CABARAN GURU DALAM PROFESION PERGURUAN DAN … · menghadapi cabaran dalam profesion perguruan dan...
Transcript of CABARAN GURU DALAM PROFESION PERGURUAN DAN … · menghadapi cabaran dalam profesion perguruan dan...
CABARAN GURU DALAM PROFESION PERGURUAN DAN
HUBUNGANNYA DENGAN KEPUASAN KERJA DI KALANGAN GURU-
GURU TEKNIKAL DI DUA BUAH SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DI
PERAK
NOORMALA BINTI KAMARODIN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
CABARAN GURU DALAM PROFESION PERGURUAN DAN
HUBUNGANNYA DENGAN KEPUASAN KERJA DI KALANGAN GURU-
GURU TEKNIKAL DI DUA BUAH SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DI
PERAK
NOORMALA BINTI KAMARODIN
Laporan Projek Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2007
iii
DEDIKASI
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala
pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T Tuhan seluruh alam. Salawat dan salam ke
atas junjungan Nabi Muhamad S.A.W.
Buat suami tercinta,
Zainal Anuar b. Mat Sayuti
Serta anak-anak tersayang,
Izhar Adib b. Zainal Anuar
Muhammad Dinie Adam b. Zainal Anuar
Nur Zurin Aisyah bt. Zainal Anuar
Terima kasih di atas pengorbanan kalian, membenarkan isterimu dan emak
belajar demi masa depan kita bersama. Sesungguhnya kalianlah segalanya.
Buat ayahanda dan bonda yang dikasihi,
Hj. Kamarodin b. Abas & Hjh. Aminah bt. Hj. Jelani
Tiada apa yang dapatku bicarakan, hanya doaku mengiringi setiap detik
perjalanan hidup ini. Harapanmu lebih sedekad yang lalu kini telah ku tunaikan jua.
Buat ayah dan ibu mertuaku,
Hj. Mat Sayuti b. Ahmad & Hjh. Rahimah bt. Ramli
Segala dorongan, pengorbanan dan keikhlasanmu tidak termampu diungkapkan
dengan kata-kata.
Pengorbanan dan keperitan dalam menghadapi dugaan hidup selama ini tetap
menjadi teladan dan kenangan kita sekeluarga. Semoga Allah memberi hidayah dan
membuka pintu RahmatNya.
iv
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Syukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnia dan hidayah-
Nya, saya dapat menyiapkan penyelidikan ini. Setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih kepada Penyelia Tn. Hj. Mohd Anuar B. Abdul Rahman di atas segala
tunjuk ajar, bimbingan, teguran dan nasihat yang berterusan sehingga laporan projek
ini berjaya disiapkan.
Terima Kasih diucapkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia,
Bahagian Pendidikan Guru kerana memberikan peluang kepada saya mengikuti
Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG) Ambilan 2004/2007.
Rakaman penghargaan juga kepada pihak-pihak yang terlibat iaitu
Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri Perak, Pengetua serta
guru-guru di sekolah-sekolah yang terlibat amatlah dihargai.
Penghargaan juga ditujukan kepada semua pensyarah dan kakitangan
akademik Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Tidak lupa juga
kepada rakan-rakan seperjuangan di atas segala dorongan yang diberikan serta
kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung membantu
menjayakan laporan projek penyelidikan ini dan kepada semua insan yang
mendoakan kejayaan dan kebahagian saya.
v
ABSTRAK
Kajian deskriptif berbentuk tinjauan ini bertujuan melihat tahap keupayaan
menghadapi cabaran dalam profesion perguruan dan tahap kepuasan kerja dalam
kalangan guru-guru teknikal di dua buah Sekolah Menengah Teknik di negeri Perak.
Selain itu, kajian ini juga bertujuan melihat perhubungan di antara cabaran dalam
profesion perguruan dengan kepuasan kerja guru dan perbezaan kepuasan kerja
berdasarkan jantina. Satu set soal selidik digunakan untuk mengumpulkan data
kajian dan dianalisis dengan bantuan Statistical Packages For Social Sciences (SPSS
versi 11.0 untuk Window). Responden kajian seramai 119 orang guru-guru teknikal.
Hasil kajian rintis menunjukkan nilai kebolehpercayaan item dan nilai alpha yang
diperolehi bagi soal selidik cabaran dalam profesion perguruan adalah 0.94 dan
kepuasan kerja guru adalah 0.75. Dapatan kajian menunjukkan tahap keupayaan
guru menghadapi cabaran dalam profesion perguruan adalah tinggi dan kepuasan
kerja adalah pada tahap sederhana. Ujian korelasi membuktikan bahawa terdapat
hubungan yang signifikan sederhana di antara cabaran dalam profesion perguruan
dengan kepuasan kerja guru. Hasil ujian-t, mendapati tidak terdapat perbezaan yang
signifikan kepuasan kerja berdasarkan jantina guru. Beberapa cadangan telah
dikemukakan di akhir kajian ini.
vi
ABSTRACT
The purpose of this descriptive study was to identify the level of ability to
facing the challenges in teaching profession and to identify the level of job
satisfaction among technical teacher’s at two Technical Secondary Schools in Perak.
This study also aimed to examine the correlation between challenges in teaching
profession and the job satisfaction, differences job satisfaction level based on gender.
A set of questionnaire was used to gather all data related to the study and Statistical
Packages For Social Sciences (SPSS versi 11.0 for Windows) was used to analyze
the data. 119 school teacher’s are selected as the respondents of this study. The pilot
study was carried out to determine the realibility of the item. The analysis of
questionnaires realibility showed for teacher’s challenging in their profession was
0.94 and 0.75 for the job satisfaction on the Cronbach’s Alpha scale. The finding
showed that the level of teacher’s ability to facing the challenging in teaching
profession was high and level of job satisfaction was moderate. The result of the
Pearson correlation test showed that there was a significant relationship between the
challenging in teaching profession and job satisfaction at moderate level. However,
the t-test result showed, there was no significant differences between the teacher’s
gender. Several recommendations were suggested from results of this study.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN
JUDUL
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI SINGKATAN xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 7
1.4 Objektif Kajian 8
1.5 Persoalan Kajian 8
1.6 Hipotesis Kajian 9
1.7 Kepentingan Kajian 9
viii
1.8 Skop dan Batasan Kajian 10
1.9 Definasi Kajian 11
1.10 Penutup 15
2 SOROTAN KAJIAN 16
2.1 Pengenalan 16
2.2 Tanggungjawab dan Peranan Guru 16
2.3 Cabaran-Cabaran Guru
2.3.1 Berkemahiran Sebagai Seorang
Pendidik
2.3.2 Meningkatkan Kepekaan Terhadap
Kehendak Dan Keperluan
Masyarakat Masa Kini
2.3.3 Menggalakkan Sikap Proaktif Di
Kalangan Guru (Tugas)
2.3.4 Berkesedaran Untuk Sentiasa
Mengemaskinikan Ilmu
Pengetahuan
18
20
22
25
28
2.4 Kepuasan Kerja Guru 32
2.5 Dapatan dari Kajian-Kajian Lepas 33
2.6 Penutup 35
3 METODOLOGI KAJIAN 36
3.1 Pengenalan 36
3.2 Rekabentuk Kajian 36
3.3 Lokasi Kajian 37
3.4 Populasi Kajian 37
3.5 Instrumen Kajian 38
ix
3.6 Kajian Rintis 40
3.7 Prosedur Mengumpul Data Kajian 41
3.8 Analisis Data 42
3.9 Penutup 46
4 ANALISIS DATA 47
4.1 Pengenalan 47
4.2 Analisis Latar Belakang Responden 47
4.2.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 48
4.2.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 48
4.2.3 Taburan Responden Mengikut Umur 49
4.2.4 Taburan Responden Mengikut Jawatan
Yang Disandang
50
4.2.5 Taburan Responden Mengikut
Pengalaman Mengajar
50
4.3 Analisis Data Berdasarkan Persoalan Kajian Dan
Hipotesis Kajian
51
4.3.1 Tahap Keupayaan Guru Menghadapi
Cabaran Dalam Profesion Perguruan
51
4.3.2 Tahap Kepuasan Kerja Guru 59
4.3.3 Hubungan Cabaran Dalam Profesion
Perguruan Dengan Kepuasan Kerja Guru
4.3.4 Kepuasan Kerja Guru Berdasarkan Jantina
Guru
62
62
4.4 Penutup 63
x
5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 64
5.1 Pengenalan 64
5.2 Rumusan Kajian 65
5.3 Perbincangan Dapatan Kajian 67
5.3.1 Taburan Demografi Responden
5.3.2 Keupayaan Guru-Guru Menghadapi
Cabaran Dalam Profesion Perguruan
67
67
5.3.3 Kepuasan Kerja Guru
5.3.4 Hubungan Antara Cabaran Guru Dalam
Profesion Perguruan Dengan Kepuasan
Kerja
5.3.5 Kepuasan Kerja Guru Mengikut Jantina
73
74
75
5.4 Cadangan Tindakan 75
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 76
5.6 Penutup 77
BIBLIOGRAFI 78-86
LAMPIRAN 87-100
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Taburan Guru Di Dua Buah SMT Di
Perak
38
3.2 Item-Item Soalan Dalam Melihat Tahap
Kemampuan Guru-Guru Teknikal
Menghadapi Cabaran
39
3.3 Kedudukan Item-Item Positif Dan Negatif 40
3.4 Kaedah Analisis Data Berdasarkan
Persoalan Kajian
42
3.5 Skala Pemeringkatan Likert Lima Pilihan 43
3.6 Pemeringkatan Skala Lima Mata Kepada
Tiga Mata
44
3.7 Pemarkatan Item Positif Dan Negatif 44
3.8 Tahap Pengukuran Min 45
3.9 Intreprestasi Nilai Pekali Korelasi 46
4.1 Taburan Bilangan Dan Peratusan
Mengikut Jantina
48
4.2 Taburan Bilangan Dan Peratusan
Mengikut Bangsa
48
4.3 Taburan Bilangan Dan Peratusan
Mengikut Umur
49
4.4 Taburan Bilangan Dan Peratusan
Mengikut Jawatan Yang Disandang
50
4.5 Taburan Bilangan Dan Peratusan
Mengikut Pengalaman Mengajar
50
xii
4.6 Dapatan Kajian Dalam Aspek
Berkemahiran Sebagai Seorang Pendidik
52
4.7 Dapatan Kajian Dalam Aspek Peka
Terhadap Keperluan Dan Kehendak
Masyarakat Masa Kini
54
4.8 Dapatan Kajian Dalam Aspek
Menggalakkan Sikap Proaktif Di
Kalangan Guru (Tugas)
56
4.9 Dapatan Kajian Dalam Aspek
Berkesedaran Untuk Sentiasa
Mengemaskinikan Ilmu Pengetahuan
58
4.10 Dapatan Kajian Bagi Menilai Tahap
Kepuasan Kerja Guru
60
4.11 Nilai Korelasi Hubungan Cabaran Guru
Dengan Kepuasan Kerja Guru
62
4.12 Analisis Ujian-t Terhadap Kepuasan Kerja
Guru Berdasarkan Jantina
63
xiii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
2.1 Hubungan Diantara Prestasi Peranan Guru
Dengan Pertambahan Tugas
27
xiv
SENARAI SINGKATAN
Ho - Hipotesis nol
ICT - Teknologi Maklumat dan Komunikasi
ILO - Pertubuhan Buruh Sedunia
IPTA - Institut Pengajian Tinggi Awam
IPTS - Institut Pengajian Tinggi Swasta
IT - Teknologi Maklumat
JPA - Jabatan Perkhidmatan Awam
JPTek. - Jabatan Teknikal
P&P - Pengajaran dan Pembelajaran
PIBG - Persatuan Ibu Bapa Dan Guru
PTV - Pendidikan Teknik Dan Vokasional
SMT - Sekolah Menengah Teknik
SMV - Sekolah Menengah Vokasional
SPBT - Skim Pinjaman Buku Teks
SPSS - Statiscal Packages For Social Science
UPSI - Universiti Pendidikan Sultan Idris
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
Y.A.B - Yang Amat Berhormat
SM - Sangat Mampu
M - Mampu
KM - Kurang Mampu
TM - Tidak Mampu
STM - Sangat Tidak Mampu
% - Peratus
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Borang Soal Selidik 87
B Surat Kebenaran EPRD 93
C Surat Kebenaran Bagi Menjalankan
Kajian/Penyelidikan Ke Sekolah-
Sekolah Di Negeri Perak
94
D Surat Pengesahan Pelajar 95
E Surat Pengesahan Bilangan
Responden Dari Sekolah
96
F Keputusan Analisis Kajian Rintis 99
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pendidikan sememangnya tidak dapat dipisahkan dari kehidupan setiap
manusia. Dari bayi sehinggalah dewasa, manusia sentiasa berhadapan dengan ilmu
pendidikan. Pendidikan juga adalah keperluan bagi jangka masa yang panjang
dimana ia adalah sebagai alat untuk membantu dan menggalakkan masyarakat yang
tidak ragu-ragu membuat perubahan samada pada dirinya dan juga persekitarannya
sebagaimana pernyataan Mahathir :
“ Malaysia mempunyai salah satu sistem pendidikan yang terbaik
di dunia ketiga. Namun sebagai bekal, kita harungi perjalanan
pada generasi kedua ini, piawaian yang baru hendaklah
ditetapkan dan matlamat baru dicapai.”
( Mahathir, 1991 : 16 )
Selaras dengan perkembangan masyarakat dunia, masyarakat Malaysia juga
mengalami proses perkembangan yang pesat dan mencabar. Oleh itu, sistem
pendidikan negara terpaksa menerima cabaran ini, kerana setiapkali proses
perkembangan sesuatu masyarakat dikaitkan secara langsung dengan pendidikannya.
Cabaran dan peranan pendidikan pada masa akan datang adalah ke arah melahirkan
manusia yang patuh kepada agama, berilmu, berakhlak, bertanggungjawab dan
memberikan sumbangan kepada masyarakat dan negara (Abdullah, 1995).
2
Apabila memperkatakan tentang pendidikan, kita tidak dapat pisahkan
dengan pendidik atau guru. Guru merupakan penggerak utama dalam proses
pendidikan. Shahril @ Charil (1999), menyatakan bahawa guru merupakan tunjang
kepada sistem pendidikan. Guru adalah perlaksana segala dasar dan matlamat
kurikulum yang telah digariskan oleh pihak kerajaan. Tambah beliau lagi, tanpa
perancangan dan sokongan kaum guru, segala perancangan dan pendidikan yang
telah disediakan akan terbengkalai begitu sahaja. Seorang guru yang berkuasa
mempunyai kesedaran diri yang tinggi, pegangan yang kukuh mengenai kenyataan
dan mempunyai hala tuju yang jelas (Mc Grath, 1995).
Sehubungan dengan itu, Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional yang
ditubuhkan pada tahun 1964 adalah pemangkin kepada negara bagi merealisasikan
wawasan 2020. Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) bertujuan menyediakan
pelajar-pelajar untuk memasuki bidang pekerjaan. Ia juga merupakan langkah untuk
menyokong dan menggiatkan lagi usaha kerajaan dalam memajukan bidang
ekonomi dan perindustrian berasaskan pengetahuan teknik dan vokasional (Laporan
Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran, 1979)
Sejajar dengan penubuhan itu, peranan Pendidikan Teknik dan Vokasional
(PTV) amat penting dalam sistem pendidikan negara. Ia bukan sahaja untuk
menampung sebilangan pelajar yang berminat dalam bidang teknik dan vokasional,
bahkan adalah untuk memenuhi permintaan keperluan tenaga mahir negara. PTV
adalah pendidikan yang menggabungkan latihan kemahiran dan pengetahuan teori.
Pendidikan ini amat penting dalam usaha menyediakan pekerja yang berpengetahuan
dan berkemahiran dalam bidang yang berkaitan dengan industri. Ini disokong oleh
Labaree (1997) yang menyatakan bahawa penubuhan sekolah dan pusat latihan
vokasional adalah untuk menjaga kepentingan ekonomi sesebuah negara agar dapat
menyediakan tenaga manusia yang diperlukan secara berterusan. Pendapat di atas
sama dengan takrifan yang diberikan oleh Ramlee (1999), yang menyatakan bahawa
pendidikan vokasional secara umumnya boleh ditakrifkan sebagai suatu program
pendidikan atau latihan yang berasaskan kemahiran teknikal untuk melahirkan guna
tenaga mahir dan separa mahir.
3
1.2 Latar Belakang Masalah
Globalisasi dikatakan sebagai dunia tanpa sempadan yang membawa
pelbagai perubahan dan kesannya meresap dalam kehidupan manusia. Dengan
itu, wujudlah cabaran-cabaran yang bakal dihadapi oleh manusia terutamanya
guru dalam memainkan peranannya bagi menjalankan tanggungjawab untuk
mendidik anak bangsa. Stick (1995), mengatakan bahawa manusia adalah
bangsa yang mana ia merupakan aset penting bagi sesebuah negara. Setiap
individu mempunyai kebolehan dalam membuat keputusan bagi menjadi
individu yang lebih kreatif dan inovatif. Ini disokong oleh Wan Mohd Zahid
(1993), yang mengatakan bahawa dalam masa setengah abad, dunia telah
berubah dengan begitu mendadak sekali. Manusia juga telah berjaya mengubah
nilainya, ekonominya dan juga budayanya bagi mewujudkan satu era baru dunia
yang tidak ada tolok bandingnya.
Profesion keguruan pada masa kini merupakan satu bentuk perkhidmatan
sosial yang sungguh mencabar. Dengan perlaksanaan berbagai-bagai reformasi
dalam pendidikan sudah pastinya peranan dan tanggungjawab guru-guru menjadi
lebih mencabar. Ini disokong oleh Abdul Rahim (2005) yang menyatakan
bahawa bagi mempertahankan kredibiliti profesionalisme keguruan, seseorang
guru perlu mengamalkan konsep belajar sepanjang hayat iaitu semangat untuk
terus belajar dalam bidang pendidikan dan juga bagi menguasai pengetahuan
yang boleh membantu dan meningkatkan kecemerlangan profesion perguruan.
Terdapat pelbagai tanggapan dan dakwaan berhubung dengan kerjaya
guru pada masa kini. Sesetengah ahli masyarakat mempunyai tanggapan bahawa
kerja, beban dan tugas guru sekarang menyebabkan kerjaya perguruan yang
kurang menarik. Malah tidak boleh dinafikan ada yang melihat sekolah sebagai
sebuah organisasi yang dihujani dengan pelbagai bebanan tugas dan ada kalanya
tugas ini bukan satu yang terancang tetapi muncul dari situasi yang tidak diduga.
Jika keadaan sedemikian dibiarkan berterusan agak pasti suasana pengajaran
pembelajaran di sekolah kini akan menuju ke arah satu keadaan yang tidak
4
terurus dan akan menghadapi kegagalan untuk mencapai matlamat yang
diidamkan oleh sekolah.
Guru yang menerima tekanan ini dikhuatiri akan melemahkan semangat
mereka menyampaikan ilmu kepada pelajar. Bagaimanapun Pensyarah Fakulti
Sains Kognitif (Pendidikan), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Profesor
Datuk Dr. Isahak Harun bagaimanapun berkata, semangat guru tidak mudah luntur
dalam menjalankan tugas seharian di sekolah. Beliau yang mengakui profesion guru
amat mencabar pada masa kini berkata, masalah yang membelenggu guru tidak
terhad kepada menangani masalah pelajar nakal tetapi bebanan kerja yang terpaksa
dilakukan. Katanya, tugas mengajar bukan merupakan satu beban kepada guru
kerana mereka tahu itulah tugas hakiki mereka di sekolah (Utusan Malaysia, 2004)
Kajian Kementerian Pelajaran juga mendapati 320,000 guru di lebih 9,000
sekolah seluruh negara perlu mengisi 108 jenis borang bagi menyempurnakan tugas
pengajaran, kokurikulum dan kerja pentadbiran. Guru di Selangor, Johor, Melaka
dan Kuala Lumpur didapati menanggung bebanan kerja berlebihan, iaitu 74 jam
seminggu berbanding 48 jam yang dihadkan Pertubuhan Buruh Sedunia (ILO).
Mereka juga menghabiskan 38 hari bekerja dalam setahun untuk menghadiri kursus
atau latihan walaupun Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menetapkan jumlah
maksimum tujuh hari setahun saja. Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin
Hussein, berkata ia termasuk mengadakan perancangan, persediaan, penilaian
pelajaran, penyeliaan kokurikulum dan makluman kepada ibu bapa mengenai
kemajuan murid (Berita Harian, 2005).
Menjelang tahun 2020, sektor perindustrian dan perdagangan akan
bertambah jauh dan lebih maju lagi daripada sekarang. Negara akan memerlukan
tenaga mahir yang berketrampilan, tangkas dan inovatif perlu dilahirkan bagi
memenuhi kehendak kedua-dua sektor tersebut. Di dalam bidang pendidikan,
tumpuan baru telah diberikan kepada matapelajaran Sains dan Matematik,
Kemahiran Manipulatif, Kemahiran Hidup serta kumpulan matapelajaran
Vokasional dan Teknologi (Ee, 1997).
5
Sejajar dengan perubahan teknologi di negara ini, guru juga perlu lebih
berkemahiran dalam menyediakan pelajar yang lebih kreatif dan inovatif dalam
pembelajaran. Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Datuk Dr.
Muhammad Rais Abdul Karim berkata, dalam membentuk pengajaran dan
pembelajaran (P&P) guru perlu faham tentang kesan teknologi kepada masyarakat
secara keseluruhan. Pengamatan guru perlu meliputi perubahan yang dibawa
teknologi terhadap cara bekerja, cara berkomunikasi dan pemahaman tentang
perkembangan pengetahuan (Utusan Malaysia, 2004).
Seorang guru harus mengambil inisiatif menambah nilai diri mereka sendiri
dan bersedia untuk berubah demi meningkatkan mutu profesion perguruan,
seterusnya sistem pendidikan negara. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri
Abdullah Ahmad Badawi berkata, dalam menjalankan tugas mereka dengan lebih
berkesan, setiap guru perlu peka kepada perkembangan semasa sama ada di dalam
atau luar negara (Berita Harian, 2005). Bagi mempastikan hasrat di atas tercapai,
guru-guru terutamanya guru-guru teknikal haruslah memainkan peranan mereka
sebaik mungkin.
Menurut Abdul Rahim (2005), perubahan dan kemajuan teknologi maklumat
dan komunikasi (ICT) yang berlaku dengan pesat memberikan cabaran baharu
kepada profesion keguruan dan pendekatan mengajar yang bersifat konvensional dan
tradisional yang diamalkan di sekolah dan pusat pengajian tinggi. Seorang guru juga
perlu mempunyai persediaan diri dalam pelbagai aspek bagi melahirkan individu
yang berilmu dari segi sains dan teknologi, mempunyai nilai-nilai murni dan
berketrampilan.
Kepuasan kerja adalah satu aspek yang penting dalam kehidupan seseorang.
Kebanyakan individu meluangkan sebahagian besar dari masanya di tempat kerja.
Oleh itu, dengan mengenalpasti faktor-faktor yang memberikan kepuasan kerja akan
dapat membantu individu berkenaan mengujudkan kehidupan yang sempurna dan
tenteram (Gruneberg, 1981).
Kepuasan kerja juga merupakan keperluan utama manusia yang perlu
6
dipenuhi untuk mencapai tahap kesempurnaan kendiri. Menurut Maslow (1970),
kepuasan kerja memang dapat diperolehi jika individu terlibat merasakan kerja itu
betul-betul menyeronokkan dan pekerjaan itu penuh makna. Kepuasan kerja juga
dilihat sebagai sejauhmana seseorang itu dapat menyalurkan minat, kebolehan dan
menimbulkan rasa senang dan puas hati serta dapat menjalankan peranannya dengan
berkesan sebagaimana yang diharapkan daripada pekerjaannya.
Menurut Abdul Rahim (2005), mewujudkan suasana kerja yang harmoni dan
menyediakan insentif dan sokongan bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan
pembelajaran dalam profesion keguruan akan dapat meningkatkan kepuasan kerja
yang lebih baik dalam profesion ini. Beban kerja guru yang bukan akademik atau
bukan berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran boleh dilakukan oleh
pembantu guru, kerani atau staf sokongan yang perlu diwujudkan bagi membantu
melicinkan lagi tugas guru. Tambah beliau lagi, keseronokan melakukan tugas dan
kerja mendidik, mengajar, membimbing dan mendorong pelajar perlu kekal pada
tahap yang tinggi walau apapun masalah yang dihadapi oleh seseorang guru. Guru
harus mengambil tanggungjawab mendidik sebagai satu tugas yang menyeronokkan,
bukan sebagai satu tugas yang membosankan atau hanya boleh dilakukan dengan
sambil lewa sahaja.
Walaupun kesan akibat cabaran kerja guru pada masa sekarang terhadap
kepuasan kerja mereka jarang sekali dibincangkan secara terbuka, tidak banyak
pilihan dapat dilakukan dalam menyelesaikan masalah berkenaan. Ini kerana semua
ini tidak dapat dielakkan daripada tugas dan tanggungjawab sebagai seorang guru.
1.3 Pernyataan Masalah
Pendidikan memainkan peranan yang penting bagi menyediakan bakal-bakal
pemimpin masa hadapan yang mantap, berani dan berilmu bagi mencorakkan
7
perkembangan individu, masyarakat dan negara. Peranan guru bagi pencelik budaya
literasi ilmu memerlukan guru mempunyai pengetahuan luas dan terkehadapan
(advanced knowledge). Ini selaras dengan peranan guru bagi melahirkan generasi
yang berilmu pengetahuan bagi menghadapi dunia kehidupan yang serba mencabar.
Menurut Abdul Rahim (2005), pengurusan pendidikan dan profesion
keguruan menghadapi berbagai-bagai cabaran yang memerlukan mindset, sikap dan
nilai, pengetahuan dan kemahiran serta kualiti profesionalisme untuk menjadi tenaga
penggerak ke arah pembangunan manusia, menjadi perintis terhadap perubahan
sosial, menjadi pelaksana dasar-dasar baharu dan bertanggungjawab bagi
merealisasikan matlamat dan kehendak negara. Oleh itu, tidak hairanlah jika
didapati perasaan ketidakpuasan hati bekerja (job dissatisfaction) di kalangan guru
dalam profesion perguruan kebelakangan ini telah meningkat dengan begitu tinggi.
Ini disebabkan meningkatnya beban kerja dan jangkaan yang berbagai-bagai untuk
dilakukan oleh guru.
Bagaimanapun, dengan semangat berkhidmat yang tinggi dalam bidang
pendidikan membolehkan seseorang guru mencapai kepuasan dan keseronokan.
Perasaan akan menjadi lebih gembira dan kehidupan akan bahagia sekiranya sesuatu
kerja yang dilakukan dapat mencapai rasa kepuasan dan keseronokan. Nilai
kepuasan dan keseronokan bukan dinilaikan dengan wang atau pujian, tetapi kerana
semangat yang mendorong seseorang guru yang disukai dan dihormati oleh pelajar-
pelajarnya. Oleh sebab itu, guru harus sentiasa menjadikan diri mereka bebas
daripada sebarang gangguan dan kerungsingan serta belenggu kebendaan yang
menjadikan mereka tidak ceria dan tidak pernah puas mengejar matlamat kebendaan.
Selain itu, kaum guru juga tidak dapat melarikan diri daripada menjadi
sasaran kritikan kerana pendidikan adalah sentiasa terbuka kepada penilaian dan
akauntabiliti pelbagai pihak. Justeru itu, kajian ini dijalankan bagi melihat
keupayaan guru menghadapi cabaran dalam profesion perguruan ini dan
meninjau perhubungan antara cabaran guru-guru dalam profesion perguruan
dengan kepuasan kerja di kalangan guru-guru teknikal.
8
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk :
i. Mengenal pasti tahap keupayaan guru-guru teknikal di dua SMT di
Perak menghadapi cabaran dalam profesion perguruan.
ii. Melihat tahap kepuasan kerja guru-guru teknikal di dua SMT di
Perak.
iii. Mengenal pasti hubungan cabaran guru dalam profesion perguruan
dengan kepuasan kerja guru-guru teknikal di dua SMT di Perak.
iv. Melihat perbezaan kepuasan kerja guru-guru teknikal berdasarkan
jantina.
1.5 Persoalan Kajian
i. Apakah tahap keupayaan guru-guru teknikal di dua SMT di Perak
menghadapi cabaran dalam profesion perguruan?
ii. Apakah tahap kepuasan kerja guru-guru teknikal di dua SMT di
Perak?
iii. Adakah terdapat hubungan antara cabaran guru dalam profesion
perguruan dengan kepuasan kerja guru-guru teknikal di dua SMT di
Perak?
iv. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan bagi kepuasan kerja di
dua buah SMT di Perak berdasarkan jantina?