Cabaran Guru

10
Satu agenda dalam program pendidikan kini sebagai persediaan abad ke-21, ialah Sekolah Bestari. Perlaksanaan Sekolah Bestari turut mewujudkan tranformasi dalam sistem pendidikan yang meliputi aspek kurikulum, sistem penilaian, pentadbiran, pengurusan pembelajaran. Implikasi kepada reformasi ini, memerlukan persediaan guru. Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd. Zahid bin Mohd. Nordin, memberi ciri-ciri guru bestari ialah guru-guru yang boleh dan bijaksana mengimbangi keperluan Wawasan Pendidikan dengan tuntutan dan cabaran semasa. Pendidikan Bestari antara lain menginginkan guru yang berketrampilan. Tingkat ketrampilannya bukan sekadar mengguna dan menguruskan teknologi, tetapi lebih penting berkeupayaan menyaring, mengadun, mengacu setiap perkara seiring dengan tingkat ketahanan anak bangsa, sejajar dengan budaya halus masyarakat kita dan seterusnya menyumbang untuk terus memperkukuh asas kewujudan kita (1997).Merujuk kepada cabaran besar di atas, para pendidik mempunyai tanggungjawab melaksanakan peranan berikut secara komited dan ikhlas: 1. Membina Budaya Ilmu Kemampuan para pendidik ialah menyusun dan mensepadukan ilmu dengan perkembangan semasa, seperti: · Teknologi dan perkomputeran Para pendidik seharusnya mengorak langkah dan menggembleng peluang untuk melengkapkan diri berketrampilan sebagai pemimpin ilmu berasaskan teknologi serta bersedia menjurus kepada penguasaan dan penggunaan teknologi maklumat untuk pelbagai bidang dan menjadi mekanisme urusan harian. · Kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif Pelajar-pelajar mestilah dididik menggunakan daya fikiran tinggi dan minda untuk melahirkan pelajar-pelajar untuk belajar sepanjang hayat dan mempunyai modal intelektual tinggi menghadapi era globalisasi. Kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif perlu juga terarah kepada pandangan jauh dan luar biasa. · Kebolehan menterjemah dan mengawal kurikulum yang luas Para pendidik seharusnya mempunyai kemahiran dan berketrampilan mengaitkan domain teori dengan praktis dan mesti bijak membina pengetahuan dan kemahiran secara developmental

description

cabaran guru

Transcript of Cabaran Guru

Page 1: Cabaran Guru

Satu agenda dalam program pendidikan kini sebagai persediaan abad ke-21, ialah Sekolah Bestari. Perlaksanaan Sekolah Bestari turut mewujudkan tranformasi dalam sistem pendidikan yang meliputi aspek kurikulum, sistem penilaian, pentadbiran, pengurusan pembelajaran. Implikasi kepada reformasi ini, memerlukan persediaan guru. Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd. Zahid bin Mohd. Nordin, memberi ciri-ciri guru bestari ialah guru-guru yang boleh dan bijaksana mengimbangi keperluan Wawasan Pendidikan dengan tuntutan dan cabaran semasa. “Pendidikan Bestari antara lain menginginkan guru yang berketrampilan. Tingkat ketrampilannya bukan sekadar mengguna dan menguruskan teknologi, tetapi lebih penting berkeupayaan menyaring, mengadun, mengacu setiap perkara seiring dengan tingkat ketahanan anak bangsa, sejajar dengan budaya halus masyarakat kita dan seterusnya menyumbang untuk terus memperkukuh asas kewujudan kita (1997).”

Merujuk kepada cabaran besar di atas, para pendidik mempunyai tanggungjawab melaksanakan peranan berikut secara komited dan ikhlas:

1.   Membina Budaya Ilmu

Kemampuan para pendidik ialah menyusun dan mensepadukan ilmu dengan perkembangan semasa, seperti:

·         Teknologi dan perkomputeranPara pendidik seharusnya mengorak langkah dan menggembleng peluang untuk melengkapkan diri berketrampilan sebagai pemimpin ilmu berasaskan teknologi serta bersedia menjurus kepada penguasaan dan penggunaan teknologi maklumat untuk pelbagai bidang dan menjadi mekanisme urusan harian.

·         Kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktifPelajar-pelajar mestilah dididik menggunakan daya fikiran tinggi dan minda untuk melahirkan pelajar-pelajar untuk belajar sepanjang hayat dan mempunyai modal intelektual tinggi menghadapi era globalisasi. Kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif perlu juga terarah kepada pandangan jauh dan luar biasa.

·         Kebolehan menterjemah dan mengawal kurikulum yang luasPara pendidik seharusnya mempunyai kemahiran dan berketrampilan mengaitkan domain teori dengan praktis dan mesti bijak membina pengetahuan dan kemahiran secara developmental mengikut kadar pembelajaran (pace of learning) untuk mencapai kemahiran thoughful learning. Kurikulum sepatutnya mempunyai ruang untuk disesuaikan dengan perkembangan semasa berdasarkan keperluan negara, perkembangan semasa dan kemajuan sejagat. Kurikulum yang hendak digubal melalui Four Pillars of Learning iaitu:

ü  Learning to know (Belajar untuk menguasai ilmu)ü  Learning to do (Belajar untuk menguasai kemahiran)

Page 2: Cabaran Guru

ü  Learning to be (Belajar untuk menjadi insan berguna)ü  Learning to live together (Belajar untuk harmoni dan bekerjasama)

·         Menerapkan nilai-nilai murni/moral/akhlakNilai-nilai murni menitikberatkan perlakuan baik, peradaban dan tatasusila insan dalam hubungannya sesama manusia, alam dan Tuhan. Elemen ini sangat penting dalam usaha membudayakan masyarakat yang dapat mewujudkan kesejahteraan dan keharmonian negara.

·         Menguasai pengetahuan dan kemahiran industriMelahirkan generasi untuk pasaran tenaga kerja industri merupakan Dasar Pembangunan Negara. Usaha ini ialah sebagai sumbangan kepada melahirkan sumber manusia yang menyumbang kepada tenaga buruh yang berkualiti, serba boleh dan responsif kepada perubahan keadaan perindustrian. Kurikulum dan daya didik di dalam sistem pendidikan hendaklah berupaya merealisasikan masyarakat saintifik, teknologis dan progresif yang inovatif dan berpandangan jauh ke hadapan.

2.   Membentuk Masyarakat Madani

Pendidik yang profesional dapat menangani pengajaran dan pembelajaran yang dapat membudayakan masyarakat dengan amalan akhlak dan nilai-nilai murni. Perkembangan dan kemajuan dunia boleh mempengaruhi gaya hidup dan akhlak masyarakat kita. Usaha mengimbangkan perkembangan dan kemajuan dunia aspek teknologi maklumat dan industri hi-tech, dengan pembentukan rohaniah dan ketahanan diri diberikan perhatian serius.

Maka konsep masyarakat madani merupakan wadah untuk membudayakan masyarakat Malaysia. Kurikulum dalam sistem pendidikan kita sama ada secara formal atau tidak formal, mampu menyusun dan membentuk masyarakat madani. Dalam merancang pelaksanaan konsep ini beberapa perkara mesti diberi perhatian:

·         Prinsip berteraskan keimanan dan moral yang menjamin keseimbangan antara kebebasan perseorangan dengan kestabilan dan kesejahteraan masyarakat.

·         Mendorong perkembangan individu dari segi pemikiran, budaya, sosial, ekonomi, alam sekitar dan teknologi.

·         Sistem sosial yang cekap dan saksama serta perlaksanaan pemerintahan mengikut undang-undang dan bukan nafsu atau kepentingan individu.

·         Mengamalkan akhlak terpuji dan boleh diteladani.

Usaha mewujudkan masyarakat madani diharap dapat melahirkan warna negara yang berpegang kepada teras keimanan dan ketuhanan, mempunyai ketahanan diri, memiliki identiti bangsa Malaysia, tahap kepimpinan yang dinamik, berpandangan jauh, kreatif dan inovatif, citra diri yang tinggi, berdisiplin dan amalan hidup yang cemerlang.

Page 3: Cabaran Guru

2.1     Peranan Guru dalam Melonjak Transformasi Pendidikan Negara

Guru yang inovasi dan kreatif dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka sesuai dengan misi dan visi sekolah serta mampu memenuhi matlamat pendidikan negara ke arah meningkatkan kualiti pendidikan seiring dengan cabaran dunia globalisasi. Cabaran global kini memerlukan guru mempunyai keunggulan hasil inovasi dalam pedagogi yang ditentukan oleh cara kurikulum yang dilaksanakan dan disesuaikan dengan konteks budaya yang diwakili oleh setiap murid yang berlainan bangsa. 

Profesor Emeritus Tan  Sri Dr. Khoo Kay Kim menegaskan bahawa untuk melonjak transformasi pendidikan, kerajaan perlu melakukan perubahan terhadap guru terlebih dahulu. Dalam mencapai taraf negara maju pada abad ke 21, Malaysia memerlukan warganegara yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Sains dan Matematik. Antara peranan guru dalam melonjak transformasi pendidikan negara ini adalah dengan mempersiapkan diri untuk membangunkan kemahiran dalam menjadi seorang yang kreatif dan berinovasi. Guru sebagai sumber manusia dalam bidang pendidikan yang bertanggungjawab membina kreativiti dan inovasi dalam setiap program pendidikan secara terancang dan sistematik. Sehubunagn dengan itu, latihan perguruan yang dipraktkikan di institusi pengajian tinggi mesti menyediakan tenaga guru yang dapat menonjolkan peranan mereka dengan lebih efisyen dan berdaya saing dalam menempuh dunia moden disamping melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran insaniah yang diperlukan selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 

Dalam melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran, guru harus dilengkapi oleh pakej latihan yang dianjurkan oleh Jabatan pelajaran Negeri atau Jabatan Pelajaran Daerah. Melalui pakej latihan yang dianjurkan ini, guru dapat dilatih untuk mengkaji semula, mengenalpasti dan menyelesaikan masalah dalam proses pembelajaran di kelas secara kritis dan kreatif. Pakej latihan dicadangkan menyediakan idea dan aktiviti yang berguna untuk menyokong peningkatan kualiti pembelajaran melalui sumbangan idea daripada guru yang berpengalaman, guru yang berprestasi cemerlang dan guru yang mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu. Selain menyertai pakej latihan, guru yang berinovasi juga perlu menghadiri bengkel mengenai e-pembelajaran yang dianjurkan oleh badan kerajaan mahupun swasta. Melalui bengkel ini juga, guru akan didedahkan kepada persepsi umum yang berkaitan dengan kualiti dalam e-pembelajaran.

Selain membangunkan dan mempersiapkan diri menjadi guru yang kreatif dan berinovasi, guru berperanan menyediakan bahan bantu mengajar yang dapat dimanfaatkan dalam bilik darjah. Pendidikan kini menekankan

Page 4: Cabaran Guru

penggunaan teknologi komunikasi dan maklumat dalam bilik darjah. Dasar kurikulum baru iaitu kurikulum standard sekolah rendah menekankan penggunaan teknologi komunikasi dan maklumat dalam bilik darjah. Bahan grafik merupakan bahan yang mudah difahami oleh murid selain alat bantu mengajar berbentuk visual. Cabaran dan perubahan pendidikan masa kini menuntut guru menghasilkan bahan bantu mengajar yang dapat mempertingkat mutu dan kualiti pendidikan bertaraf antarabangsa sesuai dengan perkembangan pendidikan masa kini. Bahan inovasi pendidikan pemulihan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) ini merupakan salah satu contoh bahan bantu mengajar yang boleh digunakan dalam bilik darjah.

Hakikatnya terdapat pelbagai langkah yang boleh dilaksanakan dalam meningkat kualiti pengajaran guru dalam memastikan peranan guru melonjak transformasi pendidikan negara dilaksanakan. Semua pihak harus memberikan jalinan kerjasama dalam memastikan pendidikan yang diberikan dapat menjamin kualiti dan mutu generasi pemimpin kita pada masa akan datang. 

2.2     Cabaran Guru sekolah dalam Abad ke-21

Guru-guru khasnya dan profesion amnya, adalah tidak terkecuali daripada terlibat dengan keadaan perubahan akibat daripada internationalisme dan globalisasi (Ibrahim Abu Shah, 2002; Rohaty Majzub, 2000; Wan Liz Ozman, 2000; Kim, 1995). Ini memandangkan guru adalah agen perubahan.

2.2.1   Cabaran globalisasi

Naisbitt (1982) pula menegaskan dalam abad ke-21, salah satu aliran mega di peringkat global ialah kepakaran pendidikan secara global (global educational experties) selain daripada hubungan dalam bentuk rangkaian (networking). Bagi Rohaty Majzub (2000), ini dianggap sebagai sifat antarabangsa(international character) yang perlu ada pada guru kerana ini adalah avenue baru yang perlu diteroka dan diperkembangkan.

Pelaksanaan pengajaran dalam bahasa Inggeris adalah selari dengan arus globalisasi. Guru-guru perlu menyahut cabaran ini kerana generasi yang hidup pada abad ke-21 ini perlu mempunyai kemahiran berkomunikasi hingga ke peringkat antarabangsa. Selain itu, kebanyakan sumber maklumat adalah berasaskan kepada bahasa antarabangsa iaitu bahasa Inggeris.

Wan Liz Ozman, (2000); Hasan Langgulung, (1997); dan Ghazali Basri, (1984) melihat guru adalah sebagai penyampai ilmu (mua’lim), pendidik (murabbi), pembentuk adab (mu’addib),pembentuk ciri kepimpinan (mursyid) dan pemberi kemahiran (mudarris). Oleh yang

Page 5: Cabaran Guru

demikian kriteria guru adalah dilihat dari segi pengetahuannya, kemahirannya serta nilai dan keperibadiannya.

2.2.2   Cabaran dalam masyarakat

Profesion perguruan adalah berkait dengan kemasyarakatan. Semakin masyarakat dan negara bertambah maju dan bersifat global semakin meningkat taraf hidup dan status sosio ekonomi rakyat, semakin besar gelombang cabaran di hadapan guru-guru (Ramlan, 2002).

Guru adalah agen perubahan yang membawa kemajuan kepada masyarakat (Wan Liz Ozman, 2000; Atan Long, 1980). Menurut Boyer (1994), dalam abad ke-21, cabaran dalam bidang pendidikan adalah tidak terhad kepada penemuan-penemuan baru sahaja. Namun ia termasuk juga penyesuaian penemuan-penemuan tersebut kepada perspektif yang lebih luas dan seterusnya dapat dimanfaatkan oleh masyarakat. Oleh yang demikian, kaum guru perlulah mempunyai kesediaan menerima sebarang penemuan baru seterusnya berkemampuan untuk mengaplikasikan penemuan baru tersebut di dalam profesion bagi kepentingan masyarakat.

Kepada masyarakat, guru adalah sumber maklumat dan pengetahuan, kemahiran dan keterampilan; sumber kebudayaan dan ilmu; sumber pemupukan kepercayaan dan sistem nilai; penyediaan tenaga manusia untuk alam pekerjaan; dan penjagaan belia, remaja dan kanak-kanak (Wan Liz Ozman, 2000; Kementerian Pendidikan, 1996; Sufean Hussin, 1996; Wan Mohd. Zahid, 1994).

2.2.3   Cabaran dalam sistem pendidikan

Misi Kementerian Pendidikan Malaysia ualah membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia.

Kurikulum terus mengalami perkembangan dari semasa ke semasa. Perubahan-perubahan yang seperti ini tentunya mengubah harapan dan keperluan semua pihak ke atas kecekapan dan keterampilan guru-guru agar impian sebagai yang diwawarkan menjadi kenyataan. Contohnya pengenalan mata pelajaran vokasional (MPV).

2.2.4   Cabaran di sekolah

Persidangan Pendidikan ke-5 dalam tahun 1997 merumuskan bahawa cabaran besar dalam abad ke-21 selain daripada ledakan ilmu yang berbentuk global ialah masalah sosial yang perlu ditangani dan diatasi kearah membentuk masyarakat madani (Mohamad, 1998). Perdana Menteri Malaysia

Page 6: Cabaran Guru

menegaskan bahawa kepentingan sistem pendidikan menyediakan ‘generasi kedua’ atau ‘generasi wawasan’ memerlukan piawaian baru termasuk mengurangkan masalah gejala sosial pelajar seperti ponteng sekolah dan lepak serta salah laku yang lain (Wan Mohd. Zahid, 1997).

Walau bagaimanapun permasalahan ini masih terus meningkat kerana kadar pertambahan bilangan pelajar yang terus meningkat untuk tempoh dari tahun 1990 hingga 2000, didapati tingkatan 1 mengalami pertambahan 34.0%, tingkatan 2 mengalami pertambahan 47.5%, tingkatan 3 mengalami pertambahan 44.2%, tingkatan 4 mengalami pertambahan 90.1% dan tingkatan 5 mengalami pertambahan 96.0% (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001). Berdasarkan analisis ini, pertambahan bilangan pelajar akan terus meningkat pada kadar 8.9% sehingga tahun 2010. Ini menjadi cabaran kepada sekolah dan guru-guru kerana masalah kemudahan prasarana adalah tidak mencukupi.

Sehingga tahun 2000, terdapat 40,021 bilik darjah bagi sekolah menengah yang menampung 57, 581 kelas yang bermakna setiap bilik darjah adalah untuk 1.4 buah kelas (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001). Dengan kata lain masih wujud ‘kelas terapung’. Ini jelas tidak mencukupi dan boleh mendatangkan masalah lain seperti masalah disiplin, masalah sosial dan lain-lain selain daripada masalah pembelajaran.

Jumlah pelajar yang terlibat dengan kes disiplin semakin hari semakin meningkat (Shahril @ Charil & Habib, 1999). Pada tahun 1993 sebanyak 36.7% daripada keseluruhan pelajar dikenakan tindakan amaran; 15.66% diberi nasihat; 16.8% dirotan sekali; 8.18% dirotan dua kali; 2.27% dirotan tiga kali; 0.90% dirotan lebih tiga kali; gantung sekolah 2.90%; buang sekolah 0.51% (Wan Mohd. Zahid, 1997). Mungkin dari segi angka peratus adalah kecil tetapi dari segi bilangan pelajar yang terlibat keseluruhannya adalah pada angka yang besar . keadaan ini adalah sangat mencabar dan membimbangkan.

Selain daripada kemudahan-kemudahan yang masih belum lengkap sepenuhnya, sebagai contoh daripada 1645 buah sekolah menengah yang ada pada tahun 2000, hanya 1340 sekolah yang ada makmal komputer; hanya 1406 sekolah yang ada bilik ekonomi rumah tangga; hanya 1452 sekolah yang ada bilik kaunseling; hanya 1463 sekolah yang ada pusat sumber dan hanya 1258 sekolah yang ada dewan perhimpunan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001). Statistik ini menunjukkan perlunya kreativiti dan keterampilan guru di dalam menyerap segala kekurangan tersebut.

Menurut Reighlath dalam Ornstein & Hunkins (1993), pihak pengurusan dan pentadbiran sekolah di zaman kepesatan teknologi banyak mengalami perubahan selaras dengan pada masa kini. Ini memberi cabaran kepada guru di dalam mengikuti perkembangan terkini. Guru-guru perlu mahir dengan sistem teknologi yang ada (Shahril @ Charil & Habib, 1999).

2.2.5   Cabaran dalam bilik darjah

Page 7: Cabaran Guru

Menurut Wan Mohd. Zahid (1993), pada abad ke-21, para pelajar perlu dikembangkan potensinya yang ada di hemisfera otak kanan dan di hemisfera otak kirinya secara seimbang.

Dari sudut proses pengajaran dan pembelajaran pula, dalam abad ke-21 para pelajar akan mendapat pelbagai kemudahan, termasuk kemudahan ICT sebagai yang dirancang untuk membantu mereka dalam proses pembelajaran bestari.

Dalam proses penilaian pelajar pula, penilaian kemajuan berasaskan sekolah (PKBS); penilaian hasil pembelajaran (learning outcomes); perlaksanaan penanda aras (bench marking); dan ujian atau peperiksaan secara talian terus (online) akan menjadi perkara biasa untuk dilaksanakan dalam abad ke-21. Menurut Wise (1999) ‘Increasingly, technology is poised to revolutionize teaching, learning and assessment’.

2.3     Senario Pendidikan Guru Masa Kini

Kekurangan guru memang ada berlaku di mana-mana sekolah dan ia tidaklah berlaku sepanjang masa. Senario ini memang disedari dan ditangani oleh pihak Kementerian Pendidikan dan juga IPTA. Pelbagai cara telah dilakukan termasuklah mengadakan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) kepada lepasan universiti. Dengan pemberian elaun sebanyak RM1,200.00 sebulan pasti menarik minat para lepasan ijazah untuk menceburi dalam bidang profesion perguruan. Walau bagaimanapun pemilihan bukan berdasarkan tawaran, minat sahaja dan kesukaran mendapat kerja lain. Sebenarnya ia berdasarkan penapisan dari segi keputusan cemerlang dalam kursus yang dipohon, kebijaksanaan menjawab persoalan dalam temuduga dan juga sifat-sifat kepimpinan yang terserlah sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Kekurangan guru bahasa Inggeris di peringkat sekolah menengah nampaknya sering diperkatakan namun semenjak program KPLI diadakan di maktab-maktab perguruan ia dapat diatasi sedikit demi sedikit. Antara maktab perguruan yang popular melatih guru-guru bahasa baik dalam program KPLI mahupun Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM) ialah Institut Perguruan Bahasa-bahasa Antarabangsa (IPBA) yang beroperasi pada tahun 1999 di Kuala Lumpur. Pusat pembelajaran bahasa yang menggunakan kurikulum antarabangsa terkini mampu melahirkan guru-guru yang berkualiti dalam pengajaran bahasa Inggeris baik di peringkat sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Program berkembar dengan universiti-universiti luar negara untuk pengajian TESL juga diadakan di institut atau pusat lain.

Untuk meningkatkan tahap guru yang lebih berkualiti dan cemerlang dalam pengajaran, Bahagian Pendidikan Guru pada masa kini telah mengadakan pelbagai program, antaranya ialah:

1.    Pensiswazahan bagi guru-guru sekolah rendah dan menengah.2.    Melatih guru sekolah agama rakyat.

Page 8: Cabaran Guru

3.    Melatih guru untuk menjayakan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.

4.    Menyediakan guru mata pelajaran vokasional.5.    Kursus Dalam Perkhidmatan6.    Program Latihan Perguruan Institut Pendidikan Swasta (PLPS)

Kursus Dalam Perkhidmatan sentiasa diadakan untuk guru-guru yang sudah berkhidmat bagi meningkatkan kemahiran mengajar dan penguasaan ilmu yang luas. Menurut Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Haji Razali Ismail (Berita Harian, 25 Jun 2003) sekurang-kurangnya sekali setahun semua guru sekolah rendah dan menengah perlu menghadiri kursus jangka pendek yang dianjurkan oleh Bahagian Pendidikan Guru. Jadi dengan adanya kursus seperti ini dan lain-lain bengkel yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri, kualiti guru akan lebih terjamin dan tidak boleh dipersoalkan lagi. Jadi itulah cara untuk mengembangkan profesionalisme semua guru kerana dunia pendidikan terpaksa berhadapan dengan keperluan yang terbaru.

Program PLPS amat berguna kerana kita tahu sebahagian besar institut pendidikan swasta terdiri daripada guru-guru yang tidak mempunyai sijil atau Diploma pendidikan. Jadi melalui latihan yang diberikan boleh membantu mereka mendapatkan pengiktirafan daripada pihak kerajaan sebagai seorang guru yang mempunyai pengetahuan yang cukup dalam kaedah pengajaran.

Bagi guru-guru yang tidak mempunyai peluang yang baik untuk menyumbangkan pelajaran, Kementerian Pendidikan dengan kerjasama Universiti Terbuka Malaysia telah mengadakan Pendidikan Jarak Jauh. Bidang pengajian dibuat secara ‘online’ dan ijazah yang dikeluarkan oleh Universiti Terbuka Malaysia diiktirafkan oleh pihak kerajaan. Dengan kemudahan yang ada ini lebih ramai guru-guru sekolah rendah khasnya berpeluang untuk menyumbangkan pelajaran yang lebih tinggi iaitu peringkat ijazah secara PJJ.

Pada masa kini untuk mencari calon guru-guru yang betul berkemahiran dalam bidang fizik, Matematik memang susah kerana pelajar yang lulus cemerlang dalam SPM mereka tidak berminat untuk menjadi guru. Oleh itu, mereka lebih suka belajar dalam bidang perubatan dan kejuruteraan. Untuk mengatasi masalah ini mulai tahun 2003, Bahagian Pendidikan Guru telah memperkenalkan Program Pelajar Cemerlang (PPC). Melalui program ini pelajar yang cemerlang dalam Matematik, Kimia, Biologi dan Fizik ditempatkan di beberapa buah kolej sebelum dihantar berkursus dalam bidang pendidikan ke luar negara. Jadi dengan cara ini, empat atau lima tahun lagi Kementerian Pendidikan Malaysia akan dapat melahirkan guru-guru yang betul-betul pakar dalam bidang-bidang tersebut.