Cabaran guru 12
description
Transcript of Cabaran guru 12
1.0 PENDAHULUAN
1.1 Dasar Pendidikan Negara
Pada umumnya dasar pendidikan negara digubal pada peringkat pusat oleh Kabinet,
Kerajaan dan Kementerian Pendidikan melalui sistem Jawatankuasa. Tujuannya
ialah membentuk satu sistem pendidikan yang seragam menyeluruh dan diterima
pakai seluruh negara.
Pengubalan ini satu usaha yang rumit. Ia harus dilakukan dengan teliti, dibuat kajian
dan dilihat pelbagai sudut. Sesuatu dasar yang digubal itu dijadikan satu kod etika
atau amalan dalam pendidikan supaya ia tidak berlaku penyelewengan. Dasar
pendidikan merupakan satu sistem rangkaian maklumat atau media yang
menjelmakan idealisme, falsafah, matlamat dan objektif pendidikan negara. Ini
bermaksud meliputi ruang lingkup pelbagai aspek dan elemen dalam masyarakat
iaitu sosial,politik, adat resam, agama, hak, ketatasusilaan, kewarganegaraan,
bahasa dan sebagainya. Ia juga mengambil kira kepelbagaian atau variasi budaya,
etnik dan kedudukan geografi. Usaha ini menjurus kepada matlamat mencapai
integrasi nasional.
Selain daripada itu dasar pendidikan yang digubal memberi tumpuan berbagai aspek
dan komponen dalam sistem pendidikan termasuk perkara pendidikan formal, jenis
pendidikan, kurikulum, pentadbiran, penyertaan dan agihan insfrastuktur. Dasar itu
diberi perhatian untuk memastikan pengukuhan prinsip demokrasi, kesamarataan
dan kesejagatan dalam pendidikan.
1
Selepas merdeka kerajaan yang memerintah telah menyusun semula sistem
pendidikan . dasar-dasar pendidikan yang ada diperkukuhkan dalam perlembagaan
dan undang-undang . Dasar yang digubal diperakukan oleh undang-undang supaya
ia lebih telus dan mengelakkan salah faham serta hak dan keistimewaan golongan
masyarakat yang lain.
Golongan yang dipertanggungjawabkan mengubal dasar ialah golongan yang diberi
kuasa oleh kerajaan. Golongan yang dimaksudkan ialah pemimpin , pemerintah atau
pentadbir. Tujuan dasar itu digubal bagi melindungi hak, status, prestij dan faedah
bagi seluruh organisasi atau masyarakat. Dalam membentuk dasar tersebut ada
unsur tekanan dan desakan agar dasar itu menjadi amalan dan menjamin kejayaan
perlaksanaannya. Sesetengah dasar kerajaan dinyatakan secara formal dalam
dokumen-dokumen urusan pentadbiran. Sebagaimana kita ketahui dasar pemerintah
negara dapat dilihat pada undang-undang dan perlembagaan yang telah
didaulatkan.
Dilihat aspek pendidikan sesetengah negara di dunia pengubalan dasar pendidikan
mengambil kira berbagai-bagai aspek kehidupan masyarakat. Sama ada pendidikan
formal atau tidak formal dianggap agen yang dipertanggungjawabkan untuk proses
sosialisasi dan pembudayaan ahli-ahli masyarakat khususnya generasi yang akan
datang. Perubahan dasar ini tidak pula melangsungkan perubahan seluruh sistem
pendidikan ia hanya berbentuk pengukuhan atau pemantapan kepada dasar-dasar
yang sedia wujud.
2
Elemen yang mempengaruhi unsur dasar pendidikan ialah masyarakat. Masyarakat
sebagai penentu kepada sistem pendidikan kerana ia bersangkutan ideologi negara
iaitu sama ada ideologi demokrasi sosiolis, kapitalis, totalitarian, autorian, marxis,
komunis dan Islam. Selain daripada itu yang dilihat dari aspek orientasi
sosial ,orientasi ekonomi, orientasi politik, orientasi pembangunan, fahaman agama
kepelbagaian kaum, teknologi dan pengaruh perkembangan antarabangsa.
Oleh demikian pengubalan dasar dan keputusan mengenai urusan pendidikan
negara ini dilakukan pada peringkat pusat tertinggi iaitu Kementerian Pendidikan
melalui Sistem Jawatankuasa yang dianggotai oleh tujuh buah jawatankuasa.
Jawatankuasa ialah Jawatan kuasa Perancangan Pendidikan ahli-ahli anggotanya
ialah Menteri Pendidikan ( Pengerusi ) Timbalan-Timbalan Menteri Pendidikan,
Ketua pengarah dan dua oarang timbalannya, Ketua Setiausaha dan dua orang
timbalannya, Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelididikan ialah
Jawatankuasa Kurikulum, Jawatankuasa Bahagian Pendidikan Tinggi,
Jawatankuasa Pembangunan, Jawatankuasa Buku Teks, Jawatankuasa Kewangan
dan Jawatankuasa Biasiswa dan Latihan.
Dasar-dasar baru yang ingin dilaksanakan diumumkan secara langsung oleh Menteri
Pendidikan atau melalui pekeliling-pekeliling rasmi ke Bahagian-Bahagian, Jabatan
Pendidikan Negeri dan Sekolah-Sekolah.
3
1.2 Perkembangan sistem pendidikan kebangsaan selepas merdeka
Sistem pendidikan di Malaysia mengalami banyak perubahan selepas
mencapai kemerdekaan terutamanya di sekitar tahun 1980-an. Berdasarkan
Laporan Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji perlaksanaan Dasar Pelajaran
Kebangsaan (1979), Rancangan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) mula
dilaksanakan di semua sekolah rendah di seluruh Negara mulai tahun 1983.
Rancangan KBSR ini menekankan penguasaan terhadap kemahiran asas 3M
iaitu membaca, menulis dan mengira. Di samping itu juga, ia member
penumpuan terhadap perkembangan individu secara menyeluruh yang meliputi
aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan social (JERIS). Pada tahun 1989,
Rancangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pula diperkenalkan
di semua sekolah menengah. KBSM ini dirancang untuk memperkembangkan
potensi individu daripada aspek JERIS secara menyeluruh dan bersepadu dalam
usaha untuk melahirkan pelajar yang berilmu, berakhlak mulia serta berupaya
memberi sumbangan kepada kemajuan, kesejahteraan serta pembangunan
Negara.
Walaubagaimanapun, faktor utama yang menjadi tunjang kea rah pembentukan
elemen pendidikan negara selepas mencapai kemerdekaan ialah ‘Perpaduan’.
Apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan daripada penjajah British pada
tahun 1957, tugas utamanya ialah untuk menyatukan kembali rakyatnya yang
berbilang kaum supaya dapat membina kembali sebuah Negara yang aman dan
maju serta bebas daripada ancaman konflik antara kaum. Pada tahun 1959,
sebuah Jawatankuasa Penyemak Matapelajaran telah dibentuk yang dikenali
sebagai Laporan Rahman Talib. Jawatankuasa ini diketuai oleh Menteri Pelajaran
ketika itu, iaitu Abdul Rahman Talib. Tujuan perlantikan jawatankuasa ini untuk
4
mengkaji semula polisi pendidikan kebangsaan sebagaimana yang telah
dicadangkan dalam Laporan Razak yang dibuat pada tahun 1956. Antara
cadangan-cadangan yang dikemukakan dalam Laporan Rahman Talib ialah
menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di setiap sekolah
termasuk Sekolah Kebangsaan Cina dan Tamil.
Antara tindakan-tindakan yang diambil ialah mewajibkan semua murid lulus
dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dalam peperiksaan awam, kertas
peperiksaan ditulis menggunakan Bahasa Melayu. Ini bertujuan bagi memupuk
semangat perpaduan dikalangan masyarakat berbilang kaum. Jawatankuasa ini
juga mencadangkan agar umur persekolahan murid-murid dinaikkan daripada 12
tahun ke 15 tahun. Ia bertujuan untuk mengelakkan berlakunya masalah
pengangguran dan masalah sosial sekiranya murid-murid ini berhenti sekolah
terlalu awal. Di samping itu juga, Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional telah
ditubuhkan bagi melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran dalam pelbagai
bidang dan jurusan. Laporan Rahman Talib ini kemudiannya telah dibentangkan
di Parlimen dan diluluskan yang mana kemudiannya dikuatkuasakan dalam Akta
Pelajaran 1961. Sejak itu, perkembangan pendidikan kebangsaan selanjutnya
adalah berdasarkan kepada polisi pendidikan kebangsaan yang tercatat dalam
Akta Pelajaran 1961.
Sistem pendidikan negara terus mengalami perubahan di sekitar tahun 1963
hingga 1975 selaras dengan perlaksanaan rancangan lima tahun Malaysia.
Perkembangan sistem pendidikan Negara pada tahun ini boleh dibahagijan kepada
tiga tahap iaitu tahap pertama dari tahun 1963 hingga 1965, Tahap ke dua dari
tahun 1966 hingga 1970 dan tahap ketiga dari tahun 1971 hingga 1975. Tahap
pertama merupakan tahap perlaksanaan rancangan sistem pendidikan yang
5
telah dikuatkuasakan dalam Akta Pelajaran 1961. Tahap kedua pula merupakan
tahap perlaksanaan rancangan pendidikan di bawah Rancangan Malaysia
Pertama. Ia digubal dengan tujuan untuk menyelesaikan masalah ekonomi dan
sosial yang timbul dalam tempoh tersebut. Sistem pendidikan pada tahap ini
bukan hanya berorientasikan kepada pembasmian buta huruf tetapi juga untuk
mencapai matlamat ekonomi negara. Antara matlamat lain yang ingin dicapai
ialah untuk memperkukuhkan sistem pendidikan kebangsaan bagi memupuk
perpaduan social, kebudayaan dan politik, menyediakan kemudahan pendidikan
yang lebih bersistematik dan selesa kepada para pelajar, meningkatkan taraf
pendidikan di seluruh Negara serta melaksannakan pendemokrasian pendidikan
tanpa mengira kaum mahu pun agama.
1.3 KBSR dan KBSM dalam pembentukan Integrasi Nasional di Malaysia
Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah (KBSM) dirancang untuk memenuhi atau untuk mencerminkan
kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam usaha untuk melahirkan
masyarakat Malaysia yang sempurna dan mempunyai keperibadian yang tinggi
seperti kepercayaan kepada Tuhan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, setia
kepada negara, memberi sumbangan kepada kemajuan Negara serta
mempunyai semangat perpaduan dan integrasi nasional yang tinggi antara kaum.
Integrasi nasional antara kaum adalah antara aspek penting yang perlu
ditekankan dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Tanpa semangat
perpaduan, pasti kemajuan dan pembamgunan negara akan terjejas dan akhirnya
akan menyebabkan berlakunya konflik dan perpecahan kaum. Untuk memupuk
perpaduan dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum ini, prasangka yang
bersifat perkauman atau prejudis semestinya dikikis dan dihapuskan daripada
6
diri setiap masyarakat Malaysia. Dalam hal ini, sikap toleransi harus sentiasa
diamalkan. Di samping itu, perbezaan kebudayaan, pendidikan, sosial dan ekonomi
tidak harus dibiarkan berlarutan atau menjadi batu penghalang terhadap usaha
kerajaan untuk memupuk semangat perpaduan di kalangan warganegaranya.
Malah, sebagai rakyat Malaysia kita harus berusaha merapatkan jurang
perbezaan ini bagi mewujudkan masyarakat Malaysia yang bersatu padu,
harmonis dan sejahtera.
Dalam usaha untuk membina suatu sistem pendidikan yang berdasarkan
perpaduan, lima prinsip Rukun Negara perlu diterapkan dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Semua perancangan kurikulum sekolah iaitu KBSR dan
KBSM adalah mempunyai perkaitan dengan prinsip Rukun Negara. Penerapan
prinsip Rukun Negara dalam KBSR dan KBSM adalah atas kesedaran bahawa
sekolah merupakan agen yang boleh menjalankan tugas penyebaran ilmu
pengetahuan dan pembentukan akhlak yang baik dalam proses pendidikan serta
murid dapat mengamalkannya dalam kehidupan harian mereka demi
mewujudkan perpaduan antara kaum. Oleh itu, semua aktiviti pengajaran dan
pembelajaran termasuk aktiviti kokurikulum harus menekankan unsur integrasi
nasional. Dalam situasi ini, pemilihan mata pelajaran yang terkandung dalam
KBSR dan KBSM seperti mata pelajaran Bahasa Melayu, Pendidikan Moral, Sejarah
adalah contoh beberapa mata pelajaran yang menitikberatkan perpaduan
dikalangan kaum di Malaysia.
7
2.0 Cabaran Dalam Profesion Perguruan
Kejayaan dan keberkesanan pendidikan banyak berkait rapat dengan
kesedaran, keinsafan dan tanggungjawab guru sebagai pendidik, di samping
mempunyai kelengkapan keilmuan yang cukup dan sahsiah luhur. Segala panduan
dan kemahiran disertai keluhuran budi serta peribadi tidak terpisah daripada
seseorang guru. Begitulah sewajarnya guru sebagai pendidik yang berkesan.
Mereka adalah contoh dan teladan untuk murid, pelajar dan masyarakat.
Kini, zaman semakin mencabar. Bebanan guru makin besar yang menuntut
kesabaran serta tanggungjawab yang amat hebat. Kalau dulu guru sering diagung-
agungkan dan disanjungi sebagai insan yang terhormat oleh para pelajar, ibu bapa
dan masyarakat seluruhnya. Namun hari ini sering kita dengar sebahagian besar
pelajar sekolah tidak menghormati guru mereka. Guru-guru diperlekehkan oleh ibu
bapa pelajar yang mempunyai taraf hidup yang agak baik. Guru-guru disaman atas
kesalahan yang tidak setimpal dengan pengorbanan yang diberi. Rasa hormat murid
semakin pudar bersama keangkuhan ibu bapa yang tidak menitikberatkan pelajaran
dan menunding jari kepada guru di atas kesalahan, kealpaan dan ketidakprihatinan
mereka sendiri dalam mendidik anak-anak.
Sewajarnya ibu bapa akur tugas guru bukan hanya mengajar mata pelajaran untuk
lulus peperiksaan, tetapi turut mendidik pelajar menerusi penerapan nilai-nilai murni,
selain jati diri, disiplin serta sahsiah terpuji. Namun begitu, kebanyakan ibu bapa
mengutamakan kecemerlangan akademik semata-mata dan bukan sahsiah yang
baik menyebabkan anak mereka tidak boleh ditegur walaupun melakukan
kesalahan.
Terdapat juga ibu bapa yang tidak dapat menerima hakikat bahawa anak mereka
bersalah dan tidak mengaku kesilapan dilakukan. Mereka perlu berbincang terlebih
dahulu dan jangan terburu-buru menyerang pihak sekolah atau membuat
8
pendedahan pada media. Mendidik anak perlu mengikut peredaran masa dan guru
perlu menghukum pelajar yang melakukan kesalahan dengan bijaksana.
Hukuman yang dikenakan adalah proses mendidik dan bukan memalukan pelajar,
sekali gus memberi keinsafan dan kesedaran terhadap salah laku yang dilakukan.
Sesungguhnya profesion keguruan yang merupakan profesion tertua di dunia, kini
memasuki satu lagi era baru. Dulu peranan utama guru ialah sebagai penyampai
pengetahuan. Gurulah yang banyak bercakap dan menyoal. Bagaimanapun kini,
peranan guru lebih penting sebagai pemudah cara dalam proses pembelajaran.
Sebagai pemudah cara, guru perlu lebih sedia dan peka melahir dan menggunakan
situasi-situasi pembelajaran secara cekap dan berkesan. Murid perlu selalu digerak
untuk berfikir secara kreatif dan kritikal. Malahan, murid dijangka dapat menyoal
guru serta membantu guru membuka luas pintu pembelajarannya. Dahulu, punca
pengetahuan adalah dalam bentuk bertulis. Sekarang, lebih banyak bilik darjah
ditukar menjadi bilik darjah bestari yang membolehkan pelajar menggunakan
komputer untuk mencari lebih banyak pengetahuan dan maklumat. Bagaimanapun,
kehadiran guru penting untuk membimbing pelajar membuat pilihan ilmu dan
maklumat yang betul.
Guru harus berperanan untuk mengenal pasti dan membangunkan potensi diri
pelajar. Peranan guru ini amat penting dalam menentukan corak pembangunan
sesebuah negara. Kita perlu sedar, kejayaan negara sehingga kini, sebahagian
besar adalah hasil sumbangan kerjaya keguruan. Ini kerana persediaan bagi
pengeluaran tenaga kerja negara di semua sektor bermula dari sekolah yang
sudah pastinya memerlukan khidmat dan jasa guru. Guru juga adalah model
manusia berkelakuan baik. Guru mesti bebas daripada bersikap negatif dan sempit
daripada aspek bangsa, kelas, sosial dan kedaerahan.
9
Selain itu, kelayakan akademik juga adalah satu lagi perkara yang perlu di
timbangkan. Ini kerana profesionalisme guru itu adalah berpusatkan kepada
pengetahuan. Maka, adalah wajar diramalkan, seiringan dengan kejayaan Malaysia
meningkatkan kadar pembangunannya, guru-guru ijazah akan bertugas sehingga ke
sekolah rendah. Memandangkan guru memainkan peranan penting dalam
pembangunan negara, sifat kerja guru yang begitu khusus memerlukan guru
mempunyai kelayakan akademik minimum dan menghadiri program-program latihan
sebelum dan semasa berkhidmat. Justeru, langkah Kementerian Pelajaran Malaysia
menggalakkan guru meningkatkan kelayakan akademik melalui pelbagai program
dan galakan termasuklah kursus dalam perkhidmatan, galakan guru bukan siswazah
melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah, pensiswazahan Guru Besar, anugerah
biasiswa melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana dan ijazah kedoktoran
merupakan manifestasi untuk membangunkan kerjaya guru.
Profesion keguruan cukup mencabar jika dilihat dari segi tanggungjawab guru
terhadap agama, bangsa dan negara. Hal ini demikian kerana merekalah yang
bertanggungjawab memastikan Falsafah Pendidikan Negara dan Falsafah
Pendidikan Guru dicapai dengan jayanya.Pendidik memainkan peranan yang
dominan dalam merealisasikan aspirasi negara untuk mewujudkan perpaduan kaum.
Guru juga membuktikan bahawa mereka mampu mengimbangkan kewujudan
integrasi nasional yang menjamin keamanan dan kesejahteraan negara.
Guru ialah ejen keberkesanan pendidikan. Kejayaan dan keberhasilan guru terhadap
tanggungjawab, kelengkapan, keilmuan dan keluhuran peribadi disifatkan sebagai
cabaran yang harus didepani dengan profesional.Seperti profesion lain, bidang
keguruan yang juga terkandung dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan tidak terkecuali
mendepani cabaran yang cukup besar. Perkembangan bidang sains dan teknologi
turut menjadikan bidang pendidikan semakin mencabar.Dunia pendidikan berubah
dengan penekanan diberikan terhadap penggunaan teknologi maklumat yang
selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Keadaan ini seterusnya menyebabkan
pengurusan di sekolah menjadi semakin kompleks.
10
David Ryans dalam bukunya Characteristics Of Teachers—Their Description,
Comparison, And Appraisal berpendapat bahawa guru yang berkesan dalam
menangani cabaran ialah guru yang mempunyai sifat adil, demokratik, responsif,
bertimbang rasa, baik hati, jujur, cergas, menarik, bertanggungjawab, stabil, tenang
dan berkeyakinan.Guru dalam konteks pendidikan sebenarnya berperanan sebagai
ejen penyalur budaya dan ilmu. Selain itu, guru berperanan sebagai institusi kedua
selepas keluarga. Dalam cakupan ini, guru memainkan peranan sebagai ejen
pewarisan budaya yang penting bagi membentuk sesebuah masyarakat.
Proses pembelajaran mungkin berlaku secara spontan dan personaliti berubah
secara tidak disedari. Guru harus mendepani cabaran secara profesional dan sedar
tentang hakikat bahawa guru ialah pembimbing dan pendidik dalam masyarakat
yang berbudaya. Banyak persepsi yang melingkari profesion keguruan, antaranya
tanggapan yang menyatakan bahawa profesion keguruan sebagai mudah dan tidak
memeningkan kepala, namun menjanjikan gaji yang memuaskan.
Sebenarnya profesion keguruan mempunyai cabarannya sendiri dan memerlukan
persediaan yang secukupnya dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Profesion
keguruan menjurus cabaran yang dihadapi di kawasan sekolah amnya dan cabaran
dalam pengajarannya khususnya.
Mantan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Haji Ahamad Sipon, berkata, dalam
abad ke-21, bidang pendidikan menghadapi pelbagai cabaran akibat kesan
globalisasi dan liberalisasi. Setiap pendidik di institusi pendidikan pasti menghadapi
cabaran sebagai seorang pendidik.
Persepsi yang menyatakan bahawa guru ibarat “ibu bapa kedua” secara tidak
langsung menggambarkan tanggungjawab yang besar kepada golongan pendidik.
Hal ini dikatakan demikian kerana kebanyakan ibu bapa meletakkan sepenuh
kepercayaan dan tanggungjawab kepada guru untuk mengajar anak mereka supaya
cemerlang dalam bidang akademik.
Oleh sebab itu, kesan globalisasi dan liberalisasi menuntut guru yang berilmu agar
celik dan mahir dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK).
11
Dalam suasana alaf baharu yang berorientasi TMK, teknologi memainkan peranan
yang besar dalam pendidikan.
Guru yang aktif dan bersikap terbuka akan sentiasa melihat teknologi baharu
sebagai perkara yang positif dan berusaha mencari alternatif yang terbaik bagi
menguasainya. Pengaplikasian teknologi dalam pengajaran akan menghasilkan
generasi berteknologi yang mampu mengharungi era globalisasi, sekali gus
merealisasikan impian negara agar menjadi negara maju pada 2020.
2.1 Cabaran sebagai agen perubahan
Sebagai agen perubahan, guru perlu mempunyai sifat yang boleh menjadi
tauladan yang baik kepada anak murid seperti bertanggungjawab, adil dalam
mengambil tindakan disiplin ke atas anak murid maksudnya tidak mengira status
kedudukan murid tersebut atau tidak memilih bulu dalam mengambil tindakan
terhadap kesalahan murid. Di samping itu guru juga perlu mempunyai disiplin,
misalnya tidak berambut panjang, menepati masa datang ke sekolah atau
menepati masa pengajaran dan mudah didampingi oleh murid atau pelajar,
sekiranya pelajar mempunyai masalah. Segala tingkahlaku guru sentiasa dilihat
oleh masyarakat tempat dimana guru tersebut mengajar samada di bandar atau
luar Bandar. Oleh itu guru perlu sentiasa berwaspada dalam mengambil tindakan
terhadap pelajar agar tidak melanggar tata etika profesion guru. Di dalam
membentuk tingkahlaku pelajar, guru mestilah sikap yang sabar dalam mendidik
pelajar menjadi manusia yang baik. Pelajar hari ini terdedah kepada banyak
anasir yang tidak baik, misalnya terjebak kepada penagihan dadah, terlibat dalam
kongsi gelap dan pelbagai kesalahan yang menyalahi undang-undang dan agama.
Gurulah yang menjadi mangsa di atas semua kesalahan yang dilakukan oleh
pelajar-pelajar. Di sini guru mempunyai tanggungjawab yang amat besar dalam
memberi pendidikan yang berkesan bagi mengelakkan atau menghindari pelajar
dari terjerumus kepada anasir yang merosakkan diri pelajar. Di sini guru perlu
menjadi model yang baik untuk diikuti oleh para pelajar.
12
2.2 Melahir modal insan yang berintegriti
Prinsip akauntabiliti dan integriti penting dan menjadi amalan oleh setiap
penjawat awam, lebih-lebih lagi pendidik yang mendidik generasi hari muka.
Dimana generasi muda adalah sebagai pelapis kepada pemimpin yang ada
sekarang. Suatu hari nanti akan memegang tampuk utama negara, semestinya
diberi perhatian yang lebih bagi menghasil modal-modal insan yang berwibawa
dan mempunyai sifat-sifat pemimpin yang selari dengan tuntutan agama. Guru
gagal dalam mendidik sekiranya hanya tertumpu atau mementingkan intelek
semata-mata. Kita dapat melahirkan ahli bijak pandai tapi tidak bermoral,
contohnya akauntan yang menggelapkan wang negara dan sebagainya. Oleh itu
kita mesti mendidik para pelajar yang seimbang dari segi intelek dan sahsiah yang
selari dengan kehendak agama.
Guru wajar mendalami falsafah dan budaya integriti sebagai persediaan untuk
menjadi guru yang berwibawa. Dalam konteks ini, kewibawaan seorang guru bukan
sahaja diukur dari segi kebolehan melahirkan pelajar yang mendapat gred A dalam
semua mata pelajaran, bahkan lebih dari itu, guru dinilai dari segi keupayaan
mendidik murid menjadi insan yang beretika, beradab dan berakhlak mulia. Dalam
erti kata lain, tugas seorang guru tidak hanya terhenti setakat mengasah
kecerdasan minda murid, tetapi juga mendidik jiwa dan sanubari mereka agar
menjadi insan mulia yang sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni dalam
kehidupan mereka. Ini adalah selaras dengan hasrat kita untuk menjadi sebuah
Negara maju mengikut acuan sendiri, iaitu sebuah negara yang mencapai
kemajuan yang seimbang dari segi kesejahteraan ekonomi, kestabilan politik,
kesepaduan sosial dan berjaya membina masyarakat yang berpegang teguh
kepada nilai agama, moral dan etika.
Krisis yang berlaku di Barat dan kemunculan pemikiran baru yang kembali
menekankan kepentingan amalan nilai moral dan etika dalam masyarakat adalah
untuk mengingatkan kita supaya kita tidak sekali-kali mengabaikan fungsi asas
pendidikan di negara kita, iaitu untuk melahirkan insan kamil yang memiliki
kecerdasan intelek, keseimbangan emosi, kehebatan jasmani dan kekuatan
rohani. Bagi merealitikan hasrat ini, dibahu para guru diberi tanggungjawab yang
besar dalam membentuk sahsiah pelajar dan seterusnya dapat melahirkan
13
pemimpin yang berintegriti pada masa akan datang. Lahirnya Institut Integriti
Malaysia adalah atas keperihatinan pemimpin untuk melahirkan warga Malaysia
yang mempunyai integriti yang tinggi dalam jiwa setiap warganya.
3.0 CADANGAN
3.1 Bagi melahirkan guru yang boleh bersaing di peringkat global, para guru
perlu meningkatkan profesionalisme dengan meningkatkan ilmu ke peringkat
yang lebih tinggi. Kementerian menggalakkan para pendidik melanjutkan pelajaran
ke peringkat yang lebih baik, Pelbagai program telah dianjurkan oleh Kementerian
Pendidikan dalam meningkatkan profesian guru. Misalnya Program Pensiswazahan
Guru Sekolah Rendah, Program Pensisiwazahan Guru dan seterusnya mendapat
PHD. Ini adalah bertujuan bagi meningkatkan tahap profesinalisme guru di negara
ini. Oleh itu peluang ini perlu direbut oleh para guru agar ilmu dapat ditingkatkan
selari dengan perkembangan teknologi yang pesat berkembang.
Guru-guru perlu mendapatkan ilmu-ilmu yang terkini dalam menangani karenah
pelajar yang pelbagai ragam, sekiranya teknologi pengajaran dan pembelajaran
dapat dikuasai oleh para guru. Ianya adalah satu aset yang berharga kerana
teknologi tersebut dapat menarik minat para pelajar untuk belajar. Sekiranya
perkara ini berlaku para pelajar akan lebih cenderung untuk belajar dari
membuang masa yang tidak berfaedah seperti ponteng kelas, melepak di pusat
membeli belah dan lain-lain masalah yang menyalahi undang-undang negara.
3.2 Melestarikan budaya penyelidikan
Sebagai guru yang ingin melahirkan pelajar yang berwibawa dari segi akhlak
dan kecerdasan, ianya perlu kepada muhasabah diri dengan erti kata lain perlu
menjalankan kajian tindakan sekiranya pengajaran yang dibuat tidak mencapai
objektif yang dikehendakki. Seseorang perlu merefleksi diri atau bertanya pada
diri mengapa pelajar atau murid tidak dapat apa yang diajar oleh guru. Guru
tidak hanya menyalahkan pelajar dalam mencapai objektif yang diharapkan.
Para guru perlu melihat kepada diri sendiri, mungkin kaedah atau strategi
pengajaran tidak sesuai dengan tahap kecerdasan pelajar . Dimana guru perlu
mengubah cara atau strategi yang lain dalam meraih minat pelajar terhadap
pengajaran. Di sinilah pentingnya guru membuat penyelidikan dalam mencari
14
formula yang terbaik bagi menangani masalah yang guru hadapi. Dalam perkara
ini guru semestinya mencari ramuan yang berkesan dalam menyelesaikan
permasalahan yang dihadapi. Seandainya penyelidikan yang dilakukan oleh guru
berkesan, mungkin formula tersebut boleh digunapakai oleh para pendidik lain di
negara kita. Maka ia boleh memberi manfaat kepada guru-guru lain, bukan
hanya untuk diri penyelidik bahkan boleh digunapakai oleh semua guru.
Budaya penyelidik perlu ada di dalam diri setiap orang guru bagi mencari
penyelesaian yang akan dihadapi yang mana seterusnya dapat menjadikan
sekolah yang cemerlang. Disamping itu dapat meningkatkan ilmu
profesionalisme guru serta meningkatkan kecekapan dan keberkesanan
pengajaran guru.
3.3 Sifat guru
Guru yang cemerlang ialah guru yang mempunyai ciri-ciri peribadi yang
mulia yang boleh dijadikan model kepada pelajar, rakan sekerja serta
masyarakat sekeliling. Ciri-ciri peribadi yang mulia ialah bertanggungjawab,
amanah terhadap kerja, menepati masa, berkongsi idea yang baik, mempunyai
budaya penyelidikan, sentiasa untuk meningkatkan profesinalisme dan lain-lain
lagi. Mempunyai komitmen yang tinggi dalam menjalankan tugas, misalnya
sanggup membuat kerja diluar masa bekerja sekiranya diperlukan.
Para guru hendaklah membuang sikap yang mementingkan diri sendiri, setiap
program yang dilaksanakan memerlukan kerjasama semua guru dalam
sesebuah sekolah barulah setiap program dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Ini adalah penting bagi kepentingan pelajar, sekolah dan guru sekolah tersebut.
Prestij sekolah tersebut akan dipandang tinggi oleh masyarakat dan seterusnya
dapat dibanggakan oleh setiap warganya.
15
PENUTUP
Secara keseluruhannya dapat disimpulkan bahawa seorang pendidik perlu
mempunyai sifat-sifat yang boleh mempengaruhi pelajarnya menjadi seorang
warganegara yang cemerlang dari segi penampilan, sikap dan mempunyai
integriti yang utuh sebagai seorang individu. Seorang individu yang memilih
profesion keguruan sebagai bukan kerjaya pilihannya akan mendatangkan
pelbagai masalah dan keburukan samada kepada pelajar, masyarakat, Negara
dan nama baik profesion perguruan. Lantaran itu, bagi memastikan sebuah
Negara mencapai tahap yang setanding Negara maju yang lain, ianya perlu
dimulai diperingkat persekolahan lagi iaitu memilih individu yang benar-benar
berminat untuk dijadikan seorang guru. Kementerian perlu mengetatkan syarat
kelayakan untuk menjadi seorang guru bagi memastikan hanya individu yang
berkelayakan sahaja dapat guru dan seterusnya dapat bekerja dalam profesion ini
dengan penuh komitmen.
16
BIBLIOGRAFI
Kamarudin Hj. Husin & Kamarul Azhar (1994). Asas Pendidikan III( Perkembangan
& Perlaksanaan Kurikulum). Petaling Jaya: Longman Malaysia Sdn. Bhd.
Ee Ah Meng (1987). Pedagogi Untuk Bakal Guru, Petaling Jaya : Fajar Bakti
Mok Soon Sang (1981). Pendidikan di Malaysia, Subang Jaya : Kumpulan Budiman.
17