guru dan cabaran semasa.docx
-
Upload
siti-mahfuzah -
Category
Documents
-
view
280 -
download
8
Transcript of guru dan cabaran semasa.docx
Isi Kandungan
Isi Kandungan................................................................................................................... i
Penghargaan.................................................................................................................... ii
1.0 Pendahuluan..............................................................................................................1
2.0 Definisi Konsep..........................................................................................................2
2.1 Akses......................................................................................................................2
2.2 Kualiti......................................................................................................................2
2.3 Ekuiti.......................................................................................................................2
2.4 Perpaduan..............................................................................................................2
2.5 Kecekapan..............................................................................................................3
3.0 Tinjauan Literatur.......................................................................................................4
4.0 Peranan Guru Dalam Melaksanakan Aspirasi PPPM Di Sekolah..............................9
5.0 Keberkesanan Strategi Yang Sedia Ada Dalam Pembinaan Perpaduan Antara
Pelajar............................................................................................................................16
6.0 Strategi Baru Dalam Pembinaan Perpaduan Dalam Kalangan Pelajar....................22
7.0 Rumusan.................................................................................................................24
8.0 Refleksi....................................................................................................................25
9.0 Rujukan....................................................................................................................27
i
Penghargaan
Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Ilahi, kerana dengan izin dan limpah
kurniaNya dapatlah saya menyiapkan tugasan kerja kursus EDU 3093 ini dengan
jayanya. Jutaan terima kasih diucapkan kepada pensyarah saya iaitu Encik Rosli bin
Miohamad kerana tunjuk ajar dan dorongan yang diberikan telah banyak membantu
saya dalam proses menyiapkan tugasan ini.
Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada ibu bapa saya yang banyak
memberi sokongan dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini. Tidak
lupa juga ucapan terima kasih kepada suami yang tercinta kerana banyak membantu
dan memberi galakkan kepada saya sepanjang proses penyiapan tugasan ini.
Akhir sekali, ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam
membantu saya semasa proses penyiapan tugasan ini sama ada secara langsung atau
tidak langsung. Sesungguhnya jasa baik dan budi semua akan saya kenang sehingga
akhir hayat.
ii
1.0 Pendahuluan
Pelan Pembangunan Pendidikan telah dibangunkan bagi menilai prestasi
semasa sistem pendidikan Malaysia dengan mengambil kira secara objektif pencapaian
lampau dan membandingkannya dengan tanda aras antarabangsa. Pelan ini
melakarkan visi sistem pendidikan dan murid yang dapat memenuhi keperluan negara
pada masa depan. Pelan ini juga mencadangkan 11 anjakan strategik dan operasi yang
perlu dilaksanakan oleh Kementerian bagi mencapai visi yang dihasratkan. Usaha yang
telah dirangka dan akan dilaksanakan untuk mentransformasi sistem pendidikan negara
diharap dapat difahami dengan jelas oleh masyarakat keseluruhannya.
Pelan pembangunan pendidikan ini berhasrat untuk mencapai lima keberhasilan
teras pendidikan bagi menentukan kejayaaan sistem pendidikan Malaysia secara
keseluruhan, iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan. Sistem pendidikan
berprestasi tinggi juga menetapkan teras yang sama yang perlu dicapai. Tindakan bagi
merealisasikan lima teras berkenaan adalah penting, dan tidak ada inisiatif dalam teras
berkenaan yang boleh dilaksanakan secara berasingan, malah perlu disepadukan dan
digerakkan secara bersama.
1
2.0 Definisi Konsep
2.1 Akses
Asrama yang mempunyai kemudahan dan prasarana yang kondusif menyediakan
ruang, tempat dan merupakan program sokongan kepada pelaksanaan PPPM dalam
memastikan 100% enrolmen mengikut potensi murid asrama merentas semua
peringkat pendidikan daripada prasekolah hingga menengah atas.
2.2 Kualiti
Semua murid asrama akan berpeluang mencapai kejayaan mengikut potensi masing –
masing melalui program dan aktiviti yang dirangka dan dilaksanakan di asrama,
seterusnya membantu meletakkan Malaysia dalam kelompok sepertiga teratas
mengikut pengukuran TIMSS dan PISA.
2.3 Ekuiti
Kemudahan infastruktur yang kondusif dan diurus dengan cekap dijamin dapat
membantu merapatkan jurang pendidikan antara murid bandar dan luar bandar, tanpa
mengira kedudukan geografi, jantina, atau latar belakang sosio ekonomi
2.4 Perpaduan
Murid asrama yang berumur antara 7 hingga 17 tahun menghabiskan hampir 29%
kehidupan seharian mereka di asrama. Oleh itu, asrama berperanan untuk
mengukuhkan lagi perpaduan dalam kalangan murid. Melalui interaksi bersama murid
lain dari pelbagai latar belakang, sosioekonomi, geografi, agama dan etnik, dan belajar
untuk memahami, menerima serta menghayati perbezaan, satu perkongsian
pengalaman dan aspirasi dapat dibentuk. Kementerian berhasrat untuk menjana satu
sistem pendidikan yang memberi peluang kepada murid, berkongsi pengalaman dan
aspirasi demi membentuk dan memperkukuhkan lagi asas perpaduan rakyat Malaysia.
2
2.5 Kecekapan
Pengurusan asrama telah menerima peruntukan yang tinggi, namun peningkatan
keberhasilan murid tidak setanding dengan sumber yang disalurkan kepada
pengurusan asrama. Kementerian berhasrat untuk memaksimumkan keberhasilan
murid mengikut tahap peruntukan semasa.
3
3.0 Tinjauan Literatur
Kementerian Pendidikan Malaysia secara rasminya telah melancarkan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013- 2025 pada 6 September 2013 oleh
YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pendidikan dengan
matlamat untuk meletakkan sistem pendidikan negara di antara sepertiga teratas
negara- negara yang mempunyai sistem pendidikan terbaik di dunia, PPPM merupakan
pelan jangka panjang untuk memastikan kualiti sistem pendidikan negara setanding di
peringkat dunia.
Berdasarkan artikel yang telah disiarkan oleh Berita Harian pada 27 Julai 2015
yang lepas, bilangan sekolah yang memperoleh band enam dan tujuh berjaya
dikurangkan iaitu daripada 1.39 peratus pada 2013 kepada 0.96 peratus tahun lalu,
sepanjang dua tahun pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
2013-2025. Sementara, sekolah yang memperoleh band satu dan dua berjaya
ditingkatkan kepada 36.8 peratus pada tahun lalu, berbanding 31 peratus pada tahun
sebelumnya. Bagi akses pendidikan berkualiti, enrolmen prasekolah berjaya
ditingkatkan daripada 81.71 peratus kepada 84.21 peratus, dengan lebih 1,273 kelas
prasekolah sudah dibuka tahun lalu, menjadikan keseluruhannya 42,866 buah sekolah
seluruh negara. Itu antara pencapaian yang terkandung dalam laporan tahunan PPPM
2014, seperti dimaklumkan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan,
Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan, pencapaian dalam tempoh dua tahun itu juga
menunjukkan usaha di bawah PPPM mendatangkan hasil, dengan perubahan peranan
Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) selaku entiti paling hampir kini lebih menjurus
kepada bimbingan dan pementoran.
Menyentuh pendidikan dalam kalangan Orang Asli, beliau menyatakan enrolmen
murid daripada masyarakat itu sudah menyaksikan peningkatan kepada 41,207 orang
pada tahun lalu, berbanding 39,149 orang pada 2013. Kementerian juga komited
meningkatkan peluang pendidikan bagi murid berkeperluan khas. Hasilnya, daripada
58,006 murid bekeperluan khas yang berdaftar, 10,700 murid terbabit dalam Program
Pendidikan Inklusif. Jumlah sekolah yang menawarkan program ini juga telah
meningkat kepada 2,798 berbanding 1,742 sekolah pada tahun sebelumnya. Di
4
peringkat menengah atas pula, seramai 22,096 murid lepasan Penilaian Menengah
Rendah (PMR) mendaftar untuk dua program vokasional iaitu Diploma Vokasional dan
Sijil Kemahiran Malaysia. Perubahan ketara juga dapat dilihat di peringkat pendidikan
lepas menengah iaitu di bawah Transformasi Tingkatan Enam, di mana menyaksikan
penubuhan lima pusat Tingkatan 6 di Johor; Kuala Lumpur, Kedah, Selangor dan
Sabah. Seramai 1,236 murid kini mengikuti pengajian di pusat itu dalam usaha
kementerian meningkatkan enrolmen Tingkatan 6 sebagai salah satu alternatif kepada
pendidikan lepas menengah.
Secara kesimpulannya, selepas dua tahun pelaksanaan PPPM, perubahannya
sudah mula berlaku di dalam bilik darjah, bukan saja susun atur dalam kelas, namun
peranan guru itu sendiri dalam menjadi fasilitator kepada murid dalam mendapatkan
maklumat yang tepat dan betul. Aktiviti di dalam kelas juga kini semakin hidup dengan
pembentangan dan perkongsian murid, malah murid kini boleh membuat penilaian
rakan sebaya dan saling membantu dalam proses pembelajaran.
1. PROGRAM TRANSFORMASI DAERAH
Program Transformasi Daerah di bawah Anjakan ke 6 PPPM bertujuan mempercepat
penambahbaikan prestasi sekolah melalui program yang sistematik dan dipimpin oleh
Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) telah dirintis di Sabah dan Kedah. Fungsi dan
peranan PPD dan JPN telah ditambahbaik untuk memberikan sokongan dan bimbingan
melalui Rakan Peningkatan Sekolah (SIPartners+) dan Jurulatih Utama Peningkatan
Sekolah (SISC+). Di Kedah dan Sabah, program ini melibatkan 2551 sekolah, lebih
89,000 guru dan hampir satu juta murid. Hasilnya, kedua-dua negeri mencatatkan
prestasi UPSR terbaik dalam tempoh 8 tahun dan peningkatan tertinggi berbanding
negeri lain pada 2013. Gred purata Kedah dan Sabah masing-masing meningkat 0.06
dan 0.07 mata berbanding purata peningkatan kebangsaan sebanyak 0.04.
2. LINUS
Kementerian berbangga kerana usaha gigih guru-guru di negara ini telah menunjukkan
hasil memberangsangkan bagi LINUS – Anjakan kedua PPPM. Pencapaian murid
Tahun 3 di seluruh negara yang menguasai literasi Bahasa Malaysia ialah 99.1% atau
5
440 591 murid Tahun 3 manakala kadar numerasi meningkat kepada 99.3% atau 441
571 murid selepas 3 tahun persekolahan. LINUS B Inggeris juga dilancarkan pada
tahun ini dan dalam masa empat bulan, garis asas pencapaian murid menguasai literasi
Bahasa Inggeris adalah 50% bagi murid Tahun 1 dan pencapaian ini telah meningkat
kepada 63% pada bulan November 2013. Walaupun peratusan ini tidak setinggi yang
diharapkan, tetapi ia merupakan satu titik permulaan ke arah mempertingkatkan kadar
literasi bahasa Inggeris secara lebih berstruktur dan sistematik berbanding tahun-tahun
sebelumnya.
3. PELIBATAN IBU BAPA, KOMUNITI DAN SEKTOR SWASTA
Pencapaian ketiga, di bawah Anjakan ke 9 Pelibatan Ibu Bapa, komuniti dan sektor
swasta, Sarana Pelibatan Ibu bapa telah Berjaya diedarkan ke 10 087 sekolah di
seluruh Negara dengan penekanan kepada pelibatan mereka bersama pihak sekolah
dalam membantu mempertingkatkan keberhasilan murid.
4.PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL
Pada tahun 2013, 4.7% (daripada sasaran 5%) murid telah mengikuti latihan teknikal
dan vokasional di peringkat menengah atas. Walaubagaimanapun, fokus bagi tahun
2014 ini akan diberikan kepada transformasi pendidikan vokasional dan peningkatan
penyediaan kemudahan fizikal untuk menambah bilangan pelajar kepada 20%. Dengan
Sektor Pengajian Tinggi berada di bawah payung yang sama, laluan latihan vokasional
daripada peringkat pendidikan asas ke pendidikan tinggi akan lebih berkesan dan
kerjasama yang lebih erat akan wujud di antara kedua-dua sektor Pelajaran dan
Pengajian Tinggi.
5. PENDIDIKAN KHAS
9.6% daripada sasaran sudah tercapai, iaitu seramai 5 393 murid berkeperluan khas
sudah pun mendaftar dalam program pendidikan arus perdana. Ini membuktikan
bahawa jalinan kerjasama ibu bapa, komuniti, agensi kerajaan dan badan bukan
kerajaan serta warga pendidikan adalah penting dalam memastikan murid berkeperluan
6
khas sentiasa mendapat peluang untuk pendidikan berkualiti tinggi yang sesuai dengan
keperluan mereka.
6. INFRASTRUKTUR ASAS
Bagi memastikan suasana yang kondusif untuk pembelajaran, Kementerian sentiasa
berusaha untuk memastikan keperluan asas di setiap sekolah berada dalam keadaan
baik, terutama di Sabah dan Sarawak seperti yang dinyatakan dengan jelas dalam Bab
6 PPPM. Di bawah Anjakan 6, kita menetapkan sasaran 1,608 projek pembaikan kritikal
selesai, memberikan murid akses kepada bekalan elektrik yang stabil dan bekalan air,
dan sasaran ini telah pun dicapai pada 2013. Kita akan meneruskan usaha secara
berperingkat untuk mengenalpasti sekolah-sekolah lain yang memerlukan
penambahbaikan infrastruktur dari masa ke semasa ini demi keselamatan dan
keselesaan semua murid di negara ini.
7. TRANSFORMASI INSTITUT PENDIDIKAN GURU
Anjakan ke 4 PPPM, iaitu mentransformasi profesion keguruan menjadi
profession pilihan yang jelas menerangkan peningkatan peranan dan laluan kerjaya
guru. Melalui anjakan ini, guru boleh memilih untuk menjalankan tugas kepimpinan iaitu
Guru besar dan pengetua di peringkat sekolah ataupun guru pakar (laluan
professional) ataupun menjadi pegawai di peringkat daerah dan negeri dan persekutuan
(laluan pentadbiran pendidikan). Yang menariknya, peluang untuk kenaikan pangkat
adalah sama tanpa mengira laluan yang dipilih sama ada laluan kepimpinan, laluan
pakar pengajaran ataupun laluan pentadbiran pendidikan. Selain itu, kita juga telah
berjaya menggabungkan skim Perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
Siswazah (PPPS) dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD)
ke dalam satu skim perkhidmatan bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP).
Selaras dengan amalan terbaik di peringkat antarabangsa, pencapaian ke
TUJUH PPPM menyaksikan kualiti pengambilan guru pelatih di Institut Pendidikan Guru
meningkat dengan ketara. 42% daripada kohort tahun ini merupakan pelajar yang
mendapat 7A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Manakala 70% ambilan IPG
7
yang sedang mengikuti latihan perguruan kini mendapat 5A dalam SPM. Usaha-usaha
yang dijalankan di bawah Transformasi IPG akan dapat meningkatkan kualiti guru-guru
permulaan yang bakal mencorak masa depan pendidikan negara.
8. PROFISIENSI GURU BAHASA INGGERIS
Pencapaian ke LAPAN, 5000 guru Bahasa Inggeris menjalani program peningkatan
profisiensi bahasa Inggeris ke arah kenaikan sekurang-kurangnya satu band
berdasarkan Common European Framework Reference (CEFR).
9. PIAGAM PENGETUA DAN GURU BESAR
Di dalam Bab 5 PPPM Kementerian juga telah memberikan komitmen untuk
meningkatkan kualiti kepimpinan sekolah dengan memperbaiki pendekatan pelantikan
dan melatih pengetua/guru besar. Melalui inisiatif Piagam Pengetua/guru
besar, pencapaian ke SEMBILAN PPPM iaitu kriteria pemilihan baru berasaskan
prestasi dan proses berasaskan merit telah diluluskan, menggantikan model terdahulu
dalam memilih dan melantik pengetua/guru besar berdasarkan tempoh perkhidmatan.
Langkah awal telah diambil bagi memastikan 557 pengetua/guru besar yang akan
bersara antara Julai hingga Disember 2014 dapat diganti dengan pemimpin sekolah
terbaik daripada seluruh negara.
8
4.0 Peranan Guru Dalam Melaksanakan Aspirasi PPPM Di Sekolah
Langkah Kementerian Pendidikan Malaysia memperkenalkan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia, guru juga perlu melakukan anjakan paradigma.
sebagai contoh pelajaran secara berpusatkan guru serta pembelajaran berorentasikan
peperiksaan tidak lagi diamalkan . Sehubungan dengan itu , setiap murid perlu
menguasai pelbagai kognitif termasuk dapat menyelesaikan masalah dan mempunyai
pemikiran yang kreatif dan inovatif . Usaha untuk melahirkan murid yang mahir berfikir
turut dilakukan di sekolah , khususnya melalui P & P . Dalam proses tersbut , murid
didedahkan pelbagai jenis soalan , termasuklah yang memerlukan daya pemikiran yang
kritis dan kreatif .
Dalam era transformasi pendidikan , guru hendaklah menghasilkan murid yang
mampu berfikir secara kreatif dan kritis serta memperkembangkan potensi murid dalam
semua aspek JERIS bagu mencapai pendidikan bertaraf anatarabangsa . Menurut Mok
Soon Sang ( 2007 ) , Profesor Syed Muhammad al – Alatas menyatakan ilmu
merupakan sesuatu yang bermakna dan membawa penyaburan serta semangat
kepada jiwa manusia . Hal ini menunjukkan ilmu merangkum semua aspek kehidupan
luaran dan dalam jiwa manusia . Ragbir Kour (2005) mengatakan guru sebagai
pengamal ilmu perlu mempraktikkan budaya ilmu seperti membaca , berfikir ,
memerhati , berkarya , terlibat dalam sumbangan , dan bertukar fikiran serta mencari
pengalaman baharu . Dalam P & P , guru akan memindahkan ilmu yang baik ,
meninggikan adab murid , serta memberi tunjuk ajar ke arah kebenaran sebagai
pengamal ilmu .
Untuk melahirkan murid yang berpengetahuan , khususnya untuk meastikan
kanak – kanak mengusai kemahiran literasi dan numerasi , guru mampu memainkan
peranan . Kebanyakan guru dapat menggunakan pengalaman dan kemahiran masing
– masing untuk mengaplikasikan pelbagai kaedah dan aktiviti P & P dalam membimbing
murid agar menguasai kedua – dua kemahiran tersebut . Walaupun begitu , usaha
untuk menggalakkan murid menambahkan pengetahuan dalam pelbagai bidang agak
mencabar .
9
Hal ini dikatakan demikian sebagai keperluan harian hasrat tersebut murid perlu
menjadikan pembacaan sebagai keperluan harian mereka . Kegagalan pihak sekolah
dan ketiadaaan sokongan yang berkesan daripada pihak lain untuk membimbing murid
agar meningkatkan amalam membaca tidak memungkinkan murid yang
berpengetahuan dapat dilahirkan . Bilangan murid yang gemar membaca , masih
kurang memuaskan . Antara puncanya budaya membaca ini tidak diamalkan oleh orang
dewasa terutama sekali ibu bapa di rumah . Bagi guru yang kurang membaca pula ,
mereka kurang cenderung untuk menasihati murid agar membaca . Jika guru yang
berkenaan berbuat demikian , keberkesannya tidak seberapa kerana guru tersebut
tidak dapat menghayati kenikmatan membaca .
Oleh itu peranan guru sebagai pembentuk tingkah lakulah yang dapat
membentuk tingkah laku dari yang negatif kepada positif , iaitu dari tidak suka
membaca kepada tabiat gemar membaca . Menurut pandangan Islam , orang yang
menajdi guru diberi Allah kelebihan berganda . Hadis Nabi Muhammad (SAW)
bermaksud “Bahawa orang yang berilmu harus mengajarkan ilmu pengetahuan kepada
orang lain dan perkataan mengajar itu amat terpuji ”. Menurut Al – Ghazali pula dari
perspektif Islam , tingkah laku manusia mempunyai tujuan agama dan kemanusiaan .
Tingkah laku normal atau tidak normal adalah berdasarkan kepada kekerapan dan
berlaku sepanjang masa dan mempunyai masalah psikologi . Sebarang pembentukan
tingkah laku murid haruslah diuruskan oleh guru supaya murid yang dihasilkan
mempunyai tingkah laku yang terpuji dan dapat diterima umum .
Menurut Lewis M . Beaker ( 2001 ) , tingkah laku adalah sebarang perbuatan
yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak , secara sedar atau separa sedar .
Carl Rogers ( 1999 ) , menekankan bahawa seseorang individu bertingkah laku
mengikut persepsi diri sendiri dan keadaan . Sekiranya individu itu mempunyai konsep
kendiri yang positif maka dia berupaya berintetaksi dan bertindak dengan lebih yakin .
Pengurusan tingkah laku boleh ditakrifkan sebagai satu rancangan untuk
memodifikasikan tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan
dengan teknik yang sesuai . Dr . Ragbir Kaur ( 2005 ) , setiap guru mesti ada satu
10
bentuk sistem pengurusan tingkah laku mengawal kelas , pembelajaran yang sihat dan
produktif .
Guru perlu berusaha membimbing tingkah laku positif dan menghentikan tingkah
laku negatif dan membebaskan murid daripada sebarang gangguan . Kegagalaan
menguruskan tingkah laku akan menyebabkan gangguan emosi yang serius . Tingkah
laku yang tidak diuruskan dengan baik akan memeberi kesan kepada proses P & P
yang akhirnya akan menyebabkan prestasi akademik murid merosot.
Asas penting dalam pembentukkan tingkah laku murid adalah membina
hubungan yang positif anatara guru dan murid di dalam sekolah atau bilik darjah .
Hubungan yang dibina adalah berlandaskan perasaan guru – murid terutama di dalam
pendidikan sekolah rendah . Untuk memupuk hubungan kasih sayang dan tepat kepada
murid – murid . Dalam masa yang sama guru juga boleh terima pujian daripada
muridnya . Melalui cara ini tingkah laku murid dapat dibentuk dengan lebih berkesan .
Jadi untuk memupuk tabiat membaca dalam kalangan murid – murid , guru
hendaklah merancang strategi dan kaedah yang dapat menarik minat murid seperti
program memberi butang berwarna mengikut bilangan buku dibaca , atau memberikan
hadiah buku kepada murid semasa hari lahir mereka . Guru juga harus menjadi amalan
membaca sebagai aktiviti yang menyeronokkan dan murid dapat menikmati faedah
membaca .
PPPM juga mempunyai matlamat untuk melahirkan murid yang mempunyai
keupayaan untuk memimpin. Matlamat ini tidak mudah dicapai kerana tidak banyak
program berkesan untuk melahirkan murid seperti yang dimatlamatkan. Murid yang
dianggap bertanggungjawab dan mempunyai pencapaian akademik yang agak baik
akan dilantik sebagai pengawas sekolah. Segelintir yang lain akan dilantik sebagai
pengawas pusat sumber , ketua kelas, pemimpin rakan sebaya, pemimpin persatuan
atau kelab. Perancangan khusus untuk membimbing murid agar menjadi pemimpin
yang berkualiti sehingga kini masih belum jelas. Program untuk melahirkan pemimpin
yang berkualiti tidak dipinggirkan, tetapi hanya dijadikan program sampingan. Oleh
sebab itulah ibu bapa dan murid beranggapan bahawa program bukan akademik
11
kurang penting,maka sokongan dan sambutan murid terhadap program sedemikian
kurang menggalakkan.
Peranan guru bukan sahaja merangkumi aktiviti P&P berdasarkan kurikulum
dan sukatan pelajaran semata-mata tetapi merangkumi pembentukan akhlak
keseluruhan seseorang murid. Seorang guru yang berkesan akan memastikan bahawa
muridnya menguasai kemahiran yang diperlukan untuk menangani masalah atau
cabaran yang mungkin dihadapi dalam kehidupannya. Oleh itu, guru perlulah
berperanan sebagai pembimbing, bekerjasama dengan pihak sekolah dan ibu bapa
untuk membimbing murid kea rah kehidupan berkualiti dan sihat.
Guru boleh berperanan sebagai ‘ mentor’ di mana peranannya merupakan
kombinasi malatih, menyokong, memberikan bimbingan dan maklum balas yang
membina untuk malatih dan membentuk diri murid-murid sebagai secara langsung dan
tidak langsung semasa di sekolah sama ada semasa aktiviti P&P di dalam kelas atau
semasa aktiviti ko-kurikulum yang diadakan. Peranan guru tidak terbatas sebagai
seorang pengajar semata-mata melaksanakan tugas mereka berdasarkan skop
kurikulum dan arahan pihak pengurusan sekolah. Sebagai pendidik , guru juga
pembimbing dan mendidik pelajar menjadi insan yang sihat , positif dan dapat
memberikan sumbangan kepada masyarakat.
PPPM juga mensasarkan murid dapat menguasai lebih daripada satu bahasa.
Penguasaan lebih daripada satu bahasa memberikan kelebihan yang banyak kepada
seseorang murid. Selain dapat membaca bahan bacaan dalam pelbagai bahasa,
golongan ini lebih mudah berkomunikasi dengan pihak lain dan seterusnya
meningkatkan imej diri. Di sekolah , dua bahasa yang seharusnya dikuasai oleh murid
ialah bahasa kebangsaan, iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris , iaitu bahasa
antarabangsa. Tidak dinafikan bahawa guru memainkan peranan untuk mendidik murid
agar menguasai kedua-dua bahasa tersebut. Namun begitu, walaupun sudah 57 tahun
Malaysia mencapai kemerdekaannya, namun masih terdapat murid bukan Melayu yang
tidak dapat berbicara dalam bahasa kebangsaan dengan fasih apabila diajukan soalan
dalam bahasa Melayu.
12
Bagi murid di negeri-negeri tertentu seperti Kedah dan Kelantan, masih tidak
memisahkan diri mereka dengan dialek, masalah kemahiran berbahasa akan
timbul.Bagi sesetengah sekolah pula, dialek turut digunakan oleh pihak sekolah ketika
melaksanakan P&P dan juga semasa perhimpunan rasmi sekolah, dengan alasan
memudahkan murid-murid memahami mesejnya. Kelemahan murid untuk menguasai
bahasa Inggeris pula berkait rapat dengan persekitaran murid yang jarang terdedah
pada bahasa antarabangsa itu. Jika masalah ini tidak diberikan perhatian, sudah pasti
ciri pelajar yang dimatlamatkan oleh PPPM tidak dapat direalisasikan.
Maka di sinilah peranan guru sebagai pengamal reflektif harus sentiasa
mempersoalkan amalan dirinya dan tidak hanya bertindak atas tabiat atau mengikut
arahan semata-mata. Refleksi membolehkan peramalnya menilai, memahami dan
belajar daripada pengalaman. Guru hendaklah membuat refleksi terhadap ‘sesuatu’
yang dikaitkan dengan aktiviti pengajarannya. ‘Sesuatu’ disini bolehlah dikaitkan
demgam kelemahan murid menguasai bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Oleh itu,
guru yang reflektif akan merancang dan bertindak dengan penuh kesedaran
berasaskan teori dan prinsip P&P. Amalan ini boleh diperkembangkan dengan
bertanyakan diri soalan-soalan yang berkaitan dengan perkara-perkara yang dilakukan
sebelum, semasa dan selepas mengajar dengan tujuan mempertingkatkan kemahiran –
kemahiran dalam profesion keguruan. Mengikut Schon (1987), apabila peristiwa atau
pengalaman di luar jangkaan berlaku, individu yang berfikir secara sedar semasa
menghadapi permasalahan tersebut telah melakukan refleksi semasa tindakan. Apabila
seseorang merenung kembali tindakannya, membauat analisa tentang peristiwa lepas
dan merancang tindakan susulan, individu tersebut telah mengamalkan refleksi ke atas
tindakan.
Daripada amalan merefleksi, guru dapat membuat penyelidikan untuk
mengatasi masalah yang telah dikenal pasti semasa membuat refleksi. Contoh ,
permasalahan penguasaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris murid-murid. Guru
sebagai penyelidik boleh mengkaji secara sistematik isu amalan bilik darjah, membuat
inkuiri untuk menghasilkan teori dan kefahaman baharu berkaitan permasalahan yang
13
dihadapi. Dapatan kajian bolehlah dikongsikan dengan guru-guru lain di samping
membina hubungan dengan rakan taulan dalam usaha mencari amalan terbaik P&P.
Peranan guru sebagai penyelidik membenarkannya mengkaji sesuatu peristiwa
secara saintifik, membuat analisa berdasarkan bukti empirical dan data yang sahih
seterusnya membantu guru membuat keputusan yang bijak dan berkesan mengikut
teori-teori dan prinsip P&P. Oleh itu, guru dan dengan kerjasama rakan-rakan sekerja
dan panatia, dapat membuat penyelidikan untuk membuat kajian tindakan terhadap isu
masalah penguasaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam kalangan murid-
murid. Diharap dengan adanya kajian tindakan yang dilakukan maka dapatlah sesuatu
tindakan diambil untuk mengatasi masalah ini.
PPPM turut mencatatkan bahawa system pendidikan akan menyediakan
pengalaman kepada kanak-kanak untuk berdepan dengan cabaran apabila dewasa
dengan keupayaan menyelesaikan konflik, bijak membuat pertimbangan, berpegang
pada prinsip ketika berada dalam situasi kritikal dan berani melakukan sesuatu yang
betul. Selain itu, usaha untuk melahirkan murid yang penyayang dan dapat memberikan
sumbangan kepada kesejahteraan komuniti dan negara turut diberikan penekanan.
Bagaimanakah golongan guru dapat memainkan peranan bagi mencapai hasrat
tersebut ?
Antara usaha untuk menzahirkan murid seperti yang dihasratkan itu adalah
melalui penyerapan nilai murni sama ada secara langsung ataupun secara tidak
langsung. Selain dilakukan melalui P&P di bilik darjah, penyerapan nilai murni turut
dilakukan ketika melaksanakan aktiviti persatuan atau kelab dan juga melalui aktiviti
yang lain. Perkara ini bukanlah perkara baharu kerana penyerapan kasih saying,
keberanian, tanggungjawab, saling membantu, patriotik dan lain-lain sudah dilakukan
sejak dahulu. Walaupun begitu, usaha yang dilakukan guru di sekolah kadangkala
kurang menampakkan kesan positifnya memandangkan masih terdapat pelajar yang
tidak memiliki ciri seperti yang dimaksudkan itu. Usaha penyerapan nilai murni ini tidak
harus dilakukan bermusim, sebagai contoh, murid-murid dan guru-guru bersemangat
patriotik bila berada di bulan sambutan kemerdekaan sahaja. Tetapi bila tempoh
sambutan berakhir,seolah-olah ia hanya sekadar sambutan Hari Kemerdekaan sahaja.
14
Semangat patriotik bukan sahaja melalui kibaran bendera dan pemakaian baju sahaja
malah sepatutnya berterusan dan tersemadi di dalam jiwa dan nurani setiap rakyat
Malaysia.
Maka guru sebagai agen sosialisasi, guru berperanan membentuk individu yang
mampu, bersosialisasi dan memiliki kecedasan emosi yang tinggi agar dapat
menyesuaikan diri dalam dunia pekerjaan kelak. Guru yang memahami peresaan diri
dan orang lain mempunyai kawalan diri dan motivasi diri akan mempamerkan sifat
empati serta mampu membantu pelajar membentuk emosi yang sihat. Guru juga dapat
membentuk diri murid dengan konsep kendiri positif serta membina keyakinan diri untuk
mencapai potensi mereka.
15
5.0 Keberkesanan Strategi Yang Sedia Ada Dalam Pembinaan Perpaduan Antara
Pelajar
Malaysia merupakan sebuah negara yang unik di mana rakyatnya terdiri
daripada pelbagai etnik dan kaum iaitu di Semenanjung Malaysia terdiri kaum Melayu,
Cina dan India. Manakala, di Sabah terdiri daripada suku kaum Rungus, Dusun, Bajau,
Eranun, Sungai, Kimaragang, Suluk dan Murut serta kaum di Sarawak pula antaranya
terdiri daripada kaum Iban, Melanau dan lain-lain (Tang Chee Yee, 2006). Oleh itu,
perpaduan dan integrasi nasioal adalah satu keperluan bagi menjamin rakyat hidup
dalam suasana aman damai.
Perpaduan nasional umumnya merujuk kepada penyatuan berbagai-bagai
kelompok yang mempunyai latar belakang sosial dan kebudayaan yang berbeza-beza.
Usaha ke arah perpaduan di Malaysia dapat dilihat melalui penyatuan Sabah, Sarawak
dan negeri-negeri Semenanjung (Syed Omar Syed Agil Al-Attas, 2007).
Manakala, konsep integrasi adalah lebih luas. Ia dikatakan satu proses yang
abstrak, satu penyatuan yang sebati dan berpanjangan. Integrasi merupakan satu
proses yang menyatupadukan pelbagai kelompok dalam masyarakat melalui satu
identiti. Ekoran kejadian 13 Mei 1969, kerajaan mula menumpukan usaha-usaha dan
strategi ke arah mewujudkan integrasi nasional (Syed Omar Syed Agil Al-Attas, 2007).
Secara ringkasnya, perpaduan dan integrasi nasional adalah matlamat asas bagi
negara Malaysia. Konsep perpaduan sangat penting dalam usaha menjadikan Malaysia
sebagai sebuah negara yang teguh dan bersatu padu. Secara tidak langsung,
perpaduan dapat menjamin keselamatan negara, kestabilan ekonomi dan politik dalam
jangka masa yang panjang
Perpaduan dan integrasi nasional juga memberi maksud bahawa satu proses
dan sistem hidup yang menyatupadukan seluruh anggota masyarakat dan negara
menerusi ideologi negara supaya setiap anggota masyarakat itu dapat membentuk satu
identiti dan nilai bersama serta semangat kebangsaan yang tunggal dikalangan mereka.
Selain itu, ia juga membawa maksud satu proses bagi mewujudkan satu identiti
16
nasional dikalangan kumpulan yang terpisah dari segi budaya, sosial dan penempatan
di dalam sesebuah unit politik (Natra Nadea, 2010).
Bagi memantapkan lagi perpaduan dikalangan rakyat pelbagai etnik dan kaum,
kerajaan telah menubuhkan Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan
Masyarakat pada 27 Oktober 1990 dengan tujuan untuk menggalakkan perpaduan
masyarakat pelbagai kaum dan integrasi nasional, memberi bantuan khidmat kebajikan
masyarakat, membangunkan dan mengintegrasikan masyarakat kaum Asli, memajukan
kepentingan dan penglibatan wanita dalam pembangunan negara serta menyelaraskan
program kependudukan dan pembangunan keluarga (Natra Nadea, 2010). Kementerian
Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat telah melancarkan dan
melaksanakan beberapa program dan dasar-dasar bagi menjamin kepentingan semua
kaum dalam kalangan pelajar termasuk kaum minoriti tanpa mengira kepentingan kaum
majoriti melalui Sekolah Wawasan dan Pelan Integriti Nasional (PIN) (Amir Hasan Dewi,
2006).
Sekolah Wawasan dicadangkan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun
Dr Mahathir Mohamad di mana ia telah diluluskan oleh kabinet pada tahun 1997. Ia
adalah sekolah rendah yang berkonsepkan belajar bersama-sama dalam satu kawasan
yang sama tanpa mengira kaum dan agama. Konsep ini bermaksud dua atau tiga buah
sekolah yang berlainan aliran dan pentadbiran di bina dalam kawasan yang sama dan
berkongsi kemudahan-kemudahan asas yang sama di mana bahasa Melayu sebagai
bahasa utama dan bahasa-bahasa lain dipertingkatkan. Matlamat asal Sekolah
Wawasan ialah melahirkan generasi yang bersatu padu dan saling memahami antara
satu sama lain (Baharudin, 2009).
Matlamat sekolah wawasan iaitu pertama, mewujudkan perpaduan di kalangan
murid-murid yang berbagai-bagai bangsa, latar belakang dan fahaman agama di mana
murid-murid di sekolah rendah memahami satu sama lain walaupun berasal dari
pelbagai jenis bangsa dan latar belakang yang berbeza kerana dalam sistem ini, bukan
sahaja bangsa Melayu yang ada tetapi akan turut terhimpun pelbagai ras dan agama
(Baharudin, 2009).
17
Kedua, memupuk semangat integrasi antara pelajar dari pelbagai aliran.
Semangat perpaduan dan integrasi ini perlu ditekankan sejak di bangku sekolah rendah
kerana kanak-kanak mudah dilenturkan. Integrasi yang dimaksudkan dalam konteks ini
ialah mewujudkan kerjasama dan harmoni di antara kaum di negara ini (Ahmad Yani
Abdul Manaf, 2007).
Ketiga, melahirkan generasi yang mempunyai sifat toleransi dan persefahaman
yang tinggi demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu. Sekolah Wawasan
memberi kesempatan kepada setiap bangsa untuk bertolak ansur dan mampu
mewujudkan persaingan yang sihat dari aspek akademik. Ia juga mampu membentuk
bangsa Malaysia yang bekerjasama dan hidup harmonis dengan rasa taat setia serta
pengabdian yang tidak berbelah bahagi terhadap bangsa dan negara (Baharudin,
2009).
Keempat, menggalakkan interaksi yang maksimum antara semua warga sekolah
melalui perkongsian kemudahan sekolah dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti lain di
sekolah. Warga Sekolah Wawasan digalakkan menggunakan sebahagian kemudahan
sekolah secara bersama seperti kantin, lapangan perhimpunan, gelanggang permainan
dan padang. Sekolah Wawasan juga memberi peluang kepada para guru dan
kakitangan dari setiap sekolah untuk berinteraksi dengan lebih kerap dan berkongsi
pendapat (Rohani Abdul Wahab, 2010).
Contohnya, perhimpunan bulanan di Sekolah Wawasan dijalankan secara
bersama dengan menggunakan bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi perhimpunan.
Bagaimana pun, bahasa Cina dan bahasa Tamil juga boleh digunakan untuk
memperjelaskan jika ada isu-isu yang perlu diperjelaskan. Secara tidak langsung,
perpaduan dan persefahaman antara kaum dapat dipupuk (Safaruddin Mat Arif, 2010).
18
Strategi yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk menjayakan pelaksanaan
Sekolah Wawasan iaitu dalam aspek pelaksanaan pentadbiran dan pengurusan
kewangan. Sekolah Wawasan mempunyai dua atau tiga buah sekolah rendah berlainan
aliran iaitu Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) dan Sekolah
Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) yang terletak dalam satu kawasan, namun
menggunakan bahasa pengantar masing-masing. Setiap sekolah mempunyai nama
sekolah yang tersendiri termasuk lencana sekolah, lagu sekolah, logo sekolah dan
peperiksan sekolah masing-masing. Sekolah Wawasan juga mempunyai pentadbiran
secara berasingan dari segi peruntukan kewangan, anggaran belanja mengurus dan
pembangunan, Guru Besar dan Pengetua serta personel yang lain-lain bagi aliran
masing-masing seperti yang dipraktikkan oleh sekolah kerajaan biasa. Contohnya, satu
Jawatankuasa Penyelaras yang terdiri daripada Guru Besar atau Pengetua dan dua
orang guru dari setiap sekolah diwujudkan untuk menyelaraskan hal-hal pengurusan
mengenai kebersihan, keceriaan dan keselamatan sekolah. Jawatankuasa ini akan
dipengerusikan oleh salah seorang daripada Guru Besar atau Pengetua dari Sekolah
Wawasan berkenaan secara bergilir-gilir mengikut kesesuaian sama ada satu atau dua
tahun sekali. Jawatankuasa Penyelaras tidak akan menggantikan fungsi Lembaga
Pengelola SJKK (Cina) dan SJK (Tamil) (Ramlan Abd Wahab, 2008).
Strategi kerajaan juga melalui kurikulum dan bahasa pengantar di mana Sekolah
Wawasan menggunakan Kurikulum Kebangsaan sebagai bahasa pengantar di Sekolah
Kebangsaan ialah bahasa Malaysia, Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina
menggunakan bahasa Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tamil menggunakan
bahasa Tamil. Manakala, matapelajaran yang diajar di sekolah adalah mengikut
Kursus-Kursus Pengajian bagi jenis aliran sekolah dan jumlah tenaga pengajar adalah
mengikut norma perjawatan yang telah ditetapkan (Ramlan Abd Wahab, 2008).
Strategi kerajaan yang ketiga ialah melalui kokurikulum di mana warga Sekolah
Wawasan digalakkan menjalankan aktiviti kokurikulum yang sedia ada dan aktiviti
kokurikulum tambahan secara bersama. Bahasa pengantar masing-masing juga boleh
digunakan semasa aktiviti kokurikulum dijalankan di sekolah masing-masing (Ramlan
Abd Wahab, 2008).
19
Contohnya, untuk mengeratkan perpaduan antara kaum, Sekolah Wawasan
digalakkan mengadakan Temasya Sukan Tahunan, Hari Guru, Hari Kebangsaan dan
Hari Kantin secara bersama. Namun demikian, sekolah masing-masing boleh
mnegadakan acara-acara tersebut secara berasingan (Ramlan Abd Wahab, 2008).
Tahap pencapaian pelaksanaan Sekolah Wawasan dilihat kurang mendapat
sambutan kerana kewujudan sekolah jenis kebangsaan. Seperti mana yang diketahui,
penyelarasan kurikulum dan kokurikulum telah dijalankan di semua sekolah di Malaysia.
Namun begitu, ia tidak begitu menyumbang kepada perpaduan dan intergrasi nasional
kerana masih terdapat sekolah-sekolah jenis kebangsaan yang menempatkan pelajar-
pelajar yang terdiri dari kaum-kaum yang sama dalam satu sekolah. Dengan adanya
sekolah-sekolah ini telah mengurangkan peluang-peluang untuk berinteraksi dan
berhubung dengan pelajar-pelajar dari kaum-kaum yang berlainan. Maka, semangat
kekeluargaan tidak dapat dipupuk dan seterusnya menjadi penghalang kepada
perpaduan.
Bagi ibu bapa pula, mereka lebih cenderung untuk menghantar anak-anak
mereka ke sekolah-sekolah jenis kebangsaan seperti kaum Cina dan India. Ini kerana
mereka tidak begitu yakin dengan pengurusan sekolah-sekolah kebangsaan yang
kebanyakkannya terdiri dari pelajar-pelajar Melayu. Malah, mereka menganggap ia
sebagai senjata untuk mengikis identiti kaum lain di Malaysia.
Selain itu juga, wujud kekhuatiran di mana mereka bimbang jika anak-anak
mereka bergaul dengan kanak-kanak lain ketika kecil, mereka akan terpengaruh
dengan bahasa lain. Jika ketika kecil mereka sudah biasa dengan bahasa Melayu,
kanak-kanak ini tidak lagi mempunyai kecenderungan untuk berbahasa ibunda dan
lama kelamaan bahasa ibunda mereka akan pupus (Ahmad Yani Abdul Manaf, 2008).
Disamping itu, sikap untuk tidak mahu berkongsi atau perkongsian pelbagai
peralatan seperti dewan, padang sekolah dan gelanggang permainan akan
menimbulkan masalah sekiranya berlaku pertembungan bagi menganjurkan sebarang
aktiviti yang menggunakan kemudahan yang dikongsi bersama. Adalah sukar untuk
membuat jadual aktivit kerana jadual sekolah adalah terlalu ketat dan bukan senang
20
untuk ketiga-tiga guru besar sekolah mempunyai sikap tolak ansur kerana masing-
masing mempunyai pendapat yang berbeza-beza.
Antaranya penolakan oleh gabungan Persekutuan Persatuan-Persatuan
Lembaga Pengurusan Sekolah Cina dan Persekutuan Guru-Guru Sekolah Cina. Alasan
terbesar mereka ialah kekhuatiran akan kehilangan identiti Sekolah Rendah Jenis
Kebangsaan Cina (SRJK) dan identiti orang Cina akan terhakis. Mereka menganggap
wujud satu agenda yang tersirat yang akan mengganggu gugat kepentingan mereka.
Mereka juga menganggap pelaksanaan Sekolah Wawasan tidak perlu kerana semua
pelajar Melayu, Cina dan Indiaakan belajar dan membesar bersama ketika di Sekolah
Menengah Kebangsaan dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Mereka juga menyatakan
sekolah yang sedia ada sudah mencukupi bagi membuktikan perpaduan rakyat kerana
sukatan pelajaran yang sedia ada adalah berlatar belakang Malaysia. Namun, berbeza
dengan pentadbir Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) yang menerima baik dan
bersikap terbuka dengan Sekolah Wawasan (Ahmad Yani Abdul Manaf, 2008).
21
6.0 Strategi Baru Dalam Pembinaan Perpaduan Dalam Kalangan Pelajar
Sekolah merupakan satu pusat integrasi antara pelajar pelbagai kaum. Ia bukan
sahaja tempat untuk menimba ilmu malah ia juga menjadi alat memupuk perpaduan di
kalangan pelajar. aktivis sosial ‘integrasi di peringkat sekolah rendah adalah penting
untuk perpaduan’. Untuk itu, pihak sekolah perlu mengambil pelbagai langkah agar
perpaduan serta integrasi dapat dipupuk sejak dari bangku sekolah kepada pemimpin
masa hadapan.
Perpaduan di peringkat sekolah dapat dicapai melalui mengadakan kurikulum
yang seragam untuk semua sekolah. Kurikulum boleh dikatakan sebagai bidang
pelajaran di sekolah. Menurut Mok Soon Sang (2005), kurikulum merangkumi
pengalaman kehidupan nyata dan tidak nyata yang diplih, diorganisasi dan disusun oleh
sarjana pendidikan dan pakar kurikulum dengan secara teliti dan profesional, demi
menjadikan pelbagai jenis aktiviti pembelajaran nyata dan tidak nyata seperti yang
dijalankan dalam dan luar bilik darjah, dalam dan luar sekolah, untuk semua peringkat
persekolahan.
Kokurikulum merupakan satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja
yang terancang. Kepentingan pelaksanaan aktiviti ini setara dengan kepentingan
pelaksanaan aktiviti di dalam bilik darjah kerana peranannya juga turut menjadi
penyumbang dan pelengkap kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di
sekolah keseluruhannya. Aktiviti-aktiviti kokurikulum membantu pelajar untuk
menambah,mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang
telah dipelajari di dalam bilik darjah. Peranan utama kokurikulum ialah untuk memupuk
dan mengeratkan hubungan di kalangan pelajar dan juga antara sekolah dengan
masyarakat. Dengan ini perpaduan mula berpucuk di kalangan pelajar dan secara
langsung menuju ke arah integrasi nasional.
Sukan juga menjadi salah satu daripada alat perpaduan di peringkat sekolah.
Sukan dijalankan bukan semata-mata untuk kesihatan tetapi juga untuk perpaduan di
kalangan masyarakat. Matlamat utama hari sukan ialah mewujudkan persefahaman,
semangat kekitaan dan perpaduan diantara pelajar-pelajar sekolah. Pada hari sukan,
22
semua pelajar akan terlibat dalam sesuatu aktiviti permainan, perarakan dan perhiasan
khemah dengan bersatupadu tanpa mengira apa-apa jua tetapi sebagai satu kumpulan
yang majmuk. Ini menuju ke arah perpaduan di antara palajar-pelajar.
Program anak angkat merupakan satu rancangan pertukaran pelajar untuk
sesuatu aktiviti demi kebaikan pelajar. Selalunya ia berfokuskan kepada pembinaan
perhubungan yang tidak mengira agama, bangsa dan negara atau dengan kata lain
menuju perpaduan. Program anak angkat dijalankan oleh pihak sekolah contohnya ke
Sabah, Sarawak atau Brunei agar seseorang pelajar dapat mengenali ciri-ciri kehidupan
dan kebudayaan sesuatu tempat. Dengan ini, wujudlah persefahaman dan perpaduan
di antara pelajar dan penduduk sesuatu tempat. Ia juga menjurus kepada tercapainya
integrasi nasional.
Perkhemahan merupakan satu aktiviti yang dijalankan oleh badan-badan
beruniform seperti pengakap, pandu puteri, bulan sabit merah dan sebagainya. Tujuan
utama aktiviti-aktiviti perkhemahan ini dianjurkan adalah untuk memupuk perpaduan
dan membentuk integrasi di kalangan peserta-peserta perkhemahan. Semangat
kekitaan akan mula berbunga apabila menjalankan aktiviti-aktiviti secara kumpulan dan
berkerjasama untuk mengharungi segala cabaran semasa aktiviti. Kerjasama antara
satu sama lain dan tolong-menolong akan membentuk sikap bersatupadu. Dengan ini
wujudlah perpaduan di antara peserta-peserta perkhemahan yang datang dari sekolah
yang berbeza, latar belakang yang berbeza dan kebudayaan berbeza.
23
7.0 Rumusan
Perpaduan merupakan perkara yang amat mustahak untuk mengekalkan
keharmonian dan kedamaian di sesebuah negara. Negara yang aman dan damai dapat
menjamin kebahagiaan dan keselamatan rakyatnya. Negara yang mengamalkan
perpaduan dapat mencapai kemajuan dengan mudah serta tidak mudah ditakluki kuasa
asing. Antara cara mengekalkan perpaduan dalam sesebuah negara ialah dengan
memupuk semangat partiotisme di kalangan rakyatnya.
Seseorang rakyat haruslah sentiasa bersifat setia dan sayang akan negaranya.
Kita juga harus taat kepada raja dan pemimpin serta tidak mengkhianati negara.
Pengkhianatan terhadap negara merupakan perbuatan yang tidak dapat dimaafkan.
Kita harus menjaga dan mempertahankan maruah dan bangsa negara dengan bersedia
berkorban apa sahaja untuk mempertahankan maruah dan kemerdekaan negara. Kita
juga harus sentiasa peka terhadap isu dan masalah tentang bangsa dan negara serta
cara mengatasinya. Malysi merupakan sebuah negara yang aman dan harmoni, oleh itu
kita haruslah bersyukur sebagai warganegara Malaysia.
Sifat bersatu-padu antara masyarakat yang berbilang kaum amat penting untuk
mewujudkan keharmonian dan semangat berjuang untuk negara, bukannya untuk
bangsa atau kaum sendiri. Kita harus sentiasa hormat-menghormati anta satu sama
lain tanpa mengira kedudukan, bangsa atau agama. Kita tidak berhak mengkritik atau
mengutuk adat resam dan kepercayaan kaum lain. Aktiviti yang melibatkan penglibatan
pelbagai kaum seperti gotong-royong daapt memupuk semangat bermasyarakat antara
kaum.
Secara kesimpulan, perpaduan adalah amat penting dalam sesebuah Negara
untuk menjamin kedamaian di kalangan rakyat. Oleh itu, kita haruslah bekerjasama
mengekalkan perpaduan di negara kita untuk kebaikkan semua.
24
8.0 Refleksi
Sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab, guru harus menyedari tugas
dan amanah yang harus dipikulnya untuk mendidik generasi baru supaya menjadi insan
yang sempurna dan seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial
(JERIS) selari dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Tugasan EDU 3093
ini banyak memberikan kebaikan kepada saya sebagai guru pelatih untuk menempuh
alam pekerjaan sebagai seorang guru kelak.
Antara kelebihan yang saya peroleh daripada penghasilan tugasan ini ialah saya
dapat mengetahui tentang Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang dilancarkan
pada tahun 2013. Pelan ini dicipta bagi meningkatkan mutu dan kualiti pendidikan di
negara kita. Terdapat lima aspirasi yang didukung oleh pelan pendidikan ini iaitu akses,
kualiti, kesaksamaan, perpaduan dan kecekapan. Setiap aspirasi ini mempunyai target
masing – masing.
Selain itu, melalui kerja kursus ini saya dapat mengetahui tentang definisi
konsep kelima – lima aspirasi yang telah disenaraikan oleh Pelan Pembanguan
Pendidikan Malaysia. Kelima – lima aspirasi ini dapat dicapai melalui kerjasama oleh
banyak pihak seperti guru, pentadbir sekolah, ibu bapa Pejabat Pendidikan Daerah dan
Jabatan Pendidikan Negeri.
Di samping itu, saya juga dapat mengetahui tentang pencapaian yang telah
dicapai oleh Pelan Pembangunan Pendidikan melalui surat khabar dan sumber yang
lain. Dalam setahun dua pelaksanaan pelan ini, terdapat beberapa peningkatan yang
dapat dicapai seperti peningkatan markah peperiksaan SPM, kemudahan mengakses
internet di sekolah, kemudahan infrastruktur dan lain – lain.
Seterusnya, kelebihan yang saya perolehi semasa melaksanakan tugasan ini
ialah ia dapat memotivasikan diri saya untuk mengharungi tugas – tugas guru yang
semakin bertambah dari tahun ke tahun. Tugas guru bukan hanya mengajar dan
mendidik anak bangsa sahaja tetapi guru juga perlu mencapai hasrat negara seperti
yang tertulis di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan. Hal ini menjadikan saya lebih
25
bersemangat untuk memperbaiki diri ke arah yang lebih baik dan melaksanakan tugas
sebagai seorang guru dengan penuh tanggungjawab dan dedikasi kerana tugas
mendidik ialah tugas yang mulia disisi agama Islam.
Saya juga dapat mengetahui tentang strategi – strategi yang telah dilaksanakan
oleh kerajaan bagi membina perpaduan antara murid seperti sekolah wawasan dan
keberkesanan strategi –strategi tersebut. Walaupun kerajaan telah melaksanakan
sekolah wawasan, namun ianya tidak mampu untuk menghakis sifat perkauman dalam
kalangan guru dan murid di sekolah tersebut keseluruhannya.
Perubahan sistem pendidikan memerlukan guru berusaha untuk melengkapkan
diri dan mengemaskini ilmu pengetahuan dan kemahiran mengajar dari semasa ke
semasa. Kurikulum yang diguna pada zaman dulu tidak sama dengan kurikulum yang
digunakan pada masa kini. Oleh itu, guru hendaklah menghadiri kursus-kursus yang
dianjurkan oleh pihak Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat
Pendidikan Daerah atau Kursus Peningkatan Profesional isme Keguruan.
Kehadiran kursus-kursus ini penting untuk mempertingkatkan keupayaan
prestasinya dalam bidang pendidikan yang kian kompleks, canggih serta mencabar.
Sesungguhnya kerja kursus ini banyak membantu saya memahami profesion perguruan
dan memberi banyak manfaat kepada saya sebagai seorang bakal guru
26
9.0 Rujukan
Ahmad Yani Abdul Manaf. (2007). Guru dan kepentingan amalan reflektif: satu kajian
kes. Journal Akademik, Institut Perguruan Kota Bharu. Jilid 13.
Baharudin (2009). Keguruan dan Perguruan Di Malaysia: Keperihalan kini dan Arah
yang Dituju. KONPEN V, Johor Bahru 6-8 Disember
Carl Rogers. (1999).Towards a conceptualization of mentoring in Issues in Mentoring,
London: Routledge,Open University.
Lewis M. Beaker (1982). „Norms of Collegiality and Experimentation: Workplace
conditions of schoolsuccess.‟ Educational Research Journal, 19, 3 pg 325-340.
Mok Soon Sang ( 2007). Pendidikan di Malaysia. Subang Jaya: Kumpulan Budiman
Sdn. Bhd.
Natrah Nadea. (2010). Perpaduan dalam Budaya. Bentong, Pahang: PTS Professional
Publishing Sdn. Bhd
Ragbir Kaur a/p Joginder Siingh. (2005). Panduan Ulangkaji Ilmu Pendidikan untuk
Kursus Per
Ramlan Abdul Wahab. (2008). Falsafah Pendidikan dan Kurikulum. Tanjung Malim,
Perak: Quantum Books
Rohani Abdul Wahab (2010). Pengantar Pengajian Profesionalisme. Ipoh:
Multimedia Sdn. Bhd.
Safaruddin Mat Arif (2010). Pendidikan Di Malaysia. Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Guruan Lepasan Ijazah (KPLI). Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Syed Omar Syed Sagil Al - Attas (2007). Asas kepimpinan dan Perkembangan
Profesional. Selangor : Multimedia Sdn. Bhd.
27
Tang Chee Yee. (2006). Pendidikan dan Pembangunan Manusia: pendekatan
bersepadu .Selangor: Penerbit As-Syabab Media
28