Cabaran Globalisasi Dalam Pendidikan

3
CABARAN GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN Menerusi pandangan bekas Perdana Menteri kita, Tun Dr. Mahathir Mohamed sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia mengenai dunia globalisasi terdapat sebanyak lima cabaran asas terhadap dunia globalisasi seperti yang dilihat menerusi rajah di bawah. gambar rajah 2 Dalam membincangkan keperluan perubahan dari aspek bidang pendidikan dalam era globalisasi, pihak UNESCO telah mencadangkan untuk merombak cara-cara membangunkan potensi sumber manusia melalui tata cara pendidikan secara formal dan tidak formal. Menurut Hussein Ahmad ( 2001) menyatakan supaya diperbanyakkan institusi latihan dan pendidikan bagi orang- orang dewasa yang sudah mempunyai kerjaya untuk membangun dan mengembangkan potensi sumber manusia bagi membolehkannya memberi sumbangan lebih bermakna kepada pembangunan negara dan juga perkembangan diri individu itu sendiri. Ini bermakna mereka akan mempersiapkan diri dengan ilmu dan kemahiran yang perlu dikuasai bagi menghasilkan produk berkualiti sesuai

description

Cabaran Globalisasi Dalam Pendidikan

Transcript of Cabaran Globalisasi Dalam Pendidikan

Page 1: Cabaran Globalisasi Dalam Pendidikan

CABARAN GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN

Menerusi pandangan bekas Perdana Menteri kita, Tun Dr. Mahathir Mohamed sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia mengenai dunia globalisasi terdapat sebanyak lima cabaran asas terhadap dunia globalisasi seperti yang dilihat menerusi rajah di bawah.

                                                    gambar rajah 2

Dalam membincangkan keperluan perubahan dari aspek bidang pendidikan dalam era globalisasi, pihak UNESCO telah mencadangkan untuk merombak cara-cara membangunkan potensi sumber manusia melalui tata cara pendidikan secara formal dan tidak formal. Menurut Hussein Ahmad ( 2001) menyatakan supaya diperbanyakkan institusi latihan dan pendidikan bagi orang-orang dewasa yang sudah mempunyai kerjaya untuk membangun dan mengembangkan potensi sumber manusia bagi membolehkannya memberi sumbangan lebih bermakna kepada pembangunan negara dan juga perkembangan diri individu itu sendiri. Ini bermakna mereka akan mempersiapkan diri dengan ilmu dan kemahiran yang perlu dikuasai bagi menghasilkan produk berkualiti sesuai dengan peraliran semasa yang mana menuntut kecekapan dan kesiap siagaan yang tinggi dalam berhadapan dengan pelbagai kemungkinan era globalisasi kini.

Page 2: Cabaran Globalisasi Dalam Pendidikan

Selain itu, Malaysia tidak dapat mengelak daripada menghadapi cabaran tersebut sebagai kesan daripada arus globalisasi. Hallinger (1998), menegaskan globalisasi telah mendorong berlakunya anjakan paradigma yang amat ketara di kebanyakan negara dalam konteks untuk mencari makna terhadap kualiti pendidikan dan juga kurikulum yang ditawarkan. Ini bermaksud, terdapat perubahan kurikulum terutama dari segi strategi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran telah diperkenalkan seperti:

1. Sekolah Bestari: Tumpuan kepada proses pengembangan dan pemupukan pembelajaran dengan menggunakan komputer dan penggunaan multimedia.

2.  Projek Sekolah Net: Penggunaan komputer peribadi dan persekitaran Local Area Network (LAN). Guru berfungsi sebagai penerima maklumat sesuatu bahan kurikulum dan pembelajaran daripada luar dan kemudian menyalurkannya kepada pelajar. Ini memberi peluang kepada pelajar mendapat kemahiran dan maklumat sesuai dengan keupayaan mereka dan aplikasi pelbagai stail pembelajaran.

3. Projek Smart Lab: Menggunakan jaringan komputer bagi membolehkan pelajar mengakses ilmu dan maklumat daripada pelbagai sumber dengan guru berfungsi sebagai pemandu, pelayar dan pemudahcara.

4. Projek Sekolah Vista: Perisian aplikasi bagi pengurusan bilik darjah untuk pengajaran dan pembelajaran. Ini bagi membolehkan guru menguruskan bilik darjah dengan berkesan dan memberi peluang kepada pelajar berkomunikasi secara elektronik dengan rakan dan guru.

Tambahan pula, perkembangan dari segi penggunaan teknologi maklumat, kurikulum di Malaysia juga telah disemak semula dan diberi nilai tambah supaya kurikulum tersebut adalah relevan dan berupaya untuk menyediakan pelajar dengan kemahiran tertentu bagi menghadapi persekitaran global setelah mereka melepasi alam persekolahan.

Cabaran ketiga ialah dalam pengurusan pendidikan. Dalam hal ini, pengurusan pendidikan telah mengalami transformasi dalam perkembangan dunia global terutama dari segi penggunaan teknologi telekomunikasi dan pengkomputeran. Beberapa perisian baru telah diaplikasikan yang dikenali sebagai Pengurusan Maklumat Sekolah (School Management Information System) bagi meningkatkan kecekapan dalam pengurusan pendidikan. Dengan aplikasi tersebut ianya sedikit sebanyak membantu dalam pengurusan pendidikan seperti:

Page 3: Cabaran Globalisasi Dalam Pendidikan

- Membantu dan mempermudahkan pengurus sekolah membuat keputusan.- Meningkatkan kecekapan pengurusan dan pentadbiran.- Mengurangkan beban pengurus dalam melaksanakan tugas yang pelbagai.- Meningkatkan kecekapan sistem pengurusan fail.- Memudah dan menjimatkan masa dari segi mengumpul, memproses dan menyimpan  data seperti laporan kehadiran pelajar.-Meningkatkan kecekapan dalam penyediaan gred/markah peperiksaan pelajar.- Penempatan pelajar dalam kelas.-Membuat agihan jadual waktu mengajar guru.-Pembinaan jadual waktu guru.- Membuat agihan sumber kewangan, buku teks, dan sebagainya.-Menyimpan data mengenai stok dan inventori sekolah serta pelbagai urusan rutin yang dikendalikan pentadbir dan guru.                                                                                                             (Rahmad Sukor, 2006)