cabaran profesionalisme keguruan
-
Upload
mohd-hafiz -
Category
Documents
-
view
39.267 -
download
2
Transcript of cabaran profesionalisme keguruan
CABARAN – CABARAN UTAMA DALAM PROFESIONALISME KEGURUAN
1.0PENGENALAN
Perguruan adalah satu profesion yang bermatlamatkan pembentukan
insan dan ihsan manusia yang sempurna agar manusia itu memahami tentang
peranan dan tanggungjawab guru terhadap diri sendiri, masyarakat dan alam
sekeliling yang mereka diami serta terhadap keesaan Yang Maha Pencipta. Dari
segi konsep, profesionalisme didefinisikan sebagai kepakaran tinggi dalam
pekerjaan seseorang. Profesionalisme meliputi beberapa nilai kerja seperti
keberkesanan, produktiviti, kecekapan dan bertanggungjawab.
Profesionalisme seseorang guru berkait rapat dengan mutu pendidikan
dari beberapa segi contohnya sikap dan nilai guru dalam pengajaran yang akan
mempengaruhi minat, sikap dan dan nilai pelajar. Mutu pendidikan dilihat
menerusi keberkesanan dalam penggunaan sumber pengajaran secukupnya
yang turut mempengaruhi minat, kefahaman, penyertaan serta pencapaian
pelajar dalam pembelajaran. Ia juga berhubung dengan personaliti guru yang
akan menentukan iklim pembelajaran pelajar.
Sistem pendidikan negara Malaysia mengalami perubahan yang sangat
pesat. Perkembangan pendidikan pada hari ini adalah berasaskan pencapaian
tertentu. Ini dapat dilihat melalui pengurusannya yang bercorakkan budaya
korporat dan pengurusan bisnes di mana ia mementingkan kawalan mutu
menyeluruh dan pengurusannya pula adalah menuju ke arah mewujudkan
keadaan tanpa cacat atau lebih dikenali sebagai zero defect.
1
CABARAN – CABARAN UTAMA DALAM PROFESIONALISME KEGURUAN
Antara faktor utama yang yang menentukan perubahan dalam sistem
pendidikan hari ini ialah impak globalisasi dan usaha sama antarabangsa
terutama sekali di bidang ekonomi dan politik. Globalisasi meninggalkan pelbagai
kesan dalam kehidupan warga Malaysia secara langsung dan tidak langsung. Ini
dapat dibuktikan apabila stail hidup, sistem nilai dan amalan hidup yang berubah
dengan ketara. Antara yang dapat dilihat adalah ciri – ciri individualisma yang
semakin menular di mana kekayaan material sangat penting malah keutamaan
tujuan hidup bermasyarakat adalah kejayaan hidup seseorang yang dilihat dari
segi kekayaan yang diperolehi.
Dalam bidang pendidikan, impak globalisasi meninggalkan kesan – kesan
seperti berikut :
a) Pengajaran sains dan teknologi menjadi semakin penting
b) Perubahan merupakan prasyarat kemajuan
c) Inovasi dan kreativiti penting di peringkat pelaksanaan dan konsep
pendidikan mahupun di peringkat output atau pengeluaran
pendidikan
d) Kurikulum sekolah perlu mengambil kira perkembangan yang
berlaku di persekitaran. Subjek – subjek seperti kajian alam sekitar,
sains dan politik, serta bahasa – bahasa asing seperti Bahasa
Inggeris, Jepun dan Perancis juga penting untuk diajar oleh
pendidik.
2
CABARAN – CABARAN UTAMA DALAM PROFESIONALISME KEGURUAN
2.0CABARAN – CABARAN PROFESIONALISME KEGURUAN
Malaysia boleh berbangga kerana sistem pendidikan pada hari ini
mempunyai falsafahnya sendiri. Tujuan utama adalah untuk menyediakan
peluang – peluang pendidikan kepada semua warga dan memupuk potensi
setiap murid. Sistem pendidikan negara kita mempunyai matlamat dalam jangka
masa pendek iaitu 5 tahun mahupun dalam jangka masa panjang iaitu untuk 20
tahun akan datang. Ini jelas termaktub dalam dokumen – dokumen rasmi
kerajaan seperti dalam Rancangan Malaysia Ketujuh. Namun begitu, pendidikan
di Malaysia masih menghadapi banyak cabaran untuk dihadapi. Ini termasuklah :
1. Cabaran penambahan bilangan murid – murid terutama pelajar – pelajar
di institusi pendidikan
2. Pengekalan kualiti sistem pendidikan
3. Keperluan model atau mod – mod baru dalam sistem mengajar dan
belajar
4. Imej dan usaha gigih guru – guru dan pengajar atau pendidik
5. Orientasi dan tujuan pendidikan yang dijalani
Kesemua cabaran - cabaran ini diperincikan bagi memberi gambaran yang jelas
kepada golongan yang terlibat dengan pendidikan khususnya sistem pendidikan
di negara kita.
3
CABARAN – CABARAN UTAMA DALAM PROFESIONALISME KEGURUAN
2.1. Cabaran penambahan bilangan murid – murid terutama pelajar –
pelajar di institusi pendidikan
Hal ini dapat dilihat melalui bilangan murid atau pelajar sudah pasti
bertambah selari dengan pertabahan atau populasi negara. Dari segi
demografi, tidak salah jika dikatakan bahawa masyarakat di Malaysia hari
ini lebih cenderung digelar sebagai masyarakat muda. Lebih ramai
penduduk terdiri daripada golongan muda daripada golongan tua, iaitu
boleh dikatakan berumur 40 tahun ke atas.
Bilangan murid semakin besar jika kita menerima cadangan
bahawa pendidikan pra sekolah harus diberi kepada semua warga tanpa
mengira latar belakang keluarga dan tempat kediaman. Bilangan pelajar
membesar lagi sekiranya mod atau saluran pendidikan secara jarak jauh,
luar kampus atau program – program kembar (francais) diambil kira.
Berasaskan penekanan yang diberi oleh kerajaan bahawa masyarakat
harus belajar seumur hidup serta menjadikan umur bukan kriteria penentu
untuk seseorang itu terus belajar, maka isu kuantiti pendidikan menjadi
semakin runcing. Pelbagai aspek harus diberi perhatian sewajarnya
seperti ruang, alat – alat dan tempat pendidikan.
2.2 Pengekalan kualiti sistem pendidikan
Cabaran kedua melibatkan usaha membaiki selisihan yang wujud
dalam sistem pendidikan sama ada pada peringkat makro mahupun pada
peringkat mikro. Selisihan makro mencakupi ketidakseimbangan pada
4
CABARAN – CABARAN UTAMA DALAM PROFESIONALISME KEGURUAN
peruntukan kewangan,infrastruktur dan guna tenaga pada peringkat
negeri, daerah, jenis sekolah, peringkat pendidikan (rendah, menengah,
tertiar) dan pada peringkat perancangan (bagi matlamat sosial dan
ekonomi). Selisihan mikro pula merangkumi komponen lembut sistem
pendidikan seperti kurikulum dan proses pengajaran dan pembelajaran.
Hal ini meliputi aspek peningkatan prestasi, nilai, sikap, motivasi terhadap
pelajaran pada pelajar, terhadap pengajaran pada guru serta terhadap
keberkesanan organisasi pada kakitangan pengurusan.
Kedua – dua jenis selisihan ini perlu dihalusi martabatnya. Kajian
dan analisis harus dijalankan bagi mengesan kelas dan tahap
ketidakimbangan dalam sistem pendidikan agar langkah diimbangi semula
dan alternatif dapat dirumuskan serta dilaksanakan sebaik mungkin.
Secara terperincinya, istilah kualiti atau mutu pendidikan tidak asing
lagi bagi kita. Ia merangkumi standard atau taraf pembelajaran,
keberkesanan pengajaran, kelicinan pengurusan, kepuasan kerja di
kalangan guru – guru dan murid – murid, kesesuaian dan kebergunaan ilmu
dan kemahiran yang diperolehi daripada sekolah dan institusi – institusi
pengajian tinggi, perasaan yakin diri untuk bertanding, perasaan banggakan
negara, bangsa dan budaya, megahkan pencapaian negara termasuk
pengiktirafan yang diperolehi oleh pemimpin – pemimpin negara dan
sebagainya. Pendek kata aspek kuantiti perlulah selari dengan
pembangunan dari segi kualiti pendidikan.
5
CABARAN – CABARAN UTAMA DALAM PROFESIONALISME KEGURUAN
2.3 Keperluan model atau mod – mod baru dalam sistem mengajar dan
belajar
Sebuah negara yang maju adalah negara yang mempunyai sistem
pendidikan yang boleh mengadaptasi dan merubah perjalanan sistem
pengajaran dan pembelajarannya. Inovasi, reka cipta atau kreativiti bukan
lagi merupakan istilah janggal dalam proses mengajar dan belajar.
Jangkaan hidup pada zaman moden, kepesatan perkembangan
teknologi dan perkembangan ilmu dalam pelbagai bidang memerlukan
formulasi falsafah, matlamat, objektif dan prosedur yang baru supaya
kesemua ini dapat memperkukuhkan lagi apa yang sudah terasas.
Merevolusasikan seluruh sistem pendidikan; bukan sebahagian kecil
sahaja selepas sesuatu tempoh jangka masa panjang amat perlu bagi
membasmi seluruh penyakit dan kelemahan yang wujud dan
mencengkam sistem itu.
Pembaharuan perlu melibatkan komponen struktur, infrastruktur,
agihan tenaga kerja, prosedur, proses dan penekanan agar dapat
melahirkan satu sistem baru yang mampu bertahan dalam sesuatu
tempoh jangka masa panjang yang akan datang. Keengganan
membaharui atau kadangkala melihat keperluan bagi membuat
pembaharuan merupakan satu sikap ortodoks yang merugikan.
Pembaharuan penting supaya sistem menjadi relevan dan tidak
lapuk, serta ketinggalan zaman. Inovasi juga adalah sinonim dengan
globalisasi. Jika dianalisis secara rapi, semua aspek sistem pendidikan,
6
CABARAN – CABARAN UTAMA DALAM PROFESIONALISME KEGURUAN
semua aspek sistem pendidikan perlu dubah atau diinovasikan. Aspek –
aspek ini termasuklah sistem disiplin murid, kepimpinan guru besar,
bahan alat mengajar, corak pengukuran dan penilaian serta cara
pemikiran dan pemerhatian guru, murid dan pihak pengurusan.
Perubahan paradigma dan ‘mind set’ guru dan pihak pentadbir amatlah
diperlukan kerana ia merupakan penggerak utama sesuatu idea baru dan
inovasi tersebut. Guru – guru dan pihak pentadbir/pengurus perlu bersikap
lebih terbuka, bersedia mendengar dan berganding bahu untuk cuba
keluar daripada amalan atau garis bertindak paradigma yang lama.
Awal tahun 1997, Kementerian Pendidikan Malaysia (sekarang
dikenali sebagai Kementerian Pelajaran Malaysia) telah mempopularkan
konsep sekolah bestari atau ‘smart school’ iaitu satu konsep persekolahan
yang inovatif. Ini selari dengan perkembangan di negara – negara maju
yang lain. Namun begitu, konsep ini kekal tercatat di dalam dokumen –
dokumen rasmi jika ia tidak dioperasikan. Tanpa pelaksanaan dan
perubahan amalan, ia tidak dapat memberi sebarang kesan positif serta
tidak menimbulkan apa – apa perubahan kepada sistem pendidikan di
Malaysia.
2.4 Imej dan usaha gigih guru – guru dan pengajar atau pendidik
Guru – guru merupakan tonggak kejayaan murid – murid dan para
pensyarah di institusi – institusi pengajian tinggi serta berpengaruh dalam
melahirkan golongan intelektual dan profesional yang diperlukan oleh
7
CABARAN – CABARAN UTAMA DALAM PROFESIONALISME KEGURUAN
negara. Namun, status dan penghormatan masyarakat terhadap golongan
pendidik tidak mencerminkan kepentingan peranan yang mereka
mainkan. Ini dapat dilihat apabila guru dianggap berada di hirarki
pekerjaan yang paling rendah, sedangkan pensyarah di institusi – institusi
pengajian tinggi pula, terutama bagi bidang – bidang kritikal seperti bidang
perubaan dan kejuruteraan, rata – rata merasakan khidmat mereka tidak
dinilai setimpal dengan penghargaan dan penilaian yang diberikan oleh
pihak swasta.
Faktor masa persekolahan harian merupakan faktor utama yang
mendesak penglibatan murid – murid dan guru. Penampalan superficial ke
atas sebahagian kecil daripada sistem, misalnya kepada komponen
lembut seperti kurikulum sahaja, tidak akan memberikan ganjaran yang
diharapkan kerana sebahagian besar daripada sistem itu masih pada
bentuk dan identiti yang lain.
Amalan persekolahan dua sesi, sesi pagi dan petang, yang telah
berjalan sejak lebih daripada 25 tahun yang lalu, sememangnya
memendekkan masa persekolahan harian. Akibatnya murid – murid dan
guru terlalu sedar akan kesuntukan masa belajar atau berinteraksi dalam
bilik darjah dan sekolah. Keberatan masalah ini ditambah oleh skop
bidang pelajaran yang luas. Fenomena kekangan masa dan sindrom
exam – oriented merupakan antara sebab utama kekakuan dalam
pembelajaran murid – murid dalam pengajaran guru serta dalam
perancangan skop bidang pelajaran.
8
CABARAN – CABARAN UTAMA DALAM PROFESIONALISME KEGURUAN
Sindrom exam – oriented menekan murid – murid dalam proses
pembelajaran kerana mereka belajar untuk mendapatkan kredit yang baik
dalam peperiksaan. Akibatnya murid – murid tidak mempunyai semangat
‘belajar untuk menimba ilmu dan menjadi orang yang terdidik’.
Seterusnya, murid – murid kurang motivasi, minat, dedikasi dan inovasi
semasa mereka belajar di sekolah. Pelajaran dipelajari secara hafalan
dan sikap positif dalam mencari ilmu seperti sikap suka membaca kian
pupus mengikut masa di mana semakin lama mereka bersekolah semakin
lemah keyakinan mereka terhadap matlamat pembelajaran dan
persekolahan.
Selain daripada ganjaran material, kepuasan dan motivasi kerja di
kalangan guru juga tidak berada di tahap optimum atau maksimum.
Ramai guru yang berasa kecewa dengan berleluasanya gejala sosial di
kalangan remaja dan yang menyedihkan sebahagian daripada mereka
masih berada di bangku sekolah lagi. Mereka lebih tertekan apabila
masyarakat menudung jari dan mempersalahkan para guru yang silap
memberi didikan formal kepada anak – anak muda zaman sekarang.
Sungguhpun begitu, para guru harus berfikir sejauh mana mereka akan
terus kekal berkidmat cemerlang dan penuh iltizam serta dedikasi di
bidang perguruan seandainya status dan imej mereka dipertingkatkan.
9
CABARAN – CABARAN UTAMA DALAM PROFESIONALISME KEGURUAN
2.5 Orientasi dan objektif / tujuan pendidikan yang dijalani
Secara umumnya, masyarakat yang pesat membangun adalah
masyarakat yang produktif dan cemerlang. Dalam proses pendidikan,
produktiviti dan kecemerlangan ini diukur melalui mutu dan bilangan murid
yang dihasilkan oleh sistem persekolahan. Ukuran ini hanyalah ukuran
sementara dan kurang tepat. Ukuran terakhir sesuatu hasil pendidikan
adalah perubahan dan pembentukan sahsiah, pesonaliti dan identiti
individu.
Seperti yang diketahui umum, semua murid mempunyai potensi
dan bakat keindividuan yang perlu digalak serta dipupuk Secara unggul.
Hasil dari didikan di sekolah, murid – murid menjadi individu yang bukan
sahaja berkembang mindanya dan terasah kemahiran vokasinya,
malahan turut yakin pada diri, tahu berfikir secara rasional melihat alam
sekeliling secara positif dan optimis serta bangga dengan warisan yang
dipusakai. Inilah ujian yang paling getir bagi sistem pendidikan di
Malaysia.
Dengan banyaknya gejala anti disiplin dalam tingkah laku, tindakan
tidak bermoral, gejala punk, tidak bersopan santun dan sebagainya,
matlamat pendidikan negara terus dipersoalkan. Cabaran ini menjadi
penting untuk dihadapi kerana ia menyentuh isu tamadun dan jati diri atau
maruah bangsa. Oleh itu, sistem pendidikan negara perlu dikaji semula
10
CABARAN – CABARAN UTAMA DALAM PROFESIONALISME KEGURUAN
selaras dengan perkembangan sosial dan ekonomi semasa. Antara isu
yang sering dibangkitkan diringkaskan seperti berikut :
Permintaan sosial yang tinggi terhadap sistem pendidikan
negara
Fenomena pengangguran siswazah yang meruncing akibat
kemelesetan ekonomi dunia dan negara
Perkembangan teknologi moden yang memerlukan tenaga
kerja profesional dalam bidang teknologi tinggi, khususnya
dalam bidang perindustrian
Aspirasi masyarakat untuk melahirkan siswa siswi generasi
akan datang yang bukan sahaja berpengetahuan tetapi juga
terdidik dalam soal – soal estetika, moral, agama dan
kemasyarakatan.
11
CABARAN – CABARAN UTAMA DALAM PROFESIONALISME KEGURUAN
3.0 KESIMPULAN
Dalam era globalisasi, pembangunan sistem pendidikan bergantung
kepada pembangunan barisan pengurusnya. Mereka inilah yang
bertanggungjawab menggubal, melaksana, merubah dan mengubahsuai dasar
pendidikan. Pentadbir yang memahami sepenuhnya matlamat wawasan negara,
bersikap proaktif dan terbuka sahaja yang boleh menentukan sistem pendidikan
ini tidak ketinggalan zaman. Strategi – strategi utama termasuklah
menstrukturkan semula sistem pengurusan di semua tahap kerja, memupuk
budaya kerja moden, memperbanyakkan program latihan dan meluaskan kajian
di bidang yang berkenaan.
Dalam hal ini, peranan dan keberkesanan pendidikan adalah persoalan
utama di kalangan ibu bapa dan masyarakat. Oleh kerana terdapat pertalian
antara pembangunan baik dari sektor ekonomi, politik dan sosial dengan institusi
pendidikan, maka tumpuan diberi terhadap usaha – usaha untuk menilai semula,
mengadaptasi dan menginovasi sistem serta proses pendidikan. Tujuan utama
usaha – usaha ini ialah untuk menentukan agar sistem pendidikan itu relevan
dengan kehendak semasa, bekesan dan licin, cemerlang serta berupaya
menimbulkan pembaharuan. Langkah – langkah untuk menangani yang
12
CABARAN – CABARAN UTAMA DALAM PROFESIONALISME KEGURUAN
diterapkan pula menentukan inovasi dan adaptasi dalam gaya pengurusan,
pendekatan pengajaran serta penilaian sistem pendidikan.
Justeru itu, sistem pendidikan negara memikul satu tanggungjawab yang
amat berat, iaitu membangunkan dan memajukan masyarakat dalam pelbagai
bidang kehidupan bersesuaian dengan peredaran zaman dan perkembangan
ilmu. Untuk itu, pelaburan dalam bidang pendidikan perlu mengambil prioriti
paling utama walaupun kadar pulangan hasil jangka pendeknya tidak jelas.
Perancangan dan penilaian kolektif harus dipergiatkan bagi memperkemas dan
mempertingkat keberkesanan fungsi setiap komponen dalam sistem pendidikan
negara.
13
CABARAN – CABARAN UTAMA DALAM PROFESIONALISME KEGURUAN
4.0 RUJUKAN
Mok Soon Sang. 2003. Ilmu Pendidikan Untuk KPLI – Sekolah Rendah
(Komponen 1 & 2). Subang Jaya, Selangor : Kumpulan Budiman Sdn.
Bhd.
Mok Soon Sang. 2003. Ilmu Pendidikan Untuk KPLI (Komponen 3). Subang
Jaya, Selangor : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Mohd. Saleh Lebar. 1988. Perubahan dan Kemajuan Pendidikan di Malaysia.
Kuala Lumpur : Nurin Enterprise.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 1979. Laporan Kabinet Mengkaji Semula
Pelaksanaan Dasar Pelajaran. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Penyata Jawatan-Kuasa Pelajaran. 1956. Kuala Lumpur : Caxton Press Ltd.
14
CABARAN – CABARAN UTAMA DALAM PROFESIONALISME KEGURUAN
Wan Mohd. Zahid Mohd. Noordin. 1991. “Reformasi Pendidikan dan Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah : Isu dan Cabaran”. Dalam Idris Jauzi (Ed.)
Reformasi Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur : Nurin Enterprise.
Wan Mohd. Zahid Mohd. Noordin. 1993. Wawasan Pendidikan Agenda
Pengisian. Kuala Lumpur : Nurin Enterprise.
Abd. Rahim Selamat. 2000. Pengurusan Sekolah Bestari. Johor Bahru : Badan
Cemerlang Sdn Bhd.
Cooper, P. 1995. Communication for the Classroom Teacher. Arizona : Gorsuc
Scarisbrick.
Chang, R.Y. & Kelly, P.K. 1993. Step – By – Step Problem Solving. London :
Kogan Page
15