Belakangan ini, pada abad ke-21 beberapa gejala yang amat membimbangkan berkaitan dengan penggunaan bahasa Melayu. Pengaruh media elektronik telah merosakkan penggunaan bahasa Melayu dari segi pertuturan,ayat, istilah, bahasa rojak dan sebagainya. Kerosakan penggunaan bahasa Melayu yang paling teruk berlaku ialah golongan remaja. Pada abad ke-21, sudah menjadi satu trend atau ikutan kepada golongan remaja dalam penggunaan bahasa Melayu. Senario ini cukup membimbangkan dan jika tidak ditangani dengan segera, sudah pasti keindahan bahasa Melayu tidak kedengaran atau berkumandang lagi.

Berbalik kepada penggunaan bahasa Melayu, kebanyakan pengacara majlis atau program di televisyen dan radio dalam pengendalian sesuatu program, sudah menjadi kewajiban untuk mencampuradukkan bahasa mereka. Dalam mengendalikan sesuatu program atau rancangan, pengacara pada peringkat awal menggunakan bahasa Melayu. Namun, perkara yang sebaliknya telah berlaku iaitu dalam pertengahan program hingga akhir, pengacara mencampuradukkan penyampaian bahasa Melayu dan bahasa Inggeris walaupun programnya lebih kepada berbahasa Melayu dan penontonnya majoritinya berbangsa Melayu.

Memang tidak dapat dinafikan, rakyat di negara kita mahir dalam dua bahasa iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Terdapat pelbagai bentuk dan cara dalam pertuturan mereka. Mengikut Nik Safiah Karim, [2004], ada kalanya dua bahasa ini berselang-seli ,iaitu satu ayat dalam satu bahasa diikuti oleh ayat dalam bahasa kedua. Sebagai contoh ialah Saya mengambil keputusan untuk pergi, then I thought I should consult my father. Begitulah dengan penggunaan perkataan yang lain iaitu Dalam hal ini you paling best. How are you today..harap OKlah.Keadaan ini sudah menjadi kebiasaan mana-mana rancangan atau program televisyen pada abad ke-21. Sekiranya permasalahan ini tidak dibendung, sudah tentu memberi impak atau cabaran yang besar kepada kedudukan bahasa Melayu di negara ini.

Manakala golongan remaja pula, penggunaan bahasa Melayu mereka cukup membahayakan dan boleh merosakkan nilai bahasa Melayu. Hal ini disebabkan kecanggihan teknologi maklumat pada abad ke-21 iaitu penggunaan telefon bimbit. Untuk menghantar sms kepada rakan-rakan, mereka menggunakan bahasa rojak dan berlakulah kerancuan bahasa. Menurut Prof Dr. Hashim Hj. Musa, kerancuan bahasa ialah penggunaan bahasa yang tidak mengikut peraturannya sama ada dari segi sintaksis, morfologi, fonologi, kosa kata, istilah dan sebagainya, yang mengakibatkan kekacauan dan ketidaktekalan dari segi pembentukan ayat, klausa, frasa, ejaan, sebutan, kosa kata dan istilah. Di sini , terdapat beberapa perkataan yang sering disalahgunakan semasa menghantar sms.Misalnya, perkataan-perkataan seperti kang (nanti), akum (assalamualaikum), wlam (waalaikumsalam), dowang (mereka), tipon (telefon) dan persal (mengapa). Pengubahsuaian juga telah dibuat kepada kata gantinama seperti sayer (saya), dier (dia) dan nko (engkau). Begitu juga dengan kata tanya telah diubah suai seperti biler (bila), camner (bagaimana) dan maner (mana). Kerancuan bahasa Melayu abad ke-21 merupakan satu cabaran yang boleh merosakkan keteraturan,kehalusan dan keintelektualan bahasa Melayu, kerana menjejas sistem dan peraturannya yang menyebabkan kecelaruan dan ketidaktekalannya. Hal ini akan merosakkan martabat dan kewibawaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa pendidikan dan bahasa ilmu tinggi, yang akhirnya akan menurunkan maruahnya dan disisihkan sedikit demi sedikit oleh pengguna bahasanya.

KESIMPULAN

Mampukah bahasa Melayu menghadapi cabaran pada abad ke-21? Daripada perbincangan di atas, kita telah membincangkan cabaran bahasa Melayu sebelum dan selepas kemerdekaan secara ringkas.. Pada peringkat ini, bahasa Melayu terus berkembang tanpa menghadapi masalah. Namun, semasa penjajahan Inggeris perkembangan bahasa Melayu terus malap dan tidak bermaya. Pejuang-pejuang bahasa yang mencintai bahasa, terus berjuang untuk memartabatkan bahasa Melayu. Selepas kemerdekaan, bahasa Melayu telah menjadi bahasa pengantar di sekolah-sekolah dan universiti.

Walau bagaimanapun pada abad ke-21, bahasa Melayu mula dipersoalkan dan ada pihak-pihak tertentu ingin mengembalikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di negara ini. Oleh yang demikian, cabaran-cabaran seperti cabaran pemerkasaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, cabaran bahasa Melayu dalam kemajuan teknologi maklumat , cabaran bahasa Melayu terhadap sikap penuturnya dan cabaran bahasa Melayu dalam penggunaan bahasa Melayu menjadi isu perbincangan dalam abad ke-21. Cabaran-cabaran ini terpaksa dilalui secara berhati-hati agar permasalahan yang sedikit akan memberi impak yang besar terhadap bahasa Melayu. Pada masa ini, pengaruh bahasa Inggeris begitu kuat dan dikenali sebagai bahasa antarabangsa.Untuk berhubung pada peringkat antarabangsa, bahasa Inggeris menjadi keutamaan.

Justeru, jalan terbaik untuk menghadapi cabaran ini ialah sikap kita terhadap bahasa Melayu. Walaupun kita menghadapi pelbagai cabaran, bahasa kedua perlu kita pelajari. Sebab saya berkata demikian, bahasa Inggeris amat diperlukan untuk kita berhubung di peringkat antarabangsa. Namun , tidaklah keadaan ini menjadi satu cabaran besar sehingga menggugat kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa pengantar dan bahasa berdaulat seperti yang tercatat dalam Perlembagaan Negara. Paling penting rakyat Malaysia mempunyai sikap atau jati diri yang betul terhadap bahasa kebangsaan. Seandainya rakyat Malaysia mempunyai perasaan bangga terhadap bahasanya, jikalau rakyat Malaysia tahu bila hendak menggunakan bahasa Inggeris dan bilakah pula keadaan penggunaan bahasa kebangsaannya, maka tidak akan timbul persaingan dan tidak akan timbul keadaan bahasa Melayu dalam dilema itu, kita mesti mengetahui tempat penggunaannya supaya permasalahan tidak timbul.

Dengan langkah yang sedemikian, nescaya permasalahan dan cabaran-cabaran bahasa Melayu dalam abad ke-21 dapat diatasi. Paling penting, masyarakat Malaysia perlu mempunyai sikap bangga diri terhadap bahasa ibunda kerana pada suatu masa dahulu bahasa Melayu merupakan bahasa yang telah diterima di peringkat antarabangsa iaitu zaman Empayar Srivijaya. Pada hari ini, bahasa Melayu mempunyai jumlah penutur yang dianggarkan hampir 250 juta dan bahasa Melayu telah menjadi bahasa rasmi untuk empat buah negara iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei, dan Singapura. Hal ini ditambah lagi bahawa bahasa Melayu pernah berkumandang buat kali pertama di Perhimpunan Bangsa-Bangsa Bersatu [PBB].Oleh itu, semangat dan jiwa seumpama ini perlu diikuti,dicontohi dan diteladani oleh masyarakat Malaysia, pemimpin-pemimpin dan ilmuwan. Saya percaya dengan langkah yang sedemikian, membolehkan bahasa Melayu menongkah arus pada abad ke-21 dan martabat bahasa Melayu akan kembali di landasan yang kita ingini.

Unsur-unsur ini tidak semestinya membina jati diri atau yang membina bangsa yang dikehendaki kerana proses yang ada pada masa itu ialah yang sesuai dipanggil osmosis di mana proses nilai kuat lagi berpengaruh menyedut nilai lemah yang kurang berpengaruh. Salah satu yang bakal disedut melalui proses osmosis itu nanti ialah menerusi pencabulan bahasa, kebudayaan dan cara hidup yang mencorakkan sifat kemelayuan mereka. Pandangan yang cenderung ke arah fenomena ini mungkin akan dipertikai tetapi pada amatan kebanyakan pemerhati ianya pasti berlaku.

Seperti yang telah disaksikan kebelakangan ini, kesan kemajuan global telah banyak mengubah cara hidup lama. Satu-satunya yang baru ialah hidup dengan komputer dan internet. Orang kini mengirim berita pantas melalui e-mail dan sms dua istilah yang sudah pun menjadi sebahagian perbendaharaan kata kita, dan sehubungan itu ramai yang berurus niaga melalui internet. Perkataan terbaru sering memasuki perbendaharaan kata kita, kadangkala tanpa perlu ditapis atau dihalusi terlebih dahulu. Istilah Infotenmen, misalnya, yang menimbulkan kontroversi dalam penggunaan istilah bahasa Melayu juga merupakan satu istilah baru yang dipertikaikan walaupun Menteri Penerangan telah menghujahkan alasan-alasan penggunaannya di Parlimen. Hiburan, berita dan maklumat, kebanyakannya disajikan oleh media sampai terus ke bilik tidur dengan nisbah yang lebih ketara daripada yang disajikan secara tempatan. Alat-alat canggih pengguna dipasarkan secara meluas lalu menggantikan peralatan lama. Bahasa Melayu dituturkan separuh Melayu separuh Inggeris, di kalangan sektor swasta pertuturan adalah lebih kurang 70% dalam bahasa Inggeris dan hanya 30% dalam bahasa Melayu, itu pun adunan bahasanya dalam keadaan lintang-pukang seolah-olah sekerat ular sekerat belut. Dan secara ketara, pendidikan negara mulai disalut dengan kaedah-kaedah baru dengan perantaraan media baru iaitu bahasa Inggeris.Nisbah perkataan baru yang di ceduk dari bahasa Inggeris lalu jadi sebahagian bahasa rojak kita. Dunia siber sudah bertapak dalam hidup kita. Bersediakah kita mempertahankan diri agar jati diri dan kesinambungan bina bangsa terjamin? Sebenarnya soalan ini tidak akan dapat dijawab secara tepat dan kalau dijawab pun ianya belum pasti akur kepada apa yang mungkin terjadi.

Dalam perkelilingan beginilah masyarakat Malaysia hidup di negara ini. Dan dalam perkelilingan beginilah kita kembali memperkatakan nasib bahasa Melayu (BM). Cuma kali ini ditambah sedikit dengan kaitannya dengan senario global. Sebenarnya memperkatakan tentang bahasa Melayu hakikatnya ialah kita memperkatakan satu-satunya aspek asas orang Melayu itu sendiri. Survival bahasa Melayu di peringkat yang maju dan beridentiti lantas juga mencerminkan bangsa Melayu khasnya dan bangsa Malaysia amnya. Cuma bangsa Malaysia adalah igauan politik yang hendak dicapai tetapi Bangsa Melayu sudah ada dan nyata.

Kebelakangan ini sudah begitu banyak pihak memperkatakan tentang Bahasa Melayu. Tetapi boleh dikatakan kesemuanya membuat rungutan atau dengusan yang negatif tentang keadaan terumbang-ambing beberapa aspek bahasa Melayu itu. Dari tahun 1999 hingga 2003 terdapat secara rambang sekitar 94 rencana utama termasuk kertas-kertas simposium dan konvensyen yang memperkatakan tentang bahasa Melayu dari pelbagai sudut dan aspek. Tajuk-tajuk yang digemari ialah masalah bahasa rojak; keupayaan bahasa Melayu dalam dunia moden, bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan bahasa ilmu, kemampuan bahasa Melayu sebagai lingua franca di kepulauan Melayu, bahasa Melayu dalam konteks pembudayaan bahasa persuratan, kelunturan bahasa Melayu dan pelbagai lagi tajuk pokok yang kesemuanya menyentuh tentang pusaka perhubungan Melayu ini. Malangnya tiada satu pun di antara rencana-rencana itu yang memuji atau memberi markah tinggi kepada usaha memperkasakan bahasa Melayu. Sebenarnya usaha memperkasakan Bahasa Melayu semacam sudah dilupai, seolah-olah seperti bidalan terpijak pergi terlanda pulang. Boleh juga dikatakan bahawa piel atau sikap yang ada ialah sikap tangkap muat atau taking things for granted dalam kiasan bahasa Inggerisnya.

Bahasa Melayu dalam era global adalah suatu tajuk yang sangat mencabar dan penuh permasalahan. Ia berkait rapat dengan soal jati diri orang Melayu dan bangsa Malaysia amnya. Ia juga suatu masalah pembudayaan yang amat berat dan rumit. Tajuk ini walaupun pernah dibincangkan dalam beberapa polemik yang terdahulu lebih banyak menimbulkan masalah daripada jawapan. Ini adalah kerana bahasa Melayu itu sendiri sedang menghadapi cabaran dan rintangan yang hebat di dalam negara sendiri. Bercakap pasal bahasa Melayu di era global semestinya memerlukan kita membincangkan terlebih dahulu beberapa isu bahasa secara domestik. Jika tidak, perbincangan kita semacam belum tegak sudah berlari.

Bahasa sebagai alat komunikasi antara manusia mempunyai berbagai-bagai fungsi. Ia berfungsi mengungkapkan konsep, gambaran dan menjelmakan perbuatan. Ia berfungsi menyampaikan kehendak mental. Ia berfungsi mengungkapkan perasaan, rasa hati dan gerak hati. Pendeknya sesuatu yang bermain-main dalam fikiran kita dapat kita ungkapkan melalui bahasa.

Dengan bunyi glottal atau vokal manusia melahirkan bunyi itu. Pengalaman begini memakan masa dan merentas zaman. Perkataan baru sebelum diterima pakai sebagai sebahagian bahasa sesuatu masyarakat itu mengalami ujian penerimaan atau penolakan. Proses menerima atau menolak ini bergantung kepada sekuat mana jati diri bangsa penuturnya. Jika lemah maka lebih banyaklah kata-kata yang diimport sekalipun di dalam himpunan kata-kata bangsa sudah sedia ada kata-kata sendiri.

Sesuatu yang bermain-main dalam fikiran secara umumnya disebut bayangan dan secara khususnya disebut sebagai citra dalam Bahasa Sanskrit dan atau imej dalam alih Bahasa Inggeris. Citra atau imej muncul dalam bentuk simbol atau perkembangan. Misalnya apabila kita berfikir tentang kuda, kita menuturkan sebagai kuda atau menulisnya dalam istilah-kata "Kuda". Ertinya setelah membayangkan konsep "kuda" dalam fikiran, kita jelmakan ianya dalam bentuk lisan atau tulisan sebagai kuda.

Bahasa (kata istilah dan konsepnya) cukup penting dalam mengungkapkan tahap-tahap ilmu yang tertentu. Dalam hierarki mempelajari sesuatu ilmu, wujud empat tahap keilmuan. Ilmu yang terbawah ialah ilmu empirikal (misalnya - ilmu sains dengan berbagai-bagai cabang ilmunya), diikuti tahap yang paling tinggi iaitu ilmu rasional ( ilmu falsafah dan ilmu pemikiran kreatif), ilmu laduni (intuitive knowledge) iaitu ilmu terus daripada Allah dan ilmu tertinggi ialah ilmu makrifat yakni ilmu tentang Ilahi yang merupakan ilmu yang tertinggi dalam hierarki ilmu.Setiap tahap ilmu mempunyai kata, istilah dan konsepnya yang tersendiri. Misalnya bahasa yang di ungkapkan pada tahap ilmu empirikal adalah bahasa saintifik. Bahasa saintifik membawa pengertian bahasa yang logik yakni yang berfungsi dan bersifat tersendiri tetapi yang melibatkan erti tepat. Dalam konteks inilah sayang sekali konsep tepat pengertian dan tepat penghasilan tidak didalami sebelum kita mengaku kalah lalu bahasa Melayu tidak mampu menjadi wahana sains dan matematik.

Isu-isu bahasa :Pada amnya terdapat 7 isu pokok yang berkaitan bahasa Melayu dalam konteks bina bangsa (nation building):i. Masalah penjiwaan bahasa Melayuii. Masalah bahasa rojakiii. Masalah pemakaian dan keutamaan bahasa Melayuiv. Utiliti atau sifat perlu-guna bahasa Melayuv. Unsur-unsur dan amalan yang merosakkan bahasa Melayuvi. Akta Bahasa Kebangsaan 1963vii. Perubahan dasar bahasa ilmui.

Penjiwaan bahasa: Bagi tempoh tahun-tahun 1960an Isu bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan menjadi perkara hangat dan isu yang membakar semangat perjuangan orang Melayu dan rakyat Malaysia. Bahasa Jiwa bangsa sesungguhnya sebahagian dari jiwa nasionalisme orang Melayu. Begitu penting dan utama bahasa Melayu sehingga UMNO sendiri menerapkannya ke dalam fasal 3 perlembagaannya tentang bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan. Sementelahan pula istilah Melayu itu sendiri mengikut Perkara 160 Perlembagaan negara mewajibkan seseorang itu berbahasa Melayu selain beragama Islam dan mengamalkan adat istiadat Melayu sebelum layak diiktiraf sebagai seorang Melayu. Kempen Bahasa Kebangsaan anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka di bawah pimpinan Tuan Syed Nasir Ismail masih diingati sebagai yang terhebat dan berkesan.

Secara rambang keutuhan bahasa Melayu tidak banyak dipertikaikan sehingga 1986. Bahasa Melayu itu sendiri mengalami edaran zaman dan evolusi. Sistem ejaan, kerjasama penyeragaman Bahasa Melayu-Bahasa Indonesia, penulisan novel, cerpen dan penyemarakan bahasa menjadi amalan biasa sehingga apabila menjelang tahun 1985 penulisan novel, cerpen, sajak terus beroleh tempat di kalangan pembaca. Maktab Perguruan Bahasa Lembah Pantai semenjak 1959 hingga awal 1980an terus menjadi kilang guru bahasa Melayu yang berkesan dan disegani. Kini ianya cuma jadi sejarah. Penekanan kepada bahasa Melayu dari sudut perguruan khusus sudah kurang mendapat perhatian.

Bila pengkhususan pengajaran bahasa berkeadaan sedemikian, maka hasil penjiwaannya juga turut berkurangan. Sastera Melayu, penulisan kreatif Melayu, bahasa Indah Melayu dan pada amnya pembudayaan bahasa Melayu turut merana. Bila jiwa sudah lemah dalam sesuatu amalan, maka aspek praktisnya juga turut lemah. Lemahnya penjiwaan adalah terasas kepada tuntutan perkelilingan. Lemah penjiwaan ini hanya dapat diatasi dan diperkukuh semula jika hala tuju jiwa bangsa tadi bersedia memungut yang cicir, mencari yang hilang. Jika polemik hanya tertumpu kepada hujah yang secara asasnya tidak yakin kepada bahasa ibunda sendiri sebagai bahasa ilmu tentulah ubat yang dicari tidak akan menyembuhkan penyakit. Penyakit lama akan hinggap kembali. Kini orang Melayu tak pandai sangat berkata halus lagi. Antara Hi dan Hello dan showtime pepatah-petitih sudah dilupai. Apa khabar juga sudah dipulas oleh Assalamualaikum. Perumpamaan Melayu semacam menjadi pusaka murah. Buku Kiliran Budi dan Ilmu Mengarang Melayu karya Pendeta Zaba sudah disaluti habuk kerana tidak dirujuk lagi. Kita menerpa dan melompat ke hadapan tanpa menyusun langkah. Di sinilah barangkali tepat dikatakan: koyak baju kerana lenggang; pesuk songkok kerana lonjak. Kerosakan ini semua adalah akibat badan yang buruk pinta. Rangkap lama mengingatkan kita:Jangan disalai ciku kedondongSalailah ikan atas paraJangan salahkan ibu mengandungSalahkan badan yang buruk pinta.ii. Masalah bahasa rojakKini kita sudah diserang penyakit campur-aduk seperti yang disebutkan di atas. Penyakit campur-aduk inilah yang menyebabkan berkembangnya bahasa rojak. Bahasa rojak wujud dalam sesuatu ayat yang diselang-selikan dengan bahasa asing sehingga campurannya itu semacam hidangan rojak. Hanya yang berbeza ialah rojak lebih sedap dimakan tetapi bahasa rojak menyebabkan kita sakit telinga mendengarnya dan paling parah, bangsa Melayu malu dipalunya.

Awal-awal lagi boleh diperakukan, mencedok perkataan asing untuk dimuatkan ke dalam sesuatu ayat bahasa Melayu memang tidak dihalang, malah memang benar seperti kata-kata Pendeta Zaba dalam buku klasiknya Ilmu Mengarang Melayu bahawa dalam bahasa Melayu sedia terdapat sekian banyak perkataan yang asalnya adalah dari pelbagai punca: Sanskrit, Inggeris, Portugis, Belanda, Parsi, Arab, Cina dan sebagainya. Tidak perlu bagi saya menyatakan perkataan-perkataan itu kerana umum sudah pun mengetahuinya.Paling mudah bagi kita mendengar melalui radio atau TV sekarang ungkapan-ungkapan seperti e-mail, sms internet, software, hardware, ISDN, html, computer website dan sebagainya. Sekarang pun kita secara harian mendengar dialog seperti berikut:Hei, hari ini birthday I lahDalam hal ini you yang paling bestHow are you today...harap OK lahYou dah breakfast kahHei, kawan-kawan, its showtimeInilah showtime yang ori

Ungkapan-ungkapan dalam dialog ini dipetik dari siaran radio dan TV kita. Di kaki lima dan di kedai kopi dialog generasi muda begitu juga. Warga emas juga diheret sama. Jelas tiada pengawasan oleh pihak-pihak tertentu sehingga berterusan wujudnya bahasa rojak dalam kehidupan kita sehari-hari. Di samping pengawasan di media barangkali boleh dilakukan, tetapi ianya sukar dikuatkuasakan terhadap individu yang sudah memilih tatabahasa yang baru untuk bercakap antara seorang dengan seorang yang lain. Jika diamati, contoh-contoh ini boleh dituruti oleh ratusan contoh lain yang rata-rata membuktikan bahawa bahasa lisan kita sudah rosak keunggulannya. Sebaliknya bahasa Inggeris, Mandarin dan Tamil tidak tertarik dengan amalan campur-aduk ini ke tahap yang dialami bahasa Melayu. Yang merunsingkan ialah kepekaan dan rasa prihatin masih belum tertera di pemikiran yang bertanggung jawab di bidang penggunaan bahasa.

Ada beberapa petua sebelum masyarakat harus membenarkan bahasanya dirasuk bahasa rojak yang tidak indah dan tidak mencerminkan jati diri. Pihak yang mengatakan bahawa apa salahnya diambil perkataan asing, sedangkan perkataan-perkataan asing sudah pun dipinjam semenjak beratus-ratus tahun dahulu lagi. Ini memang boleh diterima tetapi peminjaman itu berasas kepada beberapa syarat dan ketertiban demi menjaga keutuhan bahasa Melayu:i. Istilah atau perkataan baru itu bolehlah diambil jika tiada perkataan yang sama maksudnya dalam bahasa Melayu; Jika dalam bahasa sendiri ada perkataan yang sesuai, kenapa kita perlu tiru hak orang? Dalam pengertian ini, misalnya kita tak perlu ambil birthday sedangkan hari jadi atau hari kelahiran ada dalam bahasa Melayu.Showtime boleh diganti dengan masa persembahan atau saat persembahan; ori dengan asli;ii. Peniruan atau pengambilan kata perbendaharaan orang lain harus menambah ilmu dan jati diri kepada masyarakat.iii. Pihak pengembang dan pemaju bahasa ibunda harus bertindak dan membetulkan sesuatu ungkapan atau perkataan yang dirasakan menceroboh bahasa sendiri. Malangnya kuasa membetulkan ini tiada pada sesiapa atau mana-mana pihak pada masa ini.

Manakala siaran pantas dari satelit atau multimedia yang lain bertambah pesat, seperti yang laksanakan Astro pada masa ini, kita dapat bayangkan betapa besar dan dahsyatnya kemungkinan pencabulan berlaku di bidang-bidang lain kehidupan kita.Secara amnya kita terdedah dan terlalu terbuka kepada anasir-anasir luar. Mekanisme penahanan atau mengehadkan penerapan luaran ini tidak cukup ada pada kita sekalipun agama itu tampaknya patut lebih berkesan sebagai penangkis.Apabila bahasa berubah dan diubah soalan yang muncul ialah: siapa yang ubah dan kenapa? Jawabnya tentu terletak pada hakikat bahawa ianya diubah sedemikian cara kerana penuturnya berasa bahasa ibundanya tidak lagi cukup untuk melahirkan maksudnya sehingga ia terpaksa menggunakan perkataan-perkataan asing. Sebaliknya mereka mungkin beranggapan bahawa imej yang mereka perolehi dengan menyelitkan perkataan Inggeris di celah-celah ayat Bahasa Melayu akan meninggikan imej mereka walaupun ini tentunya berupa pendekatan bersifat makjujad (hypocrite); atau dengan bahasa Melayu rojak mereka berasa boleh mencapai kepuasan berkomunikasi; atau, dan ini penting, mungkin asuhan bahasa Melayu mereka di sekolah tidak sampai ke tahap mantap. Juga terdapat di beberapa kalangan, termasuk pemimpin yang tidak berpendidikan aliran Inggeris, lantaran mereka rata-rata dianggap tidak mempunyai kelulusan akademik yang tinggi, mereka cuba menyelitkan sepatah dua perkataan Inggeris dalam perbualan dengan tujuan supaya orang menganggapnya boleh speaking atau tinggi tahap pendidikannya.Walaupun gejala ini barangkali kecil bilangannya, boleh diperakukan bahawa ianya wujud nyata di kalangan masyarakat kita.Sebenarnya ungkapan sekerat belut-sekerat ular tadi:Hei, hari ini birthday I lah boleh dituturkan sebagai Hei, hari ini hari jadi saya (aku)lah. Semua ungkapan di atas tadi boleh belaka dituturkan secara Melayu 100%. Tetapi kenapa tidak dilakukan sebegitu? Ini semua adalah petanda yang bakal membawa kepada kelunturan. Ini bukan sekadar ramalan seorang idealis atau yang semata-mata bersifat tulen tak menentu, tetapi pandangan ini bertapak pada alam nyata:Sekilat ikan di air, sudah tahu jantan betinaKilat beliung ke kaki, kilat cermin ke muka.Jika demikian cara dan kaedah yang paling berkemungkinan untuk menangani bahasa rojak yang memuramkan imej bahasa kita ialah dengan menjayakan program-program latihan lisan yang membina amalan komunikasi. Ia harus dijalankan di semua institusi persekolahan dan pengajian tinggi.

Personaliti media utama, pemimpin, institusi kawalan kerajaan harus mengutamakan percakapan bahasa Melayu yang betul. Gejala bahasa rojak tidak akan hapus kerana pembudayaan bahasa ibunda belum wujud sepenuhnya di negara ini. Jati diri tidak dikaitkan dengan pentingnya bahasa ibunda dipersadakan.iii. Masalah pemakaian dan keutamaan bahasa MelayuDari segi bahasa, bahasa Inggeris sudah nyata akan merobah cara berfikir dan juga cara bertindak di samping cara menimba ilmu serta jenis ilmu yang bakal ditimba.Akan wujud sekian ramai anak Melayu yang nanti berfikir dalam bahasa Inggeris kemudian bercakap dalam bahasa Melayu. Malah bermimpi dalam bahasa Inggeris juga kebiasaan. Juga akan ada anak-anak masyarakat Cina dan India Malaysia yang bercakap dalam bahasa Melayu dan berfikir dalam bahasa Cina dan India. Sekarang pun kecenderungan ini sudah berlaku. Juga tidak dapat dinafikan bahasa Mandarin dan Tamil akan beroleh tempat yang lebih signifikan melalui langkah-langkah pembudayaan bahasa mereka.

Oleh kerana bahasa perisian pada masa itu rata-rata Inggeris, Bahasa Melayu akan disadur banyak oleh terma-terma dan sintaksis Inggeris. Penutur bahasa Melayu mesti bersedia untuk perubahan-perubahan ini. Mereka yang bersifat sebagai pengamal keaslian (purist) mungkin akan berduka kerana bahasa lama akan secara perlahan menghilang, struktur dan gaya baru pula akan muncul.Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dijamin di bawah Perkara 152 Perlembagaan Malaysia. Ia juga bahasa rasmi Parlimen Malaysia. Status ini tidak perlu dipertikaikan lagi. Cuma kemajuan dan kepesatannya mungkin terjejas akibat dasar mengglobalkan bahasa Inggeris dan bukan Bahasa Melayu.

Bila ini berlaku, Bahasa Melayu tetap menyusul dari belakang kerana dari segi keutamaan global bahasa Inggeris beroleh keutamaan. Peranan dan posisi bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dari sudut ini tidak akan meningkat tanpa peningkatan industri buku yang seharusnya diperjuangkan.Bahasa Melayu, seperti yang telah diketahui, akan lebih terdedah kepada pelbagai pindaan informal yang dicetuskan oleh dan melalui media elektronik, khususnya oleh pengaruh komunikasi serta aliran alam siber. Dalam erti kata sebenar, cara hidup baru itu nanti bakal merubah pemakaian tatabahasa Melayu.

Seharusnya, bibit-bibit budaya yang indah, yang halus, yang murni perlu dikekalkan tetapi berbudi bahasa dan mengamalkan nilai-nilai murni bermakna kita tidak minta dibuli atau dipijak. Ini termasuklah asuhan Islam positif yang perlu dibudayakan terus-menerus. Khususnya dalam hal ini nilai-nilai yang dijalin dan disajikan melalui Islam Hadhari akan lebih diminati. Amalan Islam yang mengambil kira tamadun yang berevolusi, konsep dan amalan budi-bahasa, amalan tradisi Melayu seperti sopan-santun, kekeluargaan, hormat-menghormati dan sebagainya akan lebih membimbing. Pendeknya mesti diteruskan apa yang selama ini dikenali sebagai asuhan budi. Barangkali falsafah Rukunegara yang membentuk masyarakat Dasar Ekonomi Baru (DEB) boleh disemarakkan semula. Kejuruteraan sosial (social engineering) tidak boleh dihentikan atau dicanai oleh pemikiran seseorang sahaja. Satu muafakat bangsa mesti diadakan. Mewujudkan Kementerian Kebudayaan kesenian dan Warisan hanya sebahagian daripada usaha ke arah itu. Di samping Bangsa Malaysia hendak diwujudkan, soal adab dan tamadun tidak harus dikelasduakan. Bahasalah menjadi penjalin dan penjana bangsa.iv. Utiliti atau sifat perlu guna bahasa Melayu adalah lumrah manusia iaitu jika sesuatu itu tidak berapa menepati tuntutan kegunaan atau utilitinya, perkara atau barang itu akan kurang disimpan, kurang dipakai dan kurang keperluannya.Dalam satu aspek bahasa Melayu mungkin tergolong kepada keadaan ini jika bahasa ilmu terus menerus disalur oleh bahasa Inggeris. Tetapi hakikat yang satu lagi ialah bahawa bahasa Melayu masih diperlukan sebagai syarat lulus dan cukup syarat dalam peperiksaan dengan kelulusan dalam bahasa Melayu. Lagipun sebagai lingua franca negara ini BM akan tetap digunakan sebagai wahana komunikasi. Sebagai bahasa ilmu BM dikhuatiri tidak akan terlalu membangun kecuali dasar pembukuan negara diubah dengan erti kata semua teks ilmu moden dan usang diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Tetapi soalnya, sekalipun buku-buku aeronautik, kimia, kaji cuaca, kejuruteraan, elektronik dan lain-lain diterjemahkan, siapa akan baca lantaran buku-buku ini dengan mudah diperolehi dalam bahasa Inggeris, bahasa yang dipelajari di sekolah untuk menimba ilmu. Di sini sudah jelaslah kedudukan BM sebagai bahasa ilmu.

Sebaliknya pula jika anak-anak Melayu tidak berlumba-lumba pula untuk menguasai bahasa Inggeris, mereka akan tercicir terus dalam usaha menimba ilmu semasa. Keadaan serba-salah ini sebenarnya tidak harus digusarkan. Ini adalah kerana jika zaman moden dunia hendak disertai oleh warga Malaysia melalui kebangkitan global, bahasa Inggeris tidak dapat dinyahkan lagi. Ini bererti sekian banyak istilah bahasa Inggeris akan menerpa masuk kepada perbendaharaan kata BM. Bahasa rojak akan berterusan dituturkan dan dilaungkan.

Mungkin dalam bahasa tulisan sedikit sagu hati akan diperolehi kerana nahu semasa akan terus digunakan. Sebagai perbandingan, bahasa Arab juga menghadapi permasalahan yang sama. Mereka belum mampu menimba ilmu moden dengan bahasa ibunda mereka. Justeru saban tahun sekitar 20,000 mahasiswa dalam pelbagai jurusan sains mengaji di universiti dan institusi pengajian tinggi Barat yang bahasa pengantarnya ialah Inggeris.

v. Unsur-unsur yang merosakkan bahasa Melayu.Bahasa Melayu yang dituturkan pada hari ini, selain melalui ucapan, ialah bahasa yang ditulis dan dijadikan sebagai wahana komunikasi surat-menyurat. Sementara keadaan bahasa Melayu lisan boleh dikatakan dalam keadaan kurang memuaskan berbanding BM tulisan, beberapa sebab dapat diperhatikan:

a. kurang latihan pertuturan yang baik yang melibatkan anak-anak sekolah, mahasiswa dan petugas awam.b. Kurangnya asuhan melibatkan bahasa indah dan cara berfikir objektif dalam pembahasaan dan pertuturan.c. Kurangnya asuhan bahasa baik, bahasa indah.d. Kurangnya latihan atau mata pelajaran berkaitan karya-karya besar sastera bangsa sendiri.e. Pembelajaran dalam bidang the Arts yang tidak disaring dan dikemas.f. Kurangnya tenaga pengajar yang komited dengan pembudayaan bahasa atau pembahasaan sebagai satu bidang kajian atau mata pelajaran.

Sementara itu amalan-amalan di peringkat pimpinan, kepegawaian dan urusan-urusan rasmi juga dilihat orang sebagai unsur-unsur yang mempengaruhi dan merumitkan penggunaan BM yang baik. Jika bahasa mesyuarat juga bercampur-aduk dengan selingan bahasa rojak, bagaimana penggunaan bahasa baik dapat dicapai? Sementara itu akhbar Utusan Melayu berkeadaan mati segan hidup tak mahu lantaran orang Melayu sendiri bersikap dingin terhadap tulisan Jawi.Menurut pihak berkuasa di syarikat Utusan, akhbar yang pada satu masa dulu berfungsi sebagai pencetus nasionalisme Melayu kini sudah jadi edisi sekali seminggu. Itu pun dengan jualan yang kurang dari 7,000 naskhah seminggu. Ini memalukan. Jika dicari di mana hilangnya, jika dipintas di mana hanyutnya, puncanya ialah pembelajaran bangsa.

vi. Akta Bahasa Kebangsaan 1963Cinta rakyat kepada Bahasa Kebangsaan meluap-luap sehingga mereka yang mulanya memperleceh Bahasa Kebangsaan akhirnya diam dan mula segan dan hormat terhadap bahasa ibunda orang Melayu itu. Pada tahun 1963 Akta Bahasa Kebangsaan diluluskan Parlimen. Akta itu hanya sekadar mengisytiharkan peruntukan Perkara 152 perlembagaan Persekutuan. Ia tidak memperuntukkan sebarang provisi penalti terhadap sesiapa yang mencabul bahasa atau yang tidak mengamalkan penjiwaan bahasa, umpamanya. Malah jika terdapat penggunaan bahasa pada iklan papan tanda, Dewan Bahasa dan Pustaka, misalnya, tidak dapat berbuat apa-apa melainkan menasihatkan pihak yang berkenaan.Apabila Singapura merdeka dari Persekutuan Malaysia pada 1965 Bahasa Melayu lantas dijadikan bahasa rasminya. Banyak pihak beranggapan bahawa Akta bahasa Kebangsaan 1963 adalah tulang belakang kepada maju atau mundurnya bahasa Melayu. Pada satu hakikat ini mungkin benar tetapi pada pengertian khususnya Akta ini hanya bersifat deklatori, yakni menyatakan apa yang sudah jelas dan nyata daripada hal bahasa Melayu itu. Sebaik-baiknya beberapa pindaan harus dilakukan dalam usaha memberi sedikit kuasa penguatkuasaan kepada satu-satunya agensi bahasa di negara ini, Dewan Bahasa dan Pustaka.Penguatkuasaan yang dihajati benar ialah apabila disuai penggunaan yang telah disalahgunakan, DBP tidak boleh berbuat apa-apa sedangkan di Perancis, misalnya, Biro Bahasa Perancis di bawah Kementerian Kebudayaan berkuasa membetulkan sesuatu penyelewengan bahasa Perancis. Fenomena pencapaian dan kecapaian pada tahun 1996 seharusnya boleh diatasi dengan segera oleh DBP tetapi lantaran ketiadaan peranan yang jelas dari segi membetulkan bahasa yang disalahgunakan, anggota masyarakat bermaharajalela dengan pembahasaan salah. Kesalahan bahasa papan tanda juga sedemikian.vii. Perubahan dasar:Benarkah ia melemahkan Bahasa Melayu?Pada suatu hakikat memang boleh diterima bahawa dasar 2002 yang mewajibkan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengajaran matematik dan sains merobah satu lagi pancang seri yang selama ini menjadi kebiasaan dalam pengajaran kedua-dua mata pelajaran tersebut di Sekolah Kebangsaan.Tetapi realiti perkara ini memerlukan penilaian objektif dan bukan subjektif. Sebelum anjakan dasar ini dibuat dua tahun lalu, keciciran anak-anak Melayu dalam Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains memang ketara sedangkan penguasaan sains dan matematik di kalangan bukan Melayu berada di tahap baik. Ini adalah kerana pengajaran bahasa Inggeris di SRJK lebih mantap dan berkesan sedangkan di Sekolah Rendah Kebangsaan adalah di sebaliknya. Pencapaian sains dan matematik di sekolah-sekolah berbahasa Mandarin, sebaliknya, terus meningkat. Ini disebabkan kualiti pengajaran menyumbang kepada pencapaian anak-anak di SRJK.Justeru sampai kini sekolah-sekolah ini enggan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengajaran sains dan matematik. Tetapi pencapaian mereka di bidang-bidang berkenaan terus meningkat sekalipun pencapaian bahasa Inggeris mereka cuma di peringkat sederhana.Apa akan berlaku jika amalan lama tidak dianjak? Pertama anak-anak Melayu akan terus berada di tahap lama, mereka akan terus lemah pencapaian B Inggeris, sains dan matematik.

Sekurang-kurangnya bahasa Inggeris mereka selepas ini akan bertambah baik lantas secara teorinya mereka akan lebih profisyen dan boleh menimba ilmu lain dengan lebih mudah. Tetapi ini bergantung kepada kualiti pengajaran bahasa itu kepada murid-murid. Ini bergantung kepada kualiti para guru itu sendiri. Jika kualiti pengajarannya melonjak maka pencapaian di kedua-dua subjek itu juga akan turut melonjak. Dalam hal ini pendekatan paling baik ialah mewujudkan kumpulan pengajar yang fasih dan berilmu tinggi.

Rumusan TindakanTampak sebagai penting iaitu penggunaan bahasa Melayu perlu dijana semula dan dikempenkan semula. Para pengucapnya mesti dalam keadaan sedar (conscious) selalu supaya megah dan berasa senang berbahasa Melayu dengan baik. Sekolah, universiti, agensi-agensi Kerajaan, NGO dan kumpulan-kumpulan lain harus bersekutu dan bekerjasama memperjuangkan kembali perkara nasional yang amat penting ini.Banyak bidang yang boleh terus diperjuangkan: meningkat dan memperhebatkan dasar buku nasional; menerbitkan buku-buku bermutu dunia dan serantau; meningkatkan kerjasama bahasa serantau; mengamalkan dasar cintakan bahasa sastera, sesungguhnya bermacam-macam projek bahasa boleh diteruskan. Dengan lain pengertian, pembudayaan bahasa perlu diusahakan terus-menerus.

Asas pendidikan kita harus kuat. Pendekatan kita demi BM zaman depan mesti bersandar kepada situasi menang. Untuk itu pembudayaan bahasa harus nyata.Di plaza tol lebuh raya kini terdapat bahasa tanda yang berbunyi, Lorong Touch n Go. Bahasa apa ini? Inilah dia bahasa rojak rasmi. Inilah yang dikatakan pandai meniru tetapi tidak menuras. Inilah juga kerja yang memalukan bangsa. Kenapa tidak dipakai saja istilah Lorong pacu segera atau Lorong tekan & pacu Sudahkah kita betul-betul menggeledah kamus bahasa ibunda sebelum sewenang-wenang menggunakan touch n go Jika tiada azam perjuangan yang kental untuk menggunakan bahasa sendiri lantaran istilahnya cukup dalam bahasa sendiri, kita juga nanti akan dipanggil bangsa touch n go. Tepuk dada, tanya selera.

RUJUKANhttp://cikgu-rozali.blogspot.com/2011/06/cabaran-bahasa-melayu.htmlhttp://bmpmrspm.blogspot.com/2009/08/cabaran-bahasa-melayu-dalam-era.htmlhttp://khirkassim.blogspot.com/2012/01/masalah-dan-cabaran-terhadap-bahasa.html

Antaranya adalah masyarakat terlalu mementingkan Bahasa Inggeris dalam bidang pendidikan yang menyebabkan proses pembelajaran bahasa Melayu kian tercabar.Masyarakat muda pada masa kini juga sangat mengagung-agungkan bahasa Inggeris berbanding bahasa kebangsaan kita. Mereka lebih sanggup pergi ke kelas tuisyen bahasa Inggeris demi memantapkan lagi kemahiran berbahasa Inggeris mereka itu,sebaliknya bahasa Melayu mereka masih terkapai-kapai.Penggunaan bahasa Melayu juga masih tunggang-langgang dari pelbagai segi seperti tatabahasa,ejaan, struktur ayat,fonologi,morfologi dan banyak aspek dalam bahasa Melayu yang perlu dititikberatkan. Dalam kehidupan seharian juga penggunaan bahasa Melayu seringkali dicampuradukkan dengan penggunaan bahasa Inggeris. Mereka mengambil enteng perkara seperti ini yang menyebabkan bahasa Melayu kian tercemar penggunaan bahasanya.Dasar kurikulum juga telah berubah,dimana huraian sukatan pelajaran telah digantikan kepada Dokumen Standard.Hal ini kerana untuk mempertingkatkan lagi nilai pengajaran dan pembelajaran dalam sesuatu subjek.Melalui ini juga guru mampu untuk melihat kemampuan pelajarnya.

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah mempunyai tiga bidang utama manakala bagi Kurikulum Standard Sekolah Rendah pula terkandung enam tunjang yang utama. Fokus utama dalam KBSR meliputi 3M iaitu membaca,mengira dan menulis.Fokus utama yang diketengahkan dalam KSSR pula adalah 4M iaitu membaca,mengira,menulis dan menaakul.Pengajaran dan pembelajaran secara menyeluruh seperti ini diharapkan dapat membantu para pelajar untuk lebih menguasai mata pelajaran bahasa Melayu.Pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu diberikan secara menyeluruh dan mendalam dimana ianya meliputi kemahiran berbahasa,hasil pembelajaran,sistem bahasa dan pengisian kurikulum.Sesungguhnya jika kita mampu menghayati organisasi kandungan dalam subjek bahasa Melayu,kita mampu untuk memartabatkan bahasa Melayu dengan sebaiknya.Setelah membuat sedikit pembacaan dalam beberapa sumber, saya mendapati terdapat beberapa langkah yang boleh dilakukan untuk memperbaiki penggunaan bahasa Melayu dalam kehidupan seharian. Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam Utusan yang bertarikh 28.06.2012, langkah yang boleh kita ambil adalah dengan menegur, menasihat dan mendidik dalam mememartabatkan bahasa Melayu dan bukannya dengan menghukum dengan mengambil tindakan undang-undang. Hal ini membolehkan masyarakat sedar akan kesilapan yang dilakukannya dalam penggunaan bahasa Melayu dan akan cuba untuk memperbaiki diri untuk tidak menggunakan penggunaan bahasa Melayu yang salah.Isu yang kedua dibangkitkan dalam petikan adalah mengenai perubahan sikap yang ketara dalam kalangan pelajar terhadap bahasa Melayu. Perubahan-perubahan dalam pendidikan mengakibatkan para pelajar dan pendidik keliru. Penggunaan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Matematik dan Sains pada suatu ketika dahulu telah merombak banyak perkara. Antaranya semua buku teks telah digantikan kepada bahasa Inggeris, masa pengajaran dan pembelajaran bagi subjek tersebut juga telah ditambah. Perubahan seperti itu sememangnya ada baiknya, namun kita juga harus mengambil kira aspek lain seperti guru-guru Sains dan Matematik tidak semuanya mahir dalam menggunakan bahasa Inggeris apatah lagi melibatkan istilah-istilah khusus dalam subjek tersebut.Penggunaan bahasa Inggeris yang terlalu banyak dalam subjek tersebut akan menyebabkan seseorang pelajar tersebut lebih berfokus kepada bahasa Inggeris berbanding bahasa Melayu.Hal ini kerana mereka menganggap bahasa Melayu begitu mudah untuk dipelajari dan mereka seharusnya berfokus kepada bahasa Inggeris.Perubahan sikap pelajar yang seperti inilah yang menyebabkan bahasa Melayu terpinggir di mata pelajar.Langkah yang boleh dilakukan untuk memartabatkan kembali bahasa Melayu adalah membuat program atau kempen memartabatkan bahasa Melayu secara besar-besaran.Mengapa penggunaan bahasa Melayu tidak mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat kita terutamanya bangsa Melayu itu sendiri? Hal ini kerana masyarakat Melayu itu sendiri yang malu untuk bertutur dalam bahasa Melayu. Mereka lebih suka berbual dalam bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian mereka walaupun pada hakikatnya kemahiran berbahasa Inggeris mereka tidak sehebat mana. Mereka ini sering menganggap bahawa perbualan dalam bahasa Melayu kolot,ketinggalan zaman dan tidak berkembang. Masyarakat seperti inilah yang kita perlu tegur dan nasihati agar mereka sedar betapa berharganya nilai bahasa Melayu itu. Sudah menjadi budaya masyarakat Malaysia mengangung-agungkan budaya luar dan sering kali untuk meniru budaya asing.Isu lain yang terdapat di dalam petikan adalah mengenai kekurangan guru bahasa Melayu disesebuah sekolah.Fenomena seperti ini sudah acapkali kita lihat disekolah-sekolah bandar mahupun luar bandar.Guru besar akan mengambil langkah mudah dengan memberikan jawatan guru bahasa Melayu kepada guru-guru yang bukan opsyen bahasa Melayu.Hal ini boleh menyebabkan aktiviti pembelajaran berlangsung hanya sekadar untuk memenuhi kehendak sekolah sahaja.Penghayatan terhadap mata pelajaran bahasa Melayu tidak ada kerana guru tersebut mungkin tidak tahu secara mendalam mengenai pengisian mata pelajaran tersebut. Oleh yang demikian,pengambilan guru bahasa Melayu haruslah dipertingkatkan agar masalah sepeti kekurangan guru bahasa Melayu dapat diatasi.

Antara masalah yang sering dihadapi oleh guru-guru Bahasa Melayu ialah pelajar yang berbangsa Melayu beranggapan bahawa bahasa Melayu tidak perlu dipelajari lagi kerana mereka menuturkan bahasa Melayu setiap hari. Oleh itu, mereka banyak melakukan kesalahan bahasa kerana menganggap perkara itu betul dan tidak salah. Tambahan pula, mereka menjadikan mediamassasebagai rujukan. Walaupun mediamassapada hari ini menunjukkan kesungguhan untuk membetulkan kesalahan bahasa tetapi masih terdapat kesalahan yang biasa dilakukan. Oleh itu, kita haruslah membetulkan kesalahan yang biasa dilakukan dan membiasakan perkara yang betul.

Bahasa yang terdapat pada papan iklan atau papan tanda jalan juga banyak yang salah. Kita sering melihat kata-kata sepertiSelekoh Merbahaya,Kedai Jahit Wanita,Minah Restoran,Pusat Membeli-belah, dan sebagainya. Oleh itu, pihak yang berkuasa dalam menguatkuasakan bahasa ini iaitu DBP sepatutnya menggunakan kuasa yang diperuntukkan kepada mereka untuk memantau kesalahan bahasa dan mengambil tindakan yang sewajarnya. Sekiranya masalah ini tidak dilakukan sudah tentu banyak pihak yang menganggap kesalahan tersebut bukan satu kesalahan.

Selain itu, pengaruh bahasa sms juga menyebabkan masalah ini semakin buruk.Parapelajar sepatutnya tidak terpengaruh oleh bahasa sms semasa menulis karangan. Mereka seharusnya membezakan bahasasmsdengan bahasa penulisan karangan. Bahasasmsmemang sesuai digunakan semasa hendak menghantar pesanan ringkas tetapi tidak sesuai digunakan dalam karangan atau dalam majlis formal. Antara bahasa sms yang popular digunakan sekarang seperti,sape, takyah, takde. xde, ko, keje, ak, gi, camne, katne,danwatpe.

Pengaruh bahasa Inggeris pula memang tidak dapat dielakkan tetapi hendaklah digunakan dalam bentuk dan peraturan yang betul. Kita tidak boleh menggunakan sekerat bahasa Melayu dan sekerat lagi dalam bahasa Inggeris. Perkara inilah yang dikatakan bahasa rojak atau sekerat ular, sekerat belut, dan bercampur aduk.Parapengguna bahasa perlu menggunakan bahasa yang betul dan tidak menggunakan bahasa rojak dalam majlis rasmi atau dalam tulisan.

Bagi pelajar-pelajar pula, mereka kurang berminat untuk mempelajari peraturan atau rumus tatabahasa. Oleh itu, mereka tidak mengetahui alasan atau sebab kesalahan yang telah dilakukan. Mereka menganggap perkataan atau ayat yang biasa digunakan oleh mereka atau mediamassaitu betul dan tidak mengetahui sebab kesalahan terebut. Sebagai contohnya, mereka menggunakan perkataan yang tidakbakudalam jawapan, sepertianalisa,minima,optima,tengahari,pasaraya,alatulis,aturcara,barisanguru-guru, dan sebagainya. Sepatutnya, mereka perlu mengetahui alasan atau sebab sesuatu kesalahan bahasa itu untuk memantapkan penguasaan bahasa mereka.

Kesalahan lain yang kerap kali dilakukan adalah dari segi sebutanbakuiaitu sepatutnya sebutan mengikut ejaan. Aspek sebutan ini kebiasaannya kurang dititikberatkan oleh pengguna bahasa terutamanya pelajar. Perkataan yang selalu disebut dengan pelbagai sebutan sepertinasionalisme,peka,psikologi,automatik, dan sebagainya. Oleh itu, bagi para pengguna bahasa terutamanya pelajar, perlu menyebut sesuatu perkataan itu mengikut ejaannya agar sistem bahasa kita ini dapat ditingkatkan. Walaupun bunyinya agak janggal tetapi kita perlu membiasakannya agar menjadi satu kebiasaan. Kita sepatutnya membiasakan sebutan yang betul dan membetulkan sebutan yang biasa digunakan tetapi sebenarnya tidak betul.

Cabaran ialah sesuatu iaitu unsur atau faktor yang mencabar, menguji kemampuan dan ketabahan seseorang atau sesuatu organisasi ( Kamus Dewan Edisi ke-4, 2005 ). Oleh itu cabaran bahasa Melayu dalam abad ke-21 bermaksud mencabar kemampuan bahasa Melayu dalam menuju abad ke-21 atau dipanggil era globalisasi. Jadi, abad ke-21 atau lebih dikenai sebagai era globalisasi merupakan satu zaman yang penuh dengan cabaran terutama kedudukan bahasa Melayu di negara ini. Permulaan abad ke-20 merupakan era penjajah Barat ke atas Kepulauan-kepulauan Melayu iaitu Inggeris bagi Semenanjung Tanah Melayu dan Utara Borneo, Belanda bagi Kepulauan Sumatera,Jawa, Selatan Borneo, Sulawesi, Maluku, Madura dan Bali dan Sepanyol bagi Kepulauan Filipina ( Prof. Dr. Hashim Haji Musa, 2009 ). Keadaan yang sedemikian telah meyebabkan bahasa Melayu telah menghadapi cabaran iaitu bermulanya kemerosotan kedudukan bahasa Melayu sebagai lingua franca di rantau ini. Dalam konteks ini, pihak penjajah telah memaksa menggunakan bahasa mereka sebagai bahasa rasmi dan bahasa penghantar pendidikan terhadap jajahan takluk mereka. Setelah sekian lama, kemerdekaan tercapai barulah bahasa Melayu telah dikembalikan statusnya sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan lingua franca di rantau ini. Pada masa ini juga bahasa Melayu menghadapi cabaran yang sengit terutamanya dalam abad ke-21. Pada dasarnya bahasa Melayu telah menjadi bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negara iaitu Perkara 152 yang menyatakan bahawa Bahasa Kebangsaan ialah Bahasa Melayu. Jadi, pada abad ke-21, bahasa Melayu yang diperkasakan dan dimartabatkan di negara ini terpaksa menghadapi saingan dengan penggunaan bahasa Inggeris yang merupakan bahasa global. Persaingan yang paling hebat dan mencabar kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara ini ialah pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.Menurut Prof. Dato Awang Had Salleh, dalam Laporan Jawatankuasa Mengkaji Penggunaan Bahasa Malaysia menegaskan bahawa bahasa Melayu ialah bahasa ibunda kepada orang-orang keturunan Melayu. Jadi, Perkara 152 Perlembagaan Malaysia telah memperuntukkan bahawa bahasa Melayu menjadi Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Kebangsaan ini hendaklah digunakan di dalam urusan rasmi dalam semua bidang. Walaupun terdapat pelbagai halangan, penggunaan Bahasa Kebangsaan tetap berjalan lancar. Untuk memenuhi kehendak tersebut, pada peringkat awal, Bahasa Kebangsaan telah diperkenalkan sebagai satu mata pelajaran di sekolah rendah atau menengah, khususnya sekolah yang bahasa pengantarnya bukan bahasa Melayu. Pada peringkat yang terkemudian, apabila kedudukan Bahasa kebangsaan ini sudah cukup matang dan stabil, barulah wujud pula keperluan untuk memperkukuhkan perpaduan rakyat dan memupuk keperibadian Malaysia, maka istilah Bahasa Malaysia telah digunakan.Gelombang arus globalisasi tidak boleh dipisahkan dengan pengaruh bahasa Inggeris itu sendiri. Fenomena ini memperlihatkan berlakunya imperialisme bahasa. Yang dimaksudkan dengan imperialisme bahasa ialah dasar meluaskan kuasa dan pengaruh negara ke dunia melalui diplomasi dan kekuatan tentera, terutama sekali dengan mendapatkan tanah jajahan ( Oxford Fajar Advanced Learners English-Malay, 2000). Definisi imperialisme yang dimaksudkan ini harus diperluaskan lagi. Kini bahasa juga boleh dianggap sebagai satu bentuk imperialisme.Penggunaan bahasa dalam teknologi komunikasi kebanyakannya menggunakan bahasa Inggeris. Kesan daripada penguasaan bahasa Inggeris dalam teknologi komunikasi bukan sahaja akan menggugat kedudukan bahasa Melayu malah budaya Melayu itu sendiri. Jelasnya imperialisme bahasa yang didokong oleh laungan globalisasi menjadi satu faktor penyebab kepada kemerosotan nilai bahasa Melayu.

3.1 CABARAN BAHASA MELAYU DALAM BIDANG POLITIKSyed Husin Ali ( 1996; 164-171 ) pernah mengulas kenapa berlakunya fenomena peminggiran bahasa Melayu ini. Antara faktor yang ditekankan adalah faktor politik seperti berikut :Cita-cita untuk mencapai kemajuan melalui pemodenan. Ini menyebabkan mereka menekankan perkembangan ekonomi serta kemajuan industri dan menggalakkan sikapgo globallebih daripada yang lain yang mempunyai implikasi juga terhadap bahasa.Golongan korporat peringkat tinggi dan pertengahan mempunyai pengaruh yang besar dalam politik di peringkat pusat dan negeri. Sekarang ini bukan guru-guru Melayu, tetapi golongan korporat inilah yang berpengaruh dalam politik. Sikap mereka terhadap bahasa Inggeris memang serius.Akibat pengaruh globalisasi yang dominan sekarang, para pemimpin politik lebih terpengaruh dengan dasar liberal. Mereka melihat bahawa dasar ekonomi, budaya serta bahasa yang liberal adalah popular dan dapat memperluas pengaruh politik mereka.Dengan beralasan arus global ini, pihak berkuasa telah mengubah dasar pendidikan dengan mengarahkan Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Inggeris. Alasannya agar rakyat Malaysia tidak terpinggir dengan kemajuan pesat teknologi moden dewasa ini.Payung terbesar dari segi perundangan ialah peruntukan yang terdapat di dalam perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang mengkanun kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bagi Persekutuan Malaysia. Peruntukan ini menegaskan bahasa Melayu digunakan di semua peringkat rasmi, khasnya di dalam pemerintahan dan pentadbiran bagi semua negeri di dalam Persekutuan. Ini juga meliputi seluruh saluran komunikasi serta penyiaran rasmi kerajaan, sama ada radio, televisyen dan apa jua rangkaian yang sehubungan dengannya. Oleh kerana itu, setiap penyiaran dan pengumuman rasmi oleh semua peringkat kepimpinan eksekutif dan birokrasi mestilah di dalam bahasa Melayu.Sehubungan dengan peruntukan Perkara 152, terdapat juga Akta 32, Akta Bahasa Kebangsaan 1963, yang disemak dalam 1971 kemudian dikenali Akta A554, Akta Bahasa Kebangsaan ( Pindaan dan Perluasan 1983 ), yang mengandungi undang-undang terpinda sebagaimana berkuat-kuasa pada 15 Julai 1983. Akta ini menegaskan bahasa kebangsaan digunakan bagi maksud rasmi. Akta ini di dalam Perkara 9, memperuntukan tulisan bahasa kebangsaan adalah tulisan rumi, tetapi tidak melarang penggunaan tulisan Jawi. Melalui pindaan dan perluasan 1983, segala prosiding dalam Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Tinggi atau mana Mahkamah Rendah hendaklah dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris.Di awal Akta Pendidikan 1996 ( Akta 550 ) telah dicatatkan bahawa dasar pendidikan kebangsaan memperuntukan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama. Akta yang sama di dalam Perkara 17 menegaskan bahawa bahasa kebangsaan sebagai bahasa-bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan dalam sistem pendidikan kebangsaan kecuali sekolah jenis kebangsaan yang ditubuhkan di bawah Seksyen 18 atau mana-mana institusi pendidikan yang dikecualikan oleh menteri daripada subseksyen ini.Sementara itu, bidang pengajian tinggi awam juga tidak boleh bercanggah dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Namun begitu, setelah 52 tahun Malaysia merdeka dan 32 tahun pelaksanaan sepenuhnya dasar bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan, bahasa Melayu telah menghadapi cabaran yang tidak diduga apabila Akta Pendidikan 1996 dan Akta IPTS 1996 diluluskan, maka semua IPTS dibenarkan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Keadaan belum reda, satu cabaran telah muncul iaitu pada tahun 2003, penggunaan bahasa Inggeris bagi semua matematik dan sains dalam semua peringkat. Namun, pejuang-pejuang bahasa bersatu tenaga untuk memastikan bahasa Melayu mendapat tempat di negara ini seperti termaktub dalam Perlembagaan negara, perkara 152. Akhirnya, tahun 2012 penggunaan bahasa Inggeris dalam sains dan matematik dihapuskan.Munculnya abad ke-21, telah menjadikan bahasa Melayu semakin mendapat persaingan sengit atau cabaran daripada bahasa Inggeris. Pada tahun 2010, Tan Sri Muhyidin Yasin, Timbalan Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa pada tahun 2012, mata pelajaran Sains dan Matematik akan diajar dalam bahasa Melayu. Langkah ini, telah menjadikan bahasa Melayu kembali dominan dan diperkasa.Kejayaan sesuatu bangsa bukanlah berdasarkan bahasa Inggeris, tetapi kefahaman sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa ibunda. Justeru, ada yang menganggap bahawa orang Melayu atau negara ini tidak akan maju jikalau orang Melayu tidak menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu dan bahasa kemajuan. Perlu diingati, negara Jepun, Korea Selatan dan banyak negara lain masih menggunakan bahasa ibunda dalam semua bidang. Pemerkasaan bahasa ibunda mereka telah menjadikan negara mereka maju malah lebih maju daripada negara barat. Selain itu, masyarakat sudah mula menunjukkan pentingnya peneguhan dan penegasan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan. Maksudnya, masyarakat sudah sedar betapa pentingnya bahasa Melayu dan kini wujudnya generasi yang mahu mempelajari dan mahir menggunakan bahasa Melayu. Menurut Dr. Nik Safiah Karim ( 1993 ), Dasar Bahasa Kebangsaan di Malaysia telah berjaya, terutamanya jika dilihat dari perspektif penggunaannya dalam jentera pentadbiran, dalam sistem pendidikan dan dalam beberapa domain utama kehidupan sehari-hari masyarakat Malaysia. Kita boleh berbangga dengan kejayaan tersebut. Namun cabaran yang lain timbul pula, iaitu dalam bentuk penggemblengan usaha daripada pelbagai pihak yang masih diperlukan untuk melestarikan ( mengekalkan atau menetapkan ) sekali gus mempertingkatkan mutu bahasa yang digunakan. Dalam kata lain, semua pihak perlu bekerjasama untuk memastikan bahasa Melayu terus diperkasakan agar cabaran abad ke-21 tidak meminggirkan bahasa Melayu sama ada dalam sistem pendidikan atau pentadbiran.

3.2CABARAN BAHASA MELAYU DALAM KEMAJUAN TEKNOLOGI MAKLUMAT (ICT). Pada masa ini bidang teknologi maklumat amat penting. Jadi, Malaysia telah mendapat impak yang besar terutama dari segi penggunaan bahasa teknologi maklumat. Bahasa teknologi maklumat yang paling dominan di dunia ialah bahasa Inggeris. Keadaan ini sudah tentu memberi kesan kepada penggunaan bahasa Melayu dalam teknologi maklumat. Oleh itu, kita seharusnya mempelajari bahasa teknologi maklumat supaya perbendaharaan kata berkenaan teknologi maklumat dalam bahasa Melayu diperkaya. Jadi, bahasa Inggeris tetap dipelajari kerana ilmunya. Kita harus berfikiran positif dan memandang ke hadapan. Semua negara mempelajari bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua selain bahasa ibunda. Negara Korea Selatan dan Jepun merupakan sebuah negara yang maju dalam bidang sains dan teknologi, namun mereka tetap mempertahankan bahasa ibunda dan bahasa Inggeris tetap dipelajari. Menurut Kamal Shukri Abdullah Sani ( 2007;50 ) bahawa Jepun tidak berganjak daripada menggunakan bahasanya dari peringkat tadika sehingga ke peringkat pengajian tinggi dalam semua bidang mata pelajaran. Bahasa Inggeris hanya dipelajari mulai di peringkat menengah dan bukan di peringkat rendah. Peluang mempelajari bahasa lain seperti Jerman, Sepanyol, Portugi, Rusia, Mandarin dan lain-lain turut disediakan sama ada di institusi pendidikan, rancangan televisyen dan lain-lain. Walau bagaimanapun bahasa Jepun tetap diutamakan dan dijunjung tinggi martabat dan maruahnya.Teknologi maklumat dan komunikasi ( ICT ) adalah diasaskan oleh perkembangan dan kemajuan yang pesat dalam bidang mikroelektronik sehingga menghasilkan pelbagai kemudahan teknologi maklumat seperti komputer peribadi, telekomunikasi media dan sebagainya. Seterusnya, kemunculan internet telah meluaskan penggunaan ICT dengan jaringan informasi bersepadu sehingga membolehkan diaplikasikan sebagai media komunikasi yang melibatkan teks, bunyi, grafik dan video. Permasalahan ini secara langsung mempengaruhi dan mencabar kewibawaan dan kedudukan bahasa Melayu di rantau Nusantara ini. Lebih-lebih lagi negara Malaysia yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi di negara ini. Negara Jepun maju dalam teknologi maklumat namun bahasa ibunda tetap terjaga dan terpelihara. Oleh yang demikian, penekanan terhadap ICT pada era globalisasi dan liberalisasi bermakna penggunaan bahasa Inggeris menjadi semakin penting dan tidak dapat dielakkan oleh masyarakat dunia. Era ICT telah menunjukkan bahasa Inggeris mengiringi kelahiran pertama internet dunia di Amerika Syarikat dan seterusnya diikuti dengan pengeluar perisian dan perkakasan komputer seperti Microsoft, Dell, Hewlett-Pachard yang semuanya diasaskan oleh mereka yang berbahasa tinggi.Oleh itu, masyarakat perlu memperlihatkan sikap terbuka dan kesediaan untuk menghadapi cabaran perkembangan yang pesat dalam ICT dengan pengaruh bahasa asing, khususnya bahasa Inggeris. Usaha supaya bahasa Melayu diterima dalam era siber hanya akan terlaksana jika masyarakat mempelajari pengalaman dan kejayaan yang telah dicapai oleh bahasa Inggeris. Dengan cara dan langkah ini kita percaya perkembangan bahasa Melayu dan terus bersemarak seandainya kita bersikap terbuka. Dengan adanya ilmu sains dan teknologi maklumat dalam bahasa Inggeris, kita boleh menterjemahkan ke dalam bahasa ibunda iaitu bahasa Melayu. Secara langsung bahasa Melayu dalam sains dan teknologi maklumat akan terus meningkat dan berkembang. Mengikut pendapat Prof. Dr. Hashim Hj. Musa dalam buku Sosiolinguistik Lanjutan. ( 2009;61 ) bahawa bahasa penguasaan ilmu sains dan teknologi yang tinggi, kemahiran dan kepakaran secara meluas dalam kalangan rakyat merupakan faktor utama dalam pembangunan sumber Daya Tenaga Manusia sesebuah negara secara menyeluruh, yang menjadi faktor utama pula kepada pembangunan dan kemajuan negara itu. Penyampaian dan pemahaman ilmu pengetahuan sains, teknologi dan kepakaran serta kemahiran dengan cara yang paling berkesan adalah dengan perantaraan bahasa kebangsaan rakyat itu sendiri.Oleh itu, walaupun cabaran dalam teknologi maklumat begitu hebat, bahasa Melayu perlu seiring dengan perkembangan teknologi maklumat. Hal ini disebabkan pelbagai maklumat yang terkandung dalam pelbagai jenis teknologi maklumat yang sedia ada harus terdapat dalam bahasa Melayu, benar-benar sesuai dengan hasrat untuk menyejagatkan bahasa Melayu dan teknologi maklumat itu sendiri merupakan saluran yang cukup penting, canggih, pantas serta cekap. Oleh itu, bahasa Melayu bukannya perlu bersaing dengan teknologi maklumat, sebaliknya ia patut bersepadu dengan jayanya. Dengan cara ini bahasa Melayu mampu mengaplikasikan sumber ilmu itu untuk menjanakan maklumat pelbagai bidang dalam dunia serba teknikal ini. Untuk melaksanakannya lebih banyak buku dan pengarang diperlukan untuk menghasilkan lebih banyak bahan bacaan dan rujukan dalam bidang Informasi Teknologi (IT). Sehubungan itu, portal www. malaycivilization.com yang dibina khas di ATMA itu cumalah satu tapak kecil dalam langkah besar kita untuk menyebarkan bahan berbahasa Melayu di ruang siber. Pendek kata, pintu untuk memperkembangkan bahasa Melayu sudah bertambah baik dan semakin menjadi lebih menarik.3.3 CABARAN BAHASA MELAYU DALAM MEDIA.Pada abad ke-21 terdapat beberapa gejala yang amat membimbangkan berkaitan penggunaan bahasa Melayu. Pengaruh media elektronik telah merosakkan penggunaan bahasa Melayu dari segi pertuturan ayat, istilah, bahasa rojak dan sebagainya. Tidak dinafikan keaslian bahasa ibunda tercemar akibat kemasukan dan percampuran istilah yang diguna pakai oleh masyarakat di negara kita termasuk orang Melayu ketika bertutur sesama rakan. Menurut sejarah, bahasa rojak sudah mula dapat dikesan ketika Zaman Parameswara lagi iaitu pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka. Di Melaka ketika itu terdapat 84 bahasa yang digunakan oleh penduduk tempatan maka tidak hairan bahasa rojak dijadikan bahasa perantara untuk berurusan dalam pelbagai hal. Kerosakan penggunaan bahasa Melayu yang paling teruk berlaku ialah golongan remaja. Pada abad ke-21 sudah menjadi satu trend atau ikutan kepada golongan remaja dalam penggunaan bahasa Melayu. Selain itu, kebanyakan pengacara majlis atau program di televisyen dan radio dalam pengendalian sesuatu program, sudah menjadi kewajiban untuk mencampuradukkan bahasa mereka. Dalam mengendalikan sesuatu program atau rancangan pengacara pada peringkat awal menggunakan bahasa Melayu tetapi sebaliknya berlaku dalam pertengahan program hingga akhir, kemudian pengacara mencampuradukkan penyampaian bahasa Melayu dan bahasa Inggeris walaupun programnya lebih kepada berbahasa Melayu dan penonton majoritinya berbahasa Melayu. Memang tidak dinafikan bahawa rakyat di negara kita mahir dalam dua bahasa iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris maka terdapat pelbagai bentuk dan cara dalam pertuturan mereka. Menurut Nik Safiah Karim ( 2004 ), ada kalanya dua bahasa ini berselang-seli iaitu satu ayat dalam satu bahasa diikuti oleh ayat dalam bahasa kedua.Contohnya ialah Saya mengambil keputusan untuk pergi, then I thought I should consult my father. Keadaan ini sudah menjadi kebiasaan mana-mana rancangan atau program televisyen pada abad ke-21. Sekiranya permasalahan ini tidak dibendung, sudah tentu memberi cabaran yang besar kepada kedudukan bahasa Melayu di negara ini.Manakala golongan remaja pula, penggunaan bahasa Melayu mereka amat membimbangkan dan boleh merosakkan nilai bahasa Melayu.Hal ini disebabkan kecanggihan teknologi maklumat pada abad ke-21 iaitu penggunaan telefon bimbit. Untuk menghantar sms kepada rakan-rakan mereka menggunakan bahasa rojak dan berlakunya kerancuan bahasa. Menurut Prof. Dr. Hashim Hj. Musa kerancuan bahasa ialah penggunaan bahasa yang tidak mengikut peraturannya sama ada dari segi sintaksis, morfologi, kosa kata, istilah dan sebagainya yang menyebabkan kekacauan dan ketidaktekalan dari segi pembentukan ayat, klausa, frasa, ejaan, sebutan, kosa kata dan istilah. Di sini terdapat beberapa perkataan yang sering disalahgunakan semasa menghantar sms. Misalnya perkataan-perkataan seperti kang ( nanti ), akum ( assalamualaikum ), wlam ( waalaikumussalam), dowang ( mereka ), tipon ( telefon ). Pengubahsuaian juga telah dibuat kepada kata gantinama seperti sayer ( saya ), dier ( dia ) dan nko ( engkau ). Begitu juga dengan kata tanya telah diubah suai seperti biler ( bila ). Keracunan bahasa Melayu abad ke-21 merupakan satu cabaran yang boleh merosakkan keteraturan, kehalusan dan keintelektualan bahasa Melayu kerana menjejas sistem dan peraturannya yang menyebabkan kecelaruan dan ketidaktekalannya. Hal ini akan merosakkan martabat dan kewibawaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa pendidikan dan bahasa ilmu tinggi yang akhirnya akan menurunkan maruahnya dan disisihkan oleh pengguna bahasanya.

3.4 CABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP SIKAP MASYARAKAT.Dalam abad ke-21 sikap masyarakat atau penutur amat penting dalam penggunaan bahasa Melayu. Sekiranya sikap penutur tiada kesungguhan atau perasaan malu menebal kerana menggunakan bahasa Melayu, maka sudah pasti bahasa Melayu akan terkubur pada suatu hari nanti. Oleh itu, sikap masyarakat atau penutur merupakan cabaran yang sebenarnya bagi bahasa Melayu. Jadi pada abad ke-21 telah memperlihatkan kelemahan terhadap sikap penutur yang tidak mengambil berat terhadap bahasa kebangsaan mereka. Hal ini disebabkan mereka sudah terdidik dalam bahasa Inggeris dan lebih selesa bertutur dalam bahasa Inggeris. Akibatnya mereka tidak mahu menggunakannya dan tidak kisah terhadap bahasa sendiri. Peristilahan dan tutur kata tidak dilakukan kerana tidak mengikuti perkembangan bahasa Melayu. Apabila disuruh memberi pendapat dan idea, mereka lebih suka bertutur dalam bahasa Inggeris. Begitu juga apabila seminar atau pembentangan di dalam dewan walaupun hanya seorang bukan rakyat Malaysia, mereka lebih suka bertutur dalam bahasa Inggeris. Oleh itu, permasalahan ini iaitu sikap penutur merupakan satu cabaran yang perlu ditangani secara berhati-hati pada abad ke-21 supaya bahasa Melayu tidak dipandang rendah oleh masyarakat sendiri. Nik Safiah Karim dalam buku Sumbangsih, Kumpulan Esei Mengenang Jasa Asraf, memperkatakan bahawa bahasa Melayu, cabaran yang sebenarnya terletak pada sikap yang dipegang oleh penuturnya itu sendiri.Hakikatnya dalam abad ke-21 memang membawa cabaran kepada bahasa Melayu dari segi saingan dengan bahasa Inggeris tetapi diharap senario ini tidak menjadi satu cabaran besar hingga menggugat kedudukan bahasa Melayu. Kita seharusnya berasa bangga dengan bahasa Melayu kerana kekal sehingga sekarang dan bangga terhadap bahasa kebangsaan sebagai bahasa.3.5 CABARAN BAHASA MELAYU DALAM PENDIDIKAN.Dunia era globalisasi kini memperlihatkan perkembangan ilmu yang begitu pantas. Kemajuan dalam teknologi maklumat memberi kesan secara langsung dan tidak secara langsung dalam kehidupan dan sistem pendidikan. Perubahan demi perubahan berlaku membawa bersama isu dan cabaran terhadap pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah. Pelbagai cabaran yang dihadapi oleh para guru Bahasa Melayu dalam usaha mengembangkan potensi berbahasa seiring dengan perkembangan dunia semasa. Masyarakat bandar kini semakin mementingkan bahasa Inggeris telah menyebabkan pembelajaran bahasa Melayu kini semakin tercabar. Tugas guru yang sedia ada dalam memberikan pengajaran dan bimbingan pengetahuan tentang bahasa Melayu serta tugas pentadbiran lain, kini menggalas satu lagi peranan baharu bagi menanamkan keyakinan terhadap bahasa kebangsaan ini. Justeru, guru perlu kreatif dan inovatif dalam mencari dan mengubah suai pendekatan agar selari dengan keperluan pelajar. Dalam masa yang sama guru perlu bijak dalam memupuk sikap cintakan bahasa kebangsaan kepada pelajar yang telah dimomokkan dengan kepentingan bahasa Inggeris agar tidak menimbulkan konflik lain.Cabaran yang paling hebat dan mencabar kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara ini ialah penerapan dasar baru ( meskipun menyalahi akta Dasar Pelajaran Kebangsaan ) menyaksikan penggunaan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan Matematik pada tahun 2003. Penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik bukanlah jalan penyelesaian bagi memperbaiki kelemahan atau meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris pelajar. Langkah itu bukan sahaja tidak dapat membantu mengatasi masalah kelemahan penguasaan bahasa Inggeris pelajar malah dikhuatiri akan menjejaskan penguasaan pelajar dalam kedua-dua mata pelajaran itu. Dengan masalah kurangnya guru yang berupaya mengajarkan mata-mata pelajaran tersebut dalam bahasa Inggeris kerana mereka terlatih dalam bahasa kebangsaan sewaktu megikuti kursus pendidikan dan pada waktu yang sama pelajar sendiri menghadapi masalah memahami ilmu dalam bahasa Inggeris. Dalam hubungan dengan nasib dan masa hadapan bahasa Melayu yang diberi fungsi sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu, pengurangan peranannya sebagai bahasa pengungkap ilmu dan pengetahuan dengan sendirinya akan melemahkan kekuatan bahasa itu kerana keutuhan suatu bahasa banyak bergantung pada ilmu dan pemikiran yang didukungnya. Apabila fungsi suatu bahasa terhad pada fungsi sosialnya semata-mata iaitu untuk komunikasi biasa, bahasa itu menjadi pincang kerana tidak memenuhi fungsinya sebagai bahasa wahana pelbagai bidang ilmu, pemikiran, teknologi, ekonomi, undang-undang dan sebagainya. Sejarah bahasa Melayu sejak berabad-abad lalu menunjukkan bahawa keutuhannya bukan sahaja berasaskan peranannya sebagai lingua franca tetapi juga pada fungsinya dalam pelbagai bidang.Munculnya abad ke-21 telah menjadikan bahasa Melayu semakin mendapat saingan sengit atau cabaran daripada bahasa Inggeris. Setelah 52 tahun Malaysia merdeka dan 32 tahun pelaksanaan sepenuhnya dasar bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan, bahasa Melayu telah menghadapi cabaran yang tidak diduga apabila Akta Pendidikan 1996 dan Akta IPTS 1996 diluluskan, maka semua IPTS dibenarkan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.Menurut Prof. Dr. Awang Sariyan tokoh bahasa yang tidak asing lagi dalam membicarakan kemelut Bahasa Melayu dalam satu wawancara dengan Bernama ( Jun;2011 ), Akta Pendidikan 1996, institusi pengajian tinggi swasta masih tetap tertakluk kepada penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama. Menurut beliau lagi Universiti Kebangsaan Malaysia yang cukup jelas dasar bahasanya sehingga tesis peringkat doktor falsafah pun kebanyakannya ditulis dalam Bahasa Melayu sebagai bukti kemampuan Bahasa Melayu menjadi bahasa ilmu tinggi. Ketetapan mengajarkan tiga mata kuliah teras IPTS iaitu Bahasa Melayu, Kenegaraan Malaysia dan Agama atau Moral tampaknya menjadi dokumen tersurat sahaja kerana kebanyakan IPTS mengabaikan ketetapan itu kecuali IPTS milik kerajaan seperti Universiti Multimedia, Universiti Tenaga Nasional dan Universiti Petronas.Berdasarkan perkara-perkara di atas boleh dikatakan kesan jangka pendek dan panjang ini bukan sahaja menimbulkan masalah kepada pelajar, guru dan institusi pengajian tinggi malah jangka panjangnya boleh memberi kesan kepada dasar pendidikan zaman penjajah sebenarnya mengundang masalah jurang kaum yang pernah berlaku satu ketika dulu iaitu Pengalaman 13 Mei.4.0KESIMPULAN.

Dari alaf ke alaf bahasa memainkan peranan yang penting dalam pembentukan tamadun dan juga dalam hubungan politik, diplomatik dan perniagaan antara negara dan kumpulan di dunia. Dalam konteks ini kita lihat bahawa bahasa merupakan faktor yang penting dalam persaingan kuasa antarabangsa pada peringkat negara dan komuniti atau kumpulan. Penaklukan sesuatu bangsa terhadap bangsa lain turut melibatkan penggunaan bahasa penakluk dalam komuniti yang ditakluknya, baik secara penguatkuasaan undang-undang atau secara resapan sosial. Walau apa pun juga caranya, kemasukan bahasa asing terutama Bahasa Inggeris yang berkuasa itu menimbulkan keadaan persaingan antara bahasa. Keadaan yang seperti inilah yang menimbulkan kesedaran kepada tanah-tanah jajahan atau taklukan bahawa sebahagian daripada identiti mereka yakni yang diwujudkan melalui bahasa mereka mulai terpendam. Dari itu timbullah perjuangan menegakkan kembali bahasa sebagai satu ideologi kerana dalam bahasa terdapat pemaujudan kuasa dan juga ideologi [ Fairclough 1989:12 ]. Persaingan bahasa paling hebat dalam sejarah bangsa manusia terdapat dalam alaf kedua Masihi, khususnya abad ke-20 kerana pada abad inilah munculnya perjuangan kebangsaan yang menyeluruh dengan terbentuknya negara-negara yang merdeka dari kuasa penjajahan. Tetapi dalam abad inilah juga terdapatnya kecenderungan negara-negara dunia untuk menjadi sepakat dalam pemilihan bahasa antarabangsa iaitu bahasa Inggeris.

Sebagai warganegara Malaysia kita perlu mempunyai wawasan yang sama untuk membina dan membangunkan negara yang bersatu padu, penuh toleransi dan jelas citranya sebagai satu bangsa Malaysia. Semua orang tahu bahawa kita boleh bersatu melaluisatu bahasa kebangsaandanbahasa rasmiyakni bahasa negara sendiri kerana melaluinya hubungan budaya komunikasi dan nilai dapat dikongsi bersama.Dalam batas-batas ketentuanPerlembagaanNegara, kita sudah memilih satuDasar Bahasa Negara. Kita perlu memahami kebebasan buat mana-mana kaum dan suku bangsa kita menggunakan bahasa sendiri atau dialek dalam konteks tempatan atau persendirian. Kita memiliki bahasa Negara dan bahasa rasmi yang satu.

Di samping i