cabaran perpaduan

download cabaran perpaduan

of 15

description

cabaran malaysia dalam membentuk perpaduan di kalangan masyarakat

Transcript of cabaran perpaduan

PENDAHULUAN

1.0) Pendahuluan

Perpaduan di Malaysia yang merupakan elemen yang prima bagi membentuk negara yang maju. Hal ini demikian kerana, wujudnya perpaduan maka secara tidak langsung membawa kepada keharmonian negara yang merupakan nadi kepada pembagunan ekonomi, kemajuan pendidikan dan suasana politik yang stabil. Walaubagaimanapun, usaha untuk membentuk perpaduan di negara Malaysia bukan suatu perkara yang mudah untuk dilakukan bagi kerajaan Malaysia. Faktor utama yang membawa cabaran dalam perbentukan perpaduan ialah tiada persefahaman antara masyarat yang berbilang bangsa. Masalah ini menjadi serius apabila terdapat perbezaan dari segi keturunan, agama, bahasa dan adat resam. Hal ini demikian kerana, Malaysia merupakan negara yang penduduknya terdiri daripada pelbagai kaum. Kaum yang utama yang terdapat di negara ini ialah Melayu, Cina dan India. Setiap kaum membawa budaya, agama dan bahasa yang berbeza yang menyukarkan kerajaan untuk membentuk perpaduan kerana perpaduan memberi maksud kepada satu proses menyatupadukan berbagai-bagai kumpulan masyarakat yang mempunyai budaya dan sosial yang berbeza ke dalam suatu wilayah bagi mewujudkan identiti nasional.Selain daripada perbezaan budaya dan sosial, perbezaan dari sudut ekonomi, politik dan pendidikan yang turut memabawa kepada masalah perpaduan hubugan kaum.

2.0) Pemisahan Tempat Tinggal

Salah satu ciri yang amat ketara dalam kepelbagaian masyarakat di Malaysia ialah jurang pemisahan tempat tinggal. Pemisahan tempat tinggal ini telah wujud sejak zaman kesultanan Melayu Melaka sekitar adab ke-16, sudah terdapat masyarakat kaum Cina dan India telah menetap di perkampung Cina dan perkampungan India. Jumlah orang Cina dan India yang datang ke Melaka ketika itu tidaklah ramai kerana mereka menganggap kedatagan mereka hanyalah untuk mencari rezeki dan akan balik ke negara asalnya apabila hajat mereka telah tercapai. Oleh sebab jumlah mereka sedikit mereka dapat berintegrasi, bergaul dan menyesuaikan diri degan masyarakat tempatan. Mereka juga telah berkahwin dengan masyarakat tempatan dan anak yang dilahirkan atas perkawinan campur itu digelar baba, nyonya dan chtti. Ini membuktikan bahawa tidak timbul masalah perpaduan antara mereka dangan kaum asal (bumiputera) ketika itu. Setiap kaum memahami kedudukan dan peranan mereka.

Hubungan antara kaum Melayu, Cina dan India bermula renggang apabila kemasukan orang-orang Cina dan India ke tanah Melayu dalam jumlah yang banyak. Salah satu faktor yang membawa mereka ke sini atas ekonomi. Pada awal kurun ke-18 seramai 1000 keluarga Cina menetap di Johor dan mereka menanam padi.Manakala, pada tahun 1720, penduduk di Kuala terengganu kebanyakan orang cina dan mereka mengusahan peniagaan. Perusahaan lombong bijih timah oleh pelombong-pelombong Cina di Perak sekurang-kurangnya sejak kurun ke-18. Mereka juga berperanan penting dalam memajukan perusahaan lombong bijih timah di Selangor dalam tahun 1780-an. Kemasukan buruh-buruh dari Cina ke negeri-negeri Melayu ini melalui beberapa cara yang dikenal pasti dan lazimnya diusahankan oleh orang tengah yang telah lama menetap di sini. Kaum Cina mereka dibawa ke Tanah Melayu melalui sistem tiket kredit sangat popuar dan kebanyakan buruh-buruh Cina diambil melalui sistem ini walaupun ia melibatkan unsur-unsur yang tidak sihat dan mendatangkan kesengsaraan kepada buruh-buruh Cina berkenaan. Sistem ini kemudiannya digantikan dengan sistem pengamabilan personal oleh majikan yangmemerlukan pekerja itu sendiri dan sistem pengambilan rumah kongsi apabila kerajaan Inggeris mula prihatin dalam hal-ehwal merekrutkan buruh-buruh Cina ini. Kaum Cina juga banyak terlibat dalam pertanian. Misalnya, mereka menanam rempah, lada hitam dan gambir di Pulau Pinang, Seberang Perai dan Singapura.

Manakala, kemasukan Buruh India pula bermula pada tahun 1783 iaitu sejak penalukkan Britsh di Pulau Pinang. Pada waktu itu jumlah buruh dari India dalam kadar yang sedikit. Namun selepas pembukaan Singapura pada tahun 1819 dan penaklukan Melaka pada tahun 1823 jumlah keperluan buruhdari India semakin meningkat. Pada tahun 1980 jumlah buruh India tidak begitu ramai jika dibandingkan dengan buruh Cina. Apabila perusahaan getah semakin meningkat pada akhir abad-19 permintaan buruh dari India semakin meningkat. Kemasuakn buruh India ke tanah Melayu melalui dua sistem yang selalu diguna pakai iaitu buruh kontrak dan sistem kangany.

Sekiranya ditinjau dengan lebih mendalam kemasukan orang Cina dan India yang berfaktorkan ekonomi iaitu perkerjaan sesuatu kaum telah membawa jurang perbezaan tempat tinggal. Orang Cina tinggal di kawasan-kawasan perlombongan bijih timah yang berkembang menjadi bandar. Manakala bagi orang India mereka lebih tertumpu kepada kawasan ladang dan estet. Bagi orang Melayu sejak turun-temurun lagi mereka masih menetap di kawasan kampung-kampung iaitu di kawasan sekitar muara sungai utama. Bukan setakan perkerjaan sesuatu kaum mempengaruhi jurang perbezaan tempat tinggal malah ada fakta yang tidak kurang pentingnya iaitu dari sudut psikologi, manusia akan lebih gemar dan lebih selesa untuk tinggal di kawasan-kawasan kenalan, kawan mahupun saudara-maranya. Hal ini memudahkan mereka untuk berhubung, mendapatkan bantuan dan sebagainya khususnya pada masa kesusahan. Justeru, apabila orang Cina atau orang India yang baru sampai ke tanah Melayu mereka akan mencari dan menetap di kawasan tempat tinggal yang didiami oleh orang Cina atau orang India yang datang awal daripada mereka. Orang Cina dan orang India mereka lebih suka bertutur dalam bahasa ibunda mereka sendiri iaitu Bahasa Cina dan Bahasa India. Mereka juga masih mengamalkan budaya dan adat resam mereka tersendiri daripada negara asal mereka. Perkara ini menjadikan skop pergaulan mereka terhad dan kurang bergaul iaitu kurang berinetraksi dengan kaum yang lain. Apabila situasi ini berlaku, orang Cina dan orang India kurang memahami budaya, agama, adat resan dan pantang larang kaum yang lain. Pemisahan dan perbezaan tempat tinggal dapat mengelakkan daripada melakukan sesuatu perkara yang boleh melaggar budaya dan agama kaum lain.

Selain itu, pemisahahan tempat tinggal ini sebenarnya digalakkan oleh pihak British dan dalam pelan-pelan bandar lama yang disediakan oleh para jurubina dan jurutera British dalam tempoh masa itu, peruntukan telah dibuat dangan jelasnya bahawa dalam tiap-tiap bandar itu perlu dikhaskan untuk tempat tinggal orang-orang Cina dan India. Perpecahan ini tidak bermakna sebarang dasar pecah dan perintah bagi pihak British disebabkan hal ini telah pun berlaku walaupun sebelum kedatagan pihak British lagi. Hal ini sudah pun tersebar luas di seluruhkawasan walaupun sebelum Kesultanan Melaka sekalipun. Cuma kumpulan-kumpulan kaum ini lebih gemar untuk hidup di kawasan mereka sendiri.

Sesudah tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 dan pembentukan negara Malaysia pada tahun 1963. Pemisahan tempat tinggal juga memberi kesan kepada pola petempatan masyarakat Malaysia iaitu terdapat perkampungan Melayu, pekan dan kedai-kedai Cina, buruh-burh India di ladang getah, rumah panjang kaum Iban, dan kampung kaum kadazan. Perkara ini merupakan perkara yang unik dan scenario yang biasa dilihat di Malaysia. Apabila berlakunya situasi sebegini berlaku, ianya membawa impak kepada hubugan antara kaum. Hal ini demikian kerana, pemisahan tempat tinggal ini mejadikan masyarakt kurang dan tidak boleh bergaul dengan kaum yang lain yang menyebabkan kaum anatara kaum yang lain susah memahami budaya, bahasa dan adat resam kaum yang lain. Secara tidak langsung, pemisahan tempat tinggal ini boleh menjadikan masyarakat yang tiada sikap tolenrasi dan tiada sikap kerjasama kerana mereka tidak memahami antara satu sama lain. Justeru, hal ini menjadikan salah satu cabaran yang besar kepada pemimpin Malaysia untuk mewujudkan perpaduan di kalagan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum ini.

3.0) Perbezaan Politik

Setiap kaum ingin mengekalkan identiti kaum masing-masing serta berusaha untuk memperjuangkan kepentigan kaum masing-masing. Setiap kaum membawa pengaruh dan tujuan yang berbeza yang boleh menimbulkan pergaduhan antara semua kaum. Kaum India mereka banyak beranggapan bahawa India adalah tanah airnya dan berharap akan dapat kembali ke negara India. Bagi pandagan mereka hal-hal yang berlaku di India adalah lebih penting daripada peristiwa yang berlaku di Tanah Melayu. Persatuan-persatuan India yang telah tertubuh lebih awal, telah membentuk Persatuan India Pusat dalam tahun 1937 dan mereka membuat desakan agar pihak Britishmemperbaiki keadaan bekerja bagi pekerja-perkerja India. Semasa penjajahan Jepun di tanah Melayu, kaum India menyokong Liga Kemerdekaan yang diasakan oleh Subhas Chanda Bose. Dalam, tahun 1947, barulah orang India mula mengarahkan pandagan mereka untuk menetap di sini apabila India dan Pakistan telah mencapai kemerdekaan pada waktu itu. Oleh sebab itu, bilagan kaum India tidaklah begitu ramai secara tidak langsung, isu perkauman India tidaklah begitu hebat jika dibandingkan dengan isu perkauman Melayu-Cina.

Menjelang tahun 1930-an, berlakunya perkembagan di Tanah Besar China iaitu pengeseran Orang Cina dengan Jepun telah menaikkan semangat dan mendorong orang Cina membantu suadara mara mereka di Tanah Besar China. Hal ini menyebabkan tersemainya semangat anti-Jepun di kalagan mereka. Orang-orang Cina sentiasa beranggapan bahawa Tanah Besar China adalah tanah air mereka sendiri. Namun selepas pendudukan Jepun dengan penaklukan kuasa Komunis di negara China dalam tahun 1949 telah mendorong orang Cina di Malaya untuk berfikir untuk menjadikan Tanah Melayu sebagai Tanah air mereka. Perkara ini telah dinyatakan oleh Tan Cheng Lock, iaitu pemimpin orang Cina yang telah lahir di Negeri-negeri selat. Beliau menyarankan agar diwujudkan Negara Malaya yang bersatu padu dan berkerjaan sendiri dan orang-orang Cina yang bermastautin akan diberi hak yang sama dengan orang-orang Melayu. Malahan, ada seorang ahli Cina dalam Majlis Mesyuarat Undang Negeri ketika berucap dalam suatu perjumpaan Persatuan Cina pada tahun 1931, dengan merujukkan kepada tanah Melayu berkata Ini adalah negeri kita. Sudah semestinya perkara ini menjadi anacama kepada orang-orang Melayu dan mereka terasa kedudukan mereka sebagai masyarakat bumiputera tergugat walaupun dasar British lebih memihak kepada orang-orang Melayu. Namun, orang-orang Melayu yang berpendidkan sedar bahawa dasar British tidak membantu malah orang-orang cina masih menguasai kehidupan ekonomi Tanah Melayu.

Namun, tidak ramai orang-orang Melayu yang menyedari bahawa kedudukan orang-orang Cina yang menguasai ekonomi telah mengancam kedudukan mereka. Pada ketika itu, wujud pelbagai persatuan yang membawa kepada ideologi yang berbeza. Bagi Kesatuan Melayu Muda(KMM) mereka berhasrat untuk mendapatkan kemerdekaan untuk Tanah Melayu dan bergabung dengan Indonesia. Kedua-dua buah negara itu mempunyai matlamat yang sama, disamping mempunyai ikatan sejarah, kebudyaan dan agama yang serupa. Malahan, ada juga orang Melayu terpengaruh dengan perkembagan yang berlaku di Asia Barat bedasarkan Islam. Ini dapat dillihat dengan perjuagan yang dibawa oleh Kaum Muda pada awal abad ke 20. Mereka berusaha untuk mebawa perubahan masyarakat melayu mengikut ajaran Islam. Hal ini menyebabkan, bermula tahun 1917 banyak madarasah dibangunkan dan dalam tahun-tahun 1930-an banyak institusi pengajian tinggi diwujudkan seperti Madrasah Al-Masyhur Islamiah di Pulau Pinang.

Jelaslah, bahawa keadaan politik di Tanah Melayu memang banyak serta tiap-tiap persatuan politik ini membawa ideologi yang berbeza-beza yang membawa masalah kepada perbentukkan perpaduan ketika kemerdakaan dan perbentukkan Malaysia.

4.0) Penjajahan Jepun

Pada tahun 13 Februari 1942,apabila Singapura jatuh ke tangan Jepun maka bermulanya penjajahan Jepun di Tanah Melayu. Penjajahan Jepun memberi kesan terhadap orang Melayu dan terutamanya terhadap orang Cina. Bagi orang-orang Melayu, semasa pendudukan Jepun ianya tidak begitu memberi ancaman kepada mereka kerana dasar Jepun yang tidak banyak menyentuh nilai, budaya dan pentadbiran orang Melayu. Malahan, semasa pejajahan Jepun wujud tempat kekosogan dalam hal ehwal pentadbiran kerana ketiadaan kerajaan Inggeris. Hal ini menyebabkan orang Melayu dapat mengisi jawatan kanan dalam perkhidmatan kerajaan. Mereka tidak berpeluang untuk menjawat jawatan sebegini semasa pemerintahan Inggeris. Oleh sebab itu, peluang ini telah memberi pengalaman kepada orang-orang Melayu untuk mentadbir Negara. Secara tidak lansung, gologan cerdik pandai orang-orangg Melayu mula bergiat aktif dalam politik dan boleh menjadikan mereka sebagai pemimpin dalam kegiatan-kegiatan politik Melayu selepas perang.

Kemudian, bagi orang Cina pula penjajahan Jepun telah mebawa impak dan kesan yang negatif kepada orang-orang Cina. Peristiwa Perang Cina-Jepun membawa sifat dendam orang Cina dan orang Jepun. Oleh sebba itu, berlakunya penyisihan dan penindasan yang hebat berlaku ke atas orang-orang Cina. Penindasanyang berterusan dan masalah kekurangan makanan dari pihak jepun terhadap orang-orang Cina menyebakan ramai orang-orang Cina berlari ke dalam hutan.Mereka mengambil langkah insentif dengan membuat petempatandan membuat makanan sendiri. Sementara itu, PKM (Parti Komunis Melayu) telah menyebarkan perasaan anti-Jepun dan membentuk satu pertubuhan untuk mennetang Jepun iaitu Malayan PeopleAnti-Jepun Army (MPAJA). Penentagan Jepun ke atas MPAJA dan PKM secara tidak langsung telah membawa kepada permasalahan kaum. Hal ini demikian kerana, Jepun menggunakan anggota polis yang ramai terdiri daripada orang Melayu untuk menentang MPAJA yang kebanyakanya ialah orang Cina. Perkara ini telah menyebabkan hubungan orang Melayu dan orang Cina semakin tegang.

Selepas penyerahan diri Jepun pada bulan Ogos 1945 sehingga kedatagan semula kerajaan Inggeris pada akhir bulan september 1945 berlakunya kekosogan pemerintah MPAJA mengambil peluang itu untuk bermaharajalela dengan mengenetepikan undang-undang dan mereka menggunakan undang-undang sendiri. Mereka juga mengambil kesempatan untuk membalas dendam terhadap orang yang berkerjamsama dengan Jepun semasa pemerintahan Jepun dan kebanyakan orang-orang yang bekerjasama degna pihak Jepun ketika itu adalah orang Melayu. Hal ini, berlakunya pergeseran kaum Melayu dan kaum Cina yang serius. Iaitu banyak berlakunya pertumpahan darah berlaku antara kaum Cina dan kaum Melayu. Kejadian ini juga telah memberi implikasi buruk terhadap hubugan di antara orang Melayu dan orang Cina yang susah untuk diubati.

5.0) Keadaan Darurat

Keadaan Darurat di Tanah Melayu diistiharkan pada bulan Jun 1948 keadaan darurat ini berfaktorkan kebangkitan dan penentangan daipada PKM (Parti Komunis Malaya). PKM bertindak membuat penentagan dengan membakar ladang-ladang getah malah telah membunuh peladang-peladang getah dan pelombong-pelombong Inggeris. Kebanyakkan ahli PKM adalah orang-orang Cina. Manakala bagi pihak yang menetang PKM yang merupakan pasukan keselamatan adalah berbangsa Inggeris dan pasukan senjata Komenwel. Mereka ditugaskan untuk membantu Polis Tanah Melayu yang hampir semuanya terdidri daripada orang-orang Melayu. Secara amanya kita mengetahui bahawa pertempuran ini merupakan satu pertumpuran bercorak perkuaman. Gerila-gerila Komunis Cina ini disokong penuh oleh Min Yuen (Gerakan Rakyat) yang merupakan barisan kelima MRLA yang menyedikan wang, bekalan perubatan, makanan dan bahan-bahan lain yang diperlukan oleh mereka. MRLA bergatung kepada setinggan-setinggan Cina untuk mendapatkan bekalan dan menadikan mereka sebagai ahli. Setinggan-setiggan Cina terdiri daripada orang Cina yang telah berpindah dari bandar ke dalam hutam kerana berlakunya ancaman Jepun semasa pemerintahan Jepun. Mereka hidup secara berangsigan dan tidak digangu oleh pihak berkuasa. Hal ini, memudahkan pihak MRLA untuk mempengaruhi pemikiran mereka untuk menjadi pengikut mereka. Namun, lama kelamaan perkara ini disedari oleh pihak berkuasa Inggeris dan mereka perlu melakukan sesuatu untuk menyekat hubugan setinggan-setinggan Cina dengan MRLA. Pihak berkuasa telah mengambil langakah yang segera dengan menempatkan semula setinggan-setinggan Cina ke kampung-kampung baru mengikut rancangan Leftenan-Jeneral Sir Horold Briggs. Kampung-kampung Baru tersebut merupakan khemah-khemah askar dengan mempunyai kedudukan pertahanan di sekelilingnya, iaitu dilingkungi pula oleh dawai berduri dan dikawal oleh polis. Sesiapa pun tidak keluar pada malam, dan sekiranya perlu keluar pada waktu pagi, mereka perlu diperiksa untuk memastikan mereka tidak membawa sebarang bekalan yang dapat diberikan kepada pikah MRLA.

Walaubagaimanapun, rancagan kampung-kampung baru ini membawa kebaikan kepada keaamanan Tanah Melayu ketika itu namun bagi pihak setinggan-setinggan Cina yang ditempatka di kawasan itu melihat rancagan ini membebankan mereka. Kehidupan mereka di kampung-kampung baru ini seperti dalam khemah tahanan malah mereka sebnarnya dipaksa untuk tinggal di situ. Mereka juga merasakan bahawa hanya kaum mereka yang dilayan tidak sepatutnya dan kehidupan meraka lebih susah dari kaum Melayu. Ini telah menibulkan persaan dendam dan iri hati terhadap kaum Melayu kerana bagi mereka pentadbiran Inggeris lebih memihak kepada mereka.

Berbeza dengan perspektif di kalagan orang-orang Melayu. Orang-orang Melayu melihat bahawa rancagan kampung-kampung baru ini memakan perbelanjaan yang tinggi untuk membeli kemudahan yang jauh lebih baik daripada kemudahan-kemudahan yang terdapat di kampung-kampung Melayu. Mereka berasa bahawa kacau-bilau orang Cina sudah cukup dan mengeluarkan belanja yang besar tidakperlu kerana mereka menggangapkan orang-orang Cina ini adalah orang asing.

Pandagan-pandagan yang berbeza ini hanya menambahkan lagi perasaan dendam dan benci antara orang Melayu dan orang Cina yang belum lagi surut selepas kedatagan Jepun.

6.0) Perbezaan Pendidikan

Perbezaan Pendidikan merupakan perbezaan yang ketara dalam masyarakat Tanah Melayu semasa pentadbirannya di bawah kerajaan British antara abad ke-18 hingga pertengahan abad ke-19. Iaitu sistem sekolah yang bercirikan sekolah vernakular yang lebih berbentuk perkauman. Seolah vernakular ini berbentuk perkauman kerana bahasa pengantar yang digunakan di sekolah adalah bahasa dari negara asal mereka sendiri. Malahan, topik pelajaran bagi sekolah India dan sekolah Cina diambil dari topik dari negara China dan negara India. Yang sudah semestinya menanam budaya dan fahaman mengikut negara asal mereka. Malah, persefahaman dan perhubugan tidak berlaku antara kaum ini dengan kaum yang lain hal ini kerana kaum cina, melayu dan india tidak memahami dan mengetahui budaya dan cara hidup kaum yang lain. Sekolah vernakular ini telah memberikan cabaran yang besar kepada pemimpin untuk membentuk perpaduan di kalagan penduduk yang berbilang kaum.

Selepas perang dunia kedua, kerajaan ingin membentuk semula sisitem pendidikan di Tanah Melayu bag mewujudkan perpaduan dan keharmonian antara semua kaum. Walaubagaimanapun, telah terbuktinya pendidikan membawa cabaran kepada perbentukkan perpaduan kaum apabila berlakunnya perselihan pendapat mengenai sistem pendidikan daripada laporan Barnes(1950) dan laporan FennWu(1951). Di dalam laporan Barnes yang menyatakan semua kaum mesti menghadiri sekolah-sekolah kebangsaan. Ciri utama sekolah kebangsaan ialah dua bahasa dan semua murid diajar Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Diharapkan dengan cara bergini, satu bangsa dapat diwujudkan, lebih-lebih lagi sukatna pelajaran itu mirip kepada keadaan setempat yang terdapat di Tanah Melayu. Hal ini bebeza dengan laporan Fenn Wu iaitu menyatakan sungguhpun diakui bahawa perasaan taat setia terhadap negara dapat dipupuk dengan mengekalkan berbagai-bagai kebudayaan dan sistem persekolahn yang berangsingan bagi kumpulan-kumpulan kaum utama di Tanah Melayu. Persoalan utama yang timbul adalah berhubung dengan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.

Pada tahun 1952, Ordinan Pelajaran telah diberkuatkuasa malah ordinan ini lebih bersifat tolak ansur. Ordinan Pelajaran itu telah menegaskan bahawa sekolah mestilah mengikut corak sekolah kebangsaan dan Bahasa Cina dan Bahasa Tamil dijadikan bahasa ketiga. Walaubagaimanapun, sekolah-sekolah Cina dan India tidak mengikuti sistem kebangsaan ini. Namun rancagan itu tidak dapat dilaksanakan kerana Perbendaharaan Persekutuan telah menegaskan bahawa wang tidak mencukupi untuk meneruskan projek itu. Usaha untuk membentuk sistem pendidikan yang berbentuk perpaduan diteuskan lagi oleh Dato Abdul Razak Hussein yang mengetuai jawatankuasa yang terdiri daripada pakar-pakar pada bulan September 1955 untuk mengkaji sistem pendidikan lalu menyediakan sebuah penyata( penyata Razak). Kebanyakan syor-syor telah temaktub dalam Ordinan Pelajaran 1957. Usaha ini diteruskan lagi dengan sebuah jawatankuasa telah dilantik di bawah Tun Abdul Rahman Talib yang menggantikan Dato Abdul Razak Hussein sebagai menteri pelajaran. Penyata Rahman Talib(1960) cuba untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara bagi membentuk suatu bangsa dan tidak menetepikan bahasa kaum lain. Anatara perkara yang dilaksanakan mengikut penyata ini iaitu :

Memperuntukkan pelajaran rendah dengan perbelanjaan kerajaan dalam salah satu daripada empat bahasa utama Tanah Melayu iaitu Bahasa Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil.

Membawa bersama semua aliran bahasa di peringkat sekolah menegah di

sekolah di sekolah bantuan penuh, sekolah menengah jenis kebangsaan dengan menggunakan sama ada Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris sebagai bahasa utama dan pengantar.

Menggunakan kedua-dua bahasa rasmi iniuntuktujuan mengajar dan kertas

peperiksaan dan mengadakan sukatan pelajaran dan jjadual waktu yang sama untuk semua sekolah.

Selepas tahun 1967, Bahasa Melayu telah menjadi bahasa tunggal dan bahasa pengantar sekolah menegah jenis kebangsaan bantuan penuh. Dasar ini telah mendapat bantahan yang keras dari orang-orang Cina dengan mengatakan bahawa Bahasa Cina yang patut diakui sebagai bahasa rasmi. Orang-orang Cina menganggap bahawa dasar ini merupakan percubaan untuk menafikan hak anak-anak mereka terhadap bahasa dan kebudayaan mereka serta mengheret mereka untuk mengikuti cara kehidupan orang-orang Melayu. Sehingga kini, masalah pelajaran menjadi permasalah yang rumit untuk diselesaikan kerana ianya melibatkan kepentigan dan pemeliharaan setiap kaum.

7.0) Tiada Keseimbagan Ekonomi

Orang-orang Cina telah pun lama menopoli ekonomi Tanah Melayu. Perkara ini jelas dilihat apabila kedatagan awal orang-orangCina ke tanah melayu adalah bertujuan untuk perdagangan mahupun perlombogan. Sudah saya terangkan perihal ini dalam bab yang pertama. Selepas perang dunia kedua, dimana setiap kaum yang diwakili oleh parti politik ingin menuntut kemerdekaan. Orang Cina berasa gementar sekiranya Inggeris merancang terus memberi Tanah Melayu bekerjaan sendiri, orang Melayu akan berkuasa penuh dari segi politik, manakala kedudukan ekonomi orang Cina akan terancam. Kebimbagan orang Cina selesai apabila pada tahun 1956, pemimpin-peminpin UMNO dan MCA telah bersetuju untuk bertolak ansur iaitu MCA bersetuju akan hak keistemewaan orang-orang Melayu dan sebagai balasannya orang Cina mendapat syarat kerakyatan yang lebih liberal. Hal ini termasuk juga kebebasan bagi orang-orang Cina untuk meneruskan kepentigan ekonomi dan perdagagan.

Kesedaran permasalahan ini memerlukan dalam temoh yang lama, iaitu apabila Rancagan Malaysia Kedua yang menghuraikan tentang kisah peristiwa yang terdapat dalam tempoh 10 tahun sehingga 1970. Hal ini dikaji secara dekat, memandangkan ia menunjukkan dengan jelasnya tentang anggapan orang-orang Melayu bahawa mereka merasa hak milik mereka akan terlepas kepada orang-orang bukan Melayu, dari segi ekonomi. Apabila orang Cina secara keselurunnya telah mengawal ekonomi negara ketika itu wujud perasaan kebimbanggan orang Melayu bahawa bumiputera telah jauh tertinggal dan kemungkinan besar orang Melayu akan mengemis di negara sendiri sekiranya perkara ini tidak diselesaikan. Penguasaan ekonomi oleh orang Cina dapat dilihat dengan jelas apabila melihat keadaan kebanyakkan orang Cina tinggal di bandar dan melakukan pekerjaan dalam sektor perdagagan, manakala orang Melayu tinggal di kampung-kampung melayu dan mereka melakukan pekerjaan sara diri. Oleh hal ini demikian, Kerajaan telah mengambil tindakan yang segera dengan menetapkan bahawa dalam lingkunan tempoh 20 tahun, sekurang-kurangnya 30 peratus daripada pengurusan dan hak milik semua kegiatan perdagagan dan perindustirian mestilah terletak dalam tangan bumiputera. Inilah pertama kalinya dalam sejarah Tanah Melayu penyesuian dan penyusunan semula secara besar-besaran ekonomi telah dibincangkan. Sudah semestinya perkara ini menimbulkan perasaan tidak puas kepada orang Cina.

8.0) Kesimpulan

Perasaan benci dan dendam antara kaum Melayu dan kaum Cina semakin menebal yang anataranya berpunca dari permisahan tempat tinggal, perbezaan politik,penjajahan Jepun, waktu darurat, perbezaan pendidikan dan tiada keseimbagan ekonomi akhirnya tercetuslah peristiwa berdarah iaitu Peristiwa 13 Mei 1969. Pada hari tersebut berlakunaya pergaduahan yang dasyat antara kedua-dua kaum ini sehingga berlakunya bunuh dan membunuh, kebakaran, kecurian harta benda malah harta benda telah banyak dimusnahkan. Rusuhan ini telah berlaku selama beberapa hari sebelum keadaan terkawal semula. Parlimen telah bergantung selama 20 bulan dan negara telah diperintah oleh Majlis Gerakan Negara.

Selepas peristiwa 13 Mei berlaku pihak kerajaan telah menyedari punca berlakunya rusuhan kaum. Ekoran dari peristiwa ini berlaku banyak perubahan antara perubahannya ialah Tungku Abdul Rahman tidak lagi menjadi Perdana Menteri dan beliau telah meletak jawatan pada bulan September 1970. Malah satu ideologi negara iaitu Rukun Negara telah dibentuk sebagai uasah membentuk perpaduan di Negara Malaysia. Manakal, Dasar Ekonomi Baru telah dikaji semula dan kerajaan telah menetapkan untuk tidak meyentuh isu-isu yang mudah menyentuh perasaan antara kaum yang lain. Dalam Rancagan Malaysia Kedua (1971-1975) telah menyusun semula ekonomi dengan mengimbangkan ekonomi antara kaum Melayu dan Cina dan menghapuskan di kalagan semua rakyat Malaysia.

Selain pihak kerajaan yang perlu mengambil tindakan kita sebagai warganagera Malaysia kita berperanan penuh dalam membentuk perpaduan di kalagan rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini. Antara usaha yang kita dapat lakukan iatah dengan mendidik diri untuk bersikap tolenrasi dan hormat menghormati dengan orang lain tanpa mengira perbezaan bangsa dan agama.

9.0) Daftar Pustaka

Azmah Abdul Manaf. Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia. Kuala Lumpur : Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd, 2001

Leon Comber. Peristiwa 13 Mei Sejarah Perhubungan Melayu-Cina, pentj. Omardin Haji Ashaari. Selangor: IBS buku Sdn Bhd, 2011

Nazaruddin Haji Mohd Jali, Marof Redzuan, Asnarakulkhadi Abu Samaddan Ismail Hj.Mohd Rashid. Selangor: Pearson Education Malaysia Sdn. Bhd, 2001Ruslan Zainuddin. Sejarah Malaysia.2 ed. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd, edisi kedua 2004)

Malaysia Kita. Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN),1994; Cetakan Kedua

Malaysia Kita (Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN),1994; Cetakan Kedua) hlm 442

Ibid

Leon Comber, Peristiwa 13 Mei Sejarah Perhubungan Melayu-Cina, pentj. Omardin Haji Ashaari ( Selangor: IBS buku Sdn Bhd, 2011) hlm 2-3

Azmah Abdul Manaf, Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia ( Kuala Lumpur : Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd, 2001; Cetakan Kedua) hlm 10

Malaysia Kita (Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN),1994; Cetakan Kedua) hlm 442

Ibid.

Leon Comber, Peristiwa 13 Mei Sejarah Perhubungan Melayu-Cina, pentj. Omardin Haji Ashaari ( Selangor: IBS buku Sdn Bhd, 2011) hlm 7

Malaysia Kita (Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN),1994; Cetakan Kedua) hlm 447

Leon Comber, Peristiwa 13 Mei Sejarah Perhubungan Melayu-Cina, pentj. Omardin Haji Ashaari ( Selangor: IBS buku Sdn Bhd, 2011) hlm 48

Leon Comber, Peristiwa 13 Mei Sejarah Perhubungan Melayu-Cina, pentj. Omardin Haji Ashaari ( Selangor: IBS buku Sdn Bhd, 2011) hlm 50

Malaysia Kita (Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN),1994; Cetakan Kedua) hlm 447

Leon Comber, Peristiwa 13 Mei Sejarah Perhubungan Melayu-Cina, pentj. Omardin Haji Ashaari ( Selangor: IBS buku Sdn Bhd, 2011) hlm 50

Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia ( Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd, edisi kedua 2004) hlm 532

Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia ( Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd, edisi kedua 2004) hlm 534

Leon Comber, Peristiwa 13 Mei Sejarah Perhubungan Melayu-Cina, pentj. Omardin Haji Ashaari ( Selangor: IBS buku Sdn Bhd, 2011) hlm 71

Leon Comber, Peristiwa 13 Mei Sejarah Perhubungan Melayu-Cina, pentj. Omardin Haji Ashaari ( Selangor: IBS buku Sdn Bhd, 2011) hlm 73

Leon Comber, Peristiwa 13 Mei Sejarah Perhubungan Melayu-Cina, pentj. Omardin Haji Ashaari ( Selangor: IBS buku Sdn Bhd, 2011) hlm 73-74

Leon Comber, Peristiwa 13 Mei Sejarah Perhubungan Melayu-Cina, pentj. Omardin Haji Ashaari ( Selangor: IBS buku Sdn Bhd, 2011) hlm 79

Ibid

Leon Comber, Peristiwa 13 Mei Sejarah Perhubungan Melayu-Cina, pentj. Omardin Haji Ashaari (Selangor: IBS buku Sdn Bhd, 2011) hlm 79

Leon Comber, Peristiwa 13 Mei Sejarah Perhubungan Melayu-Cina, pentj. Omardin Haji Ashaari (Selangor: IBS buku Sdn Bhd, 2011) hlm 81

Leon Comber, Peristiwa 13 Mei Sejarah Perhubungan Melayu-Cina, pentj. Omardin Haji Ashaari (Selangor: IBS buku Sdn Bhd, 2011) hlm 83

Leon Comber, Peristiwa 13 Mei Sejarah Perhubungan Melayu-Cina, pentj. Omardin Haji Ashaari (Selangor: IBS buku Sdn Bhd, 2011), hlm.108.

Leon Comber, Peristiwa 13 Mei Sejarah Perhubungan Melayu-Cina, pentj. Omardin Haji Ashaari (Selangor: IBS buku Sdn Bhd, 2011) hlm 110