Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu geruntum

22
CABARAN PENGGUNAAN MEDIA ELEKTRONIK DAN ICT SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR DI SK ULU GERUNTUM, GOPENG. PERAK. PENDIDIKAN INKLUSIF. PELUANG DAN CABARAN. KPT 6054 Penyelidikan Dalam Teknologi Instruksional DISEDIAKAN OLEH SYAKHIRA HUSNA ILLIAS (M20141000680) SARJANA (PEND) PENDIDIKAN KHAS FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA NAMA PENSYARAH: Syakhira Husna Illias (M20141000860) 1 | Page

Transcript of Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu geruntum

  1. 1. CABARAN PENGGUNAAN MEDIA ELEKTRONIK DAN ICT SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR DI SK ULU GERUNTUM, GOPENG. PERAK. Syakhira Husna Illias (M20141000860) 1 | P a g e PENDIDIKAN INKLUSIF. PELUANG DAN CABARAN. KPT 6054 Penyelidikan Dalam Teknologi Instruksional DISEDIAKAN OLEH SYAKHIRA HUSNA ILLIAS (M20141000680) SARJANA (PEND) PENDIDIKAN KHAS FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA NAMA PENSYARAH: PROFESOR MADYA DATO DR. ABDUL LATIF BIN HAJI GAPOR
  2. 2. CABARAN PENGGUNAAN MEDIA ELEKTRONIK DAN ICT SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR DI SK ULU GERUNTUM, GOPENG. PERAK. Syakhira Husna Illias (M20141000860) 2 | P a g e KANDUNGAN 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1 1.2 Pernyataan Masalah 1 1.3 Objektif Kajian 2 1.4 Persoalan Kajian 2 1.5 Kepentingan Kajian 3 2.0 LITERATUR 2.1 Kajian Literatur 3 3.0 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 4 3.2 Rekabentuk Kajian 5 3.3 Sampel Kajian 5 3.4 Instrumen Kajian 5 4.0 DAPATAN KAJIAN 4.1 Pengenalan 5 4.2 Bahagian A: Latarbelakang Responden 6 4.3 Bahagian B: Tahap Penggunaan Media dalam Pengajaran 8 4.4 Bahagian C: Tahap Penggunaan Media Komputer 10 4.5 Bahagian D: Kekangan dalam Penggunaan Media Komputer 11 5.0 ULASAN DAN CADANGAN 5.1 Ulasan 13 5.2 Cadangan 14 5.3 Penutup 15 Rujukan 16
  3. 3. CABARAN PENGGUNAAN MEDIA ELEKTRONIK DAN ICT SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR DI SK ULU GERUNTUM, GOPENG. PERAK. Syakhira Husna Illias (M20141000860) 3 | P a g e CABARAN PENGGUNAAN MEDIA ELEKTRONIK DAN ICT SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR DI SK ULU GERUNTUM, GOPENG. PERAK. 1.0 PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN Kepesatan pembangunan pelbagai media elektronik telah menjadikan berlaku perubahan iklim dalam sistem penyampaian pembelajaran di sekolah. Pembelajaran interaktif berasaskan komputer telah menjadi agenda utama yang ditekankan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Dence (1980) dalam kajiannya telah membuat kesimpulan bahawa pembelajaran berasaskan komputer amat berkesan berbanding dengan pendekatan tradisional. Perubahan sistem penyampaian pembelajaran ini walaupun pada zahirnya kelihatan memberi impak yang baik tetapi secara realitinya, banyak cabaran dan kekangan yang muncul dalam mengimplementasikan misi yang telah disarankan oleh KPM. Cabaran dalam mengaplikasikan penggunaan media elektronik di sekolah perlu dilihat dari aspek positif bagi memperbaikan kelemahan di samping cuba untuk mempertingkatkan tahap penyampaian pelajaran berasaskan komputer. 1.2 PENYATAAN MASALAH Penggunaan media elektronik dalam pengajaran dan pembelajaran mampu mengubah persekitaran belajar kepada suasana yang mempunyai nilai eksentrik yang positif disamping menarik minat pengajar dan murid. Namun begitu, cabaran dalam mengaplikasikan media elektronik dalam kelas perlu diambil kira sebagai satu cabaran bagi memastikan sistem pengajaran terbaik diberi kepada murid. Banyak cabaran berlaku dalam melaksanakan penggunaan media elektronik terutamanya sekolah yang jauh di pedalaman di mana sistem rangkaian komunikasi amat sukar diperolehi.
  4. 4. CABARAN PENGGUNAAN MEDIA ELEKTRONIK DAN ICT SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR DI SK ULU GERUNTUM, GOPENG. PERAK. Syakhira Husna Illias (M20141000860) 4 | P a g e 1.3 OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini dijalankan untuk melihat tahap penggunaan media elektronik di kalangan guru-guru di Sekolah Kebangsaan Ulu Geruntum, Gopeng, Perak. Kumpulan guru ini terdiri daripada 18 orang guru. Objektif kajian adalah seperti dibawah: 1.3.1 Mengenalpasti media elektronik yang sering digunakan oleh guru-guru sebagai alat bantu mengajar di sekolah. 1.3.2 Mengenalpasti cabaran dalam penggunaan komputer dalam pengajaran 1.4 PERSOALAN KAJIAN Persoalan yang perlu dijawab dalam kajian ini adalah : 1. Sejauh mana kekerapan guru-guru menggunakan media elektronik dan ICT dalam pengajaran mereka? 2. Apakah cabaran dalam menggunakan media komputer dalam pengajaran? 1.5 KERANGKA KONSEPSTUAL KAJIAN
  5. 5. CABARAN PENGGUNAAN MEDIA ELEKTRONIK DAN ICT SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR DI SK ULU GERUNTUM, GOPENG. PERAK. Syakhira Husna Illias (M20141000860) 5 | P a g e Akses Peluang untuk pengalaman dan eksplorasi Penggunaan media elektronik untuk pembelajaran penerokaan berlaku apabila media elektronik digunakan sebagai medium untuk : 1. Mencari dan mengakses maklumat dari CD, internet, portal maklumat dan sebagainya. 2. mengalami, mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi. 3. melihat demontrasi sesuatu kejadian yang urutan babaknya boleh dikawal oleh guru. 4. Dalampembelajaran penerokaan, murid boleh mengawal dan menentukan maklumat yang diterima melalui ICT. Dalam konteks kajian, akses trebahagi kepada tiga iaitu : 1. Akses Material: Menerangkan kekurangan akses akibat kekurangan kelengkapan peralatan dan perkhidmatan seperti perkakasan komputer dan rangkaian. 2. Akses Kemahiran: Menerangkan kurang kemahiran digital lantaran teknologi yang tidak mesra pengguna dan kekurangan pendidikan/latihan atau sokongan sosial. iv. 3. Akses Penggunaan: Menerangkan kekurangan peluang pengunaan media elektronik yang menjadi penghalang kepada capaian perkhidmatan digital. Praktis Peluang mempraktiskan penggunaan alatan dan BBM ICT Penggunaan dan pengaplikasian ICT dalam konteks pendidikan di Malaysia adalah faktor utama yang menyumbang kepada cabang ilmu baru dalam era informasi kini (Salbiah, n.d). Dalam sistem pendidikan di Malaysia, ICT membantu dari aspek pembelajaran dan pengajaran serta sistem pengurusan di sekolah. Oleh yang demikian, Kementerian Pendidikan Malaysia telah membentuk tiga polisi utama dalam pendidikan iaitu: 1. kemudahan ICT disediakan kepada semua pelajar sebagai langkah untuk mengurangkan jurang digital antara sekolah, 2. ICT dalam pendidikan sebagai medium bantuan pengajaran dan pembelajaran, 3. menjadikan ICT sebahagian daripada matapelajaran di sekolah serta menggunakan kemudahan ICT untuk meningkatkan produktiviti dan keberkesanan dalam sistem pengurusan sekolah Jurang Digital merupakan istilah yang diperkenal oleh bekas Presiden Amerika Syarikat, Bill Clinton pada tahun 1994 bagi menyata perbezaan di antara rakyat yang
  6. 6. CABARAN PENGGUNAAN MEDIA ELEKTRONIK DAN ICT SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR DI SK ULU GERUNTUM, GOPENG. PERAK. Syakhira Husna Illias (M20141000860) 6 | P a g e mempunyai perkhidmatan Internet yang paling pantas dan paling selesa daripada rakyat yang tidak mempunyai akses kepada teknologi tersebut. Sejak itu, banyak istilah diperkenal. Krueger (2003) mengguna istilah tersebut bagi menciri jurang di antara mereka yang mengguna atau mempunyai akses kepada teknologi telekomunikasi (contoh, telefon, komputer, Internet) dan mereka yang tidak memilikinya. 1.6 KEPENTINGAN KAJIAN Kajian ini merupakan suatu kajian tinjauan mengenai kekangan dalam penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sekolah yang mempunyai murid majoriti kaum orang asli. Hasil kajian ini boleh menyumbang maklumat kepada pentadbir sekolah dan kepada pegawai pendidikan daerah bagi membantu pihak-pihak yang berkenaan dalam membuat perancangan dan strategi untuk melengkapkan prasana dan kelengkapan teknologi dan komunikasi (ICT) di sekolah ini. Kajian ini juga dapat membantu pihak-pihak yang berkenaan mengambil langkah-langkah menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pihak sekolah agar pelaksanaan penggunaan media elektronik dapat dijalankan dengan lebih efektif. Kajian ini juga mampu menjadi pengerak kepada guru-guru untuk menambahbaik kaedah dan pendekatan yag digunakan agar dapat diselaraskan dengan penggunaan ICT. 1.7 BATASAN KAJIAN Dalam melaksanakan kajian ini, pengkaji telah mengambil kira beberapa perkara bagi membatasi kajian. Kajian ini adalah merupakan kajian jangka masa pendek iaitu kurang daripada satu bulan. Ianya disebabkan oleh sumber, tenaga dan masa yang terhad. Ketepatan maklumat adalah bergantung kepada kefahaman, kerjasama, serta kejujuran responden menjawab soalan-soalan yang terkandung dalam borang soal selidik. Kajian hanya dilakukan melalui soal selidik secara tertutup berdasarkan dua skala iaitu ya atau tidak. Selain itu, kajian ini juga hanya melibatkan guru di SK Ulu Geruntum sahaya seramai 18 orang. Batasan ini dibuat bagi memudahkan pengkaji membuat kajian yang mempunyai skop kajian yang khusus. Pengkhususan skala responden ini menyebabkan dapatan kajian tidak mewakili mana-mana reponden lain selain dalam lingkungan kawasan
  7. 7. CABARAN PENGGUNAAN MEDIA ELEKTRONIK DAN ICT SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR DI SK ULU GERUNTUM, GOPENG. PERAK. Syakhira Husna Illias (M20141000860) 7 | P a g e kajian sahaja. Oleh yang demikian, dapatan kajian ini mungkin mempunyai ralat berikutan pendapat atau pandangan yang tidak seimbang. 1.8 DEFINISI OPERATIONAL 1.8.1 ALAT BANTU MENGAJAR Alat pengajaran dan pembelajaran merupakan elemen penting yan gmemudahkan komunikasi antara guru dengan murid dalam proses pengaj aran danpembelajaran. Oleh itu, guru perlu menguasai segala pengetahuan dan kemahiran penyediaan dan penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran . Bahan pengajaran dan pembelajaran merupakan satu organisasi kompleks dalam pengajaran yang melibatkan manusia, idea, alat-alat, kaedah pengurusan dan pengendalian serta penilaian media. Bahan-bahan ini banyak membantu melicinkan komunik asi dua hala di antara guru dengan pelajar dan pelajar dengan pelajar. Alat Pengajaran dan Pembelajaran dalam konteks kajian ini, alat pengajaran dan pembelajaran ditakrifkan sebagai apa jua alat atau bahan yang digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Tujuannya ialah untuk menolong, memudah dan memperkukuhkan lagi pengajaran guru supaya aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan. W.F.Connel ( 198 1:386) mengkategorikan bahan pengajaran dan pembelaj aran kepada tiga iaitu 1. Bahan pengajaran dan pembelajaran am (Misalnya papan hitam dan buku bercetak 2. Alat pandang dengar (alat pandang - misalnya objek, model,patung, gambar, lukisan, diorama, gambar foto, glob, peta, carta, gambar rajah, graf, poster, kartun dan bahan salinan. Alat dengar pula - misalnya radio, alat pemain piring hitam, pita rakaman suara dan sistem pembesar suara. Filem suara dan televisyen pula bercorak pandang dengar) 3. Alat ciptaan baru bagi pengajaran berprogram seperti komputer dan simulasi.
  8. 8. CABARAN PENGGUNAAN MEDIA ELEKTRONIK DAN ICT SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR DI SK ULU GERUNTUM, GOPENG. PERAK. Syakhira Husna Illias (M20141000860) 8 | P a g e 1.8.2 MEDIA ELEKTRONIK Buku Panduan Am KBSR Kementerian Pendidikan (1988 ) menyatakan dengan jelas tentang kepentingan penggunaan bahan-bahan atau media dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah. Buku tersebut menjelaskan tiga fungsi media iaitu: 1. menolong guru mewujudkan kepelbagaian dan minat dalam satu waktu pelajaran di samping memberi peluang kepada guru mencuba pendekatan dan teknik pengajaran yang lain. 2. membantu guru menimbulkan situasi yang lebih bermakna untuk menyampaikan butiran-butiran pelajaran. 3. menolong memberi rangsangan kepada guru untuk menggerakkan daya fikiran hingga dapat melahirkan pertuturan dan pemikiran serta memberi peluang kepada mereka menggunakan satu at au lebih deria dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Dalam hal ini, guru perlu memainkan peranan sebagai pengarah, pembimbing,. pengurus dan pemudahcara dalam proses pengajaran dan pembelaj aran. Dalam kajian ini, bahan media dikelaskan kepada dua kategori iaitu: 1. Media bukan elektronik.(Misalnya papan tulis,poster, carta, gambar lukisanlfoto, model, benda sebenar, bahan cetakan, buku teks, kad imbasan, lembaran ketja dan papan gulung). 1. Media elektronik (Misalnya OHP, projektor slaid, radiolkaset, TVNideo dan komputer).
  9. 9. CABARAN PENGGUNAAN MEDIA ELEKTRONIK DAN ICT SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR DI SK ULU GERUNTUM, GOPENG. PERAK. Syakhira Husna Illias (M20141000860) 9 | P a g e 2.0 LITERATUR 2.1 Tinjauan Literatur Terdapat kajian-kajian yang menunjukkan bahawa guru kurang menggunakan peralatan di dalam pengajaran dan pembelajaran. Norhayati Abd Mukti (2000) dalam kajiannya ke atas 15 orang guru yang mengajar komputer dalam pendidikan mendapati bahawa faktor-faktor latar belakang guru, sikap dan keprihatinan guru memberikan makna yang besar ke atas tahap penggunaan komputer di dalam kelas. Guru yang mempunyai lebih pengetahuan menunjukkan sikap yang lebih positif terhadap penggunaan komputer dalam pengajaran dan guru yang kurang berpengetahuan menyedari bahawa mereka memerlukan lebih kemahiran dan pengetahuan untuk menggunakan teknologi di dalam kelas. Antara masalah yang dikenalpasti dalam kajian ini ialah guru tidak mempunyai cukup masa untuk menyediakan bahan pengajaran menggunakan komputer kerana dibebani dengan masa mengajar yang penuh di samping tugas-tugas lain yang dipertanggungjawabkan. Hasil kajian Sham Ibrahim (2003) ke atas 119 orang guru sekolah menengah daerah Jelebu mendapati bahawa perisian multimedia mampu memenuhi masa pengajaran dengan efektif, dan membantu guru menjalankan aktiviti dalam kelas, secara tidak langsung dapat mencapai objektif yang disasarkan, mempertingkatkan minat pelajar dan boleh dijadikan bahan rujukan yang berguna kepada guru. Dalam kajian yang dijalankan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan KPM (2003) ke atas 206 orang pengetua, 818 orang guru bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Sains dan Matematik dan 3043 pelajar Tingkatan 1, 2 dan 4 di beberapa buah sekolah menengah seluruh negara, mendapati bahawa tahap kesediaan sekolah menengah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer masih di peringkat awal dan persepsi di kalangan guru dan pelajar sangat positif terhadap penggunaan komputer. Kemudahan infrastruktur fizikal dan teknologi harus diperkemas dan dipertingkatkan terlebih dahulu.Melalui kajian yang telah dijalankan oleh Nazamud-din (2004) terhadap guru-guru sains di sekolah menengah bahagian Kuching / Samarahan mendapati guru-guru mempunyai tahap pengetahuan, kemahiran dan latihan sedia ada yang sederhana. Beliau juga mendapati tahap keperluan pengetahuan dan latihan adalah besar dan tahap keperluan kemahiran adalah sederhana. Jadi, suatu program latihan yang tersusun dan komprehensif perlu dilaksanakan bagi menambah pengetahuan dan kemahiran asas dan penggunaan teknologi maklumat guru-guru sains dalam perkhidmatan.
  10. 10. CABARAN PENGGUNAAN MEDIA ELEKTRONIK DAN ICT SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR DI SK ULU GERUNTUM, GOPENG. PERAK. Syakhira Husna Illias (M20141000860) 10 | P a g e Matlamat Bahagian Teknologi Pendidikan(BTP) ialah membantu meningkatkan mutu pendidikan di negara kita dengan berteraskan falsafah 'bahawa penggunaan pelbagai jenis media pendidikan secara terancang dapat mengukuhkan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah serta memberi peluang kepada setiap murid menguasai ilmu pengetahuan dengan cara yang lebih menarik dan berkesan sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara untuk mengembangkan potensi setiap individu secara menyeluruh dan bersepadu' (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1992). Penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran boleh menimbulkan rangsangan dan keinginan pelajar untuk mengetahui lebih mendalam akan sesuatu aspek pengajaran di samping menjadikan pembelajaran lebih menarik dan berkesan (Mat Nor Russin dan Abd Rahman Abd. Rashid, 1988). Penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran adalah merupakan suatu cara yang berkesan untuk meningkatkan proses pembelajaran (Reinich, Molenda, Russell &Smaldino, 1996). Keberkesanan sesuatu pengajaran dan pembelajaran secara langsung bukan sahaja berkait rapat dengan ciri-ciri atau keadaan-keadaan tertentu yang ada pada guru-guru dan pelajar, tetapi juga bergantung kepada mana satukah deria pelajar yang paling banyak dieksploitasikan oleh guru. Penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran dapat melibatkan pelbagai deria pelajar dan menjadikan pengajaran ini benar- benar berkesan (Nairn, 1991). Penggunaan media juga dapat membantu pencapaian objektif pembelajaran (Jeyanti, 1996).
  11. 11. CABARAN PENGGUNAAN MEDIA ELEKTRONIK DAN ICT SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR DI SK ULU GERUNTUM, GOPENG. PERAK. Syakhira Husna Illias (M20141000860) 11 | P a g e 3.0 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan Metodologi kajian merupakan suatu set perkakasan bagi melaksanakan suatu penyelidikan dan perolehan maklumat, serta juga suatu seni bagi melaksanakan suatu karya sains (Adams dan Schvaneveldt, 1985). Fielding dan Schreier (2001) telah menyatakan bahawa terdapat tiga jenis metodologi kajian iaitu kajian kuantitatif, kajian kualitatif dan kajian hybrid. Dalam kajian ini, metadologi yang telah dipilih adalah kajian kualitatif. Ini kerana menurut Holloway (1997), kajian kualitatif merupakan suatu bentuk pertanyaan sosial yang memfokuskan kepada cara interpretasi manusia dan logikal terhadap pengalaman mereka serta persekitaran mereka tinggal. 3.2 Rekabentuk Kajian Kajian ini berbentuk tinjauan yang mengkaji tahap penggunaan media elektronik dan ICT sebagai alat bantu mengajar. Rekabentuk kajian adalah bersifat kuantitatif. Maklumat dari responden diambil menggunakan borang soal selidik. 3.3 Sampel Kajian dan lokasi kajian Responden kajian adalah terdiri dari 18 orang guru bagi semua matapelajaran di Sekolah Kebangsaan Ulu Geruntum, Gopeng. Responden terdiri dari 3 orang guru perempuan dan 15 orang merupakan guru lelaki. 3.4 Instrumen kajian Kajian ini merupakan kajian tinjauan di mana instrumen yaang digunakan ialah borang soal selidik yang terdiri daripada tiga bahagian iaitu Bahagian A : alat bantu mengajar yang sering digunakan dalam kelas, Bahagian B : Cabaran Penggunaan Media Elektronik Sebagai Alat Bantu Mengajar dan Bahagian C : Latar Belakang Responden.
  12. 12. CABARAN PENGGUNAAN MEDIA ELEKTRONIK DAN ICT SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR DI SK ULU GERUNTUM, GOPENG. PERAK. Syakhira Husna Illias (M20141000860) 12 | P a g e 3.6 Tatacara penganalisis data Soal selidik diberi kepada setiap guru di sekolah secara individu. Data-data dikumpul dan analisa dibuat dalam bentuk peratus. Jawapan ya akan menunjukkan prestasi yang baik berbanding jawapan tidak. Kaedah peratusan ( mengikut indikator jawapan Ya ) adalah mengikut seperti di bawah : Peratusan Penerangan Lebih 85 % Sangat Baik 70% Hingga 84% Baik 50% Hingga 69% Sederhana 0% hingga 49% Tidak memuaskan
  13. 13. CABARAN PENGGUNAAN MEDIA ELEKTRONIK DAN ICT SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR DI SK ULU GERUNTUM, GOPENG. PERAK. Syakhira Husna Illias (M20141000860) 13 | P a g e 4.0 DAPATAN ALAT BANTU MENGAJAR KEKERAPAN 1. Buku teks 18 2. Lembaran kerja 18 3. OHP 0 4. Komputer (perisian kursus) 4 5. Komputer (internet) 0 6. Radio (CD) 6 7. Video (VCD/DVD) 8 8. Objek sebenar seperti carta dll 10 Data menunjukkan bahawa ramai guru menggunakan buku teks dan lembaran kerja sebagai alat bantu mengajar dengan kekerapan 18 orang menggunakannya. Responden juga memilih alat bantu mengajar video (VCD/DVD) sebagai alat bantu mengajar dalam kelas dengan kekerapan 8 orang dari 18 orang telah menggunakannya. Alat bantu pengajar seperti radio pula muncul kekerapan kelima paling gemar digunakan oleh responden. Komputer (perisian kursus) dilihat mempunyai kekarapan yang rendah apabila hanya 4 orang dari 18 orang guru menggunakannya sebagai alat bantu mengajar di kelas. Manakala alat bantu mengajar seperti komputer bersama internet dilihat tidak diaplikasikan dalam mana-mana responden. SOALAN PERATUS YA TIDAK 1. Adakah anda mempunyai masa yang cukup untuk menyusun atur media elektronik dalam kelas anda? 0% 100% 2. Adakah anda mempunyai masa yang cukup untuk melayari internet di sekolah? 0% 100% 3. Adakah anda terpaksa membawa banyak alat seperti laptop, LCD dll? 67% 33% 4. Adakah alatan berfungsi dengan baik? 89% 11% 5. Adakah talian internet di sekolah anda memuaskan. 0% 100% 6. Adakah terdapat kakitangan terlatih untuk membantu anda ketika anda menghadapi masalah dengan media elektronik di sekolah? 78% 22% 7. Adakah bilik darjah mempunyai kelengkapan peralatan yang cukup untuk penggunaan media komputer dalam 0% 100%
  14. 14. CABARAN PENGGUNAAN MEDIA ELEKTRONIK DAN ICT SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR DI SK ULU GERUNTUM, GOPENG. PERAK. Syakhira Husna Illias (M20141000860) 14 | P a g e pengajaran? 8. Makmal komputer yang dilengkapi dengan peralatan media elektronik terletak jauh dari bilik guru. 0% 100% 9. Adakah anda telah menjalani kursus dalaman tentang penggunaan media komputer untuk guru? 39% 61% 10. Adakah anda kurang pengetahuan dan kemahiran dalam penggunaan media komputer? 89% 11% 11. Adakah anda mempunyai masalah untuk menentukan bahan yang bersesuaian dengan tahap pencapaian murid? 56% 44% Menurut hasil kajian, 100% guru mengakui bahawa mereka tidak mempunyai masa yang cukup untuk menyusun atur media elektronik dalam kelas, tidak mempunyai masa melayari internet, dan menghadapi masalah mengenai talian internet yang tidak memuaskan. Semua guru menyatakan bahawa bilik darjah tidak dilengkapi dengan peralatan yang cukup untuk penggunaan komputer sebagai media pengajaran. Guru juga mengakui bahawa makmal komputer terletak tidak jauh dari bilik guru. Majoriti guru iaitu sebanyak 89% menyatakan bahawa alatan berfungsi dengan baik. manakala 11% lagi tidak bersetuju dengan penyataan di atas. 89% guru menyatakan bahawa mereka tidak mahir dalam penggunaan media elektronik dan hanya 11% sahaja mengakui mereka mempunyai pengetahuan dan kemahiran untuk menggunakan media elektonik. Ramai guru bersetuju bahawa terdapat kakitangan terlatih untuk membantu guru ketika guru menghadapi masalah dengan media elektronik dengan peratusan sebanyak 78% berbanding 22% yang mengakui sebaliknya. 67% guru menyatakan mereka mempunyai masalah untuk melaksanakan pembelajaran berbantu media elektronik kerana mereka terpaksa membawa banyak alatan seperti laptop, LCD dan lain-lain. Manakala 33% tidak bersetuju dengan penyataan tersebut. Hanya 39% minoriti guru menyatakan bahawa mereka tidak menjalani kursus dalaman tentang penggunaan media komputer manakala 61% bersetuju bahawa mereka telah menjalani kursus. Hanya 44% guru menyatakan bahawa mereka tidak menghadapi masalah untuk menentukan bahan yang bersesuaian dengan tahap pencapaian murid berbanding 54% yang bersetuju bahwa mereka mengalami kesukaran bagi menentukan bahan untuk murid.
  15. 15. CABARAN PENGGUNAAN MEDIA ELEKTRONIK DAN ICT SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR DI SK ULU GERUNTUM, GOPENG. PERAK. Syakhira Husna Illias (M20141000860) 15 | P a g e 5.0 PERBINCANGAN Penggunaan pelbagai alat media elektronik dan bahan bilik darjah semakin kurang diamalkan (Asiah Abu Samah, 1992). Ini bertepatan dengan dapatan kajian yang menunjukan bahawa hanya minoriti guru yang menggunakan aplikasi media elektronik dalam kelas. Ini mungkin kerana guru menghadapi masalah dari aspek masa, banyak alatan dan kelengkapan yang tidak mencukupi. Guru-guru yang mengajar di sekolah-sekolah rendah mahupun di sekolah menengah sudah didedahkan dengan pengetahuan menggunakan bahan pengajaran dan pembelajaran dalam pengajaran semasa mereka menuntut di maktab perguruan atau di universiti. Salah satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh guru-guru untuk menjadikan pengajaran mereka berkesan ialah menyediakan sumber pengajaran yang bersesuaian dan berkesan serta penggunaannya yang efektif. Namun begitu, data kajian menunjukkan bahawa guru menghadapi cabaran dengan kemahiran dan pengetahuan untuk mengaplikasikan media elektronik dalam kelas. Ini mungkin kerana guru kurang kompetensi dalam kemahiran media elektronik. Berdasarkan kepada kajian-kajian yang lepas, faktor-faktor seperti umur, jantina, latihan, galakan pentadbir dan kemudahan komputer yang dibekalkan di sekolah telah dikenalpasti menjadi halangan terhadap penggunaan komputer dan ICT di kalangan guru- guru di sekolah. Bertepatan dengan hasil kajian yang menyatakan bahawa guru menghadapi masalah dari aspek masa, penyediaan alatan, kurang kemahiran dan kelengkapan yang tidak mencukupi. Soon Yin dan Kooi Guan (2002) yang menyatakan bahawa latihan yang diterima oleh guru-guru merupakan aspek yang sangat penting dalam proses menggunakan komputer di sekolah-sekolah. Ini disokong oleh Gan (2000), yang menyatakan bahawa kekurangan latihan merupakan satu faktor penghalang penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran. Merujuk kepada beberapa kajian di luar negara, antaranya School Investments in Instructional Technology yang dijalankan oleh Office of Technology Assessment, pada tahun 1995 (dalam Pricilla & Karin, 2003), terdapat perkaitan yang relatif di antara perbelanjaan ke
  16. 16. CABARAN PENGGUNAAN MEDIA ELEKTRONIK DAN ICT SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR DI SK ULU GERUNTUM, GOPENG. PERAK. Syakhira Husna Illias (M20141000860) 16 | P a g e atas perisian dengan keperluan latihan profesional dalam kalangan guru. Dapatan merumuskan, tanpa perhatian yang mendalam terhadap keperluan mempertingkat kualiti latihan guru dan peningkatan kemahiran dalam teknologi pengajaran, maka pihak sekolah akan mengalami kesukaran untuk memperluas potensi penggunaan teknologi terkini dalam pengajaran dan pembelajaran. Namun begitu, masih banyak perlu dilakukan untuk meningkatkan tahap kemahiran teknologi maklumat guru-guru. Ini dibuktikan dengan beberapa kajian lepas yang menunjukkan bahawa masih terdapat guru yang belum dapat menguasai kemahiran teknologi maklumat, situasi ini kerap kali merujuk kepada guru-guru yang berkhidmat di luar bandar dan pedalaman (Mohammed Sani et al., 2004; Noor Awanis, Nora & Nurazariah, 2006; Megat et al., 2008). Dalam senario ini faktor jarak, kemudahan telekomunikasi serta accessibility sekolah khususnya di sekolah-sekolah pedalaman memberikan impak yang signifikan. Rentetan daripada faktor ini, beberapa isu lain akan timbul, contohnya, maklumat kursus lewat diterima, peralatan komputer mengambil masa yang lama untuk dibaiki dan sebagainya (Johan, 2005). Berdasarkan dapatan, guru dilihat tidak mempunyai kemahiran dan pengetahuan dan ini mengakui dapatan Sherry (1990) bahawa tanpa kemahiran untuk menggunakan komputer di dalam pengajaran dan pembelajaran, keberkesanan penggunaan komputer di sekolah menjadi sangat terhad. Kajian Bakhtiar (1995) telah menyatakan kepentingan kemahiran bagi seseorang guru untuk menggunakan komputer dengan baik di dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Tegasnya, inisiatif untuk mempertingkatkan kemahiran di dalam bidang komputer dan ICT perlulah dipertingkatkan dengan mengikuti kursus-kursus yang diadakan. Namun begitu, analisis data mendapati terdapat sebanyak empat masalah atau kelemahan utama yang telah dikenalpasti. Antaranya ialah ialah capaian internet terhad, masa yang tidak mencukupi, silibus dan bebanan kerja guru yang banyak. Norazilawati (2013) menyatakan isu pelaksanaan merupakan satu kekangan kepada pengaplikasian ICT terutamanya di sekolah luar bandar. Didapati isu berkaitan aspek teknikal, penyebaran maklumat tentang ICT, latihan guru, dan pemantauan tidak berlaku dengan sempurna di kawasan ini. Dari segi kelengkapan peralatan, didapati kebanyakan sekolah luar bandar
  17. 17. CABARAN PENGGUNAAN MEDIA ELEKTRONIK DAN ICT SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR DI SK ULU GERUNTUM, GOPENG. PERAK. Syakhira Husna Illias (M20141000860) 17 | P a g e menghadapi masalah berkaitan capaian internet. Perkara ini telah menimbulkan satu dilema dalam kalangan pentadbir sekolah berkenaan dan guru selaku pelaksana (Norazilawati, 2013). Dapatan kajian menunjukkan bentuk penggunaan ICT yang digunakan oleh guru-guru berada di tahap yang sederhana. Ahmad Rashidi Osman (1992) telah menyatakan bahawa penggunaan komputer sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran untuk berkomunikasi dengan pelajar-pelajar adalah di tahap yang sangat rendah. Majoriti guru mengakui bahawa alatan ICT berfungsi dengan baik dan terdapat kakitangan terlatih untuk membantu mereka jika mereka menghadapi masalah dalam penyediaan ICT. Ini sekaligus membuktikan bahawa guru sedar tentang kepentingan ICT dalam proses pembelajaran. Menurut Norhashim (1996) dalam Syed Ismail (2010), penggunaan ICT dalam bidang pendidikan memberi kesan besar dan bermakna terhadap kualiti pembelajaran seperti memudahkan penghasilan bahan-bahan pengajaran secara lebih efisien, membenarkan pendidikan menyediakan pendekatan pengajaran baru yang lebih efektif, memudahkan penggunaan pelbagai teknik pengajaran dan pembelajaran seperti multimedia, simulasi serta membuat aktiviti kumpulan menerusi aplikasi sistem rangkaiannya.
  18. 18. CABARAN PENGGUNAAN MEDIA ELEKTRONIK DAN ICT SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR DI SK ULU GERUNTUM, GOPENG. PERAK. Syakhira Husna Illias (M20141000860) 18 | P a g e BIBLIOGRAFI Abd. Rahim Abd. Rashid. (2005). Profesionalisme Keguruan Prospek dan Cabaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Asiah Abu Samah . (1992) .PSS : Cabaran masa kini dan harapan masa depan . Teknologi Pendidikan .Buletin Bahagian Teknologi Pendidikan,13 (3) ,3-6. Abu Bakar Nordin (1991) dan Halim Hui (ed). Kurikulum: Perspektif dan Perlaksanaannya. Kuala Lumpur: Pustaka Antara. Ahmad Rashidi Osman (1992). Kajian Penggunaan Komputer di Kalangan Guru-Guru Sekolah di Negeri Johor. Tesis Sarjana Muda, UTM. Akker, J.V.D., Paul, K. dan Tjeerd, P. (1992). The integration of Computer Use In Education. International Journal of Education Research, vol. 17, ms. 65. Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusuf Boon, Abdul Rahim Hamdan (2007). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan (Teori, Analisis dan Interpretasi Data). Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing. Bramble J. (1985). Computer In School. New York: McGraw Hill. Cockcroft, W. H. (1986). Mathematics Counts. London: HMSO Coffin, Gregory C. (1995). Minimum Computer Knowledge for Elementary Principal. Criswell, J.R., (1989). ''Rethinking microcomputer instruction as part of teacher education reform'', Educational Technology, 23(11): 4043. Dence,M.(1980). Toward defining the role of CAI: A Review Educational Technology. 3:50-54. Dorsett, R (1990). Dalam: Chin Sak Fatt (1993). Tinjauan Penggunaan Komputer Dalam Pengurusan Dan Pembelajaran. Projek Sarjana Muda UTM. Ely, D.P. (1993). Computer In Schools and Universities In the United States of America. Educational Technology, vol.33 (9), ms. 53. Fatimah Abu Bakar.(1980). Educational media in secondary schools: an examination of existing facalities and relationship between teacher variables and media utilization. Tesis. Sarjana Pendidikan. Pulau Pinang: USM.
  19. 19. CABARAN PENGGUNAAN MEDIA ELEKTRONIK DAN ICT SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR DI SK ULU GERUNTUM, GOPENG. PERAK. Syakhira Husna Illias (M20141000860) 19 | P a g e Fullan et. al. (1988), Strategies for Implementing Microcomputer in Schools: The Ontario Case Ontario: Ministry of Education, Queens Printer. Gilroy, D dan Desai H.B. (1986). Computer Anxiety : Sex, Race and Age. International Journal Of Man- Machine Studies, vol. 25, ms. 711-719. Hamzah Hussain (1995). Latihan Dalam Perkhidmatan: Satu Kajian Mengenai Persepsi, Keberkesanan dan Keperluan Guru di Negeri Pahang. Tesis Sarjana UUM. Harrison, A.W., Kelly, R. Dan Rainer Jr. (1992). The Influence of Individual Differences on Skill in End- User Computing. Hasselbring, O.S. (1991). Improving Education Through Technology: Barriers and Recommendation. Preventing School Failure, vol. 35 (3), ms. 33. Holdaway, K. Sounders, M. (1996). Thw In-House Training As Consultant (2nd Edition). London. Kamus Dewan: Edisi Ketiga (1997). Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.Krueger, A.B. 2003. The digital divide in educating African-American students and workers. In Cecilia Conrad and Margaret Simms (eds). Education and training for the Black worker in the 21st century. Washington: Center for Political and Economic Studies Kelman,P.(1983). Computers in teaching mathematics. Massachusetts Addison-Wesley Publication Company. Kementerian Pelajaran Malaysia. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. Kajian Kesediaan Sekolah Menengah Melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran Berbantu Komputer. Kuala Lumpur : BPPDP,2003 Maier,P., Barnett,L.,Warren,A,&Brunner,D.(1998). Using techology in teaching and learning. Stirling, USA: Kogan Page. Megat Aman Zahiri Megat Zakaria, Baharuddin Aris dan Jamalludin Harun. (2008). Kemahiran ICT di kalangan guru-guru pelatih UTM: Satu tinjauan. Paper presented at the 1st International Malaysian Educational Technology Convention. Kuala Lumpur. Mohammed Sani, Nordin, M. dan Roslee, M. (2004). Budaya ICT di Kalangan Guru-Guru Sains dan Matematik: Trend dan Isu. Jurnal Pendidikan 7: 15-24.
  20. 20. CABARAN PENGGUNAAN MEDIA ELEKTRONIK DAN ICT SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR DI SK ULU GERUNTUM, GOPENG. PERAK. Syakhira Husna Illias (M20141000860) 20 | P a g e Nazamud-din Alias (2004), Taksiran Keperluan Penguasaan Teknologi Maklumat Di Kalangan Guru Sains Dalam Perkhidmatan. Jurnal Penyelidikan MPBL. Jilid 5,2004 Noor Awanis Muslim, Nora Dato Yahya dan Nurazariah Abidin. (2006). Persepsi Guru-Guru Terhadap Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Kertas Kerja Pembentangan Seminar SITMA. Terengganu. 19-20 Ogos. Norazilawati Abdullah, Noraini Mohd Noh, Nik Azmah Nik Yusuf (2013). Aplikasi Persekitaran Pengajaran Maya (Frog VLE) Dalam Kalangan Guru Sains. Prosiding 7th International Malaysian Education Technology Convention (IMETC). Hotel Golden Flower Bandong. 16-18 September. Norhayati Abd Mukti (2000),Computer Technology In Malaysia : Teachers Background Characteristics, Attitudes And Concerns, EJISDC (2000) 3, 8, 1-13. Norida Suhadi (2001). Tahap Penggunaan Komputer Dalam Proses Penghasilan Bahan Pengajaran.Satu Tinjauan di Sekolah Menengah Daerah Hulu Langat. Tesis Sarjana Universiti Putra Malaysia Pengurusan Pendidikan. Kertas Kerja Seminar Pengurusan Pendidikan, IAB, Kementerian Pendidikan Malaysia. Pricilla, N. and Karin, M. W. (2003). Teaching with Technology. Vancouver: Thomposon Wardsworth. Sham b. Ibrahim (2003). Penggunaan Perisian Multimedia Dalam Pengajaran Guru di Daerah Jelebu. Kertas Projek Sarjana Universiti Putra Malaysia. Soon Yin, T. dan Kooi Guan, C. (2002). Latihan dan Penggunaan Teknologi Dalam Pengajaran- Pembelajaran Guru-Guru. Jurnal 2002 Pendidikan guru 2: 62-72. W.F. Connel (1981). Asas Pendidikan. Dewan Bahasa dan Pustaka : Kuala Lumpur.