CABARAN KE ARAH PERPADUAN

15
CABARAN-CABARAN DAN CARA-CARA BAGI MENJAYAKAN PERPADUAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA. 1.0 PENGENALAN KEPADA MASYARAKAT MAJMUK 1.1 Definisi masyarakat majmuk Pada tahun 1948, seorang pakar astropologi, J.S Funival pernah menulis dan menghuraikan pandangan beliau berhubung masyarakat majmuk. Definisi masyarakat majmuk mengikut Furnival merujuk kepada pelbagai jenis manusia yang bercampur tetapi tidak bersatu. Mereka hidup berdekatan tetapi terpisah dalam sistem politik yang sama. Masing-masing berpegang kepada kebudayaan, agama, bahasa, idea dan kaedah sendiri. Mereka berinteraksi secara minima dalam urusan tertentu seperti di pasar tetapi kemudian balik ke kelompok masing- masing. Pekerjaan juga dibahagikan mengikut garis perkauman. 1.2 Masyarakat majmuk di malaysia Masyarakat majmuk di malaysia terjadi secara tidak sengaja. Pada awal abad ke-19, lebih 90% penduduk di tanah melayu adalah melayu. Namun pada pertengahan abad ke-19, penghijrahan masuk kaum cina dan india secara beramai-ramai ekoran dasar liberal Inggeris telah mengubah struktur kependudukan asal Tanah Melayu. Masyarakat majmuk di Malaysia terdiri dari pelbagai etnik yang dikategorikan mengikut cara hidup, pola penempatan, pekerjaan dan pendidikan. Penonjolan kelompok etnik juga boleh dikenalpasti kepada wilayah- wilayah tertentu: 1

Transcript of CABARAN KE ARAH PERPADUAN

Page 1: CABARAN KE ARAH PERPADUAN

CABARAN-CABARAN DAN CARA-CARA BAGI MENJAYAKAN PERPADUAN

MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA.

1.0 PENGENALAN KEPADA MASYARAKAT MAJMUK

1.1 Definisi masyarakat majmuk

Pada tahun 1948, seorang pakar astropologi, J.S Funival pernah

menulis dan menghuraikan pandangan beliau berhubung masyarakat

majmuk. Definisi masyarakat majmuk mengikut Furnival merujuk

kepada pelbagai jenis manusia yang bercampur tetapi tidak bersatu.

Mereka hidup berdekatan tetapi terpisah dalam sistem politik yang

sama. Masing-masing berpegang kepada kebudayaan, agama,

bahasa, idea dan kaedah sendiri. Mereka berinteraksi secara minima

dalam urusan tertentu seperti di pasar tetapi kemudian balik ke

kelompok masing-masing. Pekerjaan juga dibahagikan mengikut garis

perkauman.

1.2 Masyarakat majmuk di malaysia

Masyarakat majmuk di malaysia terjadi secara tidak sengaja. Pada

awal abad ke-19, lebih 90% penduduk di tanah melayu adalah melayu.

Namun pada pertengahan abad ke-19, penghijrahan masuk kaum cina

dan india secara beramai-ramai ekoran dasar liberal Inggeris telah

mengubah struktur kependudukan asal Tanah Melayu. Masyarakat

majmuk di Malaysia terdiri dari pelbagai etnik yang dikategorikan

mengikut cara hidup, pola penempatan, pekerjaan dan pendidikan.

1

Page 2: CABARAN KE ARAH PERPADUAN

Penonjolan kelompok etnik juga boleh dikenalpasti kepada wilayah-

wilayah tertentu:

i. Semenanjung = Melayu, cina dan india

ii. Sarawak = Dayak iban, melayu, dayak bidayuh, dayak ulu,

melayu-

melanau dan cina

iii. Sabah = Kadazan, dusun cina & melayu

2.0 KONSEP PERPADUAN DAN INTEGRASI

Perpaduan boleh diertikan sebagai satu proses yang menyatupadukan

seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat

membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan

banggakan tanahair.

Perpaduan dan integrasi juga boleh didefinasikan sebagai “Satu proses

bagi mewujudkan identiti nasional di kalangan kumpulan yang

terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah

unit politik”.

Perpaduan amat mustahak untuk mengekalkan keharmonian dan

kedamaian di sesebuah negara. Negara yang aman dan damai dapat

menjamin kebahagiaan dan keselamatan rakyatnya. Negara yang

mengamalkan perpaduan dapat mencapai kemajuan dengan mudah serta

tidak mudah ditakluki kuasa asing. Dan ini dibuktikan oleh pendapat Tun

Abdul Razak iaitu;

“Perpaduan dan integrasi penting supaya tenaga negara dapat disalurkan

untuk memajukan negara daripada digunakan untuk menyelesaikan

masalah yang wujud daripada kepelbagaian tersebut”

Pelbagai proses yang dikaitkan dengan konsep perpaduan dan integrasi

seperti proses asimilasi, amalgamasi dan pluralisme.

a) Asimilasi – proses perpaduan satu hala yang akan menghasilkan

kelompok dengan satu budaya, satu bahasa da satu agama.

b) Amalgamasi – proses perpaduan yang melibatkan percantuman biologi

(perkahwinan campur) yang akan membentuk kelompok baru dengan

budaya baru.

2

Page 3: CABARAN KE ARAH PERPADUAN

c) Pluralisme – proses perpaduan yang membenarkan setiap kelompok yang

terlibat mengekalkan budaya masing-masing di samping membentuk

perpaduan.

3.0 CABARAN-CABARAN KE ATAS PERPADUAN SELEPAS KEMERDEKAAN

3.1 Kemuncak manifestasi masalah perpaduan kaum di Malaysia

dalam Peristiwa 13 Mei 1969

Tanggal 13 Mei 1969 tercetus satu detik hitam dalam lipatan sejarah

negara kerana pertelingkahan kaum yang berlaku telah

mengakibatkan negara kehilangan banyak nyawa dan kerugian harta

benda. Ia mempunyai kaitan rapat dengan Pilihanraya Umum 1969 di

mana di dalam pilihanraya itu banyak isu sensitif telah dibangkitkan

seperti bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang melayu dan

hak kerakyatan bukan melayu. Dalam pilihanraya itu, parti perikatan

gagal memperolehi majoriti 2/3 dalam dewan rakyat manakala parti

gerakan dan DAP yang berjaya mendapat 25 kerusi telah mengadakan

perarakan di Kuala Lumpur sambil menghina bangsa melayu. Keadaan

ini memberi tamparan hebat kepada orang melayu dan akhirnya

UMNO telah mengadakan perarakan balas sebagai bantahan

terhadapa penghinaan itu. Dalam suasana tegang dan penuh emosi

maka tercetuslah peristiwa 13 mei 1969 itu.

3.2 Faktor-faktor yang mempengaruhi peristiwa 13 Mei 1969.

Hasil dari kajian, kejadian ini disebabkan oleh dasar “pecah dan

perintah” yang diamalkan oleh British yang mengaitkannya dengan

faktor-faktor berikut:

i) Pemisahan tempat tinggal dan tumpuan ekonomi

Dasar ini dilakukan oleh British untuk mengelakkan perpaduan

antara pelbagai kaum yang dikhuatiri akan mengancam

kedudukan mereka. Masyarakat melayu terdiri dari petani dan

nelayan di kampung, masyarakat cina pula telah mewarisi

perniagaan secara turun temurun dan tinggal di bandar

manakala masyarakat india bekerja sebagai penoreh dan

3

Page 4: CABARAN KE ARAH PERPADUAN

tinggal di estet. Dasar ini telah berjaya direalisasikan bagi

mewujudkan kelompok-kelompok etnik yang berdasarkan

kegiatan ekonomi yang tinggal dalam kelompok masing-masing.

Kesannya, interaksi antara kaum hanya terbatas di pejabat dan

pasar sahaja. Ini melahirkan perasaan prasangka antara kaum

yang telah mengapi-apikan lagi tercetusnya sentimen 13 Mei

1969.

ii) Sistem pendidikan yang berasingan.

Sebelum Malaysia memiliki sistem pendidikan Nasional, wujud 4

aliran pendidikan yang berlainan iaitu aliran inggeris, melayu,

cina dan india yang mengambil silibus pembelajaran berbeza

yang menyebabkan ketidakseragaman bahasa, identiti dan

fahaman. Ini telah menyebabkan timbulnya pelbagai masalah

yang memberi impak buruk dalam pembentukan kaum di

Malaysia. Walaupun selepas kemerdekaan kerajaan cuba

memperkenakan dasar-dasar pendidikan baru bagi tujuan

penyelarasan namun proses perpaduan ini sukar dilakukan.

iii) Perbezaan agama dan kebudayaan.

Kaum melayu sebahagian besarnya beragama islam Kaum cina

beragama Buddha, Lao-Tza, Taoisme, Conficius manakala kaum

india beragama hindu. Di samping itu terdapat juga yang

beragama kristian. Setiap kaum juga mempunyai kebudayaan

yang tersendiri. Masalah perpaduan ini bukannya bermula

disebabkan agama lain tetapi akibat dari sikap jahil terhadap

agama-agama lain hingga banyak perkara yang dilakukan

secara tidak sengaja telah menyinggung emosi penganut

agama lain. Inilah punca yang telah mengakibatkan peristiwa 13

Mei 1969.

iv) Masalah ekonomi.

Kegiatan ekonomi berbeza telah mewujudkan jurang

pendapatan berbeza antara kaum dan menimbulkan rasa tidak

puas hati dan persaingan ekonomi secara tidak sihat.

Ketidakseimbangan ini menyebabkan setiap kaum saling

4

Page 5: CABARAN KE ARAH PERPADUAN

mencemburui satu sama lain. Orang melayu mencemburui

kemewahan dan kejayaan orang cina manakala orang cina dan

india mencemburui kelebihan orang melayu yang mendapat

peluang perkhidmatan dalam sektor pentadbiran.

v) Persatuan-persatuan Etnik.

Struktur masyarakat pelbagai kaum di Malaysia telah

melahirkan banyak persatuan politik, sosial dan ekonomi yang

memperjuangkan kaum masing-masing tanpa menghiraukan

kaum-kaum yang lain. Parti politik berbentuk perkauman

seringkali mengekspoitasi perbezaan-perbezaan yang wujud di

kalangan kaum hingga mewujudkan rasa tidak puas hati yang

ketara antara kaum.

vi) Pendudukan Jepun

Ketika pendudukan Jepun di Tanah Melayu, Jepun telah memberi

layanan yang lebih istimewa kepada orang melayu berbanding

orang cina kerana Jepun masih dipengaruhi sentimen

peperangan dengan cina pada akhir kurun ke 19 dan awal kurun

ke 20. Orang melayu dilantik menjadi askar dan polis tetapi

orang cina diketepikan. Ketika itu ramai orang cina menyertai

MPAJA (Malaysian people anti jappanese army) atau bintang

tiga. Keadaan bertambah buruk kerana ramai tentera jepun

yang menyerang MPAJ terdiri dari akar melayu dan ini

mewujudkan persengketaan antara orang melayu dan cina.

Walaupun MPAJ telah ditewaskan setelah British kembali, namun

sentimen perkauman ini masih kuat.

vii) Membangkitkan soal sensitif pada Pilihanraya umum

1969.

Parti politik telah memainkan isu-isu sensitif seperti kedudukan

istimewa orang melayu, soal bahasa dan kerakyatan untuk

memancing undi di dalam kempem pilihanraya. Setelah parti

gerakan dan DAP berjaya menafikan majoriti 2/3 parti perikatan,

parti tersebut telah berarak sambil membangkitkan soal-soal

5

Page 6: CABARAN KE ARAH PERPADUAN

sensitif seperti ketuanan melayu. Keadaan bertambah buruk

apabila orang melayu di bawah anjuran UMNO bertindakbalas

menangkis penghinaan itu dan keadaan menjadi tidak terkawal

dan mencetuskan episod berdarah 13 Mei 1969 yang telah

mengorbankan nyawa dan harta benda yang banyak.

4.0 TINDAKAN YANG TELAH DIAMBIL OLEH KERAJAAN SELEPAS

PERISTIWA

13 MEI 1969

Masalah 13 Mei 1969 jika dilihat dari satu aspek banyak memberi kesan

negatif terhadap negara tetapi jika dilihat dari sudut yang lain pula ia

sebenarnya banyak memberi kebaikan kepada kita semua rakyat Malaysia.

Peristiwa tersebut telah memberi satu kesedaran yang mendalam tentang

kepentingan perpaduan antara kaum di Malaysia dan kesan yang akan

dihadapi jika mengabaikan kepentingannya di samping pencetus idea

supaya kerajaan mengambil langkah membentuk semula masyarakat

Malaysia menerusi dasar-dasar dan tindakan segera untuk memastikan

kemakmuran negara terus terpelihara dan terjamin.

Antara langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan adalah seperti

berikut:

i) Mengisytiharkan darurat berkuatkuasa serta merta.

Selepas keadaan menjadi tidak terkawal dan pertempuran antara kaum

berlaku, kerajaan telah mengisytiharkan darurat pada 16 Mei 1969 di

seluruh negara untuk menenangkan keadaan, memberi masa kepada

pihak yang terlibat berfikir secara rasional tindakan mereka dan untuk

menghentikan kekacauan dalam masa singkat.

ii) Membentuk Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) pada 17.5.1969

bagi mengambilalih tugas parlimen untuk sementara.

MAGERAN yang diketuai perdana menteri ketika itu, Tun Abdul Razak

bersama pemimpin-pemimpin politik, pegawai kanan kerajaan dan

pegawai tinggi polis dan tentera berfungsi untuk mengembalikan

keamanan dan undang-undang negara, menentukan pentadbiran yang

licin dan sempurna serta mengembalikan suasana harmoni dan

6

Page 7: CABARAN KE ARAH PERPADUAN

kepercayaan antara kaum di Malaysia. MAGERAN berjaya mencapai

matlamatnya dan kerajaan berparlimen dikembalikan pada 23.2.1971.

iii) Menubuhkan Jabatan perpaduan negara (JPN) dan Majlis

Muhibbah Negara (MMN) pada 1970.

Jabatan Perpaduan Negara berfungsi untuk:

a) Membantu meningkatkan kesedaran komuniti mengenai

perpaduan dan integrasi nasional melalui aktiviti penggalakan dan

pengukuhan

b) Mewujud dan menyelaraskan aktiviti perpaduan melalui rukun

tetangga berasaskan konsep kejiranan

c) Membimbing kanak-kanak berbilang kaum untuk membentuk

peribadi dan perwatakan yang sempurna bagi kepentingan

perpaduan dan intgrasi melalui tabika perpaduan

d) Membantu dan mengukuhkan perpaduan dan integrasi nasional

melalui penyelidikan etnososial

e) Menyediakan khidmat sokongan yang berkualiti dalam aspek

pengurusan kewangan dan sumber manusia serta pentadbiran am

supaya matlamat jabatan dapat dicapai dengan jayanya.

Pembentukan Majlis Muhibbah Negara diketuai oleh Tunku Abdul Rahman

yang diadakan di setiap peringkat iaitu pusat, daerah negeri dan kawasan

yang bertujuan memastikan matlamat penubuhan majlis ini berjaya di

segenap lapisan malaysia. Ia berperanan menggalakkan perkembangan

muhibbah di kalangan pelbagai kaum dan berusaha ke arah memulihkan

kembali kepercayaan dan keyakinan di kalangan pelbagai kaum di

Malaysia yang telah musnah akibat peristiwa hitam 13 Mei 1969.

Pada 1.1.1972, MMN dan JPN digabungkan dan menjadi Kementerian

Perpaduan Negara Dan Pembangunan Masyarakat yang bertugas

mengendalikan aktiviti-aktiviti bercorak muhibbah untuk berbilang kaum.

7

Page 8: CABARAN KE ARAH PERPADUAN

iv) Menubuhkan Majlis Perundingan Negara (MPN) pada 29.1.1970.

Ditubuhkan pada Januari 1970 untuk membentuk perpaduan antara kaum

di Malaysia. Angota MPN terdiri dari wakil MAGERAN, kerajaan negeri,

wakil parti politik, wakil dari sabah dan sarawak, kumpulan agama dan

sebagainya. Majlis Perundingan ini ialah untuk meneliti isu-isu perpaduan

negara serta mencari jalan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang

bersangkutan dengan perhubungan dan integrasi kaum di Malaysia.

MAPEN juga bertanggungjawab terhadap beberapa ideologi negara

berkaitan perpaduan seperti rukun negara dan pindaan perlembagaan

tertentu.

Penggubalan Rukun Negara merupakan satu idelogi yang digubal di

bawah pimpinan MAGERAN dan digubal oleh MPN pada 27.1.1970.

Prinsip-prinsip rukun negara:

a) Kepercayaan kepada tuhan-perlembagaan persekutuan malaysia

telah menetapkan agama islam sebagai agama rasmi dan agama lain

bebas diamalkan di mana-mana bahagian.

b) Kesetiaan kepada raja dan negara-menekankan kesetiaan rakyat

kepada ketua negara dan negeri masing-masing

c) Keluhuran perlembagaan-supaya rakyat dapat menerima,

mematuhi dan mempertahankan kemuliaan perlembagaan

persekutuan malaysia.

d) Kedaulatan undang-undang-undang-undang tersebut perlu

dipatuhi untuk memastikan kedaulatannya sentiasa terpelihara

8

Page 9: CABARAN KE ARAH PERPADUAN

e) Kesopanan dan kesusilaan-pembentukan masyarakat berbilang

kaum yang harmoni dapat dilahirkan sekiranya setiap individu dalam

masyarakat boleh berpegang teguh kepada prinsip ini.

v) Penyusunan semula politik

Selepas 13 Mei 1069, parti-parti politik mula menyedari kepentingan

bersatu dalam satu barisan yang menggabungkan pelbagai kaum.

Penyatuan fahaman politik melalui sistem kerajaan campuran

dicadangkan bagi bagi mengurangkan perpecahan politik & sesuai

dengan pindaan perlembagaan 1971. Barisan Nasional ditubuhkan

dengan dianggotai pertubuhan kebangsaan melayu bersatu (UMNO),

Parti Islam se-malaysia(PAS), Kongres india Malaysia (MIC) dan persatuan

cina Malaysia (MCA) serta 6 lagi parti politik. Rombakan politik ini berjaya

kerana semua pihak mula memahami kepentingan perpaduan kaum.

Sehingga ke hari ini, Barisan Nasional masih kekal walaupun terdapat

perpecahan pada struktur asal penubuhannya.

vi)Pindaan Aktal Hasutan

Dikeluarkan daripada perbincangan umum tentang kedudukan istimewa

orang melayu dan kedudukan raja-raja melayu.

vii)Media massa digunakan untuk mendedahkan pelbagai berita, laporan

dan dasar kerajaan akan merapatkan jurang maklumat yang wujud

kerana media massa akan membentuk pemikiran dan pandangan rakyat

yang memahami pelbagai nilai dan simbol negara. Ini mengurangkan

prasangka akibat kedapatan maklumat yang tidak tepat.

viii) Dasar-dasar Baru Kerajaan di bawah pimpinan Tun Abdul Razak

Dato’ Hussein:

a) Dasar Ekonomi Baru (DEB) dengan matlamat serampang 2 mata

iaitu:

i. Pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum-tumpuan pada

golongan pekebun kecil, penghuni estet, petani, nelayan &

pesawah. Contohnya pemberian subsidi & kredit, skim

penanaman semula, skim pemilikan bot, skim di bawah FELDA &

9

Page 10: CABARAN KE ARAH PERPADUAN

FELCRA serta kemudahan awam, bantuan pada peniaga kecil

dan rumah mampu milik.

ii. Penyusunan semula masyarakat-menetapkan sasaran untuk

pemilikan equiti, kouta untuk bumiputera dan sebagainya.

Instrumen DEB juga dibantu oleh beberapa perbadanan seperti

PNB, PERNAS, Bank Negara, ASB, MARA dan PDPN.

Secara keseluruhan, dengan pengenalan DEB didapati mutu

kehidupan masyarakat meningkat dengan penambahbaikan dalam

pelbagai sektor. DEB berjaya mengubah hampir keseluruhan sistem

sosial masyarakat majmuk di malaysia dan mencapai perpaduan

nasional melalui falsafahnya iaitu “Pembangunan Dengan Pengagihan

Saksama”.

b) Dasar Pendidikan Kebangsaan

Telah dimaktubkan dalam ordinan pendidikan 1957 yang bertujuan

membantu menyatupadukan rakyat malaysia yang berbilang bangsa

dan keturunan melalui sistem pelajaran yang menitikberatkan

penggunaan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar utama,

kurikulum, peperiksaan dan ko-kurikulum yang sama. Dasar

pendidikan Kebangsaan juga telah memperkenalkan kurikulum baru

sekolah rendah (KBSR) yang menekankan 3M iaitu membaca, menulis

& mengira serta memperluaskan pendidikan teknik & vokasional.

c) Dasar Kebudayaan Kebangsaan

Dasar ini dirangka berteraskan 3 prinsip utama yang ditetapkan oleh

Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971 iaitu:

i. Berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini iaitu berasaskan

bahasa melayu, kedudukan geografi,sumber alam,kesenian dan

nilai-nilai keperibadiannya.

ii. Unsur kebudayaan lain yang sesuai wajar diterima menjadi

unsur kebudayaan kebangsaan seperti unsur-unsur budaya

cina, india, arab, barat dan lain-lain yang dianggap sesuai.

iii. Islam menjadi unsur penting pembentukan kebudayaan

kebangsaan berdasarkan kedudukannya sebagai agama rasmi

negara.

10

Page 11: CABARAN KE ARAH PERPADUAN

Matlamat dasar:

i. Mencapai perpaduan rakyat malaysia

ii. Menjamin keutuhan identiti kebangsaan

iii. Memperkaya dan mempertingkat kualiti kehidupan

kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan

pembangunan sosioekonomi.

iv. Pelaksanaan dasar ini adalah dengan mengembangkan

pertunjukan kebudayaan peringkat negeri dan nasional,

menyokong pergerakan kebudayaan, memupuk kesedaran

kebangsaan dan memenuhi keperluan sosiobudaya negara.

v. Namun masalah yang dihadapi dalam pelaksanaan kebudayaan

kebangsaan berikutan berlaku pencemaran bahasa yang tidak

terkawal, penamaan jalan dan taman perumahan, seni bina dan

sebagainya yang tiada kaitan dengan budaya asal rantau ini.

d) Dasar Pembangunan Nasional (DPB)

Diasaskan oleh Tun Dr Mahathir pada 1971 di parlimen bagi

menggantikan DEB. Merupakan kesinambungan usaha oleh DEB dan

bermatlamat mencapai perpaduan seimbang bagi mewujudkan

masyarakat yang bersatu dan adil.

5.0 NILAI-NILAI YANG PERLU DIHAYATI UNTUK MENYELESAIKAN

MASALAH PERPADUAN KAUM.

Terdapat beberapa cadangan yang mungkin boleh dikaji oleh kerajaan

dalam usaha memantapkan lagi perpaduan kaum di Malaysia. Antara

cadangan itu adalah seperti berikut:

i) Penyeragaman sistem pendidikan

Caranya adalah dengan mengadakan satu jenis sistem persekolahan

sahaja. Hapuskan sekolah-sekolah vernakular supaya anak-anak Malaysia

belajar dan bergaul di sekolah kebangsaan sahaja. Semestinya bahasa

pengantar di sekolah mestilah bahasa melayu. Bagi kaum Cina dan India,

mereka masih diwajibkan untuk mengambil subjek bahasa ibunda

11

Page 12: CABARAN KE ARAH PERPADUAN

mereka di mana subjek itu menjadi subjek pilihan untuk diambil oleh

kaum yang lain.

Di samping itu, guru-guru, kerani-kerani, pembantu makmal dan tukang

kebun juga perlu terdiri daripada semua bangsa. Perpaduan hanya boleh

wujud apabila tiadanya rasa prejudis antara satu sama lain. Prejudis pula

hanya dapat dihapuskan dengan saling mengenali. Dan di sekolahlah

proses mengenali ini sangat penting. Anak-anak kecil yang masih putih

pemikirannya perlu diberi pendidikan di suasana sekolah yang berbilang

bangsa. Sekolah merupakan tempat terbaik untuk memupuk perpaduan

berbanding PLKN dan Rumah Terbuka. Mungkin di sinilah relevannya

perlaksanaan Sekolah Wawasan Dan Sekolah Satu Aliran yang

pernah dicadangkan sebelum ini.

Cadangan ini mungkin akan ditentang hebat oleh pelbagai pihak

terutama kaum lain. Untuk mendapatkan sesuatu, kita perlulah

memberikan sesuatu. Dalam hal menghapuskan sekolah vernakular ini,

kita boleh menghapuskan sistem kuota dalam kemasukan pelajar ke

Matrikulasi. Kita semua mengetahui kaum bukan bumiputra hanya

diperuntukkan sebanyak 10% tempat. Jika kita jujur mahukan perpaduan,

mengapa tidak kita mansuhkan kuota ini? Biarlah pelajar-pelajar melayu,

cina dan India bersaing dalam merebut tempat. Siapa yang layak, dia

yang dapat. Pasti inilah yang kaum bukan bumiputra mahukan. Jadi di

sini nilai “give and take” dapat dilakukan. Mereka hapuskan sistem

sekolah vernakular, kita beri mereka “Sistem Matrikulasi yang

berasaskan meritkorasi”.

ii) Memberi galakan kepada penduduk berhijrah dari satu kawasan

ke kawasan lain.

Ini bagi menggalakkan pergaulan dan pertembungan yang lebih kerap.

Antaranya dengan perpindahan kakitangan awam ke tempat baru,

mewujudkan peluang perniagaan yang lebih baik di tempat lain dan

membawa masuk pasukan-pasukan keselamatan dari wilayah lain.

iii) Penggunaan semula bahasa melayu secara meluas dalam segala

urusan. Dalam konteks ini, banyak kerajaan Barat yang

12

Page 13: CABARAN KE ARAH PERPADUAN

mempertegaskan penggunaan bahasa rasmi sebagai satu-satunya

bahasa komunikasi tanpa sebarang kompromi, baik dalam urusan

perkhidmatan awam, pendidikan asas di sekolah mahupun di institusi

pengajian tinggi. Demi mewujudkan perpaduan kaum, ada kerajaan yang

mengharamkan penggunaan dan pengajaran bahasa ibunda golongan

minoriti sehingga ke tahap menguatkuasakan hukuman ke atas para

pelajar yang berkomunikasi antara mereka dalam bahasa minoriti di

dalam kawasan dan persekitaran sekolah. Kerajaan Perancis misalnya

telah hampir mengharamkan terus penggunaan bahasa Breton, kerajaan

British mengharamkan bahasa Welsh dan kerajaan Scotland telah

melenyapkan bahasa Gaelic di bumi Scotland.

Berbeza dengan Malaysia, kebanyakan kerajaan Barat menolak sama

sekali kewujudan sekolah-sekolah monoetnik dan media massa

monoetnik. Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) perlu memainkan peranan

aktif dalam memartabatkan semula bahasa melayu di negara ini.

iv) Isyhtiharkan 13 Mei sebagai Hari Perpaduan.

Tarikh ini harus dijadikan cuti umum bagi diadakan pelbagai program

perpaduan. Biarlah tarikh ini merupakan hari di mana semua orang saling

beramah mesra dan rakyat Malaysia bergembira dengan perpaduan,

bukan ketakutan mengenang pergaduhan. Biarlah tarikh 13 Mei dikenang

sebagai sesuatu yang putih bercahaya bukan diratap sebagai sesuatu

yang bernoda hitam.

v) Disamping itu, peranan masyarakat untuk membentuk perpaduan

yang berkekalan. Kerjasama yang boleh diwujudkan untuk menjayakan

perpaduan adalah seperti berikut:

a) Memupuk semangat patriotisme di kalangan rakyatnya.

Bangga menjadi rakyat malaysia. Usaha-usaha pihak yang ingin

memajukan negara perlu sentiasa disokong. Jasa dan perjuangan

tokoh-tokoh negara seperti Tunku Abdul Rahman yang memainkan

peranan penting dalam perjuangan mendapatkan kemerdekaan

13

Page 14: CABARAN KE ARAH PERPADUAN

haruslah diambil tahu dan dihargai. Lambang-lambang kebesaran

negara seperti bendera, lagu kebangsaan (Negaraku) dan jati negara

harus dikenali dan dihormati oleh setiap warganegara.

b) Setiap rakyat bersifat setia dan sayang pada negara ini.

Kita harus taat kepada raja dan pemimpin serta tidak mengkhianati

negara. Kita harus sentiasa peka terhadap isu dan masalah bangsa

dan negara serta cara mengatasinya.

c) Mengamalkan semangat kekitaan.

Semangat ini dapat dipupuk dengan sikap bertolak ansur dan

bertoleransi dalam masyarakat. Sifat bersatu padu antara masyarakat

pelbagai kaum amat penting untuk mewujudkan keharmonian dan

semangat berjuang untuk negara, bukannya untuk bangsa dan kaum

sendiri. Tiada siapa yang berhak mengkritik atau merendahkan adat

resam dan kepercayaan kaum lain. Kita perlu menggalakkan aktiviti

yang melibatkan penglibatan pelbagai kaum seperti gotong-royong

dapat memupuk semangat bermasyarakat antara kaum.

d) Menanam sifat berdisiplin.

Peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan haruslah

dipatuhi oleh setiap rakyat. Rakyat perlu berpekerti mulia, bersikap

peramah dan berkelakuan sopan supaya dapat meningkatkan reputasi

negara. Setiap rakyat harus mempertahankan serta menjunjung

perlembagaan negara untuk mewujudkan keamanan dalam negara.

Sikap amanah dan jujur dalam diri akan mengelakkan nprasangka

antara kaum dan akan membawa perpaduan.

e) Setiap rakyat berusaha gigih dan bersifat produktif untuk

meningkatkan ekonomi negara dan taraf hidup hidup mereka.

Rakyat seharusnya berdikari dan tidak terlalu bergantung kepada

bantuan kerajaan. Setiap warganegara harus bekerjasama untuk

menghadapi apa jua cabaran dalam negara. Contohnya, di dalam

situasi gawat seperti sekarang, rakyat seharusnya mengambil iktibar

14

Page 15: CABARAN KE ARAH PERPADUAN

dari peristiwa gawat pada 1998 di mana setiap rakyat bergabung

tenaga untuk memulihkan semula ekonomi negara.

6.0 KESIMPULAN

Perpaduan amat penting dalam sesebuah negara untuk menjamin

kedamaian di kalangan rakyat. Perpaduan dan integrisi nasional adalah

cabaran yang besar yang akan menentukan keharmonian sosial, kestabilan

politik dan pertumbuhan ekonomi.

Perpaduan boleh dicapai melalui dua cara utama iaitu:

i) Intergrasi-satu proses bagi mewujudkan identiti nasional di kalangan

kumpulan-kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan

lokasi di dalam satu unit politik.

ii) Asimilasi-satu proses di bagaimana kumpulan-kumpulan minoriti

diasimilasikan melalui perkahwinan campur dan sebagainya ke dalam

kumpulan etnik yang lebih besar. Amerika dan beberapa negara

Eropah seperti Britain dan Perancis misalnya menggunakan konsep

asimilasi dalam pendekatan mereka untuk menyatukan pelbagai etnik

minoriti, etnik peribumi, dan etnik dominan dalam negara. Dalam

proses asimilasi itu budaya etnik minoriti terlebur, tercerna, teradun

malah sesetengahnya tersirna dalam budaya majoriti yang dominan.

Namun jika diteliti aspek-aspek di atas, kerajaan lebih banyak

mengusahakan pembentukan perpaduan kaum melalui proses integrasi

kerana melalui proses integrasi setiap etnik akan dapat berkongsi satu

identiti nasional dan apabila ini berlaku maka secara logiknya akan wujudlah

proses asimilasi. Kaedah asimilasi tidak akan berjaya kerana setiap

15

Page 16: CABARAN KE ARAH PERPADUAN

kelompok tidak mehu kehilangan ciri-ciri dan budaya mereka. Bagi

sesetengah budayawan, yang menolak model asimilasi, mereka melihat

pendekatan ini sebagai satu bentuk ‘penjajahan dalaman’ kerana dalam

proses ini berlaku eksploitasi golongan majoriti terhadap golongan minoriti.

Kaedah-kaedah lain mungkin boleh berjaya kerana Malaysia sudah berjaya

mengawal perbezaan etnik. Setiap masalah yang wujud seharusnya

ditangani secara bersama oleh semua rakyat.

7.0 PENUTUP

Usaha membentuk perpaduan kaum merupakan satu perkara yang amat

penting untuk membentuk satu negara yang utuh. Menyedari hakikat

tersebut, kerajaan telah berusaha sehingga ke hari ini untuk membentuk

perpaduan kaum di malaysia meliputi segala aspek; ekonomi, politik dan

sosial bagi memastikan Malaysia mampu maju seiring dengan negara lain di

dunia.

Kita sebagai rakyat malaysia perlu sentiasa berdoa semoga negara yang

disayangi ini terus aman makmur, bersatu padu, maju dan yang pasti akan

tetap kekal di tangan orang melayu sebagai penerajunya.

Amin.

Sekian, terima kasih.

16

Page 17: CABARAN KE ARAH PERPADUAN

Rujukan

1) NOTA PENGAJIAN MALAYSIA, TUAN HJ AHMAD SAID, KDH, 2009

2) TEKS PENGAJIAN MALAYSIA, MARDIANA NORDIN & HASNAH HUSSIIN, FAJAR

BAKTI, 2003

3) BAGAIMANA MASALAH 13 MEI 1969 BOLEH MEMBENTUK PERPADUAN

NEGARA MALAYSIA YANG LEBIH BAIK, SAIFUL AZRUL CHE LAH, MOHD

SYAHIR ISMAIL & MOHD RIZAL SHAMSUDDIN, INTERNET, 2009

4) PERPADUAN-LARAS SASTERA (SAINS SOSIAL), UTUSAN MALAYSIA, 21 JAN

2009

17