pemasalahan perpaduan kaum 1

13
Tiada tempat untuk kumpulan pelampau oleh MASHITAH IBRAHIM http://www.sinarharian.com.my/sh/kolumnis/content.asp?ID=137  4/1/2011 7:24:31 AM Pendirian keras beberapa kumpulan dalam isu berkaitan agama dan kaum dua ti ga tahun kebelakangan ini agak membimbangkan. Mereka tidak berganjak daripada pendirian dan adakala mencabar kerajaan. Walaupun isunya nampak mudah, tetapi pendirian yang keras kumpulan-kumpulan ini menjadikannya polemik yang berpanjangan. Andainya pendirian mereka ada merit, maka sudah ada saluran yang tersedia untuk kumpulan-kumpulan ini berbincang dengan pihak berkuasa secara baik dan tertutup. Ini kerana isu-isu berkaitan agama atau kaum biasanya sensitif dan boleh menegangkan keadaan jika tidak ditangani dengan tertib dan bertanggungjawab. Mengadakan protes atau mengambil sikap defiant (keras, degil, menentang) secara terbuka boleh mengundang respons negatif. Isu berbangkit pula adakala tiada kaitan langsung dengan agama atau hakisan hak kaum, malah lebih kepada hal melanggar peraturan, perundangan dan Perlembagaan. Justeru, apabila kumpulan-kumpulan ini mengambil pendirian keras dan bersikap menentang, ini memberi gambaran seolah-olah mereka mempunyai agenda tertentu dan terselindung. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, berkali-kali menyatakan bahawa perbezaan agama di Malaysia bukan satu masalah. Menjadi masalah ialah kumpulan atau penganut yang bersi kap ekstrem, mengambil pendirian melampau dan tidak mengikut Perlembagaan Persekutuan. Tindakan kumpulan haram Hindraf cuba mengadakan demonstrasi besar-besaran di ibu kota atas bantahan terhadap novel Interlok adalah satu contoh. Penganjurnya tetap ingin menunjuk perasaan dan mencetus huru-hara padahal satu panel khas telah dibentuk untuk bincang isu-isu berkaitan. Panel tersebut dianggotai tokoh-tokoh pelbagai kaum, termasuk yang dilantik MIC, diiktiraf kerajaan. Namun mereka mahu penyelesaian dibuat di jalanan, bukan di meja perbincangan. Terbaru, sebuah persatuan meletakkan beberapa syarat ke atas kerajaan sebagai penyelesaian kepada isu penahanan dan pelepasan kitab I njil dalam bahasa Melayu. Kerajaan memberi penjelasan, penahanan itu ada kaitan dengan pelanggaran peraturan dan Perlembagaan Persekutuan serta syarat-syarat perlu dipatuhi untuk kitab-kitab itu dilepaskan. Namun, mereka tetap berkeras dan mahu kerajaan memohon maaf, selain membayar ‘ganti rugi’ atas episod ini.  Bagi menjaga keamanan, kestabilan dan keharmonian beragama di Malaysia, elo knya kumpulan-kumpulan ini bersikap lebih rasional. Punca tidak berlaku ketegangan kaum atau agama di Malaysia kerana kita semua tidak kira bangsa atau penganut agama apa  tidak mengamalkan fahaman melampau. Kerana itu, masyarakat beragama Islam, Budda, Kristian, Hindu, Sikh dan lain-lain masih berkawan rapat sejak dahulu lagi tanpa masalah. Isu kaum dan agama boleh diibaratkan api, yang boleh jadi besar dan membara jika tidak terkawal. Justeru, elok sangat jika apa-apa isu sensitif dibincangkan secara tertutup. Jika dibuat secara terbuka, barangkali ia mudah disalah tafsir dan mencetuskan suasana yang membawa kesan buruk. Sebelum ini pun, apabila ada kumpulan melampau, ekstrem atau menyeleweng, mereka tidak di benarkan bergerak jika menyalahi undang-undang. Sudah tentu, pihak berkuasa tidak teragak-agak bertindak ke atas mana-mana kumpulan yang berfahaman ekstrem, bersikap keras dan menentang, sehingga boleh menggugat perpaduan dan menghuru-harakan masyarakat. Pada dasarnya, telah terbukti di Malaysia, perbezaan kaum atau agama tidak membawa masalah besar kepada negara. Ini kerana Perlembagaan telah menetapkan bahawa Islam agama rasmi, tetapi rakyat diberi kebebasan menganut apa jua agama disukai. Peruntukan ini telah mewujudkan perpaduan dan kerukunan hidup bermasyarakat dalam kalangan kaum di negara ini. Ini menepati ajaran Islam yang disampaikan Rasulullah SAW yang antara lainnya mengajar umatnya berbaik-baik sesama Islam dan dengan bukan Islam. Ketika zaman awal Islam, Rasulullah SAW telah menjalinkan hubungan baik dengan kaum Yahudi dan N asrani serta mengadakan perjanjian dengan pemerintah-pemerintah bukan Islam.

Transcript of pemasalahan perpaduan kaum 1

Page 1: pemasalahan perpaduan kaum 1

8/4/2019 pemasalahan perpaduan kaum 1

http://slidepdf.com/reader/full/pemasalahan-perpaduan-kaum-1 1/13

Tiada tempat untuk kumpulan pelampau

oleh MASHITAH IBRAHIM http://www.sinarharian.com.my/sh/kolumnis/content.asp?ID=137 

4/1/2011 7:24:31 AM

Pendirian keras beberapa kumpulan dalam isu berkaitan agama dan kaum dua tiga tahun kebelakangan iniagak membimbangkan. Mereka tidak berganjak daripada pendirian dan adakala mencabar kerajaan.

Walaupun isunya nampak mudah, tetapi pendirian yang keras kumpulan-kumpulan ini menjadikannyapolemik yang berpanjangan.

Andainya pendirian mereka ada merit, maka sudah ada saluran yang tersedia untuk kumpulan-kumpulanini berbincang dengan pihak berkuasa secara baik dan tertutup. Ini kerana isu-isu berkaitan agama ataukaum biasanya sensitif dan boleh menegangkan keadaan jika tidak ditangani dengan tertib danbertanggungjawab. Mengadakan protes atau mengambil sikap defiant (keras, degil, menentang) secaraterbuka boleh mengundang respons negatif.

Isu berbangkit pula adakala tiada kaitan langsung dengan agama atau hakisan hak kaum, malah lebihkepada hal melanggar peraturan, perundangan dan Perlembagaan. Justeru, apabila kumpulan-kumpulanini mengambil pendirian keras dan bersikap menentang, ini memberi gambaran seolah-olah merekamempunyai agenda tertentu dan terselindung.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, berkali-kali menyatakan bahawa perbezaan agama diMalaysia bukan satu masalah. Menjadi masalah ialah kumpulan atau penganut yang bersikap ekstrem,mengambil pendirian melampau dan tidak mengikut Perlembagaan Persekutuan.

Tindakan kumpulan haram Hindraf cuba mengadakan demonstrasi besar-besaran di ibu kota atasbantahan terhadap novel Interlok adalah satu contoh. Penganjurnya tetap ingin menunjuk perasaan danmencetus huru-hara padahal satu panel khas telah dibentuk untuk bincang isu-isu berkaitan. Paneltersebut dianggotai tokoh-tokoh pelbagai kaum, termasuk yang dilantik MIC, diiktiraf kerajaan. Namunmereka mahu penyelesaian dibuat di jalanan, bukan di meja perbincangan.

Terbaru, sebuah persatuan meletakkan beberapa syarat ke atas kerajaan sebagai penyelesaian kepadaisu penahanan dan pelepasan kitab Injil dalam bahasa Melayu. Kerajaan memberi penjelasan, penahanan

itu ada kaitan dengan pelanggaran peraturan dan Perlembagaan Persekutuan serta syarat-syarat perludipatuhi untuk kitab-kitab itu dilepaskan. Namun, mereka tetap berkeras dan mahu kerajaan memohonmaaf, selain membayar ‘ganti rugi’ atas episod ini. 

Bagi menjaga keamanan, kestabilan dan keharmonian beragama di Malaysia, eloknya kumpulan-kumpulanini bersikap lebih rasional. Punca tidak berlaku ketegangan kaum atau agama di Malaysia kerana kitasemua – tidak kira bangsa atau penganut agama apa – tidak mengamalkan fahaman melampau. Keranaitu, masyarakat beragama Islam, Budda, Kristian, Hindu, Sikh dan lain-lain masih berkawan rapat sejakdahulu lagi tanpa masalah.

Isu kaum dan agama boleh diibaratkan api, yang boleh jadi besar dan membara jika tidak terkawal. Justeru,elok sangat jika apa-apa isu sensitif dibincangkan secara tertutup. Jika dibuat secara terbuka, barangkali iamudah disalah tafsir dan mencetuskan suasana yang membawa kesan buruk.

Sebelum ini pun, apabila ada kumpulan melampau, ekstrem atau menyeleweng, mereka tidak dibenarkanbergerak jika menyalahi undang-undang. Sudah tentu, pihak berkuasa tidak teragak-agak bertindak keatas mana-mana kumpulan yang berfahaman ekstrem, bersikap keras dan menentang, sehingga bolehmenggugat perpaduan dan menghuru-harakan masyarakat.

Pada dasarnya, telah terbukti di Malaysia, perbezaan kaum atau agama tidak membawa masalah besarkepada negara. Ini kerana Perlembagaan telah menetapkan bahawa Islam agama rasmi, tetapi rakyatdiberi kebebasan menganut apa jua agama disukai. Peruntukan ini telah mewujudkan perpaduan dankerukunan hidup bermasyarakat dalam kalangan kaum di negara ini.

Ini menepati ajaran Islam yang disampaikan Rasulullah SAW yang antara lainnya mengajar umatnyaberbaik-baik sesama Islam dan dengan bukan Islam. Ketika zaman awal Islam, Rasulullah SAW telahmenjalinkan hubungan baik dengan kaum Yahudi dan Nasrani serta mengadakan perjanjian denganpemerintah-pemerintah bukan Islam.

Page 2: pemasalahan perpaduan kaum 1

8/4/2019 pemasalahan perpaduan kaum 1

http://slidepdf.com/reader/full/pemasalahan-perpaduan-kaum-1 2/13

Sesungguhnya ajaran Islam yang disampaikan Rasulullah SAW antara lainnya untuk bertolak ansur,toleransi, berbuat dan berprasangka baik, elak perbuatan salah dan jahat, serta berpegang kepada prinsipwasatiyyah (sederhana, jalan tengah, kena pada tempatnya). Nilai-nilai Islam yang bersifat sejagat iniharus dijadikan pedoman oleh masyarakat Malaysia.

* Datuk Dr Mashitah Ibrahim ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Page 3: pemasalahan perpaduan kaum 1

8/4/2019 pemasalahan perpaduan kaum 1

http://slidepdf.com/reader/full/pemasalahan-perpaduan-kaum-1 3/13

Wednesday, May 14, 2008

PERPADUAN http://wiramalaysia.blogspot.com/2008/05/perpaduan.html oleh : Mustika Citra Indah

Sejak mencapai kemerdekaan, pelbagai dasar telah digubal untuk mencapai perpaduan negara demimemastikan proses pembangunan negara berjalan dengan lancar. Perpaduan negara adalah amat pentingkerana masyarakat yang bersatu padu merupakan teras kepada kestabilan sosio-politik dan pembangunanberterusan. Oleh sebab itulah kerajaan meletakkan aspek keharmonian kaum dan perpaduan negara sebagai

teras dalam setiap dasar pembangunan negara sama ada Dasar Ekonomi Baru (DEB), mahupun Wawasan 2020.

Matlamat Perpaduan Negara adalah untuk memupuk dan meningkatkan semangat patriotik dan kesetiaankepada negara serta rasa megah dan bangga sebagai rakyat Malaysia. Perpaduan negara tidak akan tercapaisekiranya rakyat tidak sanggup memberikan sokongan yang padu kepada dasar-dasar yang diperkenalkan.Kesanggupan ini akan lahir secara semula jadi. Sekiranya semangat patriotik dan kesetiaan kepada negaradapat dipupuk sedari awal lagi, kebanggaan menjadi rakyat Malaysia dapat disemai di kalangan semua rakyat,perasaan megah ini dengan sendirinya akan menjadikan seseorang itu bangga untuk bergelar rakyat Malaysia.

Polarisasi antara kaum dan sesama kaum, agama dan wilayah merupakan faktor utama yang boleh menggugatperpaduan negara. Perasaan membezakan antara kaum dan sesama kaum dan wilayah akan menimbulkanperasaan curiga dan benci kepada anggota masyarakat dari kaum dan wilayah yang berlainan. Perasaan sepertiini akan menimbulkan ketegangan sesama kaum, agama atau wilayah dan berisiko tinggi dalam mencetuskankonflik dalam masyarakat. Oleh itu, ia perlu dielakkan dan ditangani dengan sebaiknya.

Kepelbagaian kaum, budaya dan agama di negara sememangnya merupakan hakikat dan satu aset yang amatmembanggakan. Pengiktarafan dan penerimaan hakikat ini serta persefahaman di antara agama dan keakrabanantara tamadun, perlu dijadikan langkah strategik untuk meningkatkan keharmonian antara kaum dan sesamakaum, kebudayaan dan agama.

Walaupun Malaysia telah ditubuhkan sejak tahun 1963, namun masih terdapat jurang perbezaan yang ketaradari segi pembangunan di sesetengah tempat di Sabah dan Sarawak, apabila dibandingkan dengan negeri-negeri di Semenanjung. Dari segi fizikal, perbezaan ini menampakkan masih terdapat jurang perbezaan yangmelibatkan infrastruktur asas seperti sistem perhubungan, kesihatan dan pendidikan. Usaha kerajaanmengatasi jurang perbezaan akan menyumbang ke arah pengukuhan perpaduan negara. Selain itu, terdapatperbezaan persepsi akibat daripada integrasi yang masih berkurangan di antara Sabah dan Sarawak dengannegeri-negeri di Semenanjung. Usaha harus dipertingkatkan dalam menggalakkan proses integrasi ini agarperasaan perbezaan wilayah ini tidak akan membantutkan usaha untuk membina sebuah bangsa Malaysia.

Integrasi wilayah juga perlu dipertingkatkan sesama negeri di Semenanjung Malaysia. Hanya dengan wujudnyaintegrasi nasional maka proses pengukuhan perpaduan negara akan dapat dicapai.

Wawasan 2020 telah menggariskan matlamat untuk membina sebuah bangsa Malaysia yang mencerminkanperpaduan yang wujud di negara ini. Sejak sekian lama proses pemupukan perpaduan negara dilaksanakanmelalui beberapa dasar kebangsaan seperti Dasar Pendidikan Negara, Dasar Kebudayaan Negara, DasarEkonomi Baru, Dasar Pembangunan Nasional, menyebabkan kita dikenali mengikut takrifan kaum, agama danwilayah. Justeru, kewujudan sebuah bangsa Malaysia yang bersatu padu akan memberi satu nafas baru dalamproses pengukuhan perpaduan negara.

Wawasan 2020 juga telah menggariskan sembilan cabaran yang menjadi sasaran negara demi mencapai statusnegara maju menjelang tahun 2020. Dalam usaha mencapai sasaran-sasaran tersebut, banyak cabaran yangperlu ditempuhi. Justeru itu, proses pengukuhan perpaduan negara adalah amat penting kerana hanya dengankewujudan perpaduan, membolehkan segala cabaran Wawasan 2020 dapat ditangani.

Perpaduan negara adalah tonggak kepada kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara. Hakikat bahawamasyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum, agama, budaya dan berasal dari wilayah yang berlainanmenjadikan soal perpaduan amat penting dalam menentukan pencapaian matlamat pembangunan negara.Bersandarkan kepada hakikat tersebutlah, maka kerajaan dilihat begitu sensitif dan prihatin dalam merangkastrategi dan pendekatan untuk mewujudkan keharmonian antara kaum, agama dan wilayah melalui pemupukannilai-nilai sejagat yang murni, termasuk hormat-menghormati, toleransi dan saling memahami sesama kaumdan sesama kaum. Pada hari ini, Malaysia mendapat pengiktirafan dunia atas kejayaan mewujudkan perpaduandi kalangan masyarakat majmuk. Namun, proses pengukuhan perpaduan negara perlu terus dilaksanakankerana peredaran masa membawa bersama pelbagai cabaran baru yang boleh menjejaskan perpaduan dankeamanaan negara. (http://www.pemudaumno.org.my/modules.php?name=News&file=article&sid=2523)Kita percaya rakyat negara ini sudah faham dan terima kepentingan perpaduan kaum untuk keamanan,kestabilan, kemakmuran dan kemajuan negara. Namun begitu, kadangkala kita menganggap perpaduan kaummerupakan suatu keadaan yang wujud dengan sendiri tanpa usaha hingga lupa adanya ancaman terhadapnya.

Kerana itulah kita perlu mengambil perhatian terhadap isu-isu yang boleh membangkitkan sentimenperkauman dan seterusnya mampu menjadi ancaman kepada semangat muhibah serta keharmonian di negara

Page 4: pemasalahan perpaduan kaum 1

8/4/2019 pemasalahan perpaduan kaum 1

http://slidepdf.com/reader/full/pemasalahan-perpaduan-kaum-1 4/13

ini. Ini bukanlah bermakna bahawa kita tidak boleh mengutarakan isu-isu penting yang memerlukanpembetulan dan langkah-langkah bagi mengatasinya. Tetapi apa yang penting adalah cara dan sikap dalammenangani sesuatu isu supaya ia tidak berbau perkauman.

Dalam hal ini, kerjasama semua pihak dari pelbagai kaum perlu menjurus kepada memelihara perpaduan danmengelak diri daripada memburukkan lagi hubungan antara kaum. Janganlah hendaknya kita mempunyai sikapburuk sangka yang begitu menebal hingga apa yang kebetulan dilihat pula sebagai tindakan perkauman.

Begitu juga dengan isu pengubahan nama jalan di Ipoh tidak lama dahulu. Jika perkara itu tidak ditangani

dengan jujur, ia boleh menjadi satu lagi sentuhan emosi perkauman. Apa yang kebetulan juga menjadi isuperkauman. Justeru, kita dapat lihat bahawa perpaduan kaum tidak boleh dipandang sebagai keadaan semulajadi. Kita, seluruh rakyat Malaysia harus bersama memelihara dan memupuk perpaduan kaum. Maka dalam halini, acara seperti Rumah Terbuka Malaysia sempena Hari Raya Aidilfitri, Krismas, Deepavali dan Tahun BaruCina merupakan peristiwa positif yang dapat turut memupuk perpaduan kaum.

Melihat lebih kurang 100,000 orang pengunjung membanjiri Rumah Terbuka Malaysia, kita merasa optimisbahawa masa depan perpaduan kaum di negara ini adalah cerah dan memberangsangkan. Maka adalah wajarbagi kerajaan untuk meneruskan tradisi rumah terbuka kebangsaan ini. Tradisi ini akan membuktikan kepadadunia bahawa rakyat Malaysia hidup dalam penuh muhibah dan harmoni dengan semangat toleran dan salinghormat-menghormati di antara kaum-kaum yang berbeza.

Namun begitu, acara ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk memelihara dan memupukperpaduan kaum secara menyeluruh. Tetapi di atas segalanya ialah kesedaran dan sikap setiap individu

warganegara Malaysia yang insaf bahawa kemakmuran negara amat bergantung kepada keutuhan hubunganantara kaum. Dalam tindakan seharian, semangat perpaduan ini hendaklah kita ambil kira kerana iamenentukan survival negara. (utusan 21 Januari 200_,)

Posted by jiwa rakyat at 10:52 AM 

Page 5: pemasalahan perpaduan kaum 1

8/4/2019 pemasalahan perpaduan kaum 1

http://slidepdf.com/reader/full/pemasalahan-perpaduan-kaum-1 5/13

http://www.harakahdaily.my/apabila-utusan-mengguga-keharmonian-negara  

Apabila Utusan Menggugat Kehamornian Negara

KOMENTAR : Bagaimana agaknya persepsi pelabur asing, terutama yang datang dari barat dan beragama Kristian bila

memahami kandungan laporan Utusan Malaysia pada Sabtu, 7 Mei 2011? Laporan itu mendedahkan ada usaha untuk 

menjadikan Krisitian agama rasmi Malaysia dan perdana menteri negara ini mungkin seseorang yang beragama Kristian.

Mungkin ada di kalangan mereka yang teruja untuk terus melabur di Malaysia dengan harapan apabila Malaysia menjadisebuah Negara Kristian akan mudah mereka berurusniaga.

Sudah tentu ada yang berkira bahawa pegangan agama mereka akan memberi kelebihan dalam iklim niaga yang dikendalikan

oleh pemerintah Kristian yang seagama dengan mereka.

Sudah pasti juga ada sebilangan pelabur yang waras dan bijaksana membaca laporan Utusan itu sebagai sesuatu yang

membimbangkan. Pelaburan mereka mungkin dalam bahaya.

Apabila Utusan Menggugat Keharmonian NegaraPosted on the May 7th, 2011 under Politik  by admin

KOMENTAR : Bagaimana agaknya persepsi pelabur asing, terutama yang datang dari barat dan beragama Kristian bila

memahami kandungan laporan Utusan Malaysia pada Sabtu, 7 Mei 2011? Laporan itu mendedahkan ada usaha untuk 

menjadikan Krisitian agama rasmi Malaysia dan perdana menteri negara ini mungkin seseorang yang beragama Kristian.

Mungkin ada di kalangan mereka yang teruja untuk terus melabur di Malaysia dengan harapan apabila Malaysia menjadi

sebuah Negara Kristian akan mudah mereka berurusniaga.

Sudah tentu ada yang berkira bahawa pegangan agama mereka akan memberi kelebihan dalam iklim niaga yang dikendalikan

oleh pemerintah Kristian yang seagama dengan mereka.

Sudah pasti juga ada sebilangan pelabur yang waras dan bijaksana membaca laporan Utusan itu sebagai sesuatu yang

membimbangkan. Pelaburan mereka mungkin dalam bahaya.

Sudah pasti sebagai pengusaha skala besar-besaran mereka dapat mencongak bahawa tidak mudah Kristian menggantikanIslam di Malaysia. 

Majoriti rakyat Malaysia adalah Melayu dan Bumiputera. Hampir semua Melayu di Malaysia adalah penganut Islam. Sudah tentu

pelabur kategori ini dapat merumuskan betapa gempita reaksi orang Melayu dan Islam tehadap komplot Kristian ini.

Mereka juga pasti akur bahawa majoriti anggota polis adalah Melayu-Islam. Begitu juga dengan tentera. Maka adakah institusi

ini akan membiarkan perubahan tunggak agama ini dengan mudah berlaku di Negara ini?

Natijahnya tentu mudah ditelah. Lebih baik jangan melabur di Malaysia. Peniaga yang bijak tentu tidak mahu melabur di bumi

yang akan bergolak.

Benar atau tidak laporan Utusan itu bukan persoalan di sini. Itu harus dipulangkan kepada pihak berkuasa untuk menilainya.

Jika benar, tindakan perlu diambil bagi menjamin kedamaian dan ketenangan sosio-politik negara.

Jika tidak benar, maka makin lebih perlu lagi tindakan diambil ke atas jenis kewartawanan sensasi yang memperjudikan

keharmonian Negara.

Namun kesannya amat mengerikan. Yang pertama akan merasa bahana perang agama ini adalah pelabur. Ia juga akan

mencengkam rasa damai dan tenteram rakyat beragama Kristian.

Bagaimana mereka dapat merenung mata jiran dan sahabat handai Islam mereka jika orang Islam mula curiga akan keikhlasan

mereka bermaustatin di bawah naungan Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan?

Orang Melayu Islam pun juga bimbang. Jika pelabur asing mulai meninggalkan negara ini tentu ramai yang menganggur.

Namun tidak kurang juga yang akan “berdiri tocang” kerana marah akan niat buruk Kristian mahu merampas kuasa di negara

ini. Orang Melayu memang berdarah pahlawan.

Tentu ramai yang sedia syahid untuk mempertahankan agama dan bangsa mereka. Akibatnya tentu lebih parah daripada 13

Mei 1969.

Secara ringkasnya, ini adalah di antara pelbagai kesan negative daripada laporan media arus perdana perihal perkara sensitif 

dalam negara berbilang kaum dan agama seperti Malaysia.

Sebab itu, para pemimpin yang berfirasat tinggi memutuskan untuk meluluskan perundangan menghalang prasangka begini

menular di kalangan rakyat. Akta Hasutan adalah penawarnya.

Page 6: pemasalahan perpaduan kaum 1

8/4/2019 pemasalahan perpaduan kaum 1

http://slidepdf.com/reader/full/pemasalahan-perpaduan-kaum-1 6/13

Sedihnya, ini bukan kali pertama Utusan bersikap begini. Akta Hasutan langsung tidak menggerunkannya. Mungkin ini kerana

Utusan yakin ia berada di luar lingkungan kuasa apa jua Akta di Negara ini.

Mungkin di atas lessen memperjuangkan kepentingan Melayu dan Islam, ia wajib mendedahkan sebarang ancaman yang

mungkin menggugat kepentingan khalayak yang menjadi pendokong parti pemerintah -Umno.

Menteri Dalam Negeri ahli Umno. Mungkin sebab itu, Utusan merasakan mustahil Umno akan bertindak ke atasnya kerana

menjadi jurucakap Umno.

Bicara ini bukan soal kesahihan sumber atau landasan laporan Utusan itu. Ia bersabit soal tanggungjawab sosial dan politik 

Utusan disuluh dari sudut kewartawanan.

 Apakah Utusan berharap dengan laporan sensasi ini ia akan membantu pulihkan jumlah akhbarnya yang kian merosot? Atau,

agendanya ialah menggertak orang Melayu supaya terus berpayung di bawah parti pemerintah, Umno?

Jika itu niatnya, amat malang bagi Malaysia. Utusan mungkin mendabik dada ia berbuat demikian kerana sayangkan bangsa

Melayu dan agama mereka.

Namun dalam pada itu, ia jelas tidak menunjukkan kecintaan kepada negara apatah lagi cita-cita 1Malaysia perdana menteri.

Laporan Utusan itu menyindir ahli parlimen Jelutong dari DAP sebagai penganjur sidang paderi yang dikatakan mengatur

konspirasi memartabatkan Kristian sebagai agama rasmi Negara.

Ini mengingatkan kita pada tuduhan beberapa tahun lalu bahawa gerakan pelampau Tamil Eelam bergerak di Malaysia dan

beberapa pemimpin Hindraf turut terbabit dengan gerakan itu.Hingga hari ini tiada pendakwaan atau bukti kukuh

diketengahkan.

 Apa yang patut dilakukan oleh Utusan ialah serahkan pada pihak berkuasa menyiasast dahulu perkara sensitif ini sebelum

menggemparkan rakyat.

Menyakat rakyat dengan kemiskinan, prasangka kaum dan prejudis agama adalah jelas bertentangan dengan semangat

perpaduan 1Malaysia.

 Apa yang perlu ditanyakan Utusan bagi pihak rakyat apa sudah jadi dengan Badan Pemuafakatan Antara Agama yang ditaja

oleh kerajaan? Hormati institusi kerajaan. Usahlah bertindak secara unilateral.

Jika tiada tindakan diambil ke atas laporan sebegini, maka rakyat haruslah maklum bahawa memang benar ada amalan

siasatan terpilih berlaku dan dilakukan dengan sedar dan sengaja di negara ini.

Page 7: pemasalahan perpaduan kaum 1

8/4/2019 pemasalahan perpaduan kaum 1

http://slidepdf.com/reader/full/pemasalahan-perpaduan-kaum-1 7/13

Wednesday, September 9, 2009

Perpaduan Kaum Rapuh Walau 52 Tahun MerdekaPosted by People's Unity Alliance of Malaysia

http://ikatanperpaduan.blogspot.com/2009/09/perpaduan-kaum-rapuh-walau-52-tahun.html 

SEPT 3 — Kita kini sudah memasuki tahun ke-52 sebagai sebuah negara bebas daripada belenggu penjajahan.

Tetapi dalam tempoh itu, apakah kita sudah berjaya mewujudkan sebuah negara bersatu padu, rukun dan

damai, bertoleransi serta saling faham memahami antara satu sama lain?

Atau apakah kita terus dihantui prasangka buruk yang semakin menggugat perpaduan antara kaum yang

semuanya mengakui negara ini sebagai tanah tumpah darah mereka? Malangnya, jika dilihat daripada

beberapa perkembangan akhir-akhir ini, perpaduan antara kita masih agak rapuh.

Malah, ada yang berpendapat era keterbukaan yang dipelopori beberapa kerat penasihat di Putrajaya tidak

berapa lama dulu sebenarnya yang memburukkan lagi hubungan antara kaum di mana persefahaman sudah

semakin renggang.

Keterbukaan inilah yang memberi ruang kepada sesetengah pemimpin pelbagai kelompok mempersoalkan apa

yang telah dipersetujui antara kaum waktu kita berada di ambang kemerdekaan pada 1957 dulu. Inilah yang

dikatakan sebagai kontrak sosial yang membawa kepada termaktubnya beberapa peruntukan dalam

Perlembagaan Persekutuan.

Apakah benar andaian bahawa suara sumbang demikian ini sudah wujud kembali hanya kerana kedudukan

politik Melayu kini tergugat? Apa pun yang nyata soal perpaduan dan persefahaman antara kaum khususnya di

Semenanjung sudah agak rapuh.

Suasana di kampung berbeza. Jelas betapa mudahnya Melayu menerima bukan Melayu dengan tangan yang

terbuka. Itulah kita boleh lihat di mana-mana pedagang, peruncit Cina atau India boleh saja menjalankan

perniagaan mereka di tengah-tengah perkampungan Melayu tanpa diganggu gugat.

Tetapi apakah hal yang sama boleh berlaku di tengah perkampungan Cina atau India? Tepuk dada tanya selera.

Sejarah negara ini ialah sejarah bagaimana mudahnya Melayu menerima orang lain di sisi mereka.

Kali ini saya hanya hendak membincangkan sedikit mengenai penerimaan bahasa Melayu sebagai bahasa

kebangsaan mengikut Fasa 152 Perlembagaan. Apakah setelah merdeka selama 52 tahun semua rakyat sudah

benar-benar menghayati dan menghormati kehendak Perlembagaan?

Saya tidak begitu kisah dengan mereka yang dilahirkan sebelum merdeka yang sudah menjangkau usia lebih

60 tahun. Mungkin agak sukar bagi sesetengah daripada mereka ini hendak belajar bahasa Melayu kerana

tidak berinteraksi dengan orang Melayu.

Tetapi bagaimana dengan mereka yang berusia di bawah 52 tahun? Kenapakah masih ada sebilangan mereka

termasuk profesional yang tidak boleh bertutur Melayu dengan baik? Kalaulah pendatang dari Bangladesh,

Pakistan dan India pun sudah boleh bercakap Melayu dengan baik hanya setelah berada di sini beberapa bulan

saja, kenapa masih ada rakyat yang dilahirkan selepas merdeka masih gugup bercakap Melayu?

Wujudnya keadaan demikian menunjukkan masih ada di kalangan rakyat yang tidak menghormati bahasa

kebangsaan. Apa tidaknya apabila kerajaan berusaha meningkatkan pemahaman bahasa Inggeris

memandangkan ia sudah diterima dunia sebagai satu bahasa global, anasir-anasir ini mengambil kesempatan

mengabaikan terus penggunaan bahasa Melayu.

Ini jelas kelihatan apabila terdapat pelbagai iklan misalnya syampu rambut yang hanya dipaparkan dalam

bahasa Inggeris dan Mandarin di sebuah pasar raya hyper di Shah Alam sebuah bandar raya yang hampir 80

peratus penghuninya orang Melayu. Iklan itu kini sudah pun diturunkan, setelah mendapat teguran ramai.

Selain itu beberapa “flyer” menghebahkan pembukaan taman perumahan baru berhampiran Shah Alamdiedarkan di sekitar kawasan perumahan di mana lebih daripada 90 peratus penghuninya orang Melayu, hanya

dalam bahasa Inggeris dan Mandarin.

Apakah kesimpulan yang boleh kita buat daripada perlakuan begini? Ia mungkin dianggap remeh oleh

sesetengah orang tetapi hakikatnya ia menunjukkan bagaimana syarikat atau orang yang mengendalikan

syarikat itu tidak langsung menghormati bahasa kebangsaan. Tetapi mereka ini masih tetap pertahankan diri

sebagai rakyat setia kepada negara? Bagaimanakah hal begini boleh berlaku dan terus saja dibiarkan?

Agak menghairankan juga bagaimana rakyat yang dibesarkan dalam sistem persekolahan yang ada masih

tidak boleh bercakap Melayu dengan baik. Ini mungkin kerana wujudnya sekolah pelbagai aliran, iaitu sekolah

kebangsaan (menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar) dan sekolah jenis kebangsaan — 

yang menggunakan bahasa Mandarin dan Tamil sebagai bahasa pengantar.

Sepatutnya, sekolah jenis kebangsaan ini walaupun menggunakan Mandarin atau Tamil sebagai bahasa

pengantar harus juga memberi tumpuan sewajarnya kepada bahasa Melayu supaya semua lulusannya bolehfaham dan bertutur bahasa kebangsaan dengan baik.

Page 8: pemasalahan perpaduan kaum 1

8/4/2019 pemasalahan perpaduan kaum 1

http://slidepdf.com/reader/full/pemasalahan-perpaduan-kaum-1 8/13

Malangnya pengajaran bahasa Melayu di sekolah itu hanya sekadar untuk muridnya boleh lulus mata pelajaran

itu dalam peperiksaan saja bukannya untuk penggunaan dan berinteraksi.

Dalam pada itu sokongan pelbagai pertubuhan dan guild Cina terhadap SJKC amat jitu sekali hinggakan

sekolah berkenaan mempunyai peralatan dan kemudahan lebih baik dari SK kerana hampir keseluruhan

pekedai dan perniagaan Cina di sesebuah bandar itu akan menghulurkan segala bantuan untuk sekolah SJKC

di tempat mereka.

Selagi SK tidak menjadi sekolah pilihan oleh semua ibu bapa, selagi itulah usaha untuk memupuk perpaduan

kaum akan menghadapi rintangan. Maka itulah sejak awal tahun ini seorang blogger “Kijang Mas” melalui

blognya “Demi Negara” memulakan “Kempen Satu Sekolah untuk Semua” dengan menyatakan bahawa

sekolah vernacular adalah punca utama ketidakserasian dan ketegangan kaum dalam negara.

Kempennya itu disertakan dengan suatu pungutan tandatangan orang ramai. Beliau juga mendapat sokongan

seramai 99 blogger sehingga hari ini terhadap kempen itu. Sebuah laman citra SSS juga diwujudkan Isnin lalu

sempena Hari Kemerdekaan untuk mengetengahkan inisiatif itu.

Agak membuka mata juga apabila seorang lagi blogger Shamsul Yunos melalui blognya “Marahku” mendapat

sokongan 430 orang (83 peratus) daripada 513 pembacanya yang mengambil bahagian dalam undiannya

sehingga hari ini terhadap inisiatif mewujudkan satu sekolah untuk semua rakyat itu. — Berita Harian

( Pemasalahan Utama yang menggugat perpaduan kaum

di Malaysia )

Page 9: pemasalahan perpaduan kaum 1

8/4/2019 pemasalahan perpaduan kaum 1

http://slidepdf.com/reader/full/pemasalahan-perpaduan-kaum-1 9/13

Usaha-usaha memupuk perpaduan

su perpaduan sering diperkatakan berulang-ulang kali dan akhir-akhir ini semakin menjadi-jadi. Namun

banyak pihak yang akur dan mengakui bahawa perpaduan kaum di negara kita adalah lebih baik berbanding

dengan sesetengah negara lain di dunia.

Antara usaha yang telah dan boleh dilaksanakan ialah:- 

  Kerajaan perlu sentiasa mengingatkan rakyat agar mengutamakan aspek perpaduan.

  Rakyat pula tidak seharusnya berasa jemu dengan peringatan itu malah sentiasa proaktif.

  Pemimpin politik yang mewakili sesuatu kaum atau etnik tidak memainkan isu-isu perkauman yang sempit

demi meraih populariti.

  Semua pihak wajib mengelakkan pergeseran walaupun hanya pergeseran kecil.

  Kerajaan telah berusaha secara berterusan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara contoh yang

mengamalkan persefahaman kaum, toleransi beragama dan konsep perpaduan nasional.

  Peranan anggota masyarakat serta ibu bapa mendidik generasi muda agar menerima dan mengamalkan

konsep perpaduan.

  Mengurangkan atau mengecilkan jurang perbezaan yang masih terdapat antara kaum seperti jurang ekonomi,

polarisasi petempatan, kerjaya dan seumpamanya.

  Mengeratkan perhubungan dengan cara menyertai sambutan perayaan bersama-sama seperti program rumah

terbuka, kunjung-mengunjungi, usaha sama dalam perniagaan dan lain-lain.

  Menarik lebih ramai kaum Cina menyertai pasukan polis dan angkatan tentera, menjadi kakitangan kerajaan.

  Menganjurkan aktiviti kemasyarakatan yang kerap seperti kejohanan sukan, pameran dan kesenian.

  Menggalakkan perkahwinan campur.

  Peranan pihak swasta dan NGO perlu dimaksimumkan.

  Meningkatkan keupayaan dan keberkesanan pasukan keselamatan bagi menjaga ketenteraman negara

daripada ancaman musuh dari luar dan dalam.

  Kerajaan mestilah mengutamakan keadilan dalam setiap aspek.

  Kenali segera punca dan sebab tercetusnya sesuatu pergeseran dan tindakan segera juga perlu diambil bagi

menanganinya.

  Semua golongan mestilah sentiasa memohon doa kepada Tuhan agar negara kita sentiasa kekal aman sentosa.

Page 10: pemasalahan perpaduan kaum 1

8/4/2019 pemasalahan perpaduan kaum 1

http://slidepdf.com/reader/full/pemasalahan-perpaduan-kaum-1 10/13

Karangan - Usaha Memupuk Perpaduan Rakyathttp://cikgutancl.blogspot.com/2010/08/karangan-usaha-memupuk-perpaduan-rakyat.html 

Sejak 31 Ogos 1957, penduduk Malaysia yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum hidup bagai

aur dengan tebing. Walaupun menyedari hakikat bahawa rambut sama hitam, hati lain-lain ,

namun masyarakat yang berbilang kaum ini hidup dengan aman dan damai. Oleh itu, pelbagai pihak perlu

memegang pada kekuatan jata negara, yakni“   Bersekutu Bertambah Mutu”untuk mengeratkan

perpaduan kaum di Malaysia. Perpaduan kaum di Malaysia seyogianya menjadi kebanggaan Negara kita.

Sebenarnya, kita bolehlah mengadakan aktiviti gotong-royong di taman-taman perumahan untuk 

memupuk perpaduan kaum rakyat di Malaysia. Masyarakat yang berbilang kaum akan keluar untuk 

 bekerjasama membersihkan taman-taman perumahan. Melalui aktiviti kemasyarakatan ini, mereka dapat

lebih mengenali antara satu sama lain melalui perbualan dan berinteraksi kerana tak kenal maka tak

cinta. Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir pernah menegaskan bahawa bulat air kerana

 pembetung, bulat manusia kerana muafakat ; perpaduan merupakan kekuatan negara. Oleh sebab

itu, saya percaya bahawa jika kita mengamalkan prinsip berat sama dipikul, ringan sama dijinjing,kita dapat menikmati pembangunan nusa tercinta ini bersama-sama. 

Selain itu, kita juga boleh mengamalkan amalan kunjung-mengunjung ke rumah rakan-rakan yang

 berlainan bangsa sempena hari-hari perayaan untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan

rakyat berbilang kaum di Malaysia. Kebudayaan antara kaum dapat difahami dengan lebih mendalam

sekali gus dapat menjana tahap kefahaman dan membina masyarakat yang saling menghormati. Amalan

rumah terbuka juga boleh dipraktikkan untuk memupuk perpaduan kaum rakyat Malaysia dengan amalan

saling memaafkan sesama insan. Oleh itu, sikap buang yang keruh , ambil yang jernihternyata

mampu menjalinhubungkan semangat perpaduan yang tersedia utuh. 

Seterusnya, pihak kerajaan sentiasa membuat anjakan paradigma demi memperkuat jalinan

kemesraan rakyat dengan mengadakan banyak aktiviti pada peringkat taman-taman perumahan. Dengan

langkah bestari itu, kita dapat memupuk perpaduan kaum rakyat Malaysia. Misalnya, sambutan hari

keluarga dan jamuan tahunan yang diadakan oleh organisasi atau pertubuhan kerajaan dapat mempererat

hubungan antara pemimpin dengan penduduk tempatan. Selain dapat mendengar rintihan hati rakyat,

pemimpin turut dapat menjadi suri teladan sebagai agen perpaduan. Saya yakin, orang ramai yang

 berbilang kaum akan lebih mempercayai dan meyakini kewibawaan pemimpin dan saling menghormati

antara satu sama lain. Cara ini pasti ini akan mengurangkan pertengkaran dan perselisihan faham antara

kaum. 

Di samping itu, kita juga dapat memupuk perpaduan kaum di Malaysia dengan menghantar anak-anak ke

sekolah kebangsaa . Dengan cara ini, kita akan dapat melahirkan pemuda-pemuda yang tidak mempunyai

masalah perhubungan dan pergaulan antara kaum yang berlainan. Pergaulan mesra dan semangat bersatu

padu yang dijalin ini sudah mampu menjadi tiang kukuh untuk membuktikan bahawa rakyat Malaysia

patuh pada Rukun Negara. Hal ini sangat penting untuk memupuk perpaduan kaum di Malaysia dalam

sanubari anak-anak sejak bangku sekolah kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Semua

kekangan untuk mempererat perpaduan kaum akan dapat diselesaikan jika anak-anak telah mempelajari

cara-cara untuk berinteraksi dengan orang yang berlainan kaum sejak kecil.

Tuntasnya, semua pihak haruslah menggembleng tenaga dan bekerjasama untuk memupuk perpaduan

Page 11: pemasalahan perpaduan kaum 1

8/4/2019 pemasalahan perpaduan kaum 1

http://slidepdf.com/reader/full/pemasalahan-perpaduan-kaum-1 11/13

kaum rakyat di Malaysia. Hal ini penting supaya negara dapat berkembang maju dengan lebih lancar

 bawah dasar 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Saya

 yakin dan percaya bahawa rakyat Malaysia mengenali peribahasa ke bukit sama didaki, ke lurah

sama dituruni. Oleh itu, kita yang sudah melalui zaman prakemerdekaan yang perit dan pahit haruslah

mengisi kemerdekaan dengan penuh semangat perpaduan kaum. Ingatlah wahai rakyatku bahawa

semangat perpaduan harus disemai dan diingati sampai bila-bila agar Wawasan 2020 menjadi realiti,

bukannya fantasi semata-mata. Hasil karangan murid 

Tai Wen Liang, SMK USJ12 

Page 12: pemasalahan perpaduan kaum 1

8/4/2019 pemasalahan perpaduan kaum 1

http://slidepdf.com/reader/full/pemasalahan-perpaduan-kaum-1 12/13

T H U R S D A Y , S E P T E M B E R 1 5 , 2 0 1 1

http://drshafie.blogspot.com/2011/09/mat-sabu-yang-menggugat.html 

Mat Sabu Yang Menggugat !BBB, 07 Syawal = 15 September (Khamis):

Tempoh sambutan kemerdekaan tanahair akan berakhir esok, tetapi sambutan ulang tahun bagi kali ke 54 tidakseharmoni sebagaimana diharap oleh BN seperti sebelumnya. Mat Sabu yang baru dilantik sebagai Timbalan

Presiden Pas Jun 2011 amat tidak mententeramkan Umno. Dia benar-benar mengkucar-kacirkan Umno.

Kempen bersih pertama pada November 2007 yang dipimpinnya benar-benar memberi kesan pada pilihanraya

Mac 2008 yang menyebabkan BN kehilangan 5 buah negeri. Ketakutan dari kesan Kempen Bersih 2 yang

dipimpin oleh Ambiga dan Mat Sabu pada 9 Julai 2011 menyebabkan bukan saja ketakutan pada BN, tetapi

menimbulkan phobia kepada BN. Sesungguhnya BN tahu jika pilihanraya betul-betul dijalankan secara bersih,

maka akan lebih banyak lagi negeri akan jatuh kepada Pakatan Rakyat dan semakin tipis peluang bagi BN

mempertahankan pemerintahan pada peringkat Pusat. Sebab itu usaha menyekat dari berlakunya Kempen

Bersih 2 dilakukan dengan berbagai cara. Bukan saja permit tidak dikeluarkan, bahkan `undang-undang mee

segera` terpaksa dikeluarkan, iaitu melarang daripada memakai, bahkan memiliki `Baju Kuning Bersih`.

Penahanan dan penangkapan berlaku terhadap pemakai dan pemilik baju berkenaan. Disebalik larangan dan

sekatan dilakukan Kempen Bersih perhimpunan dan perarakan tetap berjalan, meskipun disekat dan

penangkapan-penangkapan dilakukan. Sekatan dan tindakan yang dilakukan oleh pemerintah BN meletakkan

Malaysia terkebelakang di dunia dari segi kebebasan mengeluarkan pendapat, iaitu berada pada ranking ke 142

berbanding dengan US (25), UK (29) dan Burma (194).

Di samping kempen supaya pilihanraya dijalankan secara bersih berterusan tuntutan dilakukan seperti

pembersihan daftar pemilih dari berbagai kemungkinan penyelewengan dan tuntutan penggunaan dakwat kekal.

Serangan terbaru dilakukan terhadap Umno yang selama ini dibina Legacy bahawa yang memperjuangkan

kemerdekaan tanahair hanya Umno dan tokoh.tokoh pejuang kemerdekaan adalah dari kalangan Umno seperti

Dato` Onn bin Jaafar yang sebenarnya tidak setia terhadap Umno yang pada pada awalnya hanya

memperjuangkan Hidup Melayu  – bukan Merdeka, dan Wira Utama memperjuangkan kemerdekaan adalah

hanya Tunku Abdul Rahman. Gugatan Mat Sabu berhubung dengan Wira Bukit Kepong dengan penampilan Mat

Indera yang dikatakan wira adalah gugatan permulaan yang mengejutkan masyarakat dengan desakan agar

menilai kembali sejarah negera ini terutama dari segi perjuangan kemerdekaan. Lontaran pandangan yangdikemukakan oleh Mat Sabu mengundang kontroversi. Berbagai lapisan masyarakat memberi pandangan dari

peringkat pendukung-pendukung Umno membawalah kepada kalangan akademik, pegawai-pegawai dan rakyat

biasa. Lebih ramai mengecam dari yang mendukung. Yang tidak demokratik dan bercanggah dari hak

mengeluarkan pendapat timbul suara-suara songsang yang membuat laporan Polis dan yang mengugut Mat

Sabu untuk mengambil tindakan mahkamah.

Walau apa pun Mat Sabu berjaya melontarkan idea yang mengejutkan masyarakat hingga menimbulkan polemik

tentang wira kemerdekan dan fakta sejarah kemerdekaan hingga menjadikan pihak establishment tergugat.

Umno mula merasai legacy dan keunggulan Umno yang dibina selama ini tergugat. Sekiranya berlaku

perubahan pandangan terhadap Umno akan menggugat keyakinan dan kepercayaan masyarakat terhadap

Umno. Walau apa pun penilaian kembali sejarah tetap akan berlaku dan cetusan awal ini akan mendorong

kepada penilaian yang lebih luas dan mendalam yang melibatkan Umno dan boleh menjatuhkan keyakinan

masyarakat terhadap Umno. Banyak perkara yang boleh ditimbulkan tentang fakta-fakta yang disembunyikan

dari masyarakat. Misalnya sejarah kemerdekaan yang meningkat hangat diperjuangkan selepas kekalahan pihak

Bersekutu, khususnya British. Ini memberi keyakinan bahawa penjajah British boleh dikalahkan dan

penentangan terhadap British berlaku. Perjuangan diteruskan semasa Jepun menguasai Malaya dan bila Jepun

kalah usaha memerdekakan Negara ini dari Jepun sebelum British kembali. Dr. Burhanuddin Hilmi antara

mereka yang berperanan mengisytiharkan kemerdekaan Malaya berikut dari pengisytiharan kemerdekaan

Indonesia dari Belanda. Apakah episod penting dalam perjuangan kemerdekaan tanahair seperti ini

disembuntyikan begitu sahaja ? Banyak organisasi yang memperjuangkan kemerdekaan tanahair jauh lebih awal

dan unggul dari Umno, mau diabaikan begitu sahaja ? Demikian berderet pejuang-pejuang kemerdekaan yang

patut diberi tempat di dalam sejarah perjuangan kemerdekaan tanahair dilupakan begitu sahaja ?

Seterusnya apakah motif British menekan pejuang-pejuang kemerdekaan yang tidak disenangi, sebaliknya

mengambil pendekatan lonak dengan pemimpin establishment yang memang rapat dengannya ? Ianya tidak laindari usaha mengekalkan pengaruh British dari Negara ini selepas ia keluar dari Negara ini, sebaliknya jika

Page 13: pemasalahan perpaduan kaum 1

8/4/2019 pemasalahan perpaduan kaum 1

http://slidepdf.com/reader/full/pemasalahan-perpaduan-kaum-1 13/13

pemerintahan terlepas kepada yang anti terhadapnya merugikan masa depan British dari segi pengaruh dan

kepentingan ekonomi di nagara ini. Pendek kata banyak perkara, fakta dan isu yang dapat ditimbulkan yang

dapat mnenggugat kewibawaan Umno dan peranannya, khususnya dalam perjuangan kemerdekaan tanah air

dan mungkin wajar dikaji sejauhmanakah peranan Umno sebenarnya di dalam pembelaan terhadap orang

Melayu dan pembangunan Negara ini.

Ruang dan fakta terbuka untuk didebat dan dipolimikkan. Mat Sabu memulakan sepakan bola di gelanggang

politik!

Sekian.

*Tontoni Rakaman Forum "Mat Indera Pejuang atau Pengkhianat Kemerdekaan?"