CABARAN SOSIAL DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

7
CABARAN SOSIAL DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA Malaysia telah mengalami pembangunan dan tranformasi sosial serta ekonomi semenjak kemerdekaan pada tahun 1957. Hal ini kerana, kerjasama masyarakat Malaysia yang berpegang teguh kepada satu prinsip kunci keamanan, keteguhan, kestabilan dan pembangunan sesebuah negara banyak bergantung kepada perpaduan oleh masyarakat itu sendiri. Walaubagaimanapun untuk mencapai tahap perpaduan yang kukuh oleh sesebuah masyarakat bukanlah mudah. Hal ini kerana, Malaysia merupakan negara yang mempunyai kepelbagaian kaum, berbeza dari segi agama, budaya, aktiviti, sosial, ekonomi, tempat tinggal dan sebagainya. (Che Su Mustaffa, 2005) Terdapat pelbagai cabaran yang ditempuhi oleh masyarakat Malaysia sebelum mencapai kemerdekaan antaranya ialah cabaran utama iaitu cabaran dari segi aspek sosial dalam konteks hubungan etnik di Malaysia. Aspek sosial ini dapat dilihat melalui empat paradigma yang berbeza iaitu dari sudut pemisah fizikal, sistem pendidikan yang berasingan, polasisi dalam kalangan pelajar, kontrak sosial dan pemisah dari segi agama dan budaya. Pemisah fizikal bermaksud sesuatu yang menceraikan atau memisahkan dari segi jasmani atau aspek yang boleh dilihat perubahannya seperti aspek petempatan. Pemisah fizikal pada asasnya berlaku akibat keadaan geografi di Sabah dan Sarawak yang terpisah oleh laut China Salatan yang memisahkan etnik tersebut. Implikasinya terhadap hubungan etnik memperlihatkan

Transcript of CABARAN SOSIAL DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

CABARAN SOSIAL DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

Malaysia telah mengalami pembangunan dan tranformasi sosial serta ekonomi semenjak kemerdekaan pada tahun 1957. Hal ini kerana, kerjasama masyarakat Malaysia yang berpegang teguh kepada satu prinsip kunci keamanan, keteguhan, kestabilan dan pembangunan sesebuah negara banyak bergantung kepada perpaduan oleh masyarakat itu sendiri. Walaubagaimanapun untuk mencapai tahap perpaduan yang kukuh oleh sesebuah masyarakat bukanlah mudah. Hal ini kerana, Malaysia merupakan negara yang mempunyai kepelbagaian kaum, berbeza dari segi agama, budaya, aktiviti, sosial, ekonomi, tempat tinggal dan sebagainya. (Che Su Mustaffa, 2005)Terdapat pelbagai cabaran yang ditempuhi oleh masyarakat Malaysia sebelum mencapai kemerdekaan antaranya ialah cabaran utama iaitu cabaran dari segi aspek sosial dalam konteks hubungan etnik di Malaysia. Aspek sosial ini dapat dilihat melalui empat paradigma yang berbeza iaitu dari sudut pemisah fizikal, sistem pendidikan yang berasingan, polasisi dalam kalangan pelajar, kontrak sosial dan pemisah dari segi agama dan budaya. Pemisah fizikal bermaksud sesuatu yang menceraikan atau memisahkan dari segi jasmani atau aspek yang boleh dilihat perubahannya seperti aspek petempatan. Pemisah fizikal pada asasnya berlaku akibat keadaan geografi di Sabah dan Sarawak yang terpisah oleh laut China Salatan yang memisahkan etnik tersebut. Implikasinya terhadap hubungan etnik memperlihatkan perbezaan dari aspek lokasi yang berbeza merupakan perkembangan yang kurang sihat dalam memupukkan hubunggan etnik di Malaysia. Oleh hal yang demikian, perasaan kekitaan semakin menebal dalam setiap etnik sehingga menimbulkan prasangka yang buruk dalam menilai sesuatu etnik tersebut. Contohnya, masyarakat di Semenanjung Malaysia memberi tangkapan negative terhadap cara hidup masyarakat Sabah dan Sarawak yang sedikit berbeza dari aspek budaya, keagamaan mahupun adat resam. (Sanusi Osman, 1989) Selain itu, dasar "pecah perintah" (divide and rule) yang telah diamalkan oleh British semasa zaman penjajahan dahulu telah menambahkan lagi jurang antara sesama etnik tersebut. Pihak British telah membawa masuk imigran dari India dan Cina bagi menyempurnakan dasar penjajahan mereka untuk mengaut ekonomi di Malaysia. Mereka telah mengasingkan penempatan dengan menempatkan orang Melayu di kawasan luar bandar disebabkan orang Melayu pada ketika itu kekal mewarisi kegiatan nenek moyang mereka dalam bidang petanian yang terletak di luar bandar. Manakala kaum Cina kebanyakannya terlibat dengan aktiviti-aktiviti perlombongan dan menetap di kawasan bandar serta kawasan-kawasan perlombongan dan akhirnya sekarang merupakan kawasan yang menjadi pusat bandar seperti Kuala Lumpur. Seterusnya, kaum India pula kekal menetap atau tinggal di estet-estet dengan menjalankan aktiviti perladangan. (Sanusi Osman, 1989) Perbezaan ruang dan fungsi ini menyebabkan katiga-tiga kaum utama ini terpisah dalam pelbagai aspek seperti kurang interaksi antara kaum dan bidang pekerjaan yang berbeza dengan adanya pula penguasaan dalam bidang-bidang tertentu seperti politik atau perniagaan yang hanya didominasi oleh sesuatu kaum sahaja yang menimbulkan serta meningkatkan lagi jarak sosial antara kaum. Selain itu, keeganan anggota masyarakat untuk membuka dunia sosial etnik atau kaumnya kepada masyarakat lain cenderung untuk mengekalkan identiti masing-masing ditambahkan pula dengan perbezaan dalam unsur-unsur kebudayaan seperti bahasa, agama, dan adat resam telah menambahkan lagi cabaran etnik dalam aspik sosial. .(Shamsul Amri Baharuddin, 2007)Seterusnya, cabaran sosial dalam konteks hubungan etnik di Malaysia ialah sistem pendidikan yang berasingan. Sistem ini telah diperkenalkan oleh pihak British semasa pnejajahan di Tanah Melayu. Mereka telah mewujudkan sistem sekolah vernakular yang dikelaskan mengikut kaum iaitu Melayu, Cina dan Tamil. Setiap kaum atau etnik mempunyai bahasa perantaan yang tersendiri. Oleh hal yang demikian setiap sekolah vernakular menggunakan bahasa perantaraan masing-masing seperti sekolah Melayu menggunakan bahasa perantaraan bahasa Melayu, pelajar Cina yang menuntut di sekolah Cina menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa perantaraan manakala pelajar India yang menuntut di sekolah Tamil menggunakan bahasa Tamil yang banyak ditubuhkan di kawasan estet. (Sanusi Osman, 1989)Sistem pendidikan yang berasingan telah memisahkan pelajar daripada mempelajari atau berinteraksi serta bergaul dengan pelajar dari etnik atau kaum lain. Hal ini telah memberi kesan kepada para pelajar dalam memahami budaya, bahasa atau bangsa etnik atau kaum lain kerana pelajar-pelajar hanya terdedah dengan persekitaran para pelajar yang berasal dari etnik atau kaum yang sama serta hanya mempelajari bahasa ibunda mereka sendiri selain memberi impak yang buruk kerana mereka tidak terdedah dengan bahasa etnik lain. Seterusnya pelajar-pelajar ini tidak akan menerima bahsa ibunda kaum lain dan mereka menganggap tidak wajar atau tidak penting untuk mempelajari bahasa kaum lain. Cabaran ini telah menambahkan lagi kesulitan negara Malaysia untuk memupuk perpaduan dikalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. (Sanusi Osman, 1989) Di samping itu, polarisasi dalam kalangan pelajar juga dapat kita lihat dalam kalangan pelajar-pelajar tidak kiralah sama ada peringkat sekolah rendah, sekolah menengah mahupun di peringkat pengajian tinggi iaitu institusi pengajian awam (IPTA) serta di institusi pengajian swasta (IPTS). Polarisasi bermaksud sikap perkauman yang wujud dalam diri masyarakat dan menjadi asas masalah utama perpaduan antara kaum atau etnik berbilang bangsa di negara ini. Pelajar-pelajar ini bercampur gaul tetapi mereka tidak bersatu walaupun mereka penuntut dan menetap dalam satu kawasan yang sama namun mereka tidak bersatu serta membawa ideolagy masing-masing.(Shamsul Amri Baharuddin, 2007)

Jika kita perhati dengan teliti terutamanya di kawasan pengajian tinggi, para pelajar berkumpul atau menghadiri kuliah dan mengambil kursus yang sama tanpa mengira kaum atau etnik. Mereka mendengar syarahan dari pensyarah yang sama. Mungkin dalam perjumpaan formal anjuran universiti, mereka turut serta sebagai pelajar universiti yang sama. Tetapi ketika bergaul secara tidak formal, atau berbincang dan berdiskusi tentang pelajaran mereka, maka mereka akan memilih kaum sendiri. Hal ini dapat kita lihat ketika di kantin atau tempat-tempat makan serta tempat pelajar-pelajar berkumpul, berbual, berjenaka dan makan minum, atau lainnya mereka akan bersama-sama dalam kaum masing-masing. (ISMAIL IBRAHIM, 2009)Selain itu, pada masa kini masih ada lagi ibu bapa yang beranggapan negative terhadap Sekolah Kebangsaan. Mereka tidak menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Kebangsaan kerana beranggapan bahawa sekolah ini tidak menjamin kecermerlangan anak mereka kerana struktur pendidikan yang lemah berbanding Sekolah Jenis Kebangsaan. Hal ini dapat memberi kesan yang tidak elok kepada anak-anak sekiranya ibu bapa atau ketua dalam keluarga tersebut mempunyai perasaan tidak hormat terhadap kaum atau etnik lain seterusnya memberikan contoh yang kurang elok kepada generasi hadapan. .(Shamsul Amri Baharuddin, 2007)

Cabaran sosial dalam konteks hubungan etnik di Malaysia yang seterusnya ialah kontrak sosial. Definisi kontrak sosial ialah satu bentuk pakatan atau persetujuan daripada pelbagai pihak untuk mencapai sesuatu tujuan sama ada bertulis atau lisan. Kontrak sosial pernah diwujudkan pada era sebelum kemerdekaan dahulu oleh para pemimpin Melayu, Cina dan India serta parti-parti yang mewakili UMNO, MCA, dan MIC dengan bertujuan menyelesaikan perbezaan kepentingan diri atau kelompok masing-masing serta bagi memastikan kepentingan mejoriti dan minoriti tanpa menjejaskan hak dan kepentingan setiap kaum. Kontrak ini juga haruslah dikekalkan dan diwarisi turun-temurun bagi memastikan keamanan dan kemakmuran negara kekal selama-lamanya serta disampaikan pada generasi seterusnya agar generasi pada masa hadapan memahami seterusnya tidak bercanggah dengan ideologi masing-masing agar tidak timbul isu-isu yang dapat mengugat hubungan antara kaum atau etnik. (Wan Emril Nizam Wan Embong, 2008)

Antara isi kandungan kontra sosial ini ialah orang Melayu akan menerima dan mengiktiraf orang Cina dan India sebagai warganegara sepertimana yang dicadangkan oleh princip Jus Soli serta orang Cina dan India haruslah mengiktiraf Bahasa Melayu sabagai bahasa persekutuan. Mereka juga haruslah mengiktiraf agama Islam sebagai agama persekutuan serta kedaulatan Raja-raja Melayu. Seterusnya, orang Cina dan India juga mestilah mengiktiraf dan menerima hak keistimewaan pertuanan orang Melayu. Walaubagaimanpun sejak akhir-akhir ini, isu ini sering dibangkitkan seperti isu kedudukan agama Islam, bahasa melayu dan isu kemasukan pelajar ke IPTA dan pelbagai lagi. Sebarang isu atau kontrak sosial yang dibangkitkan boleh membawa kepada kerengganan hubungan etnik di Malaysia. Seharusnya isu-isu seperti ini tidak perlu timbul berikutan kesepakatan semua pihak semasa mewujudkan dan melaksanakan kontrak sosial ini. (Wan Emril Nizam Wan Embong, 2008)

Cabar sosial terakhir dalam konteks hubungan etnik di Malaysia ialah pemisah dari segi agama dan budaya. Faktor ini merupakan faktor yang tidak dapat dielak kerana kesemua kaum mempunyai kepercayaan, budaya dan agama masing-masing. Tidak hairanlah jika mereka hanya ingin menggunakan bahasa mereka dan tidak mahu membuka dunia budaya mereka kepada luar kerana beranggapan bahawa jika budaya mereka terdedah kepada luar, identity bangsa mereka akan hilang dan tiada lagi keistimewaannya. Cabaran ini juga sering terjadinya konflik disebabkan sifat perkauman yang menebal dalam bahasa dan kebudayaan mereka sendiri. Mereka lebih mengutamakan anggota dari etnik yang sama dalam mendapatkan pekerjaan dan memilih sahabat serta mencari teman hidup. Sudah semestinya amat sukar untuk kita memupuk masyarakat yang bersatu padu dalam kalangan masyarakat yang majmuk seperti di negara kita ini sekiranya setiap kaum atau etnik hanya memikirkan hak dan kepentingan mereka sahaja serta tidak membuka minda atau memprejudis terhadap masyarakaat lain. .(Shamsul Amri Baharuddin, 2007)